Anda di halaman 1dari 125

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

TAJUK 3

TERMOKIMIA: HABA (ENTALPI ) DAN HABA TINDAK BALAS

SINOPSIS Semua tindak balas kimia melibatkan tenaga. Ada tindak balas kimia yang menyerap haba daripada persekitaran dan ada juga tindak balas yang membebaskan haba ke persekitaran.Dalam tajuk ini, anda akan mengenali entalpi bahan dan hubungan perubahan entalpi dengan haba tindak tindak balas. Anda juga akan mengkaji pelbagai tindak balas yang melibatkan haba seperti tindak balas peneutralan, pembakaran, pemendakan dan penyesaran sambil berupaya menyelesaikan masalah mengenai haba tindak balas

HASIL PEMBELAJARAN Mendefinisikan entalpi Mentakrifkan haba tindak balas peneutralan, pemendakan, pembakaran dan penyesaran Menyelesaikan masalah berangka mengenai haba tindak balas Melukis gambar rajah tahap tenaga sesuatu tindak balas

KERANGKA TAJUK-TAJUK

3.1 Haba (Entalpi) 3.TERMOKIMIA


3.2 HabaTindak balas

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) ISI KANDUNGAN 3.1 Entalpi

Tindak balas kimia seperti pembakaran, pengaratan dan penyejatan air dalam kolam semua melibatkan tenaga. Entalpi adalah istilah termodinak merujuk kepada kandungan haba dalam sesuatu sistem. Simbol untuk entalpi ialah H Kita tidak dapat mengukur nilai mutlak entalpi sistem,tetapi kita dapat mengukur perubahan entalpi. Perubahan entalpi diwakili oleh simbol H dan diukur dalam unit kJ.

Jika diukur pada tekanan tetap, haba tindak balas sama dengan perubahan entalpi bagi sistem ini.

Bagi tindak balas

F+G

J+K

Perubahan entalpi (H)

= haba tindak balas = (HJ + HK) (HF + HG)

Jika haba diserapkan semasa tindak balas berlaku, H adalah positif kerana sistem kimia ini menerima tenaga dari persekitarannya. Tindak balas ini dikenali sebagai tindak balas endotermik (Rajah 1)

PERSEKITARAN

SISTEM Menyerap Haba

HABA

H = + (POSITIF)

Rajah 1

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) Jika haba dibebaskan semasa tindak balas berlaku, H adalah negatif kerana sistem kimia ini membebaskan tenaga ke persekitarannya. Tindak balas ini dikenali sebagai tindak balas eksotermik. PERSEKITARAN SISTEM Membebaskan Haba

HABA H = - (NEGATIF)

Rajah 2

Nilai berangka perubahan entalpi dipengaruhi oleh: Suhu eksperimen dijalankan, Keadaan fizik (pepejal,cecair atau gas) bahan tindak balas dan hasil tindak balas, Tekanan bahan tindak balas bergas, dan Kepekatan larutan yang terlibat

Kita harus menentukan bahawa keadaan sistem adalah sama sebelum dan selepas tindak balas. Keadaan piawai untuk ukuran termokimia ialah Suhu 25 0C (298 K) Tekanan 1 atm (101kPa) dan Larutan yang terlibat mempunyai kepekatan 1 mol dm -3

Perubahan entalpi pada keadaan piawai dinyatakan sebagai tindak balas piawai dan bersimbol H298 atau H Contohnya: Persamaan termokimia pada keadaan piawai bagi tindak balas pembakaran metana dalam oksigen berlebihan adalah berikut: H298 = -890 kJ

CH4(g) + 2O2(g)

CO2(g) + 2H2O (ce) 3

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Latihan

1. Jawab soalan berdasarkan tindak balas ini: H2(g) + O2(g) H2O(ce) H298 = -287kJ

(a) Adakah tindak balas ini eksotermik atau endotermik? (b) Yang manakah mempunyai entalpi yang lebih besar, bahan tindak balas ataupun hasil? (c) Kirakan kuantiti haba yang dibebaskan jika 3 mol hidrogen terbakar dalam oksigen berlebihan. (d) Lukis gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas ini.

3.2

Haba tindak balas

Haba tindak balas boleh ditakrifkan sebagai tenaga haba yang diserap atau dibebaskan apabila satu mol bahan tindak balas digunakan atau satu mol hasil tindak balas terbentuk dalam keadaan piawai. Haba tindak balas sama dengan perubahan entalpi jika diukur dalam keadaan piawai. Semua tindak balas kimia melibatkan haba. Anda akan mempelajari beberapa tindak balas kimia dan cara mengira haba tindak balasnya.

3.2.1 Haba Peneutralan

Peneutralan ialah tindak balas antara asid dengan bes (atau alkali) untuk menghasilkan garam dan air sahaja.

Asid + Bes/Alkali

Garam + Air

Contoh:

HCl(ak) + KOH H2SO4(ak)

KCl(ak) 4

+ H2O(ce) Na2SO4(ak) + H2O(ce)

+ 2NaOH(ak)

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) Adakah tindak balas peneutralan eksotermik? Semua tindak balas peneutralan merupakan tindak balas eksotermik, kerana haba dibebaskan dan H bertanda negatif Haba peneutralan ialah haba yang dibebaskan apabila satu mol ion H+ bertindak balas dengan satu mol ion OH- untuk menghasilkan satu mol air pada keadaan piawai. H+(ak) + OH- (ak) H = negatif

H2O(ce)

H ialah haba peneutralan dalam unit kJmol-1 Contohnya, dalam tindak balas peneutralan antara asid nitrik (HNO 3) dan natrium hidroksida (NaOH), haba peneutralan ialah -57.3kJmol-1.

Contoh Pengiraan Haba Peneutralan Soalan: Apabila 50cm3 asid hidroklorik 1.2 mol dm-3 dicampurkan kepada 50 cm3 larutan ammonium hidroksida 1.2 mol dm-3, suhu larutan berubah daripada 30 oC kepada 37.5 oC. Hitungkan haba peneutralan untuk tindak balas antara asid hidroklorik dengan larutan ammonia. (Muatan haba tentu larutan = 4.2 Jg-1oC-1; ketumapatan larutan = 1.0 gcm-3)

Penyelesaian:

Langkah 1: Hitungkan haba yang dibebaskan dalam eksperimen ini Haba yang dibebaskan = m x c x T = (50 + 50) x 4.2 x (37.5 30.0) = 3150J = 3.15kJ Langkah2: Hitungkan bilangan mol molekul air yang dihasilkan dalam eksperimen ini. Bilangan mol HCI (ak) yang digunakan = MV/1000 = 1.2 x 50 /1000 = 0.06mol 5

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) Bilangan mol NH4OH (ak) yang digunakan = MV/1000 = 1.2 x 50 /1000 = 0.06mol

Daripada persamaan HCl(ak) + NH4OH(ak) NH4Cl + H2O(ce), boleh disimpulkan bahawa 0.06 mol ion H+ bertindak balas dengan 0.06 mol ion OH- untuk menghasilkan 0.06 mol molekul air.

Langkah 3: Daripada langkah 1 dan 2, pembentukan 0.06 mol molekul H2O membebaskan 3.15 kJ tenaga. Maka, pembentukan 1.0 mol molekul H2O membebaskan 3.15kJ x (1/0.06) = 52.5 kJ Kesimpulannya, haba peneutralan untuk tindak balas antara asid hidroklorik dengan larutan ammonium hidroksida ialah -52.5 kJ mol-1. Ini dapat ditulis secara ringkas sebagai H = - 52.5 kJ mol-1.

Latihan

1. (a)

Kirakan haba peneutralan bagi tindak balas berikut: 25 cm3 asid nitrik (HNO3) 1.5M bertindak balas dengan 25 cm3 larutan natrium hidroksida (NaOH) 1.5M, larutan suhu berubah daripada 23oC kepada 32 oC Lukis gambarajah aras tenaga bagi tindak balas peneutralan ini.

(b)

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) 3.2.2 HABA PEMBAKARAN Pembakaran ialah tindak balas antara satu bahan api dengan oksigen untuk menghasilkan tenaga haba. Pembakaran biasanya disertai dengan cahaya atau nyalaan api. Semua tindak balas pembakaran merupakan tindak balas eksotermik.

Haba pembakaran ialah haba yang dibebaskan apabila 1 mol bahan api terbakar dengan lengkap dalam oksigen berlebihan pada keadaan piawai. Contoh: Haba pembakaran unsur karbon dan hidrogen adalah -392 kJmol-1 dan -286 kJmol-1 masing-masing. H= -392 kJmol-1 H= -286kJmol-1

C(p) + O2(g)

CO2(g) H2O(ce)

H2(g) + O2(g)

Haba pembakaran boleh ditentukan dengan membakar bahan api dan haba yang dibebaskan digunakan untuk memanaskan air. Haba pembakaran bahan api tersebut dapat ditentukan daripada kenaikan suhu air. Anggapkan haba tidak hilang ke alam persekitaran, maka haba yang terbebas semasa pembakaran bahan api sama dengan haba yang diserap oleh air.

Layari Internet

Akses internet untuk mengumpul maklumat mengenai haba pembakaran pelbagai jenis alkohol. Bandingkan haba pembakaran bagi metanol, etanol,propan-ol dan butan-ol. Dapatkah anda hubungkait bilangan atom karbon dalam satu molekul alkohol dengan haba pembakaran alkohol?

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) Pengiraan haba pembakaran Soalan: Apabila 2.7 g glukosa (C6H12O6) dibakar dengan lengkap dalam oksigen berlebihan, haba yang terbebas dapat menaikkan suhu 600g air sebanyak 12.5 0C. Hitungkan haba pembakaran glukosa. (Muatan haba tentu air: 4.2 Jg-1 0C-1 , Ketumpatan larutan = 1.0g cm-3, Jisim atom relatif: H,1;C,12; O,16)

Penyelesaian Langkah 1: Hitungkan haba yang terbebas dalam eksperimen ini. Haba yang dibebaskan = Jisim air (m) x Muatan haba tentu (c) x kenaikan suhu (T) = 600 x 4.2 x 12.5 J = 31 500 J=31.5 kJ

Langkah 2: Hitungkan bilangan mol glukosa yang terbakar dalam eksperimen ini. Jisim molekul relatif glukosa (C6H12O6) =(6 x 12) + 12 x 1 + 6 x 16)= 180 Bilangan mol glukosa yang terbakar = 2.7/180 = 0.015mol

Langkah 3: Hitungkan haba yang dibebaskan apabila 1 mol glukosa terbakar Daripada langkah 1 dan 2, 0.015 mol glukosa membebaskan 31.5kJ tenaga haba. Maka, 1 mol glukosa membebaskan 31.5 x (1/0.015) = 2100 kJ Jadi, haba pembakaran glukosa (C6H12O6), H = -2100 kJmol-1.

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Latihan

1. Haba pembakaran propana ialah -2220 kJmol-1 C3H8(g) + 5O2(g) 3CO2(g) + 4H2O(ce) H= - 2220kJmol-1 (a) Lukis gamba rajah aras tenaga bagi tindak balas ini (b) Berapakah tenaga haba yang dibebaskan apabila 20g karbon dioksida dihasilkan daripada pembakaran lengkap propana?

2. Haba pembakaran metanol yang ditentukan dalam satu eksperimen ialah -560 kJmol-1. Sebenarnya, nilai teori haba pembakaran ialah -715 kJmol-1. Mengapa perbezaan ini boleh berlaku?

Memikir

Cuba anda fikirkan satu eksperimen yang dapat dijalankan dalam makmal untuk mengenal pasti haba pembakaran etanol Apakah langkah berjaga-jaga semasa menjalankan eksperimen ini?

3.2.3 HABA PEMENDAKAN Haba pemendakan ialah perubahan tenaga haba apabila satu mol mendakan terbentuk daripada ion-ionnya. Contohnya: Larutan plumbum(II) nitrat bertindak balas dengan larutan kalium sulfat untuk menghasilkan mendakan plumbum(II) sulfat. Persamaan termokimia bagi tindak balas ini adalah seperti yang berikut: Pb2+(ak) + SO42-(ak) PbSO4(p) H = -51kJmol-1

Haba sebanyak 51kJ dibebaskan apabila 1 mol plumbum sulfat dimendakan pada keadaan piawai. 9

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Latihan 1. Apabila 1mol dm-3 argentum nitrat bertindak balas dengan 1 mol dm-3 kalium klorida, 1mol argentum klorida dimendakan dan haba sebanyak 58.8kJ dibebaskan (a) (b) Tuliskan persamaan termokimia. Kirakan haba yang dibebaskan jika 0.4 mol argentum klorida dimendakan. (c) Lukis gambar rajah aras tenaga bagi pemendakan argentum klorida. Haba pemendakan bagi pepejal Mn+Xn- ditentukan dengan menyukat perubahan suhu semasa pemendakan berlaku, iaitu apabila isipadu tertentu larutan ion M n+ dicampurkan kepada isi padu tertentu larutan ion Xn+. Anda perlu tahu kepekatan kedua-dua larutan. Pengiraan Haba pemendakan Soalan: 25 cm3 larutan argentum nitrat dicampurkan kepada 25 cm3 larutan kalium klorida. Keputusan eksperimen yang diperoleh adalah seperti yang berikut: Suhu awal larutan kalium klorida Suhu awal argentum nitrat Suhu maksimum campuran larutan = 32.5 0C = 31.5 0C = 37.6 0C

Dengan menggunakan data eksperimen, kira haba pemendakan argentum klorida. (Muatan haba tentu larutan = 4.2 Jg-1 0C-1; Larutan tersebut masingmasing mengandungi 0.23 mol ion Ag + dan 0.023 mol ion Cl-)

10

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) Penyelesaian: Suhu purata larutan sebelum tindak balas = (32.5 + 31.5) 2 = 32 0C Perubahan suhu = 37.6 0C 32.0 0C= 5.6 0C. Isi padu campuran tindak balas = 25 + 25 = 50 cm3 Dengan menganggap ketumpatan larutan = 1.0 g cm -3, jisim campuran tindak balas = 50cm3 x 1.0 g cm-3 = 50.0 g

Langkah1: Hitungkan haba yang terbebas dalam eksperimen ini. Haba yang dibebaskan = m x c x T = 50 x 4.2 x 5.6 = 1176 J = 1.176 kJ Langkah 2: Hitungkan bilangan mol AgCl yang terbentuk dalam eksperimen ini. Daripada persamaan ion: Ag + (ak) + Cl-(ak) AgCl(p) 0.023 mol ion Ag+ bertindak balas dengan 0.023 mol ion Cl- untuk membentuk 0.023 mol AgCl. Langkah 3: Hitungkan haba yang dibebaskan apabila 1 mol AgCl terbentuk. Daripada Langkah 1 dan 2, pembentukan 0.023 mol AgCl menghasilkan 1.176 kJ haba. Maka, pembentukan 1 mol AgCl akan menghasilkan 1.176 x (1/ 0.023) = 51.1 kJ Jadi, haba pemendakan argentum klorida, H = -51.1 kJ mol-1

Latihan H = -66 kJmol-1

1.

CuSO4(p) + air CuSO4(ak)

Hitungkan jisim kuprum(ll) sulfat kontang yang diperlukan untuk dilarutkan dalam air supaya 16.5 kJ haba dibebaskan. (Jisim atom relatif Cu: 64, S = 32, O =16 )

11

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) 2. Apabila larutan plumbum(ll) nitrat dan larutan natrium bromida dicampurkan, plumbum(ll) bromida dihasilkan: Pb2+(ak) + 2Br-(ak) H = -x kJmol-1

PbBr2(p)

(a) Berapakah perubahan haba jika 1.0 mol ion Pb2+ dicampurkan dengan 1.0 mol ion Br- ? (b) Berapakah perubahan haba jika 1.0 mol ion Pb2+ dicampurkan dengan 2.0 mol ion Br-? (c) Berapakah perubahan haba jika 2.0 mol ion Pb2+ dicampurkan dengan 4.0 mol ion Br-

3.2.4 HABA PENYESARAN Haba penyesaran ialah haba yang dibebaskan apabila satu mol logam disesarkan daripada larutan garamnya pada keadaan piawai. Logam yang reaktif menyesarkan ion logam yang kurang reaktif daripada larutannya. Contohnya, apabila serbuk magnesium berlebihan dicampurkan kepada larutan ferum(ll) klorida, larutan hijau ferum(II) klorida menjadi tidak berwarna dan serbuk ferum yang berwarna kelabu dihasilkan.Haba juga dibebaskan dalam tindak balas ini. Tindak balas penyesaran boleh diwakili oleh persamaan termokimia: H= - 202 kJmol-1

Mg(p) + FeCl2(ak) MgCl2(ak) + Fe(p)

Di makmal, haba penyesaran ditentukan dengan mencampurkan serbuk logam yang lebih elektropositif dengan berlebihan kepada isi padu tertentu larutan garam logam lain dan seterusnya menyukat suhu maksimum yang tercapai.

12

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Memikir

Cuba anda fikirkan satu eksperimen yang dapat dijalankan dalam makmal untuk menentukan haba penyesaran kuprum oleh zink Apakah langkah berjaga-jaga semasa menjalankan eksperimen ini?

Pengiraan haba penyesaran Soalan: Apabila serbuk aluminium berlebihan ditambahkan kepada 100 cm3 larutan ferum(ll)sulfat, 0.48 g ferum dihasilkan dan suhu larutan berubah daripada 30 0C kepada 35.5 0C. Hitungkan haba penyesaran ion ferum oleh aluminium berdasarkan tindak balas: 3Fe2+(ak) + 2Al(p) 3Fe(p) + 2Al3+(ak)

(Muatan haba tentu larutan = 4.2 Jg-1 0C-1, Ketumpatan larutan =1.0gcm-3, Jisim atom relatif: Fe = 56)

Penyelesaian: Langkah 1: Hitungkan haba yang dibebaskan dalam eksperimen ini Kenaikan suhu = 35.5 30.0 = 5.5 0C Haba yang dibebaskan = Jisim larutan x Muatan haba tentu x kenaikan suhu = 100 x 4.2 x 5.5 J = 2310J = 2.31kJ Langkah 2: Hitungkan bilangan mol ferum yang disesarkan Jisim atom relatif Fe = 56 Bilangan mol Fe yang dihasilkan = jisim jisim atom relatif = 0.480/56 = 0.0086

13

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) Langkah 3: Hitungkan haba penyesaran ion ferum oleh aluminium Pembentukan 0.0086 mol ferum membebaskan haba sebanyak 2.31 kJ haba Pembentukan 1.0 mol ferum membebaskan haba sebanyak: = 2.31 x (1/ 0.0086) = 268.6 kJ Jadi, haba penyesaran ion ferum oleh aluminium, H = - 268.6 kJmol-1

Latihan H = -218 kJmol-1

1.

Zn(p) + CuSO4(g) Cu(p) + ZnSO4(ak)

(a) Lakarkan gambarajah aras tenaga bagi tindak balas penyesaran ini

(b) Hitungkan jisim minimum zink yang perlu digunakan supaya tindakannya terhadap larutan kuprum(ll)sulfat berlebihan dapat menghasilkan 46.8 kJ haba. (Jisim atom relatif zink : 65.4)

14

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Tutorial (2 Jam)

1. (a) Apa yang anda faham tentang istilah entalpi (b) Ramalkan perubahan entalpi yang berlaku dalam tindak balas berikut: (nyatakan sama ada entalpi berkurang atau bertambah) i. ii. iii Br2(g) Br2 (ce) NaCl (ak) CO2(g)

NaCl(s) + ak CO(g) + O2(g)

(c) Mengapakah keadaan piawai patut dinyatakan dalam pengiraan perubahan entalpi? 2. 100 cm3 natrium hidroksida (1 mol dm-3) meneutralkan 50cm3 asid sulfurik (1mol dm-3) dan suhu awal larutan pada 21.0 0C meningkat ke 29.0 0C (Muatan haba tentu larutan = 4.2 Jg-1 0C-1, Ketumpatan larutan =1.0 gcm-3) (a) (b) Kirakan haba peneutralan Lakarkan gambarajah aras tenaga bagi tindak balas ini

Tiga jenis alkohol dibakar dan haba yang dibebaskan diukur seperti ditunjukkan dalam jadual berikut:

Alkohol

Jisim alkohol terbakar (g)

Haba dibebaskan (kJ) 71 268 252

Metanol Etanol Propan-ol

3.2 9.2 7.5

15

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) (a) Tuliskan persamaan kimia seimbang bagi setiap jenis alkohol. (b) Kirakan bilangan mol setiap alkohol yang dibakar (c) Kirakan haba pembakaran (kJmol-1) setiap alkohol (d) Alkohol manakah boleh dijadikan bahan api yang paling efisen? Terangkan Apabila 500 cm3 larutan M+1 1.0 mol dm-3 dicampurkan dengan 500cm3 larutan ion sulfat SO42- 1.0 mol dm-3, suhu larutan naik sebanyak 6 0C. Hitungkan haba pemendakan M2SO4 dalam tindak balas ini. (Muatan haba tentu larutan = 4.2 Jg-1 0C-1)

4.

5.

Zn(p) + CuSO4(ak) ZnSO4(ak) + Cu (p) H= -218kJmol-1

(a) Lakar gambarajah aras tenaga bagi tindak balas ini (b) Kirakan haba yang dibebaskan jika 12.4g kuprum dimendakkan. ( jisim atom relatif kuprum = 63.5 )

16

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

TAJUK 4 TERMOKIMIA: HABA PEMBENTUKAN DAN HUKUM HESS


SINOPSIS Tajuk ini mengandungi dua sub topik iaitu haba pembentukan dan Hukum Hess. Anda dapat mentakrifkan haba pembentukan dan menghubungkaitnya dengan kestabilan bahan. Dalam tajuk ini juga, Hukum Hess diaplikasikan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan entalpi bahan.

HASIL PEMBELAJARAN Mentakrifkan haba pembentukan Mengira perubahan haba tindak balas menggunakan nilai berangka haba pembentukan Meramal kestabilan relatif sesuatu sebatian Mendefinisikan Hukum Hess Mengaplikasikan Hukum Hess

KERANGKA TAJUK-TAJUK

4.1 HABA PEMBENTUKAN Pengiraan nilai TERMOKIMIA


4.2 HUKUM HESS Aplikasi Hukum Hess

17

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) ISI KANDUNGAN 4.1 Haba Pembentukan

Haba pembentukan piawai suatu bahan ialah haba yang dibebaskan atau diserap apabila 1 mol bahan itu terbentuk dari unsur-unsurnya di bawah keadaan piawai. Misalnya, haba (entalpi) pembentukan piawai bagi air ialah -285.5 kJmol-1. Ini bererti apabila 1 mol air cecair terbentuk dari hidrogen dan oksigen dalam keadaan bergas, 285.5 kJ haba dibebaskan (eksotermik). Haba pembentukan piawai bagi bahan diberi simbol Hf. H2(g) + O2(g) H2O(ce) Hf = -187.6 kJmol-1

Boleh anda ramalkan tenaga yang perlu untuk menguraikan satu mol air kepada hidrogen dan oksigen? Nilai Hf membantu ahli sains untuk meramalkan kestabilan bahan.

Latihan

1. Haba pembentukan piawai beberapa sebatian diberi dalam Jadual 1 Jadual 1 Sebatian Al2O3 NaCl C2H4 Hf(kJmol-1) -1676 -411 +52.3

Tulis persamaan termokimia bagi setiap tindak balas dalam Jadual 1.

18

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) 4.1.1 Kestabilan Sebatian Haba pembentukan piawai bagi sebatian mewakili tenaga yang dipindah dari atau kepada persekitaran apabila ikatan kimia dalam unsur pecah dan ikatan baru terbentuk dalam sebatian itu. Nilai Hf sebatian memberi maklumat tentang kestabilannya tentang penguraian kepada unsur-unsurnya. Sebatian yang terbentuk dengan membebaskan tenaga haba yang tinggi dan mempunyai nilai Hf yang paling negatif biasanya paling stabil. Sebatian ini tidak mudah terurai menjadi unsur-unsurnya. Sebaliknya sebatian yang terbentuk dengan menyerap haba dan mempunyai nilai Hf yang paling positif tidak stabil. Sebatian jenis ini mudah terurai apabila dipanaskan sedikit ataupun pada keadaan biasa.

Sebatian Stabil Al2O3 NaCl C2H4

Hf(kJmol-1) -1676 -411 +52.3

Sebatian Tak Stabil Cl2O7 NCl3 SnH4

Hf(kJmol-1) +75.7 +230 +163

Sebatian yang mengandungi entalpi positif yang tinggi boleh bertindak balas sangat reaktif dan boleh meletup. Contohnya, Mekuri fulminat Hg(ONC)2 yang mempunyai haba pembentukan +269kJ digunakan dalam bahan letupan

4.1.2 Pengiraan perubahan entalpi tindak balas Entalpi pembentukan piawai Hf diguna untuk menghitung perubahan entalpi dalam tindak balas kimia.

Perubahan entalpi piawai bagi tindak balas =hasil tambah Hf bagi hasil hasil tambah Hf bagi bahan tindak balas =Hf (hasil) - Hf (bahan tindak balas)

19

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) Contoh: Hf bagi karbon monoksida dan karbon dioksida masing-masing adalah -110 kJmol-1 dan -393.5 kJmol-1. Hitung nilai Hf bagi tindak balas CO(g) + O2(g) CO2(g)

Penyelesaian:

CO(g) + O2(g) (-110) (0)

CO2(g) (-393.5)

(Perhatian: entalpi pembentukan piawai bagi unsur diberi nilai sifar pada keadaan piawai) H = (-393.5) (-100 + 0) = -283.5 kJmol-1

Latihan 1. Hf bagi Ag+, Cl- dan AgCl masing-masing adalah +105.0 kJ, -167 kJ dan -127 kJ. Hitung Hf bagi tindak balas Ag+ + Cl- AgCl

4.2

Hukum Hess

Pada tahun 1841, Germain Henri Hess, seorang saintis Swiss telah menunjukkan haba yang dibebaskan atau diserap dalam sesuatu tindak balas adalah sama dan tidak bergantung kepada proses tindak balas. Proses tindak balas boleh melibatkan beberapa langkah atau secara terus-menerus.

Hukum Hess menyatakan bahawa haba yang dibebaskan atau diserap semasa perubahan kimia tidak bergantung kepada jalan perubahan itu disempurnakan. Rajah 1 menunjukkan bahawa bahan A bertindak balas menjadi B melalui dua cara: 20

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) secara terus menerus melibatkan haba tindak balas Hr melalui 3 langkah iaitu bahan A bertindak balas menjadi X dan X bertindak balas menjadi Y dan Y bertindak balas menukar ke B yang melibatkan haba tindak balas H1, H2, H3 masing-masing. Mengikut Hukum Hess, Hr = H1, + H2 + H3

Rajah 1

Satu contoh untuk menjelaskan Hukum Hess ialah tindak balas di antara karbon dan oksigen untuk menghasilkan karbon dioksida.

Cara pertama: Secara langsung 1 mol karbon bertindak balas dengan oksigen berlebihan untuk menghasilkan karbon dioksida dan haba yang dibebaskan ialah 393kJ mol-1. C(p) + O2(g) CO2 H = -393kJ

21

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) Cara kedua: 2 langkah Langkah1: 1 mol karbon terbakar dalam oksigen yang terhad dan menghasilkan karbon monoksida. Haba terbebas hanya 111kJ mol-1. C(p) + O2(g) CO(g) H = -111kJ

Langkah2: Karbon monoksida boleh bertukar kepada karbon dioksida dengan pembebasan haba sebanyak 282kJ mol-1 H = -282kJ

CO(g) + O2(g)

CO2(g)

Haba tindak balas keseluruhan ialah hasil tambah haba peringkat berasingan iaitu -393 = -111 + (-282). Rajah 2 merumuskan haba tindak balas yang terlibat dalam pembentukan karbon dioksida.

CO(g) + O2(g) H=-111kJ + O2(g) H=-282kJ +O2 C(p) H=-393kJ CO2

Rajah 2: Kitaran Tenaga Pembentukan Karbon Dioksida

Layari Internet

Akses internet untuk mengumpul maklumat mengenai Hukum Hess. Bagaimana anda mengait Hukum Hess dengan Hukum Keabadian Tenaga

22

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) 4.2.1 Aplikasi Hukum Hess Hukum Hess digunakan oleh ahli kimia untuk mengira entalpi tindak balas yang tidak dapat diukur secara langsung. Contohnyanya, entalpi tindak balas bagi tindak balas antara karbon dan hidrogen tidak dapat diukur secara langsung: 4C(p) + 5H2(g) C4H10(g)

Bagaimanapun, karbon, hidrogen dan butana mudah terbakar dan entalpi pembakaran dapat ditentukan melalui eksperimen menggunakan kalorimeter. Satu kitaran tenaga dibina (Rajah 3) untuk mudahkan pengiraan entalpi. H1 4C + 5H2(g) C4H10(g) +6O2(g) H2 4CO2(g) + 5H2O(ce) Rajah 3: Kitaran Tenaga Pembentukan Butana

+6O2(g) H3

Mengikut Hukum Hess: H3 = H1 + H2 H1 = H3 - H2 H3 dan H2 dapat diketahui melalui eksperimen Maka H1 dapat dikira. Soalan: Hitungkan H bagi tindak balas S(p) + 1O2 (g) SO3(g). Diberi: (1) S(p) + O2(g) SO2(g) SO3(g) H1 = -297 kJ H 2 = -297 kJ

(2) SO2(p) + O2(g) Penyelesaian:

Apabila persamaan (1) + persamaan (2), kita akan dapat: S(p) + 1O2 (g) SO3 Jadi, H = H1 + H2 = -297 + (-99) = -396 kJ

23

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Tutorial (2 jam)

1. Nilai entalpi berikut berkait dengan sebatian CF4 ,sejenis gas pada suhu bilik. C(s) + 2F2(g) CF4(p) CF4(g) H = -92 kJ H = +15 kJ

CF4(g)

(a) Terangkan mengapa tanda nilai haba tindak balas berbeza. (b) Terangkan mengapa nilai H bagi kedua-dua tindak balas jauh berbeza. (c) Bolehkah gas CF4 berada dalam keadaan stabil pada suhu bilik. Jelaskan (d) Nyatakan keadaan piawai tindak balas ini berlaku.

2. (a) Nyatakan Hukum Hess (b) Kirakan entalpi pembentukan propana berasaskan data berikut: C(s) + O2(g) CO2 (g) H = - 393 kJ H = + 285 kJ H = - 2217 kJ

H2O(ce) H2(g) + O2(g) C3H8(g) + 5O2(g) 3CO2(g) + 4H2O(ce) (c) Tindak balas manakah yang eksotermik?

3. Kirakan perubahan entalpi piawai apabila kalsium klorida diturunkan oleh logam natrium. CaCl2(p) + 2Na(s) Ca(p) + 2NaCl(p) H = - 796 kJ H = - 411 kJ

Diberi :

Ca(p) + Cl2(g)

CaCl2(p)

Na(p) + Cl2(g) NaCl(p)

24

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) 4. Kirakan H untuk tindak balas: Hg2Cl2(p) + Cl2(g) Diberi: 2Hg(ce) + Cl2(g) Hg(ce) + Cl2(g) 5. 2HgCl2(p) Hg2Cl2(p) HgCl2(p) H = -265 kJ H = -224 kJ

Bandingkan haba pembakaran satu gram gas hidrogen dan asetilen (acetylene C2H2). Pilih gas yang sesuai untuk kimpalan(welding). Gunakan maklumat yang berikut: H2(g) + O2(g) C(p) + O2(g) 2C(p) + H2(g) H2O(ce) CO2(g) C2H2(g) H = -285 kJ H = -393 kJ H = +227 kJ

25

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

TAJUK 5 TERMOKIMIA: MAKANAN DAN BAHAN API TENAGA SOLAR


SINOPSIS Tajuk ini dibahagikan kepada tiga subtopik; makanan, bahan api dan tenaga solar. Anda akan memahami makanan sebagai bahan api untuk badan kita dan dapat menerangkan perubahan kimia yang berlaku di sel-sel untuk mengeluarkan tenaga. Anda juga akan bandingkan pelbagai bahan api sebagai sumber api dan menerangkan kepentingan tenaga solar kepada manusia,haiwan dan tumbuhan. HASIL PEMBELAJARAN Menyatakan makanan sebagai sumber tenaga Menerangkan perubahan kimia yang terlibat dalam penghasilkan tenaga daripada makanan Menjelaskan bahan api sebagai sumber api Menerangkan perubahan kimia yang terlibat dalam penghasilkan tenaga daripada bahan api Menerangkan kepentingan tenaga solar kepada semua benda hidup Mengenalpasti cara untuk menggunakan aktiviti PPIK (Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan) untuk mengajar bidang kurikulum yang sesuai KERANGKA TAJUK-TAJUK

5.1 MAKANAN DAN BAHAN API Nilai bahan api TERMOKIMIA


5.2 TENAGA SOLAR

26

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) ISI KANDUNGAN 5.1 MAKANAN DAN BAHAN API

Makanan adalah satu sumber tenaga untuk badan kita. Makanan mempunyai tiga fungsi: Membekalkan tenaga untuk aktiviti badan seperti berlari dan berjalan Memberikan bahan atau nutrien untuk tisu atau sel-sel badan bertumbuh dan membaiki sel badan Membekalkan bahan untuk mengawal proses badan seperti perkumuhan, bernafas dan penghadaman Makanan yang kita makan dihadam dan menukar bahan ringkas seperti glukosa dan asid amino. Bahan ringkas ini dihantar ke sel-sel seluruh badan melalui sistem salur darah. Respirasi adalah satu proses di mana bahan ringkas makanan seperti glukosa bertindak balas dengan oksigen untuk membekalkan tenaga. Tindak balas yang berlaku semasa respirasi ialah: C6H12O6(ak) + 6O2(g) 6CO2(g) + 6H2O(ce) H= -2803kJmol-1

Sebahagian tenaga kimia terkandung dalam glukosa ditukar ke haba untuk memanaskan badan, sebahagian tenaga untuk gerakan di otot dan juga sebagai tenaga elektrik di urat saraf. Proses respirasi ialah satu tindak balas pengoksidaan dan makanan dianggap seperti bahan api untuk badan kita.

5.1.1 Pengukuran Kandungan Tenaga Makanan Bagaimanakah anda tahu kandungan tenaga sesuatu makanan? Makanan dibakar dalam kalorimeter bom dan tenaga yang dikeluarkan semasa penoksidaan makanan dapat diukur. Kita boleh anggapkan tenaga makanan yang diukur adalah sama dengan tenaga yang dibebaskan semasa respirasi. Makanan biasanya mengandungi tiga jenis bahan; karbohidrat (gula dan kanji); lipid (minyak dan lemak) dan protin. Setiap bahan ini mengandungi kandungan tenaga yang berbeza (Jadual 1). Lemak mengeluarkan dua kali lebih tenaga berbanding karbohidrat atau protin.

27

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) Jenis bahan Karbohidrat Lemak Protin Tenaga (kJg-1) 17 37 17

Jadual 1: Kandungan Tenaga Karbohidrat, Lemak dan Protin

Kandungan tenaga sesuatu makanan bergantung kepada kadar kuantiti tiga jenis bahan yang ada dalam makanan. Jadual 2 senaraikan kandungan tenaga beberapa makanan.

Makanan

Karbohidrat (%)

Lemak (%)

Protin (%)

Nilai tenaga/ Nilai Klori (kJg-1)

Mantega Ayam goreng ubi kentang (rebus) Roti Telur (rebus) Susu Keju

0 0 22.0 53.2 0.6 5.0 4.0

80.3 17.6 0 4.0 11.8 4.0 37

0 29.4 2.0 8.0 12.5 3.3 28

29.9 12.1 4.2 11.7 6.7 3.0 20.0

Jadual 2: Komposisi dan kandungan tenaga beberapa makanan

28

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Latihan 1. Sekeping roti 1.5g dibakar dengan sempurna dalam kalorimeter bom. Haba yang dibebaskan menaikan suhu air 300 cm3 dari 18.6 0C ke 20 0C. Berapakah nilai kalori (dalam unit kJg-1) roti? (Muatan haba tentu air = 4.2 Jg-1C-1.) 2. Kirakan kandungan tenaga satu kotak susu 100cm 3 yang mengandungi 5.2g lemak, 6.8g karbohidrat dan 3.4 protin. (Rujuk Jadual 1)

5.1.2 BAHAN API Bahan api ialah bahan kimia yang mudah terbakar dalam udara untuk membebaskan tenaga haba. Bahan api boleh dikelaskan kepada tiga kumpulan mengikut keadaan fiziknya: (a) bahan api pepejal: arang batu, arang kok (b) bahan api cecair: petrol, diesel dan kerosin (c) bahan api gas : gas asli dan gas hidrogen Bahan api berbeza dari segi nilai bahan api. Nilai bahan api ialah tenaga haba yang dibebaskan apabila satu gram bahan api terbakar dalam oksigen berlebihan. Unit nilai bahan api ialah kJ/g atau kJg-1. Jadual 3 menunjukkan nilai bahan api bagi beberapa jenis bahan api Nilai bahan api/kJg-1 143 21 34 52 42 50

Bahan api Hidrogen Kayu Arang batu Gas asli Petrol Butana

Jadual 3: Nilai tenaga bahan api 29

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) Dari segi tenaga haba yang dibebaskan per gram bahan api, hidrogen merupakan bahan api yang terbaik. Kayu api merupakan bahan api yang membebaskan tenaga yang sedikit berbanding bahan api lain. Nilai bahan api digunakan dalam bidang perindustrian untuk membandingkan kos penghasilan tenaga bagi pelbagai bahan api melalui kaedah penghitungan. Contoh: Jadual berikut menunjukkan nilai bahan api (kJg-1) dan kos (ringgit per kg) bagi dua bahan api, gas asli dan petrol Bahan api Gas asli Petrol Nilai tenaga (kJg-1) 52 42 kos RM0.35 per kg RM 1 per kg

Bandingkan gas asli dan petrol dari segi (a) kos bahan api. (b) kos tenaga.

Penyelesaian: (a) Kos bahan api: Petrol lebih mahal daripada gas asli dari segi kos per gram bahan api (b) Kos tenaga: Gas asli 1 kg gas asli berharga RM 0.35 1 kg gas asli menghasilkan 52 x 1000kJ tenaga haba 52 x 1000kJ tenaga haba berharga RM0.35 Jadi, 1000kJ tenaga berharga RM 0.035/52 = RM0.0067 Petrol 1kg petrol berharga RM 1.00 1kg petrol menghasilkan 42 x 1000 kJ tenaga haba 1000kJ tenaga haba berharga RM1/42 = RM0.024 Berdasarkan kiraan, petrol lebih mahal daripada gas asli 30

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) Pemilihan bahan api Apabila memilih bahan api yang sesuai bagi tujuan tertentu, tiga faktor utama dipertimbangkan: Nilai bahan api Semakin tinggi nilai bahan api, semakin banyak tenaga haba dibebaskan per gram bahan api Kesan terhadap persekitaran Kebanyakan bahan api mengeluarkan banyak jelaga apabila dibakar dan ini menyebabkan pencemaran udara. Hidrogen dikenali sebagai bahan api bersih kerana pembakaran hidrogen tidak menghasilkan jelaga atau gas-gas yang mencemarkan udara Kos per gram bahan api Arang batu merupakan bahan api yang paling murah manakala bahan api seperti butana dan petrol agak mahal.

Latihan

1.

Berdasarkan tiga kupulan makanan iaitu, karbohidrat, lemak dan protin, cadangkan makanan yang sesuai untuk: (a) (b) (c) bayi remaja ibu berkandung

2.

Bandingkan penggunaan gas asli dengan arang batu untuk memasak di rumah.

31

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) 5.2 TENAGA SOLAR

Tenaga solar atau tenaga suria merupakan sumber tenaga terbesar di dunia. Malangnya manusia masih kekurangan teknologi untuk menggunakan tenaga solar sepenuhnya. Pada hari yang terang lebih kurang 1kJ tenaga solar terdapat pada 1 meter persegi tanah di permukaan bumi setiap saat. Tenaga solar sangat penting untuk kehidupan manusia, haiwan dan tumbuhan serta proses-proses semula jadi yang berlaku di bumi. Contohnya, proses fotosinthesis dan kitaran hidrologi tidak boleh berlaku tanpa tenaga solar.

Layari Internet

Akses internet untuk mengumpul maklumat tentang kepentingan tenaga solar kepada: (a) sistem bumi (proses-proses semula jadi) (b) tumbuhan (c) manusia Lakarkan satu peta minda yang menggambarkan penggunaan tenaga solar

5.2.1 Aplikasi tenaga solar Tenaga solar digunakan melalui dua kaedah:

Kaedah 1: Cahaya matahari boleh ditukarkan kepada arus elektrik dalam sel fotoelektrik. Kadar keberkesanan sel fotoelektrik semakin bertambah melalui penyelidikan Sel fotovoltik yang digunakan untuk menjanakan elektrik bagi satelit. Rajah 1 menunjukkan sel fotoelektrik yang ringkas untuk menyalakan sebuah mentol. Di Portugal selatan, penjana elektrik berasaskan tenaga solar telah dibina pada tahun 2006. Kawasan seluas 150 ekar digunakan dan berupaya menjana 11MW(megawat) kuasa elektrik. Kuasa elektrik ini mencukupi membekal elektrik untuk 8000 rumah. 32

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Matahari

Panel Elektrik

Panel Solar

Motor Elektrik

Rajah 1 :Tenaga solar ditukar ke tenaga elektrik melalui sel fotoelektrik

33

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) Kaedah 2: Tenaga solar diserap ke atas plat pengumpul yang bercat hitam. Kaedah pemanasan solar pasif ini digunakan untuk memanaskan bekalan air di rumah (Rajah 2). Rekabentuk rumah yang menggunakan tenaga solar berbeza dengan rumah biasa. Pintu rumah atau sebahagian besar rumah menuju ke matahari supaya tenaga diserap dan dibebaskan waktu malam.Rumah yang menggunakan tenaga solar akan mengumpul seberapa banyak haba yang boleh dan mengalirkan haba itu melalui pengaliran udara yang asli.

Pengumpul tenaga solar

Tangki Air

Rajah 2 : Sistem pemanasan air menggunakan tenaga solar

Mengumpul Maklumat

Kaji huraian sukatan pelajaran sains sekolah rendah Tahun Lima dan Tahun Enam dan senaraikan semua aktiviti pembelajaran yang berkaitan dengan topik haba. Komen tentang kesesuaian aktiviti-aktiviti pembelajaran berkenaan.Cadangkan aktiviti alternatif jika anda fikirkan aktiviti pembelajaran itu kurang sesuai.

34

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Tutorial (2 jam)

Jawab semua soalan 1. Sejenis kacang mengandungi 62% karbohidrat, 22% protin dan 1.5% lemak. Anggarkan nilai makanan kacang ini. (Rujuk Jadual 1)

2.

Semasa senaman ringan, seperti berjalan, seorang dewasa menggunakan 15kJ/min. Berapa minitkah senaman ini boleh diteruskan jika tenaga yang dibekalkan bersamaan dengan semangkuk sup ayam yang mengandungi 13g protin, 20g karbohidrat dan 5g lemak?

3.

Sebotol yang mengandungi 10g minyak Canola bernilai tenaga 346kJ, manakala sebotol lain yang mengandungi 60 g sirap buah-buahan bernilai tenaga 820kJ. Jelaskan perbezaan nilai tenaga kedua-dua bahan makanan.

4.

Sarapan pagi seorang pelajar sekolah terdiri daripada 120g susu, 30g roti dan sebiji telur masak. Gunakan nilai makanan purata di jadual 1 untuk mengira tenaga yang diperolehi melalui sarapan pagi ini

5.

Tenaga solar merupakan tenaga masa depan di bumi ini. Berikan kebaikan dan kelemahan tenaga solar.

35

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Perbincangan ( 1 jam)

PPIK 3

Tenaga yang boleh diperbaharui dan tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Tenaga boleh dibahagi kepada dua jenis yang tersebut di atas. 1. Hasilkan penyusun grafik tentang tenaga yang boleh diperbaharui dan tenaga yang tidak boleh diperbaharui. 2. Apakah peranan anda dalam penjimatan tenaga dalam kehidupan harian ? Bincangkan. Pada akhir aktiviti ini, jawab soalan-soalan berikut: Apakah yang telah anda pelajari daripada aktiviti tersebut? Dari bahagian manakah dalam kurikulum sains sekolah rendah yang berkaitan dengan topik berkenaan? Bincangkan bagaimana anda boleh menggunakan aktiviti ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Apakah peranan guru dalam aktiviti ini?

36

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

TAJUK 6 ELEKTROKIMIA: PENGOKSIDAAN DAN PENURUNAN


SINOPSIS Kebanyakan tindak balas kimia yang berlaku melibatkan pengoksidaan dan penurunan yang berlaku serentak. Pengoksidaan ialah tindaka balas yang berlaku apabila sesuatu bahan tindak balas mengalami penambahan oksigen atau kehilangan hidrogen. Penurunan ialah tindak balas yang berlaku apabila sesuatu bahan tindak balas mengalami kehilangan oksigen atau penambahan hidrogen. Tindak balas yang melibatkan kedua-dua proses pengoksidaan dan penurunan dikenali sebagai tindak balas redoks. Bahan tindak balas yang dioksidakan apabila mengalami penambahan oksigen atau kehilangan hidrogen dikenal sebagai agen penurunan. Agen pengoksidaan ialah bahan yang mengoksidakan bahan tindak balas lain dan sendiri mengalami proses penurunan. Tindak balas redoks dapat dikenalpasti melalui perubahan nombor pengoksidaan.

HASIL PEMBELAJARAN

Mentakrifkan pengoksidaan Mentakrifkan penurunan Mengenali nombor pengoksidaan Mengenali tindak balas redoks dari segi perubahan nombor pengoksidaan Mengimbangan persamaan tindak balas redoks

37

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) KERANGKA TAJUK-TAJUK

6.1 PENGOKSIDAAN

6.2 PENURUNAN

ELEKTROKIMIA 6.3 NOMBOR PENGOKSIDAAN


6.4 TINDAK BALAS REDOKS DARI SEGI PERUBAHAN NOMBOR PENGOKSIDAAN

6.5 MENGIMBANGAN PERSAMAAN REDOKS

TINDAK BALAS REDOKS melibatkan

PENGOKSIDAAN (Dialami oleh agen penurunan)

PENURUNAN (Dialami oleh agen pengoksidaan)

melibatkan Penambahan oksigen Kehilangan Hidrogen

melibatkan Kekurangan oksigen

Penambahan Hidrogen Kehilangan elektron Penambahan nombor pengoksidaan

Penambahan elektron Pengurangan nombor pengoksidaan

38

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) ISI KANDUNGAN

6.1

Pengoksidaan

Udara mengandungi 21% oksigen. Banyak bahan bertindak balas dengan oksigen secara semula jadi. Pengoksidaan ialah tindak balas yang berlaku apabila sesuatu bahan tindak balas mengalami penambahan oksigen atau kehilangan hidrogen. Bahan yang mengalami penambahan oksigen atau kehilangan hidrogen dikenali sebagai agen penurunan. Contohnya: Magnesium bergabung dengan oksigen di udara untuk menghasilkan magnesium oksida. Magnesium bertindak sebagai agen penurunan. Gas metana bertindakbalas dengan oksigen untuk menghasikan karbon dioksida dan air. Metana kehilangan hidrogen dalam proses ini. Metana dikenali sebagai agen penurunan.

6.2

Penurunan

Bagi sesetengah tindak balas, bahan tindak balas kehilangan oksigen atau penambahan hidrogen. Tindak balas ini dikenali sebagai penurunan. Bahan yang mengalami kehilangan oksigen atau penambahan hidrogen dikenali sebagai agen pengoksidaan. Contohnya: Magnesium bertindakbalas dengan zink oksida menghasilkan magnesium oksida dan zink. Dalam tindak balas ini, zink oksida bertindak sebagai agen penurunan kerana kehilangan oksigen. Gas metana bertindakbalas dengan oksigen untuk menghasikan karbon dioksida dan air. Oksigen merupakan sebagai agen pengoksidaan kerana mengalami penambahan hidrogen menjadi air.

39

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) 6.3 Nombor Pengoksidaan

Satu atom atau molekul sesuatu unsur dalam keadaan bebas mempunyai nombor pengoksidaan sama dengan sifar.

Contoh:

Formula

nombor pengoksidaan

H2 O2 S Fe Cu

0 0 0 0 0

Untuk ion monoatom, nombor pengoksidaan ialah cas pada ion itu.

Contoh:

Ion Na+ Cu FO2N32+

Nombor pengoksidaan

+1 +2 +3 -1 -2 -3

Fe3+

40

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) Untuk ion poliatomik, jumlah nombor pengoksidaan untuk semua atom yang hadir dalam ion itu sama dengan cas yang ada pada ion tersebut. SO4 2 (+6)+4(-2)=-2 MnO4 (+7)+4(-2)=-1

Contoh:

Untuk sebatian ion atau sebatian kovalen, jumlah nombor pengoksidaan untuk semua atom yang hadir dalam formula sebatian adalah sifar.

Contoh:

CaCO3

(+2)+(+4)+3(-2)=0

CO2 (+4)+2(-2)=0

41

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) Dalam sebatian kovalen, atom yang lebih elektonegatif akan diberi nombor pengoksidaan negatif dan yang kurang elektronegatif akan diberi nombor pengoksidaan positif.

F2O 2(-1) (+2)

HClO (+1) (+1) (-2)

I,Br,Cl,N,O,F Keelektronegatifan bertambah

Latihan

Cari nombor pengoksidaan untuk unsur-unsur yang dihitamkan berikut:

(a) (b) (c) (d) (e)

CH4 S2O3 ClO3NO3MgCl2

42

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) 6.4 Tindak balas redoks dari segi perubahan nombor pengoksidaan

6.4.1 Tindak Balas Pengoksidaan

Satu proses yang melibatkan kehilangan elektron. Satu proses yang melibatkan penambahan dalam nombor pengoksidaan. Proses pengoksidaan dapat diwakili oleh persamaan setengah. Contoh: Mg Mg2+ + 2 e(perubahan no. pengoksidaan magnesium dari 0 ke +2)

Fe2+ Fe3+ + e(perubahan no. pengoksidaan ion Fe2+ dari +2 ke +3)

2I- I2 + 2e(perubahan no. pengoksidaan ion I- dari -1 ke +0)

6.4.2 Tindak Balas Penurunan

Satu proses yang melibatkan penerimaan elektron. Satu proses yang melibatkan pengurangan dalam nombor pengoksidaan. Proses penurunan dapat diwakili oleh persamaan setengah. Cl2 + 2e- 2 Cl-

Contoh:

(perubahan no. pengoksidaan Cl2 dari 0 ke -1)

43

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) MnO4- + 8H+ + 5e- Mn2+ + 4H2O (perubahan no. pengoksidaan Mn dari +7 ke +2)

Fe3+ + e- Fe2+ (perubahan no. pengoksidaan ion Fe3+ dari +3 ke +2)

6.4.3 Tindak balas redoks

Satu proses di mana kedua-dua tindak balas pengoksidaan dan penurunan berlaku serentak. 5Fe2+ 5Fe3+ + 5e-

Contoh:

Pengoksidaan

MnO4- + 8H+ + 5e- Mn2+ + 4H2O Penurunan _______________________________________________ 5Fe2+ + MnO4- + 8H+ 5Fe3+ + Mn2+ + 4H2O Redoks

6.5

Mengimbangkan persamaan redoks

Untuk pengimbangan, langkah-langkah yang berikut patut diikuti:

Tulis persamaan pengoksidaan dan penurunan yang betul. Letakkan pekali di hadapan kedua-dua tindak balas pengoksidaan dan penurunan (jika perlu) supaya bilangan elektron untuk keduadua tindak bals adalah sama.

Jumlahkan kedua-dua persamaan setengah untuk mendapat persamaan redoks yang seimbang.

Sila rujuk contoh di 6.4.3

44

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Latihan

Imbangkan persamaan-persamaan yang berikut: Sn2+(ak) Cu2+(ak) Sn4+(ak) Cu(p) Cr3+(ak) + I2(ak) + H2O(c)

(a)

(b)

(c)

Cr2O72-(ak) + I-(ak) + H+(ak)

Layari Internet

Akses internet untuk mengumpul maklumat mengenai tinadak balas redoks yang berlaku dalam: i pembakaran gas asli (metana) ii proses respirasi iii pengaratan besi

45

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Tutorial (2 jam)

1.

Gunakan kaedah nombor pengoksidaan, kenalpastikan agen pengoksidaan dan agen penurunan untuk tindak balas yang berikut:

(a)

CuO(p) + H2(g) FeO(p) + C(g) 4NH3(g) + 5O2(g)

Cu(p) Fe(p)

+ H2O(c) + CO(g)

(b)

(c)

4NO(g) + 6H2O(g)

2.

Tulis persamaan setengah bagi tindak balas yang berikut:

(a)

2Na(p) + I2(g) 2Ag+(ak) + Mg(p)

2NaI(p) 2Ag(p) + Mg2+(ak)

(b)

46

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

TAJUK 7 ELEKTROKIMIA: SEL KIMIA (SEL VOLTA)

SINOPSIS Tindak balas redoks yang berlaku dalam sesuatu sistem mempunyai tenaga kimia. Jika tenaga kimia itu dapat diubah kepada tenaga elektrik, maka satu sel kimia telah dihasilkan dalam sistem tersebut.

HASIL PEMBELAJARAN

Menerangkan tindak balas redoks yang berlaku dalam sel kimia untuk menghasilkan tenaga elektrik Menerangkan proses molekular di elektrod Menyedari bahawa bateri adalah sel kimia Mengenalpasti cara untuk menggunakan aktiviti PPIK (Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan) untuk mengajar bidang kurikulum yang sesuai

Menggunakan Eksperimen 4 untuk menerangkan tindak balas redoks dan pemindahan elektron pada satu jarak dalam satu sel kimia

KERANGKA TAJUK-TAJUK

ELEKTROKIMIA

7.1 TINDAK BALAS REDOKS DI SEL KIMIA

7.2 PROSES MOLEKULAR DI ELEKTROD

7.3 BATERI SEBAGAI SEL KIMIA

47

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) ISI KANDUNGAN

7.1

Tindak balas redoks yang berlaku dalam sel kimia

Tenaga kimia yang dibebaskan dalam tindak balas redoks spontan boleh ditukar kepada tenaga elektrik yang berguna. Pertukaran tenaga kimia kepada tenaga elektrik dapat dilakukan melalui satu alat yang dipanggil sel kimia atau sel volta. Sel kimia atau sel volta adalah satu alat di mana pemindahan elektron berlaku melalui litar luar dan pergerakan ion-ion berlaku di litar dalam.

Contoh: Sel Volta Daniell (Sel kimia Zn-Cu)

Elektrod Kuprum

Rajah 1: Sel Volta Daniell (Sel kimia Zn-Cu)

Elektrod Zink

48

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) Elektrod zink

Elektrod ini dicelup dalam larutan zink sulfat yang merupakan satu elektrolit. Perhatikan bahawa zink adalah lebih elektropositif berbanding dengan kuprum, maka adalah lebih cenderung untuk ion positif zink dibentuk. (Sila rujuk Siri Elektrokimia yang dilampirkan di hujung bahagian ini untuk keelektropositifan unsur-unsur)

Tindak balas yang berlaku adalah: Zn(p) Zn2+(ak) + 2eMaka elektrod zink merupakan terminal negatif yang dipanggil anod. Tindak balas ini merupakan tindak balas pengoksidaan dan zink bertindak sebagai agen penurunan. Perhatikan bahawa elektron yang telah dibebaskan akan mengalir melalui litar luar (wayar) dari elektrod zink ke elektrod kuprum. Elektrod zink menjadi semakin nipis (terhakis/terkakis) kerana telah diionkan.

Elektrod kuprum

Elektrod ini dicelup dalam larutan kuprum (II) sulfat yang merupakan satu elektrolit. Perhatikan bahawa kuprum adalah kurang elektropositif berbanding dengan zink, maka adalah lebih cenderung untuk ion positif kuprum dari elektrolit untuk menerima elektron yang telah dibebaskan oleh zink.

Tindak balas yang berlaku adalah: Cu2+(ak) + 2 e- Cu(p) Maka elektrod kuprum merupakan terminal positif yang dipanggil katod. Tindak balas ini merupakan tindak balas penurunan dan ion Cu2+(ak) bertindak sebagai agen pengoksidaan. 49

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) Elektrod kuprum menjadi semakin tebal kerana kuprum (pepejal perang) dimendakkan pada elektrod kuprum Warna biru larutan kuprum(II) sulfat semakin pudar kerana ion kuprum daripada larutan ini telah diturunkan kepada kuprum.

Tindak balas keseluruhan redoks Zn(p) Zn2+(ak) + 2eCu2+(ak) + 2 e- Cu(p) Zn (p) + Cu2+ (ak) Zn2+(ak) + Cu (p)

Pengoksidaan

Penurunan

Redoks

Perhatikan bahawa pemindahan elektron berlaku melalui wayar di litar luar (anod ke katod) manakala ion-ion mengalir di litar dalam melalui titian garam untuk melengkapkan litar elektrik ini.

Siri Elektrokimia Li K Ca Na Mg Al Zn Fe Sn Cu Ag Keelektropositifan semakin bertambah 50

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Latihan

Satu sel kimia Zn-Ag terdiri daripada satu elektrod zink yang dicelup dalam larutan akues zink nitrat dan satu elektrod argentum yang dicelup dalam larutan argentum nitrat. Kedua-dua elektrod ini disambung melalui wayar di litar luar dan melalui satu titian garam di litar dalam.

(a) Tulis persamaan setengah yang berlaku di kedua-dua elektrod ini. (b) Tulis persamaan redoks untuk sel kimia ini. (c) Nyatakan pemerhatian yang mungkin diperhatikan. (d) Namakan satu bahan kimia yang boleh digunakan sebagai titian garam. Mengapakah bahan ini sesuai digunakan?

7.2

Proses molekular di elektrod untuk Sel Volta Daniell (Sel kimia Zn-Cu)

7.2.1 Pergerakan elektron di litar luar (wayar)

Perhatikan bahawa pada permukaan eletrod zink (anod), atom zink hilang /membebaskan dua elektron dan menjadi ion zink(ak). Dua elektron ini akan mengalir dari anod ke katod melalui litar luar (wayar). Apabila dua elektron ini sampai ke permukaan katod, ion kuprum(ak) daripada larutan kuprum(II) sulfat akan menerima elektron ini dan diturunkan kepada atom kuprum yang dienapkan pada permukaan katod itu.

7.2.2 Pergerakan ion di litar dalam (titian garam)

Perhatikan bahawa litar hanya dapat dilengkapkan jika ada pergerakan ion untuk mengekalkan pengimbangan cas keseluruhan di kedua-dua elektrod. Oleh itu, ion zink(ak) di anod dan ion sulfat di katod akan bergerak ke arah titian garam untuk bergabung menjadi zink sulfat. 51

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) 7.3 Bateri sebagai sel kimia

Semua jenis bateri merupakan sel kimia yang dapat mengubah tenaga kimia kepada tenaga elektrik. Ada bateri yang mengandungi satu sel volta dengan dua elektrod dan elektrolit yang sesuai. Contohnya, sel Daniell dan sel kering. Ada juga bateri yang mengandungi dua atau lebih sel volta yang disambung secara bersiri untuk meningkatkan jumlah voltan bateri tersebut. Contohnya, akumulator asid-plumbum. Untuk keterangan lanjut mengenai tindak balas kimia yang berlaku dalam beberapa jenis bateri, sila rujuk Tajuk 10 dalam modul ini.

Layari Internet

Kumpul maklumat tentang pelbagi jenis bateri dan kegunaannya.

52

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Tutorial ( 2 jam )

1. Tindak balas Al(p) + Cu2+(ak) Al3+(ak) + Cu(p) boleh digunakan untuk membina sel voltan. (a) Lukiskan sel voltan tersebut. (b) Label anod dan katod serta tandakan arah pengaliran elektron dan ion pada sel voltan yang telah dilukis. (c) Tulis persamaan tindak balas setengah yang berlaku di katod dan anod.

2. Satu tiub-U diisi dengan asid sulfirik cair sehingga parasnya adalah lebih kurang 6 cm dari mulut tiub itu. Larutan kalium manganat(VII) berasid dituangkan ke dalam lengan kiri sehingga 4 cm tinggi diikuti dengan larutan kalium iodida di lengan kanan dengan ketinggian 4 cm juga. Kemudian elektrod karbon diletak ke dalam kedua-dua lengan. Seterusnya, kedua-dua elektrod itu disambung kepada sebuah galvanometer.

(Petunjuk: Ion manganat (VII) berasid merupakan satu agen pengoksidaan dan ion iodida merupakan satu agen penurunan)

(a) Lukiskan sel voltan tersebut. (b) Apakah akan diperhatikan pada jarum galvanometer? Jelaskan pemerhatian anda. (c) Label anod dan katod serta tandakan arah pengaliran elektron pada sel voltan yang telah dilukis. (d) Tulis persamaan tindak balas setengah yang berlaku di katod dan anod.

53

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Perbincangan (1 jam)

Aktiviti PPIK 4 untuk mengkaji jenis bateri 1. Anda dibekalkan dengan beberapa bateri berikut . Sel kering Sel alkali Sel merkuri Akumulator Asid-Plumbum Sel Nikel kadmium

Tentukan terminal positif dan negatif setiap sel yang tersebut dia atas dan nyatakan kegunannya.

2. Terdapat sel kimia lain seperti logam nikel hidrida (NiMH), lithium-ion (Liion), lithium-polimer (Li-Poly), sel bahanapi and sel solar. Nyatakan kegunaan setiap sel ini.

Pada akhir aktiviti ini, jawab soalan-soalan berikut: Apakah yang telah anda pelajari daripada aktiviti tersebut? Dari bahagian manakah dalam kurikulum sains sekolah rendah yang berkaitan dengan topik berkenaan? Bincangkan bagaimana anda boleh menggunakan aktiviti ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Apakah peranan guru dalam aktiviti ini?

54

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Perbincangan (2 jam)

Aktivti Eksperimen 4 untuk mengkaji pemindahan elektron pada satu jarak


EKSPERIMEN 4

Tujuan

: Untuk menyiasat proses penurunan dan pengoksidaan untuk pemindahan elektron pada satu jarak. : 2.0 moldm-3 asid sulfurik, 0.5 moldm-3 larutan ferum(II) sulfat (disediakan semasa larutan ini digunakan sahaja), 0.2 moldm-3 larutan kalim manganat(VII) berasid, 0.5 moldm-3 larutan kalium iodida, 0.2 moldm-3 kalium dikromat (VI) berasid, 0.2 moldm-3 larutan kalium tiosianat dan larutan kanji 1 % .

Bahan

Alat Radas

: Tiub - U, galvanometer, penyambung klip buaya, elektrod karbon, kaki retot dan pemegang, tabung uji, penitis dan penutup satu lubang.

Prosedur : 1. Letakkan tiub U pada pemegang kaki retot. 2. Masukkan asid sulfurik cair ke dalam tiub-U sehingga paras 6 cm dari mulut tiub-U. 3. Dengan menggunakan penitis, tambahkan dengan berhati-hati larutan 0.5 moldm-3 ferum(II) sulfat ke satu lengan tiub-U sehingga paras larutan ferum(II) sulfat mencapai 3 cm. 4. Seterusnya dengan berhati-hati, tambahkan 0.2 moldm-3 larutan kalium dikromat (VI) berasid ke lengan tiub-U yang satu lagi. 5. Letakkan elektrod karbon ke dalam setiap satu lengan tiub-U. 6. Sambungkan elektrod ke galvanometer seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2. Berasaskan pesongan jarum galvanometer, tentukan elektrod yang bertindak sebagai terminal positif dan elektrod yang bertindak sebagai terminal negatif.

55

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) 7. Biarkan radas tersebut selama 30 minit, perhatikan sebarang perubahan yang berlaku. 8. Gunakan penitis yang bersih, keluarkan 1 cm3 larutan ferum(II) sulfat dari tiub-U dam masukkannnya ke dalam tabung uji.Tambah beberapa titis larutan 0.2 mol dm-3 kalium tiosianat ke dalam tabung uji tersebut. Rekodkan pemerhatian anda. 9. Ulangi langkah 1 hingga 7 menggunakan larutan 0.5 moldm -3 kalium iodida dan 0.2 moldm-3 larutan kalium manganat (VII) berasid bagi menggantikan larutan ferum (II) sulfat dan larutan kalium dikromat(VI) berasid 10. Ulangi langkah 8 untuk menguji larutan kalium iodida dengan larutan kanji 1 %.

Galvanometer

Elektrod karbon Larutan ferum (II) sulfat Tiub-U Asid sulfurik Larutan berasid kalium dikromat (VI)

Rajah 2

56

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) Soalan:

1. (i) Tuliskan persamaan redoks untuk kedua-dua tindak balas redoks yang dijalankan dalam amali ini. (ii) Dalam seIiap tindak balas, nyatakan agen pengoksidaan dan agen penurunan. 2. Tunjukkan arah pengaliran elektron dalam setiap tindak balas redoks tersebut. 3. Nyatakan fungsi asid sulfurik yang digunakan. 4. Tuliskan dua pasangan larutan lain yang boleh digunakan dalam amali di atas. 5. Mengapakah larutan kalium bromida tidak boleh digunakan untuk menggantikan asid sulfurik?

57

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

TAJUK 8 ELEKTROKIMIA: DAYA GERAK ELEKTRIK SEL

SINOPSIS Apabila tindak balas redoks berlaku dalam satu sel kimia, perbezaan nilai keupayaan elektrod di antara anod dan katod ialah daya gerak elektrik (d.g.e.) sel kimia tersebut. Pengaliran elektron boleh berlaku dalam sel kimia disebabkan oleh perbezaan nilai keupayaan elektrod. Keupayaan elektrod ialah beza keupayaan untuk tindak balas yang berlaku pada sesuatu elektrod.

HASIL PEMBELAJARAN

Menerangkan konsep daya gerak elektrik sel (d.g.e.sel = E sel ) Menerangkan konsep keupayaan elektrod piawai (E ) Menerangkan konsep keupayaan penurunan piawai (E red) Mengira nilai d.g.e sel piawai (E sel ) dari nilai-nilai Ered yang diberi

KERANGKA TAJUK-TAJUK

ELEKTROKIMIA

8.1 Daya Gerak Elektrik Sel

8.2 Keupayaan Elektrod Piawai

8.3 Keupayaan Penurunan Piawai 58

8.4 Pengiraan d.g.e.sel piawai

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) ISI KANDUNGAN

8.1

Daya Gerak Elektrik Sel (d.g.e.sel = E sel )

Dalam sel Zn-Cu yang telah dibincang dalam Tajuk 7, apakah yang menyebabkan elektron bergerak dari anod ke katod secara spontan di litar luar? Elektron dapat bergerak secara spontan dari anod ke katod dalam satu sel kimia disebabkan oleh perbezaan tenaga keupayaan. Tenaga keupayaan elektron di anod adalah lebih tinggi daripada di katod, maka elektron dapat bergerak secara spontan ke katod.

Perbezaan keupayaan antara dua elektrod dalam satu sel kimia memberi satu daya penggerak (driving force) untuk elektron bergerak. Maka, perbezaan keupayaan ini dipanggil daya gerak elektrik sel (d.g.e. sel ). Daya gerak elektrik sel diwakili oleh simbol E sel. Daya gerak elektrik sel juga digelar sebagai keupayaan sel . Oleh kerana Esel diukur dalam volt, E sel juga dipanggil sebagai voltan sel .

Nilai d.g.e. sel untuk sesuatu sel kimia yang tertentu bergantung kepada kepekatan bahan dan hasil tindak balas, dan suhu tindak balas. Dalam keadaan piawai , kepekatan bahan dan hasil tindak balas ialah 1 moldm -3 dan suhu ialah 25 0C. Untuk bahan dan hasil tindak balas dalam bentuk gas, kepekatan piawai ialah pada tekanan 1 atm.

Dalam keadaan piawai, d.g.e. sel digelar sebagai daya gerak elektrik piawai dan diwakili oleh simbol E sel. Esel juga dikenali sebagai keupayaan sel piawai . Daya gerak elektrik sel diukur dalam unit volt (V). Satu volt ialah perbezaan tenaga keupayaan 1J untuk 1C cas elektrik bergerak. Contoh: D.g.e piawai untuk sel Zn-Cu yang telah dipelajari di Tajuk 7 ialah 1.10 V. Kaedah untuk memperoleh nilai ini akan dibincang dalam bahagian 8.4. 59

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) 8.2 Keupayaan Elektrod Piawai (E )

Keupayaan elektrod piawai (E ) adalah beza keupayaan untuk tindak balas yang berlaku pada sesuatu elektrod . Nilai E bergantung kepada kepekatan, suhu dan tekanan bahan tindak balas dan hasil tindak balas yang ada pada elektrod itu. Keadaan piawai ialah kepekatan pada 1mol dm -3, suhu pada 250C dan tekanan pada 1 atm (101 325 Pa).

8.2.1 Keupayaan Elektrod Piawai Logam

Rajah 1: Elektrod Kuprum

Untuk logam seperti kuprum, apabila sebatang logam kuprum dicelup dalam larutan yang mengandungi ion-ion kuprum ( Rajah 1 ), maka keseimbangan berikut tercapai: Cu 2+(ak) + 2e

Cu (p)

Keseimbangan ini bergantung kepada kecenderungan logam kuprum menjadi ion kuprum dan juga tenaga penghidratan ion kuprum. Elektron yang dibebaskan terkumpul pada batang logam kuprum. Oleh sebab itu, batang logam kuprum yang bercas negatif akan menarik ion-ion kuprum yang bercas positif. Keadaan ini menghasilkan beza keupayaan di antara logam kuprum dengan larutannya dan disebut keupayaan elektrod kuprum. 60

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) Jika kepekatan dan suhu adalah pada keadan piawai, maka keupayaan elektrod itu digelar sebagai keupayaan elektrod piawai logam kuprum .

8.2.2 Keupayaan Elektrod Piawai Bukan Logam

Untuk bukan logam seperti gas hidrogen, apabila gas hidrogen dialirkan masuk ke dalam satu tiub yang mengandungi satu elektrod lengai yang bersentuhan dengan larutan asid cair (Rajah 2 ), keseimbangan berikut tercapai: 2H + (ak) + 2e

H2 (g)

Keadaan ini juga akan menghasilkan beza keupayaan di antara gas hidrogen dengan larutan asid cair yang mengandungi ion-ion hidrogen dan disebut keupayaan elektrod hidrogen. Jika kepekatan, suhu dan tekanan gas adalah pada keadan piawai, maka keupayaan elektrod itu digelar sebagai keupayaan elektrod piawai hidrogen.

Rajah 2: Elektrod Hidrogen

61

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) 8.2.3 Nilai-nilai Keupayaan Elektrod

Perhatikan bahawa adalah mustahil untuk mengukur nilai keupayaan elektrod piawai kerana litar elektrod adalah tidak lengkap (Rujuk Rajah 1 dan Rajah 2 ). Masalah ini diatasi dengan menggunakan elektrod hidrogen piawai. Nilai elektrod hidrogen piawai ditetapkan pada nilai sifar . Jadi, apabila elektrod yang lain disambung kepada elektrod hidrogen, bacaan voltmeter yang disambung antara kedua-dua elektrod ialah nilai keupayaan elektrod itu. Nilai negatif diberi kepada elektrod yang bertindak sebagai anod (elektrod negatif) apabila disambung kepada elektrod hidrogen. Sebaliknya, nilai positif diberi kepada elektrod yang bertindak sebagai katod (elektrod positif) apabila disambung kepada elektrod hidrogen. Sila rujuk contohcontoh pada Jadual 1 di bahagian 8.3.

8.3

Keupayaan Penurunan Piawai (Ered )

Jika tindak balas elektrod ditulis dalam bentuk penurunan, maka keupayaan elektrod piawai dikenali sebagai keupayaan penurunan piawai (E red ) elektrod tersebut. Ia merupakan beza keupayaan untuk tindak balas setengah yang berlaku sama ada di katod atau anod. Jadual 1 di bawah menunjukkan beberapa nilai keupayaan penurunan piawai (Ered ).

62

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Jadual 1 63

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) 8.3.1 Menentukan agen pengoksidaan dan agen penurunan daripada nilai E red (a) Nilai E red yang negatif Dengan merujuk Jadual 1 , keupayaan penurunan piawai untuk elektrod zink boleh ditulis secara ringkas sebagai E Zn2+/Zn = - 0.76 V. Ini bermaksud apabila elektrod zink disambung ke elektrod hidrogen untuk membentuk satu litar lengkap, elektrod zink adalah elektrod negatif, iaitu anod. Tindak balas setengah yang berlaku di anod adalah pengoksidaan . Maka, persamaan di anod adalah: Zn(p) Zn2+(ak) + 2eE = + 0.76 V

(Perhatian: Apabila persamaan di Jadual 1 diterbalikkan, nilai negatif menjadi positif)

Oleh kerana zink telah dioksidasikan, maka zink adalah satu agen penurunan. Kesimpulannya, semakin negatif nilai E red untuk sesuatu unsur logam, semakin tinggi kuasa penurunan untuk logam itu. Contohnya, litium adalah agen penurunan yang lebih baik berbanding zink.

Memikir

Penerangan di atas adalah merujuk kepada unsur logam sebagai agen penurunan. Bagaimanakah pula dengan kuasa penurunan untuk unsur bukan logam?

64

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) (b) Nilai Ered yang positif Keupayaan penurunan piawai untuk elektrod kuprum boleh ditulis secara ringkas sebagai E Cu2+/Cu = + 0.34 V. Ini bermaksud apabila elektrod kuprum disambung ke elektrod hidrogen untuk membentuk satu litar lengkap, elektrod kuprum adalah elektrod positif, iaitu katod.Tindak balas setengah yang berlaku di katod adalah penurunan. Maka, persamaan di katod adalah: Cu2+(ak) + 2 e- Cu(p) E = + 0.76 V

Oleh kerana ion Cu2+ telah diturunkan, maka Cu2+ adalah satu agen pengoksidaan . Kesimpulannya, semakin positif nilai E red untuk sesuatu ion logam, semakin tinggi kuasa pengoksidaan untuk ion logam itu . Contohnya, ion argentum adalah agen pengoksidaan yang lebih baik berbanding ion kuprum (II).

Memikir

Penerangan di atas adalah merujuk kepada ion logam sebagai agen pengoksidaan. Bagaimanakah pula dengan kuasa pengoksidaan untuk ion bukan logam?

65

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Latihan

Salah satu kegunaan nilai-nilai keupayaan penurunan piawai (E red) ialah ia boleh digunakan untuk menentukan kekuatan agen pengoksidaan atau agen penurunan.

Dengan merujuk kepada Jadual 1 , jawap soalan-soalan yang berikut:

(a) Mengapakah bahan di sebelah kiri persamaan setengah merupakan agen pengoksidaan dan kuasa pengoksidaannya semakin meningkat dari bawah ke atas jadual tersebut?

(b) Mengapakah bahan di sebelah kanan persamaan setengah merupakan agen penurunan dan kuasa penurunannya semakin meningkat dari atas ke bawah jadual tersebut?

Layari Internet

Melayari internet untuk mengumpul maklumat tentang kegunaan keupayaan penurunan piawai (E red) dalam menentukan kekuatan relatif agen pengoksidaan dan penurunan.

66

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) 8.4 Pengiraan Nilai d.g.e Sel Piawai (Esel) dari Nilai-nilai Ered Jika dua nilai Ered diberi, nilai d.g.e sel piawai, E sel, boleh diperoleh dari nilai-nilai E red dengan menggunakan formula: E sel = Ered (katod) E red (anod) Contoh: untuk sel kimia Zn-Cu

(a)

Esel = Ered (katod) Ered(anod) = 0.34 V - (- 0.76 V) = 1.10 V

(Petunjuk: Elektrod yang mempunyai nilai yang lebih negatif adalah anod dan nilai yang lebih positif adalah katod)

(b)

Jika tindak balas redoks diberi, untuk menentukan Esel, langkah yang pertama ialah menulis persamaan pengoksidaan dan penurunan berdasarkan persamaan yang diberi. Untuk sel kimia, anod adalah elektrod negatif di mana elektron dibebas dan pengoksidaan berlaku di situ. Sebaliknya, katod adalah elektrod positif di mana elektron diterima dan penurunan berlaku di situ. Dengan cara ini, anod dan katod dapat ditentukan daripada tindak redoks yang diberi.

Contohnya, untuk sel kimia Zn-Cu, persamaan tindak balas redoks adalah: Zn (p) + Cu2+ (ak) Zn2+(ak) + Cu (p).

67

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) Maka persamaan setengah adalah: Zn(p) Zn2+(ak) + 2eCu2+(ak) + 2 e- Cu(p)

Anod:

Pengoksidaan

Katod:

Penurunan

Maka, Esel = Ered (katod) Ered (anod) = 0.34 V - (- 0.76 V) = 1.10 V

Latihan

1.

Tentukan nilai E sel untuk satu sel kimia yang dibina dari sel-sel setengah yang berikut: (a) EZn2+/Zn = - 0.76 V dan E MnO4-,H+/Mn2+ = + 1.23 V (b) E MnO4-,H+/Mn2+ = + 1.23 V dan E Mg2+/Mg = - 2.37 V Untuk setiap kes di atas, tentukan katod dan anod .

2.

Satu tindak balas sesuatu sel kimia adalah seperti yang berikut: 2 I-(ak) + Ag+ (ak)

I 2(ak) + 2Ag(p)

Dengan bantuan Jadual 1 , tentukan nilai E sel . Tentukan agen pengoksidaan dan penurunan dalam sel kimia itu.

68

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Tutorial ( 2 jam )

1.

Diberi: E Cu2+/Cu = + 0.34 V E Zn2+/Zn = - 0.76 V E MnO4-,H+/Mn2+ = + 1.23 V E Mg2+/Mg = - 2.37 V Berdasarkan maklumat di atas, tentukan agen pengoksidaan dan agen penurunan yang paling kuat.

2.

Diberi tindak redoks seperti yang berikut boleh berlaku: Fe(p) + Cu 2+(ak) Fe 2+(ak) + Cu(p)

(a)

Lukis satu sel kimia untuk tindak balas di atas.

(b)

Labelkan anod dan katod pada sel kimia yang telah dilukis dan tandakan arah pengaliran elektron. Dengan bantuan Jadual 1 , tentukan nilai E sel untuk sel kimia ini. Tulis persamaan setengah yang berlaku di katod dan anod.

(c)

(d)

(e)

Tentukan agen pengoksidaan dan agen penurunan yang digunakan dalam sel kimia ini. 69

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

TAJUK 9 ELEKTROKIMIA: PERUBAHAN SPONTAN TINDAK BALAS REDOKS KESAN KEPEKATAN KE ATAS D.G.E. SEL
SINOPSIS Nilai d.g.e. sel yang diperoleh daripada Ered dua elektrod yang berlainan dapat digunakan untuk meramal sama ada tindak balas redoks itu boleh berlaku secara spontan atau tidak. Jika nilai d.g.e. adalah positif, maka tindak balas spontan diramalkan akan berlaku. Sebaliknya, jika nilai d.g.e. adalah negatif, maka tindak balas spontan diramalkan tidak akan berlaku. Nilai d.g.e. sel yang diperoleh daripada Ered dua elektrod yang berlainan merujuk kepada keadaan piawai, iaitu: kepekatan larutan pada 1 moldm -3, suhu pada 25 0C dan tekanan gas pada 1 atm (101325 Pa). Apabila keadaan-keadaan ini berubah, nilai d.g.e. sel akan turut berubah. Kesan perubahan dapat diterangkan secara kualitatitif dengan menggunakan Prinsip Le Chatelier manakala Persamaan Nernst digunakan untuk pengiraan secara kuantitatif.

HASIL PEMBELAJARAN Meramalkan perubahan spontan tindak balas redoks Menerangkan kesan kepekatan ion ke atas daya gerak elektrik sel (d.g.e.sel = E sel ) Menggunakan persamaan Nernst untuk mengira daya gerak elektrik sel (d.g.e.sel = E sel ) apabila kepekatan ion berubah Menggunakan persamaan Nernst untuk menentukan pemalar keseimbangan tindak balas redoks

70

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) KERANGKA TAJUK-TAJUK

ELEKTROKIMIA

9.1 Perubahan Spontan Tindak Balas Redoks

9.2 Kesan Kepekatan Ion Ke atas Daya Gerak Elektrik Sel

9.3 Persamaan Nernst

ISI KANDUNGAN

9.1

Perubahan Spontan Tindak Balas redoks

Nilai d.g.e. sel yang diperoleh daripada Ered dua elektrod yang berlainan dapat digunakan untuk meramal sama ada tindak balas redoks itu boleh berlaku secara spontan atau tidak. Jika nilai d.g.e. adalah positif, maka tindak balas spontan diramalkan akan berlaku. Sebaliknya, jika nilai d.g.e. adalah negatif, maka tindak balas spontan diramalkan tidak akan berlaku.

Perbincangan yang selanjutnya dalam topik ini bukan sahaja merujuk kepada tindak balas redoks yang berlaku di sel kimia, tetapi juga merujuk kepada tindak balas redoks yang berlaku secara am. Oleh itu, adalah wajar untuk menulis formula d.g.e. sel kepada bentuk am seperti yang berikut: d.g.e = E = E red(proses penurunan) - Ered(proses pengoksidaan) Perhatikan bahawa perkataan sel tidak ditulis dalam formula di atas untuk menunjukkan bahawa ia merujuk kepada semua tindak balas redoks secara am dan bukan sahaja merujuk kepada tindak balas redoks yang berlaku dalam sel kimia. Perkataan katod telah diganti dengan proses penurunan dan perkataan anod diganti dengan proses pengoksidaan.

71

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) Contoh: Dengan menggunakan Jadual 1 dalam Tajuk 8, ramalkan sama ada tindak balas berikut berlaku secara spontan dalam keadaan piawai. (a) (b) 2Ag(p) + 2H +(ak) 2Ag+(ak) + H2(g) Cl2(g) + 2Br -(ak) 2Cl-(ak) + Br2(c)

Penyelesaian: (a) Pengoksidaan: 2Ag(p) 2Ag+(ak) + 2e Penurunan: 2H +(ak) + 2e H2(g)

E = E red(proses penurunan) - Ered(proses pengoksidaan) = (0.00 V) (+0.80 V) = - 0.80 V Nilai negatif menunjukkan tindak balas tidak spontan dan ini bermaksud argentum tidak akan bertindakbalas dengan asid (ion H+). Pengoksidaan: 2Br -(ak) Br2(c) + 2e Cl 2(g) + 2e 2Cl -(ak)

(b)

Penurunan:

E = E red(proses penurunan) - Ered(proses pengoksidaan) = (+ 1.36 V) (+ 1.07 V) = + 0.29 V

Nilai positif menunjukkan tindak balas spontan dan ini bermaksud gas klorin akan bertindakbalas dengan larutan akues bromida (ion bromida).

72

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Latihan

Dengan menggunakan Jadual 1 dalam Tajuk 8, ramalkan sama ada tindak balas berikut berlaku secara spontan dalam keadaan piawai. Cu(p) + 2H+(ak) Cu2+(ak) + H 2(g) Cl2(g) + 2I -(ak) 2Cl-(ak) + I 2(p)

(a) (b)

9.2

Kesan Kepekatan Ion ke atas Daya Gerak Elektrik Sel (d.g.e.sel = E sel)

Di Tajuk 8, pengiraan daya gerak elektrik sel cuma merujuk kepada keadaan piawai di mana kepekatan larutan adalah pada 1 moldm -3, suhu pada 25 0C dan tekanan gas pada 1 atm(101325 Pa). Apabila keadaan-keadaan ini berubah, nilai d.g.e. sel akan turut berubah. Nilai E sel bergantung kepada kepekatan ion, suhu, nilai pH larutan dan kesan pembentukan kompleks. Perhatikan bahawa untuk keadaan bukan piawai, simbol E sel digunakan dan bukan E sel. Jika hanya kepekatan ion berubah dan semua keadaan yang lain tetap tidak berubah, kesan perubahan kepekatan ion ke atas nilai Esel boleh diramalkan secara kualitatif dengan menggunakan Prinsip Le Chatelier. Contohnya, dalam sel kimia Zn-Cu, jika hanya kepekatan ion Cu 2+ berkurang, maka mengikut Prinsip Le Chatelier, keseimbangan tindak balas Cu2+(ak) + 2e Cu (p) akan beralih ke kiri, iaitu kecenderungan untuk pembentukan Cu(p) dikurangkan dan ini akan mengakibatkan nilai E red berkurang (menjadi kurang positif). Akibatnya, nilai Esel akan berkurang. [ Peringatan: E sel = E red(katod) - E red(anod) dan logam kuprum adalah katod di sini]

73

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) Jika hanya kepekatan ion Zn 2+ bertambah, maka mengikut Prinsip Le Chatelier, keseimbangan tindak balas Zn 2+(ak) + 2e Zn (p) akan beralih ke kanan, iaitu kecenderungan untuk pembentukan Zn(p) bertambah dan ini akan mengakibatkan nilai E red bertambah (menjadi kurang negatif). Akibatnya, nilai Esel akan berkurang [ Peringatan: Esel = E red(katod) - E red(anod) dan logam zink adalah anod di sini]

Latihan

Dengan menggunakan Prinsip Le Chatelier dan Jadual 1 dalam Tajuk 8, ramalkan E sel berkurang atau bertambah untuk sel kimia Zn-Cu dalam keadaan-keadaan yang berikut: Kepekatan ion Cu 2+ bertambah dan kepekatan ion Zn2+ tidak berubah. Suhu dan tekanan adalah pada keadaan piawai Kepekatan ion Zn 2+ berkurang dan kepekatan ion Cu2+ tidak berubah. Suhu dan tekanan adalah pada keadaan piawai

(a)

(b)

74

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) 9.3 Persamaan Nernst

Persamaan Nernst digunakan untuk pengiraan secara kuantitatif kesan perubahan kepekatan ion ke atas daya gerak elektrik sel, Esel . Persamaan Nernst boleh ditulis sebagai: Esel = Esel

lg Q

(Perhatian: lg Q = log10Q)

R = Pemalar universal = 8.31 JK-1mol-1 T = Suhu mutlak dalam unit Kelvin Q = Hasil bahagi tindak balas (mempunyai bentuk yang sama dengan pemalar keseimbangan)

n = Bilangan elektron yang terlibat F = Pemalar Faraday = 96 500 Cmol-1 Pada suhu piawai T= 250C = 298 K dan nilai-nilai R dan F digantikan ke dalam persamaan Nernst, persamaan boleh diringkaskan sebagai: Esel = Esel

lg Q

Persamaan Nernst ini boleh digunakan untuk:

menentukan nilai daya gerak elektrik sel, Esel , pada keadaan tidak piawai menentukan kepekatan bahan atau hasil tindak balas jika Esel dapat diukur menentukan pemalar keseimbangan tindak balas redoks

75

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) Contoh 1 Untuk sel kimia Zn-Cu, persamaan redoks adalah: Zn (p) + Cu2+ (ak) Zn2+(ak) + Cu (p)

Diberi: Kepekatan larutan zink sulfat = 1 moldm-3 Kepekatan larutan kuprum (II) sulfat = 0.5 moldm-3 E Cu2+/Cu = + 0.34 V E Zn2+/Zn = - 0.76 V Suhu dan tekanan adalah pada keadaan piawai

Tentukan: (a) daya gerak elektrik sel pada keadaan piawai (Esel). (b) daya gerak elektrik sel pada keadaan yang tersebut di atas (Esel) Penyelesaian (a) (b) Esel = E (katod) - E (anod) = 0.34 V (-0.76 V) =1.10 V Esel = Esel lg Q = 1.10 V = 1.10 V lg ([Zn2+]/[Cu2+]) lg

= 1.10 V 0.01 V = 1.09 V

76

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) Contoh 2 Jika sel Zn-Cu dalam Contoh 1 mempunyai Esel = 1.13 V dan kepekatan larutan kuprum (II) sulfat adalah 1 moldm-3, kirakan kepekatan larutan zink sulfat. Penyelesaian Esel = Esel lg Q lg ([Zn2+]/[Cu2+]) lg ([Zn2+]/1) = - 1.014

1.13 V = 1.10 V = 1.10 V lg [Zn2+] = - 0.03 x

[Zn2+] = 0.1 M (tepat kepada 1 tempat perpuluhan)

Contoh 3 Tindak balas redoks yang berlaku dalam sel kimia Zn-Cu ialah: Zn (p) + Cu2+ (ak) Zn2+(ak) + Cu (p) Dengan menggunakan persamaan Nernst, kirakan nilai pemalar keseimbangan, Kc, bagi sistem sel tersebut. Penyelesaian Kc = [Zn2+]/[Cu2+] Dengan menggunakan persamaan Nernst: Esel = Esel lg Q = 1.10 V lg ([Zn2+]/[Cu2+])

Pada keseimbangan, Esel = 0. Maka, 1.10 V = lg Kc = 37.3 Kc = 1.9 x 1037 77 lg ([Zn2+]/[Cu2+]) = lg Kc

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Latihan

1.

Untuk satu sel kimia Mg-Cu, hitungkan (a) Esel. (Rujuk Jadual 1 di Tajuk 8 untuk nilai-nilai Ered yang berkaitan) (b) kepekatan ion Cu2+ jika daya gerak eletrik sel adalah 2.69 V pada suhu 250C dan kepekatan ion magnesium adalah 1 moldm-3.

2.

Satu sel kimia mempunyai tindak balas redoks seperti yang berikut: Cr2O72- (ak) + 14 H+(ak) + 6I-(ak) 2Cr3+(ak) + 3I2(p) + 7H2O(c) Diberi: Esel = 0.79 V [Cr2O72-] = [H+] = [I-] = 1 moldm-3 [Cr3+] = 1 x 10-5 moldm-3

Hitungkan nilai daya gerak elektrik sel ini pada suhu 298 K. 3. Cari nilai pemalar keseimbangan untuk sistem tindak balas di soalan 2.

Layari Internet

Melayari internet untuk mengumpul maklumat tentang kegunaan Persaman Nernst.

78

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Tutorial ( 2 jam )

1. Dengan menggunakan nilai Ered yang diberi dalam Jadual 1 di Tajuk 8, ramalkan sama ada tindak balas redoks berikut berlaku secara spontan atau tidak. (a) (b) (c) Sn2+(ak) dan Zn(p) Fe2+(ak) dan Ag (p) I2 (p) dan Br- (ak)

2. Satu sel kimia dibina dengan menggunakan tindak balas yang berikut: Zn (p) + 2Ag+ (ak) Zn2+(ak) + 2Ag (p) Apakah kesan terhadap Esel jika (a) elektrod zink dengan luas permukaan yang lebih besar digunakan? pepejal zink nitrat ditambah di kawasan elektrod zink? pepejal argentum nitrat ditambah di kawasan elektrod argntum? air tulen ditambah di kawasan elektrod zink?

(b) (c)

(d)

79

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) 3. Dengan merujuk kepada sel kimia di soalan 2 dan juga dengan menggunakan nilai Ered yang diberi dalam Jadual 1 di Tajuk 8, jawab soala-soalan yang berikut. (a) (b) Kira nilai Esel untuk sel kimia itu. Kira nilai Esel jika kepekatan zink nitrat ialah 2 M dan keadaan yang lain masih dalam keadaan piawai. Jika Esel ialah 1.50 V, apakah perubahan pada kepekatan argentum nitrat jika keadaan yang lain masih dalam keadaan piawai? Cari nilai pemalar keseimbangan untuk sistem tindak balas tersebut.

(c)

(d)

80

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

TAJUK 11

ELEKTROKIMIA PROSES ELEKTROLISIS ELEKTROLISIS DLM KEADAAN LEBURAN ELEKTROLISIS DLM LARUTAN AKUES HUKUM FARADAY

SINOPSIS Elektrolisis ialah satu proses penguraian elektrolit kepada komponennya dengan menggunakan tenaga elektrik, misalnya penggunaan elektrik dalam pengekstrakan logam aluminium dari bijihnya. Dalam sel kimia pula, berlaku perubahan kimia bagi menghasilkan tenaga elektrik, misalnya dalam sebuah sel kering. Dalam tajuk ini anda akan mempelajari tentang proses elektrolisis, elektrolisis dalam keadaan leburan dan larutan akues serta Hukum Faraday.

HASIL PEMBELAJARAN Mengenali proses elektrolisis Menerangkan proses elektrolisis untuk sebatian berbentuk leburan Menerangkan Proses elektrolisis untuk sebatian berbentuk larutan akues Menggunakan Hukum Faraday dalam pengiraan kuantitatif proses elektrolisis.

KERANGKA TAJUK-TAJUK 11.1 Proses Elektrolisis

11.2 Proses Elektrolisis dalam keadaan Elektrolisis leburan

11.3 Proses Elektrolisis dalam larutan akues

11.4 Hukum Faraday 81

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) ISI KANDUNGAN 11.1 Proses elektrolisis

Untuk menerangkan proses elektrolisis beberapa istilah perlu diperkenalkan terlebih dahulu :

Elektrolit ialah sebatian yang mengkonduksi arus elektrik dan terurai kepada komponen-komponennya dalam proses elektrolisis Elektrod ialah konduktor dalam bentuk dawai, batang atau plat yang membawa arus elektrik ke dalam dan keluar dari sel elektrolisis Elektrod lengai ialah elektrod yang tidak mengalami apa-apa perubahan / tindakbalas kimia dalam proses elektrolisis contohnya grafit dan platinum

Katod ialah elektrod negatif dan anod ialah elektrod positif Elektrolisis ialah proses penguraian elektrolit kepada komponenkomponennya dengan menggunakan tenaga elektrik Bateri Anod Katod

Larutan Elektrolit

Rajah 11.1 Sel Elektrolisis Dalam sel elektrolisis : 1. Elektrod yang disambungkan kepada kutub positif sel bateri dinamakan anod. Jadi anod bercas positif. Manakala elektrod yang disambungkan ke kutub negatif dinamakan katod. Katod bercas negatif 82

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) 2. Proses pengoksidaan berlaku di anod manakala proses penurunan berlaku di katod. 3. Dalam elektrolit terdapat ion-ion bercas positif dan negatif . Ion-ion akan bergerak ke elektrod yang bertentangan casnya iaitu ion-ion positif (kation) akan bergerak ke katod (elektrod bercas negatif) manakala ion bercas negatif (anion) akan bergerak ke anod (elektrod bercas positif). 4. Pada kedua-dua elektrod proses nyahcas berlaku. 5. Elektron akan mengalir pada litar luar dari anod ke katod.

Peringatan Dalam sel elektrolisis: katod bercas negatif manakala anod bercas positif. Dalam sel kimia: katod merupakan elektrod positif manakala anod merupakan elektrod negatif. Dalam kedua-dua sel didapati : Pengoksidaan berlaku di anod dan penurunan berlaku di katod

11.2

Proses elektrolisis dalam keadaan leburan

Contoh : Elektrolisis leburan plumbum(II) bromida Leburan plumbum bromida hanya mempunyai ion Pb2+ dan Br- sahaja. Pb2+ + 2BrAnod (+ve)

PbBr2 Katod (-ve)

Rajah 11.2 Elektrolisis leburan plumbum bromida

83

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Katod Pemerhatian: Terbentuk pepejal kelabu Persamaan setengah Pb


2+

Anod Pemerhatian: Terhasil wap perang Persamaan setengah 2Br Br2 + 2e-

+ 2e

Pb

( penurunan) Penerangan: Ion Pb(II) bercas positif akan bergerak ke katod yang bercas

(pengoksidaan) Penerangan: Ion Br- bercas negatif akan bergerak ke anod (+ve). Ion

negatif. Ion Pb2+ akan menerima Br- akan kehilangan satu dua elektron untuk membentuk atom plumbum. elektron untuk membentuk atom bromin. Setiap dua atom bromin akan berpadu membentuk molekul bromin.

Tindakbalas di katod di mana ion plumbum(II) menerima elektron

Tindakbalas ion bromin kehilangan elektron

dinamakan tindakbalas penurunan dinamakan tindakbalas pengoksidaan

84

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) 11.3 Proses elektrolisis dalam larutan akues

Contoh : Elektrolisis larutan akues plumbum(II) nitrat Pb(NO3)2 H2O Pb2+ + 2NO3H+ + OH-

Terdapat empat jenis ion yang dihasilkan. Terdapat persaingan antara ion-ion untuk dinyahcaskan. Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi pemilihan ion untuk dinyahcaskan, iaitu: Kedudukan ion-ion dalam siri elektrokimia Kepekatan ion-ion Jenis elektrod

11.3.1 Faktor kedudukan Ion-ion dalam siri elektrokimia Siri elektrokimia dapat menunjukkan kemudahan sesuatu logam untuk membentuk kation. Lebih elektropositif logam itu lebih mudah kation terbentuk. M(p) Mnn+ + ne

Oleh itu, tertib nyahcas ion ialah sonsangan tertib keelektropositifan logam. Mn+ + ne M(p)

Kesimpulannya, semakin rendah kedudukan ion dalam siri elektrokimia semakin mudah ion itu dinyahcaskan. Konsep ini boleh diaplikasikan untuk kedua-dua kaion dan anion.

85

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) Kation K+ Ca2+ Na+ Mg2+ Al3+ Zn2+ Fe2+ Sn2+ Pb2+ H+ (H3O+) Cu2+ Ag+ Au3+ Kemudahan nyahcas semakin bertambah Mn+ + ne M(p) X n- X + ne Anion NO3SO2ClBrIOH-

Rajah 11.3 Siri Elektrokimia

Dengan merujuk Jadual 1 dalam Tajuk 8 iaitu Jadual Keupayaan Penurunan Piawai, kenyataan berikut boleh dibuat:

Penurunan berlaku di katod. Lebih positif nilai Ered untuk sesuatu ion positif, maka ion itu yang akan dinyahcas.

Pengoksidaan berlaku di anod. Lebih negatif nilai Ered untuk sesuatu ion negatif, maka ion itu yang akan dinyahcas.

86

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Latihan Satu larutan mengandungi ion Cu2+ dan ion Zn2+ dielektrolisiskan. Ion manakah yang akan dinyahcaskan?

1.

2.

Apakah yang terhasil di katod dan anod apabila larutan akues kalium nitrat (V) dielektrolisiskan dengan menggunakan elektrod platinum?

11.3.2 Faktor kepekatan ion-ion Jika kepekatan sesuatu ion itu lebih tinggi, ion itu lebih diutamakan untuk dinyahcaskan. Misalnya dalam satu larutan akues terdapat ion-ion berikut : kepekatan ion halida = 10-1 mol / dm-3 kepekatan ion OH- = 10-7 mol / dm-3 Didapati ion halida 106 kali lebih pekat dari ion OH-. Oleh yang demikian ion halida akan dinyahcaskan kerana kepekatannya tinggi.

Sekiranya terdapat dua ion yang kedudukannya sangat jauh dalam Siri Elektrokimia, faktor kepekatan menjadi tidak penting lagi. Contohnya jika terdapat ion Na+ dan H+ dalam sesuatu larutan, maka ion H+ akan dinyahcaskan. Persamaan ion setengah : 2H+ + 2e Na+ + e

H2(g) gas hidrogen akan dibebaskan Na(p) ( tindakbalas ini TIDAK BERLAKU)

87

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Latihan

1.

Sekiranya terdapat ion OH- dan SO42- dalam sesuatu larutan, ion yang manakah akan dinyacaskan terlebih dahulu? Bincangkan.

2.

Apakah ion-ion yang akan dinyahcaskan apabila bahan-bahan berikut dielektrolisiskan? Tuliskan persamaan tindak balas yang berlaku di anod dan katod. Apakah pemerhatian yang akan diperolehi? (Kedua-dua elektrod yang digunakan ialah platinum.) (a) (b) (c) larutan natrium klorida pekat larutan kalium klorida cair Larutan plumbum (II) nitrat

11.3.3 Faktor jenis elektrod Tindak balas yang berlaku bergantung kepada jenis elektrod yang digunakan. Kemudahan nyahcas oleh ion-ion tidak sama bagi tiap-tiap elektrod. Ion-ion yang tidak boleh dinyahcaskan dengan kemudahan biasa di elektrod tertentu dikatakan mempunyai keupayaan melampau di elektrod tersebut. Faktor jenis elektrod akan lebih memberi kesan tertib ion dinyahcaskan berbanding dengan faktor Siri Elektrokimia dan faktor kepekatan ion.

88

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) Contoh 1:

Elektrolisis I - Larutan natrium klorida dielektrolisiskan dengan menggunakan elektrod platinum. Eleketrlisis II - Larutan natrium klorida dielektrolisiskan dengan menggunakan anod platinum dan katod merkuri.

Perhatikan hasil berbeza akan diperolehi: Elektrod Platinum Persamaan tindak balas: 2H+ + 2e H2(g) Katod Merkuri Persamaan tindak balas: Na+ + e Na(p)

Pemerhatian: Gas hidrogen akan dibebaskan Penerangan: Ion H+ dinyahcaskan dan

Pemerhatian: Terbentuk amalgam merkuri Penerangan: Ion Na+ dinyahcaskan menjadi

membentuk gas hidrogen. ion Na+ logam natrium. Logam ini larut akan tertinggal dalam larutan. ke dalam katod merkuri akhirnya membentuk amalgam merkuri. Ion H+ kekal dalam larutan.

Memikir

Apakah yang terhasil di anod dalam kedua-dua kes dalam Contoh 1 di atas?

89

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) Contoh 2:

Elektrolisis I - larutan akues zink nitrat cair dielektrolisis dengan dengan menggunakan elektrod platinum. Elektrolisis II - larutan akues zink nitrat cair dielektrolisis dengan menggunakan elektrod zink.

Perhatikan hasil berbeza akan diperolehi:

Elektrod Platinum Katod: Persamaan setengah 2H+ + 2e H2(g) Katod:

Elektrod Zink

Persamaan setengah Zn2+ + 2e Pemerhatian: Logam Zn akan terenap di elektrod Zn(p)

Pemerhatian: Gas hidrogen akan dibebaskan

Penerangan: Ion H+ dinyahcaskan kerana ion H+ terletak lebih bawah dari ion Zn 2+ dalam Siri Elektrokimia. Ion Zn akan tertinggal dalam larutan
2+

Penerangan: Ion Zn2+ dinyahcaskan menjadi logam Zn. Hidrogen dikatakan mempunyai keupayaan melampau pada elektrod Zn dan ia tidak dinyahcaskan.

Memikir

Apakah yang terhasil di anod dalam kedua-dua kes dalam Contoh 2 di atas? 90

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Latihan

1.

Apakah yang berlaku dalam elektrolisis larutan kuprum(II) sulfat dalam keadaan-keadaan berikut : (a) (b) Menggunakan elektrod platinum Menggunakan elektrod kuprum

Kenalpastikan ion-ion yang akan dinyahcaskan apabila elektrolisis berlaku. Tuliskan persamaan ion yang berlaku di anod dan katod. Apakah pemerhatian yang akan diperolehi?

11.4 Hukum Faraday

Hukum Pertama Faraday menyatakan bahawa amaun bahan yang terhasil semasa elektrolisis adalah berkadar langsung dengan amaun cas elektrik yang mengalir melalui elektrolit. Amaun cas diberi oleh simbol Q dan diberi oleh formula Q=Ixt di mana: Q = amaun cas dalam Coulomb (C) I = arus yang mengalir dalam Ampere(A) t = masa yang diambil dalam saat (s)

Pemalar Faraday diberi oleh formula:

F = NAe di mana: F = Pemalar Faraday = 96500 C mol-1 NA = Pemalar Avogadro( 6.02 x 10 23 mol-1) e = cas eleltron ( 1.6 x 10 -19 C)

91

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) Contoh Pengiraan:

Satu larutan kuprum (II) sulfat dielektrolisiskan dengan menggunakan arus 0.150A selama 5 jam. Hitung jisim kuprum yang terenap pada katod. (Diberi J.A R Cu=63.5)

Penyelesaian: Kuantiti cas elektrik yang digunakan, Q =Ixt = 0.150A X (5 X 60 X 60) saat = 2700 C Oleh kerana 1 mol elektron = 1F = 96500 C Maka, bilangan mol elektron yang terlibat = 2700 / 96500 = 0.028 Daripada persamaan ion : Cu 2+ + 2e Cu 2 mol elektron akan mengenapkan 1 mol kuprum. Maka, 0.028 mol elektron akan mengenapkan X 0.028 = 0.014 mol kuprum

Jadi, jisim kuprum yang terenap = 0.014 X 63.5 =0.889 gram

92

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) Hukum Kedua Faraday menyatakan bahawa amaun bahan yang berlainan yang terhasil (sama ada terenap, terbebas atau terlarut) oleh amaun cas elektrik yang sama adalah berkadar songsang dengan cas yang ada pada ion tersebut. Ini bermakna 1F elektrik akan menyahcaskan 1 mol Ag+ atau mol Pb2+ atau 1/3 mol Al3+. Dengan lain perkataan, 1F elektrik diperlukan untuk menyahcaskan satu mol Ag+ , 2F diperlukan untuk menyahcaskan satu mol Pb2+ dan 3F diperlukan untuk menyahcaskan satu mol Al3+ . Ini dapat dilihat dengan lebih jelas lagi dengan berpandukan persamaan ion yang berikut: Ag+ + e Ag (1F elektrik diperlukan untuk menyahcaskan satu mol Ag+) Pb2+ + 2e Pb (2F elektrik diperlukan untuk menyahcaskan satu mol Pb2+) Al3+ + 3e Ag (3F elektrik diperlukan untuk menyahcaskan satu mol Al3+)

Contoh Pengiraan: Dengan merujuk Rajah 11.4, didapati 0.32 gram argentum terenap. Kirakan (a) (b) jisim kuprum yang terenap dan isipadu oksigen yang dikumpulkan pada suhu bilik. [ Jisim atom relatif: Ag = 108, Cu = 63.5 dan isipadu molar gas pada suhu bilik = 24.0 dm3]

93

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

H2SO4

O2(g)

H2(g) Elektrod Cu Elektrod Ag

Pt (-)

Pt (+) A

Larutan CuSO4 A

larutan AgNO3
Sumber Elektrik

Rajah 11.4 Radas bagi coulometri

Penyelesaian (a) Bilangan mol argentum yang terenap = 0.32/108 = 2.96 X 10 -3 Maka, bilangan mol kuprum yang terenap = X 2.96 X 10 -3 Jisim kuprum = ( X 2.96 X 10 -3) X 63.5 = 0.094 gram

(b)

Persamaan ion : 2H+ + 2e- H2(g) Maka, bilangan mol hidrogen yang terbebas = X 2.96 X 10 -3 Isipadu hidrogen yang terbebas = ( X 2.96 X 10 -3) X 24 dm3 = 0.0355 dm3

94

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Latihan

1.

Hitung isipadu gas (pada s.t.p.) yang dibebaskan pada anod apabila asid sulfurik dielektrolisiskan selama 20jam dengan menggunakan 0.025A arus elektrik. (Isipadu molar gas pada s.t.p = 22.4 dm3)

2.

Apabia 5.0A arus elektrik dialirkan melalui kalsium klorida lebur selama 20 minit, 2.21 gram gas klorin dihasilkan. Jika cas per elektron=1.6 X 10 -19C , hitung pemalar Avogadro [Cl=35.5]

Layari Internet

Akses internet untuk mengumpul maklumat untuk membanding beza antara sel elektrolisis dengan sel elektrokimia

95

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Tutorial ( 2 jam ) 1. Hitung masa yang diperlukan untuk menyadur suatu bahan dengan kromium agar tebal kromium ialah 0.01 cm. Luas bahan itu ialah 200cm2 . dan arus elektrik yang digunakan ialah 1.0A. Ketumpatan kromium ialah 7.19 g cm-3

2.

Natrium borat, NaBO3 boleh disediakan dengan pengoksidanan elektrolisis boraks, Na2B4O7 : Na2B4O7 + 10NaOH 4NaBO3 + 5H2O + 8Na+ + 8e

Hitung jumlah NaBO3 yang diperolehi dalam masa 12.0 jam jika arus elektrik digunakan 20.0A.

3.

Apabila 0.45A arus elektrik dialirkan melalui larutan nikel (II) sulfat selama 1.0jam, 0.5 gram nikel dihasilkan. Jika pemalar Avogadro = 6.02 X 1023 mol-1. Hitung cas pada satu elektron [Ni=58.7].

4.

Satu arus elektrik membebaskan 0.056 gram aluminium daripada aluminium oksida. Jika arus elektrik yang sama digunakan untuk elektrolisis larutan argentum nitrat, hitung bilangan mol argentum yang dienapkan [Al=207].

5.

Dengan merujuk Jadual 1 di Tajuk 8, jelaskan mengapa florin tidak boleh disediakan melalui elektrolisis larutan natrium florida.

6.

Satu larutan kalium iodida yang mengandungi beberapa titis fenolptalein dielektrolisiskan,. Selepas beberapa ketika, huraikan apakah yang akan kelihatan di anod dan katod.

96

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

TAJUK 12

ELEKTROKIMIA: - PENGGUNAAN KOMERSIAL ELEKTROLISIS - KERJA ELEKTRIK DALAM ELEKTROLISIS

SINOPSIS

Elektrolisis memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Contohnya sumber air minuman mungkin tercemar oleh ion logam tertentu yang dihasilkan menerusi efluen industri. Proses elektrolisis digunakan untuk membantu mengeluarkan ion-ion logam tersebut bagi membolehkan sumber air menjadi bersih dan selamat untuk diminum. Dalam tajuk ini anda akan mempelajari tentang tujuh kegunaan elektrolisis serta mengira kerja elektrik yang digunakan dalam proses elektrolisis.

HASIL PEMBELAJARAN

Menerangkan 7 penggunaan komersial elektrolisis Mengira kerja maksima daripada sel kimia. Mengira kerja minima yang diperlukan untuk menghasilkan tindakbalas elektrolisis.

KERANGKA TAJUK-TAJUK 12.1 Penggunaan Komersial Elektrolisis

Elektrolisis

12.2 Pengiraan Kerja Maksimum Dalam Sel Kimia

12.3 Pengiraan Kerja Minimum Elektrolisis 97

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) ISI KANDUNGAN

12.1

Kegunaan elektrolisis

Terdapat beberapa kegunaan elektrolis. Antaranya ialah :

12.1.1 Pengekstrakan logam

Logam-logam seperti natrium, kalium, magnesium dan aluminium diekstrak dari bijihnya menerusi proses elektrolisis. Banyak tenaga digunakan dalam proses elektroslisi pengekstrakan logam yang mengakibatkan proses ini menjadi mahal. Contohnya aluminium diekstrak dai bijih bauksit (aluminium oksida) :

Katod (karbon) Al3+ + 3e Al

Anod (karbon) 2O2 O2 + 4e

Rajah 12.1 Pengekstrakan logam aluminium dari bijih bauksit

12.1.2 Pembuatan Bahan Kimia

Bahan kimia seperti klorin, natrium hidroksida, natrium klorat(I) atau natrium Klorat(V) boleh dihasilkan dari eklektrolisis larutan pekat air garam. Contohnya hidrolisis larutan garam pekat dengan katod merkuri boleh menghasilkan hidrogen, klorin dan natrium hidroksida

98

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) Katod (merkuri) terdapat ion-ion Na+ dan H+ dan cuma ion Na+ akan dinyahcas. Na+ + e Anod (titanium) terdapat ion- ion OH- dan Cldan cuma ion Cl- akan dinyahcas. Na NaHg 2Cl Cl2 + 2e

Na + Hg

2NaHg + 2H2O 2NaOH + H2 + 2Hg

Apabila larutan natrium klorida tepu (air garam) dielektrolisiskan, hidrogen, klorin dan natrium hidroksida akan dihasilkan : 2NaCl(ak) + 2H2O(c) 2NaOH(ak) + H2(g) + Cl2(g)

12.1.3 Penulenan logam

Banyak logam dapat ditulenkan menerusi proses elektrolisis. Contohnya, logam kuprum dan zink. Dalam proses penulenan logam kuprum, katod adalah kuprum tulen, anod adalah kuprum tak tulen dan elektrolit adalah larutan kuprum (II) sulfat. Semasa elektrolisis, kuprum tulen terenap di katod manakala anod kuprum akan terhakis (melarut / diionkan).

Rajah 12.2 Penulenan logam kuprum

99

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) 12.1.4 Penyaduran logam

Penyaduran logam bertujuan untuk mencantikan barangan atau alatan atau menjadikannya lebih tahan terhadap kakisan. Kromium, argentum dan nikel biasanya digunakan untuk tujuan ini. Penyaduran logam juga dikenali sebagai pengelekstrosaduran. Barangan atau peralatan yang hendak disadurkan dijadikan katod. Anod adalah logam saduran yang tulen dan elektrolit ialah larutan yang mengandungi ion logam saduran.

Rajah 12.3 Penyaduran logam kuprum kepada sudu besi

12.1.5 Penganodan

Aluminium sangat tahan kakisan kerana kehadiran satu lapisan nipis aluminium oksida yang melindungi aluminium dari serangan asid dan udara. Penganodan ialah proses elektrolisis dengan memendapkan lapisan nipis aluminium oksida pada permukaan barangan aluminium yang bertindak sebagai anod. Katod ialah elektrod yang terdiri dari kuprum, plumbum atau aluminium. Elektrolit yang digunakan dalam penganodan ialah asid sulfurik cair. Tujuan barangan aluminium dianodkan supaya barangan itu lebih tahan terhadap kakisan dan boleh diwarnakan.

100

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) Proses elektrolisis menyebabkan oksigen yang terhasil di anod aluminium bertindak balas dengan aluminium dan menghasilkan aluminium oksida. 2O2- O2 + 4e

Rajah 12.4 Barangan yang dihasilkan dari proses penganodan

12.1.6 Rawatan Efluen

Sungai, tasik dan air bawah tanah adalah sumber utama air untuk minuman. Sumber air ini perlu dirawat terlebih dahulu sebelum digunakan sebagai air minuman. Punca air ini tercemar disebabkan oleh pembuangan efluen dari kilang yang dicemari oleh ion-ion nikel, kadmium dan kromium. Sumber air mesti melalui tiga proses : a) b) c) proses penurasan (untuk membuang barangan terampai /kotoran) proses pengklorinan (untuk membunuh kuman) dan proses elektrolisis (untuk menyingkirkan ion-ion logam seperti nikel, kadmium dan kromium) Apabila air tercemar dielektrolisiskan, ion-ion logam dioksidakan kepada logam, dengan ini ion logam tercemar dapat disingkirkan dari air. Cr3+ (ak) + 3e Cd2+ (ak) + 2e Ni2+ (ak) + 2e Cr(p) Cd(p) Ni(p) 101 E = -0.91V E = -0.41V E = -0.25V

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) 12.1.7 Penyaduran Plastik

Penyaduran plastik dibuat bertujuan untuk mencantikkan barangan atau mengurangkan berat alatan tersebut. Dalam proses penyaduran plastik, barangan atau peralatan plastik yang hendak disadurkan dijadikan katod dengan cara disapu dengan serbuk grafit. Anod yang digunakan adalah logam saduran yang tulen dan elektrolit ialah larutan yang mengandungi ion logam saduran.

Rajah 12.5 : Contoh barangan plastik yang disadurkan dengan kromium

12.2 Mengira kerja elektrik dalam sel kimia

Semasa elektrolisis dijalankan, tenaga elektrik diperlukan untuk tindak balas kimia berlaku. Sumber tenaga boleh diperolehdari satu sel kimia.Tenaga atau kerja elektrik setara dengan hasil darab antara daya gerak elektrik (Esel) dengan jumlah cas (nF) yang mengalir menerusi litar. Kerja elektrik = W elektrik = nFEsel Kerja maksimum dari sel kimia dikira sebagai = Wmaksima = W elektrik = nFEsel Tanda negatif menunjukkan bahawa kerja dilakukan oleh sistem terhadap persekitaran. Sistem itu kehilangan tenaga, maka nilainya akan menjadi negatif. Kerja elektrik ini adalah tenaga maksimum yang dapat diperoleh dari sesuatu sumber sel kimia yang tertentu dengan d.g.e.= Esel.

102

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) Unit yang digunakan: W = kerja dalam Joule (J), nF = jumlah cas elektrik yang diperlukan (C) E = d.g.e. yang digunakan dalam volt (V)

Kerja yang dilakukan boleh juga dinyatakan dalam unit kWj dan 1 kWj = 3.6 x 106 J

12.3 Mengira kerja elektrik minimum semasa elektrolisis

Teanaga dari sel kimia atau sumber elektrik lain diperlukan untuk proses elektrolisis berlaku. Maka formula yang digunakan untuk pengiraan adalah sama, iaitu: W elektrik = nFEsel Contoh: Kira kerja elektrik minimum yang diperlukan untuk menghasilkan 1kg aluminium melalui elektrolisis ion Al3+ apabila d.g.e. yang digunakan ialah 4.5 V. Nyatakan jawapan anda dalam (a) Joule dan (b) kWj. (Jisim atom relatif: Al= 27)

Penyelesaian: (a) Bilangan mol bahan = n = 1000/27 Jumlah cas elektrik = nF= (1000/27) x (3 x 96 500) C Kerja elektrik = nFE = (1000/27) x (3 x 96 500) x 4.5 J = 48 250 000 J 1 kWj = 3.6 x 106 J W = (48 250 000 J /3.6 x 106 ) kWj = 13.4 kWj

(b)

103

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Layari Internet

Akses internet untuk mengumpul maklumat tentang penggunaan komersial elektrolisis

Tutorial ( 2 jam )

1.

Salah satu kegunaan elektrolisis ialah penyaduran plastik. Plastik merupakan satu insulator. Bagaimana penyaduran plastik dengan kuprum dapat dilakukan? Kitar semula aluminium adalah lebih berfaedah dari pengekstrakan aluminium. Bincangkan kebenaran kenyataan tersebut

2.

3.

Apakah d.g.e. minimum yang diperlukan untuk penunelan 1 kg kuprum jika sebanyak 50 MJ tenaga diperlukan? [ 1 F = 96 500 C mol-1, J.A.R. Cu = 64.5 ]

Satu kuantiti tenaga elektrik menghasilkan 10.0 gram argentum apabila dialirkan melalui larutan argentum nitrat. Jika kuantiti elektrik yang sama digunakan untuk larutan kuprum (II) klorida, berapakah jisim kuprum yang akan dienapkan?

104

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

TAJUK 13

KIMIA NUKLEAR: RADIOAKTIVITI

SINOPSIS Sesetengah nukleus atom tidak stabil dan mereput secara spontan dengan memancarkan sinaran radioaktif alfa, beta dan gama. Bahan yang mempunyai nukleus yang tidak stabil ini digelar sebagai bahan radioaktif. Dalam tajuk ini, anda akan mempelajari tentang tindak balas kimia yang berlaku dalam bahan radioaktif ini serta pola kestabilan nuklear.

HASIL PEMBELAJARAN Mendefinisi konsep radioaktiviti Menerangkan tentang jenis dan sifat sinaran radioaktif Menulis persamaan tindak balas pereputan radioaktif Menerangkan tentang pola kestabilan nuklear Menerangkan tentang transmutasi nuklear

KERANGKA TAJUK-TAJUK

KIMIA NUKLEAR

13.2

13.3. Persamaan Tindak Balas Pereputan Radioaktif 13.4

13.1
Konsep Radioaktiviti

Jenis dan Sifat Sinaran Radioaktif

Pola Kestabilan Nuklear

13.5 Transmutasi Nuklear

105

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) ISI KANDUNGAN 13.1 Radioaktiviti

Radioaktivi adalah satu proses pereputan radioaktif yang berlaku secara spontan apabila nukleus sesuatu atom adalah tidak stabil. Proses pereputan ini dapat menstabilkan nukleus sauatu atom kerana tenaga dibebaskan. Bahan yang mengalami proses ini digelar sebagai bahan radioaktif. Apabila pereputan radioaktif berlaku, sinaran radioaktif dipancarkan. Sinaran radioaktif yang boleh dipancarkan adalah seperti zarah alfa (), sinar beta () dan sinar gamma (). Contohnya, uranium-238 akan mereput secara spontan untuk memancarkan zarah alfa dan thorium-234 terbentuk. 13.2 Jenis dan Sifat Sinaran Radioaktif

Apabila pereputan radioaktif berlaku, sinaran radioaktif seperti zarah alfa (), sinar beta () dan sinar gamma () dipancarkan. Sinaran-sinaran ini mempunyai tenaga. Tenaga ini diperoleh daripada tenaga yang telah dibebaskan semasa pereputan radioaktif berlaku. Sifat-sifat sinaran radioaktif adalah seperti yang berikut: Sifat Sifat Semula Jadi Simbol Cas Jisim Kuasa Penembusan Relatif Kuasa Pengionan Halaju Kesan Medan Elektrik Kesan Medan Magnet zarah alfa Nukleus helium atau 2+ 6.64 x 10-24g 1 (paling rendah) Paling tinggi 10% halaju cahaya Dipesongkan sedikit Dipesonkan sedikit Jenis Sinaran zarah beta Sinar gamma Elektron Sejenis sinaran berhalaju elektromagnet yang tinggi bertenaga tinggi atau 10 -28 9.11 x 10 g 0 100 (sederhana) Sederhana 90% halaju cahaya Dipesongkan Dipesongkan 10 000 (paling tinggi) Paling rendah sama dengan halaju cahaya Tidak dipesongkan Tidak dipesongkan

106

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) 13.3 Persamaan Tindak Balas Pereputan Radioaktif Apabila pereputan radioaktif berlaku, tindak balas nuklear yang mungkin berlaku adalah pereputan , pereputan , pereputan, pancaran positron atau tangkapan elektron. Tindak balas nuklear ini dapat ditulis dalam bentuk persamaan dengan mengimbangkan nombor proton dan nombor jisim. Nombor proton juga dikenali sebagai nombor atom yang mewakili jumlah bilangan proton dalam satu nukleus atom. Nombor jisim mewakili jumlah bilangan proton dan neutron. Contohnya, atom uranium dengan nombor proton 92 dan nombor jisim 238 diwakil sebagai Pereputan Dalam reputan jenis ini, zarah alfa dibebaskan dan nukleus asal akan ditukar ke atom lain. Contohnya, apabila uranium-238 mereput, zarah dibebaskan dan atom thorium-234 dibentuk. Persamaan tindak balas ini adalah: + .

Perhatikan bahawa nombor jisim adalah seimbang di sebelah kiri dan kanan (238 = 234 + 4 ) dan begitu juga untuk nombor proton (92 = 90 + 2). Pereputan Dalam reputan jenis ini, zarah beta dibebaskan dan nukleus asal akan ditukar ke atom lain. Contohnya, apabila iodin-131 mereput, zarah dibebaskan dan atom xenon-131 dibentuk. Persamaan tindak balas ini adalah: +

Perhatikan bahawa nombor jisim adalah seimbang di sebelah kiri dan kanan (131 = 131 + 0 ) dan begitu juga untuk nombor proton (53 = 54-1).

107

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) Pereputan Dalam reputan jenis ini, sinar gamma dibebaskan dan nukleus asal tidak berubah dari segi nombor proton dan nombor jisim tetapi kandungan tenaga nukleus telah berkurang. Pereputan gamma biasanya berlaku dalam kebanyakan tindak balas pereputan radioaktif kerana ia mewakili kehilangan tenaga untuk kestabilan nukleus berlaku. Secara amnya, sinar gamma tidak ditulis dalam persamaan tindak balas pereputan radioaktif. Pancaran Positron Positron adalah satu zarah yang mempunyai jisim yang sama seperti elektron tetapi casnya adalah 1+ dan diwakili oleh simbol . Contohnya, karbon-11

mereput menjadi boron-11 dengan memancar positron dan tindak balasnya adalah: +

Pancaran positron memberi kesan mengubah proton ke neutron seperti ditunjukkan di bawah:

Tangkapan Elektron Sesetengah nukleus mengalami pereputan radioaktif dengan menangkap elektron daripada awan elektron di sekelilingnya. Contohnya, rubidium-81 megalami pereputan jenis ini untuk menjadi kripton-81 yang lebih stabil. +

Seperti pancaran positron, tangkapan elektron memberi kesan mengubah proton ke neutron seperti ditunjukkan di bawah: + 108

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Latihan

1. Mengapakah bukan semua nukleus atom mengalami pereputan radioaktif? Jelaskan jawapan anda.

2. Mengapakah apabila berlakunya kebocoran bahan radioaktif, sinar gamma dikatakan lebih berbahaya berbanding dengan zarah alfa?

3. Imbangkan persamaan-persamaan yang berikut: (a) (b) + +

Layari Internet

Melayari internet untuk mengumpul maklumat tentang pentingnya pengurusan yang sesuai (simpanan dan pelupusan) untuk bahan radioaktif.

109

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) 13.4 Pola Kestabilan Nuklear Pola kestabilan nukleus sesuatu atom dipengaruhi oleh nisbah neutron ke proton. (a) Jika nisbah neutron:proton = 1:1, maka sesuatu atom adalah stabil dan tiada pereputan radioaktif akan berlaku. Atom itu dikatakan berada pada kawasan kestabilan (belt of stability).

Bil. neutron Kawasan kestabilan (belt of stability) Nisbah n:p = 1:1

Bil. proton Rajah 1: Graf neutron lawan proton

(b)

Jika nisbah n:p adalah tinggi, iaitu atom itu terletak di atas kawasan kestabilan, maka nukleus atom itu akan mengalami pereputan radioaktif dengan memancarkan zarah . Apabila ini berlaku, bilangan neutron akan berkurang dan bilangan proton akan bertambah dan sekali gus akan mengurangkan nisbah n:p

110

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) (c) Jika nisbah n:p adalah rendah, iaitu atom itu terletak di bawah kawasan kestabilan, maka nukleus atom itu akan mengalami pancaran positron atau tangkapan elektron . Apabila ini berlaku, bilangan neutron akan bertambah dan bilangan proton akan berkurang dan sekali gus akan menambahkan nisbah n:p

(d)

Jika nukleus dengan no. proton 84, maka nukleus ini akan mengalami pereputan radioaktif dengan memancarkan pancaran . Pemancaran ini akan mengurangkan kedua-dua bilangan proton dan bilangan neutron.

13.5 Transmutasi Nuklear Transmutasi nuklear adalah satu tindak balas yang berlaku apabila sesuatu nukleus dibedil oleh sesuatu neutron atau dibedil oleh satu zarah bercas. Nukleus yang telah dibedil akan mengubah identitinya. (a) Nuleus dibedil oleh sesuatu neutron Contoh:
58 26

Fe +

1 0

n
59 27

59 26

Fe
0 1

59 26

Fe
1 0

Co +
60 27

59 27

Co +

Co

Kegunaan: Untuk penghasilan isotop yang digunakan dalam bidang perubatan dan penyelidikan sains.

111

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) (b) Nukleus dibedil oleh satu zarah bercas seperti zarah alfa atau proton Contoh:
14 7

N+

He zarah

4 2

17 8

O +

1 1

Kegunaan: Untuk mensintesis logam berat dan menyelidik struktur asas jirim.

[Perhatikan bahawa setiap persamaan di atas adalah persamaan seimbang di mana nombor proton dan nombor jisimnya adalah seimbang di sebelah kiri dan kanan.]

Latihan

1. Ramalkan jenis pereputan radioaktif yang mungkin berlaku pada nukleus yang berikut: [Petunjuk: Cari nisbah n:p]

(a)

(b)

(c)

2. Mengapakah transmutasi nuklear yang melibatkan pembedilan neutron lebih mudah dikendalikan berbanding dengan yang melibatkan proton atau zarah alfa?

112

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Tutorial ( 2 jam )

1. Yang manakah antara nukleus dalam Kumpulan 16 yang berikut diramalkan akan mengalami pereputan radioaktif?

Untuk setiap nukleus yang dijangka akan mengalami pereputan radioaktif, nyatakan sinaran radioaktif yang akan dipancarkan.

2. Tulis persamaan seimbang untuk proses transmutasi nuklear yang berikut:

(a) Uranium-238 dengan nombor proton 92 dibedil oleh neutron untuk menghasilkan uranium -239.

(b) Nitrogen-14 dengan nombor proton 7 dibedil oleh proton untuk menghasilkan zarah alfa dan karbon-11.

113

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

TAJUK 14

KIMIA NUKLEAR : KADAR PEREPUTAN RADIOAKTIF PROSES PEMBELAHAN NUKLEAR PROSES PELAKURAN NUKLEAR

SINOPSIS

Dalam tajuk ini, anda akan mempelajari tentang kadar pereputan radioaktif. Kadar ini memainkan peranan yang penting dalam menunjukkan sifat dan kegunaan sesuatu bahan radioaktif. Selain itu, anda juga akan mempelajari tentang proses pembelahan dan pelakuran nuklear.

HASIL PEMBELAJARAN

Menerangkan kadar pereputan radioaktif Menerangkan proses pembelahan nuklear Menerangkan proses pelakuran nuklear

KERANGKA TAJUK-TAJUK 14.1 Kadar pereputan radioaktif

Kimia Nuklear

14.2 Proses pembelahan nuklear

14.3 Proses Pelakuran nuklear

114

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) ISI KANDUNGAN

14.1

Kadar pereputan radioaktif

Pereputan radioaktif ialah proses di mana nukleus yang tidak stabil memancarkan sinaran radioaktif seperti sinar alfa, beta dan gama. Keaktifan suatu sampel radioaktif ialah kadar reputan sampel radioaktif tersebut. Nukelusnukleus di dalam satu sampel bahan radioaktif mereput pada kadar yang berlainan kerana keradioaktifan ialah proses yang rawak. Walau bagaimana pun, kadar pereputan ditakrif sebagai:

Kadar reputan = Bilangan reputan sesaat = Bilangan zarah yang dipancarkan sesaat

Kadar pereputan radioaktif adalah kadar tindak balas tertib pertama dan persamaan kadarnya adalah:

Kadar reputan = kN di mana k = pemalar kadar/pemalar pereputan N = kuantiti bahan

Kuantiti bahan boleh dinyatakan dalam kuantiti jisim, kepekatan, peratusan atau bilangan keaktifan seunit masa.

Setengah hayat ialah masa yang diperlukan untuk kuantiti bahan radioaktif yang tertentu untuk mereput menjadi setengah dari nilai asalnya.Simbol setengah hayat ialah t1/2 .

115

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Bilangan Keaktifan / saat

Rajah 14.1 : Geraf bilangan keaktifan lawan masa

Rajah 14.1 menunjukkan satu graf kadar pereputan suatu bahan radioaktif. Kuantiti bahan dinyatakan dalam unit keaktifan sesaat. Apakah setengah hayat, t1/2 , untuk bahan radioaktif ini? Perhubungan antara pemalar kadar (k) dan setengah hayat (t1/2) ialah k = 0.693/ t1/2 Persamaan untuk graf yang ditunjukkan di atas ialah: ln (Nt/N0) = - kt di mana Nt = kuantiti bahan radioaaktif pada masa tertentu,t N0 = kuantiti bahan radioaaktif pada keadaan awal.

116

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) Radioisotop yang berlainan mempunyai t1/2 yang berlainan. Contoh: Radioisotop Simbol Setengah Hayat

Radon-220 Teknetium-99m Natrium-24 Iodin-131 Fosforus-32 Radium-226 Karbon-14 Uranium-238

Rn Tc Na I P Ra C U

56 saat 6 jam 15 jam 8 hari 15 hari 1620 tahun 5730 tahun 4500 juta tahun

Maklumat setengah hayat karbon-14 boleh digunakan untuk pentarikhan karbon. Pentarikhan karbon adalah satu kaedah yang digunakan untuk menentukan umur bahan organik seperti batu, fosil dan tumbuhan. Prinsipnya ialah : 1. Nisbah C-14 kepada C-12 dalam atmosfera adalah tetap. 2. Melalui fotosintesis, C-14 dimasukkan dalam tumbuhan. 3. Apabila tumbuhan itu dimakan oleh binatang, C-14 juga dimasukkan ke dalam badan binatang itu. 4. Oleh kerana tumbuhan dan binatang mempunyai pengambilan sebatian karbon yang tetap, maka mereka berupaya untuk menetapkan nisbah tetap C-14 kepada C-12 yang serupa dengan atmosfera. 5. Apabila tumbuhan atau binatang itu mati, mereka tidak dapat lagi mengambil sebatian karbon yang baharu untuk mengganti balik C-14 yang telah hilang melalui proses pereputan radioaktif.

117

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) 6. Maka nisbah C-14 kepada C-12 berkurang. Dengan mengukur nisbah ini dalam batu/fosil dan kemudian banding nisbah ini dengan nisbah yang ada dalam atmosfera, umur batu/fosil itu dapat ditentukan. 7. Contohnya, jika nisbah itu berkurang sebanyak separuh, maka kita boleh simpulkan bahawa batu/fosil itu telah melalui satu setengah hayat, iaitu 5715 tahun. 8. Walau bagaimana pun, kaedah ini tidak boleh digunakan untuk menganggar batu/fosil yang lebih daripada 50 000 tahun kerana keaktifannya adalah terlalu rendah untuk diukur dengan tepat. Dalam kes ini radioisotop lain digunakan, contohnya, Uranium-238.

Contoh Pengiraan Separuh Hayat: Keaktifan satu sampel radioaktif didapati tinggal 6.25% dari nilai asalnya selepas 288 s. Berapakah setengah hayat sampel itu?

Penyelesaian Setengah hayat = t1/2 t1/2 100% 50% t1/2 25% t1/2 12.5% t1/2 6.25%

4 t1/2 = 288 s t1/2 = 72 s

118

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) 14.2 Proses Pembelahan Nuklear

Proses Pembelahan nuklear berlaku apabila satu nukleus yang berat dibedil oleh satu neutron yang berhalaju rendah dan menyebabkan nukleus yang berat ini dipecah belah kepada dua nukleus yang berlainan yang mempunyai berat yang sederhana. Contohnya seperti persamaan berikut :

n +

Ba +

Kr + 3

Proses pembelahan nuklear merupakan satu proses yang berlaku dalam reaktor nuklear untuk menghasilkan tenaga nuklear. Proses pembelahan nuklear juga merupakan satu proses yang berlaku dalam senjata nuklear, contohnya bom atom. Pembelahan nuklear merupakan satu proses eksotermik di mana banyak haba dihasilkan

Rajah 14.2 Pembelahan nuklear

Pembelahan nuklear adalah satu tindak balas rantai .Jika proses itu tidak dikawal, ia akan mengakibatkan letupan merbahaya. Walau bagaimana pun, untuk tindak balas rantai itu berlaku, satu jisim minimum uranium mesti digunakan. Jisim minimum itu dipanggil jisim genting/kritikal (critical mass). 119

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) Jisim genting/kritikal uranium adalah 1kg. Jisim subgenting/subkritikal ialah jisim yang kurang daripada jisim genting. Jika jisim uranium adalah jisim subgenting, maka tindak balas rantai akan berhenti. Jisim supergenting/superkritikal ialah jisim yang lebih daripada jisim genting. Jika jisim uranium adalah jisim supergenting, maka tindak balas rantai akan dipecutkan.

Dalam satu proses pembelahan nuklear, terdapat kehilangan jisim. Kehilangan jisim inilah yang menyumbang kepada pembebasan haba yang banyak. Formula pengiraan tenaga ini ialah = E= mc2 . (m = kehilangan jisim, c = halaju cahaya = 3x 108 ms-1)

Contoh Pengiraan:

Ba

Kr + 3 n + tenaga

Diberi jisim atom seperti berikut : U = 235.04 u.j.a Kr = 91.91 u.j.a

Ba = 140.91 u.j.a.

n = 1.01 u.j.a.

Kirakan nilai kehilangan jisim dan tenaga yang dibebaskan. (1 u.j.a = 1.66 x 10-27 kg )

Penyelesaian : Kehilangan jisim, m = (235.04 + 1.01) [ 140.91 + 91.91 + 3(1.01)] = 0.20 u.j.a. = 0.20 x 1.66 x 10-27 kg = 3.32 x 10-28 kg Tenaga yang dibebaskan , E = mc2 = 3.32 x 10-28 x (3.0 x 108)2 J = 2.988 x 10-11 J 120

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Rajah 14.3 Reaktor Nuklear

Memikir

Pembelahan nuklear merupakan satu tindak balas berantai. Tenaga yang dibebaskan oleh pembelahan nukleus adalah sangat besar berbanding dengan tenaga yang dibebaskan oleh tindakbalas kimia biasa. Untuk tujuan keselamatan, 1. bagaimanakah halaju neutron dalam satu reaktor nuklear dapat diperlahankan ? 2. bagaimanakah bilangan neutron dalam satu reaktor nuklear dapat dikurangkan ? 121

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

14.3

Proses Pelakuran Nuklear

Proses pelakuran nuklear berlaku apabila dua nukleus yang ringan bercantum untuk membentuk satu nukleus yang lebih berat. Ia adalah satu tindak balas eksotermik di mana banyak tenaga akan dibebaskan.

Contoh tindak balas pelakuran nuklear

H +

He +

n + tenaga

Rajah 14.4 Pelakuran Nuklear

Pelakuran berlaku pada suhu yang sangat tinggi supaya nukleus-nukleus ringan mempunyai tenaga kinetik yang cukup besar untuk mengatasi tolakan elektrik antara satu nukleus dengan yang lain. Tindakbalas pelakuran sentiasa berlaku di permukaan matahari kerana terdapat banyak gas hidrogen di situ dan suhunya amat tinggi.

Pelakuran tidak digunakan untuk menghasilkan tenaga dalam industri atau makmal. Ini disebabkan suhu setinggi 40 000 000 K diperlukan bagi menghasilkan tindakbalasnya. Tiada bahan di dunia ini dapat menahan suhu yang begitu tinggi. Penyelidikan telah dijalankan berkenaan dengan satu alat

122

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) yang dipanggil tokamak yang menggunakan medan magnet yang kuat untuk menahan suhu tinggi. Suhu setinggi 3 000 000 K sahaja telah dicapai setakat ini. Seperti proses pembelahan nuklear, terdapat juga kehilangan jisim dalam pelakuran nuklear. Kehilangan jisim inilah yang menyumbang kepada pembebasan haba yang banyak. Formula pengiraan tenaga ini ialah = E= mc2 . (m = kehilangan jisim, c = halaju cahaya = 3x 108 ms-1)

Contoh Pengiraan: Tindakbalas pelakuran berlaku seperti dalam persamaan berikut

H +

He +

n + tenaga

Kirakan kehilangan jisim dantenaga yang dibebaskan. Diberi :

H = 2.0141 u.j.a H = 3.1605 u.j.a

He = 4. 00260 u.j.a. n = 1.00867 u.j.a.

Penyelesaian Kehilangan jisim , m = (2.01401 + 3.01605) ( 4.00260 + 1.00867) u.j.a. = 0.01888 u.j.a = 0.01888 x 1.66 x 10-27 kg = 3.134 x 10-29 kg

Tenaga yang dibebaskan , E = mc2 = (3.134 x 10-29 kg) x (3.0 x 108)2 J = 2.82 x 10-12 J

123

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Layari Internet

Akses internet untuk mengumpul maklumat mengenai tenaga nuklear sebagai sumber tenaga

Tutorial ( 2 jam )

1.

Waktu K 8.00 pagi 9.30 pagi

keaktifan / minit -1 648 162

Berdasarkan maklumat di atas tentang satu sampel radioaktif, tentukan setengah hayatnya. Antara ciri isotop Karbon 14 berikut , manakah yang membolehkannya digunakan untuk penentuan umur objek purba? A. B. Kuantiti karbon-14 dalam objek hidup adalah tetap. Kuantiti karbon-14 dalam objek yang sudah mati semakin berkurangan. C. D. Karbon-14 mempunya setengah hayat yang panjang. Karbon-14 memancarkan zarah beta.

2.

124

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA) 3. Barium-141 ialah radioisotop yang mempunyai setengah hayat 18 minit. Satu sampel barium-141 disediakan mengandungi 8000 atom. Lengkapkan jadual berikut

Masa / minit

Bilangan atom barium yang belum reput

Bilangan atom barium yang sudah reput

0 18 36 54

8000

4.

Bahan radioaktif X dan Y masing masing mempunyai setengah hayat 40 minit dan 20 minit. Pada awalnya sampel X dan sampel Y mempunyai bilangan atom yang sama. Selepas 80 minit , berapakah nisbah bilangan atom X yang masih radioaktif kepada atom Y yang masih radioaktif ?

125

Anda mungkin juga menyukai