Anda di halaman 1dari 18

___________________________________________________________________________

HBML 4303 KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

___________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

ISI KANDUNGAN

0.0. PENGENALAN 0.1. KONSEP TEKNIK SIMULASI 0.2.JENIS-JENIS SIMULASI 0.3.TUJUAN-TUJUAN SIMULASI 0.4.PELAKSANAAN SIMULASI

3 3 5 6 7

2.0.RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN ENAM

3.0.RUMUSAN 3.1. 3.2. KELEBIHAN SIMULASI KELEMAHAN SIMULASI

16 16 17

4.0.RUJUKAN

18

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

1.0. PENGENALAN Ada banyak teknik pengajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk mejadikan pengajaran yang disampaikan lebih menarik, berkesan dan sebagainya. Teknik-teknik itu membolehkan murid-murid melibatkan diri dan belajar secara langsung. Antara teknik yang boleh digunakan ialah syarahan, bercerita, projek, simulasi, demonstrasi dan sebagainya. Dalam penulisan ini hanya teknik simulasi yang akan dibincangkan.

1.1. KONSEP TEKNIK SIMULASI Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan murid berinteraksi sesama sendiri. Murid akan menjalankan peranan masing-masing bagi membuat keputusan, menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini, murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Teknik simulasi ialah satu aktiviti yang memerlukan pelajar menggunakan pengetahuan dan kemahirannya dalam satu keadaan yang ditiru atau diserupakan dengan keadaan sebenar, (Othman, 1993). Menurut Ang Huat Bin (2001), s imulasi adalah suatu pengajaran yang sangat berkesan. Pengunaan kaedah simulasi membolehkan para guru mencapai objektif pembelajaran dari segi isi kandungan, konsep, kemahiran dan sikap. Kaedah simulasi ini juga boleh memperbaiki kesihatan mental dan memudahkan kreativiti.

Bagi Mok Soon Sang (2004), simulasi adalah suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar. Tujuannya ialah untuk menjalankan latihan demi untuk menyelesaikan masalah,.

Teknik simulasi melibatkan pelajar memainkan peranan seolah-olah berada dalam keadaan sebenar. Percubaan untuk menyamakan keadaan sebenar dilaksanakan supaya pelajar dapat menguasai konsep yang diajar serta berupaya untuk memindahkannya ke situasi sebenar. Simulasi boleh dilaksanakan dalam bentuk permainan, permasalahan, persaingan atau koperatif.
__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

Dalam proses pembelajaran dengan teknik simulasi, murid digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Teknik ini memberi peluang kepada murid mengalami sendiri situasi dan masalah yang dihadapi. Pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan melalui teknik ini terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.

Penggunaan teknik simulasi dalam pengajaran dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada murid untuk meneruskan proses pembelajaran dan melibatkan diri dalam pengajaran yang dilaksanakan. Tujuan utama teknik simulasi adalah untuk untuk membolehkan murid-murid berinteraksi menggunakan bahasa dalam situasi-situasi sosial yang disediakan secara olok-olok oleh guru di dalam bilik darjah. Oleh itu, dalam pengajaran dan pembelajaran melalui teknik simulasi, murid-murid perlu membayangkan keadaan situasi sosial yang sebenarnya terlebih dahulu sebelum dapat berinteraksi dalam situasi-situasi tersebut.

Ciri-ciri simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran ialah perbincangan tentang masalah yang dikemukakan oleh guru dengan menggunakan pelbagai bentuk realia seperti rakaman wawancara, peta, keratan akhbar dan sebagainya. Aktiviti ini lebih berpusatkan murid kerana murid yang melaksanakan setiap aktiviti yang dirancang oleh guru. Penggunaan teknik ini amat berkesan untuk merangsang minat dan kemampuan murid melaksanakan sesuatu watak yang diberikan kepada mereka.

Teknik simulasi yang digunakan membolehkan murid berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan. Masalah-masalah yang ditimbukan itu melibatkan satu kajian yang rumit, masalah disiplin atau peristiwaperistiwa yang berlaku di alam sekitar seperti di kedai, jalan raya, pasar, sekolah dan sebagainya.

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

1.2. JENIS-JENIS SIMULASI Teknik simulasi yang biasa digunakan dalan pengajaran dan pembelajaran ada dua jenis iaitu sosiodrama dan main peranan.

1.2.1. Sosiodrama. Sosiodrama merupakan satu aktiviti lakonan yang menarik. Ianya adalah berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu berkonflik, mempunyai perwatakan yang menentang sosial. Oleh kerana sosiodrama adalah merupakan aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang legap, pada kebiasaannya skrip lakonan akan disediakan lebih awal agar ianya dapat di fahami, dibaca, dan membuat persediaan oleh pelajar-pelajar yang dipilih untuk

melakonkan ssuatu watak yang di berikan oleh guru, (Mok Soon Sang, 2004).

1.2.2. Main Peranan. Main peranan pula merupakan satu lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan pelajar tanpa menggunakan sebarang skrip, ia adalah lakonan yang berdasarkan kepada satu masalah yang timbul pada ketika itu. Biasanya, di dalam aktiviti main peranan, pelajar membayangkan situasi yang timbul dan kemudian mereka melakonkan situasi yang dibayanngkan tadi dengan secara spontan. Aktiviti main peranan ini bermula daripada suatu situasi yang direka dan ditimbulkan oleh guru. Sebelum mengadakan aktiviti main peranan, pada kebiasaannya keterangan yang ringkas mengenai objektif lakonan dan watak-watak yang terlibat dalam situasi ini akan dihuraikan oleh guru. Setelah menerangkan secara ringkas, barulah guru memilih sesiapa yang berminat untuk melakonkan situasi tersebut. Oleh sebab aktiviti main peranan merupakan satu lakonan yang dilakukan secara spontan, masa yang diberikan hendaklah pendek sahaja iaitu sekitar 5-7 minit. Setelah selesai aktivit, penilaian hendaklah dibuat di dalam bilik darjah.

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

1.3.TUJUAN-TUJUAN SIMULASI Simulasi yang dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai beberapa tujuan tertentu. Antaranya: i. Untuk menguasi kemahiran. Simulasi melatih bertutur secara spontan melalui aktiviti lakonan. Ia juga melatih murid kemahiran menyusun ayat dan menggunakansebutan yang tepat.

ii.

Untuk membina pemikiran secara analitis dan kritis. Semasa menjalankan aktiviti lakonan, murid-murid harus berfikir dan menyusun ideanya secara teratur untuk menggambarkan cara penyelesaian yang dilakukan.

iii.

Untuk membina sikap positif dalam bilik darjah. Melalui simulasi yang dilakonkan, konflik sosial itu akan diselesaikan. Sikap atau tingkah laku yang negatif dapat diubah dan sikap yang positif dapat dibentuk dan dipupuk.

iv.

Untuk mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif. Melalui aktiviti lakonan berdasarkan isi pelajaran pendidikan moral, muridmurid dapat menghayati nilai-nilai dan sikap orang lain.

v.

Untuk membawa situasi yang sebenar ke dalam bilik darjah. Misalnya, untuk menjelaskan sesuatu konsep seperti pilihan raya, murid-murid boleh melakonkan watak pengundi-pengundi dalam situasi pilihan raya yang direka.

vi.

Untuk mempelbagai aktiviti pembelajaran. Simulasi merupakan suatu teknik mengajar tambahan yang juga boleh membantu murid-murid mempertingkatkan penguasaan kemahiran bahasa dengan berkesan.

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

1.4. PELAKSANAAN SIMULASI Terdapat empat fasa pelaksanaan simulasi iaitu orientasi, latihan peserta, proses simulasi dan perbincangan, (Joyce et al., 2002).

1. Dalam fasa orientasi, guru akan mengemukakan topik yang ingin diajar, menerangkan konsep dalam simulasi.

2. Dalam fasa latihan peserta, guru akan menerangkan peranan, peraturan, prosedur, cara mendapat skor, jenis keputusan yang perlu dibuat dan matlamat simulasi

3. Dalam fasa proses simulasi, pelajar terlibat dalam simulasi, dan guru sebagai pengadil dan jurulatih. Dalam keadaan tertentu, permainan boleh ditentukan untuk pelajar mendapatkan maklum balas daripada guru.

4. Dalam fasa keempat,simulasi merangkumi perbincangan pelajar selepas aktiviti, tentang hasil perbincangan, proses simulasi dan banding beza antara simulasi dengan dunia sebenar.

Bagi melaksanakan pengajaran dengan teknik simulasi, guru terlebih dahulu perlu menentukan objektif pengajaran supaya ia dapat mengenalpasti struktur dan laras yang perlu dikuasai oleh murid-murid sebelum aktiviti itu dijalankan. Guru tersebut juga perlu melatih dan mendedahkan murid kepada struktur dan laras yang akan digunakan dalam aktiviti simulasi yang dirancangkan.

Setelah objektif ditetapkan, murid-murid pelulah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan diberi penerangan dan arahan. Kumpulankumpulan kecil tersebut akan mempersembahkan tugasan mereka kepada muridmurid lain.

Aktiviti simulasi yang dijalankan oleh setiap kumpulan kecil tersebut perlulah diawasi bagi memastikan semua murid melibatkan diri secara aktif. Ketika persembahan kumpulan kecil, murid-murid lain diminta menilai ketepatan dan kesesuaian penggunaan bahasa dengan peranan yang dimainkan oleh setiap ahli kumpulan tersebut.
__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

Antara aktiviti simulasi yang boleh dilaksanakan ialah Persidangan Dewan Rakyat, mesyuarat persatuan dan beniaga di pasar malam. Tajuk-tajuk untuk simulasi adalah seperti :

i.

Perbincangan tentang lokasi pembinaan taman rekreasi yang sesuai.

ii. Membuat keputusan bagaimana mengekalkan kehijauan bumi. iii. Suatu malam di pasar malam.

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

2.0. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN ENAM

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh Masa Tahun Bilangan murid Tema Tajuk Objektif

: 2 November 2012 : 7.55 8.55 pagi (60 minit) : 6 Bestari : 36 orang : Pertanian : Buah-buahan Tempatan : Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat:

1. Memujuk dengan menggunakan ayat dan intonasi yang sesuai untuk mendapatkan keyakinan dalam berurus niaga. 2. Memberi pendapat dan penilaian terhadap aktiviti simulasi yang dilaksanakan. 3. Murid dapat mengenal pasti isi-isi penting daripada petikan kelebihan buah-buahan, kemudian membuat peta minda.

Fokus Utama

: 1.6. Menyatakan sesuatu kemahuan semasa menjalankan transaksi dalam urusan harian untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan. Aras 3 (i) Memujuk dengan ayat dan intonasi yang sesuai untuk mendapatkan keyakinan semasa berurusan.

Fokus sampingan

: 9.2. Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar dan dibaca. Aras 1(i)Membuat catatan ringkas daripada maklumat yang diperoleh.

Sistem Bahasa

: Kemahiran menulis, bertutur dan mendengar, tatabahasa.

Pengisian Kurikulum : Pendidikan Kesihatan Nilai : Menghargai buah-buahan tempatan

Kemahiran Bernilai Tambah: 1. Kemahiran berfikir : Mengelaskan dan menjana idea. 2. Kemahiran belajar : Memberi maklumat. 3. Kecerdasan pelbagai : Interpersonal, intrapersonal, kinestetik dan emosi. 4. Pembelajaran konstruktivisme : Menghuraikan, menarik minat dan meneroka. 5. Pembelajaran kontekstual : Bertanya, kelompok belajar dan refleksi.

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

Pengetahuan sedia ada: Murid pernah membeli buah-buahan di pasar malam atau di kedai.

Bahan Bantu Mengajar: Bil 1 2 3 4 5 6 LCD Cakera padat multimedia lagu dan bunyian Kad situasi Borang pemarkahan simulasi Petikan Buah Durian Borang pengumpulan maklumat Bahan Bantu Mengajar Kuantiti 1 1 36 6 36 36

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN LANGKAH ISI PELAJARAN Set Induksi (5 minit) Pengenalan kepada tajuk. i. Guru menunjukkan sebuah bungkusan dan Musim buahbuahan memberi pembayang. Teknik : Sumbang saran ii. Murid diminta mengemukakan soalan. ii.Murid mengangkat tangan untuk menyoal Kem: i. Murid membelek bungkusan. Kaedah: Kelas AKTIVITI GURU AKTIVITI MURID CATATAN

dan cuba meneka benda Berfikir kritis di dalam bungkusan iaitu rambutan. Nilai: & kreatif

iii. Guru memperdengar lagu buah-buahan. iv. Guru mengaitkan aktiviti dengan topik pembelajaran

iii.Murid mendengar lagu sambil menyanyi bersama-sama. iv. Murid mendengar penerangan guru.

keberanian, yakin diri.

BBM: -Bungkusan rambutan

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

-LCD Contoh:

1. Sejenis makanan. 2. Bermusim.

iii. Mengaitkan aktiviti dengan tajuk.

Langkah 1 (20 minit)

Membaca kad situasi

i.Guru membahagikan murid kepada enam kumpulan.

i. Murid mengikut arahan guru.

Kaedah: Kumpulan dan individu

Teknik: ii. Guru memberi sekeping kad situasi kepada setiap murid yang berkaitan dengan urus niaga pasar malam. ii. Murid menerima dan meneliti kad yang diedarkan. BBM: Kad situasi Kooperatif

iii. Guru meminta setiap murid membaca kad yang diterima dan berbincang dalam kumpulan masingmasing.

iii. Murid membaca kad Kem: dan berbincang tentang simulasi yang akan dijalankan.. Bertutur, menjana idea.

Nilai: keberanian, yakin diri dan bekerjasama.

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

Langkah 2 (20 minit)

Berlakon mengikut kumpulan kecil..

i.Guru mengingatkan murid supaya menekankan sebutan untuk memujuk dan meyakinkan

i. Murid mendengar peringatan yang diberikan.

Kaedah: Individu dan kelas

Teknik: Simulasi

Menilai rakan melalui borang pemarkahan simulasi. - Intonasi - Kelancaran

pelanggan kerana dialog mereka akan diberi penilaian.

BBM: Kad simulasi

ii.Guru meminta setiap murid

ii.Setiap murid melakonkan watak

dan borang penilaian

- Persembahan berlakon berdasarkan dalam kumpulan - Cara memujuk - Mimik muka - Kesesuaian kata iii. Guru meminta pelajar yang menonton membuat penilaian terhadap rakan yang berlakon dalam borang yang telah diedarkan. iii. Murid yang menonton membuat penilaian dalam borang penilaian lakonan yang telah diedarkan. watak yang diterima mengikut kumpulan masing-masing. masing-masing dengan menekankan sebutan seperti situasi sebenar di pasar malam. Nilai: Keberanian dan yakin diri, kejujuran. Kem: -visual-ruang -emosi

iv.Guru memantau setiap lakonan murid

iv.Setiap kumpulan berlakon dan dinilai secara bergilir-gilir

v. Guru meminta wakil kumpulan

v. Wakil setiap kumpulan memberikan

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

yang menilai memberikan komen terhadap lakonan kumpulan yang selesai berlakon.

komen manakal pelakon mendengar komen wakil kumpulan yang menilai.

vi. Guru memberi komen dan membetulkan sebutan dan intonasi murid yang salah. Langkah 3 (10 minit) Membaca petikan i.Guru mengedarkan petikan berkaitan buah durian dan borang pengumpulan maklumat kepada setiap kumpulan.

vi. Murid mendengar komen guru.

i.Setiap kumpulan menerima petikan dan borang pengumpulan maklumat.

BBM: -Petikan buah durian -borang pengumpulan maklumat

ii.Guru meminta murid membaca petikan secara berkumpulan

ii.Murid membaca petikan secara berkumpulan. Kaedah: Kooperatif

iii.Guru meminta murid mengeluarkan maklumat berdasarkan teks yang dibaca ke dalam borang maklumat.

iii. Murid mengeluarkan maklumat dan ditulis ke dalam borang maklumat.

Teknik: Perbincangan

Kem: Menyelesaik an masalah

iv.Guru meminta murid menukar

iv. Murid bertukartukar borang maklumat

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

borang maklumat dengan kumpulan lain dan menyemak jawapan yang diberikan oleh guru.

dan menyemak jawapan yang diberi oleh guru.

Penutup (5 minit)

Penutup kognitif:

i.Guru menyoal murid tentang pelajaran yang dipelajari.

i.Murid memberitahu apa pelajaran yang dipelajari pada hari itu.

Kaedah: Individu & kelas

Membuat rumusan isi kandungan. ii.Guru menggalakkan murid memilih buahbuahan tempatan. ii.Murid menyatakan perasaan suka dan bangga dapat menikmati pelbagai jenis buah-buahan yang enak. Penutup sosial. Memberi pujian dan tepukan sebagai motivasi untuk belajar. iii.Guru memberi pujian dan dorongan kepada murid atas penglibatan aktif mereka dalam aktiviti yang dijalankan. iii.Murid menghargainya dan memberikan tepukan gemuruh.

Teknik: Penyoalan & penerangan.

Kem: Menjana idea.

Nilai: Menghargai buah-buahan tempatan..

iv.Guru meminta murid nenyanyikan lagu buah-buahan sekali lagi.

iv.Murid menyanyi lagu buah-buahan seperti yang diarahkan.

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

Aktiviti simulasi yang telah dirancang dilaksanakan dengan memberikan kad situasi kepada murid berkaitan dengan urusniaga di pasar malam. Murid diarah untuk berbincang dan menentukan watak mereka yang terdapat dalam kad situasi tersebut. Aktiviti ini ini telah menerapkan kemahiran berfikir. Di sini, murid dapat melatih potensi diri mereka berfikir untuk menjana idea dalam mengenal pasti watak mereka dalam situasi urusniaga tersebut. Selain itu, aktiviti melakonkan watak juga dapat meningkatkan keyakinan murid untuk berinteraksi dengan rakan-rakan mereka sekaligus juga dapat meningkatkan potensi sosial mereka untuk menghadapi situasi dunia sebenar. Hal ini dapat dibuktikan bahawa aktiviti ini memerlukan murid untuk berinteraksi dengan rakan-rakan mereka dan secara tidak langsung maklumat atau pengetahuan yang diperolehi daripada interaksi sosial tersebut dapatlah mereka jadikan sebagai pengalaman dan pengalaman tersebut akan diaplikasikan dalam kehidupan mereka kelak. Tambahan pula, aktiviti simulasi diserapkan aspek kemahiran bernilai tambah iaitu kemahiran kecerdasan pelbagai. Komponen kecergasan pelbagai dalam aktiviti simulasi ini ialah visual-ruang. Hal ini kerana aktiviti simulasi ini memerlukan murid untuk berlakon seperti keadaan yang sebenar. Aktiviti ini telah melatih murid untuk berimaginasi atau memanipulasikan lakonan mereka kepada situasi sebenar. Potensi murid dari segi intelek telah dapat diasah melalui aktiviti simulasi ini. Seiring dengan teknik simulasi, kemahiran bernilai tambah turut diterapkan dalam aktiviti yang dilaksanakan iaitu kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Murid diminta membaca secara berkumpulan petikan Buah Durian yang telah diberikan. Murid akan membaca teks tersebut dengan teknik membaca yang kuat dan pantas. Berdasarkan teknik membaca tersebut, kemahiran bernilai tambah yang berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran tersebut ialah kemahiran belajar cara belajar. Melalui teknik membaca itu juga, murid akan mudah untuk mengingat apa yang telah dibaca. Ia penting kerana dapat memberi panduan kepada tentang teknik belajar mereka untuk menghadapi peperiksaan dan secara tidak langsung dapatmeningkatkan potensi keyakinan diri dan juga potensi intelek mereka. Selain itu, penyerapan komponen ini juga penting digandingkan dengan teknik simlasi untuk melahirkan seorang insan yang positif serta dapat berfikir secara kreatif dan kritis dalam menghadapi masalah kehidupan mereka sama ada secara langsung atau tidak langsung.

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

3.0. RUMUSAN Kesimpulannya bermacam-macam kaedah yang ada didalam pengajaran itu tetapi tidak semua kaedah sesuai untuk semua mata pelajaran yang ada. Kaedah simulasi ini adalah salah satu kaedah yang boleh diguna pakai untuk mempelbagaikan teknik pengajaran guru. Kepelbagaian teknik dalam pengajaran bertujuan untuk menaikkan minat para pelajar untuk menumpukan perhatian mereka pada pelajaran. Setiap teknik yang digunakan mempunyai kelebihan dan kelemahan. Setiap kelebihan dan kelemahan bagi setiap teknik yang diaplikasikan perlulah diberi penekanan oleh guru. Sekiranya hal tersebut diabaikan, dikhuatiri pengajaran yang dilaksanakan tidakn mencapai objektif yang dirancang. Ini akan menyebabkan sesi pembelajaran menjadi sesi hiburan tanpa pengisian yang sewajarnya.

3.1.KELEBIHAN SIMULASI i. Memberi peluang kepada murid memikirkan cara penyelesaian secara spontan dalam situasi bermasalah yang diwujudkan. ii. iii. Murid-murid dapat mempertingkatkan kemahiran pertuturan mereka. Simulasi merupakan satu teknik pembelajaran yang menarik dan seronok, dan membawa kepada suasana pembelajaran yang berkesan. iv. v. vi. Murid-murid dapat dilatih berlakon dengan gaya yang betul. Mereka akan dilatih untuk menghadapi situasi bermasalah yang sebenar. Selain menggalakkan interaksi di antara murid-murid, ia juga memberikan kesempatan kepada murid-murid untuk menghayati nilai moral yang baik, seterusnya mengubah sikap negatif dan membina sikap positif. vii. Dengan menggunakan teknik simulasi, banyak situasi di luar bilik darjah dapat ditunjukkan dalam bilik darjah. viii. Secara tidak langsung, bakat lakonan murid dapat diasah.

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

3.2.KELEMAHAN SIMULASI. i. Perasaan gelisah yang mungkin timbul di kalangan murid yang tidak pernah ada pengalaman berlakon. ii. Prestasi pelakon yang kurang menarik akan menimbulkan perasaan bosan di kalangan penonton yang mungkin membuat bising atau akan mengejek kesilapan yang dilakukan oleh pelakon-pelakon. iii. Hanya murid-murid yang terlibat di dalam lakonan sahaja mendapat pengalaman secara langsung dan faedah-faedah berlakon. iv. Penilaian prestasi pelakon dan membuat rumusan tidak mudah untuk dilakukan.

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

RUJUKAN

AngHuat Bin.2001. Konsep Dan Kaedah Pengajaran Dengan Penekanan Pendidikan Inklusif. Utusan Publication&Distributions Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Ee Ah Meng.1999. Pedagogi 2 Perlaksanaan Pengajaran. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Mok Soon Sang. 2004. Ilmu Pendidikan Untuk Krusus Perguruan Lepas Ijazah. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Mok Soon Sang.2006. Nota Pengurusan Pengajaran-Pembelajaran. Multimedia-ES ResourcesSdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Mohd Dahlan Mohd Ramli dan Mohd Kasim Ismail (Simulasi), 1992, Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Raminah Sabran & Rahim Syam (1985) "Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia", Fajar Bakti, Petaling Jaya.

http://btpnperak.moe.edu.my/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=93: kaedah-pembelajaran-simulasi&catid=57:artikel-pendidikan&Itemid=86

http://members.tripod.com/jpn_sem3/publish/Kae_tek.htm

http://pomizipedagogy.wordpress.com/kaedah/simulasi/

__________________________________________________________________________________