Anda di halaman 1dari 8

Bab 7: Islam di Asia Tenggara

Pengenalan Asia Tenggra terletak di antara China dan India. Kedua-dua wilayah dihubungkan oleh Selat Melaka yang terletak di Asia Tenggara. Peranan Melaka sebagai jalan penghubung antara China dan India telah melahirkan Bandar-bandar Pelabuhan seperti Srivijaya, Perlak, Pasai, Melaka, Bantam, Cheribon, Makasar, Brunei dan Pattani. Bandar pelabuhan ini mempunyai hubungan dengan pelabuhan-pelabuhan di India (Mocha, Hormuz, Goa, Colombo) dan China (Canton ).

Faktor yang mempertemukan pedagang dari pelbagai pelosok

Tiupan angin Monsun Tiupan angin monsun telah menentukan jangka waktu tepat bagi kedatangan pedagangpedagang dari Timur dan Barat ke Melaka.

Jalan Sutera Tanah Besar Asia Tenggara juga dihubungkan dengan jalan darat yang dikenali sebagai jalan sutera. Jalan Sutera merentangi wilayah di Asia Barat ke Asia Tengah dan seterusnya ke China

Perdagangan Asia Tenggara merupakan kawasan perdagangan utama pedagang Melayu, Arab, China dan India semenjak sebelum kedatangan Islam. Asia Tengara mempunyai tarikan kerana kekayaan hasil bumi dan hasil hutan yang diperlukan oleh pedagang Arab. Apabila Islam berkembang, para pedagang Islam yang keluar belayar telah berdakwah keseluruh rantau Asia Tenggara.

Teori dan Bukti Kedatangan Islam dari Semenanjung Tanah Arab

Sarjana John Crawford Islam berkembang ke Asia Tenggara melalui aktiviti para pedagang. Bukti catatan China menunjukkan orang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat perdagangan dan petempatan di Canton (Amoy). Pedagang Arab juga dipercayai telah menguasai perdagangan laut dari Iskandariah, Mesir hingga ke China. Pedagang Arab yang berdagang ke China singgah di pelabuhan utama di Asia Tenggara seperti Melaka kerana kedudukan strategic dan menjadi tempat menunggu perubahan angin monsun untuk ke China. Pedagang Arab tinggal beberapa bulan sebelum meneruskan perjalanan dan ada di antara mereka telah membina perkampungan. Perkampungan ini menjadi tapak perniagaan dan berfungsi sebagai pusat mengumpul dan membeli barang-barang mewah dari China dan India. Ada di kalangan pedagang ini berkahwin dengan wanita tempatan dan mewujudkan tapak yang kukuh bagi pedagang Arab menjalankan perdagangan dengan pelabuhan lain di Asia Tenggara. Semasa menunggu perubahan angin monsun, para pedagang berbincang dan berinteraksi dengan pedagang tempatan dan Asia Tenggara tentang kepercayaan dan agama. Amalan hidup dan nilai Islam yang murni yang ditunjukan oleh golongan mubaligh dan pedagang, menarik minat masyarakat tempatan untuk mempelajari ajaran Islam. Kejujuran dalam perniagaan, berhemah tinggi dan sifat mementingkan kebersihan telah menarik minat orang tempatan terhadap ajaran Islam. Catatan China menunjukkan telah wujud perkampungan Islam di Ta Shih Sumatera pada tahun 650 M. Ini membuktikan Islam telah bertapak di Asia Tenggara sejak abad ketujuh masihi.

Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas. Bersetuju dengan pendapat Islam datang dari Semenanjung Tanah Arab. Menggunakan bukti i. ii. iii. kewujudan persamaan bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan yang terdapat di Semanjung Arab. Perkataan Arab yang terdapat pada tulisan jawi diambil daripada bahasa Arab. Adat resam dan kebudayaan Melayu banyak dipengaruhi oleh budaya Arab seperti menghormati tetamu dan muzik zapin.

Syed Naquib mengatakan banyak karya tempatan menceritakan pengislaman Raja di Asia Tenggara dilakukan oleh Syeikh dari Semenanjung Tanah Arab contoh Hikayat Raja-Raja Pasai menceritakan mubaligh dan pendakwah yang mula-mula tiba di Pasai ialah sufi berketurunan Arab bernama Syeikh Ismail dan mengislamkan Raja Pasai Merah Silu (Malik al-Salih), manakala Raja Pattani Phaya Tu Nakpa di Islamkan oleh Syeikh Said.

Teori dan Bukti Kedatangan Islam dari China

Sarjana Emanuel Gadinho Eridia Memberi alasan Khan Fo (Canton) telah menjadi pusat perniagaan terkenal di kalangan peniaga Arab sejak abad ke-19 masihi. Jalinan hubungan perdaganan ini telah membolehkan Islam berkembang dalam kalangan peniaga China di negara China. Pedagang China yang berdagang di Asia Tenggara, mereka telah menyebarkan ajaran Islam di Asia Tenggara.

Sarjana S.Q. Fatimi Memberikan bukti perpindahan beramai-ramai pedagang Islam yang di Canton ke Asia Tenggara sekitar tahun 876 M. Pendapat ini diperkukuhkan lagi dengan penemuan batu bersurat Terengganu yang di temui di Kuala Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu. Batu Bersurat Terengganu telah ditemui pada tahun 1899. Batu bersurat bertulisan jawi bertarikh 4 haribulan Rejab, tahun 702 H, bersamaan 22 February 1303. Mengikut catatan pada batu bersurat ini mengatakan tentang kewajipan menjalankan hokum syarak, peraturan dan undangundang kekeluargaan, hukuman terhadap penzina dan hukuman terhadap mereka yang tidak membayar hutang. Bukti tambahan penemuan sepasang batu nisan bertarikh 1028 M, telah ditemui di Kampung Permatang Pasir, Pulau Tambun, Pekan, Pahang membuktikan Islam telah sampai di kawasan Pantai Timur, Tanah Melayu sebelum abad ke-13. Pandangan ini berpendapat Islam di bawa oleh mubaligh China Islam melalui laut China Selatan ke Phang Rang di Indo China, dan ke Pekan Pahang.

Teori yang mengatakan Islam datang dari China diperkukuhkan dengan terdapatnya persamaan unsur seni bina China dengan unsur sebina yang terdapat pada masjid-masjid di Kelantan, Melaka dan Pulau Jawa. Terdapat juga pendapat yang mengatakan Islam berkembang ke Asia Tenggara dari China tetapi menerusi Champa. Unsur seni bina China terdapat pada Masjid di Melaka iaitu bentuk bumbungnya seperti pagoda.(rumah ibadat China) Atap genting, kayu kepala pintu dan tingkap masjid juga terdapat pengaruh China.

Teori dan Bukti Kedatangan Islam dari India

Sarjana Snouck Hurgronje Islam berkembang ke Asia Tenggara dari wilayah Gujerat dan pantai Koromandel. Menurut Snouck Hurgronje, perdagangan yang telah lama wujud antara India dengan Asia Tenggara telah membolehkan pedagang Islam India menyebarkan Islam ke Asia Tenggara.

Gujerat merupakan pelabuhan penting semasa pemerintahan Alauddin Khilji di India. Menerusi aktiviti perdagangan, pedagang Islam telah menyebarkan Islam kepada pedagang dan penduduk di Asia Tenggara. Penemuan batu marmar pada batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa dan batu nisan Malik al-Salih di Pasai mempunyai ciri-ciri buatan India, membuktikan Islam telah disebarkan oleh pedagang India Islam.

Masyarakat Asia Tenggara mempunyai hubungan rapat dengan India terutama dari segi kebudayaan. Kewujudan kebudayaan Hindu di Asia Tenggara membuktikan terdapatnya hubungan yang rapat kerajaan Asia Tenggara dengan India.

RUMUSAN Walaupun terdapat pelbagai teori tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara, namun sejarawan bersetuju kedatangan Islam ke Asia Tenggara di bawa oleh pedagang-pedagang Islam. Usaha penyebaran Islam yang dilakukan oleh pedagang terhad di kawasan pelabuhan dan di kalangan pedagang. Penyebaran Islam seterusnya diusahakan oleh para ulama sehingga Islam menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di asia Tenggara.

Penyebaran Islam di Asia Tenggara

Pedagang

Disebarkan oleh para pedagang Islam Arab, India dan China yang telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan pelabuhan-pelabuhan di Asia Tenggara. Kemurnian sikap serta tingkah laku pedagang Islam telah menjadi ikutan masyarakat setempat. Semangat dakwah pedagang-pedagang Islam telah menarik minat masyarakat setempat, para pedagang juga membawa golongan ulama untuk berdakwah di Bandar-bandar pelabuhan. Islam mudah tersebar kerana sifat mahmudah, berhemah serta lemah lembut ulama semasa menyebarkan ajaran Islam. Hubungan baik pedagang Islam dengan pemerintah, memudahkan mereka berdakwah kepada masyarakat setempat. Kejujuran dan sifat amanah, ramai pedagang yang telah dianugerahkan jawatan Syahbandar dan mereka juga berperanan menyebarkan ajaran Islam di Asia Tenggara.

Perkahwinan

Islam juga tersebar melalui perahwinan siasah di kalangan kerabat diraja, seperti di Melaka Sultan Mansur Syah dan Muzafar Syah mengahwinkan puteri mereka dengan Raja Siak, Kampar, Inderagiri dan Jambi di Sumatera. Perkahwinan biasa berlaku di antara pedagang Islam dan Ulama dengan penduduk tempatan menyebabkan Islam tersebar di kalangan keluarga dan masyarakat di sekeliling keluarga yang dikahwini oleh pedagang tersebut.

Pengislaman Raja dan Golongan Bangsawan

Raja dan bangsawan berperanan menyebarkan ajaran Islam melalui pengislaman mereka. Masyarakat Asia Tengara khususnya orang Melayu sangat mentaati golongan pemerintah. Oleh itu, Raja dan golongan bangsawan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap rakyat. Apabila Raja memeluk agama Islam, rakyat juga akan turut memeluk agama Islam. Contoh di Melaka, apabila Megat Iskandar Syah memeluk Islam, pembesar dan rakyat Melaka secara keseluruhan memeluk Islam. Di Pasai, selepas pengislaman Raja Malik al-Salih, pembesar turut memeluk Islam sehingga Pasai menjadi kerajaan Islam yang kuat.

Kelahiran Kerajaan Islam

Kerajaan Islam memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam di Asia Tenggara. Antara kerajaan Islam awal di Asia Tenggara ialah Perlak, Samudera-Pasai, Melaka, Acheh, Demak, Mataram, Sulu dan Mindanao. Kerajaan Melaka menjadi pusat penyebaran Islam yang terkenal dan tokoh yang memainkan peranan penting menjadikan Melaka pusat penyebaran Islam yang terkenal ialah Tun Perak. Tun Perak, Bendahara Melaka telah menjalankan dasar perluasan kuasa dengan menguasai Aru, Rokan, Siak, Kampar dan Inderagiri(pantai Sumatera Utara). Kerajaan Johor-Riau, warisan Kesultanan Melayu Melaka berusaha untuk menawan kembali Melaka yang dikuasai oleh Portugis. Kerajaan Demak telah menyebarkan Islam ke seluruh Pulau Jawa. Acheh semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam menjadi kuasa yang kuat di Asia Tenggara dan berusaha untuk menyekat perkembangan agama Kristian dengan cara menaungi kerajaan kecil dan menakluk negeri-negeri di Tanah Melayu. Acheh digelar Serambi Makkah kerana menjadi tempat persinggahan jemaah haji Asia Tenggara dalam perjalanan ke Makkah untuk menunaikan haji. Raja Pattani memeluk Islam dan menukar nama kepada Sultan Mahmud Syah. Penyebaran Islam di Patani berlaku sepenuhnya semasa pemerintahan Sultan Mudzaffar Syah. Islam telah bertapak di Brunei pada tahun 977 M berdasarkan catatan China yang mengatakan Brunei menghantar seorang pembesar Pu Ali, ke China. Pendakwah Islam yang dapat menyebarkan Islam keBrunei dan wilayah Borneo ialah Syariff Ali Mufaqih Muqqadam (Syariff Berkat). Pengislaman Brunei menyebabkan Islam turut tersebar ke kepulauan Sulu dan juga Mindanao. Kedatangan Islam ke Champa agak lewat berdasarkan penemuan batu bersurat bertarikh 1039 M. dan satu prasasti yang mencatatkan tentang syarat pembayaran hutang dan cukai.

Peranan Pusat Kebudayaan

Telah wujud di Perlak, Samudera-Pasai, Riau dan Acheh. Ia berperanan sebagai pusat ilmu pengetahuan di samping bertindak sebagai pusat penyebaran Islam. Di Pusat Kebudayaan ini tedapat institusi pendidikan dan golongan cerdik pandai. Pada zaman keagungan kerajaan Samudera-Pasai i. ii. iii. iv. Menjadi pusat penterjemahan, banyak kitab bahasa Arab diterjemah ke Bahasa Melayu. Sultan Mansur Syah (Melaka) pernah menghantar kitab al-Dur al-Manzum ke Samudera-Pasai untuk diterjemah oleh ulama Pasai. Ulama dan cerdik pandai di sini menjadi pakar rujuk kepada ulama luar. Sultan Mahmud Syah (Melaka) pernah merujuk ulama Samudera-Pasai tentang masalah agama.

Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka terdapat hasil kesusasteraan yang terpengaruh dengan gaya bahasa Arab. i. ii. iii. Hikayat Muhammad Ali Hanafiah. Hikayat Amir Hamzah Hikayat Nabi bercukur.

Di Acheh terdapat karya puisi hasil penulis tempatan untuk menghayati Islam seperti Bustanus Salatin yang mengisahkan keindahan sebuah kerajaan, istana raja dan taman-taman. Di Acheh telah melahirkan ramai ulama yang memperkaya pemikiran dan kebudayaan Islam seperti: i. ii. iii. iv. Hamzah al-Fansuri Syeikh Nurudin al-Raniri Syeikh Syamsuddin al-Sumaterani Abdul Rauf Singkel.

Di Johor-Riau turut berperanan sebagai pusat kebudayaan Islam dan menjadi emporium yang penting. Hasil kesusasteraan penting pada zaman Johor Riau ialah Tuhfat al-Nafis dan Peringatan sejarah Johor

Peranan Mubaligh

Mubaligh, pendakwah dan ahli sufi berperanan menyebarkan Islam di Asia Tenggara. Antara pendakwah yang terawal berdakwah di Asia Tenggara Syeikh Ismail dan Fakir Muhammad. Di Pasai, pendakwah dan ulama yang telah menyebarkan dakwah ialah Syarif Amir Sayyid al-Syirazi dan Tajuddin al-Asfahani. Di Melaka terdapat pendakwah seperti Syeikh Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar dan Maulana Yusuf, mereka mempunyai keperibadian yang baik, jujur dan lemah lembut. Di Melaka penyebaran pada peringkat awal secara tidak formal. Apabila Islam berkembang mereka mengajar secara formal di masjid, istana dan rumah. Terdapat pusat pendidikan seperti pesantren dan pondok, di Acheh institusi pondok dikenali sebagai dayah, melahirkan ulama tempatan seperti Hamzah al-Fansuri, Syeikh Nurudin al-Raniri, Syeikh Syamsuddin alSumaterani dan Abdul Rauf Singkel. Di Acheh ulama menjdai penasihat kepada raja. Terdapat 22 orang ulama bertugas di Balai Gadang membantu pentadbiran di Acheh. Di Jawa, kebijaksanaan Wali Songo (Wali Sembilan) berdakwah berjaya mengislamkan ramai penduduk tempatan. Wali Songo menjadikan Demak sebagai pusat pergerakan dakwah Islamiah dan menjadikan masjid Agung Demak sebagai markas dakwah Islamiah.

Keistimewaan Islam

Kemurnian ajaran Islam yang mencakupi pelbagai bidang menarik orang ramai menganut agama Islam. Konsep Tuhan yang Maha Esa (Tauhid), keadilan, hak individu dan masyarakat, kehidupan yang harmoni, menyanjung akhlak mulia dan konsep kebahagian di dunia dan akhirat menyebabkan Islam tersebar luas di Asia Tenggara. Islam menganjurkan manusia berfikir secara rasional dan pemikiran ini diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat di Asia Tenggara.