Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
DOKUMENTASI HAMSTER
PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, haiwan membawa maksud binatang iaitu makhluk yang bernyawa dan tidak berakal. Peliharaan pula membawa maksud yang dipelihara. Oleh itu, haiwan peliharaan pula membawa maksud binatang yang dipelihara oleh seseorang. Hawan kesayangan bermaksud haiwan yang dipelihara di rumah kediaman dengan penuh kasih sayang dan suka akan binatang.
Terdapat berbagai-bagai jenis haiwan di muka bumi ciptaan Allah S.W.T. ini yang popular yang menjadi rebutan ramai untuk dijadikan haiwan peliharaan. Ianya adalah mengikut citarasa pemilihan individu itu sendiri haiwan yang bagaimanakah digemari dan diminati untuk dipelihara sebagai haiwan kesayangan.
Selain haiwan, ikan juga menjadi pilihan manusia untuk dipelihara mengikut kegemaran masing-masing.Pernahkah kamu melihat ikan yang cantik berwarna-warni dipelihara? Bukan untuk dimakan. Ikan kategori ini dikenali sebagai ikan hiasan. Tujuannya dipelihara untuk menceriakan kawasan di sudut rumah, pejabat atau kelas. Ini juga memberikan ketenangan kepada kita di samping menghayati kehidupan alam akuatik. Bolehkah kamu menamakan beberapa jenis ikan hiasan yang dipelihara lazimnya di dalam akuarium? Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan
Sebelum memelihara haiwan/ikan hiasan terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan seperti tujuan pemeliharaan sama ada sekadar teman bermain atau untuk untuk tujuan komersil atau sebaliknya, bersedia atau tidak untuk hidup bersama haiwan tersebut, bersedia dengan masalah-masalah yang bakal ditimbulkan oleh haiwan tersebut dan juga kos belanja yang perlu di belanjakan untuk menguruskan haiwan tersebut sama ada dari aspek pemakanan, perlindungan dan kesihatan yang diperlukan dan sebagainya.
Hamster Mini Rusia Campbel pertama kali ditemui pada tahun 1905 oleh Thomas Campbell dan yang seterusnya memberikan hamster ini kepada Gamalyea Institute di Moskow. Pada tahun 1963-1964, Hamster Campbel di import ke Inggeris oleh Holloway College London dan juga dikirimkan ke London Zoological Society pada tahun 1963. Dan pada tahun 1968 hamster Campbel berhasil dikembangkan dan dibiakkan di Inggris. Hamster Campbel juga digunakan untuk keperluan laboratorium dan pada tahun 1973-1974 sepasang Hamster Campbel di dapati dari Kebun Binatang London oleh sekelompok anggota dari penggemar hamster dan pada tahun 1976 kelompok penggemar hamster itu memberikan beberapa ekor Hamster Campbel lagi kepada Kebun Binatang London. Namun, Hamster Campbel tidak begitu popular sebagai haiwan peliharaan sehinggalah pada awal tahun 1980 dan mulai sejak itu Hamster Campbel banyak ditemui di kedai-kedai haiwan peliharaan.
Nama Inggeris: Campbell Hamster Sebutan Inggeris lain: Dwarf Campbell's Russian Hamster Latin: Cricetinae Phodopus Sungorus campbellii Panjang tubuh: 8-11 cm Jangka hayat: 2-2.5 tahun Karakter: Berkoloni
Hamster Mini Rusia Winter White pertama kali ditemui pada tahun 1770 dan yang seterusnya di simpan dan dikembang dan dibiakkan sebagai haiwan untuk laboratorium di Jerman oleh Klaus Hoffmann sekitar tahun 1960 dan pada umumnya Hamster Winter White yang sekarang ini yang banyak dipelihara berasal dari situ. Hamster Winter White diperkenalkan di laboratorium Inggeris sekitar tahun 1970 dan diperkenalkan di pasaran haiwan peliharaan pada tahun 1978.
Sebutan Inggeris lain: Dwarf Winter White Russian Hamster, Djungarian Dwarf Hamster Latin: Cricetinae Phodopus Sungorus sungorus Panjang Tubuh: 9-12 cm Jangka Hayat: 2-2.5 tahun Karakter: Berkoloni
Hamster Roborovski pertama kali ditemui pada bulan Julai tahun 1894 oleh Lt Roborovskii di Nan Shan. Tetapi, Hamster Roborovski tidak dipelihara sehingga sekitar tahun 1970 yang akhirnya Hamster Roborovski di simpan di Uni Soviet khususnya oleh Kebun Binatang Moskow. Dan Zoological Society di London mendapatkan Hamster Roborovski dari Kebun Binatang Moskow pada akhir tahun 1970, namun sayangnya Hamster Roborovski tidak dikembang dan dibiakkan.
Negara-negara Eropah menerima Hamster Roborovski dari Kebun Binatang Moskow dan juga dari institut-institut ilmiah Uni Soviet. Hamster Roborovski di import ke Inggeris oleh pemelihara-pemelihara hamster di Belanda pada tahun 1990 dan diyakini beberapa kebun binatang di Amerika juga mendapatkan Hamster Roborovski namun mereka tidak berhasil membiakkan hamster-hamster itu. Pada tahun 1998 sekelompok Hamster Roborovski diimport ke Amerika lagi oleh pencinta hamster di Inggris. Seterusnya Hamster Roborovski di tangkap di alam liar pada tahun 1997-1998, namun sayangnya gagal dikembangkan dan dibiakkan kerana hamster-hamster itu mati kerana tekanan yang dihadapi atau dengan kata lain 'stress' pada saat diimport.
Inggeris: Roborovski Hamster Sebutan Inggeris lain: Desert Hamster Latin: Cricetinae Phodopus roborovskii Panjang tubuh: 4-5.5 cm Jangka hayat: 2.5-4 tahun Karakter: Berkoloni
Hamster Cina pertama kali ditemui pada tahun 1900 dan yang seterusnya dipelihara untuk digunakan di laboratorium. Hamster Cina diperkenalkan di pasaran haiwan peliharaan pada sekitar tahun 1960. Minat masyarakat terhadap Hamster Cina berkembang pada sekitar tahun 1970 ketika Hamster Rusia Campbel dan Winter White diperkenalkan di pasaran haiwan peliharaan.
Inggeris: Chinese Hamster Sebutan Inggeris lain: Long-Tailed Dwarf Hamster Latin: Cricetinae Cricetulus griseus Panjang tubuh: 10-12 cm Jangka hayat: 2-2.5 tahun Karakter: Soliter
Hamster Syrian, seperti namanya berasal dari Aleppo wilayah sekitar Syria. Hamster Syrian merupakan hamster yang paling dikenali dan banyak terdapat di kedai haiwan peliharaan. Ukuran hamster jenis ini adalah yang paling besar di antara hamster-hamster lain. Hamster Syrian disebut juga Golden Hamster, kerana mantel bulu asli mereka berwarna kuning emas meskipun sekarang banyak variasi mantel bulu dari hamster Syrian.
Inggeris: Syrian Hamster Sebutan Inggeris lain: Golden Hamster, Teddy Bear Hamster Latin: Cricetinae Mesocricetus auratus Panjang tubuh: 16-18 cm Jangka Hayat: 2-3 tahun Karakter: Soliter
6. Hamster Hybrid
Hamster Hibrid adalah hasil pembiakan antara Hamster Campbel dan Hamster Winter White. Di dunia barat pembiakan campuran antara Hamster Campbel dan Hamster Winter White sangat ditentang kerana akan menghilangkan keaslian dan kemurnian dari sub spesies hamster Campbel dan Winter White. Di negara barat seperti Amerika dan Inggeris sangat jarang atau bahkan tidak ditemui Hamster Hibrid di kedai haiwan peliharaan atau diternakkan hamster yang ternama sekalipun kerana mereka pada umumnya tidak menyukai perkahwinan 2 jenis binatang yang berbeza terutama hamster.
Hamster Hibrid sebenarnya tidak hanya perkahwinan silang antara Campbel dan Winter White. Namun Syrian dan Campbel pun boleh di kawin silangkan dan anak mereka akan disebut Hamster Hibrid, begitu juga dengan hamster lain kerana mereka berasal dari sub famili yang sama (Cricetinae).
Diyakini Hamster Hibrid mempunyai jangka hidup yang pendek. Umur hamster ini umumnya paling lama hanya mencapai 1.5 tahun. Hamster Hibrid mempunyai warna bulu krim.Terdapat juga warna putih dengan garis halus di punggung berwarana kri muda. Namun ada juga yang berwarna emas terang dengan mata berwarna merah. Hamster ini agak mahal.
Inggeris: Hybrid Hamster Panjang tubuh: 8-12 cm Jangka Hayat: 1-1.5 tahun Karakter: Berkoloni
Perkara pertama yang perlu dititikberatkan sekiranya ingin memelihara hamster adalah pemeliharaan hamster perlulah secara berpasangan untuk menggelakkan hamster tersebut stress kerana hamster juga makhluk yang yang bernyawa seperti manusia yang telah diciptakan secara berpasangan.
Seperti kebanyakan binatang ternakan lain seperti kucing dan sebagainya, hamster adalah binatang yang prihatin terhadap persekitarannya. Ini bermakna, ia akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan pemilik dan keadaan tempat baru. Walaupun jika dilepaskan ia kelihatan seperti mahu melarikan diri, hamster adalah binatang yang dikategorikan dalam senarai binatang ternakan jinak. Pada peringkat
awalnya juga, sukar untuk menyuapkan makanan kepada hamster tetapi lama kelamaan keadaan akan berubah.
Sewaktu hamster di dalam sangkar, jangan memandai mandai untuk hulurkan jari anda jika hamster tersebut masih belum biasa dengan anda kerana kemungkinan hamster tersebut menyangkakan bahaya dan bertindak kasar dengan mencakar atau menggigit (sesetengah gigitan hamster boleh membawa luka). Jika mahu memegang hamster, belajar cara memegang dengan betul iaitu satu tangan anda menjadi tempat ia berpijak dan satu lagi tangan anda mengusap di belakangnya.
2. Tempat tinggal
Selalunya, hamster yang pertama kali dibeli akan datang sekali dengan sangkar tempat tinggal. Pertimbangkan saiz tempat tinggal bergantung kepada berapa banyak bilangan hamster yang ingin dibela.
Harganya pula berlainan mengikut saiz serta perkakasan lain yang datang sekali dengan tempat tinggal. Tempat tinggal ini juga harus disediakan ruang pengudaraan yang secukupnya, tempat tidur (bedding) yang dibuat daripada habuk kayu serta tempat menyimpan makanan dan minuman. Jangan lupa untuk menyediakan bahan bahan permainan seperti roda berpusing, sudu plastik dan sebagainya kerana telatah hamster yang suka untuk bermain.
3. Makanan
Makanan yang paling umum dan sesuai diberi kepada hamster adalah bijjian kering proses (selalunya diimport) berserta makanan tambahan lain seperti kuaci, kekacang serta makanan proses yang telah dibungkus. Sekali sekala, anda juga boleh menukar selera dengan memberi diet yang lain seperti epal, lobak merah dan pisang dengan syarat anda membuat pemerhatian jika hamster anda menyukainya atau tidak. Pemberian makanan yang basah juga tidak boleh terlalu kerap kerana ia boleh mengganggu sistem penghadaman hamster. Sesetengah hamster yang bersifat malu akan dilihat memakan dengan begitu cepat dan berlalu ke tempat persembunyiannya. Sebenarnya, ia tidak makan kesemua makanan tersebut. Sebaliknya, makanan tersebut hanya disimpan di sekitar lehernya buat sementara, dan kemudian dikeluarkan semula di tempat persembunyiannya. Selepas itu baru makanan tersebut akan dimakan sedikit demi sedikit. Untuk minuman, pastikan botol airnya mencukupi dan jika perlu, tambahkan air (air boleh jadi air kosong atau campuran air dan cecari vitamin yang dibeli di kedai).
KUACI Kuaci hendaklah diberi dalam kuantiti yang sedikit sahaja kerana kuaci mengandungi lemak yang tinggi.
KACANG TANAH
4. Kebersihan
Kebersihan perlu dijaga untuk menggelakkan bau yang tidak menyenangkan. Bau ini akan mengganggu hidup anda. Bau ini datangnya samaada dari sisa makanan, najis dan air kencing hamster yang telah lama. Jadi, luangkan masa untuk menukar bedding hamster anda sekali atau dua kali seminggu. Anda juga boleh memandikan hamster anda sedikit dengan melakukannya dengan cermat dan berhati hati. Pastikan tempat tinggal hamster anda sentiasa bersih dan kering.
PEMBIAKAN HAMSTER (SYRIAN) Induk Jantan Tempoh subur hamster jantan adalah 18 bulan. Tanda hamster bersedia untuk mengawan ialah hamster akan mengaru belakangnya. Testis hamster jantan juga akan membesar dan jelas kelihatan menandakan ia sudah matang untuk mengawan. Hamster jantan juga akan mencium alat kelamin hamster betina untuk menandakan ia sudah bersedia untuk mengawan. Proses mengawan biasanya mengambil masa 15 minit.
Induk Betina Umur induk betina yang berusia 4 hingga 11 bulan dengan bentuk tubuh dan badan yang sihat adalah sesuai untuk proses mengawan. Pada usia 12 bulan biasanya hamster betina tidak boleh bunting lagi. Jika hamster bunting sebelum mencapai usia 12 bulan kemungkinan anak hamster akan mati serta hamster betina itu sendiri akan lemah atau mati. Tempoh mengawan hamster betina siria 4 hari sekali biasanya pada waktu malam sekitar 8 malam sehingga 7 pagi Anak akan lahir dlm tempoh 16 hari
MELAHIRKAN ANAK
Antara tanda tanda hamster bakal melahirkan anak adalah perut yang membesar serta tahap keaktifannya yang meningkat. Ia juga akan kelihatan mundar mandir di dalam sangkar seolah olah mahu keluar. Setelah kelahiran anak (setiap kelahiran mungkin melibatkan satu, dua atau beberapa ekor anak), pisahkan hamster jantan (bapa) dan biarkan si ibu bersama sama anak anaknya sehingga mereka sudah boleh berdikari tanpa bantuan daripada si ibu.
Cara memandikan hamster Peralatan yang perlu disediakan sebelum memandikan hamster
Air bersih Shampo (shampo manusia juga tidak masalah) Wadah air 2 buah Sikat gigi Lap/handuk
bekas air
Tahap pertama, campurkan shampo dengan air pada wadah pertama. Lalu ambil hamster yang akan dimandikan, pegang dengan benar. Lalu, sikat bulu lembutnya dengan sikat gigi yang sudah dicelupkan di larutan shampo. Gosok secara perlahan.
Sikat bulunya
Setelah merata, pijat-pijat dia dengan lembut, sampai busanya keluar. Lalu bilas dengan air bersih. Bilas sampai tidak berbekas shampo.
Bilas sampai bersih Pada proses ini, harap dilakukan dengan cepat, agar hamster tidak kedinginan terlalu lama. Karena hamster bisa mati kalau kedinginan lama lama.
Manjakan hamster anda dengan usapan kering. Keringkan semua badannya. Kalau ada, lebih baik menggunakan hair dryer. Gosok dengan handuk secara perlahan nan lembut. Perhatikan cara memegang hamster berikut!
Di habitat aslinya, hamster bebas memilih makanannya. Namun, tidak demikian jika hamster dipelihara manusia. Tidak jarang, makanan yang diberikan hanya tergantung pada selera pemiliknya. Orang sering tidak menyedari bahawa sesungguhnya hamster adalah omnivore yang memakan segalanya. Hal ini
disebabkan orang hanya sering melihat hamster sedang memakan kuaci dari biji bunga matahari. Di alam bebas atau di habitat aslinya hamster memakan biji bijian, sayuran hijau, buah-buahan, dan juga serangga kecil. Pemberian satu jenis makanan saja dapat membuat hamster bosan dan kurang nafsu makan. Akibat pemberian satu jenis makanan untuk jangka panjang adalah hamster akan kekurangan atau kelebihan gizi, vitamin, dan mineral yang penting untuk menunjang kesihatan tubuhnya. Jadi, harus diusahakan memberi hamster dengan menu makanan yang bervariasi.
Makanan berupa sayuran saja tidak akan membuat hamster kenyang. Sayuran banyak mengandung air, tetapi rendah karbohidrat, sehingga akan membuat hamster cepat lapar dan sering kencing. Oleh sebab itu, hamster yang hanya makan sayuran terlihat rakus dan makan terus-menerus kerana kenyangnya berlangsung cepat. Sayuran cepat sekali dicerna dan sisa hasil pencernaannya lebih banyak berupa kotoran air (urine) daripada kotoran padat.
Sementara itu, pemberian makanan berupa biji bunga matahari saja secara terus-menerus dapat membuat hamster menjadi kegemukan, karena biji bunga matahari terutama yang berjenis kecil dan berkulit putih banyak mengandungi lemak. Kandungan lemak dalam biji bunga matahari jenis apa pun akan membuat bulu hamster sehat dan berkilau.
Meskipun demikian, memberikan makanan hanya berupa biji .bunga matahari juga kurang baik karena kandungan kalsium dalam biji bunga matahari sangat rendah. Kebiasaan dengan hanya .memberikan satu jenis menu makanan membuat hamster hanya terbiasa dengan satu menu. Hal ini biasanya akan membuat pemilik panic kerana jenis menu yang lain pasti tidak akan disentuh hamster. Protein adalah salah satu zat yang penting dan sangat bermanfaat bagi hamster, terutama yang sedang hamil. Protein biasa diberikan dalam bentuk telur ayam rebus, susu bubuk, atau keju. Hamster muda.(dan induk hamster yang hamil memerlukan asupan protein yang lebih banyak dibandingkan dengan hamster dewasa. Kebutuhan ideal hamster muda dan induk hamster yang hamil terhadap protein sekitar 24% dari total zat yang harus terkandung dalam pakan. Sementara itu, hamster dewasa memerlukan sekitar 18% protein dalam pakan yang dikonsumsinya.
Kekurangan gizi pada induk betina yang sedang hamil bisa berdampak pada bayi yang dikandungnya. Bayi hamster bisa lahir dengan kondisi fizik lemah, selalu lapar, berukuran kecil atau tidak normal, sertarisiko kematiannya adalah tinggi.
B. Akibat Kekurangan Gizi, Vitamin, dan Mineral Hamster yang kekurangan gizi, vitamin, dan mineral menunjukkan kondisi atau gejala sebagai berikut;
Paralysis Kandang ( Gejalanya paralysis kandang antara lain hamster tampak sering tidak tenang, makan terus-menerus, dan sering melompat. Penyebabnya, hamster dipelihara di tempat yang terlalu sempit atau kekurangan vitamin D dan E. Cara mengatasinya adalah menempatkan hamster di dalam kandang yang lebih luas, serta memberi menu pakan yang bervariasi serta memberi asupan vitamin D dan E.
Maloclusion Maloc1usion adalah gejala kelebihan panjang gigi akibat hamster jarang memperoleh kesempatan untuk mengasah giginya. Penanganannya bisa dilakukan dengan cara memberi hamster menu pakan yang keras sebagai selingan, seperti beberapa butir biji jagung, makaroni mentah, wortel, lembaran tulang curni (berwarna putih), dan potongan kayu atau ruas batang bambu.
Diare Diare terjadi akibat pakan yang kotor, busuk, berjamur, tidak cocok, dan hamster terkena embusan angin secara terus menerus. Gejala diare berupa kotoran basah dan lembek atau berair. Cara pencegahannya adalah dengan menghindari pemberian pakan tersebut serta mencuci wadah pakan dan mengeringkannya sebelum menggunakannya kembali. Cara mengatasinya adalah dengan memberikan hanya pakan kering dan membatasi air minum yang matang menggunakan botol selama hamster terkena diare. Untuk
menyembuhkannya dianjurkan dengan cara memberikan arang norit (1/4 tablet dicampur dengan 20 cc air matang hangat).
BIBLIOGRAFI
http://www.amazine.co/10802/tips-memelihara-hamster-9-langkah-merawat-anakhamster/
http://homefamilysite.com/blog/tips-menjaga-hamster/
http://rizalmurad.blogspot.com/2013/05/hamster-dan-cara-penjagaan.html
http://qilayie.blogspot.com/2011/12/cara-cara-menjaga-hamster-dengan-baik.html
http://elmohamtaro.blogdrive.com/
http://heartkey-parade.blogspot.com/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ikan_Pelaga
http://i-kanlaga.blogspot.com/
http://7terbaik.com/7-terbaik-jenis-jenis-ikan-pelaga-dan-tercantik/
http://www.bettavillage.com/2009/03/tips-permakanan-ikan-laga.html
http://bettasplendens001.blogspot.com/