Anda di halaman 1dari 3

Ivancevich (1995) mendefinasikan Analisis Pekerjaan sebagai satu proses

sistematik bertujuan untuk mengutip maklumat berkaitan aspek kerja yang penting bagi
sesuatu pekerjaan. Manakala De Cenzo dan Robbins (1996) pula mendefinasikannya
sebagai satu proses untuk mendalami aktiviti yag terdapar dalam pekerjaan secara
sistematik.. Tujuan Analisis Pekerjaan disediakan ialah untuk menjawab persoalan-
persoalan Apakah tugasan fizikal dan mental yag dilakukan oleh pekerja?, Bilakah kerja
perlu disiapkan?, Tahap manakah kerja perlu disiapkan?, Bagaimana pekerja melakukan
kerja?, Kenapa kerja tersebut dilakukan? dan Apakah kelayakan yang diperlukan untuk
melaksanakan sesuatu kerja?

Henky Hendrawan (2009) berpendapat dalam analisis pekerjaan (job analyst)


terdapat 2 langkah utama yang harus dilakukan iaitu :
a. Penentuan tugas utama, kegiatan-kegiatan, perilaku-perilaku, atau
kewajiban-kewajiban yang akan dilakukan dalam pekerjaan.
b. Penetapan pengetahuan (knowledge), kemampuan (abilities), kecekapan
(skills) serta tingkah laku (keperibadian, perwatakan, sikap, ketangkasan,
mental) yang diperlukan nantinya dalam pekerjaan.

Dalam sektor pendidikan, analisis kerja memberikan maklumat terperinci


mengenai semua kerja kepada setiap jenis tugas. Memahami proses aliran kerja amat
penting dalam sektor pendidikan terutama kepada pengurus di sekolah. Melaluinya
pengetua atau guru besar dapat mereka bentuk semula aspek-aspek tertentu untuk
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan. Pengetua juga perlu memahami keperluan
kerja untuk membuat keputusan pemilihan guru yang terbaik. Pengurus di sekolah akan
mengagihkan tugas-tugas kurikulum, pentadbiran, kokurikulum dan hal ehwal murid
kepada semua guru. Namun demikian, jika beliau tidak mempunyai pemahaman yang
jelas mengenai tugas-tugas yang dilakukan dalam setiap kerja dan kemahiran-kemahiran
yang diperlukan untuk melakukannya, maka keputusan pemilihan mungkin berakhir
dengan pemilihan guru-guru yang pengetua atau guru besar ’sukai’ tetapi yang tidak
berupaya melakukan kerja dengan jayanya.

1
Pengetua atau guru besar bertanggung jawab bagi memastikan setiap guru
melakukan kerjanya pada tahap yang memuaskan (atau lebih tinggi). Ini memerlukan
pengurus di sekolah menilai bagaimana setiap guru melakukan tugas mereka melalui
pencerapan dan pemantauan. Pengetua atau guru besar perlu memberi maklum balas
kepada guru-guru yang memerlukan penambahbaikan dalam prestasi mereka. Oleh itu,
ini memerlukan pengurus di sekolah memahami dengan jelas akan tugas-tugas yag
diperlukan dalam setiap tugas guru di sekolah. Tiga Tokoh Guru Kebangsaan 2008 iaitu
Datuk Dzulkarnain Abd. Rahman, 69, Abu Bakar Shawkat Ali, 63 dan K. Krishnasamy,
68, mengakui untuk menjadi pendidik yang cemerlang, setiap guru wajib mengetahui dan
memahami peranan masing-masing dalam mendidik pelajar. Guru-guru perlu
mengetahui huraian kerja dan spesifikasi kerja secara jelas untuk mejadi pendidik yang
cemerlang.

Namun begitu terdapat keluhan rintihan guru yang mengadu dibebani pelbagai
tugas tambahan, selain mengajar di kelas terbukti kebenarannya apabila kajian
Kementerian Pelajaran menunjukkan guru khususnya di empat negeri bekerja 74 jam
seminggu. Guru di Selangor, Johor, Melaka dan Kuala Lumpur juga menghabiskan 38
hari bekerja setahun untuk menghadiri pelbagai kursus atau latihan, walaupun Jabatan
Perkhidmatan Awam mengehadkan masa tujuh hari saja. Lebih membebankan lagi adalah
320,000 guru di lebih 9,000 sekolah seluruh negara perlu mengisi 108 jenis borang bagi
menyempurnakan tugas pengajaran, kokurikulum dan kerja pentadbiran. Oleh itu
pengurangan beban kerja guru perlu dilakukan sebagai menambahbaik persekitaran kerja
di sekolah, sekali gus guru boleh memberi tumpuan kepada tugas hakiki mereka.
Azizyus (2005) mencadangkan tumpuan harus diberikan kepada pengubahsuaian dan
pembaikan tugas guru di sekolah. Penstrukturan jawatan baru di sekolah adalah langkah
bijak, namun lebih berkesan jika jawatan pengetua/guru besar, penolong kanan
pentadbiran, penolong kanan hal ehwal murid, penolong kanan kokurikulum, kaunselor
dan guru disiplin diklasifikasikan sebagai pentadbir sepenuh masa dan perlu bekerja
mengikut waktu pejabat. Mereka perlu dikecualikan dengan tugas mengajar.
Pengecualian ini penting kerana mereka dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada
tugas memajukan sekolah serta melahirkan suasana fizikal sekolah yang harmoni dan
sihat.

2
Bibliografi

Raymond A. Noe, john R. Hollenbeck (2002). Pengurusan Sumber Manusia :


Memperolehi Kelebihan Bersaing. Malaysia : McGraw Hill Malaysia Sdn Bhd.

Analisis Pekerjaan. (2009, Mei). Diperolehi Julai 16, 2009 daripada


http://www.scribd.com/doc/9727243/Analisis-Pekerjaan

Menjiwai Tugas Pendidik Kunci Kejayaan - Tokoh Guru. (2008, Mei 17). Utusan
Malaysia. Diperolehi Julai 16, 2009 daripada
http://blis.bernama.com/mainHome.do

Kembalikan Semula Tugas Hakiki Pendidik. (2005, Julai 8). Berita Harian. Diperolehi
Julai 16, 2009 daripada http://blis.bernama.com/mainHome.do

Azizyus. Penambahbaikan Tugas Pendidik Tangani Masalah Disiplin Pelajar. (2005,


Mei 07). Berita Harian. Diperolehi Julai 16, 2009 daripada
http://blis.bernama.com/mainHome.do