Anda di halaman 1dari 5

25

Tajuk 2
ANALISIS SAHSIAH RASULULLAH SAW
SEBAGAI SEORANG PENDIDIK

2.0 Sinopsis

Tajuk ini membicarakan mengenai sahsiah dan keperibadian Rasulullah s.a.w.
sebagai seorang pendidik. Dalam unit ini, dikemukakan perbincangan mengenai
kaedah penyampaian Rasulullah s.a.w.. Manakala tajuk sahsiah diri Baginda
s.a.w perlu dibincangkan secara bersemuka dengan pensyarah. Pelajaran ini
bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman guru mengenai diri
dan corak pendidikan yang diamalkan oleh Baginda s.a.w.. Selain daripada itu
pelajar juga diberi tugasan dan tajuk tutorial untuk dilaksanakan. Para pelajar
diharap akan dapat mencontohi dan menghayati sahsiah Rasulullah s.a.w.
sebagai role-model seorang Mahaguru yang terbaik.

Hasil Pembelajaran

1. Menerangkan sahsiah keperibadian Rasulullah s.a.w..
2. Menghuraikan peranan dan tugas Rasulullah s.a.w.. sebagai seorang
pendidik.
3. Menganalisis pendekatan pendidikan dan kaedah penyampaian yang
dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w..

Kerangka Konsep Tajuk



ANALISIS SAHSIAH RASULULLAH SAW
SEBAGAI SEORANG PENDIDIK
Sahsiah Diri
(Bersemuka)
Kaedah
Penyampaian
(Modul)


26


2.1
KAEDAH PENYAMPAIAN


Pelajar-pelajar sekelian !

Cinta kepada Rasulullah s.a.w. ? Kenali Baginda s.a.w.
Tak Kenal Maka Tak Cinta!!

2.1.1. Kaedah Penyampaian RASULULLAH S.A.W.

Pendidikan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. adalah merupakan sukatan
pelajaran khas yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. iaitu wahyu sama ada al-
Quran dan juga al-hadith khususnya al-hadith al-Qudsi. Ini adalah kerana segala
apa yang dipertuturkan oleh Baginda s.a.w. adalah merupakan wahyu Illahi yang
perlu dicontohi dan diteladani oleh umat Baginda s.a.w.

Firman Allah Taala di dalam al-Quran :



Maksudnya :

Dan tidaklah ia mengucapkan sesuatu berdasarkan nafsunya melainkan hanya wahyu
yang diwahyukan (kepadanya)
(surah an-Najm (53) :3-4)

Al-Quran adalah merupakan kalam Allah yang telah diwahyukan kepada
Rasulullah s.a.w. melalui Jibril a.s. untuk disampaikan kepada umat manusia. Ia
adalah mukjizat dan membaca al-Quran dikira ibadah. Kerana itu al-Quran
dibaca di dalam solat. ia juga merupakan warkah, kalam atau sms daripada
Allah Taala kepada individu yang mencintaiNya.

Manakala Hadith Qudsi merupakan hadith yang diriwayatkan dengan
disandarkan kepada Allah Taala seperti Allah telah berfirman. Kadangkala ia
juga diriwayatkan dengan disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. namun sandaran
khabarnya adalah daripada Allah Taala seperti Rasulullah s.a.w mengatakan
apa yang dikhabarkan daripada Allah.




4`4 -gCL4C ^}4N -O4OE- ^@ up) 4O- ) E/4 _/EONC ^j


27


2.1.2. Langkah Pengajaran

Rasulullah s.a.w. amat teliti di dalam melaksanakan langkah pengajarannya.
Langkah pengajaran bermaksud peringkat-peringkat aktiviti pengajaran yang
dilaksanakan. Baginda s.a.w. cukup berhati-hati di dalam menyampaikan
pengajaran agar ianya dapat diterima oleh semua pihak yang mendengarnya.
Antara ciri-ciri pengajaran Baginda s.a.w. ialah :

1. Menggunakan bahan bantu, ilustrasi dan gerak isyarat yang bersesuaian.
2. Memastikan semua pelajar dapat mengikuti pelajaran yang disampaikan.
3. Mengaplikasikan strategi dan kaedah pengajaran dengan baik.
4. Menghormati dan melayan kerenah setiap pelajar dengan baik.
5. Menggunakan bahasa yang lemah lembut dan sopan.
6. Adil terhadap anak didiknya.


Antara strategi dan pendekatan pengajaran yang telah dilaksanakan oleh
Rasulullah s.a.w. ialah ;

1. Mewujudkan pusat pendidikan
2. Memilih tempat pembelajaran yang sesuai
3. Pengajaran secara berperingkat-peringkat
4. Menjadikan masjid sebagai tempat pengajaran
5. Memulakan pengajaran kepada kerabat terdekat
6. Memastikan pembelajaran berlangsung dalam keadaan aman


2.2.3. Kaedah Penyampaian Rasulullah S.A.W.

Kaedah pengajaran bermaksud jalan atau metod yang diikuti untuk memudahkan
kefahaman kepada murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia
merupakan langkah-langkah pengajaran yang tersusun rapi dan berurutan bagi
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Antara kaedah pengajaran yang
telah digunakan oleh Rasulullah s.a.w. ialah ;

1. Syarahan atau khutbah. Ia merupakan satu kaedah mengajar di mana
guru memberikan maklumat berkenaan sesuatu topik beserta huraian dan
contohnya. Kebiasaannya disampaikan di masjid atau rumah. Khutbah
disampaikan pada setiap hari Jumaat.

2. Dialog atau perbincangan. Perbincangan dalam bentuk berdakwah supaya
menerima Islam dengan prinsip yang betul. Corak pengajaran dua hala,
iaitu interaksi guru dengan murid.

3. Soal Jawab. Soal jawab digunakan untuk mengetahui tahap kefahaman
atau pengetahuan. Sebagai contoh Rasulullah s.a.w. bersoal jawab
dengan malaikat Jibril a.s. tentang Rukun Iman, Rukun Islam, dan Ihsan.
Kaedah menyoal merupakan sebahagian daripada setiap aktiviti wajib


28

pengajaran pembelajaran antara guru dengan murid. Baginda s.a.w. juga
sering bersoal jawab dengan para sahabat setiap kali selepas solat subuh.

4. Imla. Kaedah ini memerlukan murid menulis apa yang diajarkan
terhadapnya. Guru mengatur setiap kata-kata yang diungkapkan dan
murid-murid akan mencatat setiap kata-kata yang didengari. Mengikut nas
al-Quran, kaedah Imla berlaku antara malaikat Jibril a.s. dengan
Rasulullah s.a.w. semasa Jibril mengajarkan ayat al-Quran dan diikuti oleh
Rasulullah. Rasulullah s.a.w.menuturkan ayat-ayat yang berbentuk berita
kepada sahabat-sahabat beliau. Para sahabat mendengar dan terus
menghafalnya.

5. Hafazan. Kaedah hafazan digunakan untuk mengingat sesuatu fakta.
Rasulullah s.a.w. menghafaz wahyu yang diturunkan kepada Baginda.

6. Perdebatan atau mujadalah. Kaedah prdebatan digunakan untuk
menjawab persoalan dengan menggunakan hujah-hujah yang logik
sebagai bukti.

7. Gaya isyarat. Kaedah pengajaran ini menggunakan isyarat dengan
gerakan anggota badan seperti isyarat tangan, muka, mulut dan
sebagainya.

8. Bercerita. Kaedah bercerita digunakan bagi mengambarkan kisah-kisah
yang terdapat dalam al-Quran. Bercerita merupakan perbuatan yang
mengesahkan sesuatu cerita atau rangkaian sesuatu peristiwa sama ada
ia benar-benar berlaku ataupun direka-reka. Cerita disampaikan untuk
mendidik manusia dengan membei penekanan kepada teladan yang patut
diikuti.

9. Lukisan atau lakaran. Melukis di atas tanah untuk menggambarkan
sesuatu atau menjelaskan lagi satu-satu penerangan kepada para
sahabat. Rasulullah sering melukis dan melakarkan di atas tanah bagi
memahamkan para sahabat.

10. Demontrasi atau tunjukcara. Ia merupakan satu kaedah pengajaran di
mana seorang individu membuat sesuatu di hadapan individu yang lain
untuk menunjukkan bagaimana sesuatu perbuatan itu dilakukan. Ia
melibatkan satu cara pengajaran yang memusatkan pemerhatian murid
kepada langkah atau perbuatan bagi menghasilkan sesuatu. Rasulullah
s.a.w. sentiasa mempamerkan qudwah hasanah untuk teladan para
sahabat serta menunjukcara melakukan sesuatu.

11. Halaqah. Murid-murid mengelilingi guru dalam bentuk separa bulatan.
Guru berada di tengah dan menyampaikan pengajaran.

12. Talaqi Musyafahah. Ia merupakan pendekatan pengajaran al-Quran. Para
pelajar dikehendaki berdepan terus dengan guru dalam mempelajari al-
Quran. Guru akan memberi contoh bacaan kepada beberapa orang murid.
Kemudian murid akan mengikuti contoh bacaan guru secara individu dan


29

beramai-ramai. Guru membaca, kemudian murid-murid mengikut bacaan
guru. Setelah menghafaz ayat-ayat yang disampaikan oleh Jibril a.s. dan
Rasulullah s.a.w. menyampaikan kepada para sahabat secara talaqqi
musyafahah.

13. Tikrar atau ulangan. Bacaan dilaksanakan secara berulang kali untuk
memastikan kefasihan, menguatkan ingatan serta mengingati sesuatu ayat
atau fakta. Selepas guru membaca, murid-murid akan mengikut bacaan
tersebut atau seorang membaca dan yang lain mendengar. Guru perlu
mendengar bacaan murid sambil mengenalpasti kelemahan bacaan yang
perlu dilatih tubi. Guru akan menyebut atau membaca perkataan yang
perlu ditikrarkan. Manakala murid-murid pula diminta mengulanginya.

14. Tasmi. Kaedah ini dipraktikkan bagi pengajaran tilawah dan juga hafazan.
Seseorang murid akan membaca ayat al-Quran di hadapan guru.
Sekiranya terdapat kesalahan, guru akan terus memperbaiki serta
menegur setiap kesalahan itu.





Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran
tajuk ini dengan jayanya!
.








~ Selamat Membaca ~
@r@

Jelaskan perbezaan kaedah penyampaian Rasulullah s.a.w.
dengan guru masa kini. Bincangkan!