Anda di halaman 1dari 4

ECG222 Tugasan

BAHAGIAN A Pengetahuan Tentang Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Penting bagi Seorang Guru Sekolah Rendah: Bincangkan 1.0 Pengenalan Pada masa dahulu, ahli psikologi memikirkan tingkah laku manusia dipengaruhi oleh naluri, diikuti pula dengan teori tingkah laku yang mengatakan manusia menghasilkan tingkah laku adalah kesan daripada pembelajaran kerana manusia dianggap seperti mesin dan minda manusia adalah kosong. Setelah timbul kesedaran bahawa otak manusia adalah berfungsi untuk melahirkan tingkah laku, maka lahirlah teori-teori yang mengkaji bagaimana minda manusia memainkan peranannya. Berikut dengan itu juga kajian mengenai sikap dan tingkah laku manusia dijalankan. Kajian tentang sikap inilah yang membawa kepada terjadinya pendekatan kepada teori kognitif. Pendekatan kognitif memberi penekanan terhadap proses mental dalaman. Maklumat yang diterima diproses melalui pemilihan, perbandingan dan penyatuan dengan maklumat lain yang sedia ada dalam ingatan. Penyatuan maklumat ini kemudian akan diubah dan disusun semula. Hasil pemikiran bergantung pada proses mental dalaman tersebut. Antara ahli-ahli psikologi kognitif yang idea berkenaan perkembangan kognitif kanak-kanak yang banyak diaplikasikan pada masa kini ialah teori kognitif Jean Piaget (1896-1980) dan teori kognitif Lev Vygotsky ( 1896-1934). Menurut Jean Piaget, perkembangan kognitif kanak-kanak bukan dipengaruhi oleh persekitarannya tetapi melalui proses mental yang aktif yang kemudiannya digunakan untuk mewajarkan persekitarannya. Berdasarkan idea tersebut, Piaget telah telah memperkenalkan empat konsep yang penting, iaitu skema, asimilasi, akomodasi, dan adaptasi. Skema adalah potensi am yang ada dalam pemikiran manusia untuk melakukan sesuatu. Skema adalah dalam bentuk pengetahuan dunia berfungsi untuk memandu tingkah laku individu. Manakala adaptasi merupakan proses mental yang wujud akibat keseimbangan antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Dua aspek penyesuaian yang dialami oleh seseorang individu, iaitu asimilasi dan akomodasi. Setiap individu hendaklah menyesuaikan diri dengan alam sekitarnya apabila umurnya meningkat. Ini melibatkan asimilasi dan akomodasi. Seseorang individu itu menunjukkan asimilasi ketika dia menggunakan gerak balas yang telah dipelajari kepada

ECG222 Tugasan

rangsangan yang baru. Dengan itu, asimilasi dan akomodasi berinteraksi untuk mendapatkan tingkah laku baru yang membantu seseorang individu membuat penyesuaian dengan alam sekitarnya. Berbeza dengan teori kognitif Lev Vygotsky, beliau bersetuju dengan pendapat Jean Piaget bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah secara berperingkat namun tidak bersetuju dengan pendapat Piaget bahawa pemikiran kognitif berlaku secara aktif dalam minda kanak-kanak dan tidak dipengaruhi oleh persekitarannya. Vygotsky berpendapat bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah hasil daripada interaksi sosial (Dr. Effandi, 2010). Vygotski mempercayai bahawa interaksi interpersonal membantu memperkembangan pengetahuan individu. Vygotsky turut menekankan bahawa perhubungan sosial antara individu merupakan langkah pertama dalam pembinaan idea untuk dihayati oleh individu terbabit, bagi mencapai peringkat kognitif yang lebih tinggi. Pengetahuan tentang kedua-dua teori perkembangan kognitif kanak-kanak daripada Jean Piaget dan Lev Vygotski sangat penting dalam merancang proses pembelajaran dan pengajaran kanak-kanak di awal persekolahan. Ini untuk membantu para guru dalam mencipta teknik dan bahan pembelajaran dan pengajaran yang sesuai bagi setiap tahap perkembangan murid-murid. 2.0 Aplikasi Teori Kognitif Piaget dan Vygotski dalam Bilik Darjah Teori perkembangan kognitif sangat memerlukan pengalaman sedia ada kanak-kanak untuk membina pengetahuan baru dalam proses pembelajaran mereka. Berdasarkan pengalaman sedia ada kanak-kanak, ianya mampu merangsang ingatan kanak-kanak pada pembeajaran sebelumnya. Contohnya, di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah memerlukan pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid-murid untuk digunakan di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Antara pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid ialah mereka sudah tahu membaca, mengira dan menulis di pra sekolah dan pengalaman ini akan digunakan sepanjang tempoh proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada itu jugalah dapat membantu guru menyediakan teknik dan kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kognitif murid yang berbeza-beza. Di samping itu, amalan guru di dalam bilik darjah yang melibatkan pembelajaran berdasarkan teori kognitif yang lain ialah menyediakan isi-isi pelajaran yang disusun mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Menurut pendapat Jean Piaget dalam teori pembelajaran kognitif, beliau telah mengelaskan kepada empat tahap perkembangan kognitif

ECG222 Tugasan

Piaget iaitu sensori motor ( sejak lahir hingga 2 tahun), praoperasi( 2 hingga 7 tahun), operasi konkrit( 7 hingga 11 tahun) dan operasi formal( 11 tahun hingga remaja). Oleh yang demikian, isi pelajaran yang di sampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mestilah mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak berbeza mengikut umur atau pun tahap masingmasing. Di sini, guru perlu menyampaikan dan menyusun isi-isi pelajaran mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Contohnya, murid yang mempunyai tahap kognitif yang tinggi, guru perlu menyediakan soalan di aras yang lebih tinggi. Untuk murid yang lemah pula, guru perlu menyediakan aktiviti-aktiviti pemulihan yang bersesuaian dengan tahap kognitif mereka yang masih lemah. Dalam pengajaran Matematik pula, pengetahuan guru dalam teori perkembangan kognitif kanak-kanak digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan perkaitan dengan situasi yang sebenar dan perkenalan simbol Matematik harus dikaitkan dengan contoh dan bahan-bahan konkrit. Contohnya, dalam memperkenalkan konsep Pecahan, guru menggunakan bahan maujud seperti kad pecahan dan sebagainya. Berdasarkan bahan konkrit, murid dapat membina pemahaman yang lebih baik. Ini berpandukan teori kognitif Piaget yang menyatakan bahawa kanak-kanak pada usia 5 hingga 7 tahun masih belum dapat menggunakan pemikiran rasional dan membina pengetahuan abstrak dan hanya membina pengetahuan berdasarkan beda konkrit sahaja. Oleh itu, adalah penting untuk guru menggunakan alat bantu dalam pengajaran Matematik. Selain itu, pengajaran yang berpusatkan Koperatif juga mampu meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak. Melalui interaksi dengan rakan-rakan sekelas dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan membantu perkembangan kognitif kanakkanak. Ini berdasarkan teori Vygotski bahawa anak-anak dibantu berkembang dengan bimbingan dari orang-orang yang sudah mahir di dalam bidang-bidang tertentu. Oleh yang demikian melalui aktiviti kumpulan di dalam bilik darjah, murid dapat mempelajari kemahiran-kemahiran berbeza yang ada pada rakan-rakannya dan juga melalui bimbingan dari guru sendiri. 3.0 Rumusan Pengetahuan asas yang kuat dalam teori-teori perkembangan kognitif kanak-kanak adalah penting dalam amalan bilik darjah terutamanya bagi seorang guru sekolah rendah. Ini

ECG222 Tugasan

kerana perkembangan kognitif perlu diawasi dan dibimbing dari awal lagi untuk melahirkan individu yang boleh berfikir aras tinggi di masa hadapan.

Rujukan Dr. Effandy Zakaria. (2010). Teori Vygotsky. Slaid Pembentangan. Diperolehi pada 29 Oktober 2013 daripada http://dreffandi.files.wordpress.com/2010/05/vygotsky.pdf Pam Silverthorn. (1999). Jean Piagets Theory of Development. Fail PDF. Diperolehi pada 25 Oktober 2013 daripada http://members.iinet.net.au/~aamcarthur/4_Mar_2008_files/Piagets_Theory_of_Devel opment.pdf PERMATA Negara, (2009), Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur Zahyah Hanafi, (2010), Cognitif Planning and Teaching, Fakulti Pendidikan dan Bahasa. OUM.