Anda di halaman 1dari 14

FAKULTI : PENDIDIKKAN DAN BAHASA

SEMESTER / TAHUN MEI / 2013

KOD KURSUS OUMM3203SMP

TAJUK KURSUS PROFESSIONAL ETHICS

DI SEDIAKAN OLEH NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN : : : : :

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800001 770805035800 0129601122 anizadib@yahoo.com KELANTAN LEARNING CENTRE

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~OUMM3203SMP~

1.0

PENGENALAN

Gejala rasuah bukan suatu fenomena yang baru. Sejarah rasuah boleh disusuri dari masa manusia mulai membentuk masyarakat bersosial sejak beribu-ribu tahun lalu. Dr Syed Hussein Al-Attas dalam kajiannya telah mengupas kejadian rasuah di peradaban lama seperti Roman, Greek dan Cina.

Dari segi makna, Kamus Dewan Edisi 3 mendefinisikan rasuah atau corruption dalam bahasa latin sebagai kata kerja melibatkan perbuatan menyogok, menyuap (wang, material atau perkhidmatan) untuk tujuan kepentingan individu atau bertujuan memperoleh kejayaan dengan mudah dan segera. Umpamanya seorang penguasa kerajaan tempatan yang menerima sogokan wang yang banyak dan sebagai imbalannya dia memberikan pula lesen perniagaan kepada pihak lain. Dengan kata lain rasuah merupakan satu tingkah laku tidak beretika yang merupakan penyakit dalam masyarakat. Menurut sarjana pula, rasuah berasal daripada perkataan Arab (iaitu rishwah, rashwah) bermaksud sesuatu penyambung yang dapat menghantarkan tujuan dengan harta sogokan. Asal perkataan itu daripada rasha yang bermakna tali timba yang dipergunakan untuk mengambil air di perigi. Kamus Dewan mendefinisikan rasuah sebagai pemberian untuk menumbuk rusuk (menyogok, menyuap), (wang) tumbuk rusuk (sogok, suap). Berasaskan pengertian itu, rasuah boleh diertikan juga dengan istilah makan suap dan memberi/menerima sogokan. Satu lagi perkataan yang selalu digunakan ialah korup/korupsi daripada perkataan Inggeris corrupt/corruption. Walau bagaimanapun ada beberapa definisi yang telah diberi oleh beberapa pihak yang pakar dalam bidang ini. Di dalam kamus Concise Law Dictionary. P. G. Osborne memberi definisi bribery and corruption sebagai giving or offering any reward to any person to influence his conduct; or the receipt of such reward. John B. Saunders pula menulis dalam kamus Mozley and Whiteleys Law Dictionary memberi definisi corruption is the taking or giving of money for the performance or non-performance of a public duty.

~1~

Professional Ethics

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~OUMM3203SMP~

Dari sudut undang-undang, perbuatan rasuah mencakupi: Melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan, Penyalahgunaan harta Negara, yang akan merugikan Negara, serta memperkaya diri sendiri dan kaum kerabat. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberikan pengertian suapan dalam konteks yang lebih luas, iaitu: 1. Wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain; 2. Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apaapa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat; 3. Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya; 4. Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan; 5. Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga; 6. Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan 7. Apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f) yang terdahulu.

Dalam Islam, amalan rasuah dan segala bentuk salah laku yang bersekutu dengannya seperti penipuan, penyelewengan, salah guna kuasa, penindasan dan pemalsuan dilarang sama sekali. Ayat 188 daripada surah al-Baqarah bermaksud:

~2~

Professional Ethics

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~OUMM3203SMP~

Dan janganlah kamu makan harta orang lin di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan ( atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

Rasuah secara umumnya bermaksud perilaku di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka.

Usaha pencegahan rasuah di Malaysia bermula pada tahun 1957. Seorang pegawai polis berpangkat tinggi dari Pakistan bernama Shah Nazir Alam telah dijemput untuk menjalankan kajian untuk menangani rasuah di Tanah Melayu. Dalam laporannya yang dikemukakan pada tahun 1958, Shah Nazir membuat beberapa saranan. Lapan daripadanya bertujuan untuk memupuk sifat kejujuran dan integriti dalam kanak-kanak pada usia persekolahan. Para penyelidik merasakan pendekatan yang mudah dan melibatkan kumpulan sasar secara langsung iaitu melalui program televisyen dan radio; buku cerita, majalah dan komik; serta menyediakan kaunter layan diri di sekolah-sekolah dan institusi terpilih masih sesuai diguna pakai sehingga ke hari ini.

2.0

ANALISIS EKONOMI BERKAITAN RASUAH

Bidang kajian ilmu ekonomi umumnya dibahagikan kepada dua, iaitu mikroekonomi dan makroekonomi. Mikroekonomi akan menumpukan kepada kegiatan ekonomi bagi individu pengguna dan pengeluar atau sekumpulan pengguna dan pengeluar atau dikenali sebagai pasaran. Dalam hal kelakuan pengguna, tumpuan diberi dalam persoalan bagaimana pengguna memaksimumkan utiliti atau kepuasan apabila diberi citarasa dan tingkat pendapatan. Kelakuan pengguna adalah berhubungkait dengan konsep permintaan dan penawaran. Pengeluar atau firma adalah merujuk kepada penawaran barang dan perkhidmatan dalam ekonomi tersebut. Persoalan yang ditumpukan oleh firma ialah bagaimana mereka dalam mengeluarkan barang-barang dan ~3~
Professional Ethics

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~OUMM3203SMP~

perkhidmatan

dengan

kos

yang

minimum

supaya

mereka

dapat

memaksimumkan

keuntungannya. Kedua-dua pengguna dan pengeluar ini akan berintarikasi dalam pasaran bagi menentukan harga dan kuantiti bagi sesuatu barangan dan perkhidmatan, dan disamping itu juga akan menentukan harga faktor-faktor seperti buruh, tanah, modal dan keuntungan. Oleh yang demikian, dalam bidang kajian mikroekonomi ini, tumpuan adalah diberi dalam penentuan harga dalam pasaran barangan dan juga pasaran faktor dipetik daripada EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4 Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya.

Di antara jenis rasuah, terdapat tiga jenis yang penting serta diberi penekanan. Ini termasuk rasuah pentadbiran (administrative corruption), rasuah dalam urusan perolehan awam (public procurement corruption) dan rasuah dalam bentuk `penawanan' beberapa institusi negara (state capture). Rasuah pentadbiran merujuk kepada penguatkuasaan dan pelaksanaan secara menyeleweng dan secara sewenang-wenang peraturan, undang-undang dan garis panduan, yang berkuat kuasa oleh kakitangan awam bagi tujuan memperoleh keuntungan peribadi secara haram. Ia diukur dengan berbagai-bagai petunjuk seperti peratusan bayaran rasuah berbanding dengan jualan hasil yang diperoleh. Lagi berat undang-undang dan peraturan yang dilanggar lagi tinggi jumlah rasuah yang perlu dibayar.

Rasuah perolehan awam pula merupakan suatu dimensi penting rasuah yang melibatkan agihan/peruntukan kewangan dan sumber awam ataupun kerajaan. Ia kerap diukur sebagai peratusan bayaran rasuah untuk mendapatkan sesuatu kontrak kerajaan. Rasuah dalam bentuk penawanan beberapa institusi negara (state capture corruption) merupakan beberapa tindakan ejen-ejen ekonomi atau firma dalam sektor awam atau swasta untuk mempengaruhi penggubalan serta pelaksanaan undang-undang, peraturan, arahan (decrees) dan lain-lain dasar kerajaan supaya memihak serta menguntungkan mereka dengan memberi sogokan kewangan.

Di antara institusi yang kerap menjadi target termasuklah akta-akta parlimen, peraturan bank pusat, perundangan dengan cuba mempengaruhi keputusan-keputusan mahkamah sivil ataupun perdagangan; parti politik selalunya parti yang memerintah dengan memberi sumbangan kewangan untuk membiayai aktiviti parti berkenaan. Dalam semua keadaan, amalan rasuah melibatkan kos sama ada dalam bentuk peningkatan dalam perbelanjaan awam, pembaziran ~4~
Professional Ethics

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~OUMM3203SMP~

sumber, peningkatan dalam kos urus niaga, pengurangan dalam keluaran, kemerosotan dalam kualiti infrastruktur dan perkhidmatan dan sebagainya.

Mengikut beberapa kajian, rasuah mengakibatkan salah agihan kemahiran dan bakat (misallocation of talent) termasuk masalah guna tenaga tidak penuh beberapa golongan kemahiran yang penting dalam sesuatu masyarakat. Kita kerap mendengar, melalui rasuah seseorang diberikan jawatan yang kanan ataupun tugasan yang lumayan di samping menyekat peluang yang sama kepada individu lain yang lebih berkebolehan dan berkelayakan. Akibatnya hasil kerja yang diperoleh selalunya lebih inferior dibandingkan jika ia dilakukan oleh individu yang lebih cekap dan berkebolehan.

Rasuah cenderung mengakibatkan pengurangan dalam pelaburan domestik dan pelaburan asing langsung (FDI). Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pelaburan terutama pelaburan langsung asing. Selain daripada insentif pelaburan yang ditawarkan, faktor-faktor lain termasuklah kos buruh, sumber asli tempatan, saiz pasaran domestik dan juga kecekapan urus tadbir (governence) ekonomi dan kerajaan yang meliputi juga tahap rasuah, birokrasi dan red tape. Dalam keadaan sesebuah ekonomi yang menghadapi masalah urus tadbir yang teruk, birokrasi dan red tape yang membebankan serta tahap rasuah yang kronik, kos pelaburan selalunya meningkat. Akibatnya pelaburan akan berkurangan kecuali para pelabur diberikan insentif seperti pelepasan cukai yang lumayan.

Dalam keadaan di atas negara menanggung dua jenis kerugian: Pertama, rasuah yang dibayar oleh pelabur dan kedua, jumlah cukai yang dilepaskan oleh kerajaan. Jika urus tadbir diperbaiki serta rasuah dibanteras, kedua-dua kerugian tersebut dapat diatasi. Mengikut satu kajian, jika Filipina boleh mengurangkan rasuah kepada tahap yang terdapat di Singapura, ia akan dapat meningkatkan nisbah pelaburan kepada KDNKnya sebanyak 6.6 mata peratusan. Dalam kajian yang sama, bagi sebuah negara yang korup, kesan mengurangkan amalan rasuah adalah sama dengan kesan pengurangan cukai korporat melebihi 20 mata peratusan dalam usaha untuk menarik pelaburan. Dalam erti kata lain, dengan mengawal amalan rasuah, sesebuah negara yang korup mampu menarik sejumlah pelaburan asing yang sama tanpa memberikan pelepasan cukai yang lumayan hanya dengan mengawal amalan rasuah. ~5~
Professional Ethics

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~OUMM3203SMP~

Rasuah juga kerap mengakibatkan herotan (distortion) dalam perbelanjaan dan pelaburan awam serta kemerosotan kualiti infrastruktur fizikal seperti jalan raya, jambatan, pelaburan dan sebagainya berasaskan kepada beberapa pertimbangan. Pertama, rasuah lebih cenderung untuk meningkatkan perbelanjaan awam melebihi daripada yang diperlukan. Lagi besar perbelanjaan awam sesebuah projek awam, lagi luas ruang untuk para pegawai tinggi kerajaan yang tidak jujur memanipulasikan keadaan. Kedua, projek-projek raksasa yang melibatkan pembinaan infrastruktur lebih disukai daripada projek-projek untuk pembangunan luar bandar, sektor pertanian dan pembasmian kemiskinan. Ini disebabkan skop untuk melakukan rasuah adalah lebih luas dan lumayan lagi. Ini sudah tentu mempunyai kesan ke atas pendapatan, kebajikan serta kualiti hidup penduduk luar bandar dan golongan miskin. Ketiga, perbelanjaan kendalian, operasi serta penyelenggaraan alat-alat jentera dan lain-lain aset kerajaan kurang diminati daripada perbelanjaan pembelian mesin dan peralatan baru. Keempat, amalan rasuah lebih cenderung untuk mengurangkan hasil kerajaan akibat daripada pelepasan cukai yang diberikan sebagai insentif pelaburan dan pengelakan daripada membayar cukai dengan merasuah pegawaipegawai berkenaan.

Mengikut satu kajian, peningkatan dalam rasuah dari tahap yang terdapat di Singapura kepada tahap yang terdapat di Pakistan akan menyebabkan peningkatan nisbah perbelanjaan kepada KDNK sebanyak 1.6 mata peratusan di samping mengurangkan nisbah hasil kerajaan kepada KDNK sebanyak 10 mata peratusan. Akhir sekali, amalan rasuah memperlahankan malah membantutkan pertumbuhan sesebuah ekonomi. Sebagai contoh, jika dalam tempoh 1960-85, Bangladesh dapat mengurangkan rasuah kepada tahap Singapura dalam tempoh tersebut, kadar pertumbuhan per kapita tahunan Bangladesh sebanyak 4 peratus boleh ditingkatkan sebanyak 1.8 mata peratusan iaitu bersamaan peningkatan sebanyak 50 peratus daripada kadar pertumbuhan per kapita yang benar-benar dicapai dalam tempoh tersebut. Satu peluang yang terlepas begitu sahaja kerana ia gagal untuk membanteras rasuah. Dipetik dari Utusan On Line Arkib bertarikh 21/12/2003.

~6~

Professional Ethics

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~OUMM3203SMP~

3.0

ANALISIS UNDANG-UNDANG KE ATAS PERBUATAN RASUAH

Menurut

Wikipedia

Bahasa

Melayu

(ms.wikipedia.org/wiki/Undang-undang)

Undang-undang merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Biasanya ini adalah peraturan sesuatu negara. Jika peraturan-peraturan ini dilanggar, orang yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda oleh mahkamah/polis. Peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah negara tersebut supaya rakyatnya boleh hidup, bekerja dan bersosial antara satu sama lain. Kadangkala, undangundang juga dibuat oleh sekumpulan orang yang berfikiran sama. Manakala

Sixthformlaw.info pula mendefinisikan undang-undang seperti berikut: It is possible to describe law as the body of official rules and regulations, generally found in constitutions, legislation, judicial opinions, and the like, that is used to govern a society and to control the behaviour of its members, so Law is a formal mechanism of social control. Legal systems are particular ways of establishing and maintaining social order.

Kewujudan entiti pencegahan rasuah di Malaysia bermula dengan sebuah unit kecil di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti pencegahan rasuah. Ketika itu, siasatan kes rasuah dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (Jenayah Khas) di bawah pasukan Polis DiRaja Malaysia manakala pendakwaan kes rasuah pula dikendalikan oleh Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara. Kerajaan kemudiannya telah menggabungkan usaha pencegahan rasuah oleh ketiga-tiga agensi itu dengan mewujudkan Badan Pencegah Rasuah pada 1 Oktober 1967.

Pada 29 Ogos 1973, entiti pencegahan rasuah negara diwujudkan secara undang-undang apabila Akta Biro Siasatan Negara diperkenan, sekaligus mengubah entiti BPR kepada Biro Siasatan Negara (BSN). Perubahan itu telah meluaskan kuasa perundangan BSN dengan mandat untuk menyiasat kes berkaitan kepentingan negara, disamping kes rasuah.

Bagaimanapun, perubahan sekali lagi berlaku apabila Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 diluluskan oleh Parlimen pada 13 Mei 1982. Akta ini meletakkan semula tugas pencegahan ~7~
Professional Ethics

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~OUMM3203SMP~

rasuah kepada BPR yang secara rasminya juga menggantikan BSN. Perubahan ini memartabatkan peranan BPR sebagai entiti tunggal yang dipertanggungjawabkan khusus untuk mencegah jenayah rasuah.

Pada tahun 2008, Parlimen telah bersetuju supaya satu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwujudkan bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR), selaras dengan hasrat masyarakat yang mahukan entiti pencegahan rasuah yang lebih bebas, telus dan profesional. Dengan itu juga, Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 telah digantikan dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mula beroperasi secara rasminya pada 1 Januari 2009 bersamasama penguatkuasaan Akta SPRM 2009.

Bagi kesalahan rasuah di bawah Ordinan 22, tiada had pemenjaraan minimum. Sebagai contoh, dalam kes Pendakwa Raya lawan Datuk Tan Cheng Swee, tertuduh disabitkan atas kesalahan Seksyen 2(1) Ordinan 22 iaitu menggunakan kedudukan sebagai pegawai awam untuk keuntungan kewangan, Mahkamah Persekutuan hanya mengenakan hukuman denda RM2000 sahaja terhadap beliau.

Di bawah Akta 57 (yang sudah dimansuh), tempoh maksimum pemenjaraan ialah 7 tahun atau denda 10 ribu ringgit atau kedua-duanya. Tiada had pemenjaraan minimum di bawah Akta 57. Bagi Akta 575 pula, tiga jenis penalti dikenakan iaitu pemenjaraan, denda atau melucutkan harta. Seksyen 16 memperuntukkan pemenjaraan selama tempoh minimum 14 hari dan tempoh maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan yang ditawarkan atau diterima, jika dapat dinilaikan, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut yang manamana yang lebih tinggi. Seksyen 36 dan 37 berkenaan dengan pelucutan harta yang dibuktikan menjadi hal perkara rasuah.

Penalti pemenjaraan minimum yang dicadangkan semasa Bacaan Kali Pertama dan Kedua Rang Undang-undang Pencegahan Rasuah 1997 di Dewan Rakyat adalah 6 bulan. Tetapi, melalui Kertas Pemberitahuan semasa Bacaan Ketiga Rang Undang-undang tersebut, penalti pemenjaraan minimum dikurangkan menjadi 14 hari. Dengan ini, adalah disimpulkan niat ~8~
Professional Ethics

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~OUMM3203SMP~

Parlimen ialah mengenakan pemenjaraan minimum yang pendek dan mahkamah diberi budi bicara untuk menentukan tempoh pemenjaraan berdasarkan fakta kes.

Tafsiran terhadap penghukuman di bawah Seksyen 16 Akta 575 dibincangkan dalam kes Pendakwa Raya lwn Mohd Salim Hamiddulrahman Mahkamah Tinggi menafsirkan Seksyen 16 sebagai mana-mana orang yang didapati bersalah boleh apabila disabitkan dipenjarakan dan didenda. Mahkamah menyatakan pemenjaraan dan denda diharus dibaca secara bersama iaitu tafsiran secara konjuktif. Mahkamah juga turut menambah tafsiran konjuktif sedemikian tidak bermakna bahawa perkataan boleh apabila disabitkan adalah mandatori. Apa yang dimaksudkan ialah Mahkamah masih boleh guna budi bicaranya dalam menggunakan kuasa di bawah seksyen 294 Kanun Prosedur Jenayah iaitu pelepasan ikat jamin dengan syarat supaya berkelakuan baik. Tetapi, sekiranya seksyen 16 hendak digunakan, maka kedua-dua denda dan pemenjaraan harus dikenakan bersama. Intepretasi tersebut berdasarkan rujukan terhadap Rang Undang-Undang.

Berdasarkan pengalaman sejarah, jelaslah bahawa hukuman mati bukanlah satu hukuman yang berkesan untuk membendung rasuah. Oleh kerana rasuah adalah satu jenayah yang dilakukan secara sulit, maka adalah mustahil untuk mendapatkan perangkaan tentang kes rasuah yang sebenarnya berlaku. Sebagai alternatif, persepsi terhadap kejadian rasuah seringkali digunakan sebagai kayu ukur. Indeks Persepsi Rasuah yang diterbitkan oleh Transparency International merupakan sumber berwibawa. Indeks tersebut diperolehi dengan soal-selidik untuk mendapatkan perspektif ahli perniagaan asing terhadap rasuah dalam sektor awam.

Skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia 2012 telah bertambah baik. Pada 6 Disember, Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) Datuk Paul Low mengumumkan Malaysia berada di tangga 49 daripada 100 dalam skor CPI dan tersenarai di kedudukan 54 daripada 176 negara. Ini suatu peningkatan yang ketara berbanding di tangga 43 daripada 100 pada tahun sebelumnya. Malaysia berada di tempat ketiga diAsia Tenggara dan ke-54 di dunia.

~9~

Professional Ethics

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~OUMM3203SMP~

4.0

ANALISIS ETIKA DALAM RASUAH

Istilah etika berasal dari perkataan Greek 'ethos', yang bermaksud khusus kepada 'character', ataupun perwatakan dan keperibadian. Gluck (1986 : 176) telah mendifinasikan etika sebagai, " kajian filosofikal terhadap moraliti". Shea (1988 : 17) pula mendefinasikan etika sebagai "prinsip-prinsip bertingkahlaku yang mengawal individu atau profesyen" dan sebagai "satu standard tingkahlaku ". Manakala istilah etika dikalangan teknokrat merujuk kepada kajiankajian mengenai isu-isu 'standard moral' yang melibatkan para teknokrat yang boleh membantu meningkatkan integriti profesyen mereka. Etika kerja dapat disimpulkan sebagai panduan tingkahlaku yang diikuti oleh manusia yang mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan, khususnya dikalangan yang meminggirkan agama di dalam kehidupan mereka. Tidak mengira negara, bangsa dan agama telah menekankan norma moral yang berlandaskan ketinggian akhlak mereka yang mengamalkannya. . Terdapat beberapa teori yang menjelaskan tentang etika. Teori etika telah mula diperkatakan sejak zaman purba Greek apabila ahli-ahli falsafah memberikan tumpuan kepada kebaikan moral. Socrates (469 399 B.C) dan anak muridnya Plato (428-348 B.C) umpamanya menggunakan pendekatan yang mencabar dan menggalakkan rakan-rakannya berfikir tentang kebaikan (virture) dan kesihatan roh (health of soul). Idea utama Socrates tentang etika adalah berhubung dengan meyakinkan orang agar berakhlak mulia (virtuous). Socrates berpandangan adalah mustahil seseorang dapat merasai kebahagiaan tanpa memiliki etika atau moral yang baik. Manakala tindakan tidak beretika akan memberi kesan mengganggu orang lain. Malah beliau juga menganggap individu yang tidak beretika sebagai tidak mempunyai psikologi yang sihat. Manakala Plato berpandangan kebaikan sejati hanya dapat dicapai melalui pembelajaran falsafah dan peringkat pengetahuan yang tinggi. Oleh itu mengikut Plato kebaikan moral adalah berada di bahagian dalaman intelektual. Walaupun pandangan Socrates dan Plato disanggah oleh Aristotle (384 322 B.C) yang melihat kebaikan moral mempunyai hubungan yang sedikit dengan intelektual . Aristotle melihat etika bergantung kepada sifat bukan perbuatan dan sifat itu dibentuk oleh setiap tindakan yang dipamerkan oleh individu.

~10~

Professional Ethics

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~OUMM3203SMP~

Walaupun terdapat perbezaan pandangan terhadap etika, namun sesiapa pun tidak dapat menolak peranannya dan pengaruhnya dalam menentukan tingkah laku dan tindakan seseorang individu. Sebagai contoh, dalam keadaan ketiadaan wang untuk membeli makanan seseorang telah terlihat seorang buta yang sedang mengambil wangnya yang terjatuh. Jika jiwa individu itu tidak memiliki iman dan etika yang kuat sudah pasti dia mengambil wang tersebut kerana si buta tidak mengetahuinya dan mendahulukan keperluan peribadinya. Sebaliknya dia tidak berbuat demikian malah membantu si buta mendapatkan wang yang terjatuh dan berasa puas kerana dapat membantu.

Oleh yang demikian, sesuatu etika yang berasaskan kepada kebaikan adalah bergantung kepada penilaian daripada beberapa tret sifat yang terpilih dan seharusnya tidak terkeliru dengan prinsip atau kenyataan tentang apa yang sepatutnya dilakukan. Dengan kata lain, kebaikan adalah berhubung dengan kualiti dalaman yang dimiliki oleh seseorang dan dilihat menerusi aktiviti dan tindakan dalam kehidupan hariannya.

Masalah-masalah etika dalam pengurusan sama ada dalam sektor awam atau sektor swasta adalah kompleks disebabkan oleh kesan yang berpanjangan, pilihan penyelesaian yang berganda, hasil yang bercampur-campur, kejadian tidak menentu serta implikasi-implikasi peribadi.

5.0

KESIMPULAN

Jelasnya, masalah etika terdapat di semua peringkat apabila adanya individu yang mengambil tindakan bersifat mengutamakan kepentingan diri sehingga memberi kesan negatif kepada orang lain. Sebagai contoh, rasuah umpamanya telah mula meyusup ke peringkat pentadbiran negara. Berita Harian pada 15 September 2007, menyiarkan laporan statistik oleh Bahagian Siasatan Jenayah dan Nakotik Bukit Amam melaporkan 167 penjawat awam terlibat dengan kesalahan mengedar dan memiliki dadah. Turut dilaporkan 39 daripada 167 penjawat awam terbabit adalah kakitangan Kementerian Pelajaran. Manakala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada tahun 2007 dalam statistik beliau melaporkan pada tahun 2007 seramai 217 kes rasuah adalah di kalangan anggota polis. Inilah ~11~
Professional Ethics

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~OUMM3203SMP~

yang dikatakan Harapkan sokong, sokong membawa rebah . Implikasi yang berterusan tanpa sebarang analisa akan meruntuhkan sistem pentadbiran dan kepercayaan rakyat kepada pentadbir dan sistem yang ada.

~12~

Professional Ethics

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~OUMM3203SMP~

APENDIKS RUJUKAN / REFERENSI Dr. Muhammad Diah Jurini (2008). OUM320 Professional Ethics, (cetakan kelapan) Seri Kembangan Selangor: Open University Malaysia (OUM).

Leonard J. B (2006). Business & Professional Ethics for Directors, Executives & Accountants, (4th Edition) ,Toronto,: Thomson Higher Education.

Mok Soon Sang (2005),Siri Pendidikan PTK (Teras Dan Profesional),Kuala Lumpur: Multimedia ES Resources Sdn Bhd.

Definisi makroekonomi dan mikroekonomi dirujuk pada 13 Julai 2013 di http://makroekonomistpm.blogspot.com http://kitadanundang-undang.blogspot.com/2009/10/apa-itu-undang-undang.html

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=1221&pub=utusan_malaysia&sec=renc ana&pg=re_05.htm&arc=hive#ixzz2ZGx1Ye6E Utusan Melayu (M) Bhd

~13~

Professional Ethics

Anda mungkin juga menyukai