Anda di halaman 1dari 14

Tata sajian India.

Pengenalan Barang kali apabila kita memperkatakan tentang hidangan dan masakan india, selalunya apa yang terbayang dikepala kebanyakan orang ialah kari iaitu masakan yang pedas dan berempah.Masakan india terutamanya daripada kari mempunyai skop yang begitu luas kerana terdapat berbagai bagai jenis hidangan yang menggunakan kombinasi herba dan rempah ratus yang berlainan. Walaubagaimanapun, dalam masakan india rempah ratus adalah merupakan sesuatu bahan yang sangat penting.Mengikut tradisinya,orang india memilih rempah yang sesuai untuk menaikkan lagi rasa sesuatu bahan yang hendak

dimasak.Contohnnya buah pelaga dan buag cengkik dapat meningkatkan lagi kelazatan daging kambing. Hidangan dan masakan india yang bervariasi ini adalah terbit dari berbagai-bagai tempat asalnya yang berbeza-beza di benua india.Terdapat banyak juga restoran india yang masih mengamalkan sajian dan perkhidamtan tradisional mereka seperti restoran daun pisang dan restoran kepala ikan yang terdapat dibandar besar seperti Kuala Lumpur dan Penang. Penyediaan meja Tatasajian india ada sedikit persamaan dengan tatasajian ornag melayu,iaitu dari segi penyediaan meja makan dan juga cara makannya yang mempunyai cirri-ciri yang tersendiri.Penggunaan peralatan meja yang unik dapat membezakannya daripada tatasajian lain.Ada beberapa cirri yang jelas dapat dilihat dalam persediaan meja makan dalam tatasajian india iaitu seperti: Penggunaan daun pisang sebagai ganti pingggan makan Penggunaan peralatan yang diperbuat dari keluli tahan kuat seperti gelas dan tepat lauk hidangan Oleh kerana makan menggunakan tangan,tempat basuh tangan

disediakan

Gelas minuman diletakkan disebelah kiri tetamu.

Sajian cara India

NAMA PERALATAN : 1. pinggan 2. kendi 3. sabun 4. bekas lauk 5. camca lauk 6. gelas

CATATAN : Daun pisang atau pinggan kalis karat digunakan Bekas atau kendi air basuh tangan disediakan juga Gelas air diletakkan disebelah kiri pinggan Bekas lauk digunakan

Teknik dan amalan tata sajian

Secara asasnya,cara melayan tetamu dalam tatasajian india adalah sama seperti lain-lain tatasajian yang biasa .Dalam tatasajian india ,cara makan adalah menggunakan tangan ,oleh itu tempat basuh tangan adalah penting.Nasi disendukkan menggunakan keatas daun pisang yant telah disediakn dihadapan tetamu sebagai ganti pinggan.Kebiasaannya nasi ini akan disendukkan lagi sekirannya ada permintaan daripada tetamu.Lauk pauk juga disendukkan dihadapan pelanggan,biasanya lauk pauk ini dibawa dengan bekas lauk yang direka khas untuk tatasajian india yang dibuat dari keluli tahan karat.Sup pula telah dihidangkan didalam gelas keluli tahan karat.Minuman pula dihidangkan disebelah kiri pelanggan.Setelah selesai makan,daun pisang dialihkan dan makanan pemanis mulut dihidangkan.Hidangan pencuci mulut dihidangkan dalam bekas kaca atau pun bekas keluli tahan karat.Minuman pula dihidangkan semasa tetamu mula duduk dan dipenuhkan apabila setiap kali cawan atau gelas ini kurang dari setengah,Mengikut tradisi turum temurun,minuman disajikan adalah dari susu lembu segar atau pun susu masam yang dipanggil More.

Tata sajian cina


Pengenalan Masakan cina adalah salah satu msakan yang paling popular dan mempunyai banya pilihan yang menarik.Menu masakan cina yang lengkap,terdiri daripada sekurang-kurangnya lima hdiangan iaitu bermula dari pembuka selera,sup,hidangan utama yang berupa ayam atau itik,hidangan dari danging,hidangan dari ikan ,nasi atau mee ,sayuran ,pencuci mulut dan minuman.

Pembuka selera Makanan pembuka selera adalah makanan yang disediakan kecil-kecil sebelum hidangan utam bertujuan untuk menaikan selera makan.Salah satu pembuka selera bagi orang cina ian Dim Sum .Dim Sum adalah kuih-kuih tradisional orang-orang cian yang telag dihidang untuk sarapan pagi ,makan tengah hari atau minuma petang.kuih keci yang camel diperbuat daripada tepung dan dihidang beraneka jenis serta pelnagai warna dan bentuk.

Hidangan utama Hidangan dari ikan dan makanan laut. Ikan adalah makanan yang sangat digemari dikalangan orang cina .Selalunya ikan akan debeli hidup-hidup dari pasar .Disesetengah restoran pula disediakan akurium atau tank untuk ikan yang hedak disajikan. Hidangan daging Hidangan dari danging yang popular orang cina ialah daging lembu dan daging babi.Kebanyakan daging tersebut dipotong kecil,cincang,hiris,potong dadu dan selalunya menggunakan sos soya ,wain cina diperap dengan beberapa herba atau sayuran sebelum dimasak. Sayuran Walaupun kebanyakkan hidangan utama cian dihiaskan dengan sayuran,namun menu masakan cina juga masih mempunyai hidangan sayurannya tersendiri.Sayuran yang digirng dan rebus dengan waktu memasak yang meminta adalah menjadi asas memasuk sayuran dina yang utama.

Pencuci mulut Dalam hidangan cina ,pencuci mulut yang ringkas dan mudah selalunya dihidangkan seperti potongan buah-buahan segar ataupun hidangan yang berasaskan buah seperti puding dan jeli buah-buahan Minuman The adalah minuman yang telah menjadi asas tradisi kaum cina sejak zaman berzaman.Teh yang dihidangkan kepada tetamu panas dan tidak disertakan dengan guka dan krimmer.

Sajian cara Cina

NAMA ALATAN : 1. pinggan makan 2. kayu sepit 3. pengalas kayu sepit 4. sudu makan 5. sudu sup

6. piring cili jeruk 7. piring kicap 8. mangkuk nasi 9. mangkuk sup 10. gelas teh

CATATAN : Sajian orang cina biasanya menggunakan meja berbentuk bulat Alat-alat asas perseorangan yang biasa digunakan terdiri daripada mangkuk nasi,mangkuk sup,sepit makan,sudu,piring sos dan piring kecil

Penyediaan meja Seperti juga tatasajian tradisional melayu,penyediaan meja makan tatasajian cina mempunyai kelainan yang tersendiri .Ada beberapa peralatan meja yang tidak terdapat dimana-mana tatasajian lain.Ini adalah kerana cara makan dan adat tradisi orang-orang cina yang mempunyai keunikan yang tersendiri.Ada beberapa cirri yang jelas dapat dilihat dalam persediaan meja makan dalam tatasajian cina: Meja bulat digunakan sama ada direstoran atau bankuet Lazy Sazan atau papan atas yang bole dpusing-pusingkan diletakkan ditengah meja untuk meletakkan makanan Penggunaan sepit kayu atau Chopstick dan sudu cina adalah peralatan penting dalam tatasajian ini. Penggunaan mangkuk untuk sup,dan nasi,tempat sos yang bersekat Cawan the cinma yang berbentuk lebih kecil ataupun gelas disediakan untuk minuman the cina yang dihidangkan panas-panas kopi dan teh biasa tidak disediakan Dalam mengatur peralatna tatasajian cina,selalunya meja dialas dengan kain merah yang garang atau pun kain putih dan dialas dengan sepetah merah di atasnya.Lazy susan diletkakkan dtengah-tengah utnuk meletakan hidangan dan sos.Kayu sepit atau chopstick diletakkan disebelah kanan dan dialas dengan pengalasnya ataupun dengan mengguanakan sudu cina.Manakala cawan atau gelas the cina pula diletakkan sebelah kanan kayu sepit.dan mangkuk diletakkan disebelah kiri napkin iaitu satu untuk nasi dan satu untuk sup.Satu piring diletakkan ditengah untuk makanan.direstoran yang besar,piring dan mangkuk akan digantikan dengan piring yang bersih setelah habis setiap hidangan.Tempat sos diletakkan diatas dan dihujung lazy susan dan kebiasaanya diletakkan dalam bilangan yang genap.

Teknik dan amalan tata sajian cina adalah sama seperti lain-lain tasasajian yang biasa tetapi dari segi masa makanan disendukkan kedalam piring atau mangkun tetamu piring dan mangkuk akan digantikan dengan yang bersih setelah selesai setiap hidangan hidangan pencuci mulut dihidanglan dengan cara yang sama minuman dihidangkan semasa tetamu mula duduk dan dipenuhkan setiap kali gelas itu kurang dari setengah minuman dihidangkan panas dan diatas permintaan sahaja

PERANGGU MEJA
Sajian cara Melayu

NAMA ALATAN : 1. kendi air basuh tangan 2. sabun 3. pengesat tangan 4. pinggan nasi 5. gelas air 6. pinggan lauk 7. mangkuk lauk 8. sudu lauk 9. pinggan hidang 10. senduk nasi

CATATAN : Ruang perseorangan yang lebih luas diperlukan Saprah digunakan sebagai alas hidangan

Kutleri yang digunakan ialah sudu teh,sudu,atau garpu desert,dan sudu hidang Bekas atau kandi air basuh tangan serta sabun disediakan juga

Sajian cara Barat

NAMA PERALATAN : 1. pinggan 2. sudu 3. pisau 4. garfu 5. gelas 6. napkin

CATATAN : Menggunakan alas meja dan lapik pinggan Camca,gelas,dan pisau diletakkan disebelah kanan pinggan Garfu diletakkan disebelah kiri pinggan Napkin disediakan

Peranggu meja jamuan buffet

PERALATAN : 1. pinggan makan atau pinggan layan 2. cawan atau gelas minuman 3. jag atau bekas minuman 4. serviet atau napkin 5. kutleri 6. alas meja lembut atau cerah 7. pinggan hidang (besar)

CATATAN : Pastikan cara bagaimana makanan akan dihidangkan sama ada layan diri atau layan di meja Hidangkan jenis makanan dan minuman di meja utama yang besar dan sesuai dengan tujuan jamuan Pastikan pinggan mangkuk,kutleri,dan kain kelengkapan meja bersih,istimewa,dan menarik Susun pinggan,bekas minuman,dan kutleri di sudut meja untuk memudahkan tetamu melayan diri Hidangkan makanan dalam bentuk yang kecil supaya mudah diambil oleh tetamu Hiaskan bilik dengan menarik supaya sesuai dengan tujuan jamuan

Peranggu meja untuk sajian minum pagi dan minum petang

PERALATAN : a) cawan/piring cawan b) teko teh /kopi c) mangkuk gula d) jag susu e) gelas/lapik gelas f) jag air g) napkin meja h) piring makan i) piring layan j) garfu kek

CATATAN : Mestilah sesuai dengan makanan yang dihidangkan Gubahan bunga haruslah rendah dan ringkas Sekiranya minuman jus buah-buahan di hidangkan,peranggu meja haruslah diubah dengan menggantikan cawan dan piring cawan dengan gelas bersama alasnya.Jag air digunakan untuk menggantikan teko teh atau kopi Minuman teh pagi atau petang juga dapat dihidangkan dengan menggunakan troli jika jika hidangan tetamu lebih 4 orang

Anda mungkin juga menyukai