Anda di halaman 1dari 2

www.sagadbl.blogspot.

com

CREATED BY : CIKGU IRWAN

Nota Sains Tingkatan 3

Bab 7 - Elektrik
7.1 Elektrostatik 1. 2. 3. 4. 5. 6. cas elektrik yang statik/tidak tidak bergerak. Elektrostatik ialah kajian tentang cas-cas Cas elektrik ialah cas positif ositif(+) dan cas negatif(-). Neutral bermakna bilangan cas positif dan negatif adalah sama. Pemindahan cas berlaku apabila dua bahan digosok(pengecasan secara geseran). Cas yang terhasil dari geseran inilah Cas Elektrokstatik. Bahan neutral yang menerima elektron akan bercas negatif manakala yang kehilangan elektron akan bercas positif. 7. Contoh: plasti digosok osok dengan kain bulu, elektron dipindah dari kain bulu a. Apabila pembaris plastik ke pembaris. Oleh itu, pembaris akan bercas negatif dan kain bulu akan bercas positif.

8. Cas yang sama jenis akan menolak manakala cas yang berlainan jenis akan menarik(daya menarik elektrostatik). 9. Bahan yang bercas ini juga dapat menarik bahan yang neutral. 10. Cas elektrostatik boleh dikesan menggunakan elektroskop.

Gambar elektroskop
mr IRWAN@SMK Bukit Guntong Page 1

www.sagadbl.blogspot.com

CREATED BY : CIKGU IRWAN

11. Fenomena yang berkaitan dengan cas elektrostatik: a. Kilat- pemindahan cas berlaku antara awan dengan awan atau antara awan dengan bumi akan menghasilkan bunga api(kilat).

b. Pemetik api- digunakan untuk menyalakan penunu Bunsen. Gerakan elektrostatik yang kuat terbentuk di hujung pemetik dan bunga api terbentuk apabila cas melaluinya. c. Palam pencucuh- menghasilkan bunga api apabila enjin dihidupkan.

d. Kapal terbang- tercas apabila melalui udara dan awan, oleh itu tayar kapal terbang boleh mengalirkan cas ke bumi apabila mendarat. e. Lori tangki- tercas apabila bergeser dengan udara,oleh itu rantai besi dipasang bersentuhan dengan permukaan jalan untuk mengalirkan cas ke bumi. f. Konduktor kilat- pada bangunan tinggi untuk menghalang dari disambar petir dengan mengalirkan cas ke bumi.

mr IRWAN@SMK Bukit Guntong

Page 2