Anda di halaman 1dari 18

PELAJARAN 28 : AKAL CAHAYA HIDUP

BAHAGIAN A
(OBJEKTIF)

ANEKA PILIHAN
1 Bagaimanakah cara berfikir yang betul seperti yang digariskan dalam Islam?
A Mengetahui akibat berfikir
B Mengetahui cara-cara mencapai matlamat
C Kurang pasti tentang perkara yang dilakukan
D Mengabaikan segala risiko yang akan berlaku

2 Tujuan Allah S.W.T mengurniakan akal kepada manusia


A untuk memuliakan darjat manusia dari makhluk lain
B supaya manusia menyedari nikmat kurniaan Allah S.W.T
C supaya manusia melaksanakan tanggungjawab berkeluarga
D untuk membezakan antara tingkah laku manusia dengan haiwan

3 Berikut adalah sumber berfikir berlandaskan syariat Islam

I wahyu
II akal fikiran
III mimpi indah
IV hasil penulisan

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

4 Berikut adalah kebolehan manusia menggunakan akal kecuali


A mencapai matlamat berfikir
B merasa bangga melakukan kebaikan
C dapat melakukan ibadah kepada Allah S.W.T
D mencipta sesuatu mengikut kemahuan sendiri

5 Peranan akal ialah


I mengkaji perkara ghaib
II berfikir tentang kejadian alam
III membezakan yang baik dan buruk
IV berfikir tentang zat Allah S.W.T
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

1
ISI TEMPAT KOSONG

1. ________________membolehkan manusia membezakan antara baik dan buruk.

2. Manusia mampu mengetahui perkara ghaib melalui keterangan _____________


kerana akal manusia terbatas.
Soalan 3 dan Soalan 4 berdasarkan carta di bawah.
Lengkapkan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Sumber berfikir

wahyu 3._______________
_

4._____________ maklumat yang tepat akal


___

BAHAGIAN B

1. Allah S.W.T mengurniakan akal kepada manusia supaya mereka berfikir.

(a) Jelaskan dua adab berfikir dalam Islam.


[ 4 markah ]
(b) Terangkan dua hikmat berfikir menurut Islam.
[ 4 markah ]

2. Huraikan dua kelebihan berfikir berdasarkan wahyu


[ 4 markah ]

3. Jelaskan dua akibat seseorang yang bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu.
[ 4 markah ]

4. Nyatakan cara berfikir yang tidak beradab.


[ 4 markah ]

2
PELAJARAN 29 : ADAB BERHIAS DIRI

BAHAGIAN A
(OBJEKTIF)

ANEKA PILIHAN

1. Mencukur atau mencabut bulu kening adalah diharamkan kerana

A mendatangkan kemudaratan kepada wajah


B wajah akan kelihatan tidak menarik
C menyerupai perbuatan orang kafir
D mengubah ciptaan Allah S.W.T.

2. Hukum memakai susuk untuk kecantikan diri ialah

A sunat
B harus
C haram
D wajib

3. Salah satu amalan berhias diri menurut Islam ialah

A memakai rantai bagi lelaki


B memakai rambut palsu
C memotong kuku
D Membuat tatu

4. Islam menyukai sesuatu yang bersih dan cantik kerana

A menjaga maruah diri dan agama


B menarik pandangan orang ramai
C kecantikan anugerah Allah S.W.T
D menunjukkan kebesaran Allah S.W.T

5. Hikmat Islam melarang lelaki memakai emas dan sutera ialah

A membezakan pakaian lelaki dan perempuan


B melambangkan pakaian upacara agama lain
C mengelakkan berpakaian mewah
D menjaga kulit lelaki

3
ISI TEMPAT KOSONG

1. Hukum memakai bau-bauan bagi lelaki apabila hendak ke masjid


ialah________.
2. Melakukan pembedahan anggota badan adalah haram kecuali untuk
tujuan___________

3. Membuat tatu atau membuat tanda pada anggota badan adalah______________

4. Islam membenarkan pakaian berfesyen selagi batas-batas____________dijaga.

Soalan 5 dan soalan 6 berdasarkan carta di bawah.


Lengkapkan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Hukum mandi

5 - Selepas memeluk 6 - Menyucikan diri


Islam. _______ daripada hadas
besar________

BAHAGIAN B

1. Islam menggalakkan umatnya berhias diri


(a) Apakah yang dimaksudkan dengan berhias diri ?
[ 2 markah ]
(b) Nyatakan dua adab berhias diri.
[ 4 markah ]
(c) Mengapa masih terdapat orang yang tidak menjaga kekemasan diri?
[ 2 markah ]
2. (a) Nyatakan dua garis panduan adab berpakaian menurut Islam.
[ 4 markah ]
(b) Jelaskan dua sebab masih terdapat umat Islam yang berhias diri tidak
mengikut syariat.
[ 4 markah ]
(c) Terangkan dua hikmat beradab dalam berhias diri.
[ 4 markah ]
3. Nyatakan hukum dan alasan bagi masalah berikut :

(a) Azman memakai rantai emas pemberian ibunya.


[ 2 markah ]
(b) Aminah melakukan pembedahan plastik akibat melecur yang teruk.
[ 2 markah

4
PELAJARAN 30 : ADAB MENJAGA ORANG SAKIT

BAHAGIAN A
(OBJEKTIF)

ANEKA PILIHAN

1. Adab menjaga orang sakit ialah

A mengingatkan pesakit bahawa sakit adalah sebahagian daripada ujian Allah


S.W.T
B menasihati mereka supaya jangan bersabar
C mengajak mereka pergi bersiar-siar
D jangan hiraukan keluhan mereka

2. Sikap yang perlu ketika menjaga orang sakit ialah

A bersabar
B mengasari mereka
C menengking mereka
D membiarkan mereka bersendirian

3. Kewajipan orang yang sihat terhadap orang yang sakit ialah

I mengiringinya ke kubur
II membayar hutangnya
III menziarahinya
IV menjaganya

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

4. Orang sakit perlu dijaga dengan beradab supaya

A mendapat pujian
B mendapat ganjaran
C memudahkannya beribadat
D meringankan penderitaannya

5. Berikut adalah adab menjaga orang sakit dari aspek emosi kecuali

A memberi kerehatan yang secukupnya


B memahami keperitan penderitaannya
C tutur kata yang lemah lembut

5
D bersabar mendengar rungutan

ISI TEMPAT KOSONG

1. Memberi peringatan kepada pesakit bahawa sakit adalah ujian Allah S.W.T
merupakan adab menjaga orang sakit dari aspek _________________.

2. Memberi layanan yang baik kepada pesakit akan mengeratkan


hubungan___________antara kedua-duanya.

3. Hukum menziarahi orang sakit ialah ______________

Soalan 4 dan soalan 5 berdasarkan carta di bawah.


Lengkapkan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Adab menjaga orang sakit

Aspek rohani 4.__________

5.____________

BAHAGIAN B

1. Setiap manusia tidak terlepas daripada terkena penyakit.

(i) Nyatakan dua aspek fizikal yang perlu diberi perhatian ketika menjaga orang
sakit.
[ 4 markah ]

(ii) Terangkan dua hikmat Islam menyuruh kita menjaga


orang sakit.
[ 4 markah ]

2. Terangkan tiga adab menjaga orang sakit dari aspek rohani.


[ 6 markah ]

3. Mengapa orang sakit perlu dijaga dengan baik?


[ 4 markah ]

6
PELAJARAN 31 : ADAB AMAR MA’RUF DAN NAHI MUNGKAR

BAHAGIAN A
(OBJEKTIF)

ANEKA PILIHAN

1. Berikut adalah cara amar makruf dan nahi mungkar yang dilaksanakan oleh Nabi
Muhammad s.a.w.

I Melaksanakan dakwah secara diplomasi


II Memberi nasihat tanpa memilih masa dan tempat
III Mengada-adakan sesuatu cerita untuk dijadikan sebagai iktibar
IV Melembutkan hati dengan kata-kata, perbuatan dan muamalah yang baik

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

2. Antara sifat pendakwah ialah

A sentiasa menziarahi teman


B suka membangkang
C banyak bercakap
D berilmu

3. ‫ ”"الموعظة الحسنة‬bermaksud

A nasihat dan peringatan yang baik


B kata-kata perangsang
C berita gembira
D pujia-pujian

4. Rasulullah menggunakan pelbagai cara supaya sahabat melakukan amar makruf


nahi mungkar kecuali

A melembutkan hati dengan kata-kata yang baik


B memilih masa dan tempat yang sesuai
C memberi tekanan terhadap mereka
D memberi hadiah kepada mereka

7
ISI TEMPAT KOSONG

Soalan 1 dan soalan 2 berdasarkan carta di bawah.


Lengkapkan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Adab amar makruf nahi mungkar

1_________
_
2_________ 3 Berhikmah

3. Hukum melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar ialah _____________.

4. Seseorang pendakwah yang berwibawa perlu memiliki____________mulia .

5. Pendakwah perlu mengelakkan diri dari membincang perkara-perkara yang


_________________.

BAHAGIAN B

1. Amar makruf dan nahi mungkar merupakan usaha dakwah yang sangat penting .
i. Jelaskan dua adab amar makruf dan nahi mungkar.
[ 4 markah ]

ii. Cadangkan dua cara yang boleh anda lakukan untuk mengatasi perkara
mungkar yang berlaku di sekolah.
[ 4 markah ]

2. Jelaskan dua kebaikan melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.


[ 4 markah ]

3. Terangkan dua akibat meninggalkan amar makruf dan nahi mungkar ke atas
masyarakat.
[ 4 markah ]

8
PELAJARAN 32 : ADAB DI TEMPAT REKREASI

BAHAGIAN A
(OBJEKTIF)

ANEKA PILIHAN

1. Memperolehi keredaan Allah S.W.T. ketika berekreasi ialah dengan cara

A menjalinkan hubungan silaturahim dengan semua pengunjung


B mengingatkan diri supaya sentiasa mengingati Allah S.W.T.
C memelihara adab-adab yang ditetapkan oleh syarak
D melakukan banyak solat sunat

2. Apakah adab yang perlu ketika berekreasi?

A Berdua-duaan bersama bukan mahram


B Membuang sampah ke dalam sungai
C Menghormati pengunjung lain.
D Memakai pakaian yang seksi.

3. Berikut adalah hikmat mengamalkan adab di tempat rekreasi kecuali

A melahirkan masyarakat yang cintakan alam sekitar


B dapat menjalinkan hubungan percintaan
C menghindar perkara mungkar
D mendapat keredaan Allah S.W.T.

4. Contoh kemudahan fizikal di tempat rekreasi ialah

A surau
B pagar
C pokok
D kawasan khas untuk wanita

5. Apakah strategi pengawalan tempat rekreasi daripada kerosakan?

I Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang menjaga tempat rekreasi


II Menyediakan tempat cadangan
III Membekalkan tong sampah
IV Mengenakan denda

A I dan II
B I dan IV

9
C II dan III
D III dan IV

ISI TEMPAT KOSONG

1. Penguatkuasaan undang-undang di tempat rekreasi amat penting dari sudut


________________ pengunjung.

Soalan 2 hingga soalan 4 berdasarkan jadual di bawah.


Lengkapkan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Aspek Faedah

2.___________ Menguatkan stamina

3._______________
Psikologi

4.______________ Memupuk semangat kerjasama

BAHAGIAN B

1. Jelaskan dua fungsi taman rekreasi dalam membentuk sahsiah seseorang insan.
[ 4 markah ]

2. Tempat rekreasi yang baik banyak memberi faedah kepada pengunjung.


Nyatakan dua ciri tempat rekreasi yang baik.
[ 4 markah ]

3. Senaraikan adab - adab berekreasi menurut pandangan Islam.


[ 4 markah ]

4. Huraikan dua hikmat beradab semasa di tempat rekreasi.


[ 4 markah ]

5. Nyatakan dua cara pengawalan terbaik untuk mengelakkan tempat rekreasi


disalahgunakan.
[ 4 markah ]

10
PELAJARAN 33 : ADAB MENJAGA KEMUDAHAN AWAM

BAHAGIAN A
(OBJEKTIF)

ANEKA PILIHAN

1. Berikut adalah adab ketika menggunakan kemudahan awam kecuali

A menggunakan mengikut peraturan


B bertimbang rasa dengan pengguna lain
C bertanggungjawab terhadap keselamatan
D membuang kemudahan awam apabila rosak

2. Berikut adalah contoh penyalahgunaan kemudahan awam

I Menggunakan paip bomba untuk memadamkan api


II Membuang sampah di tempat pembuangan sampah
III Menconteng papan tanda di jalan
IV Membuat panggilan palsu

A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV

3. Perbuatan merosakkan kemudahan awam dikenali sebagai

A jenayah vandalisme
B jenayah kolar biru
C jenayah juvana
D jenayah sosial

4. Mengapa setiap rakyat berkewajipan menjaga kemudahan awam?

A Mengelakkan ia disalahgunakan untuk kepentingan peribadi


B Dapat menggunakannya apabila diperlukan
C Meringankan beban pihak berwajib
D Akan menyebabkan rakyat mundur

11
ISI TEMPAT KOSONG

1. Telefon, tandas awam, dan seumpamanya adalah______________________yang


disediakan oleh pihak kerajaan untuk kegunaan orang ramai.

2. Perbuatan merosakkan kemudahan awam merupakan satu perbuatan__________


dan berdosa.

3. Kemudahan awam disediakan bertujuan memberi__________________hidup kepada


kita.

Soalan 4 dan soalan 5 berdasarkan carta di bawah.


Lengkapkan tempat kosong di bawah dengan jawapn yang betul.
Langkah-langkah mengatasi kerosakan kemudahan awam

4_____________ Pendidikan awal


5______________

BAHAGIAN B

1. Nyatakan dua kepentingan menjaga kemudahan awam terhadap masyarakat.


[ 4 markah ]

2. Huraikan adab-adab menggunakan kemudahan awam yang disediakan.


[ 4 markah ]

3. Terangkan tiga langkah untuk mengatasi vandalisme terhadap kemudahan awam.


[6 markah ]

4. Jelaskan dua kepentingan kemudahan awam terhadap individu.


[ 4 markah ]

5. Senaraikan amalan yang tidak bertanggungjawab terhadap kemudahan awam.


[ 4 markah ]

12
PELAJARAN 34 : ADAB MENZIARAHI JENAZAH

BAHAGIAN A
(OBJEKTIF)

ANEKA PILIHAN

1. Amalan yang patut dilakukan ketika menziarahi jenazah ialah

A berdoa supaya jenazah mendapat keampunan


B membicarakan hal-hal berkaitan duniawi
C menunaikan solat istikharah
D menunaikan solat hajat

2. Antara perkara yang perlu dielakkan ketika menziarahi jenazah ialah

I mengumpat dan mengata kepada simati


II menangisi kematiannya
III mendoakan simati
IV bergurau senda

A I dan II
B I dan IV
C II dan IV
D III dan IV

3. Maksud meratapi kematian ialah

A tidak reda dengan takdir Allah S.W.T.


B kecewa dan sedih kerana kematian tersebut.
C menganggap diri penyebab kepada kematian tersebut.
D meraung-raung sambil melakukan perkara yang boleh menyeksakan tubuh
badan.

4 Berikut adalah adab-adab ketika menziarahi jenazah kecuali

A mengadakan kenduri
B membantu ahli keluarga si mati
C menenangkan perasaan waris si mati
D mengingatkan waris si mati supaya bersabar

13
ISI TEMPAT KOSONG

1 Hukum menziarahi jenazah adalah __________________.

2 Menziarahi jenazah akan dapat mengeratkan _____________


sesama Islam.

3 Mengucapkan takziah kepada keluarga si mati boleh dilakukan selama tempoh


_____________.

4 Kita dilarang bercakap melainkan perkara-perkara yang___________________


semasa menziarahi jenazah.

5 Mengucap _______________ kepada keluarga simati merupakan adab


menziarahi jenazah.

BAHAGIAN B

1. Menziarahi jenazah adalah satu amalan yang dituntut dalam Islam.


Terangkan dua kelebihan menziarahi jenazah.
[ 4 markah ]

2. Nyatakan dua amalan yang harus dijauhi semasa menziarahi jenazah


[ 4 markah ]

3. Islam menggariskan beberapa panduan ketika menziarahi jenazah.

(a) Nyatakan dua adab menziarahi jenazah.


[ 2 markah ]

(b) Terangkan dua perbezaan cara menziarahi jenazah


muslim dan bukan muslim .
[ 4 markah ]

14
PELAJARAN 35 : ZIKRULLAH PENGUBAT HATI

BAHAGIAN A
(OBJEKTIF)

ANEKA PILIHAN

1. Berikut adalah sebab-sebab Islam menggalakkan umatnya berzikir.

I Membentuk peribadi mulia


II Memperolehi kejayaan hidup
III Menjauhkan diri dari hasutan syaitan
IV Supaya dihormati dan disegani oleh orang lain

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

2. Manakah antara berikut tidak benar mengenai kepentingan beradab ketika


berzikir?

A Zikir diterima oleh Allah S.W.T


B Zikir dapat menghapuskan dosa besar
C Mencontohi sunnah Rasulullah s.a.w.
D Dapat mendisiplinkan diri dengan beribadat

3. Berikut merupakan jenis-jenis zikir kecuali

A takbir
B tasbih
C tauhid
D hauqalah

4. Tingkah laku yang tidak beradab ketika berzikir ialah

A menggunakan suara yang nyaring.


B tidak berzikir semasa qadak hajat
C perbanyakkan zikir dalam suasana genting
D berzikir dengan lafaz tertentu mengikut keadaan dan tempat

15
ISI TEMPAT KOSONG

1. Mengingati Allah S.W.T dengan hati, lisan dan perbuatan dipanggil

Soalan 2 dan soalan 3 berdasarkan carta di bawah.


Lengkapkan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Mengingati Allah dapat dilakukan melalui

2_________ 3________ hati


_
4. Seseorang disunatkan berzikir dengan suara yang ______________.

BAHAGIAN B

1. (a) Jelaskan maksud zikir.


[ 2 markah ]

(b) Nyatakan dua sebab kita perlu beradab ketika berzikir.


[ 4 markah ]

2. Berzikir salah satu cara meningkatkan keimanan kepada Allah S.W.T.

(a) Nyatakan dua contoh lafaz zikir.


[2 markah]

(b) Jelaskan dua adab berzikir kepada Allah S.W.T.


[4 markah]

(c) Huraikan dua kesan beradab ketika berzikir.


[4 markah]

16
PELAJARAN 36 : ADAB DENGAN RASULULLAH

BAHAGIAN A
(OBJEKTIF)
ANEKA PILIHAN

1. Pilih pernyataan yang benar mengenai tujuan Islam menuntut kita supaya
berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.

I Menghormati baginda
II Dijamin masuk syurga
III Termasuk dalam golongan sahabat baginda
IV Menunjukkan kasih dan cinta kepada baginda

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

2. Hukum menziarahi makam Rasulullah s.a.w. ketika mengerjakan ibadat haji dan
umrah adalah
A makruh
B harus
C wajib
D sunat

3. Menghormati para sahabat Rasulullah s.a.w. merupakan suatu tuntutan kerana


mereka

A mencintai diri sendiri melebihi cinta kepada Rasulullah s.a.w.


B mendapat didikan langsung dari Rasulullah s.a.w.
C melakukan amar makruf nahi mungkar
D mengamalkan sunnah rasul

4. Berikut adalah tingkah laku yang beradab dengan Rasululah s.a.w. kecuali
A mentaati perintah Rasulullah s.a.w.
B menghormati sahabat Rasulullah s.a.w.
C tidak mengucap selawat ketika tahiyyat akhir
D tidak berbuat bising ketika menziarahi makam Rasulullah s.a.w.

5. Tidak mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w mengakibatkan


A mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w. di akhirat kelak.

17
B mendapat pahala atas kebaikan yang dilakukan.
C merosakkan iman pada diri sendiri.
D dikasihi oleh Rasulullah s.a.w.

ISI TEMPAT KOSONG

1. Salah satu cara beradab terhadap Rasulullah s.a.w melalui lisan ialah
_______________.

2. Mengamalkan _____________ merupakan salah satu cara beradab kepada


Rasulullah s.a.w melalui perbuatan.

3. Orang yang banyak berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w akan


memperolehi ______________ di akhirat.

BAHAGIAN B

1. (i) Umat Islam hendaklah berselawat kepada Rasulullah s.a.w. bagi


menunjukkan rasa cinta dan kasih kepada baginda.

Nyatakan dua tujuan berselawat.


[ 4 markah ]

(ii) Terangkan perbezaan di antara adab terhadap Rasulullah s.a.w. dan adab
terhadap orang awam.
[ 4 markah ]

2. Umat Islam disuruh beradab dengan Rasulullah s.a.w.


Jelaskan dua hikmat beradab dengan Rasulullah s.a.w.
[ 4 markah ]

3. Terangkan dua cara beradab dengan Rasulullah s.a.w.


[ 4 markah ]

18