Anda di halaman 1dari 6

CONTOH-CONTOH SOALAN

PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN


Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

DISEDIAKAN OLEH:
MOHAMAD SHUHMY SHUIB
FASILITATOR LATIHAN
BIMBINGAN DAN LATIHAN AWAL

CONTOH-CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN

Seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabat dan layak
menuntut elaun makan sebanyak RM45.00 sehari. Sekiranya pegawai tersebut
menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya bagi tempoh melebihi 8 jam tetapi
kurang daripada 24 jam, jumlah elaun yang layak dituntut ialah sebanyak

A. RM 45.00
B. RM 125.00
C. RM 60.00
D. RM 22.50

Seseorang pegawai yang telah dipilih untuk mengikuti kursus jangka panjang di
Jerman selama 18 bulan, layak menuntut elaun dan bayaran berikut :

I. Elaun runcit.
II. Elaun buku.
III.Elaun pakaian.
IV.Insuran perubatan.

A. I dan II sahaja.
B I, II dan III sahaja.
C I, II dan IV sahaja.
D II, III dan IV sahaja.

Hukuman tangguh pergerakan gaji boleh dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib
yang berkenaan bagi tempoh :

I. Tiga bulan
II. empat bulan
III. enam bulan
IV. dua belas bulan

A. I dan II sahaja.
B. I, II dan III sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.

Encik A, seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) di sebuah Jabatan telah


dihadapkan ke Mahkamah atas tuduhan rasuah. Laporan berkenaan dengan prosiding
jenayah tersebut telah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib oleh Ketua
Jabatan beliau. Pihak Berkuasa Tatatertib setelah menimbangkan laporan dan syor
Ketua Jabatan berkenaan boleh

A. mengambil tindakan menggantung kerja Encik A selama 60 hari.


B. Mengambil tindakan menggantung kerja Encik A.
C. Mengambil tindakan menahan kerja Encik A.
D. Mengambil tindakan buang kerja Encik A.
Encik R seorang Fasilitator di sebuah Institut Latihan di Kuala Lumpur telah
diarahkan bertugas di Kuantan selama dua hari. Memandangkan jarak antara Kuala
Lumpur dan Kuantan hanya 259km, Encik R bercadang menggunakan kenderaannya sendiri
walaupun jabatannya tidak membenarkannya membuat tuntutan perbatuan. Apakah jenis
tuntutan yang dibuat oleh Encik R?

A. Tuntutan perbatuan bagi 240km sahaja mengikut kelayakan kerana menggunakan


kereta sendiri.
B. Tuntutan tambang Bas Ekspress kuala Lumpur ke Kuantan secara pergi balik.
C. Tambang sebuah kereta sewa.
D. Tambang gantian kapal terbang.

Apakah tindakan bagi seseorang pegawai yang telah dimasukkan ke dalam perjawatan
berpencen apabila dilantik se satu jawatan baru?

A. Diperakukan menghadiri Kursus Induksi.


B. Disahkan dalam perkhidmatan setelah Laporan Perubatan menyatakan beliau
layak untuk dibuat sedemikian.
C. Diperakukan perkhidmatan cemerlang.
D. Tidak perlu diperakukan sekali lagi untuk kemasukan ke dalam perjawatan
berpencen.

Encik Ahmad telah memiliki harta pusaka berupa 3 buah rumah sewa dan 10 hektar
kebun kelapa sawit peninggalan bapanya semasa berusia 18 tahun. Kini beliau
dilantik ke perkhidmatan Kerajaan setelah tamat pengajiannya akhir tahun lepas.
Dalam keadaan ini, Encik Ahmad

A. tidak perlu melaporkan hartanya itu kerana ianya diperolehi sebelum beliau
berkhidmat dengan kerajaan.
B. Perlu melaporkan hartanya itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib sebaik sahaja
dilantik.
C. Tidak perlu melaporkan hartanya itu kerana ianya merupakan harta pusaka.
D. Hanya perlu melaporkan hartanya itu apabila diarah berbuat demikian oleh
Pihak Berkuasa Tatatertib.

Bekas Pegawai Kerajaan yang telah berhenti dari Perkhidmatan Kerajaan boleh
diambil berkhidmat dalam apa jua jawatan dengan kebenaran khas

A. Ketua Setiausaha Negara.


B. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
C. Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
D. Suruhanjaya yang berkenaan.

Encik Hamzah, seorang Ketua Penolong Pengarah di Bahagian Saraan, Jabatan


Perkhidmatan Awam telah diarah oleh Ketua Jabatannya untuk memberi ceramah di
Pejabat SUK Perak. Beliau bertolak dari Kuala Lumpur dengan kenderaan sendiri pada
jam 7.30 pagi dan kembali ke Kuala Lumpur pada hari yang sama di mana beliau
sampai jam 10.00 malam. Bagi maksud ini, beliau layak menuntut

A. elaun harian, bayaran tol dan elaun dobi.


B. Elaun makan dan elaun perjalanan kenderaan.
C. Elaun perjalanan kenderaan, elaun harian dan bayaran tol.
D. Elaun perjalanan kenderaan, elaun makan dan bayaran tol.

Selaku seorang Ketua Jabatan, Encik Shamsudin meluluskan cuti sakit kepada
kakitangannya berdasarkan sijil Cuti sakit daripada doctor persendirian yang tidak
melebihi 2 hari berturut-turut. Dalam tempoh setahun, beliau boleh meluluskan cuti
sedemikian sebanyak

A. 14 hari.
B. 15 hari.
C. 45 hari.
D. 90 hari.

Syarat-syarat kerja yang melayakkan seseorang mendapat bayaran lebih masa adalah
kerja-kerja yang

A. dilakukan diluar Ibu Pejabat yang melebihi waktu bekerja.


B. Perlu dibuat pada waktu malam.
C. Dilakukan sebelum jam 8.00 padi dan selepas 4.30 petang.
D. Dikehendaki dibuat oleh pegawai melebihi daripada waktu tugas biasanya.

Sehingga 31.12.2000, Puan Suzana seorang jurutera di Jabatan Pengairan dan Saliran
Kuala Lumpur masih mempunyai baki cuti rehat sebanyak 8 hari. Pada 1.6.2001,
beliau telah diarahkan mengikuti kursus jangka panjang selama 18 bulan di Auckand,
New Zealand. Dalam keadaan ini, baki cuti rehatnya sebanyak 8 hari itu

A. Boleh diambil semasa beliau berkursus


B. Boleh dibawa ke tahun 2002
C. Boleh diambil selepas beliau berkursus.
D. Cuti tersebut akan terhapus sama sekali.

Encik Salim seorang Penolong Pegawai Daerah di Pejabat Daerah Gombak telah
dijemput untuk merasmikan sambutan Jubli Emas sebuah firma di Ampang , Selangor.
Di akhir majlis, Pengurus Besar firma tersebut telah menghadiahkan beliau sebuah
pita rakaman keluaran firma tersebut. Dalam keadaan ini, Encik Salim

A. hendaklah dengan serta merta menolak hadiah tersebut.


B. Boleh menerima hadiah tersebut kerana ianya adalah sumbangan ikhlas firma
berkenaan.
C. Boleh menerima hadiah tersebut dan kemudiannya menyerahkannya kepada badan
Kebajikan Jabatannya.
D. Boleh menerima dahulu hadiah tersebut secara rasmi dan kemudian melaporkan
kepada Pihak Berkuasa Tatatertib melalui Ketua Jabatannya.

Bayaran wad bagi seseorang pegawai yang dimasukkan ke dalam Hospital-hospital


Kerajaan hanya boleh dikecualikan sekiranya seseorang pegawai itu

A. jatuh sakit semasa menjalankan tugas rasminya di luar Ibu Pejabat.


B. Mempunyai gaji yang kurang daripada RM 500.00 sebulan.
C. Jatuh sakit semasa menjalankan tugas rasminya di pejabat.
D. Menerima rawatan kurang daripada seminggu.

Seseorang pegawai boleh disifatkan sebagai berada dalam keterhutangan kewangan


yang serius apabila

A. agregat hutang dan liabilitinya yang tak bercagar pada bila-bila masa
tertentu melebihi jumlah wang sebanyak enam kali emolumen bulanannya.
B. Menjadi penjamin kepada seorang yang jatuh bangkrap.
C. Menanggung hutang yang banyak daripada peninggalan bapanya yang tidak mampu
dibayar.
D. Gajinya habis dipotong kerana menjelaskan hutang.

Hukuman tangguh pergerakan gaji yang dikenakan ke atas seseorang pegawai oleh
Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah dilaksanakan pada
A. tarikh pergerakan gaji pegawai tersebut.
B. awal tahun kesalahan tersebut.
C. serta merta setelah tarikh pengenaan hukuman tersebut oleh Pihak Berkuasa
Tatatertib berkenaan.
D. tarikh ulang tahun pergerakan gaji berikutnya selepas tarikh pengenaan
hukuman itu oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan.

Encik Z seorang Pembantu Am Rendah di sebuah Jabatan telah dihadapkan ke Mahkamah


atas tuduhan rasuah. Laporan berkenaan dengan prosiding jenayah tersebut telah
dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib oleh Ketua Jabatan beliau. Pihak
Berkuasa Tatatertib setelah menimbangkan laporan dan syor berkenaan boleh

A. mengambil tindakan menggantung kerja Encik Z selama 60 hari.


B. mengambil tindakan menggantung kerja Encik Z.
C. mengambil tindakan menahan kerja Encik Z.
D. mengambil tindakan buang kerja Encik Z.

Seseorang pegawai yang terpilih untuk mengikuti kursus jangka panjang di Australia
selama 18 bulan, layak menuntut elaun dan bayaran berikut

I. Elaun runcit.
II. Elaun buku.
III. Elaun pakaian
IV. Insuran perubatan

A. I dan II sahaja.
B. I, II dan III sahaja.
C. I, II dan IV sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.

Pengertian yang tepat mengenai perlanjutan tempoh percubaan dengan berdenda ialah
:

A. membayar suatu amaun yang ditentukan oleh Suruhanjaya.


B. penangguhan kenaikan gaji dalam tempoh percubaan lanjutannya.
C. hanya menerima gaji akhir sebelum perlanjutan dan hilang kekananan nya
sebanyak masa tempoh percubaannya dilanjutkan.
D. hilang kekananan sebanyak masa tempoh percubaan dilanjutkan.

Sehingga 31.12.2003, Encik Ramli seorang jurutera PKNS masih mempunyai baki
cuti sebanyak 8 hari. Pada 1.6.2004, beliau telah diarahkan mengikuti kursus
jangka panjang selama 18 bulan di Australia. Dalam keadaan ini, baki cuti rehatnya
sebanyak 8 hari itu

A. boleh diambil semasa beliau berkursus.


B. boleh dibawa ke tahun 2005.
C. boleh diambil selepas beliau berkursus.
D. cuti tersebut akan terhapus sama sekali.

Cuti haji diluluskan oleh Ketua Jabatan kepada pegawai-pegawai Islam untuk
menunaikan fardhu haji dengan syarat pegawai telah

I. berkhidmat tidak kurang daripada 4 tahun bagi pegawai tetap.


II. berkhidmat tidak kurang daripada 5 tahun secara berterusan bagi pegawai
kontrak.
III. berkhidmat tidak kurang daripada 6 tahun secara berterusan bagi pegawai
berjawatan
sementara.
IV. disahkan dalam jawatan.

A. I, II dan III sahaja.


B. I, II dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. I, II, III dan IV.

Encik Dol yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir Rendah telah dilantik ke jawatan
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan pada
tahun 2000. Walau bagaimanapun, beliau gagal disahkan dalam jawatan barunya kerana
gagal dalam peperiksaan yang disyaratkan. Dalam keadaan ini, Encik Dol

A boleh ditamatkan perkhidmatannya.


B. boleh dibenarkan oleh Suruhanjaya berkenaan kembali semula ke jawatan
asalnya.
C. boleh dibersarakan.
D. tidak dibenarkan kembali ke jawatan asalnya kerana beliau telah melepaskan
jawatan tersebut.

Encik Nordin telah memiliki harta pusaka berupa 8 ekar kebun, 15 rumah sewa
peninggalan bapanya semasa berusia 18 tahun. Kini beliau dilantik ke perkhidmatan
kerajaan setelah tamat pengajiannya tahun lepas. Dalam keadaan ini, Encik Nordin

A. tidak perlu melaporkan hartanya itu kerana ianya diperolehi sebelum beliau
berkhidmat dengan kerajaan.
B. B perlu melaporkan hartanya itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib sebaik
sahaja dilantik.
C. tidak perlu melaporkan hartanya kerana ianya merupakan harta pusaka.
D. hanya perlu melaporkan hartanya apabila diarah berbuat demikian oleh Pihak
Berkuasa Tatatertib.

Hukuman-hukuman berikut merupakan hukuman tatatertib kecuali

A. Tahan Kerja.
B. Lucuthak emolumen.
C. Tangguh pergerakan gaji.
D. Buang kerja.

Encik Rahim seorang Pegawai Tadbir diarah oleh ketua Jabatannya melakukan kerja di
luar Ibu pejabat. Beliau bertolak dari Kuala Lumpur ke Perak dengan menaiki
kenderaan sendiri pada jam 7.30 pagi dan kembali ke Kuala Lumpur pada hari yang
sama di mana beliau sampai di rumahnya jam 10.00 malam. Bagi maksud ini, beliau
layak menuntut

A. A elaun harian, bayaran tol dan elaun dobi.


B. elaun makan dan elaun perjalanan kenderaan.
C. elaun perjalanan kenderaan, elaun harian dan bayaran tol.
D. elaun perjalanan kenderaan, elaun makan dan bayaran tol.

Bahan Rujukan

i. Arahan Perkhidmatan
ii. Surat Pekeliling Perbendaharaan 2/91– Garis Panduan Bagi Penyediaan Cadangan
Perbelanjaan Tahun 1992
iii. Surat Pekeliling Perbendaharaan 2/80 – Pindaan Ke Atas Arahan Perbendaharaan
280 (A) (I) dan 326 (B) (II) Acara Hapuskira
iv. Arahan Keselamatan
v. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam - PKPA
vi. Perintah Am Bab A, B, C, E, F dan G
vii. Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
viii. Peraturan-peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (P.U.A. 151
tahun 1986)
ix. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7/93 – Peraturan Mengenai Pemangkuan dan
Penanggungan Kerja dan Surat Pekeliling Perkhidmatan berkaitan
x. Akta Pencen
xi. Pekeliling Perkhidmatan/Surat Pekeliling Perkhidmatan yang berkaitan
xii. Arahan Perbendaharaan
xiii. Tatacara Pengurusan Stor
xiv. Komputer /makalah/buku/ jurnal berkaitan dengan teknologi maklumat
xv. Tonggak 12
xvi. Buku Nilai dan Etika – INTAN Citra Karya
xvii. Panduan Perkhidmatan Cemerlang – Etika Perkhidmatan Awam
xviii. Protokol dan Etiket Dalam Pengurusan Dan Menghadiri Majlis (INTAN)
xix. Malaysia Kita
xx. Lain-lain penerbitan/majalah/buku yang berkaitan

Anda mungkin juga menyukai