Anda di halaman 1dari 1

1.4.

3 PERAYAAN BAGI KAUM INDIA

HARI DEEPAVALI

Dikenali oleh masyarakat Hindu sebagai Pesta Cahaya, Deepavali atau Diwali. Merupakan simbol kebaikan menumpaskan kejahatan, cahaya menumpaskan kegelapan. Pagi Deepavali akan diadakan upacara mandi minyak sebagai simbol penyucian diri. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (antara bulan Oktober dan November).

PESTA PONGAL

'Pongal' bermaksud 'masa menuai' menandakan masa untuk mereka menuai hasil tanaman mereka di masa lalu. Di pagi hari, biasanya kaum wanita akan mengemas rumah dan menghiasi rumah dengan 'kolams' yang dibuat di depan pintu rumah, sebagai tanda selamat dan rahmat supaya isi rumah mendapat kesejahteraan. Terdapat juga makanan tradisi seperti 'vadaas' , 'payasam' dan keledek untuk dijamu semasa Pongal. Perayaan ini biasanya disambut selama empat hari.

HARI THAIPUSAM

Disambut sebagai tanda menghormati dewa Hindu, Lord Murugan atau Lord Subramaniam. Merupakan hari bertaubat pada dosa-dosa yang lepas. Ciri utama perayaan adalah acara membawa kavadi, kerangka besi atau kayu yang dihiasi dengan kertas berwarna warni, bunga, dan, buah segar sebagai membayar nazar atau bertaubat kepada Dewa Subramaniam. Selain penyeksaan diri untuk mendapatkan restu dari dewa Lord Murugan, madu, susu, dan kelapa juga akan dipersembahkan kepada dewa-dewa.

Rajah 10