Anda di halaman 1dari 93

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYEBUT DAN MENGECAM WARNA DALAM BAHASA INGGERIS MURID MASALAH PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN KAEDAH NYANYIAN

Oleh : ANIS SHABRINA BINTI MUHAMMAD & MOHD SABRINORDIN BIN MOHD YUSOFF INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan kaedah nyanyian dalam meningkatkan kemahiran menyebut dan mengecam dalam bahasa Inggeris murid-murid bermasalah pembelajaran. Subjek kajian terdiri daripada 3 orang murid dari Kelas 2. Tinjauan awal telah dijalankan melalui ujian diagnostik dan pemerhatian di dalam kelas. Hasil dapatan ujian diagnostik menunjukkan bahawa subjek kajian menghadapi masalah memahami makna perkataan bahasa Inggeris sekaligus tidak dapat mengecam perkataan bahasa Inggeris. Melalui pemerhatian juga, subjek kajian didapati tidak dapat menyebut perkataan bahasa Inggeris dengan betul. Fokus kajian adalah untuk menilai keberkesanan kaedah nyanyian dalam meningkatkan kemahiran menyebut dan mengecam perkataan bahasa Inggeris murid-murid. Kajian ini melibatkan enam kali intervensi bagi kitaran pertama dan kitaran kedua yang dijalankan selama 60 minit. Pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian dan ujian sebagai alat pengumpulan data. Hasil dapatan mendapati terdapat peningkatan dalam kemahiran menyebut dan mengecam subjek kajian. Cadangan kajian seterusnya adalah menggunakan teknologi ICT untuk memaparkan perkataan, gambar dan lagu secara serentak. 1.0 PENDAHULUAN Peranan guru adalah penting untuk mewujudkan kreativiti di dalam bilik darjah. Berdasarkan apa yang dinyatakan itu, maka sudah tentulah amat penting sekali bagi guru-guru BI untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kreatif serta sesi pengajaran yang menarik melalui didik hibur. Ini sekaligus akan menarik minat murid untuk terus belajar dengan penuh keyakinan. Didik hibur adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan murid-murid. Walaupun murid seronok tetapi objektif pengajaran dan pembelajaran masih dapat dicapai seperti yang ditetapkan. Oleh itu, guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran agar isi kandungan matapelajaran dapat disampaikan dengan berkesan. Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam pengajaran bermula apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 yang memutuskan bahawa PPSMI dimansuhkan dengan matapelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menjelang tahun 2012. Satu inovasi perlu dilakukan demi menarik minat serta merangsang minda kanak-kanak untuk mendekati serta mencintai matapelajaran sekolah rendah khususnya BI dengan mempelbagaikan bentuk pengajaran seperti mengaplikasikan elemen lagu (nyanyian). Guru bukan sahaja berperanan untuk mengajar ilmu baharu kepada kanak-kanak, tetapi guru juga perlu bijak mencari pendekatan yang pelbagai untuk menarik minat murid untuk terus belajar. Di samping itu guru perlu memahami minat serta kecenderungan para muridnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan. Justeru itu, pengkaji telah mencuba menggunakan kaedah kemahiran nyanyian bagi menyebut kosa kata dan perkataan dalam BI. 2.0 FOKUS KAJIAN Subjek yang mengikuti program Pendidikan Khas integrasi ( PPKI ) menghadapi kesukaran dalam menyebut dan mengenal perkataan dalam BI bagi sesuatu tajuk. Walaupun tajuk mengenal perkataan asas yang diajar kepada subjek bermasalah pembelajaran berkefungsian tinggi, namun, subjek kajian dilihat mengalami kesukaran dalam mengenal perkataan tersebut dalam BI. Hal ini menyebabkan subjek kajian tidak dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul semasa sesi PdP dilaksanakan di dalam kelas. Pengkaji telah membina sendiri soalan bagi ujian diagnostik dan dijawab oleh subjek kajian secara bertulis. Soalan ujian yang dibina adalah berdasarkan kepada tajuk pengajaran yang akan diajar oleh pengkaji sepanjang praktikum fasa III berlangsung di sebuah sekolah sekitar Kuala Lumpur.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif Umum Kajian tindakan ini secara umumnya dilaksanakan untuk membolehkan murid bermasalah pembelajaran menguasai kemahiran dalam BI melalui kaedah nyanyian. Objektif Khusus i. Membolehkan murid menyebut semula perkataan warna yang didengar daripada lagu yang dimainkan dengan sebutan yang betul melalui kaedah nyanyian. ii. Membolehkan murid menyebut warna dengan betul dan memilih benda maujud mengikut warna yang disebut dalam lagu. iii. Membolehkan murid memadankan perkataan warna dalam BI dengan kad warna yang diberikan. 4.0 KUMPULAN SASARAN Subjek yang digunakan terdiri daripada tiga orang murid yang terdiri daripada dua orang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Subjek merupakan murid-murid dari kelas yang sama iaitu kelas yang kedua bagi PPKI di sekolah tersebut. Subjek dipilih merupakan murid-murid yang didapati lemah dalam kemahiran menyebut perkataan dalam BI. Di samping itu juga, murid-murid ini turut menghadapi masalah dalam kemahiran pengamatan di mana murid tidak dapat mengecam perkataan dalam BI. Ketiga-tiga subjek ini menghadapi kesukaran menyebut dan mengecam perkataan BI berbanding murid-murid lain dalam PPKI sekolah tersebut. 5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
Langkah 1: Penerangan Pengkaji memperdengarkan lagu kepada subjek kajian mengenai kaedah nyanyian sambil menyebut perkataan BI dengan betul. Pengkaji membimbing subjek kajian menyebut perkataan BI dengan betul. Langkah 1: Menyebut Pengkaji membantu subjek kajian menyebut perkataan BI dibantu dengan BBM iaitu kad perkataan. Pengkaji membimbing subjek kajian menyebut perkataan BI dengan betul. Pengkaji memperdengarkan lagu kepada subjek kajian mengenai kaedah nyanyian sambil menyebut perkataan BI dengan betul. Subjek kajian mendengar lagu mengenai topik pembelajaran pada hari tersebut. Pengkaji menyebut semula perkataan dalam lirik nyanyian yang diperdengarkan kepada subjek kajian. Subjek kajian menyanyi lagu berdasarkan topik yang dipelajari dengan dibantu BBM iaitu kad perkataan dan kad warna.

Langkah 2: Penerangan

Langkah 2: Mendengar

Subjek kajian mendengar lagu mengenai topik pembelajaran pada hari tersebut. Pengkaji menyebut semula perkataan dalam lirik nyanyian yang diperdengarkan kepada subjek kajian.

Langkah 3: Mendengar

Langkah 3: Menyanyi

Subjek kajian menyanyi lagu berdasarkan topik yang dipelajari.

Langkah 4: Menyanyi

Langkah 4: Mengecam

Subjek kajian menyebut perkataan yang dinyanyikan sambil mengecam benda yang disebut.

Langkah 5: Mengecam

Subjek kajian menyebut perkataan yang dinyanyikan sambil mengecam warna yang disebut.

Rajah 4. : Langkah Pelaksanaan Intervensi Kitaran 1

Rajah 5 : Langkah Pelaksanaan Intervensi Kitaran 2

6.0 PENGUMPULAN DATA

6.1 Instrumen Pengumpulan Data Instrumen pengumpulan data yang digunakan ialah aspek pemerhatian dan ujian pra, ujian pasca serta ujian formatif. Pemerhatian Pengkaji telah mengumpul data dengan membuat pemerhatian terhadap beberapa aspek yang dikaji. Antara aspek yang dikaji ialah aspek menyebut dan mengecam warna dalam BI. Dengan itu, pengkaji telah menyediakan borang senarai semak (seperti yang dilampirkan di lampiran C muka surat 107) yang berkaitan bagi memudahkan data dikumpul. Tujuan utama pemerhatian ini dilakukan adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan intervensi yang dilakukan oleh pengkaji pada kitaran pertama dan kedua dalam mengesan langkah untuk membantu meningkatkan kebolehan subjek kajian menyebut dan mengecam perkataan warna dalam BI bagi murid PPKI. Ujian Pra dan Ujian pasca Pengkaji telah menyediakan satu set soalan bagi ujian pra dan ujian pasca. Kemahiran yang difokuskan ialah kemahiran mengecam. Ujian yang digunakan berdasarkan topik warna di mana subjek kajian dikehendaki mengecam dengan memadankan warna dan perkataan yang betul. Jumlah keseluruhan soalan bagi ujian ini ialah 8 soalan. Pengkaji membahagikan soalan ini kepada ujian dua. Subjek kajian dikehendaki memadankan warna dengan perkataan yang betul bagi ujian 2. Soalan ujian pra dan ujian pasca ini dilampirkan di lampiran E muka surat 116. Pada kitaran kedua, pengkaji melaksanakan ujian pasca sebagai ujian akhir untuk memastikan berlaku peningkatan pencapaian dan subjek kajian dapat menguasai kemahiran menyebut dan mengecam. Ujian pasca dilaksanakan setelah pengkaji selesai menjalankan tindakan intervensi pada kitaran pertama dan kedua. Ujian Formatif Selain itu, pengkaji turut menyediakan soalan ujian formatif bagi setiap kali intervensi dilaksanakan di dalam kelas. Pengkaji telah menyediakan enam set soalan ujian formatif memandangkan pengkaji menjalankan intervensi sebanyak enam kali termasuklah kitaran satu dan kitaran dua. Kemahiran yang difokuskan adalah kemahiran mengecam warna. Setiap kali intervensi dilaksanakan subjek kajian akan diberikan satu set soalan yang berbeza. Soalan yang dikemukakan ialah mengecam satu perkataan warna sebagaimana arahan soalan dan mewarnakan perkataan warna yang betul. 7.0 KEPUTUSAN KAJIAN Pemerhatian Jadual 5 : Penguasaan Kemahiran Menyebut Warna dalam BI Item-item Subjek Kajian S1 S2 K1 K2 K1 K2 Menyebut warna dengan betul i. Green X / X X ii. Blue / / / / iii. Red / / / / iv. Yellow / / X / v. Purple X / X / vi. Brown X / X / vii. Grey X / X X viii. Orange / / / / Petunjuk : / = betul X = salah Jadual menunjukkan hasil dapatan daripada pemerhatian yang telah subjek kajian berdasarkan data yang diperoleh.

S3 K1 X / / / / X X X / / / / / / / / K2

dijalankan ke atas ketiga-tiga

Ujian i. Ujian Pra dan Pasca Jadual 7 :Perbandingan Skor Ujian Pra & Pasca Kemahiran Mengecam Warna dengan Memadankan Warna dan Perkataan yang betul. Item-item Subjek Kajian S1 S2 S3 K1 K2 K1 K2 K1 K2 Memadankan warna dan perkataan yang betul i. Green X / / / / / i. Blue / / X / X / ii. Red / / / / X / iii. Yellow X / X / / / iv. Purple X / / / X / v. Brown / / X / X / vi. Grey X / / / X / vii. Orange / / X / / / Petunjuk : / = betul X = salah Jadual di atas menunjukkan perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pasca bagi kemahiran mengecam warna dengan memadankan warna dan perkataan yang betul. ii. Ujian Formatif Jadual 9 di bawah menunjukkan keputusan ujian formatif bagi murid-murid K2. Secara keseluruhannya, didapati bahawa pencapaian yang diperoleh adalah di tahap yang memberangsangkan. Ini membuktikan bahawa intervensi yang dilaksanakan dalam kitaran pertama dan kitaran kedua berjaya meningkatkan pencapaian murid mengecam warna dalam BI. Namun, pencapaian yang diperoleh tidak mencapai target pengkaji iaitu murid dapat menguasai kemahiran mengecam melalui kaedah nyanyian sepenuhnya. Jadual 9 Keputusan Ujian Formatif Warna Red Blue Yellow Green Purple Orange

Ujian 1 2 3 4 5 6 Jumlah Peratus S1 2/3 2/3 2/3 1/3 2/3 1/3 10/18 56%

Subjek S2 3/3 3/3 2/3 2/3 3/3 1/3 14/18 78%

S3 2/3 3/3 3/3 1/3 2/3 2/3 13/18 72%

Berdasarkan jadual di atas, S2 memperoleh keputusan yang paling tinggi iaitu sebanyak 78%. Sementara itu, S1 memperoleh keputusan yang paling rendah iaitu 56%. Manakala, S3 pula mendapat keputusan sebanyak 72% sahaja. 8.0 RUMUSAN Secara kesimpulannya, persoalan kajian pertama, kedua dan ketiga dapat dijawab dengan menggunakan data yang diperoleh daripada instrumen senarai semak dan ujian. Kajian ini telah berjaya dilaksanakan dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Berdasarkan item senarai semak yang telah dianalisis, pengkaji mendapati subjek kajian tidak dapat menguasai sepenuhnya kemahiran menyebut perkataan warna dalam BI dengan baik. Namun begitu, subjek kajian dapat menguasai separuh daripada item yang dinilai berbanding pada awal kajian dijalankan. Melalui keputusan ujian pasca yang telah digunakan menjawab persoalan kedua iaitu adakah murid dapat menyebut warna dengan betul dan memilih benda maujud mengikut warna yang disebut dalam

lagu. Sebelum tindakan intervensi kedua dijalankan, subjek kajian tidak dapat menguasai sepenuhnya kemahiran menyebut perkataan warna dalam BI dengan baik. Akan tetapi, setelah pengkaji membuat penambahbaikan dalam kitaran kedua, pengkaji mendapati subjek kajian dapat menguasai kemahiran menyebut perkataan warna dalam BI dengan baik. Antara penambahbaikan yang dibuat ialah dengan menggunakan kad perkataan dan kad warna diiringi dengan nyanyian semasa kajian dijalankan. Berdasarkan perbandingan skor ujian pra dan pasca bagi kemahiran mengecam perkataan warna dengan memadankan warna dan perkataan yang betul menunjukkan peningkatan yang agak baik. Keberkesanan kaedah nyanyian yang dibantu dengan BBM ini boleh dilihat melalui perbandingan skor ujian pra dan pasca ini. Oleh itu dengan peningkatan ini menunjukkan bahawa elemen muzik dapat membantu subjek kajian dalam meningkatkan kemahiran membaca. Begitu juga dengan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji di mana murid dapat menguasai kemahiran mengecam dengan memadankan warna dan perkataan yang betul terbukti berkesan dengan menggunakan kaedah nyanyian. Namun begitu, dalam kajian ini pengkaji telah membuat penambahbaikan dengan menggunakan BBM untuk mengukuhkan lagi penguasaan murid dalam menyebut dan mengecam perkataan warna dalam BI. 9.0 CADANGAN SETERUSNYA Intervensi yang dilaksanakan masih boleh dimurnikan lagi dengan mengaplikasikannya kepada kitaran yang ketiga. Cadangan yang diutarakan oleh pengkaji ialah menggunakan teknologi ICT. Lagu dinyanyikan dalam masa yang sama video akan memaparkan lirik lagu serta gambar-gambar pengajaran yang berkaitan. Ini akan menjadikan pengajaran lebih menarik lebih-lebih lagi murid sekarang lebih banyak didedahkan dengan teknologi maklumat berbanding murid zaman dahulu. Di samping itu, pengkaji juga disarankan untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran bukan sahaja berdasarkan teknologi maklumat semata-mata. Pengkaji boleh mengajar dalam suasana yang berbeza seperti berada di dalam taman sains sekolah mahupun di dalam makmal komputer itu sendiri. Perubahan ini perlu lebih-lebih lagi bagi murid Pendidikan Khas yang mana mereka perlu didedahkan dengan pelbagai keadaan dan situasi bagi menarik minat mereka untuk terus belajar. Guru juga disarankan agar meminta pendapat guru cemerlang lain di sekolah dengan bertanyakan bagaimana untuk mengajar dengan cara yang lebih baik. Di samping dapat berkongsi ilmu, guru juga dapat mengeratkan hubungan antara guru yang lain bagi memudahkan pelaksanaan tugasan yang lain. 10.0 RUJUKAN Hansen, D., Bernstorf, E. & Stuber, G. M. (2004). Linking Music Learning to Reading Instruction. Music Educators Journal, 88(5). 17 -21. Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia. Didik hibur. Retrieved April 3, 2013. from http://kssr.bpk.my/berita/didik_hibur Presley, P. (2012). Teknik Nyanyian Dalam Mengenal, Menulis dan Mengira Nombor Asas 1 10. Kuching, Sarawak : Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN OPERASI TAMBAH BENTUK LAZIM DALAM KALANGAN MURID SLOW LEARNER MENGGUNAKAN KAEDAH PETAK BERWARNA Oleh BAHIRAH BINTI RAZALI DAN HABSAH BINTI YUSOF ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauhmanakah keberkesanan penggunaan petak berwarna dalam meningkatkan kemahiran operasi tambah dalam bentuk lazim bagi nombor dua digit dan satu digit bagi murid- murid slow learner. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 3 orang murid slow learner yang berusia dalam lingkungan 12 tahun yang memperoleh markah terendah dalam ujian diagnostik matematik. Data dikumpulkan melalui ujian pra dan ujian pasca. Hasil analisis mendapati bahawa kesemua responden mengalami peningkatan dalam pencapaian ujian pasca berbanding ujian pra. Terdapat seorang responden telah memperoleh markah penuh. Keputusan menunjukkan bahawa penggunaan petak berwarna dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran operasi menambah dalam bentuk lazim.

1.0 PENDAHULUAN Murid- murid slow learner adalah murid- murid yang mempunyai IQ yang terlalu rendah sehingga mereka menghadapi masalah untuk belajar di dalam kelas biasa. IQ normal manusia adalah dalam lingkungan 100. Namun IQ murid- murid slow learner adalah diantara 70 hingga 90 (Don Eastmead, 2004). Oleh itu, murid- murid ini bermasalah terutamanya dalam hal untuk mengingat sesuatu. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan semasa berpraktikum, pengkaji mendapati bahawa muridmurid slow learner sering menghadapi masalah untuk menjawab soalan penambahan dalam bentuk lazim. Kesalahan yang sering dilakukan adalah sewaktu menyusun nombor- nombor dalam bentuk lazim. Bagi membantu murid- murid, pengkaji telah mneggunakan kaedah petak berwarna bagi memudahkan murid- murid menyusun nombor di samping meningkatkan ingatan murid-murid terhadap cara susunan nombor.

2.0 FOKUS KAJIAN Kajian tindakan yang dijalankan adalah berfokus kepada kemahiran melengkapkan nombor dalam bentuk lazim dengan betul. Tujuan pengkaji memfokuskan kajian ini terhadap kemahiran melengkapkan nombor dalam bentuk lazim ini adalah bagi membolehkan murid- murid mendapat jawapan yang betul semasa menjawab soalan.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN i Objektif Umum : Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran melengkapkan operasi tambah dua digit dalam bentuk lazim dalam kalangan murid Slow Learner menggunakan kaedah petak berwarna

ii

Objektif Khusus : a) b) Murid dapat melengkapkan operasi tambah dua digit dan satu digit dalam bentuk lazim dengan bantuan petak berwarna Murid dapat menjawab soalan tambah dua digit dan satu digit dengan betul

4.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran yang dipilih dalam kajian ini adalah tiga orang murid slow learner yang berumur 12 tahun dari kelas K9. Murid- murid ini terdiri daripada seorang lelaki dan dua perempuan. Mereka dipilih berdasarkan keputusan pemerhatian dan ujian diagnostik yang dijalankan. Ketiga- tiga murid didapati memperoleh skor yang rendah dalam ujian tambah dalam bentuk lazim.

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN 5.1 Cara Mengumpulkan data

Sebelum menjalankan kajian, pengkaji terlebih dahulu melakukan tinjauan menggunakan kaedah pemerhatian dan ujian diagnostik. 5.1 Analisis Tinjauan Awal Ujian diagnostik Jadual 1 Keputusan ujian diagnostik Bahagian A M1 M2 M3 M4 M5 M6 20/20 20/20 20/20 20/20 20/20 20/20 B 6/6 6/6 6/6 6/6 6/6 6/6 C 6/6 6/6 6/6 6/6 6/6 6/6 D 0/6 1/6 3/6 6/6 6/6 6/6 E 0/6 0/6 0/6 6/6 6/6 6/6 Jumlah 32/44 33/44 35/44 44/44 44/44 44/44

Subjek

Pemerhatian Jadual 2 Keputusan pemerhatian Subjek kajian M1 M2 / M3 / M4 / M5 / M6 /

Bil

Aspek diperhatikan

1.

Murid boleh membaca soalan matematik Murid tahu susunan dalam bentuk lazim Murid meletakkan nombor sa di bawah selari dengan nombor sa di atas Murid meletakkan nombor puluh di bawah selari dengan nombor puluh di atas Murid memberikan jawapan yang betul

2.

3.

4.

5.

Petunjuk: (/) = murid tahu dan boleh lakukan Tindakan Menangani Masalah

5.3

Kajian tindakan ini mempunyai dua kitaran. Sebelum melakukan intervensi pertama, pengkaji telah melakukan ujian pra. Pada kitaran pertama, murid- murid menggunakan petak berwarna yang mempunyai warna sejuk sahaja iaitu warna hijau dan warna biru. Apabila didapati bahawa pencapaian murid tidak seperti yang diharapkan, pengkaji melakukan penambahbaikan dengan menggabungkan warna sejuk dan warna panas. Pengkaji menggantikan warna biru kepada warna merah tetapi tetap mengekalkan warna hijau. Setelah tamat intervensi bagi kedua- dua kitaran, pengkaji menjalankan pula ujian pasca untuk melihat tahap pencapaian murid- murid. Selain ujian, pengkaji juga melakukan pemerhatian terhadap subjek kajian bagi melihat cara mereka menjawab.

5.4

Keputusan Kajian

1. Analisis Ujian Perbandingan peratusan ujian pra dan pasca Subjek M1 M2 M3 Ujian pra (%) 0 0 0 Ujian pasca (%) 70 50 30

5.5

Rumusan Kajian

Berdasarkan keputusan ujian pra dan ujian pasca, pengkaji mendapati terdapatnya peningkatan dalam pencapaian murid- murid setelah dijalankan intervensi. Semasa ujian pra, kesemua subjek kajian didapati gagal dalam ujian di mana mereka langsung tidak dapat menjawab soalan. Setelah dijalankan intervensi, berlakunya peningkatan terhadap pencapaian mereka dimana M1 meningkat sebanyak 70 %, M2 50 % dan M3 30 %. Ini menunjukkan bahawa penggunakan petak berwarna dapat meningkatkan kemahiran murid- murid melengkapkan operasi tambah dalam bentuk lazim. 5.6 Refleksi

Selama empat minggu, pengkaji telah berjaya menjalankan intervensi bagi meningkatkan kemahiran melengkapkan operasi tambah dalam bentuk lazim. Kaedah ini terbukti dapat membantu murid- murid dan dapat menarik perhatian murid- murid. Murid- murid tertarik dengan petak berwarna mudah alih serta gabungan dua warna. Di samping itu, penggunaan arna juga dapat meningkatkan ingatan murid- murid. Kesimpulannya, secara keseluruhan kajian ini dapat meningkatkan hasil pembelajaran di dalam kelas, meningkatkan motivasi murid- murid serta memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran guru.

6.0 CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA Berdasarkan kajian ini, pengkaji mendapati terdapatnya peningkatan dalam pencapaian murid- murid setelah menggunakan petak berwarna. Antara cadangan kajian yang akan datang ialah: I II Pada kajian yang akan datang, pengkaji bercadang untuk menggunakan petak berwarna dalam bentuk ICT agar dapat menarik perhatian murid Penggunaan digit nombor yang lebih besar iaitu seperti ratus dan ribu.

RUJUKAN Choong Lean Keow PhD. (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor, Malaysia: Budiman Sdn Bhd. Kumpulan Lumpur. Alam

Jamila K.A Mohammed (2005), Pendidikan Khas untuk kanak- kanak istimewa. Kuala PTS Profesional. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Belajar. Selangor, Malaysia: Oxford Fajar.

Dr Ismail Hj Raduan, P. S (2012). Seminar Penyelidikan Tindakan Pelajar Pismp Ambilan Januari 2009 Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Rosinah Edinin (2012). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan . Kuala Lumpur: Horizons sdn bhd. Mook Soon Sang (2009). Perkembangan Kanak- kanak. Selangor: Penerbitan Bhd. Freemind Sdn

Multimedia

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel (2009). Perkembangan Kanak- kanak. Kuala Lumpur: Budiman Sdn Bhd. Ramlah Hamzah, Lily Mastura Harun, Phd (2005). Kemahiran Belajar. Kuala Lumpur: Budiman Sdn Bhd.

Kumpulan Kumpulan

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MELIPAT BAJU DALAM KALANGAN MURID BERKEPERLUAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN MELALUI KAEDAH MASTERTRASI Oleh MOHD ASYRAF BIN ALIAS & NORIJAH BINTI MOHAMED ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran melipat baju dalam kalangan murid berkeperluan khas masalah pembelajaran menggunakan kaedah Mastertrasi. Seramai 2 orang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Responden kajian terdiri daripada murid lembam, autisme dan sindrom down. Kaedah Mastertrasi merupakan gabungan kaedah pembelajaran masteri dan demonstrasi. Berdasarkan tinjauan menggunakan pemerhatian yang telah dibuat, didapati murid tidak menguasai kemahiran melipat baju semasa pengajaran subjek Pengurusan Diri. Justeru itu, pengkaji menjalankan intervensi melipat baju menggunakan kaedah demonstrasi yang disertakan dengan kad gambar sebagai analisa tugasan. Pengkaji menggunakan senarai semak pembelajaran masteri bagi memastikan setiap langkah melipat baju perlu dikuasai oleh responden. Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual sebagai perolehan data. Hasil daripada senarai semak menunjukkan peningkatan kemahiran melipat baju dari sebelum kajian dan selepas kajian oleh responden kajian. Dapatan ini menunjukkan suatu indikasi yang baik tentang penggunaan kaedah Mastertrasi semasa pengajaran dan pembelajaran kemahiran. Kata kunci : Kaedah Mastertrasi, Kemahiran melipat baju 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Saya telah menjalankan fasa praktikal selama tiga bulan di sebuah sekolah di Selangor dan mengajar subjek Kemahiran Manipulatif. Subjek ini menjurus kepada aspek pengurusan diri, koordinasi mata dengan tangan, psikomotor halus dan kasar. Semasa pengajaran dan pembelajaran yang bertajuk Mari Mengenal Baju saya mendapati terdapat murid yang tidak mengetahui cara melipat baju. Masalah ini yang berkaitan dengan aspek pengurusan diri dan koordinasi mata dengan tangan perlu diatasi kerana kemahiran ini merupakan antara kemahiran asas dalam kehidupan seharian. 2.0 FOKUS KAJIAN Fokus dalam kajian ini ialah mengkaji sejauh mana keberkesanan kaedah Mastertrasi dalam meningkatkan kemahiran melipat baju murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Kriteria pemilihan fokus kajian antaranya ialah : Kebolehtadbiran Pengkaji mendapati teknik Mastertrasi ini dapat dilaksanakan terhadap para responden yang dipilih dan berpendapat kajian ini akan dapat berjalan dengan lancar kerana guru-guru lain sudah sedia maklum tentang kajian ini. Pengkaji juga berkebolehan dalam mengumpul data menggunakan kaedah senarai semak dan temu bual. Pengkaji yakin para responden akan dapat meningkatkan kemahiran melipat baju selepas intervensi dijalankan. Kajian ini dapat dilaksanakan dengan kerjasama responden memandangkan responden adalah murid yang diajar oleh pengkaji. Kepentingan Kajian ini penting bagi meningkatkan kemahiran melipat baju kerana merupakan kemahiran asas dalam pengurusan diri. Kajian ini juga adalah untuk murid menguasai setiap langkah dalam proses melipat baju dengan menggunakan teknik Mastertrasi. Sekiranya kemahiran melipat ini tidak ditingkatkan, tidak lengkaplah asas kemahiran diri murid dalam mengurus diri mereka. Hasil pembelajaran juga tidak dapat dicapai secara holistik. Justeru, fokus kajian ini adalah penting untuk diberi penekanan.

Kebolehgunaan Hasil kajian dapat membantu murid meningkatkan kemahiran melipat baju yang menjadikan murid dapat menguruskan diri dengan lebih baik. Hasil kajian ini juga akan membantu individu tertentu seperti ibu murid dalam urusan seharian di rumah mahu pun di mana-mana. Dari aspek kaedah Mastertrasi yang digunakan pula, kaedah ini boleh digunakan oleh semua guru tanpa mengira mata pelajaran yang diajar, kos yang diperlukan dan jantina murid atau guru selagi tajuk yang diajar bersesuaian dengan penggunaan kaedah ini. Selain itu juga, kaedah ini boleh digunakan pada kajian masa hadapan dalam pelbagai pengajaran kemahiran pada kumpulan sasaran yang berbeza. Kawalan Kajian dilakukan dalam skop yang kecil iaitu meningkatkan kemahiran melipat baju. Kaedah Mastertrasi amat mudah untuk dilaksanakan bergantung kepada tajuk pengajaran dan mempunyai banyak manfaat kepada guru. Kaedah ini juga bersifat fleksibel yang boleh dijalankankan bersesuaian dengan tahap dan kebolehan murid. Pengkaji tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk melaksanakan kaedah ini dan amat mudah diaplikasikan sewaktu pengajaran. Pengkaji tidak memerlukan masa yang lama untuk melaksanakan kaedah ini kerana kaedah ini mengamalkan langkah-langkah mudah untuk melipat baju. Murid juga mudah memahami perkara yang diinginkan oleh guru dalam setiap langkah melipat baju kerana murid melihat tunjuk cara yang ditunjukkan oleh guru dan setiap langkah yang murid lakukan akan dipantau oleh guru sehingga murid menguasai sesuatu langkah tersebut. Masa intervensi juga tidak menjadi masalah kepada pengkaji kerana guruguru lain telah sedia maklum tentang kajian ini dan memberikan kerjasama yang baik. Kolaboratif Usaha kolaboratif dengan pelbagai pihak akan dijalankan oleh pengkaji untuk menjalankan kajian ini. Pada pertemuan pertama dengan pentadbir sekolah, pengkaji akan memaklumkan bahawa pengkaji akan menjalankan kajian ini ke atas murid-murid Pendidikan Khas yang terpilih. Pengkaji juga kerap berbincang dengan guru kelas, guru mata pelajaran, guru Penolong Kanan Pendidikan Khas dan guru-guru lain-lain bagi meminta pendapat tentang para responden dan untuk langkah penambahbaikan. Semasa sesi intervensi dijalankan juga, pengkaji akan menjemput guru berkaitan untuk memerhatikan murid melaksanakan aktiviti intervensi dan memberi maklum balas kepada pengkaji. Pengkaji turut akan berkolaboratif dengan rakan sejawat sepanjang kajian ini dijalankan. Kerelevanan kepada sekolah Pengkaji merasakan bahawa kaedah gabungan antara dua kaedah iaitu pembelajaran misteri dan demonstrasi yang menghasilkan kaedah Mastertrasi adalah amat relevan kepada guru-guru dan seterusnya sekolah. Penulisan tentang kaedah ini juga boleh dijadikan rujukan kepada guru-guru lain. Menurut John Tschohl, Steve Franzmeier (2000), penulisan sama ada dalam bentuk buku atau pun carta akan memudahkan guru-guru untuk merujuk. Kaedah yang digunakan akan dapat membantu meningkatkan pencapaian murid, guru dan sekolah tidak kira dalam apa jua mata pelajaran. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN 3.1 Objektif umum Kajian ini adalah bertujuan meningkatkan kemahiran murid melipat baju menggunakan kaedah Mastertrasi.

3.2 Objektif khusus i. ii. iii. iv. Membolehkan murid meningkatkan kemahiran melipat baju menggunakan kaedah Mastertrasi. Memastikan murid boleh menunjukkan dan menamakan setiap bahagian baju. Memastikan responden dapat menguasai setiap langkah melipat baju. Membantu responden melipat baju dengan cara yang betul dan kemas.

4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini dijalankan terhadap tiga orang murid khas bermasalah pembelajaran yang diajar oleh pengkaji. Pemilihan murid sebagai responden kajian adalah berdasarkan tahap kemahiran melipat baju murid. Berikut merupakan kumpulan sasaran dalam kajian ini :

Murid

Kategori

Umur (tahun)

Jantina

Kemahiran membaca

Kemahiran menulis

Masalah tingkah laku Cakap berseorangan Ekolalia

A B C

Lembam Autisme Sindrom down

10 9 10

Lelaki Lelaki Perempuan

Tidak boleh Tidak boleh Tidak boleh

Boleh menulis Lemah Lemah

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN Pengkaji telah melaksanakan model penyelidikan tindakan yang telah diasaskan oleh Kurt Lewin. Model ini menekankan empat peringkat dalam sesebuah kitaran iaitu refleksi, perancangan, tindakan dan pemerhatian. Pengkaji telah menjalankan satu kitaran dalam kajian ini kerana kajian ini berkaitan dengan kemahiran. Sesi intervensi dijalankan pada hari Isnin dan Khamis dalam setiap minggu. Intervensi dijalankan selama empat minggu. 5.1 Cara pengumpulan data/maklumat Sepanjang kajian ini dijalankan, pengkaji telah memilih dua jenis instrumen pengumpulan data. Instrumen yang digunakan ialah senarai semak dan temu bual. Senarai semak Pengkaji telah menggunakan pemerhatian iaitu senarai semak. Menurut Rosinah Edinin (2012), pemerhatian merupakan suatu aktiviti pengumpulan data dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji menggunakan senarai semak setiap kali sesi intervensi dijalankan. Senarai semak mengandungi langkah-langkah melipat baju yang perlu dilakukan oleh responden dan skor pencapaian bagi setiap langkah melipat baju. Pengkaji mengambil skor yang tertinggi bagi setiap minggu untuk dibandingkan dengan minggu-minggu seterusnya bagi melihat perkembangan yang berlaku. Temu bual Pengkaji telah menggunakan temu bual separa struktur dalam kajian ini. Soalan-soalan telah disediakan sebelum sesi temu bual dijalankan dan pengkaji turut memberi soalan-soalan tambahan iaitu soalan spontan bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut. Temu bual dijalankan terhadap guru subjek Pengurusan Diri yang mengikuti proses intervensi dijalankan terhadap responden kajian. Temu bual dijalankan sebelum, semasa dan selepas kajian dijalankan.

5.2 Analisis tinjauan masalah Pengkaji mendapati kemahiran melipat baju tidak dikuasai oleh beberapa orang murid yang diajar oleh pengkaji. Murid-murid yang tidak menguasai kemahiran ini dipilih sebagai responden kajian seperti yang dinyatakan dalam kumpulan sasaran. 5.3 Tindakan menangani masalah Hari / Masa Isnin / Sebelum & selepas rehat Sesi 2 Melipat baju Sesi 1 Mengenal bahagian baju Sesi

Khamis / Sebelum & selepas rehat

Sesi 1 Mengenal bahagian baju

Sesi 2 Melipat baju

5.4 Keputusan kajian

Rajah di atas menunjukkan skor yang dicapai oleh ketiga-tiga responden bagi sesi intervensi minggu pertama. Pada minggu pertama, ketiga-tiga responden mencapai skor minimum iaitu 3 dalam setiap langkah melipat baju. Ini bermakna para responden mencapai tahap sederhana bagi minggu pertama ini.

Rajah di atas menunjukkan pencapaian yang diperolehi oleh responden A, B dan C. Selepas sesi intervensi selama empat minggu, ketiga-tiga responden didapati dapat meningkatkan kemahiran melipat baju. Temu bual Hasil tembu bual bersama dengan guru mata pelajaran PD, guru tersebut menyatakan keyakinan terhadap kaedah Mastertrasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutama sekali pengajaran kemahiran kepada murid-murid berkeperluan khas. Guru ini telah memerhatikan perkembangan responden A, B dan C dari sebelum, semasa dan selepas kajian. Beliau menyatakan keberkesanan kaedah ini membuktikan kaedah pengajaran demonstrasi dan pembelajaran masteri amat sesuai diamalkan oleh para guru sama ada mengajar murid normal mahu pun murid berkeperluan khas. 5.5 Rumusan kajian Dapatan kajian menunjukkan kaedah Mastertrasi ini berjaya meningkatkan kemahiran melipat baju murid khas berkeperluan khas. Instrumen pertama iaitu senarai semak menunjukkan pencapaian responden kajian yang meningkat setiap minggu. Instrumen temu bual juga menunjukkan guru PD memberi respon positif dan keyakinan terhadap kaedah Mastertrasi dapat meningkatkan kemahiran melipat baju. 5.6 Refleksi Intervensi yang dijalankan oleh pengkaji menunjukkan keputusan yang positif dalam meningkatkan kemahiran melipat baju responden kajian. Dapat dirumuskan bahawa objektif kajian dapat dicapai dan pengkaji berasa berpuas hati dengan dapatan kajian yang menjawab persoalan kajian. 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Pengkaji mencadangkan untuk kajian selanjutnya kepelbagaian bahan iaitu seluar, saiz baju dan jenis baju yang berlainan boleh digunakan. Menggabungjalin dengan kaedah yang menyeronokkan seperti nyanyian juga boleh digunakan. RUJUKAN John Tschohl, Steve Franzmeier (2000). Achieving Excellence Through Customer Service. Prentice Hall Trade. Rosinah Edinin (2012). Penyelidikan Tindakan : Kaedah Dan Penulisan. Ed. Ke-2. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PRATULISAN MURID LEMBAM MELALUI AKTIVITI MENYAMBUNG DARI SATU TITIK KE SATU TITIK HINGGA MEMBENTUK RAJAH DENGAN MENGGUNAKAN PEMBARIS SERBAGUNA Oleh : MOHD FAIZ BIN JAMALUDIN & AZHAR BIN MD SABIL (Ph.D) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan tahap partulisan murid bermasalah pembelajaran melalui aktiviti menyambung dari satu titik ke titik yang lain sehingga menjadi rajah menggunakan pembaris serbaguna. Subjek kajian yang telah dipilih ialah 2 orang murid. Tinjauan awal telah dijalankan melalui ujian pos, temubual bersama guru kelas dan juga guru matapelajaran Bahasa Melayu bagi kelas tersebut. Hasil tinjauan awal mendapati bahawa kedua-dua subjek ini mempunyai masalah pratulisan yang telah dibenalpasti melalui sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Namun begitu, kedua-dua subjek kajian ini dilihat dapat memberikan sepenuh fokus dalam aktiviti yang tidak menlibatkan penulisan. Justeru, pengkaji telah menetapkan objektif kajian yang perlu dicapai iaitu meningkatkan peguasaan pratulisan terhadap subjek kajian yang terpilih melalui aktiviti menyambung titik menggunakan pembaris serbaguna. Pengkaji telah menjalankan 2 kitaran dan setiap 1 kitaran melibatkan 2 aktiviti intervensi. Data telah dikumpulkan melalui Ujian Pos, Ujian Pasca, Temubual serta pemerhatian yang telah dijalankan. Rumusan dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan subjek kajian melalui peratusan peningkatan daripada ujian yang telah dijalankan iaitu sebanyak 60%. Selain itu, subjek kajian juga dilihat lebih fokus semasa menjalankan aktiviti dalam kelas. Bagi kajian masa hadapan, kajian boleh diteruskan dengan menjalankan intervensi melalui aktiviti menyambung titik mengunakan gambar yang lebih menarik serta mengkaji kewujudan faktor lain seperti masalah tumpuan, masalah kesihatan dan sebagainya.

1.0 PENDAHULUAN Berdasarkan pengalaman pengkaji menjalani praktikum selama tiga bulan di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur, pengkaji mendapati bahawa kebanyakan murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran di sekolah ini terutama kelas keempat iaitu kelas Cerdas mengalami masalah dalam kemahiran menulis. Terdapat tiga peringkat dalam kemahiran menulis ini iaitu peringkat pratulisan, mendirikan asas dan pelahiran. Pengkaji mendapati bahawa antara ketiga- tiga kemahiran ini, murid mempunyai masalah pada peringkat pratulisan dimana subjek tersebut tidak dapat menyambung titiktitik yang merupakan salah satu aktiviti yang terdapat dalam kemahiran pratulisan. Umum mengetahui bahawa peringkat pratulisan adalah sangat penting bagi seseorang murid kerana peringkat ini merupakan peringkat asas sebelum murid beralih ke peringkat seterusnya. Sekiranya murid tidak dapat melepasi peringkat ini, murid berkenaan akan menghadapi masalah yang lebih serius pada peringkat seterusnya. Pengkaji dapat mengesan subjek mempunyai masalah dalam pratulisan apabila pengkaji melakukan ujian diagnostik terhadap subjek berkenaan. Ujian diagnostik telah dilakukan oleh pengkaji supaya dapat mengenalpasti masalah dan tahap yang dikuasai oleh subjek dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sebelum pengkaji mengajar mata pelajaran berkenaan. Pengkaji berpendapat bahawa masalah ini dapat diatasi sekiranya penumpuan lebih diberikan ke atas salah satu aktiviti yang terdapat dalam kemahiran pratulisan iaitu menyambung dari satu titik ke satu titik hingga membentuk rajah. Aktiviti ini memang tidak asing lagi dan sering digunakan sebagai intervensi untuk meningkatkan kemahiran pratulisan murid- murid. Namun, subjek akan cepat berasa bosan dan putus asa sekiranya terpaksa berulang kali memadam dan membetulkan kesalahan yang dilakukan sehingga merosakkan kertas tersebut. Oleh itu, terdetik dalam fikiran pengkaji untuk menggunakan suatu alat yang dapat membantu meningkatkan motivasi subjek sekaligus dapat meningkatkan kemahiran pratulisan murid.

2.0 FOKUS KAJIAN 2.1 Isu Kajian Pengkaji telah menjalankan pemerhatian dan temubual pada subjek kajian serta kepada guru kelas serta guru subjek bahasa melayu. Pengkaji telah menjalankan ujian diagnostik yang dibina dan ia juga banyak berfokuskan kepada aktiviti pratulisan seperti menyambung dari satu titik ke satu titik hingga membentuk rajah. Apabila disemak, pengkaji mendapati terdapat dua orang subjek yang tidak dapat menyambung titik dengan sempurna dan tidak menepati skala kelengkapan yang ditetapkan. Berdasarkan keputusan ujian diagnostik ini, pengkaji merasakan kedua- dua orang subjek ini perlu dibantu supaya masalah yang dihadapi tidak bertambah serius. Sekiranya masalah ini tidak ditangani, subjek berkemungkinan akan mengalami masalah emosi dimana subjek akan hilang keyakinan diri sekaligus bertindak pasif dan sukar melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pengkaji berminat untuk menjalankan intervensi ke atas dua orang subjek tersebut dimana intervensi yang diberikan adalah berfokuskan kepada aktiviti menyambung satu titik ke satu titik hingga membentuk rajah. Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti dalam peringkat pratulisan. Aktiviti ini dipilih kerana ia dapat meningkatkan kemahiran psikomotor serta tahap koordinasi mata dan tangan subjek tersebut.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN i. Objektif umum Meningkatkan kemahiran pratulisan murid lembam melalui aktiviti menyambung satu titik ke satu titik hingga membentuk rajah dengan menggunakan pembaris serbaguna. ii. Objektif khusus Mengenalpasti tahap penguasaan subjek dalam kemahiran pratulisan melalui aktiviti menyambung dari satu titik ke satu titik hingga membentuk rajah. Membantu subjek meningkatkan kemahiran pratulisan melalui aktiviti menyambung dari satu titik ke satu titik hingga membentuk rajah.

4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini telah melibatkan dua orang murid dari kelas masalah pembelajaran dari kelas cerdas. Subjek yang dipilih adalah terdiri daripada seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan berumur 9 dan 10 tahun. Pengkaji menamakan murid-murid ini sebagai Subjek A dan Subjek B. Cara pemilihan subjek kajian ini adalah melalui hasil tinjauan awal yang telah dibuat. Di samping itu, pengkaji telah memohon kebenaran daripada penyelaras pendidikan khas, guru kelas dan guru mata pelajaran Bahasa Melayu berkenaan dengan pemilihan subjek kajian.

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN Dalam kajian ini, pengkaji bercadang menggunakan Model Lingkaran Stephen Kemmis. Melalui model ini, menunjukkan kitar-kitar dalam kajian tindakan yang mana setiap kitar mempunyai 4 bahagian iaitu rancangan, tindakan, pemerhatian dan juga refleksi. Bahagian-bahagian ini kemudian diulang dengan perancangan hasil ulangkaji dan tindakan yang seterusnya

5.1 Cara Mengumpul Data Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah triagulasi untuk mengumpul data. Antaranya ialah melalui pemerhatian, ujian dan temu bual.

Pemerhatian- Pengkaji menjalankan pemerhatian sebanyak dua kali ke atas subjek kajian iaitu sebelum dan selepas intervensi. Instrumen yang digunakan ialah Borang Senarai Semak. Ujian- Terdapat dua ujian yang dijalankan iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca. Temu bual- Menjalankan temu bual bersama guru mata pelajaran dan guru kelas. Instrumen yang digunakan ialah Borang Penilaian.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah Berdasarkan tinjauan yang dibuat, pengkaji telah mendapat maklumat yang lebih terperinci mengenai masalah kemahiran pratulisan dalam kalangan murid kelas ini. Bagi kaedah pertama iaitu melalui temu bual, pengkaji telah menjalankan temu bual berstruktur bersama guru mata pelajaran Bahasa Melayu. Dalam temu bual ini, beliau menyatakan bahawa dua daripada empat murid kelas ini mempunyai masalah dalam kemahiran pratulisan. Hal ini telah disahkan dalam borang penilaian yang telah diisi sendiri oleh beliau. Kaedah tinjauan seterusnya ialah melalui analisis dokumen di mana pengkaji telah menyemak hasil kerja murid dari fail yang disimpan oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu serta menjalankan ujian diagnostic terhadap murid kelas tersebut. Pengkaji telah mengambil gred markah daripada hasil ujian diagnostik. Hasil daripada tinjauan ini telah dijadikan rujukan dan bukti mengenai masalah pratulisan yang dihadapi oleh murid dari kelas ini. Tindakan selanjutnya akan diambil bagi meneruskan kajian kemahiran pratulisan terhadap murid ini.

5.3 Tindakan Menangani Masalah Kitaran 1 i. Perancangan Mengenal pasti masalah utama murid. Menyediakan kaedah menyambung titik menggunakan pembaris serbaguna. ii. Tindakan Menjalankan pada waktu pengajaran. Menjalankan ujian Pra dan Pasca. iii. Pemerhatian Pemerhatian terhadap cara subjek kajian menyambung titik dan membuat perbandingan antara Ujian Pra dan Pasca yang dijalankan. iv. Refleksi Kekuatan: Aktiviti menyambung titik dapat menarik minat subjek kajian. Kelemahan: Subjek kajian kurang faham cara penggunaan pembaris serbaguna.

Kitaran 2 i. Perancangan Membuat penambahbaikan dari aspek prosedur pelaksanaan intervensi. Tindakan Penambahan prosedur demonstrasi dalam kitaran kedua. Pemerhatian Pemerhatian terhadap cara subjek kajian menyambung titik dan membuat perbandingan antara ujian Pra dan Pasca yang dijalankan. Refleksi Kekuatan: Penambahan langkah demonstrasi dapat memberi kefahaman kepada subjek kajian. Kelemahan: Aspek peruntukan masa. Penambahbaikan: Penambahan peruntukan masa yang lebih teratur dan sistematik.

5.4 Keputusan Kajian Berpandukan graf di bawah, pengkaji telah membuat rumusan bahawa subjek A dan subjek B menunjukkan peningkatan pada ujian pasca berbanding ujian pra. Peningkatan ini disebabkan oleh intervensi yang telah diberikan oleh pengkaji semasa melaksanakan kitaran pertama dan kitaran kedua. Subjek A dan subjek B dapat menguasai kemahiran pratulisan dengan lebih baik selapas dua intervensi dijalankan oleh pengkaji. Pengkaji juga telah membina graf tentang peningkatan dan perbezaan peratus markah ujian pra dengan ujian pasca yang telah dijalankan oleh pengkaji.

Rajah 1. Graf peratusan peningkatan subjek A dan subjek B

5.5 Rumusan Kajian Dapatan daripada instrukmen yang telah dijalankanoleh pengkaji, guru kelas dan guru mata pelajaran memberikan maklumbalas dan hasil dapatan yang positif kerana subjek A dan subjek B menunjukkan perubahan dalam kemahiran pratulisan serta lebih baik daripada sebelum diberikan intervensi oleh pengkaji. Kesimpulan penggunaan pembaris serbaguna ini telah banyak memberi impak yang positif dalam kemahiran pratulisan subjek A dan subjek B.

5.6 Refleksi Kajian Kajian ini telah memberikan dan membekalkan pelbagai pengetahuan serta pengalaman kepada pengkaji terutamanya dalam penggunaan pembaris serbaguna dalam kemahiran pratulisan. Intervensi yang telah diberikan melalui kajian ini banyak membantu subjek A dan subjek B dalam menguasai kemahiran pratulisan. Melalui kajian ini juga, pengkaji dapat menjelaskan bahawa penggunaan pembaris serbaguna dapat menarik minat serta perhatian murid untuk mengikuti intervensi yang telah dijalankan oleh pengkaji dalam kitaran pertama dan kitaran kedua.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Merancang sesuatu lebih awal dan tersusun. Mengunakan video atau rakaman. Memberikan peneguhan yang positif kepada subjek kajian yang berjaya.

RUJUKAN Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan : Konsep dan Amalan Dalam Pengajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd : Puchong

Alis Bin Puteh. (2009). Kajian Tindakan Di Sekolah, Satu Pengenalan. Penerbitan Seri Kota : Shah Alam

Mok Soon Sang. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan, Perancangan Dan Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd : Ipoh

Rosimah Edinin. (2011). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Freemind Horizon : Kuala Lumpur

PENGGUNAAN TEKNIK 1 PENSEL 1 JARAK DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJARAK RUANG ANTARA PERKATAAN DALAM PENULISAN BAHASA MELAYU MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN (LEMBAM) Oleh MOHD FAIZZUDIN FIRDAUS BIN JAAFAR & NORANI BINTI ABD RAHIM

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran menjarakkan perkataan dalam penulisan Bahasa Melayu dengan menggunakan teknik 1 PENSEL 1 JARAK dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran kategori lembam. Seramai dua orang subjek kajian dari kelas 9. Keduadua subjek kajian adalah terdiri daripada murid lelaki berbangsa Melayu dan India yang mempunyai masalah dalam menulis. Dapatan tinjauan awal mendapati kedua-dua subjek kajian kerap melakukan kesalahan iaitu tidak menjarakkan perkataan dalam penulisan ayat Bahasa Melayu menyebabkan hasil penulisan mereka sukar untuk dibaca. Oleh itu subjek kajian diperkenalkan dengan teknik 1 PENSEL 1 JARAK bagi meningkatkan kemahiran menjarakkan perkataan di dalam penulisan Bahasa Melayu. Data dikumpul melalui pemerhatian berstruktur, pemerhatian tidak bertsruktur, analisis dokumen, ujian pra dan ujian pos. hasil analisis data mendapati bahawa kesemua subjek kajian menunjukkan peningkatan skor yang memberangsangkan dalam ujian pos berbanding ujian pra. Skor yang diperolehi oleh subjek kajian dalam ujian pos ialah 90% dan 100% berbanding ujian pra iaitu 27% dan 39%. Keputusan kajian menunjukkan bahawa teknik 1 PENSEL 1 JARAK sangat berkesan dalam mebantu murid lembam meningkatkan kemahiran menulis. Hasil kajian ini, pengkaji mencadangkan pada kajian seterusnya penggunaan teknik 1PENSEL 1 JARAK ini dapat dijalankan bagi murid syndrom down. Kata Kunci : 1 PENSEL1 JARAK, Kemahiran Menjarak Perkataan, Lembam, Latih Tubi

1.0 PENDAHULUAN Pendidikan Khas merupakan program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid berkeperluan khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknik yang bersesuaian dengan subjek kajian-subjek kajian khas. Ini termasuk menggunakan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran subjek kajian-subjek kajian khas. Pengkaji telah memetik satu kenyataan yang terdapat di dalam hasil penulisan Nurmasyeeda binti Salleh (2009) yang memetik kenyataan Hallahan dan Kauffman (2006) yang telah mendefinisikan Pendidikan Khas sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Masalah bahasa seringkali dialami oleh subjek kajian-subjek kajian di peringkat sekolah rendah, terutamanya dalam kalangan murid berkeperluan khas. Antara masalah bahasa yang dialami ialah masalah membaca, masalah bertutur dan juga masalah menulis. Menurut Atan Long (1982), salah satu aspek yang patut diambil berat ialah dari segi penulisan di mana ramai murid di sekolah rendah pada masa ini tidak dapat menguasai kemahiran menulis. Murid-murid berkeperluan khas,khususnya murid-murid yang bermasalah Lembam mempunyai daya penakkulan yang sangat lemah. Mereka memerlukan kaedah yang pembelajaran yang berkesan dan lebih berbentuk maujud agar murid mendapatkan pemahaman yang lebih konkrit dan jelas.

2.0 FOKUS KAJIAN Masalah penulisan merupakan suatu masalah yang serius dan boleh membantutkan pembelajaran subjek kajian. Antara ciri-ciri yang melayakkan seorang murid untuk menguasai kemahiran Bahasa Melayu ke tahap tertinggi ialah mempunyai kemahiran menulis yang baik. Masalah yang dialami oleh kedua-dua subjek kajian iaitu tidak jarak antara perkataan merupakan satu masalah yang amat penting untuk diselasaikan. Kajian ini menfokuskan penggunaan sebatang pensel dalam membantu subjek kajian menjarakkan ruang antara perkataan. Kajian ini juga melibatkan beberapa aktiviti latih tubi dalam sesi intervensi. Pengkaji menggunakan sebatang pensel dalam perlaksanaan kajian ini ialah kerana pensel merupakan satu alat tulis yang sentiasa ada berdekatan subjek kajian semasa belajar. Penggunaannya pula adalah ringkas dan sesuai dipelajari oleh murid-murid berkeperluan khas. Latih tubi mengikut aras dan masa tertentu yang telah ditetapkan oleh pengkaji adalah bertujuan untuk memahatkan ingatan murid tentang kepentingan dan kegunaan ruang antara perkataan dan memastikan mereka menjarak dengan jarak yang sesuai. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian adalah satu target atau fokus kepada perkara yang ingin dihasilkan. Di dalam kajian ini, pengkaji telah menetapkan dua jenis objektif kajian iaitu Objektif Umum dan Objektif Khusus. 3.1Objektif Umum Menggunakan teknik 1 PENSEL 1 JARAK dalam meningkatkan kemahiran menjarak ruang antara perkataan dalam penulisan Bahasa Melayu murid lembam. 3.2 Objektif Khusus Menggunakan pensel sebagai lambang kepada jarak antara perkataan. Mengekalkan ingatan murid terhadap pemahaman kegunaan terhadap kegunaan ruang antara perkataan melalui aktiviti latih tubi. 4.0 KUMPULAN SASARAN Pengkaji memilih dua orang murid iaitu Subjek Kajian A dan Subjek Kajian B sebagai kumpulan sasaran kajian ini. Rasional pemilihan kumpulan sasaran ini adalah disokong oleh keputusan tinjauan awal yang telah dijalankan oleh pengkaji. kedua-dua subjek kajian merupakan murid yang berprestasi sederhana di dalam kelasnya. Kedua murid yang pandai membaca ini mempunyai masalah dalam menjarak perkataan dan menyebabkan tulisannya sukar untuk dibaca. Subjek Kajian A berbangsa India dan Subjek Kajian B berbangsa Melayu. Masing-masing berumur 9 dan 10 tahun. 5.0 PERLAKSANAAN TINDAKAN. Pengkaji telah menggunakan model Kemmis & McTeggart dalam perancangan kajian ini. Beberapa perkara untuk dibincangkan di dalam Perlaksanaan Tindakan iaitu: 5.1 Cara pengumpulan data Pengkaji menyediakan Ujian Pra, Penilaian dan Pos. Bagi ujian Pra dan Pos, soalan yang disediakan adalah sama bagi menilai prestasi murid diawal dan akhir kajian ini. Ujian pencapaian dibuat selepas tamat Kitaran Kajian 1. Ujian ini adalah untuk mengukur tahap pemerolehan kemahiran pada sesi Kitaran Kajian 1 dan sebagai penentu perancangan Kitaran Kajian yang ke seterusnya. Pengkaji juga membuat pemerhatian tidak berstruktur ke atas lembaran kerja yang dihasilkan, poster badan subjek kajian semasa menulis, cara memegang pensel dan masa yang diambil oleh mereka untuk menyiapkan suatu aktiviti. Temubual juga dijalankan oleh pengkaji untuk memperolehi respon subjek kajian terhadap penggunaan teknik 1 PENSEL 1 JARAK dalam membantu menyelesaikan masalah penulisan mereka. Keputusan yang pengkaji perolehi melalui ketiga tiga instrumen ini akan dirumuskan sebagai refleksi bagi setiap kitaran kajian. Melalui refleksi yang dibuat, kelebihan, kelemahan dan penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap kitaran kajian dapat diperolehi.

5.2 Cara menganalisis data. Pengkaji menjalankan ujian bertulis. Skor murid bergantung kepada jarak antara perkataan yang berjaya dihasilkan oleh subjek kajian. Markah dipungut dikira dalam bentuk peratus. Keputusan ketiga-tiga ujian ini dirumuskan dalam bentuk graf. Daripada graf ini, pergerakan pencapaian murid akan dapat dilihat. Pemerhatian tidak berstruktur pula dijalankan bagi melihat perubahan yang berlaku terhadap tulisan, perlakuan subjek kajian dan masa yang diambil untuk mereka menyiapkan sesuatu aktiviti. Keputusan pemerhatian ini digunakan untuk membuat kesimpulan tentang tahap keyakinan dan penerimaan mereka terhadap penggunaan teknik 1 PENSEL 1 JARAK. Melalui temubual, pengkaji mengajukan beberapa soalan yang telah dibina terlebih dahulu. Daripada jawapan temubual ini, pengkaji akan dapat membuat tentang tahap keyakinan dan penerimaan mereka terhadap penggunaan teknik 1 PENSEL 1 JARAK

6.0 HASIL KAJIAN Hasil kajian ialah keputusan yang telah diperolehi oleh pengkaji setelah pengkaji melaksanakan keseluruhan kajian. 6.1 Keputusan Ujian.

PERBEZA A N PENCA PA I A N U JI A N PRA DA N U JI A N PENI LA I A N SU B JEK KA JI A N A DA N SU B JEK KA JI A N B


UJIAN PRA
48
27

UJIAN PENILAIAN
39
55
100 39

MUR I D A

MUR I D B

Terdapat peningkatan diantara pencapaian kedua-dua subjek kajian dalam Ujian Pra dan Ujian Pencapaian. Ini menunjukkan intervensi yang dijalankan oleh pengkaji telah membuahkan hasil. Namun pencapaian yang ditunjukkan tidak memuaskan hati pengkaji. Oleh itu, Kitaran Kajian 2 dijalankan.

PER B EZA A N PENCA PA I A N A NTA R A U JI A N PR A DA N U JI A N POS


Ujian Pra Ujian Pos

27

MURI D A

90

MURI D B

Perbezaan pencapaian Ujian Pra dan Pos menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan. Keputusan Ujian Pos yang telah dijalankan diakhir Kitaran Kajian 2 telah menyakinkan pengkaji bahawa Kajian yang telah dijalankan telah berjaya mencapai objektif kajian. 6.2 Keputusan Pemerhatian Tidak Berstruktur Telah menunjukkan perubahan tingkah laku dan hasil penulisan subjek kajian. Bermula dengan tulisan yang tidak mempunyai jarak, akhirnya subjek kajian berjaya menulis dengan jarak yang sesuai. Subjek kajian kelihatan lebih yakin untuk menulis dan mengambil masa yang singkat untuk menyiapkan penulisan mereka. 6.3 Keputusan Temu Bual. Pada akhir kajian, murid telah memberikan jawapan yang positif dan memberi respon yang memperakui bahawa penggunaan teknik 1 PENSEL 1 JARAK telah dapat membantu mereka menulis dengan jarak antara perkataan yang sesuai. Berbanding dengan hasil temubual yang pengkaji jalankan semasa tinjauan awal di mana subjek kajian langsung tidak mempunyai keyakinan dan pengetahuan terhadap kegunaan jarak antara perkataan. 7.0 RUMUSAN Secara keseluruhan, hasil dapatan yang telah dianalisis menunjukkan berlakunya peningkatan dalam kemahiran menjarakkan perkataan dalam penulisan subjek kajian setelah pengkaji memperkenalkan teknik 1 PENSEL 1 JARAK dalam kajian ini. Aktiviti latih tubi yang dijalankan telah berjaya memberikan satu pemahaman dan persepsi baru kepada subjek kajian tentang kegunaan jarak Antara perkataan. Persepsi yang ada memastikan ingatan subjek kajian terhadap pemahaman mereka. Hasil analisis yang diperolehi melalui tiga instrument kajian yang dilaksanakan telah berjaya menjawab persoalan persoalan kajian yang telah diwujudkan oleh pengkaji ke atas kajian ini. Sebagai kesimpulannya, kajian ini telah berjaya meningkatkan kemahiran menjarakkan perkataan dalam penulisan Bahasa Melayu subjek kajian. 8.0 CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA Untuk kajian yang akan datang, pengkaji berhasrat untuk mengaplikasikan teknik 1 PENSEL 1 JARAK ke atas murid-murid berkeperluan khas bermasalah sindrom down. Oleh kerana murid sindrom down mempunyai keupayaan yang lebih terhad, pengkaji akan merendahkan level kesukaran ujian dan kandungan intervensi. 9.0 RUJUKAN Atan Long (1982), Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Normasheeda Binti Salleh (2009), Penggunaan Sebatang Pensel Dalam Membantu Murid Pemulihan Menjarakkan Ruang Antara Perkataan. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms 203-215 Syarmina Binti Ellias ( 2009), Penggunaan Jari Untuk Menjarakkan Perkataan Dalam Tulisan . Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms 216-230

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGUASAAN NOMBOR 6 HINGGA 9 MENGGUNAKAN KAEDAH KAD NOMBOR MULTISENSORY BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN Oleh : MOHAMAD NAZIRUL AFIQ BIN OMAR & SUZITA BT BAKI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penguasaan nombor 6 hingga 9 menggunakan kaedah kad nombor Multisensory terhadap empat orang murid bermasalah pembelajaran kelas K4. Hal ini demikian kerana pengkaji mendapati empat orang murid kelas tersebut tidak boleh mengecam dan menulis nombor 6 hingga sembilan dengan betul semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Matematik. Tinjauan awal dilakukan melalui pemerhatian berstruktur menggunakan instrumen soal selidik dan ujian diagnostik. Objektif bagi kajian ini ialah murid boleh mengecam nombor yang disebut oleh guru dan menulis nombor yang diminta oleh guru dengan betul. Dalam kajian ini pengkaji telah menjalankan empat sesi intervensi bagi satu kitaran dengan menggunakan kaedah Kad Nombor Multisensori. Data kajian diperolehi melalui ujian pra dan pos, temu bual yang dibuat terhadap guru mata pelajaran Matematik dan senarai semak berdasarkan pemerhatian yang dibuat di akhir setiap intervensi. Hasil dapatan daripada data yang diperolehi, mendapati bahawa kaedah kad Nombor Multisensory dapat membantu murid untuk meningkatkan kemahiran penguasaan nombor 6 hingga 9 kerana murid telah menunjukan peningkatan dalam kemahiran yang diuji selepas menjalani sesi intervensi.

1.0 PENDAHULUAN Murid bermasalah pembelajaran didefinisikan sebagai individu yang mengalami masalah yang menggangu proses pembelajaran dan telah disahkan oleh pakar klinikal. Masalah yang dihadapi boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian murid dalam kebolehan-kebolehan fizikal, intelek, emosi, dan sosial (Thirugnana, 2007). Murid bermasalah pembelajaran mempunyai perbezaan individu yang ketara. Perbezaan individu memberikan kesan yang besar terhadap kepelbagaian tingkah laku dalam bilik darjah.Dalam usaha untuk memastikan setiap murid menerima arahan dengan baik, gaya pengajaran guru haruslah padan dengan minat dan perbezaan setiap dari mereka. Adalah penting untuk setiap guru memahami teori kecerdasan pelbagai yang diutarakan oleh Howard Gardner untuk memenuhi keperluan murid yang berbagai. Pemahaman teori kecerdasan pelbagai adalah penting terutama kepada yang mengajar murid pendidikan khas yang mempunyai perbezaan yang berbagai. Apakah kaitan teori kecerdasan pelbagai dengan pembelajaran matematik oleh murid bermasalah pembelajaran? Menurut Willis and Johnson (2001) , untuk memberi kefahaman yang mendalam tentang konsep matematik ia perlu melalui pelbagai cara penyampaian yang akan membolehkan murid belajar matematik dengan lebih berjaya dan menyeronokan. Ia juga membolehkan murid memahami matematik dari pelbagai sumber berdasarkan kekuatan unik mereka. Antara masalah yang dihadapi oleh murid bermasalah pembelajaran tentang matematik adalah penguasaan asas numerikal yang merupakan konsep asas matematik. Robinson (2002) menyatakan kesukaran untuk memahami konsep kesedaran numerikal akan memberi masalah kepada murid untuk menguasai asas dalam matematik iaitu kemahiran mengecam dan menulis. Menguasai kemahiran matematik adalah satu perkara asas bagi setiap murid. Matematik adalah sangat penting dalam kehidupan seharian. Semua perkara melibatkan penggunaan kemahiran matematik seperti urusan jual beli, perancangan masa dan juga perbelanjaan harian.Berdasarkan apa yang ditekankan dalam kurikulum pendidikan Malaysia yang mahu murid menguasai kemahiran mengira selain dua kemahiran asas bahasa iaitu membaca dan menulis. Ketiga kemahiran ini menjadi komponen yang asas dan utama.

Kegagalan murid menguasai kemahiran asas matematik akan memberi implikasi negatif kepada kehidupan mereka. Mereka tidak akan berupaya merancang kewangan dan masa tanpa kemahiran asas matematik. Kenyataan yang sama turut disentuh dalam Modul Kurikulum Matematik Pendidikan Rendah yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (2011) yang menyatakan Matematik melatih akal kita supaya berfikir secara rasional dan logik. Pengetahuan dalam matematik sesungguhnya memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan kita. Sebagai contoh, kita tidak akan berupaya menyelaras perbelanjaan atau kewangan kita secara sistematik tanpa pengetahuan matematik.Oleh itu, Matematik sangat penting untuk dipelajari oleh murid bermasalah pembelajaran.

2.0 FOKUS KAJIAN Kajian ini berfokus kepada kaedah kad nombor Multisensory untuk menyelesaikan masalah penguasaan nombor yang dihadapi oleh murid-murid bermasalah pembelajaran dalam mata pelajaran Matematik. Kajian ini memberi fokus utama dalam membantu murid-murid masalah pembelajaran dalam penguasaan nombor 6 hingga 9 dengan menggunakan kaedah kad nombor Multisensory.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif Umum

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid bermasalah pembelajaran mengenal nombor bulat 6 hingga 9 dengan menggunakan kaedah kad nombor Multisensory.

Objektif Khusus Secara khususnya, kajian ini dijalankan adalah untuk mencapai objektif berikut: i. ii. Murid dapat mengecam bentuk nombor dalam lingkungan 6-9 dengan betul Murid dapat menulis nombor dalam lingkungan 6-9 dengan betul apabila disebut oleh guru.

4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 4 orang murid dari Kelas K4 yang menghadapi masalah pembelajaran yang berbeza-beza. Mereka terdiri daripada tiga orang murid perempuan dan seorang orang murid lelaki. 3 orang subjek terdiri daripada murid lembam dan seorang autisma.

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN Kitaran 1 Dalam kitaran 1, pengkaji telah memfokuskan kajian terhadap penggunaan kaedah kad nombor Multisensory yang melibatkan penggunaan kepelbagaian deria pada satu-satu masa untuk membolehkan murid bermasalah pembelajaran menguasai nombor 6-9. Dalam intervensi yang dijalankan pengkaji telah menggunakan satu set kad nombor Multisensory untuk membantu subjek kajian menguasai nombor 6-9.

Perancangan Pengkaji telah menetapkan masa 30 minit bagi setiap sesi. Frekuensi kekerapan sesi dijalankan pula adalah sebanyak dua kali seminggu selama dua minggu. Bermakna pada kitaran 1, pengkaji akan menjalankan sebanyak empat sesi ke atas subjek. Rasional pengkaji menjalankan sebanyak empat sesi adalah pada minggu pertama pengkaji mahu memperkenalkan set kad nombor Multisensory kepada pelajar dan membiasakan mereka dengan sentuhan, manakala sesi kedua dan ketiga adalah untuk pemulihan dan latihan manakala sesi terakhir adalah untuk tujuan penilaian terhadap intervensi. Ini adalah bagi memastikan subjek mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh pengkaji. Tindakan Sebelum menjalankan intervensi ke atas subjek, pengkaji telah menjalankan ujian pra ke atas mereka untuk mengetahui aras pengetahuan mereka dengan tepat. Skop ujian pra adalah soalan berkaitan penguasaan nombor 6 hingga 9. Terdapat tiga bahagian kemahiran yang diuji di dalam ujian pra tersebut. Setelah data dianalisis barulah pengkaji memulakan intervensi ke atas subjek dengan kekerapan empat sesi selama dua minggu. Setiap sesi dijalankan selama 30 minit. Prosedur pelaksanaan intervensi : i. ii. iii. iv. Pengkaji memperkenalkan kad nombor Multisensory kepada subjek kajian Pengaji mengedarkan kad kepad subjek untuk cuba menyentuh kad dan menyoal apa yang mereka rasa melalui sentuhan Pengkaji menerangkan permukaan yang disentuh adalah bentuk nombor yang akan dipelajari Pengkaji melakukan demonstrasi sentuhan mengikut bentuk nombor berpandukan titik-titik timbul menggunakan kad nombor sambil menerangkan setiap nombor diwakili oleh bilangan titik-titik timbul yang mereka rasa (setiap nombor mempunyai bilangan titik-titik yang berlain:seperti dalam rajah di bawah) Pengkaji mengedarkan kembali kad nombor Multisensory kepada subjek untuk aplikasi kendiri dengan bimbingan pengkaji. Subjek mengikut bentuk nombor berpandukan kepada titik-titik timbul yang terdapat pada permukaan nombor tersebut Pengkaji kemudian melakukan demonstrasi sentuhan mengikut bentuk nombor berpandukan titik-titik timbul sambil menyebut bunyi nombor tersebut dengan pengulangan sebanyak tiga kali diikuti dengan sebutan subjek Pengkaji meminta subjek melakukan aplikasi kendiri sebutan nombor serentak bersama sentuhan bentuk nombor dengan bimbingan. Subjek kemudian diminta untuk menulis nombor tersebut di atas kertas berpandukan kad nombor Multisensory yang diletakan di hadapan sebagai bahan bantuan visual Prosedur diulang menggunakan nombor yang berlainan

v.

vi.

vii. viii. ix.

Pemerhatian Sepanjang masa tindakan dijalankan, pengkaji telah menjalankan pemerhatian dengan tujuan untuk mengenal pasti sebarang perubahan yang berlaku sebelum dan selepas intervensi. Pengkaji telah menjalankan pemerhatian berstruktur menggunakan borang senarai semak, . Refleksi Berdasarkan kajian tindakan kitaran pertama ini didapati bahawa penggunaan bahan kad nombor Multisensory yang bersifat konkrit dan melibatkan penggunaan lebih daripada satu deria membantu subjek kajian memahami konsep nombor dan seterusnya meningkatkan penguasaan nombor mereka. Walau bagaimanapun, melalui pemerhatian yang dibuat, subjek mula merasa bosan setelah beberapa ketika intervensi dijalankan. Hal ini mungkin berlaku kerana mereka terpaksa menunggu giliran untuk mendapatkan kad nombor Multisensory. Oleh yang demikian, pengkaji seharusnya melengkapkan setiap subjek kajian dengan kad nombor Multisensory yang tersendiri. Kitaran 2 Pengkaji telah menjalankan kitaran kedua bagi memastikan subjek kajian yang menunjukan prestasi yang kurang memuaskan pada kitaran pertama dapat menguasai nombor dengan lebih efektif.

Perancangan Pengkaji telah menambahkan bilangan set kad nombor Multisensory daripada satu set sahaja kepada setiap subjek kajian. Dengan adanya set kad nombor Multisensory pada setiap subjek mereka akan lebih fokus dan tidak akan berasa bosan akibat menunggu giliran untuk menggunakan kad tersebut. Frekuensi intervensi masih lagi sama seperti yang dijalankan pada kitaran pertama. Tindakan Pengkaji menjalankan kitaran kedua ini dengan penambahbaikan dari segi penyediaan bahan bantu kad nombor Multisensory untuk memastikan mereka tidak menunggu lama untuk giliran masingmasing dan cepat berasa bosan. Pemerhatian Selepas proses intervensi dilaksanakan, didapati bahawa terdapat perubahan dari penambahbaikan yang dijalankan. Subjek kajian juga dilihat lebih fokus dan tidak bosan akibat dari menunggu giliran untuk mendapatkan kad nombor Multisensory. Selain itu, dengan menyediakan setiap subjek dengan satu set kad nombor Multisensory, membolehkan mereka memahami konsep nombor dengan lebih baik disebabkan subjek mempunyai lebih interaksi dengan bahan tersebut. Refleksi Berdasarkan kitaran kajian kedua ini, pengkaji dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam kajian ini. Dari segi kekuatan, didapati bahawa penggunaan bahan konkrit yang melibatkan pelbagai deria dalam penguasaan konsep nombor lebih effektif berbanding penggunaan kad imbas biasa. Hal ini kerana, subjek dapat melihat, menyebut dan menyentuh objek tanpa perlu membayangkannya. 6.0 KEPUTUSAN KAJIAN UJIAN

.Rajah 1 : Perbandingan Skor Ujian Pra dan Pasca PEMERHATIAN

Rajah 2 : Perbandingan Keputusan Pemerhatian 1 dan Pemerhatian 2

7.0 RUMUSAN KAJIAN Berdasarkan dapatan kajian, pengkaji telah mendapati bahawa intervensi yang telah dijalankan dengan menggunalan kad nombor Multisensory berkesan dalam meningkatkan penguasaan nombor bagi murid bermasalah pembelajaran. Melalui penggunaan kaedah kad nombor Multisensory, pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa subjek kajian lebih mudah memahami pengajaran konsep nombor. Mereka juga dapat membina pemahaman secara lebih kukuh dan tidak hanya seemata-mata secara hafalan sahaja. Selain itu, kaedah kad nombor Multisensory juga dapat meningkatkan minat dan fokus murid mempelajari subjek matematik. Berdasarkan keputusan temubual yang dijalankan bersama guru matematik sebelum kitaran intervensi dijalankan, menunjukan bahawa ada sebahagian murid kurang fokus dan memberikan respon dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhanya, guru perlu lebih menggunakan kaedah yang dapat memberi rangsangan secara menyeluruh kepada murid dalam pengajaran dan pembelajaran supaya murid dapat lebih memahami dengan lebih kukuh sesuatu topik yang diajar. Hal ini kerana, pembelajaran secara aktif yang melibatkan keseluruhan deria akan membantu meningkatkan motivasi murid untuk belajar dan membantu mereka menguasai setiap tajuk yang dipelajari.

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Secara keseluruhanya kajian ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Namun, terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi menambahbaik kajian ini jika kajian seumpama ini dijalankan pada masa hadapan. Antaranya ialah dengan penambahan masa intervensi, aplikasi pada subjek lain dan juga penambahan unsur permainan.

RUJUKAN Bullock, J., Pierce, S., & McClellan, L. (1996). TOUCH MATH. Colorado Springs: Innovative Learning Concepts. Chow Fook Meng & Jaizah mahamud (2011). Kajian tindakan: Konsep & Amalan dalam pengajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Chow Fook Meng, Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan: Konsep Dan Amalan Dalam Pengajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd Mohd Majid Konting (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mokhtar Ismail. (2009). Pentaksiran Pendidikan Edisi Kedua. Kuala lumpur, Dewan Bahasa dan pustaka. Piaget, J. (1958). The growth of logical thinking from childhood to adolescence; an essay on the construction of formal operational structures. New York: Basic Books .

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL KONSONAN B, D, P DAN Q MURID DISLEKSIA TAHUN 3 AL BURUJ DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH PERMAINAN Oleh: MUHAMMAD RAZIN BIN ALI KHAN & NORLIZA BINTI ABDUL MAJID (Ph.D), MOHAMAD ZAKARIA BIN MAT KHAZANI (Ph.D) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mengenal huruf konsonan b, d, p dan q dalam kalangan murid Disleksia dengan menggunakan Kaedah Permainan. Seramai 2 orang murid Disleksia kelas 3 Al Buruj dipilih untuk terlibat di dalam kajian ini. Tinjuan awal mendapati murid sukar membezakan dan menamakan huruf yang hampir sama terutamanya huruf b, d, p dan q. Melalui ujian diagnostik, pengkaji telah mendapati tahap murid dalam mengenal huruf b, d p dan q adalah pada tahap yang lemah. Data dalam kajian ini telah dikumpul menggunakan ujian pra, ujian pasca, pemerhatian dan analisis dokumen. Sebanyak dua kitaran telah dijalankan dengan menggunakan 3 jenis permainan iaitu permainan Ketingting Huruf, Bakul Huruf dan Bola Bertuah sebagai intervensi. Hasil dapatan kajian telah membuktikan bahawa penggunaan Kaedah Permainan dapat meningkatkan kemahiran mengenal konsonan b, d, p dan q murid Disleksia. Secara keseluruhannya, pengkaji berpuas hati dengan kajian yang dijalankan. Namun begitu, kajian ini boleh diteruskan dengan menggunakan jumlah subjek kajian yang lebih ramai dan bagi mata pelajaran yang berbeza. Kata kunci : kaedah permainan, mengenal huruf konsonan, Disleksia

1.0 PENDAHULUAN Semasa menjalani praktikum, pengkaji telah menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam subjek Bahasa Melayu di Kelas 3 Al Buruj. Berdasarkan pemerhatian, pengkaji mendapati bahawa beberapa murid mengalami masalah tidak dapat mengenal beberapa huruf yang hampir sama seperti b, d, p dan q. Masalah ini telah menyukarkan murid tersebut untuk membaca dengan betul. Permasalahan ini dilihat wujud pada murid kategori disleksia. Menurut Sheila Devaraj dan Samsilah Roslan (2006), kanak-kanak disleksia menghadapi masalah dalam mengingati bentuk huruf, bunyi huruf serta gabungan perkataan seperti huruf b dan d, dan perkataan yang hampir serupa ejaannya. Kesan daripada masalah tidak mengenal huruf hampir sama seperti b, d, p dan q telah menyebabkan murid menjadi pasif ketika belajar. Tambahan pula, rakan-rakan lain sering mentertawakan mereka apabila mereka melakukan kesalahan. Sedikit sebanyak perkara ini akan menjejaskan motivasi murid tersebut untuk belajar. Oleh yang demikian, pengkaji telah mengambil inisiatif untuk membantu murid tersebut mengurangkan kekeliruan di antara huruf b, d, p dan q. Pada mulanya, pengkaji telah menggunakan kaedah pratulisan iaitu menulis di atas pasir tetapi tidak berjaya. Hasil daripada perbincangan dan pembacaan, pengkaji telah mendapat idea untuk membantu meningkatkan kemahiran mengenal huruf konsonan b, d, p dan q murid tersebut dengan menggunakan kaedah permainan. Hal yang demikian kerana murid dilihat akan bergerak aktif apabila melakukan aktiviti permainan. Kanak-kanak akan memperoleh pembelajaran yang paling berkesan sekiranya mereka mempelajari sesuatu sesuai dengan minat, tujuan dan faedah mereka (Musa Daia, 1992). Menyedari akan perkara tersebut, pengkaji berhasrat untuk mengubah strategi pengajaran dengan melakukan aktiviti permainan. Permainan merupakan satu cara melatih murid mengingat dan merupakan satu teknik yang baik untuk menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis.

2.0 FOKUS KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mengenal konsonan b, d, p dan q murid Disleksia dengan menggunakan kaedah permainan. Huruf konsonan tersebut dipilih kerana murid dilihat sukar membezakan huruf yang hampir sama bentuk seperti huruf kecil b, d, u, n, p dan q. Justeru itu, kaedah permainan diaplikasikan oleh pengkaji untuk mengatasi masalah. Masalah mengenal huruf sebegini dalam kalangan murid-murid berkeperluan khas telah lama berlaku terutamanyan murid Disleksia. Pengkaji memilih untuk menumpukan pada mengenal huruf kecil b, d, p dan q dalam pelaksanaan intervensi kepada murid kerana kekeliruan mengenal huruf tersebut sering berlaku ketika pengkaji menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas Tahun 3 Al Buruj. Kaedah yang digunakan oleh pengkaji ialah kaedah permainan. Pengkaji tidak menggunakan kaedah pembelajaran tradisional kerana kaedah ini tidak dapat membantu murid mengenal huruf untuk jangka masa yang panjang. Pembelajaran melalui permainan dapat menarik minat murid untuk bergerak aktif ketika belajar. Jika strategi pembelajaran ini dipraktikkan di dalam kelas, murid akan lebih bermotivasi untuk melibatkan diri di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P).

3.0 OBJEKTIF KAJIAN i. Objektif Umum : Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengenal konsonan b, d, p dan q muridmurid disleksia Tahun 3 Al Buruj dengan menggunakan kaedah permainan. Objektif Khusus : a) Murid-murid Disleksia dapat meningkatkan kemahiran mengenal konsonan b, d, p dan q dengan menggunakan kaedah permainan. b) Murid-murid Disleksia dapat mengurangkan kekerapan melakukan kesalahan mengenal konsonan b, d, p dan q.

ii.

4.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran yang dipilih bagi menjalankan kajian ini adalah terdiri daripada murid-murid PPKI Tahun 3 Al Buruj yang berumur 9 dan 11 tahun yang mempunyai masalah Disleksia di sebuah sekolah di daerah Hulu Selangor. Murid-murid yang pilih adalah murid lelaki berbangsa Melayu dan dilabelkan sebagai subjek kajian X dan Y. Murid-murid ini dipilih adalah berdasarkan tinjauan awal yang dijalankan ketika pengajaran dan pembelajaran dalam subjek Bahasa Melayu. Rasional pemilihan murid-murid ini adalah berdasarkan pencapaian skor mereka yang rendah di dalam ujian Diagnostik serta didapati mempunyai masalah untuk mengenal konsonan hampir sama iaitu b, d p dan q.

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN Pengkaji menggunakan Model Penyelidikan Tindakan Stephen Kemmis dalam pelaksanaan penyelidikan tindakan ini. Model Stephen Kemmis terdiri daripada 4 peringkat iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. (Rosinah Edinin, 2012). Model ini boleh dilaksanakan secara berulang-ulang sehingga masalah yang dihadapi dapat diselesaikan sepenuhnya. Pengkaji telah menjalankan dua kitaran ke atas subjek. Hal ini kerana, berdasarkan ujian pencapaian yang telah dijalankan selepas kitaran pertama menunjukkan subjek masih tidak mendapat keputusan yang memberangsangkan.

5.1 Cara Pengumpulan Data Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah triangulasi untuk mengumpul data. Antaranya ialah melalui ujian, pemerhatian dan analisis dokumen.

Ujian - terdapat dua jenis ujian yang dijalankan iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca. Pemerhatian - pengkaji menjalankan pemerhatian semasa sesi permainan dijalankan pada setiap sesi intervensi. Instrumen yang digunakan ialah Borang Senarai Semak. Analisis dokumen - berbentuk lembaran kerja yang diberi setiap kali selepas tamat sesuatu sesi permainan dijalankan.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah Berdasarkan tinjauan yang dibuat, pengkaji telah mendapat maklumat yang lebih terperinci mengenai masalah kemahiran mengenal konsonan b, d, p dan q. Bagi kaedah pertama iaitu melalui temu bual, pengkaji telah menjalankan temu bual tidak berstruktur bersama guru tetap mata pelajaran Bahasa Melayu kelas 3 Al Buruj. Dalam temu bual ini, beliau menyatakan bahawa terdapat dua orang murid mempunyai masalah mengenal huruf yang ketara di kelas tersebut. Kaedah tinjauan seterusnya ialah melalui ujian diagnostik. Melalui ujian ini, pengkaji mengenalpasti dua orang murid yang paling lemah dalam kalangan murid lain di kelas Tahun 3 Al Buruj berdasarkan pencapaian mereka. Perbezaan yang begitu ketara dapat dilihat daripada murid yang lain di mana murid tersebut mempunyai pencapaian markah yang sangat rendah berbanding murid yang lain. Kebanyakkan kesalahan-kesalahan yang dilakukan adalah melibatkan huruf yang hampir sama iaitu konsonan b, d, p dan q. Hasil daripada tinjauan ini telah dijadikan rujukan dan bukti mengenai masalah yang dihadapi oleh murid dari kelas ini. Tindakan selanjutnya akan diambil bagi meneruskan kajian kemahiran menggunting ini.

5.3 Tindakan Menangani Masalah Jadual 1: Tindakan di Kitaran 1 & 2 Kitaran 1 Perancangan Menyediakan 3 jenis permainan iaitu Ketingting Huruf, Bakul Huruf dan Bola Bertuah. Tempoh masa setiap permainan ialah selama 30 minit. Permainan dimainkan berpandukan langkah bermain Mok Soon Sang (2008). Tindakan Menjalankan sesi intervensi yang pertama dengan aktiviti permainan seperti yang dirancangkan. Lembaran kerja diedarkan setiap kali selesai bermain. Pemerhatian Pemerhatian dilakukan sepanjang intervensi dijalankan dengan menggunakan borang senarai semak. Refleksi Kekuatan : murid seronok dan bergiat aktif dalam P&P Kelemahan : murid cepat bosan sebab menunggu giliran untuk bermain Penambahbaikan : menyediakan peralatan yang cukup untuk setiap subjek kajian

Kitaran 2 Perancangan Mengubah cara bermain untuk menambah kesukaran dan melakukan penambahbaikan yang telah dikenal pasti semasa kitaran 1

Tindakan Aktiviti intervensi dilakukan seperti sesi yang pertama dengan mengaplikasikan perubahanperubahan yang dirancang. Lembaran kerja diedarkan setiap kali selesai bermain. Pemerhatian Pemerhatian dilakukan sepanjang intervensi dijalankan dengan menggunakan borang senarai semak. Refleksi Kekuatan: murid sudah berjaya menggunakan aktiviti permainan bagi membantu meningkatkan kemahiran mengenal huruf b, d, p dan q.

5.4 Keputusan Kajian Setelah melaksanakan 2 kitaran intervensi, pengkaji telah membuat rumusan hasil dapatan data menggunakan jadual dan graf. Berikut ialah hasil dapatan data yang pengkaji telah peroleh : Jadual 2: Jumlah Markah yang Diperolehi Subjek Kajian dalam Ujian Pra. Subjek Bahagian Jumlah Peratusan Kajian A B (20) (%) X Y 2 4 5 5 7 9 35 45

Gred Pencapaian E D

Jadual 3: Jumlah Markah yang Diperolehi Subjek Kajian dalam Ujian Pasca. Subjek Bahagian Jumlah Peratusan Kajian A B (20) (%) X Y 6 8 7 8 13 16 65 80

Gred Pencapaian B A

Rajah 1: Perbezaan Peratusan Markah Subjek Kajian bagi Ujian Pra dan Pasca. Berdasarkan rajah 3 di atas, dapat dilihat peningkatan yang dicapai oleh subjek kajian X di antara ujian pra dan pasca sebanyak 30%. Subjek kajian ini mendapat peratusan markah pada ujian pra sebanyak 35% manakala pada ujian pasca pula sebanyak 65%. Subjek kajian Y pula telah mencapai peratusan markah sebanyak 45% pada ujian pra dan 80% pada ujian pasca. Peningkatan yang dicapai oleh subjek kajian ini ialah sebanyak 35%. Kesimpulannya, kemahiran mengenal konsonan yang hampir sama iaitu b, d, p dan q subjek kajian X dan Y mengalami peningkatan selepas menjalani sesi intervensi. Ia dapat dilihat dengan jelas melalui perbandingan data pada ujian pra dan ujian pasca.

5.5 Rumusan Kajian Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa melalui kaedah permainan, subjek kajian telah berjaya meningkatkan kemahiran mengenal huruf b, d, p dan q dengan begitu memberangsangkan. Ini dapat dilihat melalui perbandingan antara ujian pra dan pasca yang telah dilaksanakan oleh pengkaji sebelum dan selepas intervensi dijalankan.

Murid-murid Disleksia yang dijadikan subjek kajian telah berjaya menggunakan permainan Ketingting Huruf, Bakul Huruf dan Bola Bertuah yang dilaksanakan pada sesi intervensi untuk membantu mereka mengenal huruf dengan betul. Hal ini kerana mereka sentiasa bergerak ketika bermain. Rangsangan daripada pergerakan fizikal ini telah memberi tindak balas positif kepada kognitif seterusnya meningkatkan kemahiran mengenal konsonan b,d, p dan q subjek kajian. Penggunaan kaedah bermain juga memberi kesan yang positif kerana ia menerapkan elemen latih tubi ketika mempelajari sesuatu kemahiran. Latih tubi yang diterapkan dapat membantu mengukuhkan ingatan subjek kajian pada bentuk huruf b, d, p dan q. Selain itu, kaedah permainan juga telah menarik minat subjek kajian untuk fokus ketika belajar. Subjek kajian dilihat berasa seronok untuk melibatkan diri secara aktif apabila kaedah permainan ini diterapkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka.

5.6 Refleksi Kajian Sepanjang menjalankan kajian ini, pengkaji telah mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan baharu yang sangat berguna kepada pengkaji. Walaupun pada awalnya, pengkaji amat tertekan dan mempunyai banyak pandangan yang negatif terhadap kajian ini, namun dengan segala tunjuk ajar dari pensyarah dan sokongan daripada orang sekililing, akhirnya pengkaji telah berjaya menyiapkan kajian dan laporan kajian penyelidikan tindakan ini. Melalui pengalaman ini, pengkaji telah banyak belajar mengenai erti kesabaran dan perlunya usaha yang jitu untuk mendapatkan sesuatu. Pengkaji sangat berasa berbangga dan berpuas hati dengan hasil kerja yang telah disiapkan ini.

6.0 CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA a) Tempoh masa sesi permainan boleh dipanjangkan kepada 45 minit hingga 50 minit untuk setiap sesi bagi memberi peluang kepada subjek kajian bermain dengan lebih lama. Oleh itu, subjek kajian akan melakukan lebih banyak latih tubi seterusnya mengukuhkan ingatan subjek kajian pada huruf konsonan yang diuji. b) Menambah bilangan kekerapan sesi permainan iaitu menjalankan 3 permainan tersebut dengan 2 atau 3 pusingan pada setiap sesi intervensi. Rasionalnya adalah untuk memberi peluang kepada subjek kajian memahami tujuan utama permainan tersebut seterusnya meningkatkan kemahiran mereka dalam mengenal huruf konsonan. c) Subjek kajian boleh ditambah iaitu seramai 4 orang untuk mewujudkan persaingan sesama subjek kajian. Oleh itu, subjek kajian akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menang di dalam permainan dan secara tidak langsung dapat mengukuhkan daya ingatan mereka tentang huruf yang dipelajari. Penambahan bilangan subjek kajian ini juga memberi peluang kepada subjek kajian untuk bekerjasama dan secara tidak langsung meningkatkan perkembangan sosial subjek kajian.

RUJUKAN Mok Soon Sang (2008). Psikologi Pendidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Musa Daia. (1992) . Kaedah dan Teknik Pengajaran. Johor Bahru: Badan Bookstore Sdn. Bhd. Rosinah Ednin (2012). Penyelidikan Tindakan : Kaedah Dan Penulisan Edisi Kedua . Kuala Lumpur: Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Sheila Devaraj dan Samsilah Roslan. (2006). Apa Itu Disleksia?: Panduan Untuk Ibu Bapa Dan Guru. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

MENGENAL HURUF VOKAL DENGAN MENGGUNAKAN STRATEGI PELBAGAI DERIA BAGI MURID SLOW LEARNER Oleh: NIK FAIZ ASYMEER BIN NIK LUKMAN DZUKI & RAHIM BIN TALIB INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengenal huruf vokal dalam kalangan murid Slow Learner dengan menggunakan strategi pelbagai deria. Sejumlah tiga orang murid Pendidikan Khas masalah pembelajaran telah dipilih sebagai subjek kajian. Instrumen yang telah digunakan oleh pengkaji dalam tinjauan awal adalah terdiri daripada pemerhatian dan ujian diagnostik. Data-data bagi kajian ini dikutip melalui sesi pemerhatian, ujian dan analisis dokumen. Hasil dapatan kajian melalui alat pengumpulan data yang telah digunakan menunjukkan strategi pelbagai deria yang digunakan telah berjaya meningkatkan kemahiran murid dalam mengenal huruf vokal. Pada masa hadapan, pengkaji berharap kaedah ini dapat digunakan di dalam matapelajaran lain den sesi intervensi dapat dipanjangkan agar murid dapat menguasai strategi pelbagai ini dengan lebih baik. 1.0 REFLEKSI PENGALAMAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Sepanjang tempoh menjalani sesi latihan mengajar sebanyak tiga fasa, pengkaji telah diarahkan untuk mengajar mata pelajaran major iaitu Bahasa Melayu, Pendidikan Jasmani, dan Kemahiran Hidup bagi kelas Pendidikan Khas. Pelbagai perkara telah pengkaji tempuhi yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah terutama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Lazimnya, murid kelas Pendidikan Khas mengalami masalah dalam menguasai kemahiran asas 3M. Namun masalah yang dialami oleh murid adalah berbeza-beza. Berdasarkan Buku Panduan Am Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (2003), kebolehan setiap murid adalah berbeza-beza sama ada dari segi tingkah laku, pengalaman, bakat dan pengalaman. Sepanjang berada di sekolah kajian, pengkaji mendapati rata-rata murid mengalami masalah dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Hal ini adalah kerana, murid dilihat tidak memberi tumpuan yang sepenuhnya ketika pengkaji mengajar murid mata pelajaran bahasa Melayu dalam bilik darjah. Murid hanya memberi tumpuan dalam tempoh masa yang sangat singkat kemudian murid mula menunjukkan tingkah laku yang negatif seperti bermain dan mengganggu rakan-rakan yang lain. Masalah yang ditunjukkan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang tidak kondusif. Secara tidak langsung akan mengganggu proses penyampaian ilmu dalam bilik darjah. Selain itu, cara pengajaran yang tidak menarik juga menjadi punca Subjek Kajian tidak memberi perhatian.

2.0 FOKUS KAJIAN

Melalui proses pemerhatian semasa sesi P&P dijalankan saya mendapati Subjek Kajian masih lagi tidak mengenal huruf vokal. Antara masalah yang dihadapi oleh Subjek Kajian ialah: Tidak mengenal huruf vokal. Tidak dapat menyebut huruf vokal dengan betul. Tidak dapat menulis huruf vokal dengan betul.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif Umum Membantu Subjek Kajian untuk mengenal huruf vokal dengan menggunakan strategi pelbagai deria. Objektif Khusus Subjek Kajian dapat mengenal bentuk setiap huruf vokal. Subjek Kajian dapat membezakan setiap satu huruf vokal dengan tepat.

Persoalan Kajian Adakah strategi pelbagai deria dalam pengajaran mengenal huruf vokal bagi kanakkanak Slow Learner berkesan? Adakah penggunaan Bahan Bantu Mengajar yang pelbagai dapat membantu meningkatkan perhatian Subjek Kajian semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran?

4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan tiga orang Subjek Kajian Pendidikan Khas dari Unit 4 yang mempunyai masalah yang berbeza. Seorang Subjek Kajian Sindrom Down, seorang Subjek Kajian Slow Learner dan seorang Subjek Kajian lewat perkembangan. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku yang berbeza. Kesemua Subjek Kajian ini bermasalah dalam mengenal huruf vokal. Mereka masih lagi terkeliru dengan bentuk, cara sebutan dan bunyi setiap huruf vokal.

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN 5.1 Cara mengumpulkan data/maklumat Ujian (Ujian Pra dan Ujian Pos) Menurut Rosinah (2011), ujian merupakan alat kajian yang digunakan untuk menentukan pencapaian dan keupayaan Subjek Kajian dalam pembelajarannya. Di sekolah, ujian yang biasa dijalankan ialah ujian pencapaian dan ujian diagnostik. Cohen, Maniioan & Morrison (2000) dalam Rosinah, 2011 mengatakan bahawa item dalam ujian dibina mengikut tujuan, objektif, jenis dan kandungan ujian. Perkara yang paling penting ialah item soalan dbina untuk menjawab persoalan kajian. Dalam kajian ini , pengkaji akan memberikan ujian diagnostik kepada sebelum memulakan kajian bagi melihat kebolehan mereka untuk mengenal huruf vokal. Seterusnya selepas intervensi, ujian pos akan diberikan untuk menilai tahap perkembangan Subjek Kajian sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Pemerhatian Pemerhatian terbahagi kepada dua iaitu permerhatian turut serta dan pemerhatian tidak turut serta. Menurut Gay dan Airasian (2000) dalam Rosinah Edinin (2011), pemerhati tidak terlibat secara langsung dalam pemerhatian tidak turut serta, manakala dalam pemerhatian turut serta, pemerhati terlibat secara langsung dan turut serta dalam situasi yang diperhatikan. Terdapat dua cara mengumpul data menggunakan kaedah pemerhatian iaitu pemerhatian berstruktur dan pemerhatian tidak berstruktur. Senarai semak digunakan dalam pemerhatian berstruktur manakala pemerhatian tidak berstruktur, nota lapangan akan digunakan.

Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan kaedah pemerhatian berstruktur dan segala data akan direkodkan ke dalam jadual senarai semak. Analisis Dokumen Pengkaji juga akan menggunakan kaedah analisis dokumen untuk mengumpul data yang diperlukan. Analisis dokumen dibuat terhadap buku latihan Subjek Kajian dan latihan penilaian yang diberikan. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti perubahan yang berlaku sebelum dan selepas kajian dijalankan.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah Berdasarkan pemerhatian yang telah di buat ke atas respon Subjek Kajian terhadap aktiviti P&P di dalam kelas, pengkaji dapati bahawa Subjek Kajian masih lagi belum mengenali huruf vokal. Subjek Kajian tidak dapat menyebut huruf vokal yang ditunjukkan. Subjek Kajian hanya dapat menyebut huruf tersebut hanya apabila guru memberi bimbingan. Melalui lembaran kerja yang telah pengkaji berikan, pengkaji dapati bahawa Subjek Kajian tidak dapat menulis huruf vokal dengan betul. Contohnya, ada di antara huruf yang ditulis terbalik walaupun terdapat contoh yang telah diberikan. Pada akhir sesi P&P tersebut, Subjek Kajian masih lagi gagal untuk menyebut huruf vokal yang ditunjukkan oleh pengkaji.

5.3 Tinjauan menangani masalah Terdapat dua kitaran dalam kajian ini. Pada kitaran pertama subjek diajara dengan beberapa aktiviti yang melibatkan pelbagai deria. Iaitu: Aktiviti 1 : Kad gambar huruf vokal. Aktiviti 2 : Membentuk huruf dengan menggunakan tanah liat. Aktiviti 3 : Menulis huruf vokal di atas pasir. Pada kitaran kedua pula pengubahsuaian telah dibuat. Tapi masih menggunakan strategi pelbagai deria. Pengubahsuaian dari segi aktiviti telah dilakukan. Iaitu: Aktiviti 1 : Slaid gambar dan suara huruf vokal Aktiviti 2 : Kolaj Aktiviti 3 : Menulis huruf vokal di atas medium yang berbeza.

5.4 keputusan kajian Perbezaan ujian Pasca Kitaran 1 dan Kitaran 2 Subjek Kajian Ujian Pasca Kitaran 1 (%) A B C 41 28 51 Ujian Pasca Kitaran 2 (%) 55 39 60

Rajah 12: Peratusan perbandingan Ujian Pasca Kitaran 1 dan 2 5.5 Rumusan Kajian Secara keseluruhannya , pengkaji mendapati beberapa perubahan telah dialami oleh Subjek Kajian sepanjang kajian dijalankan.Melalui hasil dapatan yang telah diperoleh, pengkaji dapat melihat berlakunya perubahan yang memberansangkan setelah pengkaji mengaplikasikan kaedah STRATEGI PELBAGAI DERIA ini kepada murid-murid bermasalah pembelajaran dalam mengenal huruf vokal. 5.6 Refleksi Setelah murid menjalani intervensi di dalam kedua-dua kitaran kajian ini, terdapat beberapa kekuatan yang dapat pengkaji nyatakan. Pertama ialah peningkatan terhadap kemahiran Subjek Kajian dalam mengenal huruf vokal. Di mana pada Kitaran 1 purata peningkatan yang dialami oleh murid ialah sebanyak 40%. Manakala bagi Kitaran 2 pula sebanyak 51% peningkatan yang dialami oleh murid. Ini membuktikan kajian yang telah dibuat ini telah berjaya.

Kekuatan yang kedua ialah, kerjasama yang telah diberikan oleh murid ketika intervensi dijalankan. Melalui kaedah yang telah dipilih iaitu kaedah strategi pelbagai deria ini, muridmurid menjadi lebih berminat untuk belajar. Murid juga memberi perhatian ketika guru sedang mengajar. Seterusnya semasa aktiviti dijalankan. Dimana murid mengikut setiap arahan yang telah diberikan walaupun terdapat murid yang sedikit tidak faham arahan yang pengkaji telah diberikan. 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Pertama ialah dengan menggunakan strategi pelbagai deria ini di dalam matapelajaran yang lain. Contohnya Matematik dan Bahasa Inggeris. Penggunaan kaedah strategi pelbagai deria ini sangat berkesan untuk membantu bukan sahaja murid Pendidikan Khas, malah murid normal yang lemah juga dapat diajar menggunakan teknik ini. Kedua adalah, penggunaan kaedah strategi pelbagai deria ini perlulah diajar pada peringkat awal. Pendedahan kaedah strategi pelbagai deria ini pada peringkat awal dapat membantu murid-murid untuk memahami sesuatu perkara dengan lebih awal. Pengkaji juga telah meneliti semula kelemahan yang telah dikesan semasa proses kajian. Kelemahan-kelemahan ini perlu ditangani apabila kajian seterusnya dijalankan. Pertama adalah memastikan murid hadir pada setiap intervensi. Ini perlu dilakukan supaya proses intervensi yang telah dirancang dapat diteruskan tanpa ada sebarang gangguan. Pengkaji perlulah menasihatkan penjaga dan murid tersebut supaya selalu hadir ke sekolah. Penjelasan yang jelas perlulah diberikan kepada penjaga mereka supaya mereka dapat memberikan kerjasama dalam memastikan proses kajian ini berjalan dengan lancar. RUJUKAN Abdul Rasid Jamian (2008). Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Muridmurid Sekolah Rendah di Luar Bandar. Malay Language Education Journal. Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan: Konsep & Amalan dalam Pengajaran. PenerbitanMultimedia Sdn. Bhd. Puchong Edgar Dale .(1964). Cone of experience. Diperolehi pada 18 Mac 2013 dari http://www.scribd.com/doc/12807608/Definisi-ABM Eko Budiyono. (2009). Pelaksanaan Pembelajaran Seni Pada Kegiatan Membentuk Melalui Penggunaan Plastisin. Kuala Lumpur: Universiti Malaya

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS HURUF KECIL b, d, DAN p MENGGUNAKAN KAEDAH TIGA GARISAN BERNOMBOR (TGB) DALAM KALANGAN MURID SLOW LEARNER Oleh: NOOR HAFIZAH BINTI HAMID & AMAT TAROP BIN SUMO INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran menulis huruf kecil b, d, dan p menggunakan kaedah Tiga Garisan Bernombor (TGB) dalam kalangan murid Slow Learner. Murid adalah seramai dua orang murid lelaki daripada kelas K6 yang mempunyai masalah dalam menulis huruf kecil b, d, dan p semasa tinjauan awal dijalankan. Oleh itu, murid diperkenalkan dengan kaedah TGB bagi mengurangkan berlakunya kesalahan ketika menulis huruf-huruf tersebut. Data dikumpul melalui pemerhatian berstruktur, analisis dokumen dan ujian. Pemerhatian dengan menggunakan borang senarai semak telah digunakan sebagai instrumen untuk melihat tingkah laku murid semasa intervensi dijalankan. Manakala analisis dokumen digunakan untuk memberikan latih tubi kepada murid. Hasil analisis data mendapati bahawa kesemua murid menunjukkan peningkatan skor yang memberansangkan dalam ujian pra berrbanding dengan ujian pasca. Skor yang diperoleh oleh murid dalam ujian pra ialah 52% manakala dalam ujian pasca ialah 96%. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kaedah TGB sangat berkesan dalam membantu murid Slow Learner meningkatkan kemahiran menulis huruf kecil b, d, dan p. Cadangan pengkaji untuk kajian masa hadapan adalah dengan menggunakan warna-warna lain dalam garisan dan menggantikan huruf seperti g, j dan y. Kata kunci : Kemahiran menulis, latih tubi, Slow learner, kaedah Tiga Garisan Bernombor (TGB) 1.0 PENDAHULUAN Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran literasi yang amat dititikberatkan oleh bidang pendidikan. Kemahiran menulis ialah satu bentuk kemahiran berbahasa dan berkomunikasi yang penting dalam kehidupan manusia (Siti Hajar, 2009). Tambahan itu, kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid. Pengkaji bersetuju dengan pandangan Sassoon (1993) bahawa tulisan tangan merupakan satu kemahiran yang tidak dapat digantikan oleh teknologi moden. Namun begitu, murid-murid sering melakukan kesalahan ketika menulis daripada aspek kesalahan bentuk huruf, jarak antara huruf, tulisan tidak konsisten, tulisan kabur dan mencampurkan huruf besar dan huruf kecil (Abdul Rahim Talib, 2007). Murid dapat menulis huruf, namun begitu tidak menepati ciri-ciri yang sepatutnya dalam bidang pendidikan. Terdapat juga sebilangan murid yang masih lagi tidak mengenali huruf dengan baik dan sering kali keliru untuk menulis huruf yang betul apabila pengkaji menyebutnya. Menurut Alston & Taylor 1987; Tseng & Cermark, 1991; Ziviani & Elkins, 1984 (seperti yang dinyatakan dalam Mariaton Qibtiyah, 1999) faktor yang menyumbang kepada tulisan yang sukar dibaca ialah formasi huruf yang salah dan terbalik, saiz dan tinggi huruf yang tidak konsisten, kecondongan yang pelbagai dan kurang keselarasan dan jarak yang tidak teratur antara perkataan dan huruf. Antara kesalahan yang dilakukan ialah menulis batang huruf b terlebih dahulu tetapi membuat perut b dari bawah ke atas. Ada juga murid yang membuat batang b terlalu pendek. Masalah ini jelas semasa mereka menulis nama sendiri pada lembaran kerja. Sebagai contoh, nama murid ialah Nabila tetapi murid tersebut menulis batang huruf b terlalu pendek sehingga menyebabkan huruf b tersebut kelihatan seperti huruf D besar. Selain itu, terdapat juga murid yang menulis batang huruf d terlalu pendek sehingga kelihatan seolah-olah seperti huruf a kecil. Hal ini menyukarkan pengkaji untuk membaca nama yang telah ditulis pada lembaran kerja. 2.0 FOKUS KAJIAN Fokus kajian ialah kepada dua orang murid Slow Learner yang mempunyai masalah menulis huruf kecil b, d, dan p dengan betul. Kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji adalah untuk meningkatkan kemahiran menulis huruf dengan memberikan keseragaman kepada saiz dan tinggi huruf selain jarak antara huruf supaya mudah dibaca terutama apabila menulis nama sendiri pada lembaran kerja.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN i. Objektif Umum Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis huruf kecil b, d, dan p menggunakan kaedah TGB dalam kalangan murid Slow Learner. Objektif Khusus 1. Murid dapat menulis huruf kecil b, d, dan p mengikut urutan dengan betul menggunakan kaedah TGB. 2. Murid dapat menulis huruf kecil b, d, dan p secara kemas iaitu tidak melebihi garisan dengan menggunakan kaedah TGB.

ii.

4.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran untuk kajian ini ialah dua orang murid Slow Learner di sebuah sekolah rendah di Selayang. Kedua-duanya adalah murid lelaki yang berumur di antara 11 tahun hingga 13 tahun dari kelas K6. Murid-murid ini dijadikan kumpulan sasaran kerana pengkaji mendapati mereka mampu menulis dengan betul dan kemas jika dibimbing dengan menggunakan kaedah TGB. Selain itu, murid yang dipilih ini mempunyai prestasi yang baik semasa pengajaran dan pembelajaran pengkaji di dalam kelas. Selain itu, rekod kedatangan kedua-dua murid juga adalah bagus. Oleh yang demikian, ini dapat mengurangkan kekangan masa kerana pengkaji hanya mempunyai masa yang terhad untuk menjalankan intervensi di dalam kelas. Jadual 1 Profil murid Murid Jantina M1 L M2 L

Kategori Slow Learner Slow Learner

Markah Ujian Diagnostik 15/25 10/25

Rekod Kedatangan Baik Baik

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN 5.1 Cara Mengumpul Data Pengkaji telah menggunakan tiga kaedah mengumpul data semasa menjalankan kajian ini. Tiga kaedah mengumpul data yang digunakan adalah seperti berikut: i. ii. iii. Ujian (Pra/Pasca) Pemerhatian berstruktur Analisis dokumen

Pengkaji telah melaksanakan dua sesi ujian iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca. Ujian Pra telah diberikan sebelum intervensi dilakukan manakala Ujian Pasca pula diberikan selepas semua intervensi dijalankan iaitu setelah pengkaji menggunakan kaedah TGB untuk melihat perubahan yang berlaku kepada murid. Sementara itu. Kaedah pemerhatian berstruktur digunakan untuk melihat tindak balas yang ditunjukkan oleh murid semasa intervensi yang dilaksanakan di dalam kelas. Pengkaji telah membuat pemerhatian ini pada interaksi ketiga dalam setiap kitaran. Kaedah mengumpul data yang terakhir yang digunakan ialah analisis dokumen.Analisis dokumen digunakan semasa tinjauan awal dan juga turut digunakan sepanjang kitaran satu dan kitaran dua. Analisis dokumen ini digunakan bertujuan untuk melihat perkembangan murid setelah diberi intervensi. Lembaran kerja murid disemak dan diteliti setiap kali sesi pengajaran berlangsung.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah Jadual 2 Skor Pemarkahan Ujian Diagnostik Bahagian M1 Markah A B C Jumlah 5/9 3/6 7/10 15/25 M2 Markah 6/9 3/6 1/10 10/25 M3 Markah 5/9 3/6 3/10 10/25 M4 Markah 6/9 3/6 1/10 10/25 M5 Markah 7/9 0/6 2/10 9/25 M6 Markah 3/9 1/6 0/10 4/25

Dalam ujian ini terdapat tiga bahagian soalan yang diuji iaitu bahagian A, bahagian B, dan juga bahagian C. Bahagian A dan Bahagian B murid perlu menulis huruf kecil dan huruf besar di dalam kotak mengikut sebutan guru. Manakala Bahagian C murid perlu menulis huruf di dalam kotak yang mempunyai garis tiga di dalamnya. Didapati bahawa kebanyakan murid memperoleh markah yang kurang daripada lima untuk bahagian C iaitu menulis huruf menggunakan garisan yang telah diberikan. 5.3 Tindakan Menangani Masalah Kitaran 1 Kitaran 2

Model Kemmis dan McTaggart Rajah 1. Tindakan yang Dilaksanakan semasa Kitaran Pertama dan Kedua

5.4 Keputusan Kajian a. Ujian Pra dan Pasca

Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pasca


120 100 96 80 80
60

96

Peratus (%)

52 Kitaran 1 Kitaran 2

40 20 0 M1 Murid M2

Rajah 2. Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pasca b. Pemerhatian berstruktur Jadual 3 Senarai Semak Semasa Intervensi Bil. Item Kitaran pertama

M1 Kitaran kedua Kitaran pertama

M2 Kitaran kedua

2 3 4 5 6 7 8

Murid dapat menulis huruf menggunakan garisan dengan betul. Murid tidak memerlukan bantuan ketika menulis. Murid tidak mempunyai masalah menggunakan kaedah TGB. Murid menggunakan teknik penulisan huruf yang betul. Murid dapat membezakan garisan untuk menulis huruf. Murid yakin dengan huruf yang sudah ditulis. Murid menulis cepat daripada rakan yang lain. Tulisan murid menjadi kemas daripada aspek saiz dan ketinggian menggunakan kaedah TGB. Jumlah

c.

Analisis lembaran kerja


Perbezaan Keputusan Lembaran Kerja 120 100 100 94

Peratus (%)

80

61
60 40 20 0 50

Kitaran 1 Kitaran 2

M1

M2

Rajah 3. Perbezaan keputusan lembaran kerja 5.5 Rumusan Kajian Berdasarkan keputusan kajian yang diperoleh, pengkaji mendapati bahawa kedua-dua persoalan kajian yang telah dinyatakan pada peringkat awal kajian telah terjawab melalui dapatan kajian yang diperoleh. Hasil daripada kesemua kaedah kajian yang digunakan mendapati bahawa kaedah TGB ini menunjukkan keberkesanan dalam meningkatkan kemahiran menulis huruf kecil b, d, dan p dengan betul berbanding sebelum kajian dijalankan. Kaedah TGB yang digunakan pengkaji memberikan impak yang baik bagi membolehkan murid dapat menulis huruf dengan betul. Sejajar dengan Teori Pemprosesan Maklumat oleh Gagne, kemahiran penggunaan dan perkembangan menulis diperoleh melalui proses pembelajaran. 5.6 Refleksi Antara kekuatan kajian ini ialah murid dapat menulis dengan lebih baik berbanding dengan sebelum mendapatkan intervensi. Tulisan yang dihasilkan oleh murid lebih kemas dan konsisten dengan menggunakan kaedah TGB. Selain itu, kaedah ini memberikan kesan positif kepada kemahiran menulis murid dalam jangka masa pendek dan juga masa panjang. Pengkaji juga dapat mewujudkan suasana yang lebih menyeronokkan dan berbeza daripada PdP sebelumnya bersama dengan murid. Di samping itu, pengkaji dapat menghasilkan satu bbm yang mesra murid dan guru iaitu Kad TGB. 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Didapati murid K6 juga menghadapi masalah dalam menulis huruf kecil yang mempunyai ekor seperti huruf g, j, dan y dengan betul dan kemas. Penambahbaikan bagi kajian seterusnya yang boleh dijalankan ialah menggunakan kaedah TGB bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid. Pengkaji juga mencadangkan agar menggunakan warna-warna lain dalam garisan menggantikan nombor di atas kad TGB. Sebagai contoh, setiap garisan diberikan warna-warna yang berbeza seperti warna hijau, oren, merah dan kuning. Di samping itu, dua warna dipilih dan diletakkan secara berselang seli bagi memudahkan murid mengenal pasti garisan yang perlu ditulis. Kepelbagaian warna di dalam bahan bantu mengajar mampu menarik tumpuan murid serta menjadikan bbm tersebut lebih menarik dan cantik selain kegunaannya untuk memudahkan pemahaman murid mengenai sesuatu kemahiran. Selain itu, pemahaman konsep mengenai warna dapat ditingkatkan dalam kalangan murid. RUJUKAN Siti Hajar Hj Abd. Aziz. (2009). Penguasaan Kemahiran Menulis. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT MURID SLOW LEARNER TERHADAP PROSES KITARAN HUJAN MENGGUNAKAN KAEDAH NYANYIAN Oleh : NOR ATIKAH BINTI SIDI HAMAT & MOHD SABRINORDIN B. MOHD YUSOFF INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mengingat murid slow learner terhadap proses kitaran hujan menggunakan kaedah nyanyian. Kumpulan sasaran dalam kajian ini terdiri daripada 3 orang murid dari Kelas Amanah yang mempunyai masalah slow learner. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah yang terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Fokus kajian ialah subjek kajian dapat memahami dan mengingati proses kitaran hujan dengan menggunakan kaedah nyanyian. Intervensi kajian menggunakan kaedah nyanyian pada kitaran 1 kemudian digabungkan dengan video animasi pada kitaran 2. Data utama diperolehi daripada ujian pra dan ujian pasca, seterusnya ditriangulasikan melalui pemerhatian menggunakan senarai semak dan temu bual subjek kajian. Hasil analisis data mendapati bahawa ketiga-tiga subjek kajian menunjukkan peningkatan ingatan subjek kajian terhadap proses kitaran hujan. Keputusan kajian menunjukkan penggunaan kaedah nyanyian berkesan dalam membantu murid mengingati proses kitaran hujan.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Semasa praktikum fasa tiga, pengkaji telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Setapak, Kuala Lumpur. Pengkaji telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar subjek Sains, Sosial dan Alam Sekitar bagi kelas Amanah. Semasa pengkaji berbincang dengan guru sains kelas Amanah, pengkaji telah diberitahu bahawa murid-murid kelas Amanah terdiri daripada murid slow learner tetapi mempunyai sikap yang aktif semasa belajar mengenai benda-benda yang baru dan menarik. Selain itu, guru tersebut juga mengatakan bahawa murid yang berada di kelas Amanah merupakan murid yang boleh belajar dan kelas Amanah juga merupakan kelas bekerfungsian tinggi di Program Pendidikan Khas Integrasi di sekolah tersebut. Berdasarkan PDP yang telah dilakukan secara keseluruhan ianya berjalan dengan lancar dan berjaya dilaksanakan. Tetapi, terdapat satu masalah ketika pengkaji mengajar mengenai tajuk Kitaran Hujan di kelas Amanah. Masalah yang pengkaji hadapi ketika mengajar tajuk berkenaan adalah murid-murid slow learner sukar untuk mengingati dan memahami proses kitaran hujan. Pengkaji telah mengajar murid-murid tersebut mengenai proses Kitaran Hujan mengunakan carta dan juga kad-kad gambar yang boleh membantu mereka. Tetapi mereka masih lagi sukar untuk mengingati proses Kitaran Hujan tersebut. Murid-murid kelihatan amat teruja ketika belajar mengenai proses kitaran hujan ini dan pada masa yang sama pengkaji mengharapkan mereka boleh mengingati apa yang telah diajarkan tetapi tanggapan pengkaji ternyata salah dan mereka masih tidak mampu untuk mengingati proses kitaran hujan. Setelah itu pengkaji cuba untuk menggunakan kaedah nyanyian bagi membantu murid-murid tersebut. Berpandukan bacaan pengkaji dalam laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia mencadangkan guru-guru menggunakan cara didik hibur dalam pengajaran. Antara elemen didik hibur tersebut ialah muzik dan nyanyian yang merupakan satu medium sesuai untuk diaplikasikan kedalam PDP kerana muzik dan nyanyian merupakan satu terapi yang berkesan terhadap murid. Pengkaji berharap dengan kaedah ini dapat membantu murid-murid pengkaji dalam mengingati proses kitaran hujan dengan baik. Walaupun terdapat kesukaran semasa menggunakan kaedah ini pada permulaan kerana murid sukar untuk mengingati lirik tetapi murid sudah menunjukkan minat terhadap muzik dan nyanyian yang diperdengarkan dengan membuat sedikit pergerakan dan juga cuba untuk menyanyi. Cara ini bukan sahaja dapat membantu murid malah dapat meningkatkan keseronokkan dan keterujaan murid dalam PDP malah ianya mampu mencetus suasana yang menghiburkan.

Kaedah nyanyian yang digunakan juga bukan sahaja dapat digunakan untuk mengajar kitaran hujan sahaja tetapi ianya boleh digunakan untuk mengajar tajuk kitaran yang lain seperti kitaran rama-rama, kitaran lalat dan kitaran lalat. Lirik lagu yang digunakan boleh diubah mengikut tajuk yang di ajar oleh pengkaji.

2.0 FOKUS KAJIAN Kajian ini berfokuskan kepada murid-murid khas yang bermasalah untuk mengingati proses Kitaran Hujan dalam kalangan murid slow learner. Walaupun terdapat beberapa tajuk lain yang mempunyai masalah yang sama tetapi pengkaji membuat keputusan untuk memfokuskan satu tajuk sahaja untuk kajian ini. Pengkaji telah memilih kaedah nyanyian dalam meningkatkan kemahiran ingatan murid tersebut.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN i. Objektif Umum Meningkatkan kebolehan mengingat murid terhadap proses kitaran hujan dengan menggunakan kaedah nyanyian. Objektif Khusus Murid dapat memahami proses kitaran hujan dengan menggunakan kaedah nyanyian. Murid dapat mengingati proses kitaran hujan dengan menggunakan kaedah nyanyian. Persoalan Kajian Adakah murid-murid slow learner dapat memahami proses kitaran hujan dengan penggunaan kaedah nyanyian. Adakah murid- murid slow learner akan dapat mengingati proses kitaran hujan dengan menggunakan lirik lagu yang telah dicipta.

ii.

iii.

4.0 KUMPULAN SASARAN Murid-murid yang dijadikan subjek kajian merupakan murid kelas Amanah. Pengkaji telah menggunakan tiga orang subjek kajian dalam kajian ini. Ketiga-tiga subjek kajian menghadapi masalah yang sama dan tahap mereka juga hampir sama. Setelah mendapati subjek kajian saya mempunyai masalah semasa PDP saya telah menjadikan mereka kumpulan sasaran untuk kajian ini. Saya telah memilih tajuk Kitaran Hujan apabila mendapati mereka sukar untuk mengingati proses kitaran yang diajarkan sepanjang pengajaran saya. Subjek kajian dalam kajian ini ialah subjek X, subjek Y dan juga subjek Z. Butiran Subjek Kajian Perkara Umur Jantina Kelas Prestasi akademik Subjek X 12 tahun Lelaki Amanah Sederhana Subjek Y 11 tahun Lelaki Amanah Sederhana Subjek Z 11 tahun Lelaki Amanah Sederhana

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN Pengkaji telah membuat kajian berteraskan kepada Gelung Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988) yang telah menyarankan empat langkah kajian. Rajah 1 telah menunjukkan Gelung Kajian Tindakan yang telah dimodifikasi oleh pengkaji.

Rajah 1 : Gelung Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart

6.0 KEPUTUSAN KAJIAN Dalam bahagian ini pengkaji telah menganalisis semua hasil dapatan yang berkaitan dengan kajian yang dilakukan. Hasil dapatan yang telah dianalisis telah ditunjukkan dalam bentuk jadual dan juga graf. Semua hasil dapatan yang diperolehi akan menunjukkan sama ada kajian ini berkesan ataupun sebaliknya. 6.1 Ujian Pengkaji telah menggunakan ujian pra dan pasca. Ujian tersebut adalah untuk melihat pemahaman dan kebolehan mengingat subjek kajian.

Rajah 2. Perbezaan Ujian Pra & Pasca Perbezaan markah antara Ujian Pra dengan Ujian Pasca ini menunjukkan subjek kajian sudah mula dapat memahami dan mengingati proses Kitaran Hujan. Walaupun tahap pencapaian subjek kajian tidak mencapai tahap cemerlang tetapi peningkatan yang berlaku menunjukkan kajian yang dilakukan oleh pengkaji berkesan. 6.2 Pemerhatian Pengkaji telah menganalisis data pemerhatian dengan menggunakan senarai semak. Dalam senarai semak, pengkaji hanya memerhati 4 aspek sahaja yang akan menjawab persoalan kajian. Senarai semak ini dilakukan semasa intervensi sedang dijalankan kepada murid. Keputusan Pemerhatian senarai semak Aspek i. ii. boleh menyanyi lagu Kitaran Hujan dapat menyebut proses kitaran hujan iii. dapat menjawab soalan pengkaji mengenai proses Kitaran Hujan iv. dapat melabelkan proses Kitaran Hujan / / / / / / x / / y / / z / /

6.3 Temu bual Pengkaji telah menganalisis data temubual yang telah diperolehi. Data temubual telah diterjemahkan dalam bentuk jadual supaya memudahkan pengkaji untuk meihat hasil temubual. Dalam temubual ini terdapat 2 tema yang telah ditekankan oleh pengkaji. Tema 1 adalah berkenaan Peningkatan penyertaan murid manakala tema 2 pula ialah berkenaan daya ingatan terhadap proses Kitaran Hujan

Keputusan temu bual Subjek Kajian Tema / Soalan X Y Z

Tema 1 Peningkatan penyertaan murid

Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4

/ X / / / / /

/ X / / / / /

/ X / / / / /

Tema 2 Daya ingatan terhadap Kitaran Hujan

Soalan 5 Soalan 6 Soalan 7

7.0 RUMUSAN Dalam kajian ini, pengkaji telah berjaya meningkatkan ingatan murid slow learner dengan menggunakan kaedah nyanyian. Ini dapat dibuktikan apabila hasil kajian yang diperolehi menunjukkan peningkatan ingatan murid terhadap proses kitaran hujan.Dapatan kajian ini juga telah disokong oleh, Edith & Kamariati (2005) yang membuat kajian terhadap Keberkesanan Lagu dalam Proses PdP. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan kumpulan sasaran dapat memberikan tumpuan dan prestasi semakin meningkat khususnya dari aspek mengingati fakta Sains. 8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Cadangan kajian akan datang yang boleh dilakukan adalah dengan menggunakan kaedah nyanyian untuk subjek selain subjek Sains. Murid boleh mencipta lagu sendiri untuk digunakan dalam PdP agar pembelajaran menjadi semakin menarik. Aktiviti yang sesuai seperti lakonan serta permainan sambil menyanyi juga merupakan salah satu cara yang menarik untuk diaplikasikan dalam PdP. RUJUKAN Abdul Rahim bin Talib. (2007). Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Kuala Lumpur : Universiti Terbuka Malaysia. Pembelajaran.

Edith Indek & Kamariati Hussin. (2005). Keberkesanan Lagu Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran: Satu Kajian di Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu, Tawau, Sabah. Muat turun pada 2 Mac 2011. http://www.docstoc.com/docs/33520737 Jamila K.A. Mohamed. (2005). Pendidikan Khas untuk kanak-kanak istimewa. Pahang: PTS Profesional

PENGGUNAAN WORD NECKLACE (KALUNG PERKATAAN) DALAM MENINGKATKAN PERBENDAHARAAN KATA BAHASA INGGERIS MURID SLOW LEARNER

Oleh: NORIZZATI BINTI MAT SURI & ALIJAH BT UJANG INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris bagi murid-murid slow learner dengan menggunakan kaedah word necklace.Subjek kajian iaitu murid A dan murid B merupakan murid slow learner yang belajar di kelas K2. Tinjauan awal telah dilakukan melalui pemerhatian secara berstruktur, temu bual bersama guru mata pelajaran serta penganalisan dokumen. Hasil tinjauan awal mendapati murid A dan murid B lemah dalam menguasai perbendaharaan kata Bahasa Inggeris. Hasil pemerhatian yang dijalankan juga menunjukkan bahawa murid A dan murid B tidak dapat menyebut, mengeja serta mengingati perbendaharaan kata yang telah diajarkan oleh guru. Hal ini menyebabkan murid A dan murid B kurang bersemangat untuk belajar terutama dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Jadi, pengkaji telah menetapkan objektif khusus kajian iaitu meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris murid-murid slow learner dengan penggunaan word necklace.serta menambahkan bilangan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris murid-murid slow learner. Pengkaji telah menjalankan dua kitaran dan di dalam setiap kitaran, pengkaji telah mengadakan beberapa kali intervensi di dalam setiap kitaran. Data yang diperolehi adalah melalui ujian pra, ujian pasca dan pemerhatian secara berstruktur. Rumusan dapatan menunjukkan peningkatan sebanyak 40% untuk murid A dan murid B mencatatkan peningkatan sebanyak 67%. Murid A dan murid B juga dapat menambahkan bilangan perbendaaraan kata Bahasa Inggeris mereka masing-masing sebanyak 10 perkataan sepanjang intervensi dilakukan. Kajian boleh diteruskan dengan menggunakan word necklace bersama-sama dengan pelbagai cara lain seperti permainan serta mengadakan kolaborasi dengan guru mata pelajaran dalam mengumpul data. Kata Kunci: perbendaharaan kata Bahasa Inggeris, slow learner, word necklace 1.0 PENDAHULUAN Menurut Valds and Figueroa (1994), seseorang individu yang mempunyai penguasaan bahasa yang baik boleh mengajukan soalan, memahami mesej dengan jelas, membaca bahan-bahan, menguji idea dan mengenengahkan cabaran-cabaran di dalam situasi tertentu di dalam bahasa sasaran. Bahasa Inggeris amat signifikan untuk dikuasai oleh murid-murid kerana Bahasa Inggeris adalah salah satu bahasa yang digunakan dengan meluas. Penguasaan Bahasa Inggeris bukan sahaja penting bagi murid-murid normal. Bahasa Inggeris juga perlu dikuasai oleh murid-murid pendidikan khas dan khususnya kepada murid slow learner. Slow learner atau anak lambat belajar adalah mereka yang memiliki prestasi belajar rendah pada salah satu atau seluruh kawasan akademik, tapi mereka ini bukan tergolong anak terbelakang mental. Skor IQ mereka menunjukkan skor antara 70 dan 90 (Cooter dan Cooter Jr., 2004). Kesimpulannya, berdasarkan tinjauan yang dilakukan pengkaji telah bercadang untuk melaksanakan kajian bagi meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris. Kajian difokuskan kepada murid slow learner dalam membantu mereka mengingati lebih banyak perbendaharaan kata dalam Bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris merupakan komponen penting yang perlu dikuasai oleh murid-murid slow learner kerana dapat membantu seseorang murid mendapatkan pelbagai jenis peluang pekerjaan bagi menjamin masa depan mereka.

2.0 FOKUS KAJIAN Fokus kajian ini memberi penekanan terhadap penguasaan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris murid slow learner menggunakan kaedah word necklace. Murid menghadapi masalah dalam

menguasai perbendaharaan kata Bahasa Inggeris terutama dalam sebutan, ejaan dan makna untuk perkataan Bahasa Inggeris. Justeru, pengkaji telah mengambil inisiatif untuk merancang kaedah yang sesuai bagi meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris bagi murid slow learner menggunakan word necklace. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris muridmurid slow learner. 3.2 Objekif Khusus 1. Meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris murid-murid slow learner dengan penggunaan word necklace. 2. Menambahkan bilangan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris murid-murid slow learner dengan penggunaan word necklace. 3.3 Persoalan Kajian 1. Adakah penggunaan word necklace dapat meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris murid-murid slow learner? 2. Adakah penggunaan word necklace dapat meningkatkan bilangan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris murid-murid slow learner? 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan dua orang murid iaitu murid A dan murid B. Subjek kajian telah dipilih melalui tinjauan awal yang telah dilakukan oleh pengkaji. Mengikut pemerhatian pengkaji, murid A dan murid B lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. dan mempunyai potensi untuk diberikan intervensi. Kedua-dua subjek kajian yang dipilih adalah lelaki dan tergolong dalam kumpulan slow learner. 5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN 5.1 Cara Mengumpul Data i. Ujian Pra dan Ujian Pasca Pengkaji telah menyediakan satu set soalan ujian pra dan ujian pasca yang mengandungi tiga bahagian. Setiap bahagian mengandungi lima soalan dan jumlah keseluruhan soalan adalah lima belas soalan. Semua soalan adalah berbentuk ejaan dan murid dikehendaki mengisi tempat kosong. Kedua-dua ujian hanya dijalankan selama tiga puluh minit kerana soalan ujian yang diberikan adalah sedikit. Ujian pasca pula bertujuan untuk mengukur tahap kebolehan dan pencapaian murid selepas menjalani intervensi. Ujian pasca juga digunakan untuk membandingkan pencapaian murid sebelum dan selepas intervensi. iii. Pemerhatian Pemerhatian berstruktur dijalankan untuk mengira bilangan perkataan, ejaan serta makna perkataan yang telah dikuasai oleh murid. Hal ini kerana, di dalam instrumen senarai semak yang disediakan, pengkaji menyediakan item seperti murid dapat menyebut perkataan, murid dapat mengeja perkataan dan murid dapat memberi makna perkataan dengan tepat dan jelas. Dengan menjalankan pemerhatian, pengkaji dapat mengumpul data-data yang diperlukan sepanjang intervensi dijalankan. 5.2 Analisis Tinjauan Masalah Sebelum menjalankan kajian, pengkaji telah menjalankan tinjauan awal ke atas murid. Hasil tinjauan awal telah direkodkan dan dianalisis. Pengkaji telah menjalankan pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen untuk mengesan masalah murid. Hasil dapatan yang diperolehi daripada pemerhatian yang dijalankan adalah murid mempunyai bilangan perbendaharaan kata yang sedikit

dan tidak dapat menyebut, mengeja serta mengingati makna perkataan dengan baik. Melalui temu bual dengan guru, pengkaji mendapati bahawa murid tidak dapat menguasai perbendaharaan kata dengan baik dan analisis dokumen melalui fail rekod pencapaian murid menunjukkan murid lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. 5.3 Tindakan Menangani Masalah

Refleksi -Pengkaji menilai dan membuat refleksi mengenai intervensi - Penilaian melalui pemerhatian dan ujian Pemerhatian - Pengkaji mengira bilangan perkataan yang dapat diingati oleh murid menerusi senarai semak. - Pengkaji juga menjalankan ujian untuk melihat pencapaian murid setelah menggunakan kaedah yang dijalankan - Pengkaji mengesan kelemahan seterusnya membuat penambahbaikan

Perancangan

Kitaran 1

- Pemilihan kaedah dan strategi yang sesuai - Pengjaran secara strategi pengajaran kendiri.

Tindakan - Prosedur tindakan dilaksanakan semasa menjalankan intervensi -Penggunaan word necklace semasa intervensi

Refleksi -Pengkaji menilai semula berdasarkan data-data yang dikumpul. - Perbincangan Perancangan -Merancang penambahbaikan terhadap kelemahan yang dikesan dalam kitaran 1.

Pemerhatian - Pengkaji mengira bilangan perkataan yang dapat diingati oleh murid menerusi senarai semak. - Pengkaji juga menjalankan ujian untuk melihat skor murid

Kitaran 2

- Mengemas kini semula semua aspek yang penting semasa kitaran pertama

Tindakan - Menjalankan semula prosedur tindakan yang dibuat penambahbaikan -Penggunaan word necklace semasa intervensi

Rajah 1. Tindakan yang dijalankan

5.4 Keputusan Kajian i. Ujian Pra dan Ujian Pasca

100 80 60 40 20 0 Murid A Murid B Ujian Pra Ujian Pasca

Rajah 2. Graf Peratusan markah ujian pra dan ujian pasca Graf diatas menunjukkan keputusan peratusan markah yang diperolehi oleh murid A dan murid B. Mengikut graf yang ditunjukkan terdapat peningkatan yang ditunjukkan oleh muri A dan murid B melalui ujian pra dan ujian pasca. Melalui perbandingan antara kedua ujian tersebut, murid A mencatatkan peningkatan sebanyak 40 % manakala murid B mencatatkan peningkatan sebanyak 67%. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sesi intervensi yang dijalankan oleh pengkaji telah berjaya meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris murid A dan murid B. ii. Pemerhatian

20

15
10

Bilangan perkataan yang disebut Bilangan ejaan perkataan Bilangan makna perkataan

20

15
10

Bilangan perkataan yang disebut Bilangan ejaan perkataan Bilangan makna perkataan

5
0

5
0

Rajah 3. Graf pemerhatian 1,2,3 murid A

Rajah 4. Graf pemerhatian 1,2,3 murid B

Murid A dan murid B dapat meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris mereka. Murid A dan murid B juga dapat mengingati sebutan, ejaan dan makna bagi sesuatu perkataan dan secara tidak langsung dapat menambahkan perbendaharaan kata yang telah sedia ada. 5.5 Rumusan Kajian Secara keseluruhannya, hasil dapatan yang telah dikumpul dan dianalisis menunjukkan peningkatan dalam penguasaan perbendaharaan kata melalui penggunaan word necklace. Hasil dapatan yang lebih memberangsangkan ditunjukkan pada kitaran kedua berbanding dengan kitaran yang pertama. Namun demikian, tahap penguasaan perbendaharaan kata murid A dan murid B lebih baik berbanding dengan keputusan ujian pra yang telah dilakukan sebelum intervensi dijalankan.

Hasil pengumpulan data melalui pemerhatian membuktikan bahawa murid dapat menguasai perbendaharaan kata dengan baik. Pemerhatian yang dilakukan menekankan aspek sebutan, ejaan dan makna perkataan. Murid A dan murid B mencatatkan peningkatan yang menggalakkan.sepanjang pemerhatian tersebut dijalankan. Hasil dapatan yang ditunjukkan juga membuktikan bahawa persoalan bagi kajian ini telah terjawab. Kajian ini terbukti berjaya apabila murid A dan murid B mempunyai peningkatan dalam penguasaan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris menggunakan word necklace. Murid juga mempunyai peningkatan dalam penambahan bilangan perbendaharaan kata yang dapat diperolehi oleh murid. 5.6 Refleksi Sepanjang kajian ini dijalankan, pengkaji telah dapat mengesan pelbagai kekuatan dan kelemahan. Kekuatan kajian ini dapat dilihat apabila kedua-dua objektif yang dirancang tercapai. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa peningkatan yang dicatat oleh murid merupakan kejayaan bagi pengkaji. Kelemahan yang seterusnya adalah berkaitan dengan respon yang ditunjukkan oleh murid A dan murid B semasa intervensi yang dijalankan. Pengkaji mendapati bahawa semasa intervensi dijalankan murid B kelihatan tidak selesa dan kelihatan bosan untuk menghafal perkataan yang diberikan oleh pengkaji. Oleh itu, pengkaji telah memberikan suntikan motivasi dan memberi ganjaran kepada murid A dan murid B sekiranya mereka dapat melakukan intervensi dengan cemerlang. Akhir sekali, melalui intervensi yang telah dijalankan pengkaji mendapati bahawa murid A dan murid B lebih berminat terhadap subjek Bahasa Inggeris. Intervensi yang dijalankan juga menyebabkan murid A dan murid B dapat menambahkan perbendaharaan kata mereka. Murid A dan murid B juga lebih mudah untuk mengingati perbendaharaan kata yang telah disediakan oleh pengkaji. 6.0 CADANGAN KAJIAN YANG SETERUSNYA Amalan penambahbaikan juga perlu dilakukan untuk memastikan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam kajian dapat diperbaiki. Antara cadangan penambahbaikan yang dapat dijalankan adalah pengkaji perlu menyediakan pelan alternatif sekiranya berlaku perkara yang tidak disangkasangka. Pelan alternatif penting dalam membantu pengkaji membaik pulih perancangan yang tergendala dan memastikan intervensi yang dilakukan berjalan dengan lancar. Seterusnya, pengkaji juga perlu menyediakan pelbagai cara dan media untuk menarik minat murid terhadap intervensi yang dilakukan. Oleh itu, di samping menggunakan kaedah word necklace semasa intervensi pengkaji dapat menambahkan cara lain bagi mengelakkan murid berasa bosan. Antaranya melalui permainan atau penggunaan media pembelajaran seperti boneka. Seterusnya, kajian pada masa akan datang juga perlu dibuat penambahbaikan dengan melibatkan guru mata pelajaran dalam intervensi yang dilakukan. Guru mata pelajaran turut melaksanakan intervensi yang dirancang oleh pengkaji dan pengkaji bertindak sebagai pemerhati semasa intervensi digunakan oleh guru mata pelajaran. Hal ini dapat mengukuhkan lagi hasil dapatan kajian yang dikumpulkan oleh pengkaji. RUJUKAN Cooter, K.S., dan Cooter, R.B. (2004). Urban Literacy Education: Helping City Kidsin Regular and Special Education Classrooms. Upper Saddle River, NJ: Merrill/Prentice-Hall/Pearson. Valds, G., & Figueroa, R. (1994). Bilingualism and testing: A special case of bias. Westport, CT: Ablex

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL HURUF VOKAL BAGI MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN BERKEFUNGSIAN RENDAH MELALUI KAEDAH PERMAINAN KETINGTING MINDA Oleh: NUR HIDAYAH BINTI TAHA & ABD AZIZ BIN JANTAN (Ph.D) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran mengenal huruf vokal bagi murid bermasalah pembelajaran berkefungsian rendah kelas K3 di salah sebuah sekolah di daerah Sepang. Dua orang murid telah dipilih yang terdiri daripada seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua-dua subjek kajian ialah murid Slow Learner yang masih tidak mengenali huruf vokal dengan baik. Fokus kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran murid dapat mengenal huruf vokal melalui kaedah permainan Ketingting Minda. Tinjauan awal telah dijalankan melalui pelaksanaan ujian diagnostik, pemerhatian dan kaedah temu bual bersama guru mata pelajaran Bahasa Melayu kelas K3. Hasil ujian diagnostik menunjukkan kedua-dua subjek kajian hanya mengenal satu huruf vokal daripada kelima-lima huruf vokal yang ditunjukkan oleh pengkaji. Hasil pemerhatian yang diperolehi menunjukkan subjek kajian menunjukkan tingkah laku yang negatif semasa menjawab dan tidak dapat menyebut huruf vokal yang ditunjukkan kepada mereka dengan tepat. Kedua-dua hasil analisis data melalui kaedah ujian diagnostik dan pemerhatian turut disokong oleh hasil temu bual yang menunjukkan kedua-dua subjek kajian menghadapi masalah yang sama dalam mengenal huruf vokal. Melalui kaedah permainan ketingting minda, murid dilatih mengenal huruf vokal sambil bermain dengan menyebut huruf vokal yang terdapat dalam petak ketingting. Hasil dapatan kajian menunjukkan berlakunya peningkatan di dalam kemahiran mengenal huruf vokal kedua-dua subjek kajian selepas intervensi. Keputusan kajian menunjukkan penggunaan kaedah permainan Ketingting Minda dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mengenal huruf vokal dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran. Cadangan seterusnya adalah untuk mengekalkan penggunaan kaedah bermain di dalam pengajaran Bahasa Melayu bagi kandungan pengajaran yang lain seperti membatangkan suku kata KV+KV, KV+KVK dan seterusnya. 1.0 PENDAHULUAN Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi kemahiran mengenal huruf vokal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kelas K3, pengkaji mendapati sebahagian murid masih tidak dapat mengenal huruf vokal dengan baik pada akhir sesi P&P. Kedua-dua aktiviti yang dijalankan di dalam P&P juga tidak dapat dilaksanakan dengan baik oleh mereka. Kedua-dua murid berkefungsian rendah kelihatan teragak-agak untuk menggariskan gambar dengan huruf yang betul dan kerap memandang ke arah pengkaji untuk meminta bantuan daripada pengkaji dalam aktiviti yang pertama. Pada aktiviti kedua iaitu lembaran kerja, murid-murid diminta menampal gambar pada huruf vokal yang betul dan menyalin semula huruf tersebut. Ketika aktiviti tersebut dilaksanakan, pengkaji turut membuat penilaian terhadap semua murid sama ada mereka dapat mengenali huruf vokal tersebut sepenuhnya atau tidak. Hasil daripada penilaian itu didapati hanya dua orang murid yang benarbenar dapat menguasai kemahiran huruf vokal sepenuhnya tanpa bimbingan daripada pengkaji. Murid-murid tersebut adalah murid berkefungsian tinggi. Dua orang murid lagi yang berkefungsian rendah tidak dapat menyebut huruf vokal yang ditunjukkan oleh guru dengan betul. Seorang daripada murid tersebut kelihatan keliru dan menyebut huruf-huruf tersebut dengan bunyi huruf yang salah. Huruf u disebut sebagai e, huruf e disebut sebagai i dan huruf i disebut sebagai u manakala seorang murid lagi murid tidak dapat menyebut langsung beberapa huruf yang ditunjukkan oleh guru iaitu antara huruf a, e, i, o dan u. 2.0 FOKUS KAJIAN Fokus kajian ini adalah melibatkan kemahiran mengenal huruf vokal a,e,i, o dan u. Murid-murid ini menghadapi masalah untuk mengenal huruf vokal dengan baik. Hal ini mungkin berpunca daripada kaedah pengajaran guru yang tidak bersesuaian dengan tahap dan keupayaan murid. Pengkaji memilih kemahiran tersebut bagi membantu murid menguasai kemahiran asas bacaan dengan mengenal huruf vokal terlebih dahulu. Perkara ini amat penting kepada murid sebelum meneruskan kemahiran yang seterusnya iaitu mengenal semua abjad dan membatangkan suku kata. Di samping

itu, pengkaji ingin membantu murid ini agar tidak terus tercicir dalam pengajaran Bahasa Melayu berbanding rakan-rakan mereka yang telah mengenal hampir kesemua abjad. Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa penggunaan kaedah permainan akan dapat membantu murid-murid dalam meningkatkan penguasaan mengenal huruf vokal dengan pengetahuan sendiri dan bukan secara hafalan. Christie dan Roskos (2009) menyatakan terdapat hubungan aktiviti bermain dengan persekitaran permainan dalam pemupukan kemahiran literasi. Sejajar dengan pernyataan tersebut, pengkaji berasa amat yakin bahawa penggunaan kaedah permainan akan dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran mengenal huruf vokal dalam kalangan murid-murid. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif umum Objektif umum adalah meningkatkan kemahiran mengenal huruf vokal murid Bermasalah Pembelajaran dengan menggunakan kaedah permainan . Objektif Khusus Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk: i. Meningkatkan pencapaian murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran berkefungsian rendah dalam mengenal huruf vokal menggunakan kaedah permainan Ketingting Minda. Melihatkan keberkesanan kaedah permainan Ketingting Minda dalam meningkatkan kemahiran menguasai huruf vokal murid-murid.

ii.

4.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran kajian ini melibatkan dua orang murid masalah pembelajaran di sebuah sekolah yang mempunyai program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Subjek kajian terdiri daripada seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua-dua murid ini disahkan menghadapi masalah pembelajaran kategori Slow Learner. Pengkaji telah memilih dua orang murid berkefungsian rendah sebagai kumpulan sasaran hasil daripada tinjauan awal yang mendapati kedua-dua orang murid tersebut gagal mengenal huruf vokal dengan baik. Mereka hanya mengenal satu huruf vokal daripada kelimalima huruf vokal yang ditunjukkan oleh pengkaji. Murid 1 hanya mengenali huruf o manakala murid 2 hanya mengenali huruf a. Murid 2 turut keliru apabila menyebut keempat-empat huruf vokal yang lain. Huruf u disebut sebagai e, huruf e disebut sebagai i dan huruf i disebut sebagai u. 5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN 5.1 Tinjauan Awal Ujian Diagnostik Pengkaji telah melaksanakan satu ujian diagnostik (rujuk lampiran A) terhadap murid-murid kelas K3 dalam dua masa P&P yang berbeza. Ujian tersebut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ujian kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Setiap ujian tersebut telah dibahagikan kepada tiga bahagian. Ujian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti tahap dan keupayaan murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Pengkaji juga dapat mengesan kelemahan yang dihadapi oleh murid-murid secara terperinci selepas memperolehi keputusan ujian diagnostik tersebut.

Pemerhatian Pemerhatian ini dilaksanakan semasa ujian diagnostik kemahiran membaca dijalankan di kelas K3. Bagi meningkatkan lagi tahap kesahan dan kebolehpercyaan data, pengkaji telah meminta bantuan rakan untuk memerhatikan tingkah laku yang dilakukan oleh murid sepanjang tempoh tersebut. Tingkah laku yang dimaksudkan ialah keadaan murid semasa menjawab soalan yang diajukan oleh pengkaji. Segala maklumat yang diperoleh dicatat dan direkod di dalam borang senarai semak yang telah disediakan oleh pengkaji sejak awal lagi. Borang tersebut digunakan oleh pengkaji untuk menganalisis data yang diperlukan bagi perlakuan murid-murid semasa menjalani ujian tersebut. Temubual Pengkaji telah melakukan satu sesi temu bual semi-struktur dengan guru Bahasa Melayu yang mengajar kelas Pendidikan Khas K3. Sesi temu bual ini dilaksanakan bagi mengesahkan keputusan ujian diagnostik yang telah dijalankan. Melalui temubual ini, pengkaji ingin memastikan tahap kemahiran membaca dan menulis setiap murid, tingkah laku murid semasa P&P, dan minat murid terhadap P&P. Hal ini penting kerana guru tersebut lebih mengetahui kekuatan dan kelemahan setiap murid dalam kelas tersebut. 5.2 Pelaksanaan Intervensi Pengkaji telah merancang terlebih dahulu aktiviti permainan ketingting minda yang akan dilaksanakan dalam sesi P&P termasuklah dari segi penggunaan alat bantu mengajar, peraturan permainan dan tempoh masa untuk menjalankan intervensi tersebut. Sebelum intervensi dijalankan, pengkaji telah menjalankan ujian pra ke atas subjek kajian merangkumi topik mengenal huruf vokal. Pengkaji akan menunjukkan satu demi satu kad huruf a,e,i,o dan u kepada subjek kajian dan memintanya menyebut huruf tersebut. Skor 1 diberikan kepada subjek kajian jika jawapan yang adalah betul manakala skor 0 diberikan jika jawapan yang diberikan adalah sebaliknya. Intervensi Kitaran 1 Bagi meningkatkan kemahiran mengenal huruf vokal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ini, pengkaji telah menerapkan kaedah bermain yang telah dipilih iaitu permainan Ketingting Minda dalam dua kali sesi P&P kelas K3. Pengkaji telah menyediakan petak ketingting dengan menggunakan enam buah gelung rotan. Kad huruf vokal telah dilekatkan dalam setiap gelung rotan tersebut. Setiap murid diberi satu set kad huruf vokal dan perlu mencabut satu kad huruf vokal terlebih dahulu. Pengkaji menyebut huruf tersebut terlebih dahulu dan murid perlu mengingat huruf tersebut. Muridmurid tersebut bermain mengikut giliran yang diperolehi mereka. Murid-murid perlu membaling pundi kacang ke dalam gelung rotan yang dilekatkan huruf vokal berdasarkan kad huruf vokal yang diperolehi oleh mereka. Selepas mereka berjaya membaling pundi kacang dalam gelung yang betul, mereka meneruskan permainan dengan bergerak melalui semua gelung rotan tersebut menggunakan sebelah kaki. Apabila murid tiba dalam gelung yang mengandungi pundi kacang tersebut, murid perlu menyebut huruf tersebut terlebih dahulu sebelum mengambil semula pundi kacang tersebut. Murid boleh meneruskan permainan dengan mencabut satu lagi kad huruf vokal dan mengulangi langkah yang sama jika berjaya. Jika murid tersebut gagal menyebut huruf tersebut, dia akan kehilangan satu giliran untuk bermain. Aktiviti ini telah dijalankan dalam tempoh 20 minit. Murid yang paling cepat atau banyak menghabiskan kad huruf vokalnya telah dikira sebagai pemenang. Skor yang diperolehi oleh murid akan dicatatkan dalam borang skor markah permainan Ketingting Minda. Intervensi Kitaran 2 Pengkaji melaksanakan intervensi menggunakan kaedah permainan ketingting minda yang telah ditambah baik daripada kitaran pertama. Pengkaji masih menyediakan enam gelung rotan yang disusun bagi membentuk petak ketingting. Namun, kad huruf vokal yang dilekatkan dalam setiap gelung rotan telah diubahsuai dengan menjadikan kad huruf tersebut timbul dan dapat dirasai oleh murid-murid. Peraturan permainan juga telah diubahsuai dan dilakukan dengan lebih sistematik serta tersusun. Tempoh masa bermain juga dipendekkan kepada 15 minit. Cara permainannya masih sama seperti intervensi kitaran 1 namun apabila murid tiba berhampiran gelung yang mengandungi pundi kacang tersebut, murid perlu merasai dan menyebut huruf tersebut terlebih dahulu sebelum mengambil pundi kacang tersebut.

5.3 Cara Pengumpulan Data/Analisis Data Ujian Ujian yang dijalankan ialah ujian pra, ujian pencapaian 1, ujian pencapaian 2 dan ujian pasca. Ujian pra dilaksanakan bagi menentukan tahap penguasaan subjek kajian dalam mengenal huruf vokal sebelum intervensi dijalankan. Semasa intervensi dilaksanakan, pengkaji telah menjalankan ujian pencapaian yang dilaksanakan sebanyak dua kali. Ujian pencapaian 1 dijalankan selepas intervensi kitaran pertama manakala ujian pencapaian 2 dijalankan selepas intervensi kitaran kedua. Tujuan utama kedua-dua ujian ini dilaksanakan untuk melihat peningkatan tahap pencapaian murid-murid selepas intervensi dijalankan. Selepas kedua-dua intervensi dijalankan, , pengkaji telah menjalankan ujian pasca yang menggunakan set soalan yang sama dengan ujian pra bagi melihat pencapaian murid sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Perbandingan markah yang diperolehi oleh kedua-dua subjek kajian dalam ujian pra, ujian pencapaian 1, ujian pencapaian 2 dan ujian pasca dapat dilihat dengan jelas melalui graf di bawah iaitu dalam Rajah 6 . Berdasarkan Rajah 6, dapatlah dilihat bahawa M2 berjaya memperolehi markah yang paling tinggi iaitu 80%, gred baik diikuti M1 yang mendapat markah 60%, gred sederhana. Walaupun tidak memperolehi gred cemerlang iaitu antara 90% hingga 100%, kedua-dua subjek kajian telah menunjukkan peningkatan yang agak memberangsangkan selepas intervensi dijalankan. Markah yang diperolehi oleh kedua-dua subjek kajian dalam ujian pencapaian 2 masih dapat dikekalkan oleh mereka dalam ujian pasca.

Rajah 6 : Perbandingan Keputusan Ujian Pra, Ujian Pencapaian 1, Ujian Pencapaian 2 dan Ujian Pasca Pemerhatian Cara menganalisis data bagi instrumen pemerhatian ialah pengkaji membuat pemerhatian berdasarkan senarai semak yang telah disediakan. Borang tersebut mengandungi perkara-perkara yang ingin diperhati oleh pengkaji sebelum dan selepas intervensi. Berdasarkan borang pemerhatian yang disediakan, pengkaji mengira kekerapan berlakunya tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid sebelum dan semasa intervensi dijalankan. Pengkaji telah membahagikan tingkah laku tersebut kepada enam kriteria iaitu keyakinan semasa menyebut huruf, menyebut huruf dengan tepat, tertukar huruf semasa menyebut, menggaru kepala semasa menyebut huruf, melihat ke kanan dan ke kiri sebelum menjawab dan menunjukkan kebosanan dalam sesi P&P.

Analisis Dokumen Penelitian dokumen digunakan bagi menyokong dan menambah bukti data yang dikumpulkan oleh pengkaji. Analisis dokumen ini telah dilakukan terhadap lembaran kerja yang diagihkan kepada subjek kajian pada akhir setiap intervensi dijalankan. Data daripada dokumen ini diperoleh dengan menggunakan senarai semak. Maklumat yang diperolehi daripada lembaran kerja tersebut telah direkodkan dalam borang senarai semak yang telah disediakan oleh pengkaji. Kriteria yang terdapat dalam senarai semak tersebut adalah sama ada murid telah mengenal huruf vokal berdasarkan lembaran kerja yang diberikan. 5.4 Rumusan Kajian Kajian yang dijalankan oleh pengkaji telah dapat membantu meningkatkan penguasaan kemahiran mengenal huruf vokal kedua-dua subjek kajian. Kaedah permainan yang digunakan dapat menarik minat murid terhadap p&p dan seterusnya menggalakkan perkembangan murid-murid melalui persekitaran yang disediakan dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan murid-murid. Oleh itu, guru perlulah meneroka pelbagai aktviti permainan yang menarik agar minat murid terhadap p&p meningkat di samping dapat memberi keseronokan, kebebasan, kepuasan derta kedamaian dalam dunia murid-murid. 6.0 CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA Terdapat beberapa cadangan yang ingin dikemukakan oleh pengkaji bagi penyelidikan yang akan dijalankan oleh pihak-pihak lain. Antara cadangan yang boleh dipertimbangkan adalah: (i) Mempelbagaikan dan menggunakan kaedah permainan yang berbeza Pengkaji mencadangkan agar mempelbagaikan kaedah permainan yang digunakan terhadap muridmurid dengan lebih inovatif dan menarik. Contohnya, menyediakan permainan yang melibatkan pencarian huruf melalui liku-liku cabaran seperti Mini Explorace atau menggunakan kaedah permainan tradisional yang dimodifikasi kaedah permainannya supaya kemahiran bahasa yang difokuskan oleh pengkaji dapat diterapkan. (ii) Mengintegrasikan kemahiran mengenal huruf dan suku kata yang lain Cadangan berikutnya adalah mengintegrasikan kemahiran mengenal huruf yang lain contohnya huruf konsonan atau huruf yang hampir sama bentuknya ke dalam kaedah permainan yang digunakan oleh pengkaji. Selain itu, pengkaji lain juga boleh memfokuskan kepada penggunaan suku kata KV, KV+KV, KV+KVK dan pelbagai lagi suku kata yang lain yang ingin diuji ke dalam permainan yang digunakan. 7.0 RUJUKAN Abdul Rahim Bin Talib. (2009). Kaedah pembelajaran khas Bahasa Melayu. Selangor: Sdn. Bhd. Meteor Doc.

Abdul Rasid Jamian. (2011). Mengajar Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Christie dan Roskos. (2009). Plays potential in early literacy development. Encyclopedia on early childhood development (online). Centre of excellence for early childhood development http://www.childencyclopedia.com/documents/Christie-RoskosANGxp.pdf.[1 Mac 2010] Gerald Lee Gutek. (2004). The Montessori Method: The Origins of an Educational Innovation : Including Abridged and Annotated Edition of Maria Montessoris The Montessori Method. United State of America, Rowman & Littlefield Publishers, Inc. Jamila K.A Mohamad. (2009). Pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa. Kuala Lumpur. PTS Publiction & Distributions Sdn. Bhd.

MENINGKATKAN PERKEMBANGAN KOORDINASI MATA DAN TANGAN MURID MASALAH PEMBELAJARAN DALAM AKTIVITI MENULIS MELALUI KAEDAH ANSUR MAJU. Oleh : NUR MUNIRAH BINTI AMBOK & ZAWAWI BIN ZAHARI INSTITUT PERGURUAN KAMPUS ILMU KHAS ABSTRAK Kajian ini menumpukan kepada usaha untuk membantu meningkatkan koordinasi mata dan dan tangan subjek dalam aktiviti menulis. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk menambahbaik amalan kendiri agar lebih berkesan dan bermakna. Subjek kajian terdiri daripada 3 orang murid yang berumur dalam lingkungan 8 hingga ke 9 tahun dari Program Pendidikan Khas. Dapatan, daripada kajian awal, mendapati subjek-subjek kajian lemah dalam kawalan tangan dan mata. Kajian ini memfokuskan kepada kaedah aktiviti seperti gosokan, origami, doh dan guntingan mampu meningkatkan perkembangan motor halus subjek. Data yang diperoleh dianalisis melalui kaedah kualitatif yang menggunakan teknik pemerhatian, hasil kerja dan nota lapangan. Bagi menyokong kerelevanan data, triangulasi kaedah dan sumber digunakan untuk mengukuhkan dapatan kajian. Hasil dapatan menunjukkan subjek boleh menulis dengan cantik dan kemas. Maka, penggunaan aktiviti gosokan, origami, doh dan guntingan dapat membantu meningkatkan perkembangan motor halus dari aspek kawalan tangan dan mata di samping membaiki amalan kendiri dalam pembelajaran dan pengajaran. Kata kunci : Perkembangan, motor halus, gosokan, origami, doh, guntingan 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perkara yang paling ketara pengkaji perhatikan selama menjalani praktikum adalah pendedahan awal kaedah menulis dan aktiviti pengukuhan dalam mengembangkan koordinasi mata dan tangan murid kurang dilaksanakan oleh guru-guru pendidikan khas. Apa yang menjadi masalah, ada beberapa orang murid yang masih tidak dapat menulis dengan kemas, walaupun telah diajar dengan teknik yang betul. Salah seorang daripada murid tersebut mengalami masalah koordinasi mata dan tangan yang sangat lemah. Pengkaji telah membimbing murid dengan memegang tangan mereka untuk membantu mereka menulis dengan kemas dan cantik. Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang sering dihadapi oleh murid-murid pendidikan khas. Pada praktikum sebelumnya, masalah yang sama juga pernah dihadapi oleh murid-murid pendidikan khas. Walaupun, dah lama berada di pendidikan khas, namun kemahiran menulis masih lemah dan tidak kemas. Contohnya, berpandukan rekod hasil kerja murid pendidikan khas yang pengkaji lihat, pengkaji merasakan rekod mereka masih sama dan tidak menampakkan sebarang perubahan. Oleh itu, pengkaji merasakan perlu mencuba kaedah yang boleh membantu mengukuhkan perkembangan koordinasi mata dan tangan mereka. Melalui cara ini, murid akan memperkembangkan kemahiran motor halus mereka dan menulis dengan kemas dan cantik. Berdasarkan penelitian yang telah dibuat, pengkaji memfokuskan kajian ini kepada perkembangan motor halus yang melibatkan koordinasi mata dan tangan murid. Pengkaji telah memperkenalkan kaedah ansur maju dalam membantu murid dalam koordinasi mata dan tangan dalam aktiviti menulis murid Masalah pembelajaran. Kaedah ansur maju turut digunakan oleh Juliana (2009) dan Anisah Anuar (2010). Menurut Juliana (2009), kaedah ansur maju merupakan salah satu kaedah untuk murid mempelajari sesuatu kemahiran itu bermula daripada langkah yang paling asas kemudian beralih ke aras yang lebih sukar dan seterusnya sehinggalah mereka dapat menguasainya. Pengkaji telah memberikan aktiviti kepada murid secara ansur maju.

2.0 FOKUS KAJIAN Kajian ini memberi tumpuan kepada usaha untuk membantu meningkatkan perkembangan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak. Di samping itu, tujuannya adalah untuk mengurangkan masalah kemahiran menulis. Masalah koordinasi mata dan tangan subjek dikenalpasti melalui tinjauan pada hasil kerja dan pemerhatian di dalam kelas pendidikan khas. Di dapati responden A, B, C mengalami masalah koordinasi mata dan tangan. Melalui hasil kerja yang dianalisis pada tinjauan awal, responden A, B, C sukar untuk menggunakan kemahiran motor halus dalam menulis dan mewarna. Oleh itu, pengkaji telah memilih kaedah ansur maju bagi menyelesaikan masalah koordinasi tangan dan mata murid pendidikan khas. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN / PERSOALAN KAJIAN 3.1 OBJEKTIF UMUM Objektif umum bagi kajian ini ialah untuk meningkatkan perkembangan koordinasi mata dan tangan murid masalah pembelajaran dalam aktiviti menulis melalui kaedah ansur maju. 3.2 OBJEKTIF KHUSUS Ekoran daripada tinjauan awal tersebut, kajian ini dijalankan bertujuan untuk: i. Mempertingkatkan perkembangan koordinasi mata dan tangan dalam aktiviti menulis oleh muridmurid ii. Mengembangkan perkembangan motor halus murid-murid serta menghasilkan hasil kerja yang cantik dan kemas. 3.3 PERSOALAN KAJIAN Kajian ini menguji beberapa soalan iaitu : i. Adakah aktiviti gosokan dan origami membantu mengembangkan keupayaan koordinasi mata dan tangan murid? ii. Adakah aktiviti guntingan dan doh membantu mengembangkan keupayaan koordinasi mata dan tangan murid-murid? 4.0 KUMPULAN SASARAN Subjek responden pengkaji terdiri daripada tiga orang murid pendidikan khas Masalah Pembelajaran. Mereka terdiri daripada dua orang perempuan dan seorang lelaki. Umur murid-murid tersebut adalah dalam kalangan sembilan hingga sepuluh tahun. Mereka terdiri daripada bangsa Melayu dan mempunyai kecacatan yang berbeza. Responden 1 mempunyai kecacatan Sindrom Down manakala Responden 2 mempunyai masalah ADHD dan Responden 3 mempunyai masalah Slow Learner. 5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dan dapat mencapai objektif pembelajaran dengan adanya perancangan yang lengkap dan sistematik. Seseorang pengkaji perlu mengetahui perkara yang hendak dilaksanakan sebelum, semasa, dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka memerlukan satu perancangan yang rapi untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efisien dan berkesan. Model reka bentuk pengajaran yang digunakan sebagai sumber kajian adalah model Bandura (1977).

5.1 Cara mengumpul data/maklumat 5.1.1 Ujian Pengkaji terlebih dahulu menjalankan ujian penulisan ringkas berkenaan dengan pergerakan psikomotor halus yang melibatkan otot jari. Dalam ujian yang dikenali sebagai ujian diagnostik ini, setiap aktiviti yang diberikan perlu dibina oleh murid akan dibekalkan dengan ransangan gambar dan bahan yang bersesuaian. Keputusan daripada ujian ini akan dijadikan kayu ukur untuk pengkaji mengesahkan masalah yang dihadapi oleh murid bermasalah pembelajaran. Markah yang diperolehi akan dicatatkan. Ujian pencapaian yang juga disebut sebagai ujian sumatif adalah jenis ujian yang diberi setelah kursus tamat dan tujuannya ialah untuk menilai hasil pengajaran. Bagi melihat peningkatan kemahiran psikomotor halus murid, pengkaji akan mentadbirkan ujian berkaitan dengan psikomotor halus dan melibatkan otot jari. Kedua-dua ujian ini adalah menggunakan set aktiviit yang sama. Apa yang membezakannya adalah masa ujian tersebut ditadbirkan iaitu ujian pra ditadbir sebelum pengkaji memulakan kitaran pertama kajian, manakala ujian pos dijalankan selepas pengkaji selesai melakukan kesemua kitaran kajian. 5.1.2 Pemerhatian Selain mentadbir ujian, pengkaji juga menjalankan pemerhatian. Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Nashamus (2008). Pengkaji akan memerhatikan bagaimana tingkah laku murid dan minat mereka terhadap P&P yang melibatkan aktiviti psikomotor halus otot jari. Kaedah ini akan dapat membantu pengkaji untuk mengenalpasti punca sebenar masalah yang dihadapi oleh murid. Pemerhatian juga akan memberi gambaran sebenar untuk merancang P&P yang akan datang, 5.1.3 Analisis Dokumen Pengkaji juga akan meneliti hasil kerja murid melalui buku kerja Pendidikan Seni untuk melihat masalah yang dihadapi oleh mereka. Selain itu, kertas ujian lepas juga akan membantu pengkaji untuk lebih mengenalpasti masalah psikomotor halus dan otot jari ini. Ini kerana hasil kerja dan kertas ujian lepas murid akan menunjukkan tahap prestasi dan penguasaan murid. Dokumentasi murid ini juga menjadi bukti yang jelas kepada masalah yang berlaku kepada murid. 5.2 Cara mengalisis data Setelah selesai mengumpul data dan maklumat yang diperlukan bagi menjawab persoalan kajian, pengkaji mengolah data yang diperolehi dengan menganalisis dan penginterprestasi maklumat tersebut kepada konteks yang mudah difahami. 5.2.1 Ujian Data-data yang dikumpul melalui ujian pra dan juga ujian pasca dianalisis dengan menggunakan jadual keputusan markah ujian oleh pengkaji sebelum menginterprestasi data tersebut kepada bentuk graf pencapaian. Melalui graf pencapaian tersebut, perbezaan pencapaian prestasi subjek kajian bagi ujian pra dan juga ujian pasca dapat dilihat dengan nyata dan jelas. 5.2.2 Pemerhatian Berdasarkan kepada senarai semak pemerhatian yang telah direkodkan oleh pemerhati yang ditugaskan untuk mencatat pemerhatian, pengkaji telah menganalisis maklumat pemerhatian dengan menggunakan jadual pemerhatian. Pengkaji menyenaraikan data-data yang telah dikumpulkan ke dalam jadual mengikut kriteria pemerhatian yang telah ditetapkan kepada jadual senarai semak. Antara kriteria pemerhatian yang digunakan oleh pengkaji adalah kebolehan serta kecekapan Responden menjalankan aktiviti kaedah ansur maju yang ditunjukkan oleh pengkaji dalam pembelajaran. Seterusnya, pengkaji turut menggunakan kriteria pemerhatian tentang penulisan perkataan yang ditulis oleh Responden kajian dan kekemasan proses menulis mereka selepas

selesai menjalankan aktiviti kaedah ansur maju tersebut. Selain itu, analisis turut dijalankan berdasarkan kriteria penglibatan dan penerimaan subjek kajian terhadap intervensi yang dilaksanakan. 5.2.3 Analisis Dokumen Pengkaji telah menggunakan jadual dan graf dalam menginterprestasikan data yang diperolehi melalui analisis hasil kerja Responden kajian sepanjang intervensi bagi setiap kitaran yang dijalankan. Analisis hasil kerja yang diperolehi adalah daripada hasil kerja murid berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan. Markah diberikan berdasarkan setiap aktiviti yang dijalankan. Setiap aktiviti mempunyai markah yang berbeza. Data markah yang diberikan diinterprestasikan kepada bentuk graf untuk menentukan perbezaan pencapaian subjek kajian bagi setiap latihan dan intervensi. 5.3 RUMUSAN KAJIAN Berdasarkan dapatan yang telah diperolehi melalui ujian, pemerhatian dan analisis dokumen oleh pengkaji sepanjang dua sesi intervensi ke atas murid bermasalah pembelajaran, dapat dirumuskan bahawa aktiviti kaedah ansur maju ini dapat meningkatkan kemahiran koordinasi mata dan tangan dalam kalangan murid masalah pembelajaran ini. Hal ini dapat dibuktikan melalui peningkatan pencapaian antara ujian pra dan ujian pasca yang meningkat dengan positif dan memberangsangkan. 5.4 REFLEKSI Melalui kajian yang dilaksanakan, pengkaji mendapati subjek kajian seronok dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan terhadapnya. Kajian yang dijalankan semasa menjalani praktikum dan internship yang lepas memberikan implikasi yang mendalam kepada amalan kendiri pengkaji, murid dan kajian seterusnya. Kajian berkaitan dengan kemahiran motor halus ini amat menarik minat pengkaji setelah melihat banyak kelemahan berkaitannya dilakukan oleh murid-murid pendidikan khas. Pengkaji sedar bahawa jika pengkaji hendak mengatasi masalah motor halus, maka pengkaji perlu mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap murid-murid yang pengkaji ajar. Selain itu, selepas menjalankan penyelidikan ini, pengkaji mendapati bahawa pemilihan aktiviti sesi pengajaran dan pembelajaran amat penting dalam memupuk dan membantu murid-murid meningkatkan perkembangan mereka sama ada dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial. Penyelidikan ini memberi kesedaran kepada pengkaji sebagai seorang guru pendidikan khas tentang masalah kelemahan murid-muird dalam motor halus terutamanya koordinasi mata dan tangan. Penyelidikan ini memberi pengalaman kepada pengkaji meningkatkan pembacaan pengkaji serta mencari penambahbaikan dalam amalan kendiri. Pengkaji turut mendapati, aktiviti seni kurang dijalankan di pendidikan khas. aktiviti seni merupakan salah satu komponen dalam tunjang pendidikan khas kerana ianya mampu membantu murid-murid meningkatkan perkembangan dan pertumbuhan mereka secara sihat dan seronok di pendidikan khas. Sediakan sekurang-kurangnya satu aktiviti luar yang melibatkan pergerakan motor halus terhdap murid-murid dalam membantu mereka mengembangkan potensi mereka. Murid-murid akan lebih aktif dalam pembelajaran dan pengajaran yang menarik dan menyeronokkan. 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar adalah merupakan satu faktor yang memberikan peningkatan yang berkesan terhadap perkembangan kognitif dan juga afektif murid di dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui kaedah aktiviti ansur maju ini sebagai instrumen bahan bantu mengajar yang melibatkan pendekatan pembelajaran aktif serta memberikan peluang kepada murid untuk menerokai ilmu dengannya sebaik mungkin. Melalui penglibatan aktif murid sepanjang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah aktiviti ansur maju ini yang pelbagai serta mempunyai pendekatan yang lebih interaktif mampu memberikan impak yang sangat berkesan seiring dengan perkembangan teknologi pada masa kini.

RUJUKAN Bandura, A (1973). Aggression : a social learning analysis. Virginia : Prentice-Hall. Bandura, A (1977), Social Learning Theory. Michigan : Prentice Hall. Dayang Nurmalisa Binti Awang Mohd Selanie. (2010). Buku Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun 2010 IPG KBL (BM Pendidikan Rendah), ms 126-139: Kesan Pendekatan Bimbingan Secara Individu Dalam Membantu Murid Tahun Tiga Membaiki Tulisan Bahasa Melayu. Kuching. Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. Juliana, L.C.C. (2009). Membaiki tulisan murid tahun tiga dalam mata pelajaran bahasa cina dengan kaedah ansur maju dimuat turun daripada http://www.ipbl.edu.my Nor IIyanah binti Othman. Aktiviti Pratulisan Dapat Membantu Kemahiran Menulis Huruf Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah dimuat turun daripada http://ipbmm.edu.my/images/Berita/PenyelidikanTindakan/ArtikelPelajar/2011/aktiviti%20pratu lisan%20dapat20membantu%20kemahiran%menulis%20huruf.pdf Nur Khairunnisa Hanisah binti Mohd Yashim. Penggunaan Kaedah Menyambung Titik Membantu Murid Prasekolah Menulis Huruf Dengan Kemas Dan Baik dimuat turun daripada http://ipbmm.edu.my/images/Berita/PenyelidikanTindakan/ArtikelPelajar/2011/penggunaan%2 0 kaedah%20menyambung%20titik%20membantu.pdf Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan : Konsep & Amalan dalam Pengajaran. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. Mok Song Sang, (2010). Psikologi dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur : Penerbit Multimedia Sdn Bhd. Nik Safiah Karim, (2008). Pedoman Bahasa : Menjelaskan Beberapa Kesulitan Ejaan. Klik DBP : Berita Harian, 21 Mac 2008. Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan Tindakan : Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur : Freemind Horizons Sdn Bhd. Saayah Abu. (2007). Menjadi Guru Tadika. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Shahabuddin Hashim, Mahani Razali & Ramlah Jantan. (2003). PSIKOLOGI PENDIDIKAN. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MOTOR HALUS MURID MASALAH PEMBELAJARAN DALAM AKTIVITI MEMBUTANG MENGGUNAKAN KAEDAH ANALISIS TUGASAN Oleh: NUR MURNIRAH BINTI MOHD ZAID & ALIZA ADNAN INTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran motor halus murid masalah pembelajaran dalam aktiviti membutang baju menggunakan kaedah analisis tugasan. Subjek kajian ini melibatkan tiga orang murid kelas 2 Amanah di salah sebuah sekolah di Sepang, Selangor. Tinjauan awal telah dijalankan melalui temu bual, pemerhatian serta ujian diagnostik. Dapatan tinjauan awal mendapati murid lemah dalam penguasaan motor halus bahagian jari jemari tangan. Oleh sebab itu,kajian ini berfokus kepada teori pembelajaran masteri yang memerlukan murid menguasai sesuatu tugasan sebelum beralih kepada tugasan yang lain. Intervensi menggunakan kaedah analisis tugasan telah dijalankan selama 4 minggu melibatkan dua kitaran kajian. Data dikumpulkan melalui pemerhatian tidak berstruktur, ujian pra dan ujian post. Hasil analisis data dalam kedua-dua kitaran kajian menunjukkan peningkatan skor yang signifikan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kaedah analisis tugasan sangat berkesan dalam membantu murid meningkatkan kemahiran motor halus dalam aktiviti membutang baju. Bagi cadangan kajian seterusnya pengkaji mencadangkan penggunaan token ekonomi dan memperluaskan penggunaan kaedah analisis tugasan dalam tugasan serta subjek lain di sekolah. 1.0 Pendahuluan Pengurusan Kehidupan merupakan salah satu subjek yang diajar di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran. Salah satu aspek dalam sukatan pelajaran bagi pengurusan diri adalah dengan menguasai cara memakai pakaian. Kemahiran membutang baju adalah salah satu kemahiran yang penting untuk dikuasai oleh murid Pendidikan Khas. Hal ini kerana murid perlu belajar berdikari dan perlu tahu untuk mengurus diri mereka sendiri. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) membutang adalah memasangkan atau mengenakan butang atau melekatkan butang untuk tujuan mengatup. Aktiviti membutang ini melibatkan penggunaan motor halus murid seperti menolak butang masuk ke dalam lubang butang menggunakan jari Analisis tugasan merupakan salah satu kaedah yang sering diguna pakai dalam menyampaikan maklumat terhadap murid terutamanya murid khas. Tugasan yang diberikan akan dipecahkan kepada langkah-langkah kecil bagi memudahkan pemahaman murid. Langkah langkah dalam tugasan berbentuk grafik atau arahan bagi membantu seseorang individu memahami tugasan yang diberi (Sarkness & Scott, 1995 ) Ketika sesi praktikum yang lalu, pengkaji dapati murid menghadapi masalah untuk membutang baju kemeja ketika menjalankan sesi pengajaran dan pengajaran. Walaupun demonstrasi membutang baju telah ditunjukkan, mereka tidak dapat membutang dengan baik. Murid tidak dapat membutang baju kemeja dengan kemas dan teratur sehingga membuatkan penampilan mereka selekeh. Butang yang dimasukkan ke dalam lubang butang didapati terkeluar kembali. Selain itu juga, murid membutang secara rambang tanpa mengikut urutab yang betul. Oleh sebab itu, pengkaji memutuskan untuk membuat intervensi dalam membantu murid meningkatkan kemahiran motor halus murid menggunakan kaedah analisis tugasan dalam aktiviti membutang baju ini. 2.0 Fokus Kajian Fokus kajian ini adalah mengenai penggunaan kaedah analisis tugasan dalam membantu murid bermasalah pembelajaran meningkatkan kemahiran motor halus semasa menjalankan aktiviti membutang baju. Penguasaan motor halus di bahagian jari jemari tangan murid amat lemah sehingga menyukarkan mereka membutang baju kemeja. Fokus kajian ini adalah bagi membolehkan murid membutang baju kemeja dengan kemas dan mengikut urutan yang betul menggunakan kaedah analisis tugasan.

3.0 Objektif Kajian Objektif Umum Meningkatkan kemahiran motor halus murid bermasalah pembelajaran dalam aktiviti membutang baju menggunakan teknik analisis tugasan. Objektif Khusus i. ii. Murid dapat membutang baju kemeja mengikut urutan yang betul menggunakan kaedah analisis tugasan. Murid dapat membutang baju kemeja dengan kemas menggunakan kaedah analisis tugasan.

Persoalan Kajian i. ii. Adakah kaedah analisis tugasan dapat meningkatkan kemahiran murid membutang baju mengikut urutan yang betul ? Adakah kaedah analisis tugasan dapat meningkatkan kemahiran motor halus murid membutang baju kemeja dengan kemas ?

4.0 Kumpulan Sasaran Kumpulan sasaran ini terdiri dari tiga orang murid masalah pembelajaran aras rendah dan sederhana dari kelas 2 Amanah. Jadual 1: Kumpulan Sasaran bagi Aktiviti Membutang Baju

Murid

Jenis masalah Sindrom down

Jantina

Tahap

Ciri unik murid Sering mengucapkan dah siap setiap kali menyelesaikan sesuatu tugasan walaupun tidak lengkap sepenuhnya. Suka bercakap ketika guru mengajar. Sering hilang tumpuan setelah 5 minit sesi pembelajaran bermula.

Rendah

B C

ADHD ADHD

L L

Sederhana Sederhana

5.0 Pelaksanaan Tindakan 5.1 Cara Pengumpulan Data Pelaksanaan kajian ini menggunakan dua kaedah dalam pengumpulan data iaitu pemerhatian dan ujian. Bagi melaksanakan pemerhatian, pengkaji menggunakan senarai semak sebagai panduan semasa intervensi dijalankan. Ujian yang dilakukan berbentuk pra dan post. Ujian pra dilaksanakan sebelum intervensi dijalankan manakala ujian post dilaksanakan setelah intervensi dijalankan.

5.2 Kitaran Kajian Jadual 2: Tindakan yang dilaksanakan ketika menjalankan intervensi Kitaran kajian Kitaran pertama Tindakan Senaman ringan: Murid diminta menggerakkan bahagian jari jemari tangan sebagai persediaan untuk aktiviti membutang baju Mengenal bahagian baju: Pengkaji memperkenalkan bahagian-bahagian bahu kepada murid. Analisis tugasan membutang baju: Pengkaji menerangkan cara membutang baju dengan bantuan gambar mengikut langkah. Terdapat 5 langkah dalam melaksanakan tugasan membutang ini. Aktiviti berpasangan: Murid dibahagikan kepada kumpulan berdua untuk membutang baju.

Kitaran kedua

Senaman ringan: Murid diminta menggerakkan bahagian jari jemari tangan sebagai persediaan untuk aktiviti membutang baju. Analisis tugasan membutang baju: Pengkaji menerangkan cara membutang baju dengan menambah satu lagi langkah membutang yang terakhir iaitu membutang mengikut urutan dari bawah ke atas. Pertandingan membutang baju: Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Murid diminta membutang baju seorang demi seorang. Kumpulan yang paling cepat menyelesaikan tugasan membutang dikira sebagai pemenang.

5.3 Keputusan Kajian a) Pemerhatian Secara keseluruhannya, hasil dari pemerhatian yang dijalankan mendapati bahawa penguasaan membutang murid semakin baik setelah intervensi dijalankan. Kemahiran motor halus murid didapati meningkat dan dapat murid membutang dengan lebih baik. Kaedah analisis tugasan yang dilaksanakan berjaya membantu murid meningkatkan kemahiran motor halus dalam aktiviti membutang baju.

b) Ujian Pra Dan Post

Rajah 1: Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Post Rajah 1 menunjukkan keputusan perbandingan skor yang diperolehi murid bagi ujian pra dan post. Keputusan pencapaian menunjukkan peningkatan bagi semua subjek setelah intervensi dijalankan. Murid dapat membutang dengan baik dan kemas kerana kemahiran motor halus mereka semakin meningkat. Murid B telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan kerana mampu menguasi sepenuhnya langkah-langkah dalam tugasan membutang baju kemeja. 6.0 Rumusan Pelaksanaan kaedah analisis tugasan sebagai intervensi dalam aktiviti membutang baju telah berjaya meningkatkan penguasaan motor halus murid. Murid dapat membutang baju kemeja dengan lebih kemas dengan menggunakan kaedah analisis tugasan ini. Selain itu juga, murid dapat membutang baju secara lebih tersusun dan sistematik bermula dari butang bawah hingga ke butang atas. Ini membuktikan secara jelas bahawa kemahiran motor halus murid dalam aktiviti membutang baju semakin berkesan dengan menggunakan kaedah analisis tugasan ini.

7.0 Cadangan Kajian Seterusnya Pengkaji mencadangkan agar kajian seterusnya menggunakan token ekonomi dalam memastikan murid lebih bersemangat dan memberi kerjasama yang baik terhadap guru. Setiap langkah yang dapat dikuasai perlu diberi peneguhan supaya murid lebih bermotivasi untuk menguasai langkah seterusnya dalam analisis tugasan membutang baju kemeja. Oleh sebab kaedah analisis tugasan ini berjaya membantu murid menguasai kemahiran motor halus mereka, pengkaji mencadangkan agar kaedah analisis tugasan ini digunapakai secara meluas dalam mengajarkan kemahiran- kemahiran lain. Hal ini kerana, tugasan yang telah dipecahkan kepada unit- unit kecil mampu membantu murid menguasai kemahiran tertentu dengan jayanya. 8.0 Rujukan Ismail Raduan, Santhi Periasamy (Eds.).(2012). Penyelidikan tindakan memperkasa pengajaran dan pembelajaran: Prosiding seminar penyelidikan tindakan pelajar PISMP ambilan Januari 2009, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, 2012. Kuala Lumpur, Malaysia Jamilla K. A. Mohamed (2008). Pendidikan untuk Kanak-kanak Istimewa. PTS Professional Publishing: Kuala Lumpur. Noresah. B et a l(2010). Kamus Dewan Edisi Empat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Sarkees, M & Scott, W. J. L. (1995). Vocational Special Needs. American Technical Publishers, inc Homewood, Illinois. Thirugnana Sambathan Muthusamy. (2009). Kaedah Pengajaran Khas Kemahiran Asas untuk Berdikari. Open University Malaysia, Selangor.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENAMBAH LINGKUNGAN 10 DALAM KALANGAN MURID SLOW LEARNER DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH CUISENAIRE Oleh NUR SOLEHAH BINTI AB.HALIM & MOHD YUSOF BIN MD NOOR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran menambah lingkungan 10 dalam kalangan murid Slow Learner dengan menggunakan kaedah Cuisenaire. Seramai dua orang murid Pendidikan Khaskategori Slow learner dari Kelas K1 Mawar telah dipilih untuk terlibat dalam kajian ini. Fokus kajian ini adalah untuk menilai sama ada penggunaan kaedah Cuisenaire dapat meningkatkan kemahiran menambah dalam lingkungan 10. Tinjauan awal mendapati mereka tidak dapat menjawab soalan penambahan tanpa bantuan oleh guru. Lebih-lebih lagi mereka tidak yakin untuk memberikan jawapan yang tepat. Bagi mengatasi masalah ini, penggunaan kaedah Cuisenaire digunakan dalam membantu murid-murid meningkatkan lagi penguasaan kemahiran menambah. Keputusan menunjukkan murid-murid berjaya menjawab soalan penambahan dalam lingkungan 10 dengan menggunakan kaedah Cuisenaire. Murid-murid juga didapati lebih menyukai kaedah ini dan lebih berkeyakinan untuk mempelajari kemahiran penambahan. Kata kunci: Kemahiran menambah lingkungan 10, Slow Learner, Cuisenaire 1.0 PENDAHULUAN Kebanyakan murid-murid bermasalah pembelajaran berhadapan dengan masalah dalam mempelajari Matematik (Deshler, Ellis dan Lenz, 1996). Manakala, Johnson dan Blalock (1987) pula menyatakan bahawa murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran dalam Matematik bukan sahaja bermasalah semasa pengajaran berlangsung, tetapi juga bermasalah semasa mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Para pendidik pula bersetuju bahawa penggunaan alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik banyak membantu untuk meningkatkan dan mempercepatkan lagi proses pemahaman dan penguasaan murid-murid terhadap kemahiran yang bakal diajar (Noraziah Abd. Hamid,1981). Guru haruslah memilih alat bantu mengajar dari pelbagai sumber dan mengintegrasikannya mengikut keperluan dan kebolehan murid-murid. Walaubagaimanapun, murid sering didapati menghadapi masalah dalam membina kefahaman untuk simbol Matematik yang sering di gunakan. Menurut Hiebert & Carpenter, 1992 ;Elif Yetkin 2003, murid sering membina kefahaman dengan mengaitkan simbol dengan persembahan yang lain contohnya bahan konkrit , gambar ataupun bahasa ibunda. Sebagai contohnya simbol + hanya akan mempunyai maksud jikalau kita membuat satu cerita mengenainya untuk memberikan maksud kepada simbol tersebut. Oleh itu, murid-murid haruslah mendapatkan pengalaman konkrit dahulu sebelum dibawa kepada konsep Matematik yang abstrak dan manipulasi. 2.0 FOKUS KAJIAN Pengkaji memilih untuk menumpukan penambahan dalam lingkungan 10 kerana ia tidak melibatkan nombor yang lebih besar. Penambahan ini juga tidak melibatkan kaedah pengumpulan semula. Pengkaji menyasarkan murid-murd dapat menguasai konsep asas penambahan sebelum ke kemahiran yang berikutnya. Kaedah yang ingin digunakan juga adalah kaedah Cuisenaire. Pengkaji tidak menggunakan kaedah pengiraan jari kerana murid mudah terkeliru semasa membuat pengiraan. Oleh itu, jawapan yang diberikan adalah tidak tepat. Pengkaji juga tidak menggunakan pengiraan menggunakan bahan maujud kerana ia menyebabkan murid tidak yakin semasa memindahkan atau memasukan daripada kumpulan A kepada kumpulan B. Hal ini menyebabkan murid tidak mempunyai keyakinan diri untuk menjawab dan sentiasa memberikan jawapan yang berubah-ubah.

Rasional penggunaan kaedah Cuisenaire ini juga adalah untuk membantu murid menggunakan bahan bantu untuk menjawab dengan tepat. Ini adalah sebagai angkah alternatif untuk mengukuhkan lagi kemahiran sedia ada untuk menambah. Ia juga diharapkan dapat menyerapkan satu persepsi positif dalam diri murid-murid bahawa mereka mampu menjawab soalan dengan betul. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN i. Objektif Umum: Objektif umum kajian ini adalah penggunaan kaedah Cuisenaire untuk meningkatkan kemahiran menambah dalam lingkungan 10 dalam kalangan murid Slow Learner. Objektif Khusus: a) Meningkatkan kemahiran menambah dalam lingkungan 10 menggunakan kaedah Cuisenaire. b) Murid dapat menambah dalam lingkungan 10 menggunakan kaedah Cuisenaire dengan berpandukan kad soalan yang diberi oleh guru setelah intervensi dijalankan.

ii.

4.0 KUMPULAN SASARAN Pengkaji memilih dua orang murid iaitu M1 dan M2 sebagai kumpulan sasaran untuk menjalakan intervensi kepada beliau. Rasional pemilihan kumpulan sasaran ini adalah disokong oleh analisis tinjauan awal. Pengkaji mendapati kedua-dua murid ini mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran menambah. Kenyataan ini juga disokong oleh guru Matematik kelas K1 Mawar menyatakan bahawa M1 dan M2 perlu diberi perhatian dalam kemahiran menambah. Analisis dokumen-dokumen seperti hasil lembaran kerja juga menunjukkan mereka telah menguasai konsep pranombor tetapi bermasalah dalam kemahiran menambah. Pengkaji berpendapat mereka tidak mempunyai asas yang kukuh bagi kemahiran ini. 5.0 PERLAKSANAAN TINDAKAN 5.1 Cara mengumpulkan data Pengkaji telah menyediakan ujian pra dan pasca). Kedua-dua ujian ini merupakan soalan yang sama tetapi digunakan pada masa yang berbeza. Hal ini disebabkan ujian pra dilaksanakan sebelum intervensi dijalankan manakala ujian pasca dijalankan selepas kedua-dua kitaran dijalankan. Keduadua ujian ini dilakukan untuk mendapatkan perbezaan skor sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Pengujianan ini penting untuk mengukur sejauh mana keberkesanan intervensi menggunakan kaedah Cuisenaire dalam meningkatkan kemahiran menambah murid sasaran. Ujian pencapaian pula dilaksanakan oleh murid sasaran untuk menguji kefahaman murid pada akhir sesuatu tajuk. Bagi konteks kajian ini, pengkaji mengadakan ujian pencapaian ini adalah untuk melihat penguasaan murid selepas menjalankan intervensi pada kitaran satu sebanyak empat kali interaksi. Pengkaji menjalankan pemerhatian ke atas murid-murid sasaran semasa menjalankan intervensi. Pemerhatian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pencapaian murid semasa proses intervensi. Selain itu juga, respon murid terhadap penggunaan kaedah Cuisenaire juga turut diperhatikan. Pengkaji membuat pemerhatian pada interaksi ketiga, dan interaksi keenam. Selain daripada pemerhatian dan juga ujian, pengkaji turut menyediakan lembaran kerja dan soalan kuiz untuk dijawab oleh murid sasaran. Latihan ini adalah sebagai satu langkah untuk mengukuhkan lagi pengajaran pada setiap kali intervensi dijalankan. Cara ini membantu pengkaji untuk mengesan kesalahan-kesalahan atau kelemahan yang dihadapi oleh murid sasaran semasa interaksi berlangsung. Oleh itu, pengkaji dapat memberi penekanan mengenai masalah yang dihadapi pada interaksi yang seterusnya.

5.2 Analisis tinjauan masalah Semua murid kelas K1 Mawar telah menjalankan ujian diagnostik untuk mendapatkan tahap penguasaan kemahiran-kemahiran asas dalam Matematik. Antara kemahiran yang diuji adalah Pranombor, Nombor Bulat dan Operasi Tambah 2 Digit. Berdasarkan ujian diagnostik yang dijalankan, pengkaji mendapati bahawa kesemua murid berjaya menjawab soalan Set A dengan tepat. Bagi soalan Set B pula, M1 mendapat markah yang terendah iaitu 35 daripada 48 markah dan M4 mempunyai hanya satu kesalahan sahaja. Walau bagaimanapun, M1 dan M2 menunjukkan keputusan yang agak mengejutkan kerana masing-masing tidak dapat menjawab kesemua soalan dalam Set C. Keputusan ujian diagnostik menunjukkan bahawa M1 dan M2 lemah dalam kemahiran menambah berbanding daripada murid-murid yang lain. Begitu juga berdasarkan temubual yang dijalankan bersama guru Matematik. Berdasarkan ujaran Guru X, beliau menyatakan terdapat dua orang murid agak lemah dalam mempelajari kemahiran menambah. Murid tersebut adalah M1 dan M2. Kedua-dua murid ini agak ketinggalan semasa pengajaran berlangsung berbanding murid-murid yang lain. Hal ini juga dibuktikan apabila pengkaji turut mendapatkan maklumat mereka daripada hasil lembaran kerja dan juga ujian-ujian yang pernah mereka laksanakan. Oleh itu, pengkaji telah memutuskan untuk memilih M1 dan M2 sebagai subjek kajian. 5.3 Tindakan mengatasi masalah Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji telah menjalankan intervensi sebanyak dua kitaran iaitu selama tiga minggu. Intervensi ini melibatkan sebanyak enam kali interaksi. Pada kitaran pertama, murid dibiasakan dengan kaedah Cuisenaire manakala pada kitaran kedua adalah penambahbaikan terhadap rod yang digunakan berserta penyediaan kad soalan untuk membantu murid dalam meningkatkan keyakinan dan kecekapan murid dalam menjawab soalan Matematik. Berikut adalah rajah yang menunjukkan kedua-dua kitaran:

5.4 Keputusan kajian

40 30
20

M1 M2 Ujian Pra Ujian Pasca

10 0

Rajah 3: Graf Perbandingan Ujian Pra dan Pasca Berdasarkan jadual dan graf yang ditunjukkan M1 memperoleh hanya mendapat kutipan skor sebanyak 10% sahaja iaitu sebanyak 5 daripada 15 soalan sahaja dapat dijawab dengan betul. Namun demikian, M1 menunjukkan peningkatan sebanyak 64.3% dalam ujian pasca. Hal ini kerana beliau berjaya menjawab 14 daripada 15 soalan dengan betul. Jadual juga menunjukkan M2 memperoleh keputusan 10% sahaja dalam ujian pra, tetapi menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu sebanyak 67% dalam ujian pasca. M2 mendapat keputusan 30% iaitu dapat menjawab kesemua soalan dengan betul. Berpandukan panduan skala pencapaian murid tersebut, kedua-dua mereka dilihat meningkat dengan baik sekali kerana menunjukkan prestasi daripada sederhana kepada cemerlang. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat peningkatan yang mendadak sebelum dan selepas intervensi yang dijalankan dengan menggunkan kaedah Cuisenaire ini. Perbezaan ketara ini telah dibuktikan dalam kedua-dua ujian ini. 5.5 Rumusan kajian Secara keseluruhan, hasil dapatan kajian yang telah dianalisis telah berlaku peningkatan dalam penguasaan kemahiran menambah dalam lingkungan 10 dengan menggunakan kaedah Cuisenaire. Pada kitaran pertama telah menunjukkan peningkatan yang positif terhadap hasil ujian dan juga lembaran kerja yang diberikan. Pada kitaran kedua pula menunjukkan kesinambungan daripada kitaran kajian pertama untuk menambahkan lagi kemahiran sedia ada mereka. Penambahbaikan mengenai strategi pengajaran dan juga bahan pengajaran dapat membantu murid terus menunjukkan potensi yang semakin meningkat. Melalui kad soalan yang diberikan, murid lebih berfokus tanpa tekanan soalan banyak. Selain itu juga, nombor yang terdapat pada rod Cuisenaire juga dapat membantu murid mempercepatkan lagi murid menjawab soalan. Pengkaji juga mendapati murid menunjukkan minat dan juga keyakinan yang tinggi untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan. Jelaslah bahawa pengajaran menggunakan kaedah ini lebih menarik dan membantu murid untuk menjawab soalan penambahan. Beberapa permasalahan dapat dikesan semasa menjalankan kitaran kajian 1. Penambahbaikan mengenai strategi pengajaran dan juga bahan pengajaran dapat membantu murid terus menunjukkan potensi yang semakin meningkat. Melalui kad soalan yang diberikan, murid lebih berfokus tanpa tekanan soalan banyak. Selain itu juga, nombor yang terdapat pada rod Cuisenaire juga dapat membantu murid mempercepatkan lagi murid menjawab soalan. Pengkaji juga mendapati murid menunjukkan minat dan juga keyakinan yang tinggi untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan. Jelaslah bahawa pengajaran menggunakan kaedah ini lebih menarik dan membantu murid untuk menjawab soalan penambahan.

5.6 Refleksi kajian Pada akhir kajian ini, pengkaji sangat berpuas hati terhadap pencapaian yang diperolehi oleh murid dengan menggunakan kaedah Cuisenaire ini. Meskipun pelbagai masalah yang dihadapi seperti kehadiran murid dan juga penggunaan bahan, ia masih tidak menggangu proses pembelajaran murid. Murid juga masih menunjukkan minat dan perubahan positif dalam menjawab soalan penambahan ini. Keseluruhannya, kajian ini telah berjaya menjawab persoalan awal kajian ini. 6.0 CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA Pengkaji mencadangkan untuk melakukan modifikasi terhadap rod Cuisenaire agar dapat digunakan oleh pelbagai tahap dengan menggabungkan kaedah-kaedah permainan yang lain seperti Dotty Dominoes, Highways Numbers, dan juga permainan interaktif. RUJUKAN Deshler, Ellis & Lenz (1996), Teaching Mathematics. London: Routledge-Falmer Hiebert, J. & Carpenter, T. P. (1992). Learning and teaching with understanding. In Grouws, D. A. (Ed.) Handbook of Research on Mathematics Teaching and Learning (pp. 65-97). New York: MacmillanIDEA (1990).Education of all handicapped children act. Johnson, D.J., & Blalock, J.W. (Eds.) (1987). Adults with learning disabilities: clinical studies . Orlando, FL, Grune & Stratton.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS SECARA KEMAS HURUF KECIL VOKAL DAN KONSONAN b, d, h, k, l DAN t DALAM PERKATAAN KV+KV BAGI MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN KAEDAH PENULISAN BERPERINGKAT OLEH : NURADIBAH BINTI RAMLI & HAYATI BT MAT YUSOF INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauhmanakah keberkesanan kaedah penulisan berperingkat dalam membantu meningkatkan kemahiran menulis secara kemas huruf kecil vokal dan konsonan b, d, h, k, l dan t dalam perkataan kv+kv bagi murid bermasalah pembelajaran. Subjek kajian dalam kajian ini terdiri daripada dua orang murid dari kelas PPKI K3 yang memperoleh markah terendah dalam Ujian Diagnostik-Instrumen Pentaksiran Kemahiran Menulis (Menulis Huruf Kecil) yang lalu. Data dikumpulkan melalui Ujian Pra dan Pasca, pemerhatian serta analisis dokumen. Hasil analisis data mendapati bahawa kedua-dua orang subjek kajian menunjukkan peningkatan markah selepas intervensi dijalankan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kaedah penulisan berperingkat sangat berkesan dalam meningkatkan kemahiran menulis secara kemas huruf kecil vokal dan konsonan b, d, h, k, l dan t dalam perkataan kv+kv bagi murid bermasalah pembelajaran. Kata kunci : kemahiran menulis, huruf kecil, murid bermasalah pembelajaran, kaedah penulisan berperingkat 1.0 PENGENALAN Pengkaji telah menjalankan kajian di salah sebuah sekolah rendah dalam daerah Hulu Selangor. Murid-murid bermasalah pembelajaran yang berkefungsian tinggi mempunyai tulisan yang sangat tidak kemas khususnya dari segi menulis bentuk huruf dalam perkataan. Murid-murid di sini bermasalah untuk membentuk huruf dengan jelas, tepat dan betul. Mereka juga menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan serta kebanyakan huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan) yang sepatutnya. Kaedah penulisan berperingkat telah digunakan oleh pengkaji bagi mengatasi masalah ini. Kaedah ini bersesuaian dengan pendekatan Pembelajaran Masteri yang diperkenalkan oleh Benjamin Bloom dan teori Konstruktivisme. Menurut Bloom (1968), Pembelajaran Masteri merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar. Menurut Anderson dan Block (1975), Pembelajaran Masteri ialah satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten. Idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik, membantu murid apabila menghadapi masalah pembelajaran serta memperuntukkan masa yang mencukupi untuk murid mencapai masteri berpadukan kriteria yang jelas. 2.0 FOKUS KAJIAN Kajian ini berfokuskan kepada meningkatkan kemahiran menulis secara kemas huruf kecil vokal a, e, i, o dan u serta konsonan b, d, h, k, l dan t dalam perkataan kv+kv bagi murid bermasalah pembelajaran dengan menggunakan kaedah penulisan berperingkat. Murid bermasalah pembelajaran sering menulis huruf-huruf ini dalam keadaan dan bentuk yang sukar dibezakan. Mereka menulis huruf-huruf kecil dengan ketinggian dan saiz yang sama dalam garisan. Kesimpulannya, tulisan murid-murid ini dalam membentuk perkataan kv+kv yang melibatkan huruf kecil vokal a, e, i, o dan u serta konsonan b, d, h, k, l dan t adalah tidak kemas dan sukar untuk dibaca. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif Umum Meningkatkan kemahiran menulis secara kemas huruf kecil vokal dan konsonan b, d, h, k, l dan t dalam perkataan kv+kv bagi murid bermasalah pembelajaran menggunakan kaedah penulisan berperingkat.

Objektif khusus Murid-murid dapat menyalin semula perkataan kv+kv dengan kemas menggunakan kaedah penulisan berperingkat. Murid-murid dapat menulis perkataan kv+kv yang dieja oleh guru dengan kemas menggunakan kaedah penulisan berperingkat. 4.0 KUMPULAN SASARAN
Murid Jantina Masalah Umur Bil. adik beradik Taraf keluarga Penguasaan kemahiran menulis Tidak dapat untuk menulis dan membentuk huruf mengikut arah yang betul serta masih keliru menulis huruf kecil dan huruf besar. Ciri lain

lelaki

lembam

8thn

3 drpd 6

Luar bandar, pendapatan rendah

-dapat ikut arahan dengan baik -cepat hilang fokus apabila P&P terlalu lama hingga menyebabkan dia mula bercakap-cakap

perempuan

lembam

11thn

Bongsu drpd 4

Luar bandar, pendapatan tinggi

Tidak dapat untuk menulis dan membentuk huruf mengikut arah yang betul serta masih keliru menulis huruf kecil dan huruf besar.

-dapat melakukan aktiviti tetapi perlu sentiasa dibimbing dan diberi perhatian oleh pengkaji

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN 5.1 Cara mengumpul data Pengkaji telah mengumpul data untuk melihat keberkesanan kaedah penulisan berperingkat ini menggunakan tiga cara iaitu ujian, pemerhatian serta analisis dokumen. Dua jenis ujian telah digunakan iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca kemahiran menulis bentuk huruf kecil vokal dan konsonan b, d, h, k, l dan t dalam perkataan kv+kv dengan kemas. Pemerhatian berstuktur berdasarkan senarai semak juga telah digunakan. Melalui analisis dokumen pula, pengkaji telah menganalisis latihan penilaian bagi kedua-dua orang subjek kajian ini ketika sesi interaksi intervensi sedang dijalankan. 5.2 Analisis tinjauan awal Tinjauan awal telah dilakukan menggunakan tiga cara iaitu ujian diagnostik-instrumen pentaksiran kemahiran menulis (menulis huruf kecil), pemerhatian serta analisis dokumen. Berdasarkan kepada analisis tinjauan awal yang dilakukan, murid-murid daripada kelas K3 ini memang mempunyai masalah dalam menulis bentuk huruf kecil vokal dan konsonan berbentuk bulat iaitu huruf b dan d serta konsonan tinggi iaitu huruf h, k, l dan t dalam perkataan kv+kv dengan kemas. Intervensi yang sesuai seperti kaedah penulisan berperingkat ini perlu dilaksanakan untuk membantu menyelesaikan masalah ini. Hasil analisis tinjauan awal ini juga telah membantu pengkaji dalam menentukan subjek kajian atau kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini. dua orang murid daripada kelas K3 telah dipilih untuk menjadi subjek kajian bagi kajian ini.

5.3 Tindakan menangani masalah

Refleksi Merancang Subjek kajian menunujukkan peningkatan menulis huruf kecil vokal secara kemas dan konsonan b, d, h, k, l dan t dalam perkataan kv+kv apabila terdapat contoh yang disediakan dalam buku tulisan bergaris empat serta apabila mendapat bimbingan secara individu daripada guru Kaedah penulisan berperingkat dalam meningkatkan kemahiran menulis secara kemas huruf kecil vokal dan konsonan b, d, h, k, l dan t dalam perkataan kv+kv

KITARAN 1 Bertindak Pemerhatian Subjek kajian dapat menulis huruf kecil vokal secara kemas dan konsonan b, d, h, k, l dan t dalam perkataan kv+kv berdasarkan contoh yang disediakan Menjalankan intervensi menggunakan kaedah penulisan berperingkat(ada contoh huruf dalam buku tulisan bergaris empat)

Refleksi Penguasaan kemahiran menulis huruf kecil vokal secara kemas dan konsonan b, d, h, k, l dan t dalam perkataan kv+kv semakin baik

Merancang Kaedah penulisan berperingkat dalam meningkatkan kemahiran menulis secara kemas huruf kecil vokal dan konsonan b, d, h, k, l dan t dalam perkataan kv+kv tanpa contoh huruf disediakan

KITARAN 2 Bertindak Pemerhatian Subjek kajian dapat menulis huruf kecil vokal secara kemas dan konsonan b, d, h, k, l dan t dalam perkataan kv+kv apabila dibimbing secara individu oleh guru Menjalankan intervensi menggunakan kaedah penulisan berperingkat (tiada lagi contoh huruf, guru menyebutkan huruf secara lisan)

5.4 Keputusan kajian Ujian Pra dan Pasca Graf di bawah menunjukkan perbandingan peratus Ujian Pra dengan Ujian Pasca dalam kitaran 1 dan 2 :

Pemerhatian kitaran 1
KEMAHIRAN 1)Dapat menyambung titik dalam buku tulisan bergaris empat bagi membentuk huruf kecil vokal a, e, i, o dan u seperti yang terdapat dalam contoh 2)Mampu menulis semula dengan kemas huruf kecil vokal a, e, i, o dan u seperti yang terdapat dalam contoh tanpa garisan titik-titik 3)Dapat menyambung titik dalam buku tulisan bergaris empat bagi membentuk huruf kecil konsonan b, d, h, k, l dan t seperti yang terdapat dalam contoh 4)Mampu menulis semula dengan kemas huruf kecil konsonan b, d, h, k, l dan t seperti yang terdapat dalam contoh tanpa garisan titik-titik 5)Dapat menyambung titik huruf kecil vokal dan konsonan dalam buku tulisan bergaris empat bagi membentuk suku kata kv seperti yang terdapat dalam contoh 6)Mampu menulis semula dengan kemas huruf kecil vokal dan konsonan dalam buku tulisan bergaris empat bagi membentuk suku kata kv seperti yang terdapat dalam contoh tanpa garisan titik-titik 7)Dapat menyambung titik huruf kecil vokal dan konsonan dalam buku tulisan bergaris empat bagi membentuk perkataan kv+kv seperti yang terdapat dalam contoh 8)Mampu menulis semula dengan kemas huruf kecil vokal dan konsonan dalam buku tulisan bergaris empat bagi membentuk perkataan kv+kv seperti yang terdapat dalam contoh tanpa garisan titik-titik SUBJEK KAJIAN Murid A Murid B Berjaya Berjaya

Berjaya Berjaya

Berjaya Berjaya

Berjaya Berjaya

Berjaya Berjaya

Berjaya

Berjaya

Berjaya

Berjaya

Berjaya

Berjaya

Pemerhatian kitaran 2
KEMAHIRAN 1) Mampu menulis semula dengan kemas huruf kecil vokal a, e, i, o dan u dalam buku tulisan bergaris empat berdasarkan sebutan lisan pengkaji 2) Mampu menulis semula dengan kemas huruf kecil konsonan b, d, h, k, l dan t dalam buku tulisan bergaris empat berdasarkan sebutan lisan pengkaji 3) Mampu menulis semula dengan kemas huruf kecil vokal dan konsonan dalam buku tulisan bergaris empat bagi membentuk suku kata kv berdasarkan sebutan lisan pengkaji 4) Mampu menulis semula dengan kemas huruf kecil vokal dan konsonan dalam buku tulisan bergaris empat bagi membentuk perkataan kv+kv berdasarkan sebutan lisan pengkaji. SUBJEK KAJIAN Murid A Murid B Berjaya Berjaya

Berjaya

Berjaya

Kurang berjaya

Kurang Berjaya Kurang Berjaya

Kurang berjaya

Analisis dokumen Graf menunujukkan perbandingan keputusan analisis dokumen hasil kerja subjek kajian dari segi menulis bentuk huruf kecil dalam perkataan kv+kv dengan kemas dalam kitaran 1 dan 2 :

5.5 Rumusan kajian Persoalan kajian yang pertama adalah tentang adakah murid-murid dapat menyalin semula perkataan kv+kv dengan kemas menggunakan kaedah penulisan berperingkat ? Jawapannya ialah kedua-dua orang subjek kajian dapat menulis atau menyalin semula bentuk huruf kecil vokal dan konsonan b, d, h, k, l dan t dalam perkataan kv+kv berdasarkan contoh yang telah disediakan dengan kemas. persoalan kajian yang kedua adalah tentang adakah murid-murid dapat menulis perkataan kv+kv yang dieja oleh guru dengan kemas menggunakan kaedah penulisan berperingkat ? Jawapannya ialah kedua-dua orang subjek kajian dapat menulis bentuk huruf vokal dan konsonan b, d, h, k, l dan t dalam perkataan kv+kv dengan kemas berdasarkan sebutan guru atau pengkaji secara lisan. 5.6 Refleksi Prestasi murid bermasalah pembelajaran dalam menulis secara kemas huruf kecil vokal dan konsonan b, d, h, k, l dan t dalam perkataan kv+kv meningkat dengan pengaplikasian kaedah penulisan berperingkat. Namun, murid masih memerlukan bimbingan dan pemantauan daripada pengkaji untuk menulis dengan kemas. Latih tubi akan diberikan dengan lebih banyak untuk memahirkan mereka menulis secara kemas tanpa bimbingan daripada pengkaji lagi. 6.0 CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA Kaedah penulisan berperingkat ini boleh menggunakan pelbagai jenis buku tulisan. Peneguhan diberikan di setiap peringkat penulisan yang berjaya dicapai dengan baik oleh subjek kajian

RUJUKAN Anderson, & Block. (1975). Mastery Learning. Diperolehi pada Februari 27, 2013 dari faculty.univ.edu/ Bloom. (1968). Learning for mastery. Diperolehi pada februari 27, 2013 dari http://www.eric.ed.gov/ Bloom. (1968). Learn To Mastery. Diperolehi pada Februari 28, 2013 dari ruby.fgcu.edu/

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBERUS GIGI MURID SINDROM DOWN KELAS EFISYEN MENGGUNAKAN KAEDAH ANALISIS TUGASAN Oleh: NURAISYAH ADNIE BINTI ABD. RAHMAN & ZAKARIA BIN MAT KHAZANI (Ph.D), SANTHI A/P PERIASAMY INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran memberus gigi murid Sindrom Down melalui kaedah analisis tugasan. Kajian ini telah dilaksanakan di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur. Fokus kajian adalah untuk menentukan sejauh mana keberkesanan kaedah analisis tugasan dalam meningkatkan kemahiran memberus gigi. Tinjauan awal mendapati sebahagian murid-murid kelas Efisyen tidak memberus dengan bersih dan sering meninggalkan langkah-langkah dalam kemahiran memberus gigi. Subjek kajian terdiri daripada dua orang murid dari kelas ini. Kedua-dua mereka mempunyai masalah Sindrom Down tahap rendah. Oleh itu intervensi dengan menggunakan kaedah analisis tugasan telah digunakan bagi meningkatkan kemahiran memberus gigi mereka. Pengkaji telah menggunakan carta aliran bergambar dan model gigi sebagai bantuan ketika kaedah analisis tugasan ini dijalankan. Instrumeninstrumen yang bersesuaian telah digunakan iaitu ujian yang terdiri daripada Ujian Pra, Ujian Pencapaian dan Ujian Pasca, pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Hasil dapatan kajian menunjukkan peningkatan di mana kedua-dua subjek kajian dapat memberus dengan bersih tanpa meninggalkan langkah dalam kemahiran memberus gigi. Kata Kunci : Sindrom Down, Kemahiran Memberus Gigi, Kaedah Analisis Tugasan 1.0 PENDAHULUAN Kepentingan penjagaan gigi terbukti melalui program perkhidmatan gigi yang dijalankan di sekolah. Subjek pengurusan diri yang digubal dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pendidikan khas dengan tujuan membimbing murid mengamalkan kebersihan dan kesihatan diri untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Brolin (1989) menyatakan bahawa ia adalah penting bagi kehidupan berdikari individu yang bekeperluan khas untuk mendapatkan penjagaan kesihatan melalui kemahiran mengurus diri. Flynn (2011) menyatakan bahawa mengajar kemahiran dalam kehidupan seharian mungkin sedikit mencabar kerana ia melibatkan pembinaan analisis tugasan. Ini bermakna kemahiran itu perlu di pecah kepada langkah yang terperinci. Menurut Janice (2011), kemampuan anak Sindrom Down dari segi pembelajaran, pembesaran, pemikiran dan kebolehan bertindak balas adalah kurang berbanding dengan anak normal. Oleh itu, pendekatan yang sesuai termasuklah penggunaan analisis tugasan dan latihan yang spesifik kepada setiap komponen yang terdapat dalam analisis tugasan boleh dijalankan. Perbezaan individu perlu diambil kira supaya setiap aktiviti dapat disusun mengikut tahap keupayaan masing-masing. Mengikut Teori Konstruktivisme, untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Guru bertanggungjawab membimbing dan membantu murid mempelajari sesuatu pelajaran dengan bermakna. Murid harus membina fahaman sendiri. Oleh itu pengkaji akan mengajar secara berperingkat. Pembelajaran harus melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Pendekatan Pembelajaran Masteri merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan. Pendekatan melibatkan proses pembahagian kemahiran kepada beberapa komponen atau langkah mudah yang dapat dikuasai dan dipelajari oleh seseorang murid. Kaedah analisis tugasan membantu guru menyusun atur kemahiran yang hendak diajar, memberi latihan yang konsisten dan nilai tahap pencapaian murid. Teknik demonstrasi juga digunakan untuk mengajar kemahiran mengurus diri mengikut analisis tugasan ini. Menurut Bandura dalam Teori Pembelajaran Sosial, proses meniru perilaku dan sikap seorang model merupakan salah satu proses pembelajaran. Melalui proses tersebut akan terjadi

interaksi timbal balik antara kognitif, lingkungan, dan perilaku. Mengikut Teori Pelaziman Klasik Pavlov, gerak balas positif murid dapat dipupuk melalui pelaziman klasik. Rangsangan dan gerak balas yang boleh digunakan dalam kajian ini adalah melalui gambar berturutan dan video cara memberus gigi. Setiap gambar melambangkan langkah yang perlu dilakukan. Pecahan dan pergerakan langkah diharap dapat membantu murid berkeperluan khas ini dalam memberus gigi dengan cara yang betul. Bantuan akan diberikan sepenuhnya pada peringkat awal, yang akan dikurangkan secara beransur-ansur sehingga murid tersebut boleh berdikari dengan sendirinya. 2.0 FOKUS KAJIAN Fokus kajian ini berkaitan kemahiran memberus gigi bagi murid Down Sindrom. Antara isu yang dikenal pasti adalah murid tidak mengikuti urutan dan kerap meninggalkan kemahiran dalam memberus gigi. Pengkaji mendapati terdapat guru-guru dan murid-murid perdana yang menjauhi murid-murid ini kerana keadaan mengurus diri yang agak lemah bagi murid-murid ini. Sesungguhnya, kemahiran mengurus diri adalah penting untuk diajar kepada murid bekeperluan khas sehingga mereka dapat berdikari melakukannya. Murid dikenal pasti tidak memberus gigi dengan bersih. Ini menyebabkan mereka mempunyai masalah nafas bau. Ini juga memberikan implikasi pada kesihatan dan pertuturan mereka. Tiga cara pengumpulan data digunakan untuk mengesahkan tahap pencapaian murid. JADUAL1 Cara pengumpulan data Langkah Langkah 1 Cara penilaian Pemerhatian Sasaran Murid-murid di kelas Efisyen Tujuan Senarai semak aktiviti murid : untuk mengesan masalah dalam sesuatu langkah kemahiran memberus gigi Senarai semak tingkah laku murid : untuk mengenal pasti tingkah laku yang ditunjukkan murid apabila kemahiran memberus gigi diajar Untuk lebih mengenali diri subjek kajian

Langkah 2

Temu bual

Guru mata pelajaran Pengurusan diri Subjek kajian

Langkah 3

Analisis dokumen

Mengkaji sukatan Pengurusan kehidupan, menyemak rekod kesihatan dan prestasi akademik subjek kajian

3.0 OBJEKTIF KAJIAN a) Objektif Umum Meningkat kemahiran menggosok gigi murid Sindrom Down menggunakan kaedah analisis tugasan. Objektif Khusus i) Memberus gigi dengan betul dan mengikut urutan langkah-langkah memberus gigi berdasarkan analisis tugasan berbantukan carta aliran ii) Mengikuti dan menguasai kemahiran-kemahiran kecil langkah-langkah memberus gigi berdasarkan bantuan gambar/ penggunaan analisis tugasan iii) Meningkatkan kebersihan penjagaan gigi menggunakan analisis tugasan berdasarkan analisis tugasan. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian tindakan ini melibatkan dua murid Sindrom Down dari kelas Efisyen iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN a) Pelaksanaan Tindakan


KITARAN PERTAMA KITARAN KEDUA

Rajah 1. Model Stephen Kemmis yang dilaksanakan 6.0 CARA PENGUMPULAN DATA JADUAL2 Cara pengumpulan data
KAEDAH Ujian Pra KITARAN 1 Pra Bancian Penjaga Pemerhatian Analisis dokumen (susun gambar) Ujian Penilaian KITARAN 2 Pemerhatian Analisis dokumen skill game) (life Borang bancian Senarai semak analisis tugasan Borang skor markah INSTRUMEN Kertas ujian dan senarai semak kemahiran

Kertas ujian dan senarai semak kemahiran Senarai semak analisis tugasan, senarai bahagian gigi dan borang kekerapan memberus Borang skor markah permainan life skill semak

Pasca Bancian ibu bapa Ujian Pasca

Borang bancian Kertas ujian dan senarai semak kemahiran

7.0 KEPUTUSAN KAJIAN


Analisis Keputusan Ujian
100% 90% 80% 70% 60% 50% 40% 30% 20% 10% 0% 5

Keputusan Bancian Penjaga

Maklumbala Bancian

Markah (%)

4 3 2 1
0 Soalan Soalan Soalan Soalan Soalan 1 2 3 4 5

Pra Bancian (Subjek kajian 1) Pasca Bancian ( Subjek kajian 1) Pra Bancian (Subjek kajian 2)

Subjek 1 27% 63%


89%

Subjek 2 40% 74%


97%

Ujian Pra Ujian Penilaian


Ujian Pasca

Rajah 2. Perbandingan keputusan ujian

Rajah 3. Perbandingan bancian ibu bapa

Kategori Tanpa Bantuan 19 18 17 16 15 14 13 12 11 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 0 Sesi 1Sesi 2Sesi 3Sesi 4Sesi 5 19 18 17 16 15 14 13 12 11 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 0

Kategori Tanpa Bantuan

Langkah

Langkah

Subjek Kajian 1 Subjek Kajian 2

Subjek Kajian 1 Subjek Kajian 2

Sesi 1 Sesi 2 Sesi 3 Sesi 4 Sesi 5

Rajah 4. Kategori tanpa bantuan (Kitaran 1)

Rajah 5. Kategori tanpa bantuan (Kitaran 2)

Kekerapan Memberus Gigi di Bahagian Dalam


kekerapan memberus

Kekerapan Memberus Gigi di Bahagian Hadapan


Kekerapan memberus

20 15 10 5 0 Subjek 1 Subjek 2 Sesi 1 Sesi 2 Sesi 3 Sesi 4 Sesi 5 3 10 7 10 12 12 12 14 12 15

20 15 10 5 0 Subjek 1 Subjek 2 Sesi 1 6 10 Sesi 2 10 15 Sesi 3 10 15 Sesi 4 11 16 Sesi 5 13 15

Rajah 6. Perbandingan keputusan ujian

Rajah 7. Perbandingan keputusan ujian

8.0 RUMUSAN KAJIAN Melalui penilaian-penilaian yang dijalankan, pengkaji dapat membuat rumusan bahawa analisis tugasan yang memecahkan kemahiran besar kepada kemahiran-kemahiran kecil membantu murid menguasai kemahiran memberus gigi. Ini disokong oleh Wircenski M.S & Scott.J.L ( 1995) yang menyatakan pengajaran untuk mengajar murid yang kurang upaya termasuklah pendekatan langkah demi langkah , demonstrasi dan pembinaan analisis tugasan. Pengajaran kemahiran seperti ini dapat membantu untuk meningkatkan kemajuan diri pada kadar pembelajaran murid kurang upaya ini Poche et al. (1982) menyatakan untuk memberus gigi dengan bersih, berus gigi harus dipegang pada sudut 45 darjah dari permukaan gigi. Menurut beliau lagi, semua permukaan gigi harus diberus dengan lembut dalam urutan. Berdasarkan intervensi kitaran dua, pengkaji memecahkan analisis tugasan kepada langkah yang lebih kecil. Murid dikehendaki memberus di bahagian-bahagian gigi. Bahan bantu mengajar iaitu model gigi digunakan dalam analisis tugasan ini. Pengkaji menyediakan borang senarai semak dan borang kekerapan subjek kajian memberus gigi. Hasil dapatan diterjemahkan kepada graf. Pengkaji dapat melihat peningkatan dalam graf. Ini membuktikan yang murid memberus gigi dan mengambil kira bahagian-bahagian yang perlu diberus. Kekerapan memberus yang berulang membuktikan murid dapat memberus dengan bersih.

Refleksi selepas kajian Beberapa kekuatan dan kelemahan dapat dikenal pasti. Kekuatan yang pertama adalah kolaborasi yang baik antara pengkaji dengan pihak sekolah, penjaga subjek kajian dan rakan-rakan pengkaji. Perbincangan dan temu bual antara guru dan penjaga subjek kajian juga berjalan lancar sekali gus merapatkan hubungan antara pengkaji dengan mereka. Kedua-dua subjek kajian pula memberikan kerjasama yang baik dan teruja semasa intervensi berlangsung. Melalui kajian tindakan yang dijalankan, pengkaji dapat mengenal pasti kaedah dan teknik pengajaran yang berkesan untuk dilaksanakan terhadap murid-murid pendidikan khas. Sebelum ini, pengkaji sendiri kurang memahami makna kaedah analisis tugasan. Pengajaran subjek-subjek kemahiran kepada murid-murid juga kebanyakannya hanya dengan menggunakan kaedah demonstrasi. Melalui kajian tindakan ini, pengetahuan pengkaji tentang kaedah ini semakin bertambah dan berkembang. Di samping itu pengkaji dapat mempraktikkan suatu nilai yang sering dipandang remeh dan jarang diamalkan iaitu pujian. Pujian kepada murid lebih-lebih lagi murid istimewa adalah penting kerana mereka amat memerlukan pemerhatian dan manja. Pujian adalah dorongan yang membuatkan mereka bermotivasi dalam menjalankan tugasan yang diberikan. Ini membuatkan pengkaji sedar bahawa menghargai dan memberi penghargaan kepada murid atas usaha dan kesungguhan mereka membuatkan mereka lebih yakin dan seronok dalam menjalankan tugasan yang diberikan. Elemen penyayang ini perlu ada pada setiap guru. Sepanjang menjalankan kajian ini juga, terdapat masalah yang dihadapi pengkaji. Bahan bantu mengajar yang pengkaji sediakan iaitu carta alir agak panjang. Ini mengambil masa untuk pengkaji membuat persediaan setiap kali intervensi berjalan. Carta alir yang memerlukan murid untuk menyusun gambar pula pada mulanya mengelirukan subjek kajian kerana ia tidak selaras dengan carta yang ditampal. 9.0 i. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Perlaksanaan intervensi

Guru bolehlah menyediakan modul penggunaan teknik analisis tugasan dalam pengajaran dan pembelajaran secara lebih terancang dan teratur. Di samping itu, unsur warna yang menarik perhatian seperti peta minda, pengurusan grafik dan carta berwarna boleh digunakan kerana ia amat sesuai untuk meningkatkan rangsangan kanak-kanak. ii. Pembelajaran dan pengajaran lain selain mata pelajaran Pengurusan Diri

Pengkaji mencadangkan supaya kajian seterusnya ini dilaksanakan kepada semua murid bermasalah pembelajaran. Kaedah analisis tugasan ini boleh dijalankan bagi semua tajuk dalam pengurusan diri seperti mendobi, membersihkan bilik, membutang baju dan lain-lain. Di samping itu, kaedah analisis tugasan juga sesuai digunakan bagi subjek lain seperti Kemahiran Hidup dan Pengurusan Tingkah Laku . Hal ini kerana subjek-subjek ini juga mempunyai kemahiran besar yang boleh di pecahpecahkan kepada kemahiran kecil. Kemahiran yang dipecahkan ini lebih difahami dan dapat dilaksanakan satu persatu oleh murid bermasalah pembelajaran ini. Kaedah ini juga sesuai digunakan oleh ibu bapa murid di rumah untuk mengajar anak mereka. RUJUKAN Brolin, D. E. (1989). Life Centered Career Education: A Competency Based Approach (3rd ed.). Reston, VA: The Council for Exceptional Children Flynn, K. (2011). Build independence with various daily living skills. Muat turun pada 2 Febuari. http://tips4specialkids.com/2011/07/25/build-independencewith various-daily-living-skills/ Janice Ng (2011, Mac 2011). Beri Keyakinan Kepada Anak Sindrom Down. Diperoleh dari http://www.pdknet.com.my/web/index.php?module Poche, C., McCubbrey, H., & Munn, T. (1982). The development of correct toothbrushing technique in preschool children. Journal of Applied Behavior Analysis, 15, 315-320.

MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBENDAHARAAN KATA BAHASA MELAYU DI DALAM KALANGAN MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN KAEDAH BINA KATA

Oleh NURUL ATIQ BINTI ISHAK & CHIANG EE FONG (Ph.D) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR

ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan pembendaharaan kata murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran dalam subjek bahasa melayu melalui kaedah permainan bahasa bina kata. Kajian ini dijalankan ke atas 4 orang murid bermasalah pembelajaran yang mempunyai masalah penguasaan kosa kata. Kajian ini berfokus untuk menilai sama ada penggunaan kaedah permainan bahasa bina kata memberi kesan yang posiitif dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu. Tinjauan awal telah dijalankan menggunakan ujian diagnostik dan analisis dokumen. Dapatan tinjauan awal menunjukkan subjek kajian mempunyai masalah penggunaan kosa kata. Oleh itu, pengkaji menggunakan kaedah permainan bahasa bina kata sebagai intervensi untuk mengatasi masalah ini dan ia dijalankan selama tiga minggu. Data dikumpulkan melalui ujian pra, ujian pasca, pemerhatian dan analisis dokumen. Hasil analisis data mendapati subjek kajian menunjukkan peningkatan yang positif dalam ujian pasca. Dapatan ujian dan pemerhatian menunjukkan murid sangat mudah menguasai kosa kata melalui kaedah permainan bahasa Bina Kata. Cadangan kajian seterusnya, pengkaji ingin menggunakan kaedah permainan bahasa Bina Kata ini untuk mengimprovisasi kefahaman konsep dan makna kosa kata melalui penggolongan kata. 1.0 PENDAHULUAN Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kekuatan dan kelemahan yang ada bersama mereka. Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya memikirkan bahawa mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai strategi dan seterusnya kreatif dalam pengajaran bagi membantu kanak-kanak ini melalui menjalani kehidupan secara optimum. Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak ini perlu menggunakan kepelbagaian teknik yang bersesuaian berserta penggunaan sumber dengan mengambil kira kemahiran yang ada dan perlu mereka capai (Yasmin, 2000; Khatijah & Yasmin 2006). Permainan bahasa adalah cara mempelajari bahasa melalui permainan. Teknik ini sesuai digunakan pada semua peringkat dan sesuai digunakan untuk kanak-kanak berkeperluan khas yang memerlukan lebih rangsangan dalam P&P mereka. Hal ini dijelaskan oleh KPM seperti yang berikut: Belajar melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Pendekatan belajar melalui bermain diberi penekanan khusus dalam proses P&P kerana bermain adalah fitrah kanak-kanak. Melalui bermain mereka gembira dan senang hati membuat penerokaan, penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi (Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, KPM, 2003).

1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Dalam praktikum fasa ketiga di sebuah sekolah di negeri Selangor, saya mengajar kelas Bestari (kelas ranking kedua) untuk subjek bahasa Melayu. Saya mendapati murid-murid saya boleh mengeja, membaca serta boleh menyalin ayat dengan baik. Selepas seminggu barulah permasalahan sebenar dikenal pasti. Kebanyakan daripada murid-murid saya tidak mempunyai banyak pembendaharaan kata untuk membina ayat. Hal ini dikesan selepas beberapa kali sesi P&P dilaksanakan. Pembinaan ayat mereka terhad kepada pembinaan ayat tunggal yang mudah. Selain itu, mereka juga selalunya memerlukan bimbingan guru dan hint dalam bentuk perkataan-perkataan yang diubah kedudukannya untuk membina ayat. Murid-murid lebih selesa menyusun perkataan menjadi ayat berbanding membina sendiri ayat-ayat tersebut. Masalah yang paling ketara ialah murid-murid tidak dapat mengingat ejaan bagi sesuatu perkataan. Masalah ini mungkin sekali terjadi atas beberapa faktor iaitu faktor penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa kedua, bahasa Melayu bukan bahasa ibunda murid-murid, kurangnya komunikasi lisan menggunakan bahasa Melayu di rumah menyebabkan jumlah kosa kata dalam pengalaman kanak-kanak tidak berkembang, stigma murid-murid pendidikan khas menyebabkan kurang sokongan daripada keluarga dan faktor masalah kekurangan murid-murid sendiri kerana mempunyai masalah daripada segi pembelajaran. Faktor-faktor di atas adalah di antara penyumbang-penyumbang kepada masalah kekurangan pembendaharaan kata murid-murid. Masalah kekurangan kosa kata ini sedikit sebanyak mempengaruhi emosi dan sikap murid-murid tersebut. Saya telah mengesan sikap murid-murid tersebut setiap kali subjek kajian menjawab soalan. Murid tersebut seringkali mengelak untuk menjawab soalan bertulis di hadapan. Muridmurid lain pula seringkali mengejek-ejek sesama mereka walaupun pada dasarnya keupayaan mereka semua adalah pada tahap yang sama dan kesemuanya tidak dapat mengingat ejaan dengan betul jika tidak melihat pada perkataan. Bagi meningkatkan keupayaan murid-murid, saya mencuba pelbagai variasi latihan tradisional iaitu meminta murid-murid membaca petikan, mengulang eja perkataan-perkataan baru dan melakukan latih tubi serta ujian ejaan (imlak) setiap kali P&P dilaksanakan. Oleh itu, satu tindakan dengan inovasi baru harus dilaksanakan bagi mengelakkan masalah ini berlarutan. Satu kaedah atau pendekatan baru dalam proses P&P yang menekankan kemahiran mengeja dan menulis serta sesuai bagi memperkembang kosa kata murid perlu direka dengan segera. Justeru, pengkaji menjalankan kajian tentang penggunaan permainan bahasa bina kata sebagai intervensi bagi mengatasi masalah lemah penguasaan pembendaharaan kata muridmurid pendidikan khas masalah pembelajaran dalam P&P bahasa Melayu.

2.0 FOKUS KAJIAN Kajian ini memberi penekanan terhadap peningkatan penguasaan kosa kata dalam bahasa Melayu melalui kaedah permainan bahasa. Pengkaji mendapati murid bermasalah pembelajaran kurang penguasaan kosa kata Bahasa Melayu. Perkara ini sedikit sebanyak memberi kesan dalam ejaan perkataan. Mereka tidak biasa dengan perkataan baharu dan kurang membaca. Apabila kurang membaca, maka kurang penemuan ejaan perkataan. Hal ini kerana murid-murid masalah pembelajaran mempunyai bahan bacaan yang terhad dan sesetengah bahan bacaan pula sukar difahami oleh mereka. Selain itu, murid bermasalah pembelajaran juga lemah dalam membina ayat daripada perkataan yang diberi. Terdapat juga murid-murid yang tidak dapat membina ayat daripada perkataan tersebut kerana lemah dalam pemahaman makna serta konsep. Pengkaji memberi penekanan kajian ini kepada masalah penguasaan kosa kata kerana komunikasi untuk menyampaikan idea, kemahuan, ilmu pengetahuan atau perkongsian pengalaman peribadi akan tersekat dengan penguasaan kosa kata yang terhad. Oleh yang demikian, murid bermasalah pembelajaran perlu menguasai pembendaharaan kata bahasa Melayu. Dalam menarik minat mereka terhadap penguasaan kosa kata, pengkaji menggunakan kaedah permainan bahasa Bina Kata.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum

Meningkatkan pembendaharaan kata bahasa melayu murid-murid bermasalah pembelajaran dengan menggunakan kaedah permainan bahasa bina kata. 3.2 Objektif Khusus

Melalui kaedah permainan bahasa ini, murid-murid bermasalah pembelajaran dapat: 1.Menilai keberkesanan kaedah permainan bahasa dalam meningkatkan pembendaharaan kata berbanding kaedah tradisional; membaca dan menghafal. 2.Memperkembang kosa kata murid-murid dengan menulis sebanyak mungkin perkataan yang dapat dihasilkan daripada huruf-huruf yang terdapat pada rangkai kata yang diberikan. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan murid pendidikan khas masalah pembelajaran yang menghadapi masalah lemah penguasaan kosa kata bahasa melayu dengan tahap pencapaian yang hampir sama di sebuah sekolah integrasi di Selangor. Bilangan subjek kajian adalah seramai empat orang. Pemboleh ubah yang dimalarkan iaitu keempat-empat subjek adalah lelaki. Subjek kajian berusia di dalam lingkungan umur 11-13 tahun. Bil. Nama Subjek Jantina Umur Kategori Tahap Penguasaan Bahasa Melayu Aras sederhana Tingkah laku negatif semasa p&p berlangsung Berborak dengan rakan sebelah Melakukan kerja rumah bagi mata pelajaran lain Melihat ke luar kelas

1.

Murid 1 (M1)

Lelaki

11 Tahun 13 Tahun 11 Tahun 12 Tahun

Hiperaktif

2.

Murid 2 (M2)

Lelaki

Autisme

Aras sederhana

3.

Murid 3 (M3)

Lelaki

Slow Learner Disleksia

Aras sederhana

4.

Murid 4 (M4)

Lelaki

Aras sederhana

Berangan-angan

Pengkaji telah menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang melibatkan penggunaan permainan bahasa bina kata. Pengkaji menyediakan rancangan pengajaran menggunakan pendekatan pengajaran bertema. Tajuk-tajuk seperti Taman Permainan, atau Gerai Makanan adalah tajuk yang sesuai kerana melibatkan dua perkataan yang membentuk satu rangkai kata. Dengan menggunakan rangkai kata ini, murid-murid telah membina perkataan baharu daripada hurufhuruf yang terdapat di dalam rangkai kata tersebut. Objektif permainan bahasa bina kata tersebut ialah supaya subjek dapat membentuk perkataan baharu daripada rangkai kata tersebut. Sasaran bagi permainan bahasa ini ialah pada bilangan perkataan yang dibina. Murid-murid perlulah membina seberapa banyak yang boleh perkataan baharu menggunakan permainan ini.

Aktiviti 1 Pengkaji menjalankan P&P bahasa melayu seperti biasa dengan pengenalan tentang Gerai Makanan pada langkah 1. Pada waktu ini pemikiran dan kebolehan berbahasa murid dijana dengan pengkaji mengadakan sedikit perbincangan tentang pengenalan tajuk pelajaran. Aktiviti 2 Permainan bahasa bina kata dimasukkan pada langkah kedua. Pengkaji menyediakan lembaran kerja bina kata bersaiz A4 bagi setiap seorang murid. Pengkaji memberi penerangan tentang kaedah bermain permainan bahasa bina kata. Murid-murid diminta membina seberapa banyak perkataan ataupun kosa kata daripada rangkai kata Gerai makanan yang diambil daripada tajuk P&P pada hari tersebut mengikut masa yang ditetapkan. Masa yang diberi ialah 15 minit. Subjek menyambung membina sepuluh kosa kata yang dapat dibina dengan rangkai kata tersebut. Pengkaji membantu memberikan hint untuk interaksi yang pertama di dalam kitaran pertama untuk memudahkan subjek memahami konsep permainan bahasa bina kata. Aktiviti 3 Pada langkah 3, Pengkaji melukis satu lagi permainan bahasa bina kata bersaiz besar pada papan putih. Pengkaji meminta subjek menyatakan perkataan-perkataan yang telah dibina kepada pengkaji. Pengkaji menulis perkataan yang dinyatakan oleh keempat-empat subjek pada permainan bahasa bina kata pada papan putih.Setelah itu, subjek dan pengkaji membincangkan jawapan yang dinyatakan tadi. Subjek membetulkan ejaan perkataan dan memadam perkataan yang salah dengan bimbingan pengkaji. Subjek mengulang sebut perkataan yang terdapat pada papan putih.

5.0 KEPUTUSAN KAJIAN Jadual 13 Perbezaan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca Subjek Kajian M1 M2 M3 M4 Ujian Pra (%) 50% 43% 40% 43% Ujian Pasca (%) 73% 67% 60% 57% Perbezaan (%) +23 +24 +20 +14

RUJUKAN

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian kurikulum prasekolah kebangsaan. Putrajaya: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Yasmin Hussain. (2009). Terapi dalam pendidikan khas. Ampang: Pekan Ilmu Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd.

TEKNIK PERMAINAN DAM GERGASI MEMBANTU MENIGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA SUKU KATA KV+KV MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN Oleh : NURUL WAHIDAYU BINTI SALLEH & NORLIZA BINTI AHMAD KAMAL INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengkaji penggunaan teknik permainan Dam Gergasi dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV + KV bagi murid bermasalah pembelajaran. Kajian ini melibatkan 3 orang subjek bermasalah pembelajaran. Fokus kajian adalah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah permainan Dam Gergasi bagi meningkatkan kemahiran membaca murid bermasalah pembelajaran. Data dikumpul melalui ujian pra, ujian pengukuhan I dan II, ujian pasca, pemerhatian dan temubual bersama guru Bahasa Melayu. Hasil analisis data mendapati bahawa ketiga tiga subjek berjaya mencapai gred A iaitu cemerlang di mana semua subjek menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam ujian pasca yang dijalankan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa teknik permainan Dam Gergasi sangat berkesan dalam membantu meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV + KV bagi murid bermaslah pembelajaran. 1.0 PENDAHULUAN i) Pengenalan

Kanak-kanak bermasalah bahasa mengalami kesukaran untuk mengeluarkan atau menyebut sesuatu perkataan. Masalah berbahasa menyebabkan kanak-kanak mendiamkan diri daripada bertanya dan tidak mahu bertindak balas atau menjawab soalan, memberi penerangan atau arahan. Mereka akan terus mendiamkan diri kecuali jika dipaksa untuk menjawab soalan. Kanak-kanak ini akan mengambil masa yang lama untuk memahami dan mengeluarkan pendapat apabila bercakap. Manakala, permainan pula merupakan satu gerak kerja rangsangan yang menggembirakan seseorang. Permainan juga ialah suatu gerak kerja yang mengembangkan fizikal dan mental mengikut peraturan-peraturan tertentu. Permainan selalunya digunakan sebagai alat hiburan dan keseronokan semasa mempelajari sesuatu kemahiran. Semasa bermain, mereka menggunakan pancaindera dan minda, yang tidak secara langsung menuju ke arah pembelajaran menyelesaikan masalah. ii) Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Sepanjang melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di Kelas Akasia, pengkaji mendapati kebolehan membaca bagi murid murid bermasalah pembelajaran di kelas tersebut adalah terhad berbanding dengan murid murid di kelas lain. Pengkaji telah menjalankan sesi pengajaran kemahiran membaca meliputi kemahiran membunyikan suku kata KV. Pengkaji telah mengajar beberapa suku kata KV pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang lepas dan pada sesi pengajaran dan pembelajaran kali ini pengkaji telah mengajar kemahiran membatangkan suku kata KV dan menggabungkan suku kata menjadi perkataan bermakna. Hasil pemerhatian menunjukkan terdapat tiga orang subjek tidak dapat membaca perkataan yang mempunyai dua suku kata iaitu perkataan KVKV. Sebagai contoh, apabila pengkaji mengajar suku kata KV iaitu ba, bi, bu, da, di, du subjek dapat membunyikan suku kata dengan baik. Namun, apabila pengkaji menggabungkan suku kata KV menjadi perkataan bermakna, subjek tidak dapat membunyikan perkataan dengan betul dan tepat. Sebagai contoh baca, subjek hanya dapat menyebut suku kata secara mengeja tetapi tidak dapat menyebut perkataan secara terus selepas mengeja. Selain itu, pengkaji mendapati bahawa murid mudah hilang tumpuan belajar dan tidak begitu berminat dengan cara pengajaran yang digunakan oleh guru. 2.0 FOKUS KAJIAN Menerusi kajian yang dijalankan oleh pengkaji, pengkaji memfokuskan kepada aspek bacaan asas iaitu bacaan suku kata KV + KV menggunakan kaedah Permainan Dam Gergasi. Kaedah permainan akan digunakan sebagai intervensi dan melalui intervensi yang diberikan pengkaji akan menilai keberkesanannya dengan melihat sejauh mana permainan yang digunakan berkesan ke atas subjek.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif Umum Umumnya, kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV + KV menggunakan kaedah Permainan Dam Gergasi bagi murid bermasalah pembelajaran. Objektif Khusus i. Penggunaan kaedah permainan Dam Gergasi dapat membantu meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV + KV bagi murid bermasalah pembelajaran. ii. Melihat keberkesanan teknik bermain dalam meningkatkan keseronokan murid iii. Meningkatkan penyertaan murid bermasalah pembelajaran dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah permainan Dam Gergasi 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 3 orang subjek kajian. Ketiga tiga subjek kajian adalah lelaki. Subjek 1 dan 2 mengalami masalah Autisma, manakala Subjek 3 mengalami masalah Hiperaktif. 5.0 PERLAKSAAN KAJIAN 5.1 Cara Mengumpul Data Jadual 1 : Cara pengumpulan data Bil 1 2 3 Instrumen yang digunakan Pemerhatian Temubual Ujian Bentuk instrumen Menggunakan senarai semak Temu bual separa struktur - Ujian Pra - Ujian Pengukuhan - Ujian Pasca Sasaran Subjek kajian Subjek kajian Guru Bahasa Melayu Subjek kajian

5.2 Analisis Tinjauan Masalah Jadual 2: Keputusan Ujian Diagnostik


Bil Bahagian Bahagian A Mengenal huruf A Z Bahagian B Membatangkan suku kata KV Bahagian C Membatangkan suku kata KV + KV Bahagian D Eja berdasarkan gambar Skor markah 26 Keputusan ujian diagnostik Murid Murid Murid Murid B C D E 26/26 26/26 26/26 26/26

Murid A 26/26

10

7/10

10/10

6/10

7/10

10/10

10

2/10

8/10

1/10

3/10

7/10

10 56

1/10 36

5/10 49

0/10 39

1/10 37

7/10 50

Jumlah Keseluruhan

5.3. Tindakan Menangani Masalah

KITARAN 1

KITARAN 2

5.3 Keputusan Kajian

100% 80%

60% 40%
20% 0%

Ujian Pra
Ujian Pos

Subjek 1

Subjek 2

Subjek 3

Rajah 2 : Perbandingan markah Ujian Pra dan Ujian Pasca Peningkatan Ujian Pos dan Pasca yang diperolehi oleh ketiga tiga orang subjek ini telah membuktikan bahawa intervensi yang digunakan dapat memberi kesan yang positif terhadap peguasaan kemahiran membaca suku kata kv+kv terhadap subjek. Teknik permainan Dam Gergasi dan pengguaan media elektronik seperti ICT telah memberikan kesan yang sangat baik berbanding degan pengajaran secara tradisional.

5.4 Rumusan Kajian Berdasarkan kepada keseluruhan dapatan kajian, pengkaji mendapati bahawa Permainan Dam Gergasi yang digunakan dalam kajian telah memberi impak yang positif terhadap penguasaan kemahiran membaca suku kata kv+kv subjek. Teknik permainan yang digunakan sangat sesuai diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah khususnya kepada murid berkeperluan khas. Di samping itu juga, teknik yang digunakan ini juga dapat mearik minat subjek untuk melibatkan diri di dalam sesi pengajara dan pembelajaran sekaligus memberi keseronokan kepada subjek. Penglibatan subjek juga sangat menyeluruh di mana semua subjek dapat melibatkan diri secara aktif di dalam aktiviti yang dijalankan. 5.5 Refleksi Pelbagai cabaran dan dugaan yang terpaksa ditempuhi oleh pengkaji dalam menyiapkan penyelidikan tindakan ini. Sepanjang menjalani kajian tindakan ini, pengkaji dapat mengenalpasti kekuatan, kelemahan yang perlu ditambah baik pada masa akan datang. Antara kekuatan yang diperoleh oleh pengkaji sepanjang menjalankan kajian tindakan ialah, kajian yang dijalankan mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh pengkaji. Selain itu, pengkaji mendapati bahawa subjek sangat teruja dan seronok dengan aktiviti intervensi yang dibina oleh pengkaji. Hal ini kerana, mereka berpeluang untuk bersama sama bermain di dalam satu pasukan. Tambahan lagi, penggunaan kaedah ICT menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lebih berkesan. Pengajaran menggunakan kaedah permainan juga dapat meningkatkan lagi kefahaman dan motivasi subjek. Hal ini kerana, subjek saling bersaing untuk mendapatkan tempat sebagai juara di dalam pertandingan yang dijalankan. Oleh yang demikian, subjek yang kurang berjaya akan berusaha bersungguh sungguh untuk bersaing bersama rakan rakan mereka. Sepanjang menjalankan kajian tindakan ini, pengkaji juga dapat mengenalpasti beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki pada masa akan datang. Antaranya ialah mengenai pengurusan masa. Pengkaji mengalami masalah pengurusan di mana ketika menjalankan intervensi di kitaran kedua, pengkaji lambat memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengkaji mempunyai masalah dalam memasang LCD di bilik tersebut. Bagi menangani masalah ini pengkaji perlu bijak dalam menguruskan masa. Oleh yang demikian, pengkaji perlu mempersiapkan diri lebih awal sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu juga, pengkaji perlu mempelajari kemahiran kemahiran tertentu termasuklah kemahiran memasang LCD. Ini kerana, pengkaji boleh mengaplikasikan kemahiran yang sedia ada bagi menangani masalah yang timbul. Oleh itu, sesi pengajaran dan pembelajaran juga dapat berjalan dengan lancar mengikut masa yang telah ditetapkan dan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai dengan berkesan. 6.0 CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA Setelah menjalankan kajian ini, pengkaji mendapati bahawa penguasaan subjek terhadap kemahiran membaca semakin meingkat. Banyak perubahan yang dapat diperhatikan dan kaedah permainan yang digunakan sangat berkesan dan dapat dijalankan dengan lancar. Namun begitu, pengkaji telah merangka beberapa cadangan untuk tujuan kajian yang seterusnya. Pengkaji mencadangkan agar melibatkan lebih ramai murid di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, dengan adanya penglibatan murid yang ramai, murid akan lebih seronok dan teruja semasa bermain. Seterusnya, pengkaji juga mencadangkan agar aktiviti permainan yang digunakan bukan sahaja bagi mengajar kemahiran membaca sahaja, tetapi ianya boleh digunakan semasa mengajar kemahiran yang lain. Cara permainan boleh diubahsuai mengikut kesesuaian bagi membantu mencapai objektif yang telah ditetapkan. Selain itu, bahan bantu mengajar yang digunakan juga boleh menggunakan lebih banyak bahan maujud bagi kajian seterusnya. Oleh itu, dengan bahan bantu mengajar yang terdiri daripada pelbagai struktur dan bentuk ini akan membuatkan murid-murid masalah pembelajaran lebih berminat dengan pembelajaran dan dapat mengukuhkan lagi pengetahuan sedia ada.

RUJUKAN Jamila K.A Mohamed (2006). Pendidikan Khas Untuk kanak-kanak Istimewa.Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Mutmainnah (2010). Permainan Bahasa Meningkatkan Penguasaan Membaca Ayat Mudah Dalam Kalangan Murid Tahun 1/ 1 Anggerik Bermasalah Pendengaran. (Tesis Ijazah Sarjana Muda yang tidak diterbitkan). Ipg Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Mok Soon Sang (2010). Perkembangan Kanak kanak. Perak: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.