Anda di halaman 1dari 20

HBAE 1403 MENGGAMBAR MEI 2013

NAME

Chen Yuk Lan @ Chen Ynuk Ming

MATRIC NUMBER IC NUMBER

: :

690611125816001 690611125816

TELEPHONE NUMBER

0138810090

E-MAIL ADDRESS

chenyl0090@hotmail.my

TUTORS NAME

Yaakob Bin Hj. Atan

LEARNING CENTRE

Tawau Learning Centre

1.0 PENGENALAN Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai tiga tugas utama iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan tugas kemasyarakatan (sivic mission). Secara umumnya, tugas profesional seorang guru adalah berkaitan dengan logika dan estetika, manakala tugas kedua dan ketiga pula berkaitan dengan etika. Tugas-tugas profesional seorang guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai lain yang belum diketahui anak didik dan sewajarnya diketahui oleh mereka. Tugas manusiawi pula adalah tugas-tugas mendidik anak murid agar menjadi manusia yang berguna kelak. Tugastugas manusiawi itu termasuklah transformasi diri dan pencarian identiti. Tugas kemasyarakatan pula merupakan konsekuensi guru sebagai warganegara yang baik serta melaksanakan tanggungjawab yang telah digariskan oleh bangsa dan negara. Hal ini sejajar dengan gelaran jurutera masyarakat yang diberikan kepada golongan pendidik dewasa ini.

1.1

Peranan Guru Pendidikan Seni

i. Guru Sebagai Pembimbing Antara lain, guru Pendidikan Seni Visual berperanan sebagai pembimbing dalam pengalaman belajar. Setiap guru seni berperanan memberikan pengetahun baru kepada murid mengenai seni, menambah baik pengalaman sedia ada serta mencungkil bakat dan memupuk minat murid terhadap mata pelajaran Seni Visual. Proses bimbingan (fasilitasi) berlaku apabila ia dijalankan didalam kumpulan di mana peserta digalakkan mengambil tanggungjawab di dalam hasil

pembelajarannya (Van Maurik, 1994). Menurut beliau juga, peranan guru adalah untuk mewujudkan kelas yang bersifat interaksi kolaboratif dikalangan pelajar. Sebagai pembimbing, seseorang guru itu perlu peka terhadap tingkah laku dan perkembangan spiritual murid dalam P & P Seni Visual. Sebagai contoh, jika seorang guru itu ingin mengajar murid-muridnya melukis pemandangan di tepi pantai, guru tersebut perlu mengetahui pengetahuan sedia ada murid-murid mengenai suasana di tepi pantai. Kemudian, guru perlu membimbing muridmurid melukis gambar tersebut dengan memberikan input-input baru mengenai perkara tersebut.

Seterusnya, murid-murid akan melaksanakan tugasan tersebut dengan bimbingan guru. Seorang guru yang berperanan sebagai pembimbing perlu mempunyai sikapsikap berikut untuk membimbing murid-murid dalam P & P Pendidikan Seni Visual: a. Bersopan santun b. Menghormati pandangan murid c. Peramah d. Jujur e. Prihatin Bimbingan dan dorongan guru akan membantu murid-murid memahami dengan lebih jelas mengenai sesuatu konsep seni visual. Selain itu pembelajaran secara bimbingan akan memupuk nilai instrumental seperti berdikari, rasional, berani dan bersemangat semasa menghasilkan karya seni visual.

1.2

Guru Sebagai Pemudah Cara

Sebagai seorang guru seni yang cermerlang, kita perlulah mengambil kira kaedah penyampaian ilmu yang berkesan dan mudah untuk difahami oleh muridmurid. Menurut Joyce, B., & Weil, M., (2003), hasil pengajaran yang paling penting sekali mungkin adalah meningkatkan kebolehan murid-murid untuk belajar dengan lebih mudah dan berkesan kelak akibat perolehan pengetahuan dan kemahiran serta pengusaan proses pembelajaran. Hal ini bermaksud, pembelajaran yang mudah akan memberi kesan yang lebih mendalam dan mudah difahami oleh murid. Bagaimana untuk mewujudkan pembelajaran yang mudah dan berkesan? Dalam proses P & P Seni Visual, guru perlulah berperanan sebagai pemudah cara. Sebagai contoh, sekiranya guru mahu mengajar murid membuat kain rentang bagi menyambut hari merdeka. Seperti yang kita ketahui, kreativiti murid sekolah rendah masih di tahap sederhana. Bagi menyempurnakan tugasan ini, agak sukar sekiranya guru tidak memberi bantuan yang sewajarnya. Justeru, bagi peringkat permulaan ini, guru perlu bertindak sebagai pemudah cara. Guru boleh menyeidakan wording yang sesuai untuk membuat kain rentang tersebut. Murid-murid hanya perlu menekap huruf-huruf yang telah disediakan oleh guru. Dengan cara ini, murid-murid akan berasa mudah untuk menguasai kemahiran asas membuat kain rentang.

1.3

Guru Sebagai Motivator

Pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah bergantung kepada kebolehan guru untuk mengekalkan minat pelajar (Erickson, 1978). Pendapat ini dikemukakan oleh seorang tokoh yang tidak asing lagi dalam kajian dunia pendidikan. Apakah kebolehan yang dimaksudkan oleh tokoh tersebut? Kebolehan yang dimaksudkan merujuk kepada kebolehan seseorang guru memotivasikan murid-murid yang diajar. Dalam P & P Seni Visual, guru perlu berperanan sebagai motivator untuk memupuk minat mereka terhadap isi pelajaran yang disampaikan dan persepsi mereka tentang kepentingan dan kegunaannya dalam kehidupan seharian. Selain itu, motivasi guru juga dapat meningkatkan keyakinan diri murid dan memupuk perasaan ingin membuat yang terbaik dalam penghasilan karya seni. Bagaimanakah seorang guru seni dapat memotivasikan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Seni Visual: a. Memberi komentar yang positif. b. Wujudkan persaingan yang positif dan kerjasama di kalangan murid. c. Memilih alat dan bahan: Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual. d. Masa: Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa yang cukup untuk berfikir, membuat eksperimentasi, dan meneroka. e. Rangsangan: Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan, Pameran hasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak lagi hasil karya seni visual. f. Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel: Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka seharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan cadangan daripada murid. g. Hormat-menghormati: Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati murid dan menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan. h. Memberikan Galakan dan Motivasi: Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dan tidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya. i. Penghargaan: Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmen yang mereka berikan di dalam kelas.

2.0 2.1

PROSES ARTISTIK MENGGUNAKAN KEADAH APRESIASI SENI Pengenalan

Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan subject matter serta gaya dan stail mereka .Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspekaspek kognitif. Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif.

2.1

TEKNIK, BAHAN DAN TEMA

2.1.1 Menggambar Bidang menggambar adalah satu bidang yang mementingkan perkembangan persepsi dan kemahiran murid. Kegiatan yang dicadangkan untuk membuat gambar ialah seperti lukisan, catan, cetakan, kolaj, montaj, gosokan, resis, percikan dan mozek. Mengggambar adalah satu representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi. Menggambar mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan ke atas permukaan rata. Menggambar adalah satu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang. Alatan, media dan teknik yang digunakan dalam bidang menggambar menghasilkan hasil kerja seni bermutu dan menarik perhatian ramai. Bidang menggambar mempunyai hasil pembelajaran yang berbeza mengikut tahap umur murid. Aras pengetahuan murid dalam aktiviti seni boleh dikategorikan mengikut aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisa, sintesis dan penilaian. Perbincangan mengenai hasil kerja seni dilihat melalui empat cara iaitu peringkat penerangan, analisis, intepritasi dan penilaian. Aktiviti menggambar adalah satu cara bagaimana seseorang boleh berkomunikasi dengan orang lain, dapat meluahkan perasaan dan menilai sesuatu hasil seni dari aspek estetik.

2.1.2 Gosokan Gosokan adalah satu proses pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan yang lain dengan cara menggosok di atas permukaan yang hendak dipindahkan. Aktiviti gosokan dapat memperkembangkan deria lihat terhadap alam sekitar, meluahkan bebagai perasaan dan menghasilkan berbagai jalinan. Alatan dan bahan yang digunakan dalam aktiviti membuat gosokan boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu alatan dari alam semulajadi dan alatan dari benda buatan manusia. Penggunaan pensil dan pensil warna akan memberikan kesan jalinan yang halus. Jalinan yang dihasilkan daripada kapur dan pastel adalah bahan rapuh dan tidak kekal lama. Krayon memberikan kesan tebal dan nyata apabila diaplikasikan ke atas jalinan. Penggunaan arang dalam aktiviti gosokan akan menghasilkan jalinan yang mudah rosak. Hasil jalinan dari aktiviti gosokan boleh disimpan dengan baik apabila menggunakan semburan pemati warna ke atas jalinan tersebut. Teknik gosokan yang pelbagai akan menghasilkan kesan jalinan yang menarik. Penentuan tema sebelum pengajaran dan pembelajaran amat penting untuk menghasilkan kerja yang baik.

2.1.3 Catan Catan adalah satu proses gambaran pemikiran secara nyata. Dihasilkan melalui sapuan warna-warna basah ke atas satu permukaan rata. Adalah satu hasil kerja estetik dipersembahkan secara 2D. Catan adalah salah satu cabang seni menggambar yang banyak menggunakan warna sebagai bahan untuk menghasilkan gambar. Perkara yang paling penting dalam proses mewarna ialah kawalan kepekatan campuran warna dan air. Warna poster mempunyai sifat legap dan tebal. Warna air bersifat lutsinar dan lembut. Cat akrilik sesuai dihasilkan di permukaan kanvas. Cat minyak perlu dicampur minyak linsid untuk mencairkan warna dan sesuai di permukaan kanvas. Cat tempera lebih bersifat lutsinar juga sesuai di atas kanvas. Cat gouache cepat kering manakala fresko sesuai digunakan di permukaan dinding/mural. Pemilihan tema atau tajuk penting sebelum memulakan proses mencatan. Berus yang berbagai jenis mempunyai fungsi yang tersendiri. Berbagai jenis teknik boleh digunakan untuk menghasilkan catan. Warna asas terdiri daripada tiga warna. Warna

sekunder ialah hasil campuran dua warna asas. Warna tertier adalah campuran warna asas dengan warna sekunder. Warna monokrom dihasilkan dengan campuran warna putih atau hitam. Warna penggenap adalah warna yang bertentangan dalam roda warna. Warna harmoni terdiri dari beberapa warna yang terletak bersebelahan dalam roda warna. Ton warna ialah nilai cahaya yang wujud hasil dari warna gelap atau terang pada sesuatu objek. Kroma warna ialah campuran warna penggenap dalam roda warna dengan intensiti yang berbeza. Warna natural atau pastel ialah warna persekitaran yang tidak terdapat dalam warna asas, sekunder atau tertier. Warna boleh diterjemahkan dalam pelbagai perspektif iaitu dari sudut budaya setempat, segi psikologi, aspek asas senireka, situasi tertentu dan simbol. Menghargai sesuatu hasil seni dapat berkomunikasi dan dapat menyuarakan isi hati.

2.1.4 Kolaj Kolaj ialah satu komposisi artistik yang mengandungi berbagai imej. Kolaj dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, menindih bahan-bahan di atas permukaan rata. Antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahan-bahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik. Pelekatpelekat dan alatan yang digunakan dalam menghasilkan kolaj mempunyai kegunaannya yang tersendiri. Berbagai jenis permukaan boleh digunakan dalam menghasilkan kolaj bergantung kepada jenis bahan-bahan yang hendak digunakan. Teknik-teknik yang berbagai dalam kolaj mempunyai kesan yang berlainan pada setiap kolaj yang dihasilkan. Sebelum mengaplikasikan alatan dan media pada kolaj perlu fikirkan tema terlebih dahulu. Tema, alatan, bahan dan media perlu disesuaikan dengan tahap umur murid. Langkah permulaan menghasilkan kolaj ialah dengan membuat lakaran untuk mendapatkan idea atau tema. Penekanan terhadap warna pada latar belakang, rupa, bentuk, ruang, yang berkaitan dengan tajuk perlu diutamakan semasa menghasilkan kolaj. Langkah terakhir yang sangat penting dan perlu dititikberatkan ialah memperlihatkan kejadian sebenar.

Aktiviti kolaj banyak melibatkan koordinasi tangan dan mata, ketekunan dan perasaan individu. Dalam aktiviti kolaj, guru harus menyesuaikan tahap umur muridmurid dengan aktiviti kolaj yang hendak dijalankan. Tahap keupayaan murid boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu tahap manipulatif, tahap simbolik, dan tahap realistik. Tahap manipulatif ialah tahap di mana murid suka meneroka, mencari bukti dan mendapatkan keseronokan. Tahap simbolik ialah tahap di mana murid boleh menjalani eksperimen mudah dan suka terhadap sesuatu benda. Tahap realistik ialah tahap di mana murid berada di peringkat matang dan boleh meluahkan perasaan melalui hasil kerja mereka.

2.1.5 Resis Resis ialah satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna basah dan contengan lilin. Lilin yang digunakan dalam aktiviti resis menjadi pelindung kepada warna asal atau terdahulu yang terdapat pada permukaan kertas. Lilin dalam aktiviti resis bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di atas permukaan kertas. Teknik tindihan lilin keatas lilin yang lain boleh dijalankan dalam aktiviti resis. Teknik resis membolehkan murid meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan bahan dalam kegiatan menggambar. Teknik resis adalah satu hasil kerja yang unik kerana ia menggunakan lilin sebagai menggantikan alatan biasa yang digunakan. Gabungan warna-warna air dan lilin digunakan dalam proses menghasilkan resis. Warna tempera bertindak sebagai lilin dalam aktiviti menghasilkan resis. Resis dari kertas lilin ialah satu perpindahan lilin yang terdapat kertas tersebut ke permukaan kertas dengan menggunakan teknik tekanan garisan. Teknik renyukan digunakan dalam proses aktiviti resis batik kertas. Perekat getah bertindak sebagai lilin dalam aktiviti resis. Resis secara positif dan negatif menggunakan kapur putih dan lilin dalam proses menghasilkan resis. Resis dengan menggunakan kain menggunakan canting untuk membuat garisan lilin pada corak batik. Sodium silikat digunakan dalam resis batik kain untuk mengekalkan warna yang terdapat pada kain tersebut. Rendaman soda ash dalam air panas bertindak untuk membuang lilin yang terdapat pada permukaan kain

tersebut. Terdapat empat cara pendekatan dalam membuat kritikan seni iaitu pendekatan induktif, deduktif, empati dan interaktif.

2.1.6 Cetakan Cetakan ialah satu proses hasil kerja seni yang diulang dan dicipta dalam bentuk edisi dengan menggunakan dakwat. Cetakan dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan. Cetakan juga boleh terjadi melalui proses menggambar dan mencorak yang dilakukan dengan cara memotong permukaan plat dengan dakwat. Cetakan adalah satu proses penerapan blok ke atas permukaan rata. Alat dan media cetakan boleh dikategorikan kepada tiga bahagian seperti alam semulajadi, alam benda dan bahan terbuang. Jenis cetakan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu tahap pengenalan, pertengahan dan tahap lanjutan. Teknik bayangan gelap, teknik bayangan putih, teknik luar gelap dan teknik luar putih adalah diantara teknik cetakan yang popular dihasilkan. Teknik cetakan mono, teknik cetakan timbul, (blok kayu dan lino) boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Pemilihan dalam menggunakan teknik-teknik cetakan yang sesuai perlu diambilkira terhadap tahap kecerdasan murid terlebih dahulu. Tema dan tajuk cetakan yang berbagai-bagai perlu disesuaikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti cetakan di peringkat pengenalan merujuk kepada pendekatan cara mudah dihasilkan. Aktiviti cetakan di peringkat pertengahan merujuk kepada pendekatan penyelesaian masalah. Hasil karya boleh dinilai, dikritik dan dihargai berdasarkan dari beberapa sudut iaitu sudut diskripsi, analisa, interpretasi dan penilaian.

2.1.7 Montaj Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari berbagai sumber atau sumber yang sama. Aktiviti montaj menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum. Teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) digunakan dalam aktiviti montaj. Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej baru.

Teknik

superimpose,

image

editing

photography

digunakan

dengan

menggunakan komputer dalam menghasilkan montaj. Alat, media dan teknik untuk menghasilkan montaj perlu disesuaikan dengan kemudahan yang ada. Aktiviti montaj boleh digabungkan dengan aktiviti catan, kolaj dan mozek. Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema lanskap, alam benda, figura dan corak huruf. Montaj yang berkualiti menggabungkan unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan dalam hasil kerja. Subjek matter yang diguna dalam montaj boleh diulang untuk mendapatkan kesan keseragaman. Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj untuk menarik perhatian pemerhati. Garisan grid yang digunakan dalam montaj adalah sebagai rangka panduan untuk mereka letak subjek dalam sesebuah gubahan. Aktiviti montaj yang menggunakan image editing software dapat menarik minat murid menghasilkan montaj.

2.1.8 Percikan Percikan diistilahkan sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakan ke sana sini setelah warna tersebut jatuh ke atas permukaan. Percikan dihasilkan dengan cara mendetik, merenjis, mengetuk, menyembur dan memercik. Alatan penting yang digunakan untuk menghasilkan percikan ialah berus dari berbagai jenis, warna-warna basah dan kertas. Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau marble yang menarik. Teknik renjisan yang sama akan menghasilkan percikan yang kemas. Percikan biasanya dihasilkan secara tidak sengaja dan bebas. Percikan boleh dihasilkan ke atas permukaan kertas yang telah diwarna dengan warna basah terlebih dahulu. Percikan boleh dihasilkan dengan menggunakan berbagai jenis warna. Percikan boleh diulang ke atas permukaan yang sama. Percikan yang halus dan seragam boleh diaplikasikan dalam teknik semburan. Percikan menggunakan penggelek adalah satu aktiviti yang rumit dan tidak terkawal. Percikan dengan jari akan menghasilkan percikan yang tidak sekata. Percikan dengan tumbuh-tumbuhan boleh juga dijalankan. Pita pelekat dan surat khabar bertindak sebagai alat untuk mengelakkan lebihan percikan terjadi ke atas permukaan yang tidak diingini.

Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah lanskap, tumbuh-tumbuhan, corak, kad ucapan, setem dan catan. Apresiasi seni yang dijalankan di sekolah rendah haruslah dijalankan secara konkrit dan skop yang terhad. Perbincangan yang hendak dijalankan oleh guru dan murid-murid haruslah menarik minat murid. Perbincangan secara berkumpulan dan membuat pameran di bilik darjah daripada hasil kerja yang dibuat adalah aktiviti yang sangat penting. Perbincangan dan pendedahan tentang sesuatu hasil karya seni dilihat dari sudut perspektif, cadangan-cadangan dan idea-idea dikatakan telah memahami nilai estetik. Perbincangan secara berkumpulan dianggap pencetus kepada pemikiran kritikal dianggap sebagai satu teknik pembelajaran yang bermakna. Pameran hasil kerja adalah satu cara membina penghormatan diri dan penerimaan sikap yang positif. Guru harus peka terhadap persepsi yang dikemukakan oleh murid tentang sesuatu hasilkerja dari aspek budaya, fungsi, perasaan, keaslian, kreativiti, teknik penghasilan, tujuan dan objektif.

2.1.9 Mozek Satu hasil kerja seni menggambar yang dihasilkan dengan menyusun bahan-bahan tertentu di atas permukaan rata. Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun bahan secara bersebelahan dan rapat tetapi masih meninggalkan ruang latar. Bahan-bahan yang digunakan adalah dari bahan semula jadi atau buatan manusia mengikut kesesuaian tahap murid dan jenis kelas yang hendak diajar. Orang Greek, Roman dan Kristian mula-mula seni menggambar menggunakan teknik mozek. Aktiviti mozek boleh dijalankan sebagai aktiviti dalam seni menggambar di dalam sekolah dan pada bangunan-bangunan di luar sekolah. Setiap teknik dalam aktiviti mempunyai perbezaan dari segi penggunaan alatan, bahan dan media. Potongan kertas boleh dijalankan dengan berbagai bentuk dan tidak terhad kepada satu bentuk sahaja dan tips untuk mengangkat cebisan kertas dengan mudah ialah dengan cara meletakkan sedikit gam pada penghujung alatan tersebut. Penyesuaian warna untuk mozek perlu dibuat dengan teliti untuk menampakkan prinsip kontra pada objek yang dihasilkan. Teknik mozek timbul (relief) lebih sesuai

menggunakan bahan-bahan timbul. Semburan lutsinar ke atas permukaan hasil kerja mozek menjadikan mozek lebih menarik. Bahan-bahan yang dilekatkan untuk menghasilkan mozek boleh di campur. Teknik mozek catan ialah satu-satunya teknik yang tidak memerlukan bahan untuk menampal. Penggunaan linguistik dan ekspresi visual penting dalam menilai sesuatu hasil kerja seni. Kemahiran kritis dan kreatif boleh dikembangkan bersama-sama aktiviti seni.

2.4

PENILAIAN GURU PSV

2.4.1 Pengenalan Karya yang dihasilkan oleh murid-murid mempunyai harganya yang tersendiri. Oleh itu setiap karya perlu ada apresiasi ataupun komen berbentuk pujian atas usaha yang dilakukan oleh murid untuk menghasilkan 'masterpiece' mereka. Penilaian dalam Pendidikan Seni Visual bukan hanya melibatkan pengujian dan pengukuran tetapi penilaian secara keseluruhan. Penilaian secara keseluruhan membolehkan murid mengabungkan kefahaman mereka kepada aspek kognitif, psikomotor dan afektif. Secara tidak langsung, ia menitikberatkan fokus kepada perbuatan murid yang mencungkil kemahiran berfikir serta melahirkan murid yang mampu membuat keputusan.

Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf. Ianya juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasilhasil lain berdasarkan persepsi visual. Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-kerja orang lain di mana kita dapat membentuk keyakinan dan kefahaman penghargaan terhadap bidang seni.

2.4.2 Kaedah Melihat Seni Kaedah-kaedah melihat seni terdiri daripada kaedah (i) Hedonistic, (ii)

Kontekstualistik, (iii) Organistik, (iv) Normistik dan (v) Elektik.

i. Kaedah hedonistic Kaedah ini hanya satu luahann perasaan secara spontan seperti kesukaan, pernyataan perasaan, gemar, menarik dan benci. Penilaian dibuat secara serta merta iaitu suka/tidak, tertarik/tidak dan pernyataan spontan. Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi menyatakan kaedah ini tidak diterjemahkan oleh otak (pemikiran) Cuma berdasarkan maklumat kendiri. Ianya tidak dapat di ukur bilangan sebenar dan terdapat pelgabai citarasa.

ii. Kaedah kontekstualistik Kaedah ini lebih praktikat di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah, sistematik dan kefahaman serta kejelasan. Ianya berkait dengan pengetahuan sejarah, falsafah dan prinsip rekaan. Lebih rujuk kepada perincian/spesifikasi dari aspek persoalan fahaman, rentak pengkaryaan, interaksi pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai karya. Ianya akan menyediakan pengetahuan mantap dalam pengamata karya, kefahaman konsep, kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu pendekatan yang menarik oleh pemerhati.

iii. Kaedah organistik Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu sistem yang teratur dan terancang. Penilaian dibuat serata melihat konteks seni secara harmoni, menentuh intuisi dan menyenangkan. Penekanan kriteria kapada aspek tata letak, tata atur, ruang dan penataan cahaya. Ini akan dapat membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan, unsur-unsur seni , imbangan, perulangan, kesinambungan serta kepelbagaian.

iv. Kaedah normistik Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilai masyarakat, agama dan budaya. Ia seakan-akan ada kaitan dengan pendekatan diri

kepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsure sensasi. Cntohnya lukisan agama Kristian yang berkaitan unsur ikonografi, naratif dan nilai-nilai akhlak. Kaedah ini menolak peradaban moden di mana pelukis telah melampaui batas yang dibenar dalam budaya dan agama.

v. Kaedah elektik Kaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistic, ianya aalah gabungan persepsi penilai seni tentang tanggapan positif dan negatif. kriteria penilai menekankan unsur asas prinsip, struktur organisasi dan alat dan bahan. Kaedah ini untuk pemerhatian secara rawak, tidak menjurus kepada aspek kronologinya. Wajaran hanya secara baik, sederhana dan kurang baik.

2.4.3 Proses Apresiasi Seni Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar pendidikan seni mengenai proses apresiasi Feldman (1967) dan smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap iaitu (i) Menggambarkan, (ii) Menganalisa, (iii) Tafsiran dan (iv) Penilaian

(i) Menggambarkan Mengamati hasil seni dan menggambarkab sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur

(ii) Menganalisa Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsure-unsur seni, prinsip dan stuktur. Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana. Menghauraikan stail sesuatu karya.

(iii) Tafsiran Mencari makna-makna yang tedapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, symbol, unsure-unsur seni, prinsip, strktur, corak dan bahan. Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut.

(iv) Penilaian Membuat penilaian berdasarkan kepada criteria yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi. Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya dari segi individu, social, keaagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniaannya.

2.4.4 Aspek Nilai Melalui Apresiasi Seni Ianya akan dapat menanam dan memupuk nilai-nilai murni seperti saling faham memahami, ramah mesra, menghargai hasilan seni, sayang kepada alam sekeliling, cinta kepada Negara, kebersihan dan kesabaran, tekun, kesungguhan, berterima kasih, boleh membuat pertimbangan, peka kepada isu-isu sosial dalam masyarakat, bersemangat patriotik, berusaha dan produktif serta berfikiran positif.

3.0

MAKLUMAT SOROTAN Hasil Lukisan Kanak-Kanak

Hasil Seni: Mohd Zulkifli Bin Zulhalip, 5 Zamrud, SK Bugaya Semporna Sabah Tarikh: 18 Jun 2013, 3.05pm

3.1

Ulasan Seni Kanak-Kanak

Semua kanak-kanak lahir dengan kecenderungan menconteng. Justeru, kanak- kanak adakalanya melukis apa yang mereka lihat di sekeliling persekitaran. Ada kanak-kanak yang memerhati persekitaran dengan lebih kritikal. Apabila mendalami hasil lukisan kanak-kanak ini, perhatikan warna yang dipilihnya. Pakar psikologi percaya, pemilihan warna dalam lukisan juga menjadi pengukur emosinya. Pada 1975, seorang profesor pendidikan seni di Universiti Pennsylvania State, Viktor Lowenfeld, memperkenalkan teori pembangunan artistik berdasarkan tahap kreativiti dan kognitif yang sistematik. Umumnya, setiap kanak-kanak yang sihat dan normal akan melalui setiap satu daripada fasa perkembangan. Merujuk kepada hasil seni di atas, kanak-kanak ini sedang berada dalam fasa realistik. Bermula pada usia sembilan tahun, lukisan yang terhasil adalah lebih teliti. Jika melukis pemandangan, ia lebih terperinci dan mampu melukis dalam perspektif jauh dan dekat. Mereka lebih sensitif jika ada yang mengkritik lukisan itu. Warna yang digunakan dalam setiap lakaran dan lukisan mereka mengandungi makna yang tersirat. Warna hitam dan merah mungkin menjelaskan isyarat dia berdepan masalah. Rona hitam selalunya menggambarkan tekanan, rasa tiada harapan atau tersekat. Merah merujuk kemarahan. Biru dan hijau adalah warna tenang. Warna kuning dan oren menandakan keceriaan. Apabila kanak-kanak melukis unsur menakutkan dan warna hitam, kanak- kanak itu sebenarnya berdepan masalah yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata. Berdasarkan lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak ini, ternyata kanakkanak ini mempunyai perasaan yang pelbagai ketika menghasilkannya. Pemilihan warna seperti kuning dan oren menggambarkan keceriaannya. Warna biru dan hijau pula menunjukkan ketenangan dan warna ini paling banyak digunakan. Sementara penggunaan warna merah menunjukkan kemarahan. Lukisan atau contengan kanak-kanak kecil ini lebih daripada sekadar kreativiti, sebaliknya itulah luahan isi hatinya. Menurut pakar psikologi, lukisan bukan hanya sekadar menjadi saluran kanak-kanak meluahkan perasaan tetapi pintu masuk kehidupan mereka. Malah, sejak sekian lamanya, lukisan dijadikan alat oleh pakar

psikologi untuk mendekati kanak-kanak bermasalah seperti mangsa dera, mangsa rogol atau kanak-kanak yang berdepan masalah autisme dan Sindrom Asperger. Menerusi lukisan, pakar psikologi mengenal pasti masalah dan isu yang melingkari kehidupan kanak-kanak. Setiap hasil seni kanak-kanak itu bercerita, menjadikan seni lukis dan kanak-kanak sangat intim. Lukisan juga menjadi medium kanak-kanak membina personaliti, memerhati persekitaran, penanda aras pembangunan intelektualnya, kemahiran komunikasi, selain boleh membantu diagnosis

ketidakupayaan dirinya dalam pembelajaran. Seni lukis juga cara mereka menterjemah apa yang dirasa dan dilihat.

Justeru, seni lukis sebagai terapi adalah cara efektif untuk kanak-kanak membentuk dan menjelaskan emosi. Ia juga alat paling berkuasa memberi kanak-kanak kebolehan untuk meluahkan pendapat, emosi, ketakutan dalam persekitaran yang selamat. Setiap hasil seni kanak-kanak itu bercerita.

4.0

KESIMPULAN

Penilaian seni dan kreativiti kanak-kanak perlu dilaksanakan merentasi bidang seperti pendidikan, seni dan psikologi. Melalui pembacaan, saya dapati penilaian secara keseluruhan membolehkan murid menggabungkan kefahaman mereka kepada aspek kogninif, psikomotor dan afektif. Penilaian dalam bidang seni visual juga menitikberatkan fokus kepada perbuatan murid yang mencungkil kemahiran berfikir serta melahirkan murid yang mampu membuat keputusan. Kaedah penilaian boleh dilakukan melalui pemerhatian, lisan atau interaksi dan juga penulisan. Pemerhatian boleh dilakukan ke atas hasil kerja murid, penguasaan kemahiran amali, perkembangan bakat murid, kemahiran sosial, melahiran emosi dan perasaan. Penilaian lisan boleh dijalankan melalui temubual, nyanyian, lakonan ataupun puisi. Penilaian penulisan boleh digunakan dengan menggunakan alat tulis dan kertas. Penilaian seni dan kreativiti kanak-kanak merentasi bidang pendidikan adalah penting kerana Seni dan kreatif bukan hanya wujud dalam mata pelajaran seni visual sahaja malahan berlaku di dalam mata pelajaran lain. Secara tidak langsung kreatif dan seni dalam diri masing-masing akan wujud semasa P&P berlaku. Penilaian seni dan kreatif kanak-kanak dalam bidang seni sememangnya perlu berdasarkan keperluan disiplin dalam seni visual, muzik dan pergerakan. Untuk berkreativiti bagi melahirkan insan yang celik seni dan berbudaya. Penilaian seni dan kreatif kanak-kanak dalam bidang psikologi berlaku dengan tujuan untuk menjadikan proses P&P berlaku dengan suasana yang menyeronokkan. Membeza dengan cara tradisional yang lebih tertumpu kepada penggunaan kapur dan papan tulis sahaja. pembelajaran tidak menjemukan malah lebih bersemangat. Hubungan sesama murid juga lebih mesra dengan adanya aktiviti permainan secara berkumpulan. Ini juga akan membentuk dan menyemai nilai-nilai murni di dalam diri masing-masing serta meningkatkan motivasi diri.

BIBLIOGRAFI 1. Boon Pong Ying & Ragbir Kaur. (1998). Psikologi II. Fajar Bakti Sdn.Bhd. Shah Alam. 2. Chapman, Laura, H. (1988). Approaches to Art in Education, Harcourt Brace Jovanovich Inc. New York 3. Christine Marme Thompson, (1995). The Visual Art and Early Childhood learning, The National Art Education, Association 1916 Association Drive, Reston Virginia. 4. Geoggry Petty.(1997). How to be better at Creativity. Kogan Page Limited. London. 5. Hassan Langgulung.(1997). Kreativiti Dan Pendidikan. Suatu Kajian Psikologi dan Falsafah. Dewan Bahasa dan Pustaka. 6. Lansing, Kenneth, M. (1971). Art, Artist and Art Education. NY. Mc Graw Hill Book Co. 7. Ramlah Jantan & Mahani Razali.(2002). Psikologi Pendidikan. Pendekatan Kontemporari. Universiti Pendidikan Sultan Idris. 8. Read, Herbert. (1996). (New Edition) Education Through Art, Faber and Faber, London. 9. Rod Taylor.(1986). Educating for Art. Critical response and development. Longman. Hong Kong. 10. Sharifah Alwiah Alsagoff. (1987). Psikologi Pendidikan 1. Konsep-konsep Asas Psikologi dan Psikologi Pendidikan, Psikologi Perkembangan. Longman.Selangor. 11. http://foowansee.blogspot.com/2012/10/teknik-teknik-menggambar.html 12. http://selangkahseni.blogspot.com/2012/02/karya-yang-dihasilkan-oleh-muridmurid.html 13. wanmohdaffendy.blogspot.com/2013/06/penilaian-seni-dan-kreativiti-kanak.html 14. http://fifapg9.blogspot.com/2010/07/luahan-emosi-anak.html

Anda mungkin juga menyukai