Anda di halaman 1dari 9

HBEF3503

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2013

HBEF3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
( T1A2 )

NO. MATRIKULASI

810710135562001

NO. KAD PENGNEALAN

810710135562

NO. TELEFON

013-7820148

E-MEL

ratna5562@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

PP SARAWAK

HBEF3503

1.0

PENDAHULUAN

Pendidikan hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia dapat hidup dengan


sempurna, bahagia, kuat jasmani, sempurna akhlaknya, halus dan mulia perasaan dan
budinya, cekap dalam melakukan pekerjaan, rajin, tahu bekerjasama dengan orang lain,
baik bahasanya, tulisannya, tutur lisannya, perasaan cinta dan sayang kepada dirinya,
keluarga dan masyarakat serta mencintai tanah airnya
( Prof. Muhammad Athiyah Al-Abrasyi ( 1897 1981 )
Sehubungan dengan itu, pelbagai pihak telah duduk berbincang bersama-sama
dalam merancang pelbagai aktiviti dan program yang boleh mencapai hasrat murni ini
bersama-sama. Bukan hanya memikirkan program kepada pelajar normal, bahkan lebih
diberi tumpuan kepada pelajar kurang upaya atau berkeperluan khas. Ekoran itu, program
Pendidikan Inklusif difikirkan perlu untuk dijalankan dan dinilai keberkesanannya di
sekolah-sekolah yang mempunyai pelajar bermasalah pembelajaran.
Program Pendidikan Inklusif merupakan satu program pendidikan untuk murid
berkeperluan khas yang boleh belajar bersama-sama murid arus perdana, di kelas arus
perdana. Program Pendidikan Inklusif untuk kanak-kanak berpendidikan khas ini telah
bermula pada tahun 1987 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Ianya sejajar
dengan Falsafah Pendidikan Negara. Pendidikan Inklusif menitikberatkan hak pelajar
untuk belajar bersama-sama dengan pelajar normal yang lain dan mengikuti sukatan
pelajaran yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi memudahkan
guru-guru mata pelajaran, guru pendidikan khas akan memberi bantuan dan sokongan
apabila diperlukan. Segaris dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menekankan
pembelajaran seimbang kepada pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
( JERIS ).

HBEF3503

2.0

KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN


Pendidikan insklusif menyediakan peluang bagi murid-murid yang mempunyai

kecacatan seperti Slow Learner, Terencat Akal Ringan, Down Sindrom, Autisme,
Epilepsi dan sebagainya supaya dapat belajar di dalam kelas normal bersama rakan
sebaya. Mereka diberikan alat sokongan khas seperti mendapat bimbingan dari guru kelas
yang bekerjasama denagan guru kelas khas bagi membolehkan mereka mengikuti
pelajaran Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan lain-lain mata pelajaran dengan lebih
berkesan.
3.0

MAKLUMAT MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN


Program ini melibatkan pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran yang

telah dikenal pasti. Menurut penilaian dan pemerhatian yang saya dan guru pemulihan
telah lakukan terdapat seorang pelajar yang layak untuk mengikuti program pendidikan
inklusif di sekolah ini.
Pelbagai proses telah dilakukan bagi mengenal pasti bahawa pelajar ini
mempunyai masalah pembelajaran. Kajian telah dilakukan pada seorang murid
perempuan yang berada di dalam kelas Tahun 3 Afdal di Sekolah Kebangsaan Masai.
Kelas 3 Afdal merupakan kelas keempat iaitu kelas yang terakhir di dalam aliran Tahun 3
di Sekolah Kebangsaan Masai. Berikut merupakan data-data dan maklumat pelajar yang
dipilih mengikuti program Pendidikan Inklusif ini.
Nama

Nor Hana binti Abdul Kadir

Tarikh lahir

28 Oktober 2004

Surat beranak

BH 57295

Kad pengenalan

041028-01-0966

Bangsa

Kadazan

Tempat lahir

Segamat, Johor
2

HBEF3503

Alamat
4.0

Lot 3321-L, Kampung Pertanian Masai, Johor

MENGENAL PASTI PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF YANG


SESUAI BAGI MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN.

Terdapat dua jenis Pendidikan Inklusif iaitu Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa
dan Pendidikan Separa Inklusif.
Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa boleh diberikan kepada pelajar berkeperluan
khas yang boleh mengikuti mata pelajaran di kelas biasa seperti pelajar normal. Nama
murid pula dikekalkan di dalam daftar kelas khas. Namun begitu, guru-guru mata
pelajaran kelas biasa akan merujuk atau meminta bantuan sekiranya terdapat masalah dari
segi pembelajaran atau tingkah laku pelajar daripada guru pendidikan khas. Dalam
Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa, pelajar pendidikan khas boleh diberi peluang untuk
mengambil peperiksaan awam bersama-sama pelajar normal yang lain.
Bagi Pendidikan Separa Inklusif pula, pelajar hanya akan mengikuti sesi
pembelajaran dalam kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja. Pelajar akan
bergerak ke kelas biasa bersama dengan pelajar normal pada waktu-waktu tertentu
mengikut mata pelajaran di dalam jadual waktu sekolah. Contohnya, pada hari Isnin, dari
pukul 8.00 pagi hingga 9.30 pagi terdapat mata pelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas
normal. Pelajar akan masuk ke kelas tersebut dan belajar bersama-sama pelajar normal
yang lain serta mengikuti sukatan pelajaran yang sama dengan murid lain. Waktu yang
selebihnya, pelajar ini akan mengikuti program di kelas pendidikan khas. Nama pelajar
ini juga, didaftarkan dalam program pendidikan khas. Guru pendidikan khas berperanan
sebagai guru pembimbing atau guru pendamping. Pelajar boleh menduduki peperiksaan
bagi mata pelajaran yang terlibat bersama dengan pelajar normal yang lain. Program
Pendidikan Inklusif ini boleh dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah. Namun,
semuanya bergantung kepada laporan prestasi atau RPI oleh guru untuk menentukan
sama ada pelajar tersebut layak atau tidak.

HBEF3503

5.0

PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF


Pada peringkat awal saya telah mengadakan ujian diagnosis yang khusus terhadap

murid ini. Di sesetengah negara terdapat beberapa ujian seperti TheAstonIndex (M.
Newtonand M. Thompson, 1976),CoPS 1 (CognitiveProfilingSystem, C. Singleton,
1996) dan DEST (DyslexiaEarlyScreeningTest, A. Fawceettand R. Nicolson, 1996) yang
digunakan oleh para guru bagi mengenal pasti masalah pembelajaran kanak-kanak. Saya
juga telah menggunakan senarai semak yang mengandungi simptom-simptom biasa
kanak-kanak disleksia bagi membuat screening. Dengan cara ini, pengajaran lebih
berstruktur, bersiri, kumulatif dan terperinci. Kaedah seperti ini menggunakan kad
imbasan untuk satu siri latih tubi bagi membiasakan murid dengan bunyi huruf itu.
Pendekatan yang saya gunakan ialah dengan memberikan kad imbasan yang bertulis
huruf pada kad. Contohnya, kad yang bertulis huruf A. Di bahagian belakang kad
diletakkan gambar ayam. Ia bertujuan agar pelajar ini boleh mengingati huruf A dengan
mengingati objek atau imej ayam pada bahagian belakang kad. Bagi nombor pula, pelajar
diberikan nombor pada kad dan diberikan bahan maujud dengan jumlah yang sama
dengan nombor yang tertera.
6.0

LAPORAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF


Sebelum program bermula, saya menjalankan ujian pra iaitu dengan berjumpa

dengan pelajar ini dan cuba memberikan beberapa huruf dan nombor untuk disebut.
Namun, dia gagal untuk berbuat demikian. Dapatan tersebut saya catat di dalam borang
soal selidik. Setelah program saya membuat ujian pos bagi mendapatkan maklum balas
daripada program yang dijalankan.
Selain itu, saya juga membuat temubual dengan guru-guru yang pernah mengajar
pelajar ini bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. Hasil temubual saya, catatkan
untuk dinilai bagi mendapatkan cara yang terbaik untuk menjalankan program
Pendidikan Inklusif.
4

HBEF3503

Saya turut berbual dengan pelajar ini secara individu bagi mendapatkan gambaran
awal sikap serta tingkah laku pelajar ini sebelum program. Ini perlu agar saya tahu
menangani masalah yang akan timbul semasa saya menjalankan program. Saya turut
membuat pemerhatian terhadap minatnya serta tahap pergaulannya seharian. Menurut
Sharifah Zaleha (2001) dalam kaedah tinjauan secara individu yang dibuat bagi memberi
peluang kepada responden menjawab soalan tanpa rasa takut dan sangsi. Kaedah soal
selidik digunakan sebagai instrumen oleh pengkaji adalah bertujuan untuk mengumpul
data dan maklumat yang dapat memberi jawapan kepada persoalan-persoalan yang dikaji.
Program Pendidikan Inklusif telah saya jalankan selama hampir 2 bulan iaitu dari
bulan April hingga penghujung bulan Mei. Segala perkembangan dari segi fizikal dan
mental Nor Hana diperhatikan dan catatkan. Dari pemerhatian tingkah laku, terdapat
sedikit perkembangan yang dialami oleh Nor Hana terhadap sesi pembelajaran. Dia
dilihat lebih bersungguh-sungguh semasa menjawab soalan yang diajukan dan cuba
sedaya upaya untuk menulis perkataan yang diberikan kepadanya. Dia juga boleh
menyebut beberapa huruf dan nombor yang diberikan. Saya yakin, jika program ini
diteruskan dan dilaksanakan dengan lebih baik dan terperinci, pelajar ini boleh dibantu
dan dipulihkan walaupun memerlukan pengorbanan masa dan tenaga serta menuntut
kesabaran yang amat tinggi dari guru-guru dan pihak sekolah serta PIBG.
7.0

PENAMBAHBAIKAN PROGRAM
Hasil daripada soal selidik dan temu bual saya dengan beberapa orang guru dan

juga murid yang terlibat, saya mendapati perlunya penambahbaikan ke atas program yang
telah dijalankan itu. Penambahbaikan tersebut adalah dari segi kolaborasi antara guruguru mata pelajaran. Kolaborasi yang baik antara guru yang terlibat seperti guru bahasa
Melayu, bahasa Inggeris,

Matematik dan lain-lain akan memberikan kesan positif

terhadap keberkesanan program ini. Ramai responden beranggapan bahawa kerjasama


yang utuh dan saling berbincang masalah serta cara mengatasi ke atas murid yang terlibat
pastinya akan memberikan impak positif kepada mereka. Selain itu, hubungan dan
5

HBEF3503

komunikasi dua hala antara guru dan ibu bapa murid juga amat penting. Guru harus
sentiasa berhubung dan melaporkan prestasi dan perkembangan murid tersebut kepada
ibu bapa mereka dari masa ke semasa. Respon daripada penjaga juga amat diperlukan
oleh guru-guru untuk mencungkil idea yang sesuai sejajar dengan matlamat program.
PIBG juga harus melibatkan diri secara aktif dalam memastikan program ini
berjaya. Pengerusi PIBG bertanggungjawab menjadi penghubung antara guru dan ibu
bapa pelajar yang dipilih. Selain itu, pertubuhan ini juga bertanggungjawab menerangkan
kepada ibu bapa akan kepentingan program seumpama ini kepada anak mereka. Ini
kerana, ramai ibu bapa yang salah sangka dan tidak mahu memberikan kerjasama dan
tidak membenarkan anak-anak mereka mengikuti program ini.
8.0

RUMUSAN
Pembaharuan perlu dibuat bagi memastikan kejayaan pendidikan inklusif

dan di akui untuk mengubah sikap itu untuk menerima pendidikan inklusif bukannya
mudah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berpendidikan khas. Untuk kelas
inklusif yang berjaya, guru biasa dan guru Pendidikan Khas perlu memberi penekanan
terhadap komunikasi semua guru yang terlibat dalam program ini mesti bersikap jujur
dan terbuka dalam menangani segala masalah dan peranan yang timbul. Guru-guru
yang terlibat dalam kelas inklusif hendaklah bersedia untuk menghadapi sebarang
rintangan dan halangan yang mendatang. Mereka juga perlu belajar untuk
berkompromi dan juga membuat sesuatu yang berlainan sama sekali daripada yang
dirancangkan. Disamping itu juga guru kelas biasa dan guru kelas Pendidikan Khas
perlu bekerjasama dan menerima kanak-kanak berpendidikan khas yang mempunyai
berbagai-bagai perbezaan individu. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif memerlukan
kerjasama semua pihak agar keberkesanan program yang dilaksanakan dapat
dihasilkan. Pendidikan Inklusif memberi peluang ke arah pemantapan sistem
pendidikan untuk golongan bekeperluan khas di negara kita sekaligus mengangkat
martabat pendidikan Malaysia dipersada dunia.

HBEF3503

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI
Abdul Mutalib Mohd Zain. (1994). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif ke Arah
Pengisian Wawasan Pendidikan untuk semua. Bahagian Sekolah. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Abdul Rahim Selamat. ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif.
Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi
Ang Huat Bin. (1999). Konsep dan Kaedah Pengajaran dengan Penekanan Pendidikan
Inklusif. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Azrina Abdul Majid. (2000). Persepsi guru khas dan guru Biasa terhadap Hubungan
Sosialisasi Murid Khas dengan Murid Normal di dalam Program Integrasi.
Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hasnah Udin. (1988). Bimbingan Kanak-kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur: DBP.
Jabatan Pendidikan Khas (1995). Perancangan Strategik: Pendidikan Khas 2020. Kuala
Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Rohaty Mohd Majzub. (1996). Sikap Guru Besar atau Pengetua Terhadap
Pengintergrasian Kanak-kanak dengan Keperluan Khas. Jurnal Pendidikan,
21,33-50

HBEF3503

Saravanan A/L Veeramuthu. (1997). Kajian terhadap pelaksanaan sebuah kelas inklusif
di sekolah rendah. Tesis Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.
Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak
Khas Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.Tesis
Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Zalizan M. Jelas dan Khatijah Rohani Mohd. Yunus. (1993). Laporan Kajian: Satu
Tinjauan Prevalen Keperluan Pendidikan Khas di Kalangan Kanak-kanak
berumur 4-9 tahun. Kementerian Pendidikan Malaysia.
http://eprints.utm.my/2236/1/7 9..pdf
http://nuraminamyblog.wordpress.com/2011/12/19/pendidikan-inklusif/

Anda mungkin juga menyukai