Anda di halaman 1dari 11

BAB 2: MAKNA LEKSIKAL DALAM BAHASA MELAYU

Pada akhir bab ini, pelajar-pelajar akan dapat: Membezakan antara sinonim dan antonim Menjelaskan tentang fitur makna dan makna leksikal dalam Bahasa Melaya

Bab 1: Semantik dalam Bahasa Melayu 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 Pengenalan Sinonim Antonim Polisem Homonim Hiponim Bab 2: Makna Leksikal dalam Bahasa Melayu Bab 3: Makna Ayat dalam Bahasa Melayu Bab 4: Perubahan Semantik Bab 5: Peribahasa Bahasa Melayu Bab 6: Peristilahan Bahasa Melayu Bab 7: Sumber Istilah Bahasa Melayu Bab 8: Istilah Singkatan dan Lambang Bahasa Melayu

RINGKASAN RUJUKAN

Bab 1: Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu

2.1 PENGENALAN

Topik ini akan menerangkan tentang leksikal. Dalam sesuatu bahasa, perbendaharaan kata bukanlah tersusun dalam satu senarai yang panjang dan mendatar. Ia juga bukan menegak secara homogen iaitu mengandungi semua perkataan dalam sesuatu bahasa itu, seperti tersusunnya dalam bentuk kamus. Sebaliknya, susunannya adalah secara berlapis dalam bentuk strata yang banyak serta mempunyai hubungan konsepsi antara satu sama lain. Susunan perkataan juga mempunyai perkaitan dari segi penggunaannya. Hal ini bermakna sesuatu perkataan yang digunakan mestilah bersesuaian serta berselarasan dengan sesuatu situasi atau keadaan. Perkaitan tersebut lazimnya mempunyai hubungan dengan kebudayaan. 2.2 Sinonim

Dalam ilmu semantik, istilah sinonim merujuk kepada perkataan yang mempunyai makna yang serupa atau sama. Sebagai contoh, apabila kita menyukai seseorang kita boleh mengasihinya atau menyintainya ataupun menyayanginya. Kasih, cinta dan sayang adalah tiga perkataan yang dianggap mempunyai makna yang sinonim, iaitu menggambarkan suatu perasaan yang positif dan penilaian yang tinggi terhadap seseorang. Ianya bukan sahaja kata sifat mempunyai pasangan yang mengandungi makna yang sinonim, tetapi kata nama dan kata kerja juga boleh mempunyai sifat kesinoniman ini. Kata kerja sepak adalah sinonim dengan kata kerja tendang dan terajang. Selain itu, kita juga boleh membina ayat yang mempunyai makna yang sama. Sebagai contoh: Amer menendang bola itu ke dalam gol dan Amer menyepak bola itu ke dalam gol. Kedua-dua ayat di atas memberi makna yang serupa, iaitu menyumbat bola ke dalam gol lawan.

Sebahagian daripada kata nama juga mempunyai kata yang mempunyai makna yang sinonim. Contohnya, kasut dan sepatu boleh dianggap sebagai kata-kata yang sinonim. Begitu juga dengan kata nama seperti kereta dan motokar, gerek dan basikal, dakwat dan tinta, jenazah dan mayat, dan sebagainya. Contoh ini merupakan pasangan kata yang mempunyai makna yang sinonim. Sungguhpun kita mengatakan sebahagian daripada kosa kata dalam Bahasa Melayu mempunyai pasangannya yang mempunyai makna yang sinonim, tetapi perkataan-perkataan yang dikatakan mempunyai makna yang sinonim atau sama ini sebahagiannya pula tidaklah mempunyai makna yang benar-benar serupa. Kita hanya dapat mengatakan bahawa sesetengah daripada perkataan dalam kategori ini mempunyai makna yang hampir serupa, tetapi bukanlah benar-benar serupa. Kita hanya dapat mengatakan bahawa sesetengah
2

daripada perkataan dalam kategori ini mempunyai makna yang hampir serupa, tetapi bukanlah benar-benar serupa. Contoh 1; Menyepak dan menendang biasanya boleh digunakan secara bertukar ganti, tetapi tidak menerajang. Kita boleh menendang, menyepak atau menerajang tembok, iaitu menghasilkan pukulan dengan menggunakan kaki, tetapi penutur bahasa Melayu tidak akan mengatakan Ali menerajang bola itu ke dalam gol. Walaupun perkataan sepak dan terajang dapat dikatakan dua perkataan yang sinonim, tetapi tahap kesinonimannya tidaklah sepenuhnya.

Contoh 2; Perkataan buku dan kitab. Walaupun kedua-dua kata nama ini dapat dianggap sinonim, tetapi kesinonimannya tidak benar dalam semua keadaan. Kita boleh mengatakan Bapa ke masjid mendengar orang membaca kitab, tetapi kita tidak akan mengatakan Bapa ke masjid mendengar orang membaca buku. Walaupun kitab dan buku mempunyai makna yang serupa atau sinonim, tetapi disebabkan kitab adalah kata pinjaman daripada bahasa Arab, dalam bahasa Melayu kitab biasanya dirujuk buku-buku yang berkaitan dengan keagamaan.

Contoh 3; Kereta dan motokar. Kadangkala ianya boleh digunakan secara sinonim dan kadangkala tidak. Kita boleh membina ayat Kereta itu buatan Malaysia atau Motokar itu buatan Malaysia, tetapi agak janggal untuk membina ayat Motokar lembu itu digunakan untuk mengangkut barangan pertanian. Secara umumnya, sinonim disebut sebagai perkataan seerti, misalnya perkataan kereta dan motokar, sejuk dan dingin, suka dan gemar, ganggu dan kacau, lupus dan luput, loncat dan lompat dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, terdapat kamus sinonim yang mengandungi senarai perkataan seerti bahasa Melayu. Dalam kehidupan kita seharian kita biasanya akan bersua dengan penggunaan sinonim di sekeliling kita. Sebagai contoh, di kawasan zoo kita akan melihat papan tanda yang tertulis Tolong jangan usik, kacau atau ganggu binatang-binatang di kawasan ini. Di perpustakaan pula, terdapat kata-kata yang berbunyi Dilarang membuat bising, bercakap dan berbual-bual. Perkataan-perkataan tersebut mempunyai makna yang hampir sama. Walau bagaimanapun tidak terdapat perkataan yang bersinonim atau mempunyai makna yang benar-benar sama secara tepat.
3

Bab 1: Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu

Perkataan sinonim biasanya wujud hasil daripada proses peminjaman perkataan daripada bahasa lain. Bagi bahasa Melayu, terdapat sejumlah besar kosa kata yang dipinjam daripada bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Istilah politik dipinjam daripada bahasa Inggeris, manakala istilah siasah diambil daripada bahasa Arab, dan kedua-dua istilah ini dalam bahasa Melayu dianggap sebagai dua perkataan yang sinonim. Perkataan tonton dipinjam daripada bahasa Jawa yang bersinonim dengan perkataan lihat dan pandang, iaitu proses penanggapan gambar oleh mata dengan membentuk imej di retina untuk difahami objek yang dilihat. Di samping proses peminjaman, kesinoniman kosa kata juga terhasil daripada kepelbagaian dialek bahasa Melayu. Sesetengah objek atau fenomena dilambangkan dengan lambang bahasa yang berlainan oleh dialek yang berlainan. Perkataan terajang seringkali digunakan dalam dialek utara. Orang pantai timur, sering sahaja menyebut buah mempelam sebagai buah pauh, dan buah gajus sebagai buah ketereh. Orang utara pula seringkali mengatakan Kalau anak nakal harus ditibai, sedangkan orang selatan pula mengatakan Kalau anak nakal harus dirotan. Di samping fenomena kesinoniman makna, semantik turut membincangkan aspek yang berkaitan dengan keantoniman makna. Dalam semantik, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, konteks, laras sosial, dan kolokasi. A) Sinonim Pinjaman Belalang bermakna pepatung dalam kebanyakan dialek Melayu. bagaimanapun, dalam dialek Perak, belalang bermakna cakcibau. Walau

Dalam dialek Kedah, batas ialah jalan raya, yang maksud konvensionalnya ialah timbunan tanah yang menjadi sempadan petak-petak sawah. B) Sinonim Konteks Perkataan jemput dan udang banyak digunakan dalam konteks protokol. Sebenarnya, jemput digunakan dalam konteks lisan, manakala undang dalam konteks tulisan. Ini bermakna konteks mewujudkan perkataan yang sama makna. C) Sinonim Laras Sosial Perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkan status. Misalnya penyanyi ialah orang yang bernyanyi manakala biduan bermaksud status yang tinggi dalam profesionalisme seni. D) Sinonim Kolokasi Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri. Contohnya perkataan banyak dan ramai mempunyai makna yang sama. Contoh ayat, Banyak kilang kekurangan tenaga pekerja mahir dan Ramai pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut.

Perkataan banyak boleh digunakan sama ada bagi manusia, tumbuh -tumbuhan, haiwan dan benda tetapi pastikan perkataan tersebut bermakna apabila digunakan tanpa kata sifat. Jika anda ada menyebut Banyak pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut akan menunjukkan makna yang salah. Alasannnya, ramai (untuk manusia sahaja) hanya bermakna jika ada kata sifat (gembira) dalam ayat tersebut.

a) Apakah sinonim? b) Nyatakan perbezaan di antara sinonim pinjaman, sinonim laras social, sinonim konteks dan sinonim kolokasi.

2.3 Antonim

Istilah antonim merujuk kepada pertentangan makna antara perkataan yang terdapat dalam sesuatu bahasa. Perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang berbeza ini biasanya wujud secara berpasangan. Ini bermaksud, fenomena keantoniman makna ini wujud secara berkontras satu lawan satu. Kenyataan ini tidak pula menafikan bahawa sesuatu kata boleh dikontraskan maknanya dengan beberapa perkataan lain. Sebagai contoh; Tua dikontraskan dengan muda Sakit pula dikontraskan dengan sembuh Keadaan ini memperlihatkan kepada kita bahawa sesuatu perkataan boleh mempunyai satu atau beberapa perkataan yang berantonim dengannya. Dalam bahasa Melayu, fenomena keantoniman makna ini wujud bagi kata nama, kata kerja dan kata sifat. Contohnya seperti di bawah; Kata nama lautan daratan, hulu sungai hilir sungai, langit - bumi bumbung lantai

Bab 1: Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu

Kata kerja berdiri duduk berjalan berhenti membuka menutup menangis ketawa Kata sifat cantik - hodoh besar kecil luas sempit tinggi rendah lembut - keras Secara umumnya, antonim disebut sebagai perkataan berlawanan, misalnya sejuk lawannya panas, baik lawannya jahat, cantik lawannya hodoh, tinggi lawannya rendah, miskin lawannya kaya dan sebagainya. Namun demikian, tidak semua perkataan mempunyai pertentangan makna satu lawan satu seperti contoh tersebut. Oleh itu kata nafi tidak kadang kala digunakan bagi menunjukkan pertentangan makna tersebut, misalnya perkataan lena lawannya tidak lena ataupun mati bermaksud tidak hidup. Terdapat beberapa jenis antonim seperti: (a) Antonim pasangan komplemen (b) Antonim hubungan darjah (c) Antonim hubungan bertentangan

A) Antonim Pasangan Komplemen Antonim pasangan komplemen merupakan pasangan perkataan berlawanan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Cotohnya, perkataan tidur-jaga, hidup-mati, duduk-bangun, tajam-tumpul, kembang-kuncup, sihat-sakit, gembira-sedih dan sebagainya. Selain itu, perkataan perkataan seperti tidak hidup-mati, dan tidak mati-hidup, tidak tidur-jaga dan tidak jaga-tidur dan sebagainya juga termasuk dalam antonim jenis ini. B) Antonim Hubungan Darjah Jenis kedua ialah pasangan kata antonim yang menunjukkan hubungan darjah seperti perkataan besar-kecil, tebal-nipis, tinggi-rendah, panjang-pendek, kurus-gemuk dan sebagainya. Makna kata adjektif yang menunjukkan pasangan kata ini mempunyai hubungan rujukan dengan benda yang dimaksudkan. Sebagai contoh, sebatang kayu itu dikatakan bersiaz panjang dengan merujuk kepada kayu itu secara spesifik berbanding dengan kayu yang sama jenis.
6

Selain itu, perkataan itu sendiri tidaklah menggambarkan darjah secara mutlak. Sebagai contoh, perkataan kecil pada kerbau kecil sebenarnya ,menunjukkan darjah dan makna yang tidak sama pada perkataan tikus kecil. Demikian juga perkataan laju bagi merujuk kepada kereta lumba tentulah tidak sama darjahnya jika merujuk kepada kereta biasa. C) Antonim Hubungan Bertentangan Jenis pasangan kata antonim yang ketiga dinamakan hubungan bertentangan. Dalam hal ini, kedua-dua pasangan kata itu dari segi semantiknya membawa makna yang setara, misalnya beri-terima, jual-beli, murid-guru, majikan-pekerja dan sebagainya. Contohnya jika X beri barang pada Y bermakna Y akan terima barang itu.

a) Apakah antonym? b) Nyatakan perbezaan antara TIGA jenis antonym pasangan komplemen, hubungan bertentangan dan hubungan darjah.

2.4 Polisem

Istilah polisem merujuk kepada satu perkataan yang mempunyai beberapa makna. Ini bermaksud, kalau kita melihat entri makna dalam kamus, kata yang tergolong dalam kategori polisem akan mempunyai beberapa entri makna. Contoh 1: perkataan lemah dalam bahasa Melayu adalah tergolong dalam kategori kata-kata polisem. Lemah juga boleh bermaksud gagal mengikuti proses pembelajaran dengan baik. Pelajar yang lemah ialah pelajar yang tahap pencapaiannya berada di bawah tahap purata atau di bawah pencapaian normal. Prestasi ekonomi yang lemah bermaksud sesebuah organisasi atau agensi yang telah mengalami kerugian dalam urusan kewangan atau kegiatan perniagaannya. Seseorang lelaki yang lemah tenaga batinnya mungkin merujuk penyakit mati pucuk yang dialaminya.

Bab 1: Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu

Contoh 2: Perkataan cukur boleh bermaksud membotakkan kepala atau mengikis kekayaan seseorang. Contoh 3: Perkataan telur Ia turut tergolong dalam kategori sinonim. Perkataan telur yang dihasilkan oleh binatang seperti telur ayam dan telur penyu, atau boleh bermaksud angka kosong. Seseorang pelajar yang memperolehi apa-apa markah dalam sesuatu ujian, atau juga boleh bermaksud benjol di dahi akibat terhantuk atau ditumbuk lawan, bahkan boleh juga bermaksud menghasilkan sesuatu seperti menelurkan idea yang bernas dalam sesuatu perbincangan. Antara contoh yang lain, kata bantu tentang boleh bermaksud berkaitran sesuatu perkara. Ada masanya perkataan tentang boleh membawa maksud lawan, seperti dalam ayat Kita tentang habis-habisan. Contoh lain ialah perkataan bisa yang membawa maksud sakit sangat dan boleh. Dalam perbualan di Indonesia, secara normalnya bisa digunakan untuk menggantikan perkataan boleh. Berdasarkan contoh-contoh tersebut, tentang dan bisa bervariasi maknanya, tetapi kewujudan polisem ditinjau dengan berasaskan konteks penggunaan. 2.5 Homonim

Istilah homonim pula merujuk kepada kata yang mempunyai sebutan dan ejaan yang sama tetapi berbeza lapangan maknanya. Homonim berbeza daripada polisem kerana kata polisem walaupun berbeza maknanya tetapi lapangan semantiknya hampir sama. Contoh 1: Telur walaupun mempunyai berbagai-bagai makna tetapi masih ada titik persamaannya, iaitu hasilan atau dapatan yang terhasil akibat daripada sesuatu lakuan atau tindakan. Sedangkan bagi homonim, dua perkataan yang disebut dan dieja dengan cara yang sama, tetapi tidak mempunyai apa-apa persamaan daripada segi semantik. Contoh 2: Perkataan daki adalah tergolong dalam kategori homonim.

Daki boleh bermakna kekotoran yang melekat pada pakaian atau badan dan boleh bermakna lakuan menaiki tempat yang tinggi dan biasanya bercerun seperti mendaki bukit, gunung, tanah tinggi dan sebagainya. Perkataan yang tergolong dalam kategori homonim ini tidaklah begitu banyak dalam bahasa Melayu. Penggunaan homonim dalam pertuturan atau ayat boleh menimbulkan kekeliruan jika tidak berlatar belakangkan konteks tertentu. Hal ini kerana homonim mempunyai sebutan dan bentuk ejaan yang sama, tetapi berbeza dari segi makna. Contoh; Perkataan kepala yang membawa maksud ketua tidak sama maknanya dengan kepada kereta api. kepada manusia dan kepala surat.

2.6 Hiponim

Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh, melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga. Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah kata umum yang mempunyai lingkungan atau anggotanya terdiri daripada kata yang

a) Dengan contoh yang sesuai, terangkan perbezaan antara hiponim dan polisem. b) Apakah homonim? Berikan contoh-contoh.

Bab 1: Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu

Dalam ilmu semantik, istilah sinonim merujuk kepada perkataan yang mempunyai makna yang serupa atau sama. Kosa kata dalam Bahasa Melayu mempunyai pasangannya yang mempunyai makna yang sinonim, tetapi perkataan-perkataan yang dikatakan mempunyai makna yang sinonim atau sama ini sebahagiannya pula tidaklah mempunyai makna yang benarbenar serupa. Perkataan sinonim biasanya wujud hasil daripada proses peminjaman perkataan daripada bahasa lain. Sinonim kolokasi wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri. Istilah antonim merujuk kepada pertentangan makna antara perkataan yang terdapat dalam sesuatu bahasa. Secara umumnya, antonim disebut sebagai perkataan berlawanan, misalnya sejuk lawannya panas, baik lawannya jahat, cantik lawannya hodoh, tinggi lawannya rendah, miskin lawannya kaya dan sebagainya. Antonim pasangan komplemen merupakan pasangan perkataan berlawanan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Jenis kedua ialah pasangan kata antonim yang menunjukkan hubungan darjah seperti perkataan besar-kecil, tebal-nipis, tinggi-rendah, panjang-pendek, kurus-gemuk dan sebagainya. Istilah polisem merujuk kepada satu perkataan yang mempunyai beberapa makna. Istilah homonim pula merujuk kepada kata yang mempunyai sebutan dan ejaan yang sama tetapi berbeza lapangan maknanya. Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain.

10

Abdullah Hassan. 1989. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. ______________. 1974. The Morphology of Malay. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. _____________. 1986. Penerbitan Kata dalam Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Collins, J.T. 1986. Penyusunan Salasilah Bahasa di Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Crystal, D. 1974. Linguistics. Middlesex: Penguin Books Ltd. _____________. 1999. Tatabahasa Zaba dalam Perspektif Sejarah Penulisan Tatabahasa Bahasa Melayu. Jurnal Dewan Bahasa 43 (6): 514-523. Mangantar Simanjuntak. 1987. Pengantar Psikolinguistik Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah, Farid, Hashim, Abdul Hamid. 1996. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn dan Hashim Musa. 1989. Tatabahasa Dewan Jil. 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ramli Md. Salleh. 1995. Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ramli Md. Salleh, Sanat Md. Nasir dan Noor Ein Mohd. Noor (sunt). 1997. Kamus Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zulkifliey Hamid, Ramli Md Salleh, Rahim Aman. 2007. Linguistik Melayu Edisi Kedua. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

11