Anda di halaman 1dari 3

Kepentingan Arkeologi dalam penulisan Penyelidikan arkeologi dalam bidang sejarah amat penting.

Bidang arkeologi dan sejarah memang mempunyai perkaitan. Penyelidikan arkeologi dianggap penting bukan sahaja kerana ia menjangkau zaman yang tidak dikaji oleh bidang sejarah tetapi juag kerana sumbangannya terhadap bidang sejarah dalam memberi urutan peristiwa yang tepat dan benar. Ia merupakan satu bidang yang mampu membina semula sejarah kebudayaan satu-satu bangsa dan tamadun pada zaman tersebut. Dalam zaman prasejarah tidak terdapat tradisi penulisan atau catatan. Maka pemerhatian ke atas zaman silam itu perlu dilakukan melalui kajian arkeologi. Iaitu pengkajian yang mesti dilakukan ke atas tinggalan-tinggalan kebudayaan yang ditinggalkan oleh masyarakat terdahulu. Tinggalan yang dimaksudkan itu ialah beberapa jenis tapak, candi, artifak, seperti tembikar, tengkorak, tulang manusia, tulang haiwan, manik-manik, alatan senjata, pinggan mangkuk dan sebagainya. Pengkajian ke atas artifak-artifak tersebut dapat membuktikan kesahihan tempoh masa dan juga kebenaran dakwaan kewujudan sesuatu tamadun itu. Hal ini dapat membantu para sejarawan menghasilkan hasil penulisan yang lebih berkualiti berdasarkan kebenaran fakta yang telah dilaksankan melalui kajian arkeologi. Sejarah pengkajian arkeologi atau kata mudah penyelidikan cari gali di Asia Tenggara bermula pada sekitar penghujung abad ke-19. Ia bermula dengan jumpaan beberapa fosil manusia awal. Awal tahun 1890an, E. Dubois telah menjumpai beberapa tulang pithecanthropus wajak man, tengkorak trinil dan java man di Indonesia dalam usaha pencarian hubungan dan perkaitan pada zaman evolusi manusia. Pada tahun 1893 pila, E. Noetiling pula telah menemui perkakas batu yang pertama di Burma. Sementara itu, pada tahun 1902-1903, F.P. Sarasin pula menjumpai mikrolitik Asia Tenggara yang pertama dalam penyelidikan dan cari gali di gua-gua Lamant Jong, Selatan Sulawesi. Manakala di Malaysia pula, fosil Homo sapiens ditemui. Sebelum itu juga disebutkan bahawa bukti yang serupa telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak. Penemuan di Sarawak ini lebih penting kerana dalam usaha cari gali ini di temui tengkorak Homo Sapiens (tengkorak dalam) yang dianggarkan berusia antara 40, 000 tahun hingga 35 000 tahun. Tetapi penemuan yang terbaru sekali ialah di Gua Gunung

Runtuh Lenggong, Perak. Menurut pakar arkeologi negara,Zuraina Majid, fosil Homo Sapiens ini merupakan yang tertua di Malaysia. Jelas di sini, bahawa melalui kajian arkeologi para sejarawan dapat mengesahkan tempoh dan maklumat-maklumat atas barang kajian yang dibuat secara lebih mendalam. Seterusnya, dengan ketepatan fakta yang didapati oleh para sejarawan, maka dapatlah mereka menghasilkan karyanya berdasarkan keaslian barang-barangan yang telah dikaji. Di Malaysia sendiri terdapat banyak tinggalan dan kesan zaman Mesoltik contohnya seperti gua batu kapur, pesisir pantai dan tebing-tebing sungai. Antara tapak ialah Gua Cha dan Gua Musang di Kelantan, Gua Niah di Sarawak, Gua debu dan Gua Kepar di Kedah, Jenderam Hilir di Selangor, Kota Tampan, Lenggong di Perak dan Kota Tongkat, Kota Gelanggi, Gua Kecil dan Bukit Cintamanis di Pahang. Ini semua merupakan bukti arkeologi tinggalan zaman purba yang wujud, sama ada membuktikan kewujudan budaya Mesolitik mahupun budaya Neolitik. Malah kajian yang dilakukan oleh G. de G. Sieveking pada tahun 1954 dan juga usaha gali cari semula oleh Adi Haji Tha pada tahun 1979, kedua-duanya membuktikan bahawa kesan-kesan kewujudan budaya Mesolitik dan juga Neolitik. Perkara yang pasti adalah tidak terdapat pemisahan yang nyata antara kedua-dua budaya ini khususnya di Gua Cha, Kelantan. Tanah Melayu sejak dahulu lagi dikenali sebagai sebahagian daripada kawasan Asia Tenggara dan ia penting dengan wujudnya kegiatan perdagangan purba. Kedudukannya yang strategi iaitu di tengah-tengah jalan perdagangan timur-barat menyebabkan ramai ahli pelayaran dan pedagang-pedang menjadikannya sebagai destinasi persinggahan dan juga destinasi perdagangan. Melaui catatan-catatan ahli pelayaran asing, tercatat sejarah kerajaan-kerajaan awal yang pernah tertegak di Tanah Melayu. Tulisan Cina khususnya I-Ching pernah mencatatkan bahawa di Tanah Melayu sudah wujud beberapa buah kerajaan awal seperti Tun Sun, Pan-pan, Lang-yahsia dan Chih tu. Bidang Arkeologi dapat membantu para sejarawan untuk mencari data-data baru dengan memerhati monumen purba dan membuat cari gali bagi membina pengetahuan manusia menerusi karya penulisan sejarah mereka,

Di semenanjung Tanah Melayu kewujudan kerajaan-kerajaan

awal tersebut

dibahagi kepada dua kategori iaitu pertama kerajaan pelabuhan/maritim dan kedua kerajaan petempatan /kerajaan pembekalan atau agrarian/ kerajaan pertanian. Apapun yang diistilahkan kerajaan pelabuhan berfungsi sebagai pelabuhan perdagangan. Manakala kerajaan agraria pula merupakan kerajaan araupun kawasan bekalan barangan dari pedalaman. Kedua-duanya berkait rapat. Waktu dahulu kewujudan kerajaan awal adalah di sekitar kawasan sungai ataupun pantai. Ini terjadi kerana mudah menjalankan kegiatan perdagangan. Kedua-dua bentuk kerajaan ini telah dibuktikan kewujudannya melalui kajian arkeologi. Sebagai contohnya, kewujudan kerajaan Kedah Tua atau lebih dikenali sebagai Lembah Bujang, Kerajaan Chih-Tu, dan juga Pahang serta Terengganu. Kerajaan-kerajaan ini mewakili bentuk pelabuhankerajaan. Manakala bagi mewakili pelabuhan penempatan pula ialah di Jenderam Hilir, Pulau Kalumpang dan Sungai Mas, di Kedah. Para sejarawan dapat mengkaji tinggalan purba mengenai asal usul sesuatu bangsa dan menghasilkan karya penulisan yang mempunyai fakta dan benar serta mendapat kepercayaan masyarakat yang tinggi. Mukadimah ini sekadar menunjukkan usaha cari gali atau penyelidikan arkeologi telah pun dijalankan bukan sahaja di Asia Tenggara tetapi turut dilakukan di Malaysia. Bagi membuktikan bahawa bidang penyelidikan arkeologi mampu membuktikan kewujudan sesuatu tamadun dan kebudayaan. Kesimpulannya, bidang arkeologi memainkan peranan yang penting dalam penulisan kerana banyak membantu para sejarawan dalam menghasilkan karya penulisan sejarah dengan memberikan gambaran sebrnar tentang kehidupan masyarakat dan sesuatu bangsa zaman lampau.