Anda di halaman 1dari 24

4 Ogos 2013

PANDUAN PILIH WARNA PAKAIAN 365 Hari

PENGENALAN Assalamualaikum, salam ceria, salam penuh warna kepada anda semua, pembaca budiman. Tahniah kerana memilih untuk mewarnai

kehidupan anda sendiri. Alhamdulillah, e-book ini akan membantu anda untuk bermain dengan warna-warna untuk dipakai setiap hari. Cuba renung sejenak, Sejak lahir, anak

perempuan banyak bertemakan pink, manakala anak lelaki pula pilihannya biru belaka? Namun begitu, bila semakin dewasa, hidup dan jadi berwarna-warna. Tahukah anda di dalam warna ada getaran. Dan getaran ini memberi pengaruh kepada kehidupan kita. Jom teroka sama-sama. Cuba jawab soalan ini. Pernahkah anda beli pakaian dari material yang sama, dihantar kain tersebut kepada tukang yang sama, namun bila dipakai terasa tak selesa? Jahitannya, sulamannya indah dimata. Tapi diri tetap tidak selesa menyarungnya? Cuba pula anda periksa gobok baju anda. Cuba lihat, ada sesetengah baju yang anda sangat suka. 18 kali pakai pun tetap suka. Ada pula yang dah lama tak pakai. Cuba perhatikan warna-warna pakaian dalam gobok anda. Warna apakah yang dominan kepada diri anda?

1 www.facebook.com/AniessSuzana

4 Ogos 2013

PANDUAN PILIH WARNA PAKAIAN 365 Hari

Mungkin saja jawapannya ada di sini. Dalam ebook ini saya akan berkongsi beberapa kaedah mudah bagaimana untuk membantu anda memilih pakaian setiap hari.

BAB 1- 5 PILIHAN WARNA MENGAWAL Mula- mula. Kita boleh saja gunakan pilihan Warna-warna MENGAWAL. Apakah Warna-warna ini? Anda perlu mengetahui apakah unsur diri

anda terlebih dahulu. Cara Mengira bagi mendapatkan Unsur diri adalah begini: Katakanlah Tarikh Lahir Anda: 9 12 20 09. Anda perlu tambahkan sehingga mendapat satu angka sahaja. Perhatikan barisan pertama. 0+9=9 1+2=3 2+0=2 0+9=9

2 www.facebook.com/AniessSuzana

4 Ogos 2013

PANDUAN PILIH WARNA PAKAIAN 365 Hari

Barisan Kedua: 9 + 3 = 12. 1 + 2= 3 3 + 9 = 12. 1 + 2 = 3 Barisan Ketiga 3+3=6 No di kotak akhir itu yang akan menentukan nombor Unsur diri Anda

3 www.facebook.com/AniessSuzana

4 Ogos 2013

PANDUAN PILIH WARNA PAKAIAN 365 Hari

Cuba dapatkan Nombor Unsur Diri Anda

Jadual 1- Unsur Diri dan Warna

NO

UNSUR DIRI

WARNA

1, 6

BESI

Putih,

Kelabu,

Gold, Silver

2,7

AIR

Biru, Hitam

3, 8

API

Merah, Purple, Oren

4 www.facebook.com/AniessSuzana

4 Ogos 2013

PANDUAN PILIH WARNA PAKAIAN 365 Hari

4, 9

KAYU

Hijau (semua jenis Hijau)

TANAH

Coklat, Kuning, Beige

5 www.facebook.com/AniessSuzana

4 Ogos 2013

PANDUAN PILIH WARNA PAKAIAN 365 Hari

5 PANDUAN KITARAN MENGAWAL

Terdapat 5 Unsur di atas kan, dalam kitaran semulajadi huraiannya adalah sebegini.: Api

mengawal BESI, sebab bila besi kena api, apa jadi? Terus cair kan. Besi pula mengawal Kayu, ini kerana dengan Kapak Besi Pokok yang besar pun boleh tumbang.

6 www.facebook.com/AniessSuzana

4 Ogos 2013

PANDUAN PILIH WARNA PAKAIAN 365 Hari

Kayu pula kawal tanah. Dalam kehidupan kita, bila hutan ditebang, pokok makin kurang, maka tragedy tanah runtuh berlaku. Akar mengawal tanah dari runtuh. Tanah pula kawal Air. Cuba kita lihat dilaut, tetiba ada pula Pulau. Air tak boleh melalui tanah. Kerana itu hukum alam dilihat tanah kawal Air. Air pula mengawal Api. Api akan terpadam bila disimbah air. Apa kaitan kitaran alam ini dalam kehidupan kita? Dengan mengetahui apakah unsur diri, maka anda boleh menggunakan panduan memilih warnawarna mengawal ini untuk digunakan sekiranya anda melalui situasi yang anda rasa perlu untuk lebih tenaga untuk mengawal suasana. Sebagai contoh: Anda ingin menghadiri mesyuarat dan Anda adalah Pengerusi mesyuarat tersebut. Maka pilihlah baju dari kitaran warna-warna mengawal anda. Lengkaplah kitaran MENGAWAL untuk kita teroka. Seperti dalam Contoh Kiraan kita di atas. Nombor Akar adalah 6. No 6 terdiri daripada Unsur BESI.

7 www.facebook.com/AniessSuzana

4 Ogos 2013

PANDUAN PILIH WARNA PAKAIAN 365 Hari

Besi Kawal Kayu. Bagi yang mendapat No 6Anda bolehlah memilih untuk memakai Baju berwarna Hijau. Warna hijau ni yang paling best, sukahati nak pakai Hijau apa, hijau muda, tua, hijau daun, pucuk pisang. Apa sajalah janji HIJAU. Untuk mendapatkan warna Mengawal Andarujuklah Jadual 1 di atas.

8 www.facebook.com/AniessSuzana

4 Ogos 2013

PANDUAN PILIH WARNA PAKAIAN 365 Hari

BAB 2- 5 PILIHAN WARNA MEMBANTU Pilihan kedua, anda boleh berpandukan unsur dan jadual yang sama untuk mendapatkan warnawarna membantu yang boleh menjadi booster kepada anda..

KITARAN MEMBANTU

Dalam kitaran ini, secara semulajadinya Api akan support atau membantu tanah. Bila mahu tanah lebih subur, maka tanah akan dibakar. Cuba lihat selepas musinm menuai padi, petak bendang akan dibakar.

9 www.facebook.com/AniessSuzana

4 Ogos 2013

PANDUAN PILIH WARNA PAKAIAN 365 Hari

Begitulah konsepnya, tanah dibakar dengan api untuk lebih subur. Api bantu tanah. Tanah pula membantu besi. Tanah, makin lama makin makan tahun akan mendap dan menjadi bijih. Bijih itulah Besi. Besi pula akan membantu Air. Besi bila lebur akan menjadi cecair- seperti air.Air membantu Kayu. Pokok memerlukan air. Air membantu pokok terus hidup. Kayu pula membantu Api. Semakin banyak dibakar Kayu, maka api semakin mara. Begitulah hubungan dan kaitan antara lima unsurunsur ini. Apa kaitan kitaran alam yang membantu ini dalam kehidupan kita? Dengan mengetahui apakah unsur diri, maka anda boleh menggunakan panduan memilih warna-warna membantu ini untuk digunakan sekiranya anda melalui situasi yang anda rasa perlu untuk lebih dibantu dab booster. Sebagai contoh: Anda ingin menghadiri mesyuarat dan Anda adalah AHLI MESYUARAT dalam mesyuarat tersebut. Anda pula perlu membuat perbentangan. Maka pilihlah baju dari kitaran warna-warna membantu anda. Lengkaplah kitaran MEMBANTU untuk kita teroka.

10 www.facebook.com/AniessSuzana

4 Ogos 2013

PANDUAN PILIH WARNA PAKAIAN 365 Hari

Seperti dalam Contoh Kiraan kita di atas. Nombor Akar adalah 6. No 6 terdiri daripada Unsur BESI. BESI dibantu oleh TANAH. Oleh itu, sekiranya anda memerlukan warna tenaga tambahan TANAH untuk akan

dibantu,

pilihan

unsur

memberikan getaran tenaga tambahan yang anda perlukan. Untuk mendapatkan warna Membantu Andarujuklah Jadual 1 di atas.

11 www.facebook.com/AniessSuzana

4 Ogos 2013

PANDUAN PILIH WARNA PAKAIAN 365 Hari

BAB 3- Bangkitkan Pesona Aura Diri Terdapat Warna Aura yang berbeza pada cakra tubuh kita. Perkataan cakra ini diambil daripada bahasa India. Cakra adalah medan aliran tenaga dalam badan manusia. Aura adalah warna-warna magnet tenaga yang terdapat pada setiap cakra. Bukan sahaja manusia, semua haiwan, tumbuhtumbuhan juga mempunyai tenaga dan asas tenaga ini datangnya dari tenaga matahari. Tenaga ini tidak statik dan ianya dinamik. Boleh berubah- ubah dan sangat fleksibel. Aura pada tubuh badan manusia berfungsi sebagai tenaga yang melindungi kita daripada tenaga yang tidak sihat. Sebagai contoh, bumi mempunyai lapisan ozon, lapisan ozon yang tebal menyelamatkan bumi dari pancaran cahaya

matahari yang melebihi had. Maka bumi akan kekal selamat aman untuk didiami. Badan manusia terdapat warna Aura yang

menjadi magnet kepada kehidupan yang lebih baik dan sihat secara semulajadi.

12 www.facebook.com/AniessSuzana

4 Ogos 2013

PANDUAN PILIH WARNA PAKAIAN 365 Hari

Setiap warna mempunyai aura tersendiri yang mampu selama ini. menyerlahkan si pemakai

13 www.facebook.com/AniessSuzana

4 Ogos 2013

PANDUAN PILIH WARNA PAKAIAN 365 Hari

7 Pilihan Warna Mengikut Hari Anda mungkin biasa melihat jadual seperti ini di dalam laman web, google search dan sebagainya. Jadual ini diharapkan dapat membantu anda kelak untuk mendapatkan rujukan tambahan dengan penerokaan sendiri.

1. Isnin = Putih Yang Penuh Semangat Permulaan hari adalah Isnin. Adalah amat penting untuk kita memulakan apa saja urusan baik perniagaan, pekerjaan mahupun ke kuliah dengan penuh semangat.

14 www.facebook.com/AniessSuzana

4 Ogos 2013

PANDUAN PILIH WARNA PAKAIAN 365 Hari

Pastikan anda memiliki tidur yang cukup untuk menyerap tenaga warna putih. Warna ini juga melambangkan kesucian yang harmoni. Isnin ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala situasi kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen. Pemakaian Warna Putih pada hari ini membantu anda untuk lebih bersemangat dan bersedia untuk melalui sebarang cabaran dengan tenang.

2. Selasa = Pink /Ungu Suburkan Cinta Kasih dan Emosi Anda ada pilihan warna untuk digunakan pada Hari Selasa. Aura Pink membantu anda untuk lebih ceria, gembira. Dua warna ini membawa getaran kasih sayang dan tumpuan. Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing Rasa ceria gembira ini akan membantu anda untuk lebih fokus dalam menjalankan tugasan. Dan Ungu pula membantu untuk meremajakan anda dan

membantu anda kelihatan lebih muda dari usia.

15 www.facebook.com/AniessSuzana

4 Ogos 2013

PANDUAN PILIH WARNA PAKAIAN 365 Hari

3. Rabu = Biru Kuasai Komunikasi Warna Biru memberi pengaruh terhadap

kemahiran anda untuk berkomunikasi. Pilihan untuk memakai Warna Biru membantu anda untuk lebih berani menyuarakan pandangan dan fikiran. Sekiranya anda ingin berkongsi dengan

pelanggan tentang barangan atau perkhidmatan. Cuba pilih pakaian biru dan berkongsilah pada Hari Rabu. Hari Rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang,

bermesyurat, berpidato dan sebagainya.Rasai sendiri Aura kelancaran dalam pertuturan diri anda.

4. Khamis = Kuning/Oren Serlahkan Diri dan Keberanian Warna ini memantulkan tenaga dan menjana pemikiran yang lebih kreatif dan kritis. Dua warna tersebut memberi keceriaan dan membuatkan kamu bergerak aktif melaksanakan segala

tugasan dengan pantas.

16 www.facebook.com/AniessSuzana

4 Ogos 2013

PANDUAN PILIH WARNA PAKAIAN 365 Hari

Warna kuning juga mendorong tubuh kamu kekal bertenaga dengan pemikiran cergas sepanjang hari. Ini kerana Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk

menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan. Pemakaian Warna Oren pula

meransang sistem kesuburan anda.

5. Jumaat = Hijau untuk Ketenangan Hijau lambang iman dan keseimbangan dalam kehidupan, ia mampu memberi pengisian untuk diri kamu. Pilihan pakaian Warna Hijau pada hari Jumaat membantu anda untuk lebih tenang sepanjang hari

6. Sabtu = Merah Tambah Keberanian Diri Sesuai untuk pakai pakaian warna merah pada hari Sabtu untuk membangkitkan aura keberanian, kemewahan dan tuah kepada si pemakai. Aura merah mendorong anda agar berani mencuba sesuatu yang baru. Warna Merah juga mempengaruhi perjalanan kerjaya dan kewangan dalam kehidupan anda Dalam erti kata lain, membuat perubahan baik pada penampilan, hobi, pekerjaan atau pelajaran.

17 www.facebook.com/AniessSuzana

4 Ogos 2013

PANDUAN PILIH WARNA PAKAIAN 365 Hari

Hari sabtu juga adalah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.

7. Ahad = Hitam Untuk Istirahat Warna hitam membuatkan kamu berada dalam zon selesa dan privasi. Suasana ini amat sesuai untuk kamu istirahat agar kembali bertenaga merencanakan masa depan. Sebaik-baiknya bercutilah pada dari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Pilihan pakaian berwarna hitam

membantu anda untuk lebih stabil pada hari ini.

18 www.facebook.com/AniessSuzana

4 Ogos 2013

PANDUAN PILIH WARNA PAKAIAN 365 Hari

BAB

PILIHAN

WARNA MENGIKUT

SITUASI.

WARNA

SITUASI

Merah

Melakukan Aktiviti Lasak, Pekerjaan memerlukan fizikal, yang kekuatan Pertandingan

Olahraga dan Sukan

Oren

Memerlukan

lebih

kreativiti dalam mencari penyelesaian, dalam kreativiti

menjalankan

aktiviti pemasaran. Juga kreatif dan inovatif dalam membuat tindakan

Kuning

Perlukan kekuatan dan keberanian sekiranya membangkitkan keterujaan dan keceriaan diri. Juga ingin

19 www.facebook.com/AniessSuzana

4 Ogos 2013

PANDUAN PILIH WARNA PAKAIAN 365 Hari

Hijau

Memerlukan ketenangan diri, ingin berdamai dan juga memulakan untuk hubungan baru. keberanian langkah membina

Biru

Menjadi Penceramah, Pembentang,

Jurucakap,

semua

urusan untuk lebih yakin diri dalam percakapan

dan pertuturan Indigo Perlukan idea lebih banyak

dalam

visualisasi,

sessi refleksi diri, ingin membina gerak hati atau kekuatan dalaman diri Ungu Perlukan lebih

ketenangan fikiran, stress dalam urusan Juga menyelesaikan dan tugasan. anda ruang yang tidak

sekiranya

memerlukan pemikiran terbatas.

20 www.facebook.com/AniessSuzana

4 Ogos 2013

PANDUAN PILIH WARNA PAKAIAN 365 Hari

BAB 5 7 TERAPI PENYEMBUHAN AURA WARNA Anda boleh memilih untuk memakai pakaian mengikut simptom yang ditunjukkan oleh badan bagi tujuan membantu memberi lebih tenaga untuk sihat kepada anggota atau bahagian dalam badan seperti di bawah: WARNA Situasi Kesihatan

Merah

Semua penyakit yang berkaitan dengan

darah. Cirit birit, Urat saraf dan tulang,

sembelit dan buasir

Oren

Disfungsi lelaki, mati pucuk, trauma dan puan wanita,

emosi,kesuburan prostat. bagi Sakit

senggugut, kesuburan dan dingin dalam

aktiviti seks

Kolestrol tinggi, Sistem

21 www.facebook.com/AniessSuzana

4 Ogos 2013

PANDUAN PILIH WARNA PAKAIAN 365 Hari

Kuning

penghadaman, gastric, ulser perut, penyakit buah pinggang juga

sakit kulit

Hijau

Masalah hati dan paruparu, pernafasan, jantung, dan batuk sakit asma, sakit dada,

Biru

Sakit

tekak,

tiroid,

tonsil, hormone tidak stabil, suhu badan

yang tidak menentu, demam, selsema. Indigo Terlalu nervous, sakit mata, hidung,

neurologi, sakit telinga dan sakit mata

Ungu

Sakit kepala, Migrain, tekanan.

22 www.facebook.com/AniessSuzana

4 Ogos 2013

PANDUAN PILIH WARNA PAKAIAN 365 Hari

PENUTUP Maka kini anda mempunyai sekurang-kurangnya 5 pilihan untuk memilih gaya warna pakaian anda setiap hari sepanjang melalui 365 hari sepanjang tahun. Selamat mencuba dan meneroka warnawarna ini. Salam Ceria untuk anda Sampai jumpa lagi.

Anies Suzana.

23 www.facebook.com/AniessSuzana

4 Ogos 2013

PANDUAN PILIH WARNA PAKAIAN 365 Hari

Sertai kami dalam Seminar 7Aura WarnaMagnet Hidup Luarbiasa Bagaimana untuk TAMPIL LEBIH DISUKAI? Bagaimana untuk HIDUP LEBIH GEMBIRA dan BAHAGIA? Bagaimana untuk HIDUP LEBIH SIHAT SECARA ALAMI? Bagaimana untuk MENGUASAI KEWANGAN DIRI? Bagaimana untuk MENJEMPUT REZEKI? Bagaimana untuk menikmati HIDUP yang LEBIH DIBERKATI? Ketahui Bagaimana untuk mengenal diri dan mengusai perjalanan hidup anda biar apapun situasi dalam aspek kekeluargaan, kerjaya,

kebebasan kewangan, kesihatan Emailkan Pertanyaan Anda dan Hubungi: Anies Suzana untuk maklumat lanjut. Email: aniessuzana@gmail.com www.facebook.com/AniessSuzana

24 www.facebook.com/AniessSuzana

Anda mungkin juga menyukai