Anda di halaman 1dari 56

KELEBIHAN SURAH

AL-FATIHAH




Diterbitkan oleh
Jamiyah Singapura


Percuma






2




3
Kandungan


Mukadimah 5
Surah Al Fatihah dengan terjemahannya 9
Masa dan Tempat turunnya 10
Keagungan Surah Al-Fatihah 11
Kesimpulan kandungan Al-Quran 14
Pokok pengajaran tauhid 15
Kegembiraan dan ancaman melalui janji 17
Penghayatan ibadah sebagai natijah keimanan 19
Jalan menuju kebahagiaan dunia dan akhirat 21
Pokok ajaran kisah-kisah dan sejarah 22
Kedudukan basmalah dalam Al Quran 23
Kedudukan Basmalah sebagai sebahagian Al Quran 23
Keagungan Surah Al-Fatihah 25
Al-Fatihah rukun ibadah salat 28
Al-Fatihah sembuhkan penyakit 29
Surah istimewa untuk Rasulullah 29
Al-Fatihah menyamai dua-pertiga Al Quran 30


4
Antara Surah Teragung Al Quran 30
Membentuk komunikasi penting antara makhluk
dan Khalik 30
Keunggulan Surah Al-Fatihah 32
Paling Besar (Azam) 35
Tiada persamaan dalam Taurat Injil Zabur Al-Quran 36
Hanya kepada Muhammad diturunkan 37
Mendapat jawapan langsung dari Allah 38
Selamat dari segala bahaya 39
Jawapan Langsung dari Arasy 39










5
ijk



...

UMUMNYA bagi umat Islam, Surah Al-Fatihah ini
sebati dengan kehidupan mereka sejak dari kecil lagi. Anak-
anak mereka lazimnya mula mengenal agama mereka
dengan mempelajari bacaan Al-Fatihah hingga mereka
merasa gembira dan bangga kerana dapat membaca dan
menghafalnya.
Apabila anak-anak itu meningkat dewasa, Surah
Al-Fatihah itu menjadi semacam sebahagian dari hidup
mereka. Surah Al-Fatihah terus berada di hujung bibir
masyarakat Islam umumnya setiap kali mereka melakukan
sembahyang, berpuasa, berzakat, berdoa, bermunajat,
melakukan berbagai upacara keagamaan. Justeru wajarlah
Surah Al-Fatihah ini diletakkan pada tempatnya yang paling
tinggi, sesuai dengan kemuliaannya.
Kini risalah Kelebihan Surah Al-Fatihah berada di
depan anda. Diharapkan ia akan dapat menolong anda
dalam memahami berbagai rahsia, hikmah dan kelebihan
yang wujud dalam perbendaharaannya.
6
Marilah kita pelajari risalah ini dengan penuh minat
dan kesedaran. Marilah kita kaji pelbagai maksud yang
terkandung di dalamnya. Dengan itu semoga akan
menambahkan lagi pengetahuan kita mengenai agama Islam
di samping memperolehi barakah dan manfaatnya. Amin!
Masyarakat Islam diwajibkan melakukan lima kali
sembahyang fardu mengandungi 17 rakaat sehari semalam.
17 rakaat itu ialah zuhur 4, asar 4, maghrib 3, isya 4 dan
subuh 2.
Di samping itu berbagai-bagai sembahyang sunnat
(nawafil) dianjurkan kita melakukannya. Antaranya
sembahyang tahajud, tasbih, hajat, taubat, istikharah,
tahiyat masjid, witir dan lain-lainnya.
Dalam 17 rakaat sembahyang fardu itu, kita
diwajibkan membaca Surah Al-Fatihah selepas takbiratul
ihram. Demikian juga dalam sembahyang-sembahyang
sunnat.
Antara syarat utama seseorang yang bersembahyang
itu ialah khusyu dan menghadirkan diri di hadapan Allah,
Rabbul Jalil. Sambil membaca Surah Al-Fatihah dalam
sembahyang, ia perlu merenungkan erti ayat-ayat yang
dibacanya itu, agar faham apa yang dibacanya.
Umumnya para ulama sepakat mengatakan bahawa
Surah Al-Fatihah itu adalah semulia-mulia surah yang telah
diwahyukan kepada Junjungan kita Rasulullah s.a.w. Hal ini
terkandung dalam sabdanya bermaksud, Aku telah
diberikan Fatihatul-Kitab (Surah Al-Fatihah) itu dari bawah
Arasy (Allah).

7
Kini jelaslah betapa mulianya surah ini. Justeru
munasabahlah ia diwajibkan untuk bacaan kita setiap kali
menghadapkan diri kepada Allah.
Para ulama Hadis dan Tafsir juga telah banyak
memperkatakan Surah Al-Fatihah dan kelebihannya dan
surah-surah Al-Quran yang lainnya. Sesetengahnya berkata:
Surah Al-Fatihah adalah ringkasan dan saranan-saranan
yang terkumpul di dalam Al-Qunan seluruhnya.
Daripadanya termasuk dasar-dasar Tauhid dan Ibadat.
Selain dari itu, Surah Al-Fatihah memuliakan Allah
s.w.t. dengan menyebut sifat-sifat-Nya yang terutama dan
memuji-Nya serta mengingatkan kita akan Hari Akhirat. Ia
juga mengajar hamba-Nya cara-cara merendahkan diri dan
menyatakan ubudiyah atau perhambaan terhadap uluhiyah
atau ketuhanan. Ia juga menganjurkan keikhlasan dan
keihsanan dalam mengerjakan ibadat terhadap-Nya. Ia juga
mengesakan Allah dan menjauhkan diri dari syirik,
memohon ditunjukkan As-siratal mustaqiim, jalan lurus
yang diredai Allah. Tegasnya banyak lagi rahsia yang
terkandung di dalam surah ini.
Ternyata bahawa Surah Al-Fatihah ini amat penting
dalam kehidupan setiap Muslim.
Justeru wajarlah setiap kita mempelajari dan
mendalami berbagai ertinya sekadar yang termampu.
Dengan menyusun dan memaparkan Kelebihan
Surah Al-Fatihah ini, diharapkan setiap Muslim akan
mengenal dan memahami kebesaran Al-Fatihah. Dengan
itu kita akan dapat beramal dengan lebih yakin dalam
ibadah seharian kita.
8
Juga diharapkan setiap kaum Muslimin perlu sentiasa
berusaha meneliti dan menghayati kandungan Surah Al-
Fatihah yang merupakan lautan yang tidak akan habis
ditimba airnya.
Wabillahittaufiq Walhidayah.

Penyusun
Jamiyah Singapura


9
SURAH AL FATIHAH DENGAN
TERJEMAHANNYA

- 0 !# q9# m9#
1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah,
lagi Maha Penyayang.
- s9# ! _U =9#
2. Segala puji adalah bagi Allah, Tuhan semesta alam.
- q9# m9#
3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
- 7= e$!#
4. Yang Menguasai Hari Pembalasan (hari akhirat).
- $) 7 $) G
5. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya Engkau
kami mohon pertolongan.
- $# _9# )G9#
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus
- %!# M& = U9# = j9$9#
7. Jalan orang-orang yang telah Engkau telah anugerahkan
nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang
Engkau murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang
sesat.

10
MASA DAN TEMPAT TURUNNYA
Surah in diturunkan di Makkah sebelum penghijrahan
Rasulullah (Surah Makkiyah). Ia merupakan surah yang
julung-julung kali diturunkan dengan kandungannya yang
melengkapi suatu surah.
Para sahabat telah sependapat bahawa setelah
turunnya surah ini, barulah diturunkan Surah Al-Alaq
melengkapi semua kandungan surahnya - sesudah Allah
s.w.t. mewajibkan umat Islam bersalat lima waktu dengan
bacaan Al-Fatihah sebagai bacaan rukun.
` `
Maksudnya:
Tidak ada salat bagi sesiapa yang tidak membaca Al-
Fatihah di dalamnya.
Surah Al-Fatihah mengandungi tujuh ayat. Kerana itu
ia juga dikenal sebagai ` ` ` yang bermaksud tujuh
ayat yang berulang-ulang.
Dalam amalan salat fardu setiap hari, sebanyak 17 kali
surah ini dibaca. Jika ditambah pula dengan seluruh salat
serta wirid yang lazim dibaca, maka kekerapan ulangannya
meningkat 70 kali sehari. Tiada surah yang begini banyak
diulang dan dibaca dan terus dibaca oleh seluruh umat
Islam selain dari surah Al-Fatihah, kerana ia merupakan
intipati dari seluruh kandungan Al-Quran.
Ia juga merupakan sumber segala hikmah. Pintu
petunjuk segala kebahagiaan dan mendapatkan keredaan
Ilahi.
11
Bayangkan jika seluruh tubuh yang menuturkannya
dengan lisan dan dengan kemerduan suara dituruti pula
dengan kefahaman dan penghayatan, apakah tidak benar
bahawa Allah telah mewariskan bumi ini kepada para
hamba-Nya yang saleh? Rahsia kesalehan seseorang dan
jalan hidupnya yang terang selalu terulang dalam
pembacaan. Tetapi sayang kegelapan hati masih terus
memanjang. Barangkali ia disebabkan umat Islam
memandang sepi pengertian dan pengajaran yang tersirat di
sebalik surah ini.

KEAGUNGAN SURAH AL-FATIHAH
Tidak ada garis pengukur untuk menentukan
keagungan Surah Al-Fatihah ini. Oleh itu amatlah tepat
apabila ia diberi nama dengan "UMMUL KITAB" atau
"UMMUL QURAN.
Malah bukan ini sahaja nama yang disebut mengenai
Surah Al-Fatihah.
Menurut kitab Khazinatul Asrar karangan Al
Ustaz Assayyid Muhammad Haqqin Nazili, surah
Al-Fatihah ini mempunyai 30 nama. Ia diambil dari
berbagi-bagai hadis Nabi mengenai Al-Fatihah. Ada pula
nama yang ditetapkan oleh para sahabat dan para tabiin.
Di bawah ini disebutkan serba ringkas sebahagian
nama-nama itu. Semoga kita sama-sama mendapat
pengertian yang lebih luas dan fahaman yang mendalam.
1. Fatihatul Kitab, ertinya Pembuka atau Pembuka
Kitab. Nama ini terdapat di dalam banyak hadis
sebagaimana yang disebutkan sebelum mi.
12
2. Fatihatul Quran, ertinya pembuka Al-Quran, kerana
letaknya di permukaan Al-Quran atau boleh juga
diertikan sebagai pintu masuk ke Al-Quran.
3. Ummul Kitab, ertinya Induk Kitab. Nama ini terdapat
di dalam banyak hadis. Ummul Kitab diertikan bahawa
Al-Fatihah mengandungi semua permasalahan yang
terdapat di dalam Al-Quran iaitu Ketuhanan, Alam
Akhirat, Ibadah dan berbagai sejarah ilmu pengetahuan
politik, sosial dan masyarakat.
4. Ummul Quran, ertinya induk Al-Quran. Begitu juga
nama ini terdapat di dalam hadis. Banyak pendapat
yang mempunyai erti Ummul Quran ini. Sesetengahnya
mengatakan ialah kerana Al-Fatihah ini isinya
dianggap sebagai ringkasan dari isi seluruh Al-Quran.
5. Al-Quranul Azim, ertinya bacaan yang teragung.
Nama ini juga terdapat di dalam hadis. Dinamakan
bacaan agung, kerana isi Al-Fatihah seluruhnya
mengenai masalah yang amat besar atau agung.
6. Assabul Mathani, ertinya tujuh yang berulang-ulang.
Nama ini paling banyak disebut di dalam hadis.
Dinamakan tujuh kerana ia terdiri dari tujuh ayat. Dan
dikatakan berulang-ulang kerana ayat-ayatnya dibaca
berulang-ulang, baik di dalam ayat Al-Quran atau
dalam sembahyang atau di luar sembahyang.
7. Al-Wafiah, ertinya mencakup. Kerana isinya
mencakup seluruh isi Al-Quran dan meliputi berbagai
keterangan mengenai Tuhan dan keterangan tentang
manusia.
8. Al-Waqiah, ertinya tameng (menjaga) orang-orang
yang membacanya dari berbagai-bagai bahaya dan
penyakit. Dalam hal ini banyak fadilatnya disebut
dalam hadis juga menjadi amalan harian orang-orang
saleh.
13
9. Al-Kanz, ertinya perbendaharaan, atau tempat yang
penuh dengan barang-barang yang berharga. Ini tentu
kerana semua kandungan Al Fatihah ibarat barang-
barang yang amat mahal harganya.
10. Al-Kafiah, Ertinya: Memadai. Kerana Al-Fatihah ini
mencakup semua ayat dalam Al-Quran, dan ayat-ayat
ini tidak seperi Al-Fatihah.
11. Al-Asas, ertinya sendi atau dasar, kerana dia dianggap
sebagai dasar dari Al-Quran dan ayat Bismillahir
Rahmanir Rahim dianggap sebagai dasar dari Al-
Fatihah.
12. Suratun Nur, ertinya Surah Cahaya, kerana surah ini
banyak membawa nur dan penerangan kepada
manusia.
13. Suratul Hamdi, ertinya Surah Pujian, kerana isinya
penuh dengan pujian kepada Allah.
14. Suratusy Syukri, ertinya Surah syukur, kerana isinya
penuh dengan syukur kepada Allah.
15. Suratul Hamdil Qusywa, ertinya Surah Pujian
terakhir.
16. Suratur Ruqiyah, Surah Mentera atau Ubat. Kerana
dengan surah ini dapat menyembuhkan berbagai-bagai
penyakit, sebagaimana disebut di dalam hadis Abu
Said Al-Khudri.
17. Suratus Syifa, ertinya surah yang mengandungi
kesembuhan (ubat).
18. Suratus Syafiyah, ertinya surah yang menyembuhkan.
19. Suratus Salah, ertinya surah yang dibaca tiap-tiap
sembahyang.
20. Suratud Dua, ertinya surah yang berisi doa. Tiap-tiap
kali kita baca surah ini bererti kita berdoa kepada Allah.
21. Suratut Talab, ertinya surah yang berisi tuntutan
(permohonan).
14
22. Suratul Munajat, ertinya surah yang mengandungi
bisikan terhadap Tuhan.
23. Suratul Mukafaah, ertinya surah imbangan yang
diturankan kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai
imbangan terhadap harta benda orang lain Hadis.
24. Afdhalu Suwaril Quran, ertinya surah terbaik dalam
Al-Quran
25. Akhiru Suwaril Quran, ertinya surah paling akhir
pada
Al-Quran.
26. Aazamu Surah Fil Quran, ertinya surah paling agung
dalam Al-Quran.

KESIMPULAN KANDUNGAN AL-QURAN
Kitab Al-Quran diturunkan untuk umat manusia
membaca, memahami dan menghayatinya dalam seluruh
aspek kehidupan.
Menurut As Syeikh Muhammad Abduh dalam
bukunya Tafsir Manar, pada garis besarnya Al-Quran
mengandungi lima kesimpulan pokok.
1. Tauhid: Percaya dan menyembah Tuhan Yang Esa.
Dalam sejarah kehidupan manusia, terlalu banyak
perkara yang dipertuhankan manusia bukan setakat batu
berhala dan makhluk ghaib malah kepada perlakuan dan
pengakuan yang bertuhankan manusia, wang dan
peraturan ciptaan makhluk.
2. a) Penggembira bagi orang-orang yang mahu menerima
Al-Quran dan meningkatkan penghargaannya dengan
balasan pahala serta keredaan Allah.
15
b) Ancaman terhadap manusia yang menolak Al-Quran
sebagai Perlembagaan Hidup dengan ancaman
neraka dan kemurkaan Ilahi.
3. Ibadah: Khidmat patuh dalam seluruh aspek kehidupan
berdasarkan kepada As-Sunnah, yang merupakan
cetusan dari kegemilangan tauhid yang bertasdiq di hati.
4. Jalan menuju kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Al-
Quran menerangi dan memimpin umat manusia ke jalan
kebahagiaan di samping memperlihatkan jalan-jalan
kesesatan dan kemurkaan Allah untuk dihindari.
5. Sejarah masa lalu dan kenyataan peristiwa yang berlaku.

POKOK PENGAJARAN TAUHID
Dalam Islam, aqidah merupakan teras utama
tegaknya keislaman bagi setiap individu mukmin. Seluruh
perjuangan amal ibadah dalam kehidupan tidak bernilai
sama-sekali jika aqidah itu terbatal. Aqidah tauhid
ditegaskan oleh Allah s.w.t. dalam ayat kedua:
s9# ! _U =9#
Maksudnya: Segala puji (hanya tertentu,) bagi Allah, Tuhan
Semesta Alam.
Segala pujian yang disampaikan oleh makhluk adalah
pernyataan terima kasih yang arah kembalinya kepada
Allah. Itulah lambang kesyukuran kepada Tuhan Semesta
Alam, kerana kewujudan dirinya dari mula lagi berada
dalam limpah nikmat kurnia Ilahi. Nikmat itu juga
melimpah kepada seluruh makhluk ciptaan Allah dengan
tidak mengenali batas pemisahan dan diskriminasi.
16
Kata Rab bererti Allah yang mentadbir dan
mengatur urusan kebaikan (Islah) dan kerja-kerja
pemeliharaan serta pengasuhan seluruh makhluk secara
berterusan. Justeru perlulah hubungan manusia dengan
Allah diwujudkan dan dipertahankan walaubagaimana
bentuk situasi dan keadaannya.
Konsep Rububiah Allah yang mutlaq terhadap
seluruh makhluk dengan tidak mengenali sebarang batasan,
kaum, warna kulit, iklim dan zaman itu, memisahkan
aqidah tauhid yang sebenarnya dengan aqidah kabur
(semangat dan ideologi bikinan makhluk dan sebagainya).
Sewajarnya perlu difahami bahawa di sebalik Tauhid
Rububiah ini, Allah adalah Pengatur dan Pengurus yang
mentadbir dengan sistem-Nya tersendiri yang bersifat
dengan seluruh sifat-sifat yang sempurna.
Sebahagian sistem itu (Addin) diperturunkan kepada
manusia sebagai amanah untuk dilaksanakan di sepanjang
kehidupan sebagai manifestasi dan kesyukuran seluruh
nikmat yang diterima.
Sistem tersebut dikenali sebagai hukum-hakam Islam
yang menyentuh berbagai aspek hidup, umpamanya sistem
Pendidikan Islam, Sistem Ekonomi Islam, Sistem Sosial
Islam, Sistem Politik dan Mentadbir Negara dan Alam
Sejagat Mengikut Cara Islam. Semua hukum-hakam ini
ditentukan Allah demi kemakmuran dan kebahagiaan
manusia di dunia dan di akhirat.
Seterusnya Allah mengisyaratkan kenyataan tauhid itu
melalui firman-Nya:
$) 7 $) G
17
Maksudnya: Hanya kepada-Mu kami sembah dan kepada-
Mu kami memohon pertolongan.
Ayat ini menolak seluruh kemusyrikan yang
diamalkan dalam sejarah kehidupan manusia sama ada
terus bertuhankan sesama makhluk atau prasangkanya
masih menyembah Allah tetapi hakikatnya jauh terpesong.
Barangkali kerana kejahilan atau tidak memandang tauhid
sesuatu yang penting dalam kehidupan.

KEGEMBIRAAN DAN ANCAMAN MELALUI JANJI
Matlamat akhir sesuatu kehidupan insan ialah
mengecap keredaan Allah dan tiada yang paling buruk
melainkan kemurkaan Allah. Kedua keadaan ini
digambarkan Allah dalam dua kategori janji-Nya:
a. Waad - Janji yang mengandungi kegembiraan.
b. Waied - Janji yang membawa ancaman dan kecelakaan.
Dalam ayat pertama Allah menggambarkan rahmat
dan kasih sayang-Nya yang amat luas. Namun rahmat Allah
itu dijelaskan pula dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w.
sebanyak 1% untuk dinikmati oleh seluruh makhluk semasa
hidup di dunia hingga ibu singa yang ganas
Menyembunyikan kukunya kerana diresapi kasih sayang itu
ketika bermain-main dengan anaknya; sementara 99%
disediakan Allah untuk dinikmati para mukminin di hari
akhirat. Demikian agungnya kasih sayang Allah kepada para
hamba-Nya.
Selanjutnya dua kalimat tersebut diulang lagi dalam
ayat ketiga. Ulangan yang penuh rahmat supaya para
hamba-Nya sedar untuk menghargai rahmat Ilahi sebelum
menerima pengadilan di Hari Pembalasan.
18
7= e$!#
Maksudnya: Penguasa di Hari Pembalasan.
Kalimah Addin bererti tunduk dan menurut (patuh).
Hakikatnya pada hari pembalasan itu, kekuasaan mutlaq
adalah di tangan Allah. Keadilan hakiki akan muncul
dengan pembalasan dan mengotakan semua janji Allah.
Orang yang dicucuri rahmat-Nya sahaja yang akan
beroleh kebahagiaan, iaitu orang-orang yang menetapkan
As-siratal Mustaqim sahaja sebgai satu-satunya jalan hidup
semasa di dunia. Tiada agama (cara hidup) lain yang
diterima Allah melainkan Islam.
Orang yang menyeleweng dari Jalan Yang Lurus ini,
akan menempah kecelakaan kerana lorong tersebut adalah
Jalan Kesesatan dan Jalan Kemurkaan Ilahi. Penjelasan ini
merupakan janji mengandungi amaran dari Allah melalui
firman-Nya:
U9# = j9$9#
Maksudnya: Bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan
pula jalan mereka yang sesat.
Dalam sejarah kemanusiaan, terdapat golongan yang
telah menerima dan mengetahui jalan mana yang benar
dalam hidup. Kebenaran itu adalah jelas dari Allah melalui
lisan Rasul-Nya.
Tetapi hawa nafsu telah mengatasi segala ilmu dan
kefahaman mereka menyebabkan mereka tergolong dalam
golongan Mereka Yang Dimurkai..
19
Terdapat pula yang tersesat setelah menerima
kebenaran, kerana ingin mengubah kebenaran dan menurut
syaitan serta hawa nafsu dengan menggadaikan keimanan.

PENGHAYATAN IBADAH SEBAGAI NATIJAH
KEIMANAN
Dalam ayat-ayat Al-Quran, iman selalu dirangkaikan
dengan alam saleh. Jika terpisah satu dari keduanya, maka
pupuslah hakikat keimanan pada diri seseorang.
Ibadah bererti: Khidmat dan patuh dari seseorang
hamba kepada Allah dalam seluruh bidang kehidupan demi
mendapatkan keredaan Allah semata-mata dengan
mengikuti Sunnah Rasul.
Pokok ibadah yang terdapat dalam Al-Fatihah
difirmankan Allah:
$) 7 $) G
Maksudnya: Hanya kepada Engkaulah yang kami sembah
dan hanya kepada Engkaulah kami memohon
pertolongan.
Beribadah adalah sebab utama manusia dijadikan
Allah telah menggabungkan tauhid terlebih awal dari
kalimah dan sebelum kalimah . Ini memberikan
gambaran bahawa, seseorang individu mukmin perlu
mengesakan Allah terlebih dahulu sebelum menyembah
dan memohon pertolongannya.
20
Adalah suatu kejanggalan jika hamba itu cuma
memohon pertolongan Allah sedang ibadah dan keimanan
tidak dipedulikan dalam hidup. Bagaimana ibadah yang
dikerjakan itu dapat dijiwai dan dihayati? Dan apakah kaitan
surah ini dalam mewujudkan keberkesanan beribadah?
Berada di Jalan Yang Lurus itu adalah
jiwa ibadah. Sementara berpesan-pesan tentang kebenaran
dan kesabaran itu, adalah kesempurnaan ibadah sesudah
bertauhid.
Pengertian dalam pembacaan Al-Fatihah ini perlulah
dimiliki untuk membina kefahaman apabila bacaan dan
tuntutannya diperdengarkan.
Menjiwai ibadah itu ialah dengan jalan mengisi hati
dengan rasa takut kepada Allah dengan mengharapkan
rahmat dan kasih sayang-Nya. Bukan setakat kemerduan
suara atau mulut komat-kami ketika membacanya.
Soal ibadah adalah soal pokok. Soal ini telah
diterangkan lebih dahulu oleh Allah dalam surah Al-
Fatihah, sebelum soal sembahyang, puasa, zakat dan
kemudiannya baru diterangkan dalam Al-Quran pada ayat-
ayat berikutnya.
Semangat beribadah ini telah menjiwai kaum
muslimin sebelum adanya kewajipan bersembahyang dan
sebelum diwahyukan soal-soal hukum sebagaimana
dijelaskan dalam Al-Quran.
Semua pergerakan dan pekerjaan dalam perilaku
hidup adalah sebagai pengantar untuk menghubungkan
peribadatan yang sebenar dengan jiwa. Dan intipati ibadah
itu membangkitkan harapan, rasa takut, ihsan, khusyu,
tawakkal dan cinta kepada Ilahi.
21
Sebab itulah kalimah tidak pernah ditemui
dalam firman-Nya dan hadis nabi. Tetapi yang hanya wujud
ialah (dirikanlah Sembahyang). Kalimah
DIRIKAN menyentuh penglibatan jasmani, akal dan
rohani terhadap Allah dalam beribadah.

JALAN MENUJU KEBAHAGIAAN DUNIA DAN
AKHIRAT
Allah yang menjadikan seluruh makhluk. Allah juga
yang mengatur sistem pentadbiran alam menjalani
kehidupan. Seluruh alam dijadikan untuk kebaikan manusia,
sedang manusia itu diciptakan demi BERIBADAH kepada
Allah dan berada di bumi sebagai Khalifah Allah.
Demi kebahagiaan manusia, Allah menciptakan
hukum-hakam dalam segala peraturan hidup beserta
240,000 nabi, di antaranya 114 rasul untuk diteladani
sepanjang usia dunia.
Keterbatasan akal menyelami hakikat kehidupan ini
menyebabkan wahyu itu perlu mendasari hidup sebagai
panduan tunggal. Hanya mereka yang melalui
jalan yang lurus sahajalah berhasil menikmati kebahagiaan
di dunia dan di akhirat.
Melalui Jalan Yang Lurus itu bererti beribadah
kepada Allah dengan cara mematuhi segala peraturan-Nya,
melaksanakan hukum-hakam-Nya serta berpegang kepada
akidah yang benar.

22
POKOK AJARAN KISAH-KISAH DAN SEJARAH
Dalam surah Al-Fatihah Allah menerangkan, ada
beberapa kaum yang pernah diberikan amanah untuk
menegakkan agama dalam kehidupan mereka demi
kebahagiaan mereka. Kaum tersebut terbahagi kepada dua
golongan.
a. Pihak yang ingkar dan menentang rasul yang memimpin
mereka
b. Pihak yang mengubah hukum-hakam Allah dan sesat
mencari kebenaran
Kedua golongan ini mendapat kemurkaan Allah.
Dalam Al-Quran terdapat banyak kisah dan bahan sejarah
yang difirmankan Allah untuk dijadikan sempadan atau
untuk diteladani kebaikannya.
Dengan penjelasan di atas, jelaslah bahawa Surah
Al-Fatihah itu merupakan kesimpulan dan bahan tersebut
yang diterangkan dalam Al-Quran secara lebih terperinci
lagi.
Berdasarkan fakta di atas, turunnya surah ini yang
melengkapi semua ayat di peringkat permulaan Islam adalah
tepat dan bersesuaian dengan sunnatullah. Oleh itu surah
ini tepat sekali diberi nama Ummul Kitab (Induk Al Quran).


23
KEDUDUKAN BASMALAH DALAM AL-QURAN
0 !# q9# m9#
Maksudnya: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang.
Jika mushaf Al-Quran dibuka, ayat yang pertama
ditatap ialah Bismillahir Rahmanir Rahim. Dalam 99
Asmaul Husna, nama Allah yang dahulu dilafazkan. Dan
kesekian banyaknya sifat-sifat Allah; yang menjadi sebutan
awal dalam bacaan Al-Quran ialah Ar Rahman dan
Ar Rahim ini kerana semua surah Al-Quran dimulai dengan
kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim kecuali surah
At-Taubah.
Terdapat 114 kali basmalah diulang di awal surah
kecuali surah An Naml terdapat di awal surah dan di
pertengahan ayat 30 yang berbunyi:
) = ) 0 !# m9# m9#
Maksudnya:
Sesungguhnya surat itu dari Sulaiman dan
sesungguhnya (isinya) Dengan Nama Allah Yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang.

24
BASMALAH SEBAHAGIAN DARI AL-QURAN
Para ulama telah ijma menyatakan bahawa basmalah
dalam surah An Naml ayat 30 itu, merupakan bahagian dari
Al-Quran. Tetapi sebahagiannya bersalahan pendapat
menentukan di awal surah-surah yang lain sebagai bahagian
dari ayat Al-Quran.
Pendapat sebahagian ulama mengenai kedudukan
Basmalah di awal surah:
Imam Asy Syafie dan ulama sefahaman dengannya.
Abu Hurairh, Ali bin Abi Talib, Ibnu Abbas, Ibnu Katsir,
Ahmad Ibnu Hambal dan lain-lainnya.
Basmalah merupakan bahagian dari Al-Quran sama
ada Al-Fatihah atau surah-surah yang lainnya.
Dari Abu Hurairah: Bahawasanya Rasulullah telah
bersabda Apabila kamu membaca Ahamdulillah, maka
bacalah Bismillaihi Rabbil Alamin kerana sesungguhnya
Alhamdulillah itu, Ummul Quran dan As-Sabul
Mathani, dan Bismillahir rahmanirrahim itu salah satu
dari ayat-ayatnya (maksud hadis Riwayat Darul Qatni).
Imam Malik dan beberapa ulama Madinah, Syam
dan Basrah:
Basmalah itu tidak termasuk sebahagian/ayat surah
Al-Fatihah atau mana-mana surah yang dimulai dengan
basmalah.
Dari Anas bin Malik r.a. berkata: Saya telah salat di
belakang Rasulullah saw, Abu Bakar, Umar dan Uthman,
mereka memulai bacaan mereka dengan Alhamdulillahir
Rabbil Alamn.
25
Imam Abu Hanifah dan ulama yang sefahaman
dengannya:
Basmalah dalam surah An Am adalah sebahagian dari
ayat Al-Quran tetapi semua basmalah di awal surah bukan
bahagian dari Al-Quran. Basmalah tersebut diturunkan
sebagai pemisah antara surah-surah Al-Quran.
Dari Ibnu Abbas, bahawasanya Rasulullah s.a.w. tidak
mengetahui batas pemisah antara surah-surah dalam Al-
Quran, sebelum turun kepada baginda ayat Bismillahi rabbil
alamin (Hadis Riwayat Abu Daud dan Hakam).

KEAGUNGAN SURAH AL-FATIHAH
Surah istimewa untuk makhluk dan Khalik: Allah
berfirman dalam sebuah Hadis Qudsi yang diriwayatkan
At-Tabarani:
Wahai Bani Adam! Aku telah menurunkan kepada
kamu tujuh ayat: Tiga daripadanya untuk-Ku. Tiga lagi
untuk-Mu. Satu lagi untuk kita bersama. Adapun yang tiga
untuk-Ku ialah:
s9# ! _U =9# q9# m9#
7= e$!#
Yang satu untuk kita bersama ialah:
$) 7 $) G
Di pihak kamu melakukan ibadah, sedang dari
pihakku memberi pertolongan.
26
Adapun yang khusus untuk kamu ialah:
$# _9# )G9# %!# M&
= U9# = j9$9#
(Hadis Qudsi Riwayat At Tabarani)

Allah telah menurunkan Surah Al-Fatihah atau
Assabul Mathani sebanyak tujuh ayat. Di antara tujuh ayat
itu tiga ayat khusus bagi Allah. Ayat-ayat itu bermaksud:
1. Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.
2. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
3. Yang Menguasai Hari Pembalasan.
Ayat-ayat di atas merupakan pujian khusus bagi
Allah. Pujian yang sama-sekali tidak boleh disekutukan
oleh sebarang hamba-Nya. Tugas hamba adalah
beribadah zahirnya bekerja atas arahan manusia, negara,
keluarga dan sebagainya - hakikatnya bekerja untuk
makhluk kerana Allah. Tuhan tidak berkehendakkan
sebarang habuan dari manusia.
Memburu pujian, pangkat dan gelaran atau selain
dari mencari keredaan Allah adalah syirik dalam
beribadah.
Perbuatan tersebut sekaligus merampas hak
khusus milik Allah. Sebab itu riak dan takabur (merasa
diri tinggi dan berhak menerima pujian) adalah tergolong
dalam syirik khafi (syirik yang tersembunyi).
27
Seperkara lagi yang wajar disedari dan diinsafi
bahawa seluruh alam jagat ini adalah hak mutlak
kepunyaan Allah. Allah mengutus manusia ke bumi
untuk mentadbir selaku diplomat Allah.
Manusia tidak berhak mengurus dan memiliki
bumi serta mentadbirkannya mengikut kehendak
manusia sendiri apatah lagi menganggap seluruh ataupun
sebahagian kecil undang-undang (hukum-hakam) Allah
itu tidak sesuai untuk dipraktikkan.
Maha Berkuasa Allah, Maha Berilmu Allah
menciptakan seluruh makhluk. Justeru tiada sebab pula
Tuhan itu lemah dan jahil dalam menciptakan hukum-
hakam-Nya untuk dijalankan oleh umat manusia di alam
jagat ini. Maha Suci Tuhan-ku dari segala kekurangan.
Dalam ayat seterusnya Allah menegaskan bahawa
ayat untuk milik bersama ialah:
4. Hanya kepada-Mu sahaja yang kami sembah dan kepada
Engkau sahajalah kami memohon pertolongan.
Melakukan ibadah adalah hak terhadap Allah yang
mesti ditunaikan oleh manusia. Dan dengan rahmat
Allah jua pertolongan yang dipohon setelah
melaksanakan ibadah itu dikabulkan.
Seringkali berlaku manusia merasakan Allah telah
melakukan kezaliman kepadanya apabila ia memohon
sesuatu hajat yang tidak termakbul
Pada hal syarat memohon itu tidak dihiraukan
sama-sekali. Antara syarat-syarat itu ialah jauhi makanan
haram; elakkan berpakaian secara haram; usah bergaul
secara haram, hati bergelumang dengan kemaksiatan.
28
Dari bahagian manakah Tuhan harus
menimbangkan permohonan tersebut. Sedangkan
sesudah sekian lama hidup, segala nikmat telah begitu
banyak dihabiskan. Tetapi sedikitpun tidak bersyukur.
Malah tergamak pula menuduh Allah itu zalim, atau
kononnya ia tidak minta dilahirkan ke dunia.
Selanjutnya terdapat tiga ayat khusus untuk Bani
Adam yang bermaksud:
5. Tunjukkanlah (Pimpinkanlah) kami ke jalan yang lurus.
6. Jalan yang telah Engkau anugerahkan nikmat ke atas
mereka.
7. Bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan pula
(jalan) mereka yang sesat.
Allah menyedarkan Bani Adam supaya berdoa dan
meminta setelah melakukan ibadah. Jalan sesat dan
kemurkaan itu adalah jelas, namun perlu dihindari dan
memohon hidayah untuk dijauhkan lagi.

AL-FATIHAH RUKUN IBADAH SALAT
Semua jenis salat tidak akan sah jika surah Ummul Quran
ini tidak dibaca dalam salat. Kepentingan mengatasi surah-
surah lain bersendikan sebuah hadis Rasulullah s.a.w.:
` `
Maksudnya: Dari Anas bin Malik (r.a.) daripada Rasulullah,
sabdanya Tidak ada salat bagi orang yang tidak membaca
Al-Fatihah di dalamnya (salatnya).
29
AL-FATIHAH SEMBUHKAN PENYAKIT
Abdullah bin Abas (r.a.) berkata:
Pada suatu hari Hussin bin Ali, cucunda Rasulullah,
sakit menyebabkan Nabi berdukacita. Nabi lalu mengambil
sebuah bejana berisi air dan membaca Surah Al-Fatihah
sebanyak 40 kali.
Air tersebut disapukan baginda ke muka, kepala, dua
belah tangan, dua belah kaki, perut serta anggota-anggota
lahir. Dengan keberkatan surah yang mulia itu, maka
cucunda baginda itu sembuh.

SURAH ISTIMEWA UNTUK RASULULLAH
Rasulullah s.a.w. merupakan Habibullah (kekasih
Allah paling akrab) terlalu banyak keistimewaan yang
dianugerah Allah, namun baginda tetap seorang yang zuhud
dan tawadu.
Salah satu keistimewaan baginda ialah dianugerahkan
sebuah surah yang tidak pernah diturunkan kepada
sebarang nabi dan para rasul sebelumnya seperti yang
digambarkan dalam hadis baginda:
` ` ` ` ` `
` ` ` ` ` ` ` ' ` ` ` ` .
Ertinyaa: Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menurunkan
kepadaku suatu surah (Al-Fatihah) yang tidak
diturunkannya kepada sesiapapun daripada para nabi dan
para rasul sebelumku. - (Hadis Riwayat Ibnu Abbas)

30
AL-FATIHAH MENYAMAI DUA-PERTIGA
AL-QURAN
Sabda Rasulullah s.a.w.
` `
Maksudnya: Fatihatul Kitab (Surah Fatihah), menyamai
dua-pertiga Al-Quran. Hadis riwayat Ibnu Abbas.

ANTARA SURAH TERAGUNG AL-QURAN
Sabda Rasulullah s.a.w.
` ` ` ` ` ` ` ` `
Maksudnya: Seagung-agung surah di dalam Al-Quran ialah
Alhamdulillahi rabbil alamin. (Hadis Riwayat Abdullah Ibn
Ahmad.)

MEMBENTUK KOMUNIKASI PENTING
MAKHLUK DAN KHALIK
Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: Apabila
berkata seseorang hamba: ` ` ` `
Berfirman pula Allah bermaksud:
Demi Kemuliaan-Ku dan Kebesaran-Ku, segala
nikmat untukmu dunia dan akhirat.
Apabila ia berkata: ` ` ` `
Berfirman Allah bermaksud:
Rahmat-Ku untuk mu dunia dan akhirat.
31
Apabila ia berkata: ` ` `
Berfirman Allah Taala:
Kurnia kelebihan-Ku untukmu di dunia dan di
akhirat.
Apabila ia berkata: ` ` ` ` ` `
Allah berfirman lagi bermaksud:
Hanya kepada-Mu kami sembah dan kepada-Mu
kami memohon pertolongan.: ` ` ` ` `
Allah berfirman bermaksud:
Petunjuk-Ku untukmu di dunia dan di akhirat.
Apabila ia berkata: ` ` ` ` `
Allah berfirman bermaksud:
Syafaat-Ku untukmu, iaitu syafaat kekasih-Ku
untukmu di dunia dan di akhirat.
Apabila ia berkata: ` ` ` ` ` ` ` `
Maka Allah berfirman bermaksud
Demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, Aku hampir
kepadamu di dunia dan di akhirat.
Allah berfirman lagi bermaksud:
Pertolongan-Ku untukmu di dunia dan akhirat.
Apabila ia berkata: `
Allah berfirman bermaksud:
32
Demi kemuliaan, kebesaran dan keagungan-Ku, Aku
kekalkan namamu dalam golongan orang-orang yang
berbahagia, atau Aku catatkan namamu dalam golongan
yang sentiasa memohon kepada-Ku. Hadis riwayat Anas
bin Malik (r.a.).

KEUNGGULAN SURAH AL-FATIHAH
Sebagaimana yang umum mengetahui bahawa Surah
Al-Fatihah merupakan suatu surah yang mempunyai
keunggulan dan kelebihan serta semulia-mulia surah dalam
Kitab Suci Al Quran.
Di dalam surah sepanjang tujuh ayat itu terdapat
berbagai-bagai keistemewaan dan kelebihannya.
Dalam sebuah hadis, Baginda Rasulullah s.a.w.
bersabda bermaksud:
Apabila seseorang hamba berkata: ` ` ` `
Maka dibuka baginya pintu langit pertama dengan
Keampunan dan Rahmat yang luas.
Apabila a berkata: ` ` ` `
Maka dibukakan baginya pintu langit kedua dengan
Barakah dan Keampunan
Apabila ia menyebut: ` ` `
- Maka dibukakan baginya pintu langit ketiga dengan
Kebesaran dan Ketinggian
Apabila ia berkata: ` ` ` ` ` `
- Maka dibuka baginya pintu langit keempat dengan
Taufik dan Perlindungan.
33
Apabila ia berkata: ` ` ` ` `
- Maka dibukakan baginya pintu langit kelima dengan
Kebajikan dan Hidayah.
Apabila ia berkata: ` ` ` ` `
- Maka dibuka baginya pintu langit keenam dengan
Kelebihan dan Kemuliaan.
Apabila ia berkata: ` ` ` ` ` ` ` `
- Maka dibukakan baginya pintu langit ketujuh
dengan Ketetapan hati dalam agama Islam dan mendapat
perlindungan dari terjerumus ke jalan sesat.
Apabila ia berkata: `
- Maka terbuka pintu Arasy dengan Penerimaan doa
bagi mereka yang mengucapkannya (AI-Fatihah)-

KEISTIMEWAAN SURAH AL-FATIHAH
Para ulama tersohor yang diikuti ramai pengikutnya
berbeza pendapat apakah ada sesuatu keistimewaan dari
sesuatu surah lain dari Kitab Suci Al-Quran. Bolehkah
sesuatu surah atau ayat dianggap lebih utama, lebih tinggi
atau lebih penting dari surah atau ayat lain?
Abul Hassan Al-Asyari, imam ilmu kalam bagi Ahli
Sunnah wal Jamaah, dan ramai ulama terkenal lainnya
melarang sekeras-kerasnya melebihkan atau mengistimewakan
atau meninggikan sesuatu surah atau sesuatu ayat.
34
Sebabnya apabila dikatakan ada sesuatu surah atau
ayat di dalam Al-Quran yang dianggap penting pasti ada
pula surah atau ayat yang kurang penting. Namun, kita tidak
dapat membantahnya.
Terdapat beberapa hadis Nabi Muhammad s.a.w.
yang menerangkan keistimewaan beberapa surah atau ayat
di dalam al Quran. Umpamanya sebagaimana yang
diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan Ubay bin Kaab (r.a.)
bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda:
` ` ` ` ` ` `
Maksudnya: Allah tidak pernah menurunkan di
dalam Taurat dan Injil yang menyamai Ummul Quran
(Al-Fatihah).
Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang Iain ialah:
` `
Maksudnya: Surah Yasin itu adalah jantung Al-
Quran.

Maksudnya: Fatihatul Kitab (Surah Al-Fatihah)
adalah surah paling utama di dalam Al-Quran.

PALING BESAR (AZAM)
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Muhammad
Hanbal (r.a.) katanya: telah menyampaikan kepada kami
Yahya bin Said dan Syubah, yang menerima khabar ini dari
Hubaid bin Abdirrahman dan Hafiz bin Ashim dari Abu
Said al-Maali (r.a) katanya:
35
` ` ` ` ` ` ` '
` ` ` ` ` ` ` ` ` ` `
, ` ` ` ` ` ` ` , ` `
` ` ` ` ` ` ` ` `
` ` ` ` ` ` ` ` ` ` `
` ` ` ` ` ` ` ` `
` ` ` ` ` ` .
Maksudnya: Dari Abi Said bin al-Mualla berkata: Dulu aku
sedang salat, lalu dipanggil oleh Rasulullah s.a.w., aku tidak
sempat menyahutnya. (Setelah selesai salat aku datangi
beliau), aku berkata, wahai Rasulullah sesungguhnya aku
tadi sedang salat, Rasulullah berkata: bukankah Allah telah
berfirman: Sahutlah seruan Allah dan Rasul apabila
menyeru kamu. Kemudian beliau berkata: Tidakkah engkau
ingin Aku mengajarmu sebesar-besar surah dalam
Al Quran sebelum kamu keluar dari masjid lalu beliau
memegang tanganku. Tatkala kami akan keluar dari masjid,
aku berkata: Ya Rasulullah, Tuan mengatakan akan
mengajarku sebesar-besar surah dari Al-Quran. Rasulullah
berkata: (ia adalah) Alhamdulillahi Rabbil alamin (dan
seterusnya), ialah tujuh ayat yang berulang-ulang dan itulah
Al-Quranul azim yang telah disampaikan kepadaku.
(Hadis riwayat: Al-Bukhari, Abu Daud, an Nasai
Ibnu Majah dan al Waqidi dari beberapa sumber)
36
TIADA PERSAMAAN DALAM TAURAT, INJIL,
ZABUR DAN AL QURAN
Diriwayatkan oleh Imam Malik bin Anas dalam
al Muwattha, dari al-Ala bin Abdirrahman bin Yakub
al Haraqi, bahawa Abu Said Maula Ibnu Amir bin Kuraiz
mengabarkan kepada mereka, bahawa Rasulullah s.a.w.
memanggil Ubay bin Kaab ketika dia sedang salat di dalam
masjid. Selesai salat, Ubay bin Kaab mendatangi Rasulullah
lalu baginda memegang tangan Ubay dan bersama-sama
keluar dari masjid lalu berkata:
Aku ingin engkau jangan keluar dari masjid ini
sebelum mengetahui suatu surah yang tidak pernah
diturunkan di dalam Taurat dan Zabur, tidak juga di dalam
Injil dan di dalam Al Quran yang dapat menyamainya.
Berkata Ubay: Aku lalu lambatkan jalanku lalu berkata
kepada Rasulullah: Surah apakah yang tuan janjikan tadi, ya
Rasulullah? Baginda lalu membaca: Alhamdulillahi Rabil
Alamin dan seterusnya, lalu berkata inilah dia surah tujuh
ayat yang berulang-ulang dan dialah Al-Quran Al Azim
yang telah disampaikan kepadaku.
Diriwayatkan dari Ali bin Abu Talib (r.a.) bahawa
Rasulullah s.a.w. berkata:
` ` ` ` ` ` ` ` `
Maksudnya: Siapa yang membaca Fatihahtul-Kitab
(al-Fatihah), maka seakan-akan dia telah membaca Taurat,
Injil, Zabur dan Al-Quran.

37
HANYA KEPADA MUHAMMAD DITURUNKAN
Diriwayatkan oleh Muslim dan an-Nasai dari hadis
Abul Ahwash, Salam bin Salam dari Ammar bin Zuraiq
dari Abdullah bin Isa bin Abdirrhman bin Abu Laila dari
Said bin Jubair dari Ibnu Abbas (r.a.) katanya:
` ` ` ` ` ` ` ` `
` ` ` ` ` ` ` ` ` `
` ` ` ` `
` ' ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` `
` ` ` ` ` ` ` `
` ` ` ` ` ` .
Maksudnya: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. duduk
bersama Jibril, tiba-tiba Rasulullah mendengar bunyi dari
atas, lalu Jibril mendongak dan berkata Ini suatu pintu
telah terbuka di langit, dan ia tidak pernah terbuka sebelum
ini, dari pintu itu turun malaikat, lalu menuju ke Rasulullah
dan berkata: bergembiralah engkau (Muhammad)
mendapat dua cahaya yang aku bawa ini yang tidak pernah
kedua cahaya ini diberikan kepada nabi sebelum engkau,
kedua cahaya itu ialah Fatihatul Kitab dan beberapa ayat di
akhir Surah al Baqarah setiap huruf yang engkau baca dari
keduanya pasti engkau mendapatkannya.

38
MENDAPAT JAWAPAN LANGSUNG DARI ALLAH
Sesiapa yang membaca surah Al Fatihah, maka setiap
ayat yang dibacanya dijawab langsung oleh Allah.
Diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Hurairah (r.a.) katanya
` ` ` `
` ` ` ` ` ` ` `
` ` ` ` ` ` ` ` ` ` `
` ` , ` ` ` ` , ` ` `
, ` ` ` ` , ` ` `
, ` ` ` , ` ` ` ` ` `
, ` ` ` ` ` ` , ` ` ` `
` , ` ` ` ` ` `
` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` , ` `
` ` .
Maksudnya: Dikatakan pada Abu Hurairah, kami berada di
belakang imam (bersalat) maka berkatalah imam: Bacalah
al-Fatihah dalam hatimu, kerana aku pernah mendengar
Rasulullah s.a.w. berkata: Allah Taala berfirman: Aku bagi
salat antara Aku dan hamba-Ku menjadi dua bahagian dan
bagi hamba-Ku apa yang mereka minta. Apabila hamba-
Ku berkata Alhamdulillahi Rabbil Alamin Allah
menjawab: hamba-Ku menyanjung-Ku; dan apabila
hamba-Ku berkata: Maaliki Yaumiddin, Allah menjawab
hamba-Ku memuliakan-Ku dan juga hamba-Ku telah
39
menyerahkan segalahnya kepada-Ku, apabila hamba-Ku
berkata lyyaka nabudu wa iyyaka nastain, Allah
menjawab Ini antara aku dan hambaku-Ku, bagi hamba-
Ku, apa yang ia minta, dan apabila hamba-Ku- berkata:
Ihdinas-siraathal mustaqim, siraathal lazina anamta
alaihim, ghairil maghdhubi alaihim waladh-dhaalliin,
Allah menjawab: ini untuk hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku
apa yang ia minta.

SELAMAT DARI SEGALA BAHAYA
Diriwayatkan oleh al-Buzar dari Anas r.a. berkata
Rasulullah s.a.w.:
` ` ` ` `
` .
Maksudnya: Apabila engkau membaca al-Fatihah dan Qul
huwallahu ahad, maka amanlah engkau dari segala sesuatu,
kecuali dari maut.

JAWAPAN LANGSUNG DARI ARASY
Diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam al Mustadrak
dari Maqal bin Yasaar telah berkata Rasulullah s.a.w.
bermaksud:
Amalkanlah segala apa yang tersebut di dalam
Al Quran, halalkanlah apa yang dihalalkan, haramkanlah
apa yang diharamkannya, dan patuhilah ia, jangan sekali-kali
engkau ingkari apa-apa yang tersebut di dalamnya, dan apa-
apa yang kamu ragukan (maksudnya) kembalikanlah kepada
Allah dan orang-orang yang mempunyai pengetahuan
40
setelah meninggal nanti, supaya diterangkannya kepada
kamu, dan berimanlah kamu dengan Taurat, Injil dan Zabur
serta apa saja yang dibawa para nabi dan Tuhan mereka,
dan akan memberi kelapangan kepadamu Al-Quran dan
segala keterangan yang tersebut di dalamnya, maka
sesungguhnya Al-Quran itu Pemberi Syafaat, sesuatu yang
tidak pandai bercakap tetapi membawa kebenaran dan
kepadaku diberi Allah Surah al-Baqarah dan Zikir Pertama
(Kitab-kitab Suci yang diturunkan sebelum Musa dan
diberikan kepadaku surah yang dimulakan dengan Thaha,
Thasin dan Hamim dan Papan-papan Musa (maksudnya
Taurat) dan diberikan kepadaku Surah al Fatihah langsung
dari Arasy.
` ` ` ` ` ` ` `
` ` ` ` ` ` ` ` `
` ` ` ` ` ` ` `
` ` ` ` ` ` ` ` ` `
` ` ` ` ` ` ` ` ` ` `
` ` ` ` ` ` ` ` `
` ` ` ` ` ` ` ` ` .
Maksudnya: Dari Abi Said al Khudri, ia berkata, pada suatu
hari kami bersama-sama dalam perjalanan, bermalam di
suatu dusun. Datang kepada kami seorang kanak-kanak
perempuan dan berkata: Sesungguhnya ketua desa ini sakit
akibat gigitan binatang berbisa dan tidak seorangpun di
antara kami dapat mengubatinya, adakah di antara tuan-
tuan yang dapat mengubatinya? Salah seorang dari anggota
41
rombongan kami berdiri dan mengikuti budak tadi. Kami
tidak kira ia boleh menjadi dukun. Pesakit itu lalu
dimenterakan dan sembuh. Kepadanya diberi hadiah 30
ekor kambing, dan kepada kami diberikan susu. Ketika ia
kembali kami bertanya: Apakah engkau membolehkan
mentera, dan apakah engkau ahli mentera? Ia menjawab:
Tidak, saya bukan ahli mentera, tetapi saya hanya
membacakan Ummul-kitab (al-Fatihah). Kami katakan:
Kejadian ini jangan dikhabarkan kepada sesiapapun,
sebelum kita tanyakan kepada Rasulullah lebih dahulu.
Setelah sampai di kota Madinah, kami datangi Rasulullah
s.a.w. dan kami ceritakan kejadian itu. Rasulullah lalu
berkata: Siapa tahu bahawa surah itu (al-Fatihah) adalah
mentera (ubat) bagilah hadiah itu dan berikan saya
sebahagian daripadanya.
Kejadian seperti inipun diriwayatkan oleh Muslim
dan Abu Dawud dan Hisyam. Di dalam beberapa riwayat
dari Muslim diterangkan bahawa penyakit orang yang
disembuhkan itu ialah kerana sengatan binatang yang
berbisa dan yang menyembuhkan itu adalah Abu Said
al-Khudri sendiri.
Mengenai surah al-Fatihah dapat menyembuhkan
penyakit-penyakit ada beberapa pendapat di kalangan para
ulama muktabar dan yang mempunyai ramai pengikut.
Pokok perbedaan pendapat itu berkisar pada hadis yang
tersebut di atas ini dan beberapa ayat Al-Quran yang
tersebut di bawah yang bermaksud:
Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu
pelajaran dari Tuhan-mu, dan penawar (ubat) bagi
(penyakit) yang ada di dalam dada, dan sebagai petunjuk
dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Yunus: 57).
42
Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang
menjadi ubat dan rahmat bagi orang-orang yang beriman
dan bagi orang-orang yang zalim tetap bertambah
keraguannya. (Al Isra: 72)
Katakanlah Al-Quran itu sebagai petunjuk dan penawar
(ubat) bagi orang-orang yang beriman. - (Fusshilat: 44)
Ini kerana ayat-ayat dan hadis yang tersebut di atas,
para ulama sepakat bahawa Al-Quran itu dapat menjadi
ubat. Tetapi ubat apa? Mereka berlainan pendapat. Ada di
antara mereka yang mengatakan sebagai ubat dari penyakit-
penyakit batin (rohani) saja, tidak dapat menjadi ubat dari
penyakit-penyakit jasmani (mengenai tubuh). Tetapi
sesetengah ulama mengatakan ia menjadi ubat bagi
penyakit-penyakit rohani dan jasmani.
Di antara ulama terdahulu dan sekarang yang
berpendapat bahawa Al-Quran, khususnya Al-Fatihah,
dapat mengubat penyakit jasmani di samping dapat
mengubat rohani, ialah Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi.
Berkata Ibnul Qayyim dalam kitabnya bernama
Madarij As-Salikin juz 1 halaman 52-58, diringkaskan
sebagai berikut:
Adapun Al-Fatihah itu mengandung ubat untuk hati
(rohani) maka tidak ada berlainan pendapat. Cacat atau
penyakit yang minimpa kalbu berpokok pada dua perkara:
rosaknya ilmu dan rosaknya tujuan.
Kerana dua kerosakan ini, maka timbullah dua
penyakit kalbu yang sangat berbahaya, iaitu adh-Dhalal
(kesesatan) dan al-Ghadhab (kemurkaan). Kesesatan kerana
rosaknya pengetahuan, sedang kemurkaan kerana rosaknya
tujuan hidup.
43
Kedua-dua penyakit inilah induk segala penyakit
kalbu. Maka hidayat yang bernama Assiratal Mustaqiim
(Al-Quran) adalah ubat dan penyakit pertama (kesesatan).
Sebab itu hidayah ini harus selalu kita minta dan pelajari.
Sedang pengertian yang terkandung dalam Iyyaka nabudu
wa iyyaka nastain adalah ubat dari penyakit kedua (rosak
tujuan atau kemurkaan).
Adapun Al-Fatihah ini dapat juga menyembuhkan
penyakit-penyakit tubuh atau badan, telah jelas sebagai yang
diterangkan oleh hadis sahih yang tersebut di atas. Para ahli
hadis tidak sedikitpun berselisih mengenai kesahihan hadis
tersebut.
Dalam hadis itu dinyatakan dengan terang, bahawa
penyakit tersebut telah sembuh hanya dengan membacakan
Surah Al-Fatihah tanpa ubat lain.
Pengalaman-pengalaman orang ramai dan undang
undang perubatan tradisional akan membenarkannya.
Banyak penyakit mengenai tubuh manusia yang dapat
disembuhkan dengan berbagai doa lebih-lebih lagi dengan
Al-Fatihah yang mengandungi banyak rahsia kebenaran dan
pengertian yang amat tinggi.
Di dalamnya terkandung at-tauhid, penyerahan diri
kepada Allah, sanjungan dan pujian terhadap Allah. Di
dalamnya terdapat nama-nama Allah yang baik, yang dapat
menghilangkan segala kejelekan dan dapat mendatangkan
berbagai kebaikan (termasuk kesembuhan).
s9# ! _U =9#
Maksudnya: Segala puji bagi Allah, Tuhan seru
sekalian alam.
44
Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Kita memuji
seseorang adalah kerana perbuatannya yang baik yang
dikerjakan dengan kemahuan sendiri. Sebaliknya kita
memuji Allah bererti: menyanjung-Nya kerana perbuatan-
Nya yang baik. Lain pula halnya dengan syukur yang
bermakna:
Mengakui seseorang terhadap nikmat yang diberikan-
Nya. Kita menghadapkan segala puji kepada Allah ialah
kerana Allah adalah sumber segala kebaikan yang
sewajarnya dipuji.
Alhamdulillah: Segala puji bagi Allah - dapatlah kita
fahamkan segala puji berupa apa sahaja, pada hakikatnya
terpulang kepada Allah, sebab Tuhan itu sumber segala
pujian.
Pada dasarnya segala puji yang diucapkan kepada
selain daripada Allah adalah kembali kepada Tuhan jua,
sebab Dia adalah sumber adanya alam ini. Jadi segala pujian
itu pertama pada hakikatnya ditujukan kepada Allah jua.
Pendeknya segala pujian apapun caranya diucapkan kepada
seseorang adalah ditujukan kepada Allah secara langsung
atau tidak langsung.
Rabbil Alamin: Tuhan seru sekalian alam. Oleh
itu dapatlah kita mengerti dengan kata sifat ini, jelaslah
bahawa puji-pujian itu harus ditujukan kepada Allah secara
mutlak.
Rabb (Tuhan) bererti: Tuhan yang ditaati dan
yang dimiliki, mendidik dan memelihara. Lafaz Rabb ini
tidak dapat dipakai selain untuk Tuhan sahaja, kecuali kalau
ada sambungannya dengan perkataan yang lain seperti:
Rabbulbait.
45
Alamin: - (Semesta Alam): semua yang diciptakan
Tuhan yang terdiri dari berbagai-bagai jenis dan macam,
seperti alam manusia, alam haiwan, alam tumbuh-
tumbuhan, benda-benda mati dan sebagainya, Allahlah
Pencipta semua alam itu
Yang demikian dapatlah kita renungkan sebaik-
baiknya betapa besarnya kekuasaan Allah Maha Pencipta
dan memelihara alam semesta ini. Kita makhluk yang
dijadikanNya, digalakkan memuji kebesaran-Nya itu.
q9# m9#
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, memberi
rahmat lagi bersifat penyantun. Jelasnya:
Ar Rahman - pemberi yang diberikan kepada
sekalian hamba-Nya di dunia ini dengan tidak
mengecualikan seorang dari yang lain.
Ar Rahim - pemberian-pemberian yang diberikan
kepada hamba-hamba-Nya yang mukmin sahaja, terutama
limpah kurnia-Nya kepada orang-orang mukmin di akhirat.
Kejadian-kejadian yang dijadikan Allah untuk faedah
manusia seluruhnya itu dan sekalian pemberiannya bukan
kerana terpaksa atau mengharapkan pembalasan, tetapi
adalah kejadian-kejadian dan pemberian kepada seluruh
alam semata-mata dengan sifat Ar Rahmanir Rahim yang
ada padanya.
7= e$!#
Yang memerintah di hari kiamat serta mempunyai
dan berkuasa pada hari itu.
46
Hari kiamat ialah hari pembalasan - setelah hancur
alam dunia seluruhnya. Pada hari itu sekalian makhluk
berhimpun di Padang Mahsyar untuk mendapat keadilan
terhadap segala perbuatan yang dilakukan di dunia ini.
Di sana, manusia akan ditanya setiap perbuatan atau
perkataan dan lain-lain. Terutama tentang umurnya ke
mana dan bagaimana dihabiskan. Tentang ilmu, apakah
diperbuat dengannya. Tentang masa lapangan apakah yang
digunakan. Tentang harta dari mana dia dapat dan ke mana
dibelanjakan. Juga ditanya segala gerakan hati kecilnya yang
memang tidak diketahui oleh sesiapa melainkan Dia.
$) 7 $) G
Hanya Engkau yang kami sembah, hanya Engkau
sahaja yang kami memohon pertolongan. Menyembah
ertinya tunduk kepada Tuhan disertai dengan rasa
kebesaran yang disembah. Memohon pertolongan ertinya
meminta dan berharap pertolongan daripada Allah semata-
mata dengan sepenuh hati, kerana Allah mempunyai kuasa
yang tertinggi untuk menyampaikan maksud hambanya.
Menyembah dan meminta pertolongan hanya boleh
dilakukan kepada Allah, tidak boleh kepada yang lain.
Hendaklah sepenuh hati menyembah-Nya dan tunduk
dengan perasaan merendah diri kepada Allah yang
disembah.
Ayat inilah yang menjadi inti dari Surah Al-Fatihah.
Kerana Surah ini adalah inti Al-Quran, sedang Al Quran
inti seluruh kitab suci atau ajaran seluruh nabi dan rasul,
maka ayat ini adalah menjadi inti seluruh kitab suci, inti
seluruh ajaran nabi dan rasul.
47
Di dalam sebuah Hadis Qudsi, yang pernah
disebutkan pada permulaan risalah ini, mengatakan ayat:
Iyyaka nabudu wa iyyaka nastain ini, ialah untuk
hamba dan Tuhannya bersama. Ia bermaksud dari hamba-
Nya melakukan ibadah sedang dari pihak Allah
memberikan pertolongan.
Melihat dari pengertian ayat ini bahawa hidup kita di
dunia ini tidaklah begitu sempit, kerana tempat kita
meminta pertolongan dan keampunan sentiasa ada dan
terbuka. Setiap waktu dan ketika kita boleh meminta
pertolongan, kalau kita terdesak dan susah, cuma cara
meminta pertolongan itulah yang harus kita ketahui dan
yang harus kita laksanakan.
Oleh itu Tuhan menyuruh para hamba-Nya
berhubungan langsung dengan-Nya. Dengan adanya
hubungan langsung kita dengan Allah dalam setiap detik
dan kehidupan, maka Allah selalu menghubungi kita
dengan berbagai-bagai rahmat dan nikmat Allah yang tidak
pernah putus hubungan-Nya dengan kita.
$# _9# )G9#
Ertinya tunjukkan kami jalan lurus. Jalan lurus itu
ialah jalan benar dan betul. Memohon petunjuk itu
hendaklah timbul dari rasa hati zahir dan batin.
Sama juga seperti rasa lapar, menunjukkan minta
makan, rasa dahaga menunjukkan minta air dan menangis
menunjukkan rasa sedih yang berharap kelepasan dan
bantuan atau hiburan. Begitulah manusia mesti menimbul-
kan rasa hati yang menunjukkan berhajatnya kepada
petunjuk Tuhan.
48
Terutama meminta petunjuk Allah bagi panca-
inderanya iaitu mata, telinga, hidung, lidah dan kulit supaya
terjauh dari perkara-perkara yang merosakkan perasaan
pancaindera itu.
Begitu juga ketika meminta petunjuk kepada akalnya
supaya berfikiran waras dan mencapai kebahagiaan,
mendapat timbangan yang baik dalam sesuatu yang
dirasakan menjadi keagungan bagi dirinya.
Jelasnya meminta petunjuk dan hidayah itu ialah
kesanggupan diri dan jiwa menurut jalan yang benar supaya
mendatangkan keselamatan dan kebahagiaan bagi dirinya,
masyarakat, agama dan negara.
%!# M& =
Ertinya jalan yang Engkau telah berikan nikmat di
atas mereka.
Siapakah mereka yang telah mendapat nikmat, yang
kita mohon untuk meniru dan menurut jejak mereka.
Mereka yang telah mendapat nikmat itu ialah para
rasul, para sahabat dan lain-lain orang yang sempurna lagi
baik perhubungan dengan Tuhan, dan bekerja dengan
segala tenaga bagi keselamatan dan kebahagiaan hamba-
hamba Allah.
Untuk menurut jejak langkah mereka dan perbuatan-
perbuatan mereka, kita pohonkan supaya Allah
memberikan taufik kepada kita mengikuti mereka.
49
U9# =
Ertinya: Bukan jalan yang telah Engkau murka di
atas mereka.
Siapakah mereka yang telah dimurkai Allah. Mereka
yang telah menganut Islam kemudian berpaling dari Islam,
atau orang-orang yang durhaka kepada Allah setelah
mereka taat dan menunaikan segala suruhan dan ibadah.
Maka kita memohon, dengan limpah kurnia Allah,
supaya kita terjauh dan terselamat dari kemurkaan Tuhan.
j9$9#
Dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.
Siapakah orang yang telah sesat itu?
Mereka yang sesat itu ialah orang-orang yang belum
pernah mendapat petunjuk Allah, kerana tidak pernah
sampai kepada mereka seruan agama. Atau sampai seruan
agama kepada mereka tetapi tidak menarik perhatian. Dan
mereka mencari jalan lain, iaitu:
1. Orang-orang yang telah mendapat nikmat dari Allah.
2. Orang-orang yang dimurkai Allah.
3. Orang-orang yang sesat.
Jenis manusia yang pertama itulah yang kita mohon
supaya kita termasuk ke dalam lingkungan mereka.
Manakala dua jenis yang lain, kita minta dijauhkan dari
mereka untuk keselamatan di dunia dan di akhirat.
50
Setiap orang Islam diwajibkan Allah memohon dan
meminta petunjuk sebanyak tujuh belas kali dalam sehari
semalam - dalam tiap-tiap rakaat sembahyang:
Ihdinas Shiratal Mustaqim Shiratal-lazina Anamta
Alaihim, Ghairil Maghdhubi Alaihim, wa Ladhdhaallin.
Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan benar iaitu jalan yang
telah ditempuh oleh orang-orang yang Engkau beri nikmat atas
mereka, bukan jalan orang-orang yang dimurkai, bukan juga jalan
orang-orang yang sesat.
Apakah mungkin, kita sebagai orang-orang Islam
yang mendirikan sembahyang, sedar akan hal ini, apabila
mendirikan sembahyang dan setiap rakaat membaca al
Fatihah, dengan sendirinya berdoa ke hadrat Allah? Saya
fikir tidak ramai yang menyedari hal ini.
Biar bagaimanapun, kita sebagai umat Islam yang
diperintahkan mendirikan sembahyang, tanpa meminta,
Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada hamba-
Nya telah menyediakan doa untuk kita. Alangkah bahagia
dan bertuahnya menjadi orang Islam yang beriman dan
bertaqwa!
Suatu perkara lagi yang harus kita ambil perhatian
dan teladan serta amat baik kita lakukan, ialah cara kita
memohon doa kepada Allah. Teladan ini amatlah baik jika
dilakukan pada bila-bila masa yang kita ingin berdoa dan
memohon keampunan dan hajat kepada Allah.
Seperti doa di dalam Surah Al-Fatihah itu berbunyi:
Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yang benar, jalan
yang telah ditempuh oleh orang-orang yang Engkau beri
nikmat atas mereka, bukan jalan orang-orang yang dimurkai
dan tidak pula jalan orang-orang yang sesat.
51
Apakah hikmat Allah menyebutkan hal ini?. Pada
pendapat saya tentulah ada faedahnya. Di samping nikmat
yang tersembunyi itu, apakah tidak baik kalau kita kiranya
mahu berdoa. mengambil contoh seperti itu, apabila kita
mahu berdoa dan memohon ampun dan hajat kepada Allah
boleh disebut begini:
Ya Allah, Engkau kurniakanlah hamba-Mu ini Taufik
dan Hidayah-Mu, Engkau ampunilah dosa-dosa hamba
dan dosa kedua ibu bapa hamba-Mu, Engkau perkenan-
kanlah permohonan hamba-Mu ini, sebagaimana Enkau
memperkenankan permohonan hamba-hamba-Mu yang
terdahulu.
Kalau kita renung dan fikirkan, berapa banyak orang
yang mempunyai ilmu, mempunyai akal dan fikiran yang
baik. Menyelidik dan menetapkan kesimpulan-kesimpulan
dari apa yang difikirkan dan diselidikinya. Berdasarkan
kesimpulan dan pemikirannya itulah dia bertindak.
Tentulah baik tindakan dan perbuatan itu. Tetapi apabila
jalan fikirannya salah, maka salah pulalah perbuatan dan
kelakuannya yang timbul dari manusia itu.
Apabila perbuatannya itu benar dan baik, yang lahir
dari pemikirannya yang baik pula, itulah ertinya orang itu
telah mendapat Hidayah (petunjuk) dari Allah. Sebaliknya
apabila jalan pemikiran orang itu salah, sehingga
perbuatannya salah, maka bererti oran itu tidak mendapat
petunjuk dari Allah. Sebenarnya ia dipengaruhi oleh syaitan
dan iblis.
Dengan memahami keterangan ini, dapatlah kita
ketahui betapa tinggi nilai hidayah dan petunjuk Allah itu.
Itulah nikmat hidayah yang paling penting dan tinggi
nilainya yang diberikan Allah kepada manusia.
52
Kemudian ada pula sembahyang sunnat yang
dinamakan Sembahyang Istikharah. Gunanya ialah untuk
memohon petunjuk dan hidayah dari Allah supaya jalan
buntu yang kita hadapi, diberi Allah petunjuk.
Kadang-kadang kita seolah-olah didorong oleh suatu
kuasa dan tenaga pemikiran supaya melaksanakan apa yang
kita fikirkan itu. Sebenarnya jalan itulah jalan yang paling
baik kita ikuti. Maka itulah yang diertikan kita telah
diberikan hidayah. Kalau jalan yang kita tidak senangi itu,
kita ikuti juga, nescaya kita akan menemui kegagalan dan
rintangan.
Hidayah dan petunjuk dari Allah inilah yang harus
kita cari di dalam hidup kita di dunia ini, di samping kita
mencari harta dan kekayaan atau pangkat. Apalah ertinya
kekayaan atau pangkat itu, kalau hidup kita tersesat, hidup
kita bergelimang dengan kesesatan dan kejahatan.
Kerana itulah Rasulullah s.a.w. dan orang-orang yang
beriman, setiap saat dari kehidupan mereka selalu
bermunajat dan bermohon kepada Allah, agar Allah
memberikan petunjuk-petunjuk-Nya. Kehilangan harta dan
jiwa tidak ditakuti oleh mereka tetapi kehilangan hidayah
Allah yang paling ditakuti.
Sirathallazina anamta alaihim ialah jalan yang
telah ditempuh orang-orang yang telah Engkau beri nikmat
atas mereka. Jalan yang telah ditempuh para nabi dan para
rasul terdahulu.
AL-Quran atau agama Islam yang kita anuti ini adalah
ajaran seluruh nabi dan rasul yang telah diutus Allah ke
permukaan bumi ini. Sama ada para nabi dan para rasu!
yang Allah ceritakan dalam Al-Quran atau yang tidak
diceritakan..
53
Al-Quran atau agama Islam mengajar bahawa tidak
ada Tuhan yang wajib disembah selain dari Allah Yang
Maha Esa atau Tunggal. Selain Allah, tidak boleh disebut
sebagai Tuhan tidak boleh diperlakukan sebagai Tuhan.
Bukan seperti agama lain, di samping Tuhan Yang Maha
Esa, dianggapnya Tuhan pula selain Tuhan Yang Maha Esa
itu, sehingga Tuhan Yang Maha Esa tidak Maha Esa lagi,
kerana ada pula Tuhan lain di samping Tuhan Yang Maha
Esa itu.
Agama Islam dalam Al-Quran mengakui semua nabi
dan rasul, baik nabi dan rasul yang tersebut di dalam Al
Quran atau yang tidak tersebut di dalamnya. Sedangkan
agama-agama lain hanya mengakui sebahagian kecil saja dari
para nabi dan rasul yang lain itu mereka dustakan dan
bohongi, sekalipun para nabi dan rasul yang mereka
bohongi itu mengajar agama dan ajaran yang sama dengan
apa yang diajar oleh para nabi dan rasul yang mereka akui
itu.
Jadi mereka hanya menerima kebenaran apabila
kebenaran itu dibawa dan diajar oleh golongan mereka
sendiri dan mereka menolak kebenaran yang dibawa oleh
golongan lain.
Agama yang menolak kebenaran atau mendustakan
kebenaran adalah agama yang tidak benar. Orang yang
meno1ak kebenaran atau mendustakan yang benar itu
dinamakan orang sesat (dhaallin), dan apabila kesesatan
seperti ini diteruskan sekalipun telah diperingatkan, maka
inilah orang yang dimurkai Allah (maghdhubi alaihim).
Kehidupan kita seperti sekarang ini, harus berhati-
hati terhadap sikap hidup kita menghadapi ajaran berbaga-
bagai agama, jangan sampai kita tercebur ke dalam lembah
54
berbagai-bagai kepercayaan yang sesat dan mengelirukan.
Jangan sampai menolak ajaran yang benar, bahkan selalu
meminta tunjukajar kepada ajaran yang benar dari orang
yang faham dan mengerti.
Inilah satu-satunya hikmat dalam setiap rakaat
sembahyang kita melalui doa, bermaksud::
Tunjukkanlah kami jalan yang benar, jalan yang
ditempuh orang-orang yang telah Engkau beri nikmat atas
mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai,
bukan pula jalan orang-orang yang sesat.

---
55
BORANG DERMA


Bendahari
Persekutuan Seruan Islam Singapura
(JAMIYAH SINGAPURA)
31, Lorong 12 Geylang
Singapura 399006


Assalamualaikum Wr Wb


Dengan suka-citanya, saya lampirkan money order/cek (berpangkah)
atas nama JAMIYAH SINGAPURA sebanyak S$ ___________
untuk tujuan menampung kegiatan-kegiatan Jamiyah dalam bidang
pendidikan, kebajikan dan kemasyarakatan.


Nama: _______________________________________________

Alamat: ______________________________________________

Tel: _________________ (Rumah) _______________ (Tel. Bimbit)




___________ ___________
Tandatangan Tarikh

- Sila kirimkan resit kepada kami di alamat tersebut di atas.


56