Anda di halaman 1dari 3

Kemahiran Sosial 

Apakah kemahiran sosial?


Kemahiran yang membantu anda menjalin
hubungan sosial yang lebih baik seperti

• Membina persahabatan
• Berbual dengan orang lain
• Mempunyai budi pekerti yang baik
• Mempunyai rasa empati terhadap orang
lain

Hubungan baik bererti memudahkan kehidupan


anda.

Kemahiran hidup di bilik darjah


Kemahiran yang diperlukan untuk kehidupan dan penyesuaian di sekolah. Ini termasuklah:

• Mendengar dan mematuhi arahan


• Berkelakuan sopan dan menghindari gangguan
• Meminta bantuan
• Memberi sumbangan dalam perbincangan
• Membuat keputusan
• Pengendalian konflik
• Membina kemahiran akademik
• Melaksanakan kewajipan
• Bertanggungjawab atas tingkah laku anda

Menghadapi perasaan
Kemahiran sosial yang baik melibatkan kefahaman dan dapat mengendalikan perasaan anda
sendiri. Ini termasuklah:

• Mengetahui perasaan anda


• Meluahkan perasaan anda
• Memahami perasaan orang lain
• Menguruskan kemarahan anda
• Mengatasi perasaan takut dan malu
• Menghargai diri anda

Menjadi asertif
Asertif dapat membantu anda dan menyatakan pandangan anda secara jelas dan tidak agresif.

• Meluahkan pemikiran, perasaan, permintaan dengan jelas, apa yang anda kehendaki

Tip untuk menjadi asertif:

• Menunjukkan kemesraan
• Menggunakan hubungan mata yang baik
• Bercakaplah dengan tenang dan jelas
• Membuat permohonan secara terus dan jelas
o Contoh : "Tolong buatkan ini untuk saya..."
• Elak menggunakan soalan sebagai arahan (membuat orang lain berkata "tidak")
o Contoh : "Bolehkah anda tolong....?" sebaliknya "Sudikah anda ...?" atau
"Adakah anda rasa anda boleh ...?"
• Luahkan perasaan dan fikiran dengan empati
• Katakan "tidak" kepada apa yang anda tidak ingini
• Tumpukan perhatian dengan apa yang ingin diubah
• Elakkan menuduh dan menyalahkan orang lain
• Beri maklum balas dengan tenang dan rasa hormat
• Jangan bersangka buruk
• Gunakan ayat "saya" berbanding ayat "awak"
o Contoh:"Saya merasa tersinggung apabila anda memeriksa barang kepunyaan
saya tanpa izin", berbanding "Awak membuat saya marah bila masuk ke bilik
saya dan menyelongkar barang saya tanpa izin"
• Ulangi pandangan anda, dengan nada yang rendah dan menyenangkan

Berinteraksi secara positif


• Ambil inisiatif untuk membantu orang lain
• Mendekati orang lain dengan cara yang boleh diterima
• Dapatkan kebenaran lebih baik dari mendesak
• Belajar untuk mendapat dan mengekalkan persahabatan
• Berkongsi bahan/permainan

Pengendalian konflik
Mengetahui cara menghadapi konflik akan membantu anda meneruskan hidup dengan lebih
baik.

Strategi pengendalian konflik:

• Kawal emosi anda - Lihat Ketenangan


• Jauhkan diri dari situasi yang boleh menimbulkan kemarahan anda
• Luahkan perasaan anda secara asertif
• Kenal pasti sebab berlakunya konflik. Siapakah yang bertanggungjawab? Sekiranya
perlu, jauhkan diri dari orang yang menimbulkan konflik dan memikirkan cara dan
merancang strategi untuk menyelesaikannya
• Bertanya kepada orang tersebut sama ada dia mempunyai masa untuk berbincang
• Beritahu mereka bagaimana perasaan anda (contohnya : Saya sangat sedih ketika ini)
• Dengar. Dengar. Dengar. Benarkan orang itu memberi maklum balas
• Berbincang tentang alternatif lain untuk menyelesaikan konflik tersebut
• Teruskan untuk berbincang dengan tenang
• Sekiranya konflik itu tidak boleh diselesaikan atau kemarahan anda semakin
bertambah, beritahu orang itu yang anda perlu beredar dan ingin membicarakan
tentang hal tersebut kemudian

Semakan akhir : 17 Januari 2007

Beri Nilai