Anda di halaman 1dari 25

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEPTEMBER 2013

HBAE 2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

NAMA NO.MATRIK NO.K/P NO.TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : : :

ZAITON BINTI NAYAN 690605025376001 690605025376 013-9461500 zaitonnayan@ymail.com.my JOHOR BAHRU

HBAE 2203

ZAITON NAYAN 690605025376001

ISI KANDUNGAN

MUKASURAT

1.0

Pengenalan 1.1 1.2 1.3 Definisi Diorama Penghasilan Diorama Contoh-contoh Diorama

3 3 3 6 7

2.0 3.0

Diorama Dan Perkembangan kanak-kanak Kelebihan Dan Cabaran Pengajaran Dan Pembelajaran Diorama

11 16 20 24

4.0 5.0 6.0

Rancangan Pelajaran Harian (RPH) Lakaran Idea Kesimpulan Rujukan

HBAE 2203

ZAITON NAYAN 690605025376001

1.0

Pengenalan. Diorama merupakan gabungan catan besar yang mewujudkan persekitaran dan

arca-arca figura di hadapannya bagi menghidupkan suasana catan besar tersebut.Catan ini digantung di dinding-dinding bangunan untuk bahan tontonan orang ramai dan mula popular sekitar abad ke 19.Secara mudahnya diorama terdiri daripada dua dimensi dan arca figura tiga dimensi.Objek tiga dimensi ini diperluaskan lagi penggunaannya dengan karangan laut,figura haiwan,fiksyen,pensejarahan dan cerita rakyat.Tujuannya jelas,diorama dapat memperihalkan semula unsur-unsur naratif melalui penampilan imej 2D dan 3D dalam konteks diorama.

1.1 Definisi Diorama Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi.Objek yang hendak disusun boleh digantung, didirikan atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama .Bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.

1.2 Penghasilan Diorama. Diorama dihasilkan melalui perancangan yang teliti dengan mengambilkira pelbagai kesesuaian catan sebagai latar belakang diorama dan objek-objek tiga dimensi sebagai hal subjek diorama.Diorama yang hendak dihasilkan juga bergantung kepada pemilihan alat dan bahan,tema dan subjek serta olahan idea yang berpandukan kepada asas seni dan prinsip seni reka.

HBAE 2203

ZAITON NAYAN 690605025376001

Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian di dalam penghasilan diorama iaitu : a) Menentukan Subjek dan Tema Subjek dan tema boleh dipilih berdasarkan : i) ii) iii) iv) Alam semulajadi dan persekitaran. Perasaan dalaman,khayalan dan imaginasi pelukis. Aliran dan tema sejagat. Keperluan dan pengalaman hidup harian.

b) Menentukan Alat dan Media. Pemilihan alatan dan bahan mengambilkira keberkesanan dan relevannya hal subjek yang ingin ditampilkan.Ciri-ciri bahan yang dipilih seharusnya tahan lama dan lasak untuk digunakan bagi menghasilkan diorama yang baik.Pemilihan objek yang sebenar dan cantik atau dikecilkan pada kadaran atau nisbah yang sesuai dengan latar belakang secara idealistik akan memenuhi konsep artistik bagi penghasilan diorama yang baik. Cara menentukan alat dan media berdasarkan subjek,tema dan tajuk. i) Subjek dan tema Tajuk diorama Alat dan bahan - Alam semulajadi dan persekitaran. - Hidupan di dasar laut - Karangan laut,gam UHU,tulang ikan,dawai,tangsi,kad

tebal,pasir laut,batu-batu laut. ii) Subjek dan tema Tajuk diorama Alat dan bahan emulsi. iii) Subjek dan tema Tajuk diorama Alat dan bahan - Aliran dan tema sejagat. - Sabung ayam di kampung saya. - Model ayam jantan, model manusia, plastersin, tanah, - Perasaan dalaman,khayalan dan imaginasi pelukis. - Kehidupan di sebuah planet asing. - Plastersin,polisterin,pasir,gam,model kapal angkasa,cat

pasir, batu-batu kecil dan kad bod.

HBAE 2203

ZAITON NAYAN 690605025376001

iv) Subjek dan tema Tajuk diorama Alat dan bahan

- Keperluan dan pengalaman hidup harian. - Memancing ikan di sebuah tasik yang permai. - Model orang memancing, kaca, plastersin, polisterin, gam,

pasir, batu-batu kecil dan kad bod.

c) Membuat Thumbnail-print (membuat lakaran-lakaran kecil). Lakaran-lakaran kecil ini penting untuk mengeluarkan idea melalui konsep trial and error.Lakaran ini juga menunjukkan sketsa-sketsa mengenai hal subjek dan tema yang ingin dihasilkan.Seterusnya sketsa-sketsa yang hebat akan dipilih untuk dijadikan diorama.

d) Memilih salah satu lakaran yang terbaik Salah satu sketsa dipilih untuk pengembangan idea dan dijadikan diorama kerana sketsa tersebut mempunyai kaitan dengan penampilan asas seni reka yang mantap dan berketerampilan.Pemilihan sketsa juga bergantung kepada kemampuan menterjemah lakaran kepada bentuk diorama yang sebenar.

e) Memperinci lakaran Setelah memilih lakaran yang terbaik,kerja-kerja memperkemaskan lakaran hendaklah dilakukan.Ia juga mengambilkira bahan, alat, tema, tempat peragaan dan konsep keseluruhan termasuk estetika dan etika dari diorama yang akan dihasilkan.

f) Membuat karya/diorama Buat kerangka dalam dan luar.Fikirkan aspek ruang, saiz mobail, keteguhan dan kesesuaian kerangka dengan dapatan.Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan iaitu : Bahan dan alatan Kos pembinaan /buatan Masa yang diperlukan Kesesuaian latar belakang,hal subjek dan latar hadapan.

HBAE 2203

ZAITON NAYAN 690605025376001

1.3 Contoh-contoh Diorama.

Gambarajah 1.3.1 :Diorama menggunakan figura haiwan.

Gambarajah 1.3.2 :Diorama menggunakan figura manusia

HBAE 2203

ZAITON NAYAN 690605025376001

2.0

Diorama dan Perkembangan Kanak-Kanak. Perkembangan ialah satu proses di mana individu mencapai kematangan.Ia adalah

perubahan berkualiti iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan yang telah berlaku menunjukkan sifat yang berlainan daripada peringkat permulaan.Melalui aktiviti membuat diorama ini,ia dapat membantu perkembangan kanak-kanak.Kanak-kanak diberi peluang untuk bekerja dengan berbagai-bagai jenis bahan,cara dan teknik.Kanak-kanak dapat meneroka secara kreatif dengan variasi yang tidak terhad dan tidak terkongkong.Aktiviti seni ini dapat mendekati keperluan dan naluri ingin tahu kanak-kanak.Kanak-kanak melihat sesuatu dengan caranya yang tersendiri. Kanak-kanak suka menyentuh, menguli, meramas, menggosok, mendengar, mengesan bunyi, menghidu, meniru aksi untuk mengenal sesuatu.Kanak-kanak suka bermain dan bereksperimentasi dengan bahan dan persekitarannya dan secara tidak langsung kanak-kanak telah memperkembangkan jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosialnya.Kita dapat melihat perkembangan kanak-kanak dari segi : a) Kognitif. Matlamat guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Seni ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati,kesedaran dan arif terhadap pergerakan,bunyi,bentuk,tekstur dan irama.Contohnya, guru menggunakan lagu untuk memperkenalkan tajuk Haiwan.Semasa kanak-kanak menyanyi,mereka akan bergerak dan meniru bunyi haiwan.Seterusnya kanak-kanak menghasilkan gambar-gambar haiwan.Guru boleh memperkembangkan kognitif kanak-kanak dengan menghasilkan diorama daripada lakaran gambar-gambar haiwan yang telah dihasilkan oleh kanak-kanak.Kanak-kanak dapat membina pengalaman baru hasil daripada beberapa penerokaan dalam kehidupan seharian dan akan berasa gembira dan seronok apabila dapat mencipta sesuatu yang baru.Kanak-kanak akan meluahkan rasa hati dengan mencipta dan menggunakan kaedah dan cara tersendiri dalam pelbagai bentuk yang mencerminkan kreativiti mereka.
7

HBAE 2203

ZAITON NAYAN 690605025376001

Kanak-kanak

boleh

menanamkan

konsep

pemahaman

dalam

dirinya.Kekerapan guru melakukan aktiviti-aktiviti di sekolah dan di rumah akan dapat memperkukuhkan lagi pemahaman tentang sesuatu perkara.Guru boleh memberi peluang kepada murid untuk menyiapkan dioramanya di rumah.Melalui penggabungjalinan beberapa aktiviti sebenarnya dapat meningkatkan pemahaman murid.Contohnya: i) Aktiviti pergerakan ketika aktiviti pergerakan haiwan dilakukan murid akan mendapat lebih kefahaman tentang asas-asas pergerakan seperti penggunaan ruang,masa,imbangan dan daya atau aliran.Ini dapat membantu murid untuk membuat lakaran pergerakan haiwan untuk menghasilkan diorama. ii) Aktiviti bermain - ketika menghasilkan diorama dalam kumpulan,murid dapat memperkembangkan konsep pembentukan kendiri,seperti meningkatkan kefahaman dari segi emosi, sosialisasi, kebudayaan, fizikal, rohani dan nilainilai murni. iii) Lagu murid akan menyanyi dengan yakin, mengikut tempo dan pic yang tepat.Murid akan membina keyakinan diri dan menjadi lebih kreatif dan menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab.Ini dapat melatih murid untuk menyiapkan tugasan atau diorama yang diberikan. iv) Lakonan semasa berlakon murid akan dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih jelas lagi,di mana semasa berlakon murid akan cuba memahami sesuatu watak.Murid akan menjadi kreatif,inovatif,bertanggungjawab dan dapat membina sosialisasi dengan lebih baik serta dapat mengawal emosi dengan sempurna dan berkeyakinan tinggi.Ini membantu murid membina watak dalam diorama yang akan dihasilkan.

b) Afektif Kesedaran kendiri banyak mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak ke arah penyesuaian sendiri,iaitu penerimaan atau penolakan dan penghargaan kendiri.Kanakkanak dapat mencapai kesedaran kendiri melalui perkongsian kasih sayang dengan keluarga,kawan dan guru.Kanak-kanak akan merasai dirinya diterima dan dihargai oleh orang-orang yang berinteraksi dengannya.Perasaan ini akan membawanya
8

HBAE 2203

ZAITON NAYAN 690605025376001

menerima dan menghargai diri.Guru akan membantu murid mencapai kendiri yang positif dengan cara berikut: i) Guru memberi dorongan, bantuan dan sokongan kepada murid untuk menghasilkan diorama. ii) Guru memberi bimbingan yang wajar dengan membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh murid semasa menghasilkan diorama. iii) Guru akan mengajar mengikut cara kebolehan murid supaya murid sentiasa dapat mengikuti pengalaman belajar dengan jayanya supaya murid yakin dan meningkatkan penghargaan kendirinya. iv) v) vi) Guru hendaklah menerima murid sebagai sebahagian dari dirinya. Guru menggalakkan interaksi positif dalam kalangan murid dan rakan sebayanya. Guru memberikan peluang kepada murid untuk menunjukkan bakatnya dalam menghasilkan diorama. vii) Guru hendaklah memupuk nilai-nilai yang baik semasa murid belajar menghasilkan diorama.

c) Sosial dan komunikasi. Guru memainkan peranan yang penting dalam membentuk sosial dan sahsiah kanak-kanak.Guru juga berperanan membantu kanak-kanak untuk menguasai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai supaya murid dapat menyesuaikan diri dalam perkembangan masyarakat dan kehidupan harian.Menurut teori pembelajaran Albert Bandura,bahawa elemen sosial akan terbabit kerana pembelajaran akan diperolehi berdasarkan: Melihat Meniru Memerhatikan tingkahlaku orang lain.

HBAE 2203

ZAITON NAYAN 690605025376001

Murid akan belajar dengan cara melihat,meniru dan memerhatikan tingkahlaku orang lain.Guru hendaklah menggalakkan tingkahlaku yang positif semasa menjalankan aktiviti seni ini supaya murid memperolehi kepuasan dan peneguhan yang tinggi.Contohnya,guru boleh menunjukkan contoh diorama terbaik yang dihasilkan oleh murid supaya murid lain dapat melihat,meniru dan memerhatikan tingkahlaku murid yang berjaya dalam menghasilkan diorama tersebut.Murid akan berkomunikasi antara satu sama lain,memberikan pendapat masing-masing dan belajar menghormati pendapat orang lain.Ini akan membantu murid membina sikap hormat-menghormati antara satu sama lain dan memperkembangkan tingkahlaku sosial yang baik dalam kalangan murid. d) Psikomotor Kanak-kanak mula memperolehi koordinasi dan kawalan otot pada usia 0-2 tahun.Kanak-kanak mula mengenal objek dalam alam sekitar melalui organ deria dan tangan.Pendengaran dan penglihatan mula berkembang secara perlahan-lahan dan mula matang ketika berumur 6-12 tahun.Melalui aktiviti seni kanak-kanak akan berinteraksi secara tidak langsung dengan persekitaran dan belajar mengembangkan kebolehan mereka. Aspek perkembangan psikomotor yang mula diperolehi kanak-kanak ialah dengan sentuhan.Melalui aktiviti menghasilkan diorama ini kanak-kanak akan menggunakan jari untuk melukis gambar di atas kertas.Apabila guru memperdengarkan lagu Haiwan,kanak-kanak akan mendengar dan melukis berdasarkan apa yang mereka dengar.Kanak-kanak akan menggunakan penglihatan mata untuk memerhati dan membuat pengamatan tentang objek yang mereka lukis.Melalui penglihatan,kanakkanak akan meneroka pelbagai jenis warna,bentuk,ruang dan jalinan.Pemahaman tentang warna membolehkan kanak-kanak mengetahui ciri-cirinya dan

mengaplikasikannya dalam diorama.Begitu juga dengan deria rasa.Rasa merupakan gerak hati atau kata hati kanak-kanak.Kanak-kanak akan menggunakan deria rasa untuk membuat sesuatu persepsi dengan tepat.Ahli psikologi Gestalt merumuskan bahawa dalam persepsi,manusia akan cenderung mempersepsi sesuatu secara keseluruhan daripada bahagian-bahagian yang menjadi keseluruhan.
10

HBAE 2203

ZAITON NAYAN 690605025376001

Kanak-kanak akan membuat persepsi mereka dan menterjemahkannya dalam bentuk tema yang sesuai untuk diorama yang akan dihasilkan.Guru hendaklah mengaitkan pengetahuan sedia ada murid dengan pelajaran baru. Seterusnya kanak-kanak akan menggunakan deria hidu mereka.Hidu menekankan aspek penanggapan.Melalui aktiviti seni membuat diorama ini,sebenarnya guru telah merancang strategi pengajaran yang baik untuk membentuk penanggapan yang baik.Guru telah menggunakan Pendekatan Inkuiri Penemuan di mana kanak-kanak akan mencari maklumat sendiri mengenai konsep melalui situasi penyelesaian masalah.Kanak-kanak akan berfikir dan menaakul secara mental dengan

menggunakan organ deria untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi iaitu bagaimana mereka hendak menghasilkan sebuah diorama yang baik.Guru akan bertindak sebagai pembimbing. Kesimpulannya,melalui aktiviti diorama ini guru telah melakukan perkembangan diri kanak-kanak dari segi kognitif,afektif,sosial,komunikasi dan psikomotor mereka.Kanak-kanak gembira untuk belajar dan menimba pengalaman baru dalam hidup mereka.

3.0

Kelebihan dan Cabaran Pengajaran Dan Pembelajaran Diorama Seni Dalam Pendidikan diperkembangkan dalam diri murid untuk menajamkan

lagi instuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi mereka.Murid diberi peluang menggunakan pancaindera mereka untuk meningkatkan kreativiti, sensitiviti serta daya imaginasi dalam pembelajaran mereka.Selain itu Seni Dalam Pendidikan juga berperanan untuk mengembangkan daya persepsi, estetika dan kreativiti mereka sesuai dengan matlamat untuk melahirkan individu yang berjiwa kreatif, inovatif dan mempunyai nilai jati diri yang tinggi. Teori Konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak yang diajar melalui pembelajaran secara meneroka, bereksperimen dan mengolah bahan atau objek akan dapat mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif, kerana adanya unsur-unsur seni dalam pendidikan dalam pembelajaran mereka.
11

HBAE 2203

ZAITON NAYAN 690605025376001

Herman (1991), di dalam Quadrant Concept menyatakan bahawa seni dapat membantu pemikiran rasional dan intiutif seseorang individu.Berdasarkan kenyataan ini, guru telah menjalankan pengajaran dan pembelajaran menghasilkan diorama bagi mencapai perkembangan kreativiti kanak-kanak.Guru mendapati melalui aktiviti seni diorama ini, terdapat beberapa kelebihan dan kekuatan serta cabaran semasa menjalankan aktiviti ini. Antaranya adalah seperti berikut: a) Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok.Ini disebabkan pengintegrasian tiga mata pelajaran seni telah dapat menarik minat murid.Muridmurid telah mengambil bahagian dalam pembelajaran yang melibatkan berbagai-bagai kemahiran yang disediakan oleh guru.Di samping itu juga mereka dapat melahirkan idea dan kreativiti mereka dengan bebas. Sebagai contoh, pengajaran yang pertama guru memperdengarkan lagu Pak Mamat Ada Kebun.Kanak-kanak akan menyanyi,mengajuk bunyi haiwan dan membuat pergerakan haiwan semasa menyanyi lagu tersebut.Dalam melakukan aktiviti tersebut, kita akan dapat melihat berbagai-bagai gaya yang dipersembahkan oleh kanak-kanak.Seterusnya kanak-kanak disuruh menghasilkan gambar haiwanhaiwan tadi.Semasa pembelajaran ini kanak-kanak akan dapat membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya. b) Diorama membantu perkembangan intelek, sahsiah dan sosial murid.Aktiviti

seni ini boleh dijadikan sebagai medium untuk pengajaran secara penerokaan, pengembangan kreativiti, proses-proses berfikir secara kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah dan merangsang pembinaan keyakinan diri dan imej kendiri yang utuh. Dengan adanya aktiviti seni menghasilkan diorama ini murid akan lebih mudah untuk menerima kemahiran pembelajaran yang diajar oleh guru selari dengan perkembangan diri mereka Dalam kaedah pengajaran inkuiri penemuan murid-murid diberi peluang meneroka dan mencari sendiri jawapan kepada permasalahan.

12

HBAE 2203

ZAITON NAYAN 690605025376001

Peluang inilah yang digunakan oleh murid-murid untuk melahirkan idea dan mendorong mereka menggunakan keupayaan akal dan fizikal untuk menyelesaikan masalah.Secara langsung emosi mereka menjadi berkembang dan begitu juga dengan sosial bila murid-murid ini berinteraksi sesama rakan sebaya dan guru.

c)

Diorama menjadikan guru lebih bermotivasi dan kreatif dalam merancang

pengajarannya.Dengan adanya aktiviti menghasilkan diorama ini, pengajaran dan pembelajaran akan lebih menyeronokkan dan penglibatan murid juga adalah baik maka guru-guru akan lebih bersemangat dan kreatif untuk merancang persediaan untuk pengajaran mereka di mana pengajaran yang dirancang akan lebih mencabar serta mengutamakan perkembangan intelek, emosi, psikomotor dan kematangan murid.Sekaligus ini menjadi motivasi dan perangsang kepada guru untuk lebih banyak meneroka kemahiran-kemahiran baru yang sesuai dengan pencapaian muridmuridnya.

d)

Diorama menghubungkaitkan Pelbagai Bidang dalam Pengajaran dan

Pembelajaran.Penghubungkaitan membawa maksud menghubungkaitkan pelbagai bidang kemahiran dan pengetahuan dari beberapa mata pelajaran dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran.Dengan adanya penghubungkaitan tersebut

pembelajaran akan dapat membantu percambahan pemikiran murid dengan mengaitkan isi pengajaran guru dengan kehidupan seharian mereka.Pengajaran dan pembelajaran yang ada penghubungkaitan ini akan menghasilkan pembelajaran yang lebih efektif.Tujuan penghubungkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk meningkatkan lagi tahap kefahaman belajar murid-murid. Selain itu ia juga boleh membina serta melatih minda murid-murid untuk menjadi lebih aktif dan kreatif sekaligus dapat membantu pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang diajar.

13

HBAE 2203

ZAITON NAYAN 690605025376001

Sebagai contoh, guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual bertajuk Haiwan. Sebelum murid-murid membuat aktiviti menggambar atau aktiviti membuat rekaan dan corak yang berkaitan dengan haiwan, guru terlebih dulu mencungkil pengetahuan sedia ada murid dengan bersoaljawab beberapa soalan yang mudah dan ringkas. Antara aktviti yang boleh dijalankan ialah menamakan haiwan,mengajuk bunyi haiwan, menyatakan cara pergerakan haiwan, mengelaskan kumpulan haiwan dan sebagainya. Di sini elemen Sains dan seni pergerakan telah dihubungkaitkan.Untuk mengaitkan dengan bahasa dan muzik, guru meminta murid menyanyi mana-mana lagu yang ada kaitan dengan haiwan.Selain itu murid juga disuruh berpantun atau membaca puisi berkenaan haiwan.Untuk mengaitkannya dengan mata pelajaran Matematik, guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan penyelesaian masalah (problem solving) yang ada kaitan dengan kehidupan seharian murid-murid. Contohnya, Di dalam kolam itu ada enam ekor itik, dua ekor telah keluar. Berapa ekor itikkah yang masih tinggal? Dengan adanya penghubungkaitan tersebut murid-murid akan belajar beberapa kemahiran dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada dapat memantapkan perkembangan sosial, emosi dan intelek murid-murid, pengajaran berintegrasi seperti yang tersebut di atas dapat juga meningkatkan tahap perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif mereka.Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran penghubungkaitan (penggabungjalinan) ini lebih berkesan, guruguru memainkan peranan yang paling penting selain kesediaan murid-murid sendiri.

e)

Guru dapat merancang persediaan mengajar yang dapat menarik minat murid.

Antara perkara-perkara yang perlu di ambil perhatian dalam penyediaan rancangan pengajaran ini ialah berkenaan dengan topik, objektif pengajaran, isi pelajaran dan cara penyampaian isi serta penilaian yang diguna untuk menguji murid.Dalam penyediaan isi pelajaran guru perlulah menyediakan aktiviti-aktiviti yang dapat merangsang pemikiran murid-murid dan aktiviti tersebut perlu penglibatan semua murid tanpa mengambil kira tahap kebolehan mereka.

14

HBAE 2203

ZAITON NAYAN 690605025376001

Guru

juga dapat merancang dan memilih sumber bahan pengajaran dan

pembelajaran serta bahan bantu mengajar. Sumber bahan-bahan yang dipilih perlulah mesra pelajar iaitu mudah digunakan oleh mereka.Bahan tersebut sudah semestinya menarik.Antara bahan yang boleh digunakan ialah bahan elektronik seperti komputer, televisyen, radio, internet dan sebagainya.Bahan bukan elektronik yang juga boleh digunakan seperti carta bergambar dan sebagainya.Guru perlu menyediakan bahan yang bersesuaian dengan tajuk yang hendak di ajar. f) Guru dapat bertindak sebagai fasilitator kepada murid-murid.Guru

dapat memberi motivasi dan keyakinan kepada murid-murid untuk melahirkan idea dalam pembelajaran mereka supaya dapat membentuk sikap positif dalam perkembangan diri serta mempunyai nilai-nilai murni dalam hidup.Guru dapat membimbing serta memberi tunjuk ajar jika diperlukan oleh murid-muridnya. g) Guru dapat melakukan pengurusan kelas dengan baik.Peranan guru di

sini ialah membahagikan pelajar mengikut tahap pencapaian akademik mereka. Dengan pembahagian ini ianya akan memudahkan guru menyediakan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap akademik murid-muridnya.Selain itu guru juga perlu memastikan suasana pembelajaran yang teratur. Perkara lain yang perlu diambil perhatian ialah kelas atau bilik yang selesa,peredaran udara dan cahaya yang sesuai serta kelengkapan perabot, bahan dan peralatan yang mencukupi. h) Peranan Murid Murid-murid juga mempunyai peranan mereka sendiri untuk memastikan pelaksanaan pengajaran penghubungkaitan ini berjaya.Mereka digalakkan melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah samada secara formal atau tidak formal. Dengan melibatkan diri secara aktif,maka secara tidak langsung akan dapat mempertingkatkan kemahiran belajar mereka dan mereka juga dapat membuat penilaian kendiri tentang kelebihan dan kelemahan diri sendiri.Murid-murid juga digalakkan untuk meneroka sendiri sesuatu kemahiran yang baru dengan sentiasa merujuk kepada guru sekiranya menghadapi masalah pembelajaran.

15

HBAE 2203

ZAITON NAYAN 690605025376001

4.0

Rancangan Pelajaran Harian (RPH) Mata pelajaran Kelas Tarikh Bidang Kemahiran Tajuk Teknik Objektif Pendidikan Seni Visual 4 Bijak 12 Oktober 2013 Membentuk dan Membuat Binaan Membuat Diorama Haiwan Diorama Pada akhir pelajaran,murid berupaya : 1.Menghasilkan sebuah diorama secara berkumpulan. 2.Boleh mengenali bahan yang digunakan utuk membuat diorama. 3.Boleh menghasilkan diorama haiwan Catatan

dengan menggunakan teknik yang betul. Pengetahuan sedia ada 1.Murid telahpun melihat gambar-gambar haiwan ternakan secara langsung dan tidak langsung. 2.Murid telahpun melukis gambar haiwan sebelum ini. Alat dan Bahan Kotak,alatulis,penselwarna,gunting,kad manila,gam,batu kecil dan kertas warna.

16

HBAE 2203

ZAITON NAYAN 690605025376001

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Fasa Isi kandungan Catatan Aktiviti guru Guru menerangkan tentang diorama Aktiviti murid Murid mendengar dan memahami penerangan guru.

Set Induksi Penerangan oleh (5 minit) guru Guru menunjukkan contoh diorama Permulaan/ Mencungkil idea (5 minit) Penerangan oleh guru

Guru menerangkan tentang bahan yang diperlukan untuk membuat Diorama

murid memastikan bahan-bahan yang disediakan mencukupi.

Alatan -kotak besar -kertas warna -gunting -pisau -pembaris -tali -dawai -kertas pembalut hadiah -gam -double side tape -plastik pembalut Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. Nilai: bekerjasama

Aplikasi idea (10 minit) Langkah 1

Cara memotong kotak

Langkah 1 Guru menunjukkan cara memotong bahagian permukaan kotak

Murid memotong bahagian kotak mengikut arahan guru dalam kumpulan masingmasing

Aplikasi idea (10 minit) Langkah 2

Cara memotong dan menampal kertas warna pada bahagian kotak

Langkah 2 Guru menunjukan kepada murid cara-cara


17

murid memotong kad manila mengikut arahan guru.

Arahan kepada Murid perlu berhati-hati ketika memotong

HBAE 2203

ZAITON NAYAN 690605025376001

memotong kad manila mengikut ukuran yang sesuai. Guru menunjukan kepada murid cara-cara menampal kad manila yang telah dipotong pada bahagian bingkai kotak. Aplikasi idea (10 minit) Langkah 3 Melakar haiwan dan pokok Langkah 3 Guru menunjukkan cara-cara melakarkan haiwan dan pokok serta hiaskannya dengan kertas warna. Guru menunjukkan cara-cara membentuk batu hiasan. Aplikasi idea (10 minit) Langkah 4 Mendirikankan lakaran haiwan pokok dan meletakkan batu hiasan Langkah 4 Guru mendirikankan lakaran haiwan, pokok pada bahagian dalam kotak dengan mengunakan kad tebal Guru meletakkan batu hiasan pada dasar kotak.
18

bahan. Murid menampal kad manila yang telah dipotong pada bahagian bingkai kotak.

Murid melakarkan haiwan dan pokok serta menghiaskannya dengan kertas warna.

Aktiviti kumpulan Nilai : Bekerjasama

Murid membentuk batu hiasan

Murid mendirikan lakaran haiwan pada bahagian dalam kotak dengan menggunakan kad tebal. Murid meneruskan aktiviti dengan meletakkan batu hiasan pada dasar kotak.

Nilai: Bekerjasama Kreatif

HBAE 2203

ZAITON NAYAN 690605025376001

Refleksi/ Penutup (10 minit)

Mempamerkan hasil kerja

Guru mempamerkan hasil kerja yang telah siap.

Murid mempamerkan hasil kerja yang telah siap Murid berasa gembira menghasilkan diorama

Guru menilai hasil kerja murid.

19

HBAE 2203

ZAITON NAYAN 690605025376001

5.0

Lakaran Idea

20

HBAE 2203

ZAITON NAYAN 690605025376001

21

HBAE 2203

ZAITON NAYAN 690605025376001

22

HBAE 2203

ZAITON NAYAN 690605025376001

23

HBAE 2203

ZAITON NAYAN 690605025376001

6.0

Kesimpulan. Membentuk dan membuat binaan ini penting untuk mengembangkan persepsi pelajar

tentang Seni Tiga Dimensi.Ini menambahkan lagi kefahaman pelajar dan seterusnya menggalakkan pelajar untuk terus berkarya.Melalui aktiviti membuat diorama ini, kreativiti diperkembangkan dalam diri murid untuk menajamkan lagi instuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi mereka.Murid diberi peluang menggunakan pancaindera mereka untuk meningkatkan kreativiti, sensitiviti serta daya imaginasi dalam pembelajaran mereka sesuai dengan matlamat untuk melahirkan individu yang berjiwa kreatif, inovatif dan mempunyai nilai jati diri yang tinggi. Aktiviti yang memuaskan keperluan asas kanak-kanak dari segi fizikal, mental, sosial, emosi,intelek dan estetik dapat membantu dalam perkembangan dan tumbesaran kanakkanak dengan sihat dan secara tidak sedar.Kanak-kanak akan melakukan eksplorasi dan eksperimentasi dengan derianya secara berterusan.Kanak-kanak akan menggunakan deria sentuhan,pendengaran,penglihatan,rasa dan hidu bagi membolehkan mereka membentuk satu persepsi secara keseluruhan.Guru perlu melibatkan kepekaan deria kanak-kanak supaya pengajaran dan pembelajaran akan dapat dijalankan dengan lebih

berkesan.Melalui aktiviti seni ini kanak-kanak akan menggunakan sepenuhnya kepekaan derianya bagi menghasilkan karya.Secara tidak langsung guru telah membantu kanakkanak untuk memenuhi keinginan asas kanak-kanak bagi mencapai perkembangan mereka dari segi kognitif,afektif,sosial,komunikasi dan psikomotor. Aktiviti membuat diorama dilihat dapat memberi kebaikan kepada kanakkanak.Proses Pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan seronok.Perkembangan kanak-kanak dari segi intelek,sosial dan emosi kanak-kanak juga dapat dipenuhi. Kanakkanak akan melibatkan diri secara aktif, maka secara tidak langsung akan dapat

mempertingkatkan kemahiran belajar mereka dan mereka juga dapat membuat penilaian kendiri tentang kelebihan dan kelemahan diri sendiri.

24

HBAE 2203

ZAITON NAYAN 690605025376001

RUJUKAN Hermann,N.(1991).The creative brain,Journal of creative behaviour.25(4):pp.275-295 Kementerian Pelajaran Malaysia (2008).Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Tahun 4 . Kuala Lumpur :PPK Modul OUM ,(2011).Membentuk Dan Membuat Binaan.Selangor : Meteor.Doc.Sdn.Bhd. Modul OUM,(2010).Seni Dalam Pendidikan.Selangor : Meteor.Doc.Sdn.Bhd.

RUJUKAN INTERNET
Cara membuat diorama (2013) dicapai pada 25 September 2013,diperolehi daripada http://aditwoo.blogspot.com/2013/03/cara-membuat-diorama.html RPH PSV Tahun 4-Diorama dicapai pada 25 September 2013,diperolehi daripada http://www.slideshare.net/sifatpgsr/rph-psv-t4-diorama Jom Belajar Seni Visual dicapai pada 25 September 2013,diperolehi daripada http://jombelajarsenivisual.blogspot.com/2013_04_01_archive.html Apa itu diorama,dicapai pada 25 September 2013,diperolehi daripada http://apa-itu-diorama.blogspot.com/2012/08/contoh-diorama-terbaik.html Definisi Diorama,dicapai pada 25 September 2013,diperolehi daripada http://cikguafifah.blogspot.com/2012/04/definisi-diorama.html

25