Anda di halaman 1dari 14

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA)

(MUKA SURAT HADAPAN)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

MEI / 2013

OUMM3203

PROFESSIONAL ETHICS

NAMA NO. MATRIKULASI

KHIRRULNIZAM BIN ABDULLAH : 760106075177001 : 760106075177 : 0122717443 : KHIRRULNIZAM @GMAIL.COM : OUM PETALING JAYA

NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

OUMM3203

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 Pendahuluan

2.0 Definisi rasuah

3.0 Analisis ekonomi 4.0 Analisis undang undang

3-6

7-9

5.0 Teori etika 5.1 Teori Hukum Alam

9 9 - 10

5.2 Teori Etika teologikal Klasik (Utilitarianism)

11

5.3 Teori Etika Deontologi Klasik (Universalism)

11

5.4 Teori Pengagihan Keadilan 5.5 Teori Kebebasan Diri 6.0 Penutup

12 12 13

OUMM3203

1.0 PENDAHULUAN Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalah gunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap pilih kasih dalam tindakannya. Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab al-risywah. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan memberi dan menerima suapan adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah. Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukummenghukum. Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka. Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya. Rasuah merupakan perilaku yang melibatkan jabatan-jabatan kerajaan, syarikatsyarikat korperat, para pegawai bahkan segelintir ahli politik yang secara tidak wajar atau menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkayakan keluarga dan sahabat handai sehingga menggugat kepercayaan awam yang diberi ke pada mereka.

OUMM3203

2.0 Definisi rasuah Transparency International rasuah ialah perilaku di jabatan-jabatan atau pejabatpejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai yang secara tidak wajar dan tidak sah /menurut undang-undang, dan mengayakan handai) diri atau

memperkayakan k e r a b a t n y a ( k e l u a r g a menyalahgunakan kuasa dan

sahabat

dengan

kepercayaan awam yang diberi kepada

mereka. Gejala rasuah merupakan satu jenayah a t a u k e s a l a h a n u n d a n g - u n d a n g di mana seseorang itu mendapat kebebasan, kontrak p e r n i a g a a n a t a u keistimewaan dari pihak berkuasa atau syarikat tertentu selepas m e n yo g o k k a n p i h a k t e r b a b i t d e n g a n w a n g , h a d i a h a t a u p e m b e r i a n ya n g l a i n k e p a d a pihak terbabit. Rasuah juga merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolon gan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang d i k e h e n d a k i n y a i t u . S e c a r a a m n y a r a s u a h bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalah gunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap pilih kasih dalam tindakannya. Rasuah menurut bahasa Latin berasal daripada perkataan curroptio iaitu daripada kata kerja corrumpere yang membawa maksud busuk, rosak, menggoyahkan, memutar belit, dan menyogok. Dalam bahasa Arab perkataan rasu ah bermaksud al - risywah. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil iaitu meliputi juga p e r k a t aa n jenayah lain seperti

m e r o m p a k , m e n i p u d a n m e m e r a s u g u t . S e c a r a keseluruhannya rasuah merupakan satu perilaku yang sangat terkutuk dan dibenci bukan sahaja oleh agama malah kemanusian sekali pun.

3.0 Analisis ekonomi SALAH satu daripada iltizam Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dari hari pertama beliau mengambil alih tampuk kerajaan negara ialah untuk mencegah dan seterusnya membasmi amalan rasuah di kalangan masyarakat di negara ini. Walaupun penyakit rasuah di Malaysia tidaklah seteruk yang terdapat di kebanyakan negara membangun seperti di Filipina, Bangladesh, Pakistan dan negara-negara dalam peralihan, tetapi ia perlu disekat sebelum merebak. Pada tahun 2003, mengikut Transparency International, Malaysia menduduki tempat ke-37 dari segi tahap amalan rasuah - satu kedudukan kurang selesa sementara negara Finland menduduki tempat pertama dan terbaik.Namun, tidak banyak yang 3

OUMM3203

membincangkan tentang ekonomi atau lebih tepat lagi disekonomi amalan rasuah tersebut. Perbincangan atau kajian tentang ekonomi rasuah ini termasuk isu-isu penting tentang sumber dan punca rasuah dari perspektif ekonomi, kesan atau kos amalan rasuah ini ke atas firma, industri dan ekonomi negara serta kesan ke atas individu dan masyarakat. Di sebaliknya kebanyakan isu rasuah dibincangkan dari sudut moral dan etika amalan tersebut. Oleh sebab itu, rencana ini akan membincangkan amalan rasuah dari perspektif ekonomi secara ringkas. Sebenarnya, konsep rasuah ini bersifat multifaceted, melibatkan berbagai-bagai unsur dan bentuk. Secara umum ia dianggap sebagai penyalahgunaan kedudukan, awam dan tidak kurang juga swasta, bagi keuntungan persendirian. Ia lebih cenderung berlaku apabila individu menganggap kedudukan yang diperoleh sebagai satu peluang untuk membuat keuntungan peribadi dan bukan sebagai tanggungjawab dan amanah beberapa pihak yang perlu dipikul dan dipenuhi. Di antara jenis rasuah, terdapat tiga jenis yang penting serta diberi penekanan. Ini termasuk rasuah pentadbiran (administrative corruption), rasuah dalam urusan perolehan awam (public procurement corruption) dan rasuah dalam bentuk `penawanan' beberapa institusi negara (state capture). Rasuah pentadbiran merujuk kepada penguatkuasaan dan pelaksanaan secara menyeleweng dan secara sewenang-wenang peraturan, undang-undang dan garis panduan, yang berkuat kuasa oleh kakitangan awam bagi tujuan memperoleh keuntungan peribadi secara haram. Ia diukur dengan berbagai-bagai petunjuk seperti peratusan bayaran rasuah berbanding dengan jualan hasil yang diperoleh. Lagi berat undang-undang dan peraturan yang dilanggar lagi tinggi jumlah rasuah yang perlu dibayar. Rasuah perolehan awam pula merupakan suatu dimensi penting rasuah yang melibatkan agihan/peruntukan kewangan dan sumber awam ataupun kerajaan. Ia kerap diukur sebagai peratusan bayaran rasuah untuk mendapatkan sesuatu kontrak kerajaan. Rasuah dalam bentuk penawanan beberapa institusi negara (state capture corruption) merupakan beberapa tindakan ejen-ejen ekonomi atau firma dalam sektor awam atau swasta untuk mempengaruhi penggubalan serta pelaksanaan undangundang, peraturan, arahan (decrees) dan lain-lain dasar kerajaan supaya memihak serta menguntungkan mereka dengan memberi sogokan kewangan. Di antara institusi yang kerap menjadi target termasuklah akta-akta parlimen, peraturan bank pusat, perundangan dengan cuba mempengaruhi keputusan-keputusan mahkamah sivil ataupun perdagangan; parti politik selalunya parti yang memerintah dengan memberi sumbangan kewangan untuk membiayai aktiviti parti berkenaan. Dalam semua keadaan, amalan rasuah melibatkan kos sama ada dalam bentuk peningkatan dalam perbelanjaan awam, pembaziran sumber, peningkatan dalam kos urus niaga, pengurangan 4

OUMM3203

dalam keluaran, kemerosotan dalam kualiti infrastruktur dan perkhidmatan dan. Mengikut beberapa kajian, rasuah mengakibatkan salah agihan kemahiran dan bakat (misallocation of talent) termasuk masalah guna tenaga tidak penuh beberapa golongan kemahiran yang penting dalam sesuatu masyarakat. Kita kerap mendengar, melalui rasuah seseorang diberikan jawatan yang kanan ataupun tugasan yang lumayan di samping menyekat peluang yang sama kepada individu lain yang lebih berkebolehan dan berkelayakan. Akibatnya hasil kerja yang diperoleh selalunya lebih inferior dibandingkan jika ia dilakukan oleh individu yang lebih cekap dan berkebolehan. Rasuah cenderung mengakibatkan pengurangan dalam pelaburan domestik dan pelaburan asing langsung (FDI). Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pelaburan terutama pelaburan langsung asing. Selain daripada insentif pelaburan yang ditawarkan, faktor-faktor lain termasuklah kos buruh, sumber asli tempatan, saiz pasaran domestik dan juga kecekapan urus tadbir (governence) ekonomi dan kerajaan yang meliputi juga tahap rasuah, birokrasi dan red tape. Dalam keadaan sesebuah ekonomi yang menghadapi masalah urus tadbir yang teruk, birokrasi dan red tape yang membebankan serta tahap rasuah yang kronik, kos pelaburan selalunya meningkat. Akibatnya pelaburan akan berkurangan kecuali para pelabur diberikan insentif seperti pelepasan cukai yang lumayan. Dalam keadaan di atas negara menanggung dua jenis kerugian: Pertama, rasuah yang dibayar oleh pelabur dan kedua, jumlah cukai yang dilepaskan oleh kerajaan. Jika urus tadbir diperbaiki serta rasuah dibanteras, kedua-dua kerugian tersebut dapat diatasi. Mengikut satu kajian, jika Filipina boleh mengurangkan rasuah kepada tahap yang terdapat di Singapura, ia akan dapat meningkatkan nisbah pelaburan kepada KDNKnya sebanyak 6.6 mata peratusan. Dalam kajian yang sama, bagi sebuah negara yang korup, kesan mengurangkan amalan rasuah adalah sama dengan kesan pengurangan cukai korporat melebihi 20 mata peratusan dalam usaha untuk menarik pelaburan. Dalam erti kata lain, dengan mengawal amalan rasuah, sesebuah negara yang korup mampu menarik sejumlah pelaburan asing yang sama tanpa memberikan pelepasan cukai yang lumayan hanya dengan mengawal amalan rasuah. Rasuah juga kerap mengakibatkan herotan (distortion) dalam perbelanjaan dan pelaburan awam serta kemerosotan kualiti infrastruktur fizikal seperti jalan raya, jambatan, pelaburan dan sebagainya berasaskan kepada beberapa pertimbangan. Pertama, rasuah lebih cenderung untuk meningkatkan perbelanjaan awam melebihi daripada yang diperlukan. Lagi besar perbelanjaan awam sesebuah projek awam, lagi luas ruang untuk para pegawai tinggi kerajaan yang tidak jujur memanipulasikan keadaan.

OUMM3203

Kedua, projek-projek raksasa yang melibatkan pembinaan infrastruktur lebih disukai daripada projek-projek untuk pembangunan luar bandar, sektor pertanian dan pembasmian kemiskinan. Ini disebabkan skop untuk melakukan rasuah adalah lebih luas dan lumayan lagi. Ini sudah tentu mempunyai kesan ke atas pendapatan, kebajikan serta kualiti hidup penduduk luar bandar dan golongan miskin. Ketiga, perbelanjaan kendalian, operasi serta penyelenggaraan alat-alat jentera dan lain-lain aset kerajaan kurang diminati daripada perbelanjaan pembelian mesin dan peralatan baru. Keempat, amalan rasuah lebih cenderung untuk mengurangkan hasil kerajaan akibat daripada pelepasan cukai yang diberikan sebagai insentif pelaburan dan pengelakan daripada membayar cukai dengan merasuah pegawai-pegawai berkenaan. Mengikut satu kajian, peningkatan dalam rasuah dari tahap yang terdapat di Singapura kepada tahap yang terdapat di Pakistan akan menyebabkan peningkatan nisbah perbelanjaan kepada KDNK sebanyak 1.6 mata peratusan di samping mengurangkan nisbah hasil kerajaan kepada KDNK sebanyak 10 mata peratusan. Akhir sekali, amalan rasuah memperlahankan malah membantutkan pertumbuhan sesebuah ekonomi. Sebagai contoh, jika dalam tempoh 1960-85, Bangladesh dapat mengurangkan rasuah kepada tahap Singapura dalam tempoh tersebut, kadar pertumbuhan per kapita tahunan Bangladesh sebanyak 4 peratus boleh ditingkatkan sebanyak 1.8 mata peratusan iaitu bersamaan peningkatan sebanyak 50 peratus daripada kadar pertumbuhan per kapita yang benar-benar dicapai dalam tempoh tersebut. Satu peluang yang terlepas begitu sahaja kerana ia gagal untuk membanteras rasuah! Sebenarnya terdapat banyak lagi kesan ekonomi atau kos akibat berlakunya rasuah dalam ekonomi. Memadai dengan perbincangan di atas. Walaupun ia kurang merujuk kepada keadaan rasuah di Malaysia, ia sudah cukup untuk menjadi renungan kita berhubung dengan beberapa jenis rasuah yang sedikit sebanyak terdapat di Malaysia dan betapa buruknya kesan rasuah tersebut kepada ekonomi negara. Persoalannya sekarang bagaimana hendak mengurangkan dan jika boleh membasmi gejala rasuah ini?.

OUMM3203

4.0 Analisis undang undang Apakah caranya untuk kita sedarkan masyarakat yang kita bertindak berlandaskan undang-undang. Siasatan dibuat untuk mencari kebenaran dan bukan mencari kesalahan. Kita mendakwa seseorang berasaskan keterangan yang cukup bukan berasaskan sentimen atau perasaan. Tugas kita hanya menyiasat. Jika terdapat cukup keterangan kita syorkan untuk pendakwaan. Ini adalah antara persoalan-persoalan yang sering berputar di kotak fikiran
pengurusan SPRM. Melihat kepada

komen-komen yang diberikan menerusi blog-blog

tertentu, begitu menyedihkan di mana SPRM tetap dipersalahkan jika sesuatu kes khususnya melibatkan individu berprofil tinggi tidak di dakwa di mahkamah. Terdapat perbezaan yang jelas antara ADA KES dengan ADA KETERANGAN. Kita mendakwa jika ada keterangan yang kukuh untuk mengaitkan individu dengan perlakuan rasuah yang dilakukannya.

Keterangan yang dicari termasuklah keterangan saksi-saksi, dokumen-dokumen dan perlakuan serta peranan tertuduh. Kes-kes rasuah adalah unik dan tidak sama seperti kes-kes jenayah yang lain. Kebiasaannya kes rasuah melibatkan dua individu yang kedua-duanya mempunyai kepentingan. Baik yang memberi atau menerima, kedua-duanya mendapat faedah. Tambahan pula, yang terlibat sebenarnya mempunyai perkaitan sama ada sebagai rakan perniagaan, sahabat baik, orang kepercayaan, saudara ataupun staf. Manakan tidak, jika tiada hubungan baik dan saling tidak percaya mempercayai, maka rasuah tidak akan berlaku. Oleh sebab

itu, ada kala keterangan yang diperoleh daripada saksi-saksi sukar untuk mengaitkan antara pemberi dan penerima ada dasar silaturahim yang terjalin ini. Tidak seperti jenayah bunuh, rogol, samun atau rompak, si mangsa sudah tentukan agar menggunakan proses perundangan sebagai jalan untuk membalas dendam atau menebus apa yang dilakukan oleh penjenayah. Berbalik kepada isu ADA KES dan ADA KETERANGAN tadi. Mengambil contoh

kejadian di mana seorang pemandu yang menyerahkan wang rasuah

sebanyak RM100.00

kepada anggota penguat kuasa dan kemudian melaporkan kepada SPRM. Dalam konteks ini, memang ada kes rasuah berlaku. Namun adakah dengan hanya bergantung pada

keterangan pemandu itu tadi cukup untuk mendakwa anggota penguat kuasa tersebut? SPRM memerlukan lain-lain keterangan seperti saksi yang melihat, penemuan wang rasuah yang terlebih dahulu ditandakan, perbuatan memujuk rayu (menerusi rakaman audio) jika ada sebagai bukti-bukti tambahan untuk mengukuhkan kes terbabit. Jika tiada, maka kes ini dianggap tiada keterangan kukuh dan sukar dijalankan pendakwaan. Jika terlalu banyak keraguan yang timbul dalam perbicaraan sesuatu kes, mahkamah akan melepas dan

OUMM3203

membebaskan tertuduh.Sistem keadilan di negara ini cukup adil dan saksama terhadap pengadu dan juga orang yang kena tuduh. Memang mudah untuk menuduh seseorang itu terlibat dengan rasuah. Namun berapa ramai yang sanggup tampil untuk membantu memberikan keterangan bagi mengesahkan dakwaan mereka. Keterangan ini bukan setakat sanggup tampil ke mahkamah tetapi perlu disokong dengan bukti-bukti sebagai lain-lain saksi yang melihat, dokumen yang menyokong, rakaman perbualan suspek yang jelas memujuk rayu suapan dan sebagainya. Semakin kompleks sesuatu kes, maka proses pencarian bukti menjadi sukar dan memerlukan masa, penelitian serta perancangan yang rapi. Modus operandi penjenayah menjadi semakin sofistikated dengan kemajuan ICT. Wang tidak lagi bertukar tangan begitu sahaja tetapi di masukkan ke dalam akaun di luar negara atas nama orang lain. Tidak mudah sebenarnya untuk kita mengumpulkan keterangan bagi memperkukuhkan sesuatu kes. Banyak faktor yang terlibat dan kesemuanya perlu dibuktikan dan dikaitkan antara satu sama lain. Proses mengumpulkan keterangan juga tidak terhenti setakat siasatan sahaja. Kesemua keterangan, dokumen dan saksi-saksi itu tadi perlu dikemukakan di hadapan hakim untuk pertimbangan dan keputusan beliau. Ada kalanya, siasatan kes lengkap dengan saksi, bukti serta keterangan, namun apabila di mahkamah, kes tersebut dilepas dan dibebaskan kerana wujud situasi di mana saksi-saksi berpaling tadah. Ini adalah antara cabaran-cabaran yang terpaksa dilalui agensi penguatkuasaan seperti SPRM. Selain itu. banyak kes-kes rasuah yang dikatakan berlaku terlebih dahulu dihebahkan dalam media massa. Ini bukan sahaja memberi ruang kepada penjenayah untuk mengambil tindakan memusnahkan dokumen, mempengaruhi saksi dan melarikan diri. Tiada elemen kejutan dan kerahsiaan (surprise and secrecy) dalam siasatan SPRM kerana sikap segelintir masyarakat sendiri yang suka bercakap sebelum memberi peluang kepada pihak berkuasa bertindak. Kesannya, kebanyakan siasatan kes terbantut disebabkan tiada keterangan kukuh untuk mengaitkan si perasuah dengan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya. Rasuah adalah senjata yang amat mujarab untuk memburuk-burukkan imej dan kredibiliti seseorang. Ini kerana sifat rasuah itu sendiri yang berlandaskan ketidakadilan, penyelewengan dan tiada integriti. Justeru itu, jalan singkat untuk memalukan dan menjatuhkan seseorang ialah menuduhnya melakukan rasuah. Telah menjadi lumrah segelintir masyarakat pada hari ini yang menerima bulat-bulat tohmahan yang dibuat oleh pihak-pihak berkepentingan. Seseorang yang disiasat oleh pihak berkuasa dianggap telah bersalah dan patut dihukum. Hakikatnya, siasatan yang dijalankan adalah untuk mencari kebenaran dan bukannya mencari salah orang yang ditohmah. 8

OUMM3203

Isu rasuah menjadi topik hangat di gelanggang politik. Rasuah terlalu dipolitikkan. Kesannya semua tindakan pihak berkuasa dianggap sebagai tindakan politik. SPRM dianggap alat politik pemerintah. Siasatan SPRM dianggap suatu konspirasi. Jadi bagaimana boleh agensi ini memainkan peranannya dengan berkesan jika semua tindakannya dipolitikkan. Masyarakat harus sedar dan dapat membezakan antara politik dan rasuah. Rasuah adalah jenayah dan kesalahan ini termaktub dalam undang-undang negara. Amat berbahaya jika rasuah dijadikan modal politik. Ini menyemarakkan lagi perbuatan fitnah dan rasa bencimembenci dalam masyarakat. Tindakan SPRM tidak wajar dicampuradukkan dengan politik. Biarlah SPRM laksanakan tugas dan tanggungjawabnya memerangi rasuah. Yang harus kita perangi adalah perasuah, pelindung kepada perasuah dan orang yang bersubahat dengannya. Kenapa pula kita harus perangi agensi yang memerangi rasuah? Bersama-samalah kita lakukan perubahan. Bersama-sama kita mengingatkan semua pihak untuk tidak

mempolitikkan isu rasuah kerana ia akan membawa lebih banyak kebinasaan kepada keharmonian yang sedang kita kecapi hari ini. Menurut jurucakap NUS, pemecatan Tey berkuat kuasa serta-merta. Dalam satu kenyataan yang dikirimkan menerusi e-mel semalam, jurucakap NUS berkata walaupun kesalahan Tey dianggap serius, pihak pendakwa tidak mendapati bahawa gred pelajar telah diubah. Ia menambah bahawa "markah dan ijazah membentuk masa depan siswazah kami, dan reputasi NUS sebagai sebuah institusi". Menurut jurucakap itu lagi, NUS sedang menjalankan semakan dalaman "bagi memastikan integriti sistem pemarkahan NUS dan sejauh ini kami tidak mendapati bukti tentang sebarang kegenjotan". 5.0 Teori Etika Etika bermaksud prinsip -prinsip dan peraturan moral yang dapat di terima umum sebagai cara untuk mengawal seseorang individu supaya berkelakuakn baik. Faktor-faktor yang mempengaruhi eitika seseorang individu ialah pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, pengalaman seseorang, nilai moral diri seseorang individu, dan faktor-faktor situasi (kerana tiada pilihan lain). 5.1 Teori Hukum Alam Hukum alam ialah hukum atau etika yang berkait rapat dengan agama dan kepercayaan. Apa yang betul dan salah dalam teori ini adalah bergantung kepada pegangan agama dan kepercayaan sesebuah masyarakat atau kaum . Setiap satu agama telah 9

OUMM3203

menetapkan hukum untuk kaumnya dan mereka harus mematuhi hukum itu . Kelebihan yang ada pada teori hukum ini ialah , ia di terima oleh semua golongan yang berpegang pada agama dan ia di terima sepanjang zaman. Namun apa yang menjadikan teori ini tidak sempurna ialah, ia tidak universal kerana setiap agama mempunyai pegangan, pemahaman dan kepercayaan masing-masing, jadi mereka mempunyai moral, etika dan nilai murni yang berbeza. Sebagai seorang yang beragama Islam, saya percaya bahawa pegawai tidak akan mengamalkan rasuah dalam hidupnya sekiranya dia betul-betul taat dan patuh pada ajaran islam yang maha suci. Islam memerintahkan kepada kita agar kita berlaku adil kepada semua manusia. iaitu keadilan seorang Muslim terhadap orang yang dicintai, dan keadilan seorang Muslim terhadap orang yang dibenci. Sehingga perasaan cinta itu tidak bersekongkol dengan kebathilan, dan perasaan benci itu tidak mencegah dia dari berbuat adil dan memberikan kebenaran kepada yang berhak. (Dr. Yusuf Qardhawi : 24 Jun 2007)

http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Masyarakat/Adil.html Allah SWT berfirman: Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu . (Al Quran , surah An-Nisa: ayat 135). (Dr. Yusuf Qardhawi : 24 Jun 2007). Menurut agama Islam, apabila seseorang itu telah melakukan kesalahan, orang lain yang menyedari kesalahannya itu wajib memberitahu atau membetulkan kesalahannya, dan di dalam Islam ada beberapa tahap yang boleh di ikuti. Langkah yang pertama, kita seharusnya menasihatinya secara berhikmah, dimana orang yang melakukan kesalahan tadi akan dapat berfikir tentang kesalahan dan dosanya dan pada masa yang sama dia tidak akan berasa hati dengan orang yang menegur. Jika ia tidak berkesan, terdapat cara yang kedua iaitu dengan menggunakan orang yang di hormati oleh si pembuat salah untuk menegurnya dan jika cara ini juga tidak berhasil barulah cara lebih keras boleh di lakukan, iaitu dengan cara membawa perkara ini ke muka pengadilan. Sesuai dengan hadis Rasulullah S.A.W dari riwayat Muslim dan Ibn Majah:Barang siapa diantara kamu melihat suatu kemungkaran maka hendaklah ia merubahnya dengan tangannya, dan jika ia tak mampu maka dengan lisannya, dan jika ia tak mampu juga maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (http://www.mail-

archive.com/mencintai-islam@yahoogroups.com/msg00322.html : 24 June 2007)

10

OUMM3203

Jadi dengan menggunakan teori hukum alam ini individu yang mengamalkan rasuah akan insaf atas kesilapannya. 5.2 Teori Etika teologikal Klasik (Utilitarianism) Teologikal adalah terma yang wujud dalam bahasa Greek yang bermaksud hasil keputusan atau kesan. Sistem teologi etika ini memberi fokus kepada kesan sekarang berbanding niat seseorang individu. Terma inilah yang dikatakan Utilitarianism. Teori ini bergantung kepada kesan hasil daripada tindakan seseorang. Jika tindakan seseorang atau sesebuah masyarakat itu betul, maka ia akan membawa faedah dan jika tidak ia membawa kepada keburukan kepada ramai orang. Pengagihan kesaksamaan dalam teori ini menggunakan suara majoriti. Namun teori ini masih kurang sempurna kerana ia hanya mengutamakan suara majoriti, dan mengabaikan serta mengekploitasi suara minoriti . Tidak ada keseimbangan faedah yang terima oleh minoriti berbanding majoriti. Berdasarkan kepaada teori ini, pengamal rasuah akan cuba untuk memberi rasuah untuk melayakkan dirinya untuk mencapai sesuatu hajat. Contoh untuk mendapatkan sesuatu projek perumahan dia akan cuba untuk menyogok rasuah supaya projek itu menjadi miliknya, dari terlepasada orang lain. 5.3 Teori Etika Deontologi Klasik (Universalism) Pendekatan deontologi adalah membawa maksud tugas dan komitmen terhadap seseorang individu di dalam bahasa Greek. Teori ini berdasarkan kepada niat seseorang itu dan bukannya bergantung kepada hasil dari tindakan. Dalam teori ini, jika niat seseorang itu baik, maka kesan hasil dari tindakannya itu akan menjadi baik, dan begitu juga sebaliknya. Teori ini juga menganggap bahawa semua manusia tidak terpengaruh antara satu sama lain dan tidak kelam kabut serta dengan menggunakan teori ini semua orang akan di beri layanan yang sama rata. Oleh yang demikian teori ini menganggap bahawa jika seseorang itu berniat baik selalunya akan membawa kepada hasil yang baik dan jika seseorang itu berniat baik, maka ia semestinya untuk kebaikan semua pihak. Namun ada kekurangan terhadap teori ini kerana kita sebagai manusia tidak tahu menilai sejauh manakah niat baik seseorang, dan bagimana mahu menginterprestasinya. Selain itu, adalah mustahil untuk memberikan layanan yang sama rata kerana setiap orang mempunyai perasaan, nilai, moral dan pemikiran yang berbeza. Berdasarkan kepada teori ini, Pengamal rasuah sepatutnya sedar akan kemampuan syarikat atau dirinya adakah mampu untuk menjalankan projek yang akan bakal diperolehi

11

OUMM3203

dan kalau tidak berkemampuan jangan beri rasuan untuk mendapatkan nya juga, beri saja kepada yang mampu menlaksanakannya. 5.4 Teori Pengagihan Keadilan Teori ini menekankan kepada pengagihan yang adil kepada semua manusia dan ia berdasarkan kepada keadilan dan nilai murni sesebuah masyarakat. Ia mementingkan kerjasama antara satu institusi atau masyarakat, Pengagihan keadilan ini adalah berdasarkan kepada kesamarataan, keperluan, kebolehan dan sumbangan seseorang. Namun teori ini masih kurang berkesan kerana teori ini menidakkan kelebihan seseorang individu. Sebagai contoh walaupun seseorang itu tidak banyak menyumbang untuk sesuatu perkara itu, tetapi dia mempunyai kebolehan dan kemahiran yang tinggi, berbanding pada seseorang yang banyak menyumbang tetapi tidak mempunyai kemahiran dan kebolehan. Jadi pengagihan yang adil tidak dapat di lakukan. Seperti juga masalah dilema yang saya hadapi ini, pegawai atasan saya tidak mengagihkan kesamarataan,seharusnya melihat kemampuan syarikat yang telah ada latar belakang yang baik dan tidak mengamalkan rasuah. Jadi, berdasarkan teori ini jelas menunjukkan bahawa pegawai itu tidak membuat keputusan yang tepat.

5.5 Teori Kebebasan Diri Menurut teori yang di cadangkan oleh Robert Norzick ini, ia adalah berdasarkan kepada kebebasan atau hak seseorang individu. Menurut Norzick undang-undang atau nilai sesebuah masyarakat yang menyekat kebebasan individu patut di tolak. Menurutnya lagi seseorang itu mempunyai hak untuk memegang kekayaan atau pun apa sahaja yang di miliki tanpa berkongsi dengan orang lain tetapi mereka juga mempunyai hak untuk memberikannya kepada sesiapa sahaja yang di sukainya. Seseorang individu di benarkan untuk memilih salah satu alternatif pilihannya sendiri mengikut kehendaknya. Teori ini juga mempunyai kelemahan iatu ia mempunyai definisi yang sempit tentang kebebasan yang mana akan memberikan impak yang negatif kepada orang lain. Mengikut teori ini, pengamal rasuah sepatutnya memilih syarikat yang betuk berkemampuan untuk melaksanakan projek tersebut, walaupun impak negatifnya sanagt besar, iaitu untuk mendapatkan sesuati projrk yang betul-betul berkualiti.

12

OUMM3203

6.0 Penutup Justeru itu tidak hairanlah mengapa agenda pembasmian rasuah menjadi salah satu daripada beberapa agenda penting yang diberi perhatian utama oleh kepimpinan Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Bukti kesungguhan beliau untuk memerangi masalah ini dapat dilihat melalui penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM) dan pelancaran Pelan Integriti Nasional (PIN) pada April 2004 iaitu selepas hanya beberapa bulan dilantik memegang jawatan Perdana Menteri. Seterusnya agenda ini terus dinyatakan secara berterusan di dalam kebanyakan ucapan-ucapan rasmi beliau. Rasuah adalah penghalang kepada pembangunan negara dan ia sering dikaitkan dengan amalan tadbir urus yang tidak cekap. Masalah ini bukan sahaja wujud di dalam sektor awam malah di dalam sektor swasta juga.

Rasuah yang berleluasa merupakan cerminan terhadap mutu pentadbiran negara. Kebanyakan kajian tentang kesan rasuah menunjukkan bahawa ia boleh menyebabkan kadar pertumbuhan ekonomi yang rendah. Ini kerana unsur rasuah menghalang penyertaan pelaburan tempatan dan menyekat kemasukan pelaburan asing ke sesebuah negara 3876 perkataan

RUJUKAN / REFERENSI 1. Prof. Dr Ansary Ahmad et. al. (2007). Open University Malaysia: OUMM3203 Professional Ethics.. Kuala Lumpur. MeteorDoc Sdn. Bhd. 2. Majid Fakhry (1994). Ethical Theories In Islam. New York. E.J. Brill. 3. Thiroux, Jacques P (2001). Ethics: Theory And Practice . Saddle River. Prentice Hall. 4. Mohd Janib Johari (2001). Etika Profesional. Skudai. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. 5. Dr Yusuf Qardhawi (2007). Sistem Masyarakat Islam Dalam Al-Quran dan Sunnah published at http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Masyarakat/Adil.htm 6.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=1221&pub=utusan_malaysia& sec=rencana&pg=re_05.htm&arc=hive#ixzz2Z5IymMg0 13

Anda mungkin juga menyukai