Anda di halaman 1dari 11

Punca Punca Dan Langkah Mengatasi Kemalangan Jalan Raya

Assalamualaikum. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berbahagia Tuan Pegawai Daerah Kubang Pasu, pegawai polis trafik, dan hadirin yang dihormati sekalian. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk menyampaikan ceramah dalam majlis ini. Tuan-tuan dan puan-puan, <!--[if !supportLineBreakNewLine]--> <!--[endif]--> Kes kemalangan jalan raya menjelang hari raya semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Pada tahun-tahun lepas kadar kemalangan jalan raya pada musim perayaan khususnya Hari Raya Aidilfitri tidak sebanyak pada tahun lepas. Terdapat banyak punca yang menyebabkan berlakunya peningkatan kes kemalangan jalan raya di negara kita. Antara punca utama kemalangan itu ialah kebanyakan pemandu tidak mempunyai lesen memandu. Sesetengah pemandu juga menggunakan lesen memandu yang palsu. Oleh itu, apabila tidak memiliki lesen yang sah, maka pemandu tersebut sudah semestinya tidak cekap dan tidak biasa memandu kenderaan. Hal ini akan mengakibatkan kemalangan. Setiap pemandu harus mempunyai lesen kenderaan kerana sebelum seseorang itu memperoleh lesen memandu, mereka telah didedahkan dengan teknik pemanduan yang betul. Malah apabila mereka lulus ujian pemanduan barulah mereka dianggap layak memandu kenderaan. Oleh itu seseorang yang masih tidak mempunyai lesen memandu dinasihatkan agar tidak memandu kenderaan di jalan raya. Selain itu, kebanyakan kes kemalangan jalan raya juga berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan itu sendiri. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk. Biasanya keadaan mengantuk ini berlaku ketika tengah hari dan sebelah malam. Mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk besar kemungkinan terlelap seketika semasa memandu. Seterusnya mengakibatkan kenderaan mereka terbabas ataupun melanggar kenderaan lain pada arah yang bertentangan. Saya amat berharap agar para pemandu memastikan mereka tidak mengantuk semasa memandu kenderaan mereka. Sekiranya pemandu mengantuk mereka dinasihatkan supaya berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan. Para hadirin sekalian, Kemalangan juga boleh berlaku apabila pemandu dalam keadaan mabuk. Kemampuan pemandu untuk mengawal kenderaan mereka akan menjadi berkurangan apabila mereka mabuk. Hal ini kerana mereka memandu dalam keadaan berkhayal. Kenderaan yang dipandu mungkin akan membelok ke kiri dan ke kanan sehingga menyebabkan kemalangan. Lebih malang lagi jika kecuaian pemandu ini melibatkan kemalangan kepada pihak lain. Saya juga berpesan kepada semua hadirin agar tidak sekali-kali memandu dalam keadaan mabuk. Ia bukan sahaja membahayakan nyawa anda malahan pengguna jalan raya yang lain. Kita seharusnya memandu kenderaan yang sempurna sifatnya. Sebelum memandu kenderaan, kita mesti memeriksa kenderaan kita supaya selamat untuk dipandu. Contohnya, keadaan

minyak hitam, brek, bateri, air, dan lampu berada dalam keadaan baik. Terdapat pemandu yang tidak menghiraukan masalah ini. Mereka mengabaikan kesempurnaan kereta mereka. Contohnya, mereka tidak mengganti tayar yang haus. Apabila tayar kita sudah haus, sudah tentu daya cengkaman kenderaan itu akan berkurangan. Hal ini lebih membahayakan ketika hujan kerana sewaktu hujan, cengkaman tayar dengan jalan raya semakin berkurangan. Jelas di sini, tayar yang haus boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Tuan-tuan dan puan-puan, <!--[if !supportLineBreakNewLine]--> <!--[endif]--> Bagi mengatasi masalah ini, pihak polis trafik telah mengadakan pelbagai usaha bagi mengurangkan lagi kadar kemalangan jalan raya. Usaha yang dilakukan nampaknya masih kurang berkesan. Pihak kami sering mengadakan kempen keselamatan jalan raya terutama sempena sambutan hari raya. Hal ini kerana kami telah mendapat maklumat bahawa kejadian kemalangan jalan raya semasa musim perayaan meningkat dengan mendadak berbanding harihari lain. Hal ini kerana semua rakyat di Malaysia akan melakukan perjalanan jauh sarna ada pulang ke kampung ataupun pergi melancong. Kempen-kempen yang dilakukan tertumpu di jalan-jalan utama di seluruh negara. Melalui kempen ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran kepada pengguna jalan raya. Pada tahun lepas, Menteri Besar Kedah telah menyertai kempen keselamatan jalan raya. Kempen ini telah diadakan di lebuh raya Bukit Kayu Hitam-Sungai Petani. Ketika beliau berucap, beliau telah menekankan kesedaran kepada para pemandu agar memandu kenderaan mereka dengan cermat. Malah beliau juga turut memberikan baju keselamatan kepada penunggang motosikal. Kempen ini sekurang-kurangnya berjaya memberikan sedikit pengetahuan kepada pengguna jalan raya. Pihak polis trafik juga telah memasang kamera perangkap kelajuan. Kami telah memasangnya di tempat-tempat yang strategik iaitu kawasan yang biasanya dipandu laju oleh pemilik kenderaan. Jika mereka memandu dengan kelajuan melebihi 110 km sejam, justeru kamera perangkap kelajuan ini akan merakam gambar kereta dan pemandunya. Selepas disemak oleh pegawai kami, dan didapati mereka telah melanggar had kelajuan yang dibenarkan, pihak kami akan menghantar surat sama kepada pemiliknya. Cara ini telah dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama di Lebuh Raya Utara-Selatan. <!--[if !supportLineBreakNewLine]--> <!--[endif]--> Tuan-tuan dan puan-puan, Pasukan polis trafik bertugas selama 24 jam di sekitar jalan raya utama di negara ini. Mereka akan memastikan agar pemandu tidak membawa kenderaan mereka dengan laju atau secara berbahaya. Jika para pemandu memandu kenderaan mereka dengan laju, mereka boleh disaman ataupun kenderaan mereka boleh ditahan. Banyak saman telah dikeluarkan oleh pasukan polis trafik melalui cara sebegini terutamanya di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan di Johor Bahru. Jelaslah bahawa kemalangan jalan raya sebenarnya berpunca daripada sikap pemandu itu sendiri. Seandainya pemandu itu berhati-hati ketika memandu maka kemalangan jalan raya

dapat dikurangkan. Tetapi seandainya pemandu itu masih lagi berdegil dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya justeru kadar kemalangan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Oleh itu saya berharap agar setiap yang hadir ini menyedari pentingnya kita berhemah semasa memandu di jalan raya. Saya juga berharap perkara ini dapat disebarkan kepada orang lain yang tidak menghadiri majlis ini. Sebelum saya mengundurkan diri besarlah harapan saya agar kemalangan jalan raya di negara ini dapat dikurangkan. Sekian, terima kasih.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEMALANGAN JALAN RAYA


Salah laku Salah laku jalan raya bermaksud tindak tanduk pengguna jalan raya yang salah, dan mungkin membawa kepada kemalangan jalan raya. Dalam konteks etika salah laku jalan raya biasanya berkait dengan sikap pengguna jalan raya dan bukan kemahiran pengguna jalan raya itu sendiri. Salah laku jalan raya merupakan sesuatu yang mengancam keselamatan jalan raya. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa faktor manusia merupakan faktor tunggal dalam 57% daripada kemalangan jalan raya. Daripda itu, masalah ini haruslah diberi perhatian daripada pelbagai pihak. Kecuaian memandu Kecuaian memandu bermaksud kelalaian atau ketidakberhati-hatian yang dilakukan semasa memandu. Perkara ini merupakan satu salah laku kerana perlakuan ini boleh menyebabkan kecelakaan kepada diri pemandu itu sendiri dan juga kepada pengguna jalan raya yang lain. Maka dari etika teleologi, perlakuan ini menepati kriteria sebagai satu kesalahan kerana ia membawa kepada lebih keburukkan daripada kebaikan Kecuaian memandu secara kasarnya berlaku daripada tiga punca, iaitu: * Tekanan jiwa * Memandu sambil buat kerja lain * Kemabukan Tekanan jiwa boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja memandu. Dalam keadaan ini, minda si pemandu itu mungkin dipenuhi oleh pemikiran mengenai masalah yang menrunsingkan sehinggakan si pemandu itu tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja memandu. Maka dengan itu, kemalangan jalan raya mungkin akan berlaku. Contohnya, seorang pemandu yang sedang runsing fikirannya mungkin tidak sedar bahawa kerata depannya sudah berhenti dan terus langgar. Di sini mungkin ada yang mengatakan bahawa orang yang mencetuskan kemalangan jalan raya atas sebab tekanan jiwa, seharusnya tidak perlu menanggung tanggungjawab moral, kerana ini kemalangan tidak berlaku atas niat pemandu itu sendiri. Pekara ini mungkin benar dari segi etika deontologi Kant. Tetapi dari sudut yang lain, si pemandu masih boleh dianggap bersalah kerana membiarkan dirinya memandu dalam keadaan tertekan dan berbahaya sehinggalah menyebabkan berlakunya kecelakaan. Di sini menunjukkan masih terdapat ruang untuk si pemandu untuk berusaha bagi mengelakkan berlakunya kemalangan. Malah, dalam kursus memandu itu sendiri telah dimaklumi bahawa harus mengelakkan memandu dalam keadaan tekanan jiwa. Memandu sambil buat kerja lain merupakan satu bentuk kecuaian memandu. Kerja-kerja yang

biasanya dibuat bersambil memandu termasuklah bersembang, makan, merokok, mendengar radio, membaca SMS, malah menulis SMS. Perlakuan ini adalah sangat bahaya terutama bagi perlakuan membaca dan menghantar SMS semasa memandu. Kerja-kerja di atas walaupun tidak memerlukan banyak penumpuan tetapi ini tidak bermaksud ia boleh dilakukan semasa memandu kerana ia sedikit sebanyak akan menjejaskan tumpuan pemandu. Memandu sebenar penuh dengan pekara luar dugaan. Contohnya, anda mungkin tidak dapat menduga bahawa terdapat sebuah kereta keluar daripada lorong tepi sehingga menghalang laluan anda. Sekiranya pekara ini berlaku semasa anda membaca SMS, maka kemungkinan besar anda akan terus langgar kereta itu. Alasan yang biasanya diberikan oleh pemandu untuk memandu sambil buat kerja lain termasuklah terlalu bosan, kesuntukkan masa dan kecemasan. Walaupun alasan-alasan ini mempunyai lojiknya sendiri tetapi perlakuan mereka ini tetap menyalahi prinsip moral. Pemberian alasan sedemikian sebenarnya menunjukkan bahawa terdapat masalah hirarki nilai dalam diri mereka. Dalam konteks ini, pemandu-pemandu tersebut tidak meletakkan nilai keselamatan di atas nilai-nilai yang lain. Contohnya bagi mereka yang memberi alasan kesuntukkan masa bagi memandu sambil bercakap telefon sebenarnya telah meletakkan nilai ekonomi di atas nilai keselamtan. Memandu dalam keadaan mabuk nyata satu kecuaian yang besar. Lebih-lebih lagi perlakuan ini adalah salah dari segi undang-undang. Perlakuan ini adalah sangat bahaya kerana orang yang mabuk tidak berakal malah tidak sedar diri. Pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk sebenarnya adalah salah dari segi moral kerana bersikap tidak bertanggungjawab. Di sini tiada banyak pertikaian mengenai tanggungjawab moral yang ditanggung oleh pemandu mabuk kerana ternyata mereka adalah salah. [sunting] Memandu secara terburu-buru Memandu secara terburu-buru bermaksud memandu dalam gaya yang cepat dan bergegasgegas. Pekara ini boleh ditafsir sebagai satu kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain dan boleh dihukum penjara hingga lima tahun atau denda minimum RM5,000 atau kedua-duanya. Pemandu yang suka akan akan gaya memandu sedemikian biasanya menghadapi masalah dalam keperibadian diri mereka. Keperibadian mereka sebenarnya telah tercemar oleh sikap buruk seperti di bawah: * Menunjuk-nunjuk * Kecetekan melayan nafsu sensasi * Tidak menghargai nyawa Semua pemandu yang memandu secara terburu-buru sebenarnya sedikit sebanyak mempunyai sikap menunjuk-nunjuk ini. Mereka adalah terlalu kagum dengan kemahiran memandu mereka sehinggakan tidak tertunggu-tunggu untuk diperlihatkan oleh orang ramai. Sikap ini terserlah juga dari segi kebiasaan mereka memasang muzik yang kuat semasa memandu serta kegemaran mereka mengubahsuai kereta kepada bentuk yang mongel. Perlakuan mereka seperti ini menunjukkan mereka tidak ternanti-nanti untuk meminta perhatian ramai.

Sikap menunjuk-nunjuk ini sebenarnya merupakan satu sifat kejahatan (vice). Ia sangat berkaitan dengan sifat-sifat keji seperti bongkak, sombong, angkuh dan pongah. Malah ia adalah sangat berlawanan dengan sikap kesopanan yang biasanya didukung oleh masyarakat timur seperti Malaysia. Cara memandu yang terburu-buru boleh mendatangkan keseronokkan dari segi sensasi. Adalah sukar menerangkan mengapa manusia itu menikmati kelajuan kenderaan. Tetapi agaknya rasa kegentingan itu satu kenikmatan bagi mereka yang memandu secara terburu-buru. Pekara ini perlu diselidik dengan lebih mendalam lagi secara psikologi. Oleh itu, kertas kerja ini tidak akan menerangkan pekara ini secara lebih mendalam. Pemandu-pemandu yang memandu secara terburu-buru sedikit sebanyak bertujuan untuk menikmati kelajuan. Pekara ini menunjukkan peribadi mereka mengahadapi kecetakkan dari segi melayan nafsu sensasi. Peribadi mereka dikatakan cetek kerana mereka mengejar keseronokan yang merupakan sensasi fizikal, selera kasar, tidak berpanjangan malahan dapat memudaratkan nyawa diri mereka serta pengguna jalan raya yang lain. Maka dari segi ini kita boleh mengatakkan bahawa sikap dan perlakuan mereka adalah tidak bermoral. Sikap tidak menghargai nyawa merupakan satu lagi sikap yang ditunjukkan oleh pemandu yang memandu secara terburu-buru. Walaupun tindakan mereka itu bukan bertujuan untuk membunuh orang, tetapi tindakan mereka itu tidak mempunyai sebarang nilai keselamatan. Dengan kata lain mereka tidak berniat membunuh tetapi pada masa yang sama juga tidak berniat untuk menyelamatkan nyawa. Mereka telah membiarkan nyawa manusia bergoyanggoyang antara hidup dan mati. Layanan mereka terhadap nyawa manusia secara demikian ternyata salah kerana nyawa manusia merupakan sesuatu yang harus dihargai dan dilindungi. Maka dari sudut ini, dapat dikatakan bahawa memandu secara terburu-buru merupakan satu salah laku dari segi etika. [sunting] Keganasan jalan raya Keganasan jalan raya merujuk kepada kegiatan mencederakan orang lain malah membunuh orang lain secara segaja dan sedar yang berlaku di antara pengguna jalan raya atas perselisihan yang berkaitan dengan masalah pengangkutan. Biasanya pemangsa dalam kes keganasan jalan raya dikenali sebagai samseng jalan. Pekara ini merupakan satu jenayah yang berat dan boleh membawa hukuman penjara, sebat malah hukuman bunuh.Contoh-contoh bagi kes keganasan jalan raya sejak 3 tahun lalu yang berlaku di Malaysia adalah seperti berikut: * Pada 8 April 2003 di Puchong seorang pemuda telah dibelasah kerana pihak berkenaan tidak puas hati akan tindakannya memotong kereta. * Pada 9 April 2003 di Gelang Patah, seorang pemuda telah diserang orang dengan pisau seni lukis kerana beliau nyaris terlanggar orang yang berkenaan. Untuk itu beliau telah mengalami kecederaan di bahagian lengan dan telah menerima rawatan jahitan luka sebanyak 100 jahitan. * Pada 25 Januari 2005, seorang AJK pemuda UMNO telah dibunuh oleh samseng jalan * Pada 13 Februari 2005, seorang pemuda dari Balakong nyaris membunuh orang kerana ia menyerang orang dengan penukul besi. * Pada 25 Februari 2005, seorang jurutera MAS telah diparang mati oleh seorang samseng jalan yang membawa kereta mewah.

Contoh-contoh di atas menunjukkan bahawa keganasan jalan raya sememangnya lumrah di negara Malaysia. Punca berlakunya keganasan jalan raya yang dapat dikesan sepanjang kajian ini adalah seperti berikut: * Tekanan jiwa * Kesedaran perlindungan diri yang melulu Menurut Pengerusi Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Aminuddin Mohd Yusof, tekanan akibat kesesakan jalan raya di bandar besar menjadi faktor penting yang melahirkan pembuli. Katanya, Kesesakan jalan raya menyebabkan pemandu menjadi tidak sabar, cepat marah, agresif dan tidak dapat mengawal perasaan apabila berlaku perkara tidak diingini walupun berpunca dari kemalangan kecil. Pendapat beliau ini disokong dengan fakta bahawa bahawa pada tahun 1995, terdapat 171 kes pembuli jalan raya yang dilaporkan kepada polis di Kuala Lumpur. Walau bagaimanpun, pendapat mengenai tekanan jiwa itu sebagi punca utama berlakunya keganasan jalan raya tidak pula dipersetujui oleh pakar Psikologi Kejenayahan, Encik Lok Jian Sin . Menurut beliau, tekanan jiwa seperti tekanan jiwa daripada perkerjaan dan kesesakkan jalan raya tidaklah merupakan punca berlakunya keganasan jalan raya. Sebaliknya beliau mengatakan bahawa kesedaran perlindungan diri yang melulu adalah punca utama berlakunya keganasan jalan raya. Dalam keadaan ini, orang bandar selalunya terlalu menjaga ruangan perlindungan (defensible space) sehingga ia terlalu sensitif akan sesiapa yang menembusinya. Maka pemandu-pemandu itu akan senang bereaksi ganas kerana terlalu ingin untuk melindungi diri. Selain itu keganasan jalan raya itu juga sangat berkaitan dengan sifat kejantanan dan sikap tunjuk kuasa yang ada pada kaum lelaki. Maka di sini kita boleh buat satu kesimpulan bahawa masalah keganasan jalan raya sebenarnya melibatkan masalah kebatinan yang agak rumit dan ini bukan satu masalah moral semata-mata.

PENINGKATAN KEMALANGAN JALAN RAYA


Kemalangan dan kematian di jalan raya sudah menjadi masalah negara yang menghantui kita setiap hari. Kemalangan jalan raya banyak berlaku pada musim perayaan khususnya bukan sahaja membawa kerugian kepada keluarga mangsa, tetapi kerugian modal insan yang besar kepada negara Setiap nyawa yang hilang akibat kemalangan jalan raya merupakan kerugian kepada negara kerana banyak wang dan perbelanjaan telah dikeluarkan ke atas mereka bagi tujuan persekolahan, peperiksaan, serta latihan pekerjaan dan akhirnya tidak dapat memberi sumbangan kepada negara akibat terlibat dalam kemalangan. Sebenarnya pelbagai program telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya pada musim perayaan. Ops Pacak, Ops Sikap, Ops Statik, penggunaan helikopter untuk memantau pergerakan kenderaan, pengedaran poster, kempen kesedaran serta penguatkuasaan dilakukan dan merupakan metodologi yang digunakan oleh pihak kerajaan untuk memastikan rakyat Malaysia sentiasa selamat ketika berada di jalan raya. Ops Sikap yang telah diadakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini adalah lebih bertumpu kepada sikap pengguna jalan raya yang menjadi faktor kemalangan dan peningkatan kadar kematian di jalan raya terutamanya pada musim perayaan. Namun, apa yang dilihat masih banyak jumlah kemalangan dicatatkan dan nahas jalan raya kini menjadi ancaman nombor satu di Malaysia yang semakin kritikal lebih-lebih lagi dengan penambahan jumlah kenderaan setiap tahun. Angka kematian bukan sahaja tidak pernah menurun malah pemandupemandu semakin rakus menjadikan jalan raya sebagai tempat untuk berlumba, selain mengambil kesempatan menguji kemampuan kenderaan masing-masingmemecut. Usaha untuk menjadikan kemalangan jalan raya sifar bukanlah impian pihak kerajaan sematamata tetapi setiap rakyat negara ini juga perlu menunjukkan usaha untuk mengurangkan berlakunya kemalangan disebabkan kecuaian. Memang Ops Sikap itu membantu kerana tanpa Ops Sikap, kita tidak dapat bayangkan betapa banyak lagi yang akan mati di atas jalan raya. Persoalannya takkan sehingga kita terpaksa mengharapkan Ops Sikap sepanjang tahun, tetapi pemandu itu sendiri tidak mahu mengubah sikap mereka sendiri. Slogan "Anda Mampu Mengubahnya" memang tepat sebagai peringatan kepada semua pengguna jalan raya. Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, situasi itu cukup sedih dan mengecewakan. Keadaan ini kerana setiap tahun kerajaan telah membelanjakan RM9 bilion untuk pelbagai kempen keselamatan. Kerugian yang dialami akibat kemalangan amat tinggi sekali. Kita dapati tiap-tiap tahun kerugian sampai RM9 billion meliputi kes insurans, kehilangan harta benda, dan lebih penting kehilangan kebolehan untuk cari pendapatan di masa hadapan. Peringatan "Berhati-hati di Jalan Raya", "Patuhi Had Laju", "Kelajuan Membunuh", dan slogan "Pandu, Tunggang dan Jalan Dengan Selamat" serta "Anda Mampu Mengubahnya" menyegarkan kembali ingatan pengguna jalan raya agar berhati-hati semasa berada di atas jalan raya. Namun realitinya, pengguna jalan raya di Malaysia masih lagi cuai, lalai dan lupa walau diberikan dengan pelbagai peringatan serta slogan di sepanjang jalan raya. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 31 Ogos yang lalu turut melahirkan rasa sedih dengan peningkatan jumlah kemalangan di jalan raya pada musim perayaan ini. Peningkatan yang berlaku terutama sekali di jalan negeri dan bandaran tidak sepatutnya berlaku kerana pelbagai kempen diadakan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai,

sehingga Jabatan Keselamatan Jalan Raya ditubuhkan bagi menangani perkara itu. Jumlah kes kemalangan jalan raya terutamanya yang melibatkan motosikal membimbangkan kerajaan. Kerajaan akan terus meneliti langkah terbaik bagi mengurangkan kadar kemalangan di negara ini dan meskipun langkah memperketatkan peraturan mungkin menerima bantahan banyak pihak. Pengguna jalan raya, kata beliau boleh menyalahkan jalan yang berlubang atau sempit sebagai punca kemalangan namun ia boleh dielakkan jika mereka berhati-hati dan tidak memandu laju. Justeru, Muhyiddin menasihati pengguna jalan raya agar lebih bertanggungjawab, menghargai nyawa, menghormati satu sama lain dan ingat kepada orang yang disayangi ketika memandu Pendidikan Keselamatan jalan raya (PPK1R) dapat membantu memberi kesedaran dan panda arah menjadi pemandu yang berhemah di peringkat yang lebih awal lagi berkesan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Berdasarkan itu, cawangan trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) memanjangkan idea pembinaannya yang dicetuskan Perdana Menteri dan diluluskan Kabinet ke jalan Persekutuan berdasarkan statistik kadar kemalangan yang agak tinggi di situ. Tidak dinafikan bahawa setiap kali Ops Sikap diadakan, tumpuan yang lebih diberikan kepada penunggang dan pembonceng motosikal kerana peratus kemalanganya sangat tinggi, iaitu sebanyak 60 peratus daripada keseluruhan jumlah kes kemalangan yang direkodkan. Lantaran itu, pihak kerajaan akan membina lorong khas motosikal dijalan-jalan Persekutuan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang banyak melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal. Perangkaan nahas jalan raya pada tahun lepas menunjukkan sebanyak 3,693 penunggang dan pembonceng motosikal meninggal dunia dengan jumlah kes kematian paling tinggi berlaku di jalan-jalan Persekutuan, iaitu sebanyak 1,316 kes. Kerajaan yakin dengan adanya lorong khas itu dapat mengurangkan kadar nahas di negara ini khususnya kes-kes kemalangan maut. Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan kemalangan terus meningkat setiap tahun dan pada musim perayaan tahun ini sahaja mencatatkan jumlah kemalangan adalah sebanyak 1609 kes kemalangan dan merupakan jumlah kemalangan yang paling tinggi dicatatkan sejak beberapa tahun yang lalu. Manakala keseluruhan jumlah kemalangan menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan kemalangan terus meningkat. Pada 2010 sebanyak 414,421 kemalangan direkodkan berbanding 397,330 kemalangan pada 2009. Selain usaha yang dilakukan pihak kerajaan mengekang kemalangan jalan raya, langkah yang paling tepat untuk dilaksanakan ialah melalui pendidikan mengenai kesedaran keselamatan. Kempen atau ops yang dilancarkan setakat ini bukan tidak berkesan tetapi, pemandu di Malaysia ini perlu diberikan pendidikan mengenai sikap dan tanggungjawab semasa memandu di jalan raya. Melalui pendidikan ini, sikap pemandu di Malaysia ini akan dapat untuk diterapkan dengan nilai-nilai baik seperti menghormati pemandu lain dan bersikap sabar semasa memandu. Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PPKJR) yang telah diperkenalkan di 7,601 sekolah rendah terpilih akan dapat membantu memberi kesedaran dan pandu arah untuk menjadi pemandu yang berhemah di peringkat yang lebih awal lagi. Begitu juga dengan terlaksananya program keselamatan jalan raya melalui komuniti yang membabitkan majikan, pemimpin, ahli politik, ketua agama, pendidik, badan profesional, sukarelawan dan belia juga diharapkan akan menjadi pemangkin bagi merealisasikan hasrat murni kerajaan dan seluruh warganegara.

Keselamatan kereta juga merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada berlakunya kemalangan. Justeru itu, setiap pemandu harus mengetahui serba sedikit mengenai komponen alat ganti kenderaan. Keadaan ini penting supaya mereka tidak menjadi mangsa penipuan terhadap barangan tiruan yang digunakan dalam penggantian spare part kenderaan mereka. Selain itu, penyelenggaraan juga perlu di lakukan mengikut piawaian dan jangka masa yang telah ditetapkan supaya kenderaan sentiasa berada dalam keadaan yang baik untuk pemanduan yang lancar dan selamat ke destinasi. Analisis dalam beberapa Ops Sikap sebelum ini mendapati, sikap pemandu yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya dan tidak mempedulikan kenderaan lain menjadi punca berlakunya peningkatan kemalangan. Dengan kata lain, pemandu secara umumnya hanya mematuhi peraturan atau bersikap hipokrit apabila melihat polis dan bukan kerana sikap untuk keselamatan jalan raya. Peraturan jalan raya sepatutnya dipatuhi atas dasar sedar tentang kebaikannya dan bukan takut untuk di saman pihak berkuasa. Sebenarnya, kesediaan untuk mematuhi peraturan dan arahan tidak memerlukan kita berpendidikan tinggi dan tidak pula perlu menjatuhkan apa-apa juga nilai baik yang ada dalam diri kita. Kempen Keselamatan Jalan Raya bukanlah untuk menyusahkan, tetapi memberi kebaikan kepada pengguna. Segala peraturan jalan raya, serta papan-papan tanda amaran adalah sebagai panduan bagi memelihara keselamatan jalan raya untuk semua pengguna jalan raya. Antara punca yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya adalah kecuaian pemandu kenderaan itu sendiri. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk. Biasanya keadaan mengantuk ini berlaku ketika tengah hari dan sebelah malam. Mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk besar kemungkinan terlelap seketika semasa memandu. Seterusnya mengakibatkan kenderaan mereka terbabas ataupun melanggar kenderaan lain pada arah yang bertentangan. Selain itu punca lain adalah kenderaan yang kurang sempurna sifatnya. Sebelum memandu kenderaan, kita seharusnya memeriksa kenderaan kita supaya selamat untuk dipandu. Contohnya, keadaan minyak hitam, brek, bateri, air, dan lampu berada dalam keadaan baik. Terdapat pemandu yang tidak menghiraukan keadaan ini. Mereka mengabaikan kesempurnaan kereta mereka. Contohnya, mereka tidak mengganti tayar yang haus. Apabila tayar kereta sudah haus, sudah tentu daya cengkaman kenderaan itu akan berkurangan. Hal ini lebih membahayakan ketika hujan kerana sewaktu hujan, cengkaman tayar di permukaan jalan raya semakin berkurangan. Jelas di sini, tayar yang haus boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Antara langkah lain yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya telah dilakukan oleh PDRM iaitu meminta supaya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menghidupkan kembali kaedah pemberian mata "demerit" kepada pesalah jalan raya bagi membendung jumlah kemalangan maut yang semakin serius sehingga mencecah 6,000 kematian setiap tahun dan mengakibatkan negara kerugian kira-kira RM9 bilion setiap tahun. Sistem pemberian mata demerit bagi setiap kesalahan jalan raya yang dilakukan oleh pemandu dilihat terbukti mampu mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya. Melalui kaedah yang diperkenalkan di bawah Sistem Keselamatan Jalan Raya (KEJARA) pada 1997 itu, rekod pesalah diwujudkan melalui notis saman berkaitan dengan kesalahan terjadual dan mata 'demerit' akan dikira. Selagi JPJ tidak menghidupkan semula sistem itu, pihaknya tidak dapat menguatkuasakan penggunaan kaedah berkenaan yang dilihat sebagai kaedah terbaik

menangani masalah peningkatan kemalangan jalan raya. Menurutnya di Paris, jumlah kematian akibat kemalangan hanya 50 orang setahun dan hal ini amat memeranjatkan, serta terbukti sistem demerit berkesan dalam mengurangkan jumlah kemalanganjalanrayapadamusimperayaan. Pemasangan Kamera Sistem Penguatkuasaan Autotmatik (AES) yang antaranya berfungsi sebagai perangkap had laju dan merakam pelbagai kesalahan trafik akan dipasang di sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan dan sekitar Kuala Lumpur, serta Shah Alam. Pemasangan kamera itu yang akan dilaksanakan dalam tiga fasa sehingga 2010. Di bawah fasa pertama dan kedua, Unit Kamera Pengawasan Bergerak telah diwujudkan untuk memantau pemandu dan pengguna jalan raya yang memandu dengan laju dan tidak mematuhi lampu isyarat. Di bawah fasa ketiga, kamera pengawasan akan mengawasi aspek kesalahan lalu limas yang lain seperti memotong di garisan berkembar dan menggunakan lorong kecemasan. Pemasangan sistem yang dilaksanakan oleh JPJ itu bertujuan memastikan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas dan sebagai bukti pendakwaan. Melalui AES, kamera mengawasi setiap pergerakan kenderaan dan mencatat kelajuan dan maklumat itu dihubungkan ke pusat kawalan untuk mengenal pasti kenderaan yang melakukan kesalahan lain lintas. Anggota JPJ yang bertugas di pusat kawalan itu nanti akan memproses gambar yang diterima itu bagi mengenal pasti identiti dan alamat pemandu. Sistem itu terbukti berkesan dalam mendisiplinkan pemandu dan pengguna jalan raya, sekali gus mengurangkan kemalangan jalan raya Negara-negara seperti Australia, Amerika Syarikat, Eropah, China, dan Korea Selatan telah lama menggunakan Sistem ini dalam usaha mendisiplinkan pemandu dan pengguna. Selain itu, pihak polis trafik juga telah memasang kamera perangkap kelajuan di tempat-tempat yang strategik iaitu kawasan yang biasanya dipandu laju oleh pemilik kenderaan. Jika mereka memandu dengan kelajuan melebihi 110 km sejam, justeru kamera perangkap kelajuan ini akan merakam gambar kereta dan pemandunya. Selepas disemak, dan didapati mereka telah melanggar had kelajuan yang dibenarkan, pihak polis trafik akan menghantar surat saman kepada pemiliknya. Cara ini telah dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama di Lebuh Raya Utara-Selatan. Secara konklusinya, pihak polis atau penguat kuasa telah berusaha sedaya-upaya untuk mengekang kemalangan daripada terus bertambah. Namun, soal keselamatan di jalan raya adalah menjadi tanggungjawab setiap individu sebagai pengguna jalan raya dan bukannya tanggungjawab pihak berkuasa atau kerajaan semata-mata. Pengguna perlu menganggap sasaran menurunkan statistik kemalangan jalan raya ke peringkat sifar merupakan satu tuntutan sosial. Usaha mensifarkan nahas jalan raya tidak kira sama ada sempena perayaan mahupun di luar musim perayaan bukanlah suatu perkara yang mustahil. Oleh demikian, setiap pengguna jalan raya haruslah mempunyai komitmen yang tinggi semasa menggunakan jalan raya supaya menjaga sikap dan tanggungjawab untuk pemanduan yang berhemah dan menjamin keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.