Anda di halaman 1dari 4

Pengenalan Jurnal ini ditulis mengenai impak tingkah laku kepimpinan transaksi dan transformasi pengetua terhadap kepuasan

kerja dan komitmen guru terhadap sekolah. Pengetua adalah tunjang utama dalam memacukan kecemerlangan sekolah. Selain itu, tingkah laku kepimpinan pengetua juga dapat mempengaruhi kepuasan kerja dan komitmen guru. Oleh itu, pemilihan tajuk ini sebagai satu kajian adalah tepat kerana gaya kepimpinan transaksi dan kepimpinan transformasi sering diamalkan oleh kebanyakan pengetua di sekolah. Pendekatan penulisan yang ditunjukkan seperti umum kepada spesifik telah dinyatakan secara jelas dan nyata. Penyelidik menerangkan tentang kepentingan kepimpinan di sesuatu organisasi kemudian dikecilkan skopnya pula kepada gaya kepimpinan pengetua di sekolah dan kesannya kepada kepuasan kerja dan komitmen guru. Selepas itu penyelidik membincangkan tentang ciri- ciri kepimpinan transaksi dan kepimpinan transformasi yang mempunyai kelemahan dan kelebihannya tersendiri. Selain itu penyelidik mengulas dengan jelas tentang beberapa jurnal lepas sebagai rujukan dan panduan kepada beliau untuk menghasilkan satu kajian yang berkesan. Beliau juga menggunakan perbandingan dapatan kajian lepas sebagai tujuan untuk membuat kajian yang terperinci tentang impak kepimpinan transaksi dan transformasi terhadap kepuasan kerja dan komitmen guru di sekolah. Objektif kajian dan hipotesis kajian tidak dinyatakan di dalam jurnal ini. Objektif kajian sewajarnya dinyatakan kerana ia adalah panduan dan penentuan halatuju jurnal yang ditulis. anakala hipotesis kajian adalah suatu proposisi atau anggapan yang mungkin benar dan

sering digunakan sebagai dasar pembuatan keputusan atau pemecahan persoalan untuk dasar penelitian lebih lanjut. !alaubagaimanapun, soalan kajian dinyatakan dengan jelas.
"amun, soalan kajian sepatutnya tidak dapat dikenalpasti kerana soalan kajian seharusnya ditulis selepas dinyatakan objektif kajian. Selain daripada objektif kajian, soalan kajian dan hipotesis kajian, terdapat beberapa subtopik- subtopik yang harus dibincangkan dalam penulisan jurnal di Bab # ini seperti kepentingan kajian, batasan kajian, definisi konsep dan organisasi laporan. Semua elemen ini harus dijelaskan di Bab # iaitu Pengenalan. "amun, penyelidik hanya melengkapkan jurnalnya dengan menyediakan pernyataan masalah dan soalan kajian.

Metodologi Kajian $ajian ini menggunakan sebanyak %&' orang guru- guru daripada #' '%% orang guruguru kesemuanya yang berkhidmat di sekolah menengah kebangsaan harian di sekitar Johor Bahru. Sai( sampel adalah bersesuaian dengan sai( populasi subjek kajian kerana semakin besar sai( populasi, semakin kecil peratus populasi yang diperlukan. anakala penyelidik memilih sampel secara rawak kerana ia melibatkan sai( populasi yang besar dan senang untuk diuruskan. !alaubagaimanapun, ia boleh mengelirukan penyelidik untuk menganalisa data dan melibatkan penggunaan masa yang agak lama. Bagi menguji sampel yang dipilh, penyelidik menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengagihkan soal kaji selidik untuk dijawab oleh guru- guru. )lat untuk mengukur gaya kepimpinan transaksi dan transformasi yang digunakan oleh penyelidik adalah *eadership +uestionnaire , *+- manakala dipilih untuk menentukan kepuasan kerja guru dan Organi(ational ultifactor innessota Statisfaction +uestionnaire , S+.ommunication

+uestionnaire ,O.+- digunakan untuk menentukan komitmen guru. $esemua alat pengukur ini adalah tepat dan sering digunakan oleh penyelidik- penyelidik terdahulu. )ntara kajian lepas yang menggunakan kaedah ini ialah Ja(mi ,&//0- yang mengkaji hubungan antara gaya kepimpinan pengetua dan kepuasan kerja guru. Setelah sampel ini dikumpulkan, penyelidik akan memproses data- data dan maklumat yang diperolehi sebelum menganalisanya. "amun begitu penyelidik tidak menyatakan cara pemprosesan data yang diperolehinya. 1ata dan maklumat yang dijawab oleh guru- guru akan diproses dengan menggunakan pengaturcaraan Statistical Package for The Social Science (SPSS). 2ni adalah cara yang biasa digunakan oleh penyelidik- penyelidik lepas dalam memproses data. Setelah data diproses, ia akan dianalisa pula. 3erdapat banyak kaedah, salah satu yang digunakan oleh penyelidik adalah statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriptif digunakan dalam kajian ini kerana data yang dihasilkan dapat dianggap sebagai ringkasan daripada keseluruhan set data. bagi sisihan piawai dan min tidak dinyatakan. Bagi statistik inferensi pula, penyelidik menggunakan kaedah regresi pelbagai kerana kajian ini melibatkan lebih darpada dua pembolehubah."amun begitu ia menjadi sedikit sukar untuk dianalisis kerana penyelidik tidak menyatakan hipotesis kajian untuk dikaji. 2ni kerana bagi statistik inferensi, ia hanya dapat dilaksanakan berasaskan ujian hipotesis nol. Salah satu anakala bagi statistik deskriptif, data deskriptif harus dilaporkan seperti nilai min, sai( sampel, kolerasi dan sisihan piawai. "amun begitu, data

langkah bagi menguji hipotesis nol iaitu menetapkan kriteria bagi menolak hipotesis nol dengan menentukan tahap signifikan tidak dinyatakan dalam kajian ini. "amun begitu, kajian rintis tidak dilakukan dalam kajian ini. $ajian rintis amat penting untuk dijalankan kepada guru- guru yang tidak terlibat dalam sampel kajian dan ia boleh dijadikan satu analisa kebolehpercayaan intstrumen yang digunakan. Jika kajian rintis tidak dilakukan, intstrumen yang digunakan oleh penyelidik boleh dipertikaikan dan diragui kesahihannya. Selain itu, penyelidik juga tidak menyatakan prosedur atau cara- cara pengumpulan data yang diperoleh dari sampel kajian. 2a sepatutnya ditulis dengan jelas samada penyelidik kemukakan surat kebenaran daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan $ementerian Pelajaran Dapatan Kajian Penyelidik menerangkan dengan jelas tentang dapatan kajian dengan melakukan analisa setiap data dengan menggunakan statistik deskriptif dan infersensi seperti yang dinyatakan. Penyelidik menggunakan bantuan grafik berbentuk jadual bagi menerangkan dengan lebih jelas dapatan setiap kajian. Selain daripada itu, penyelidik menggunakan kaedah nilai 45 iaitu 6arian bagi mengenalpasti perkaitan atau hubungan antara pembolehubah bersandar ,kepuasan kerja guru dan komitmen guru terhadap sekolah- dan pembolehubah bebas ,kepimpinan transaksi dan kepimpinan transformasi-. Penyelidik mengulas dapatan kajian berdasarkan nilai 6arian dan beta yang diperoleh. Penyelidik tidak menyatakan sebab pemilihan kaedah regresi mudah dan regresi pelbagai dan sebab tidak memilih kaedah- kaedah yang lain. 1isebabkan penyelidik tidak melakukan kajian rintis bagi mengenalpasti alaysia semasa pengendalian soal selidik ataupun tidak.

kebolehpercayaan instrument yang digunakan, maka tiada analisis kebolehpercayaan soal selidik disediakan. Selain daripada itu, dapatan kajian tidak menyatakan secara terperinci analisis profil responden yang merangkumi taburan sampel kajian ,sekolah- sekolah yang terlibat sebagai sampel kajian-, bilangan soal selidik yang diedarkan dan dikembalikan, dan profil responden mengikut demografi tertentu. Penyelidik ada menyatakan kajian ke atas demografi subjek kajian diuji menggunakan statistik deskripitif, namun dapatan kajian tidak dihuraikan. Selain itu, penyusunan analisis kajian tidak teratur kerana ia tidak disusun mengikut urutan objektif kajian. 2a harus disusun dengan menyatakan subtajuk- subtajuk merujuk kepada

objektif kajian di Bab #. "amun begitu, penyelidik tidak menyatakan objektif kajian di dalam jurnal ini yang menyukarkan data kajian untuk diuji. Rumusan Perbincangan

Anda mungkin juga menyukai