Anda di halaman 1dari 2

Bahasa bersifat arbitrari Terdapat keterangan yang menyebut arbitrari bermaksud sewenang-wenangnya.

Secara sosialnya, dikatakan bahawa lambang bahasa dicipta sesuka hati. Secara linguistik pula, apabila satu lambang, contohnya sekolah apabila disebut, ia tidak membayangkan murid-murid, meja, kerusi, guru dan lainlain. Sekolah hanya berfungsi sebagai lambang semata-mata. Ringkasnya, tiada perhubungan atau perkaitan yang wujud di antara bunyi atau lambang dengan maksud/makna lambang, malahan bahasa digunakan sebagai alat berhubung untuk maksud sosial dan bukannya maksud penghayatan. Dalam menjelaskan konsep arbitrari ini, Wardaugh menulis, ...We cannot predict exactly which specific features we will find in a particular language if we are unfamiliar with the language or with a related language yang bermaksud, kita tidak boleh mengandaikan dengan tepat fitur-fitur khusus mana yang akan kita temui dalam bahasa tertentu jika kita tidak arif tentang bahasa itu ataupun bahasa yang berkaitan. Tidak terdapat sebarang cara untuk meramal maksud sesuatu perkataan dengan hanya mendengar sebutannya. Menurut De Saussure, bahasa dikatakan arbitrari dari aspek ia dihasilkan dengan tidak dimotivasikan, tidak terdapat hubungan semula jadi di antara penunjuk dengan apa yang ditunjuknya dan sebarang perkara yang ditunjukkan boleh dinyatakan oleh sebarang penunjuk. Sama sekali tidak boleh dijangkakan di dalam kebanyakan sifat-sifat bahasa dan hampir wujud perkaitan antara simbol dan objek (Wells, 1968) apabila

Page 16
15

Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif

www.karyanet.com.my BAHASA

mereka bertutur. Dengan perkataan lain, bunyi bahasa yang diucapkan itu tidak semestinya ada hubungan penghayatan di antara bunyi yang dilafazkan dengan benda atau objek atau peristiwa yang dimaksudkan (Arbak, 1986). Oleh sebab sifat yang arbitrari itulah, maka bahasa mewujudkan perkataan-perkataan lain dalam pelbagai bahasa untuk menerangkan atau melambangkan maksud yang sama. Sebagai contoh:
Bahasa Kata nama bahasa Melayu bulan bahasa Inggeris moon bahasa German mond bahasa Greek men bahasa Arab Al-gamar

bulan , moon, mond, men, dan Al-gamar merupakan

urutan bunyi yang berbeza tetapi mempunyai satu makna yang sama. Oleh sebab sifat arbitrari itu juga, bahasa-bahasa yang berlainan dapat mengenali lambang yang bermaksud bulan dalam bahasa Melayu dengan perkataan-perkataan yang dicipta sewenang-wenangnya (secara arbitrari itu). Satu lagi aspek bahasa yang bersifat arbitrari ialah onomatopoeia yang sering diubahsuai kegunaannya menjadi kata kerja. Sebagai contoh, kambing itu mengembek dengan kuat, perkataan embek itu merupakan bunyi kambing yang berperanan sebagai kata kerja dalam ayat tersebut. Dalam bahasa Inggeris pula, bunyi onomatopoeia ini boleh menjadi kata adjektif misalnya, ding dong bell atau kata kerja contohnya the cat meowed dan the clock ticks. Sebagai kesimpulan, bahasa-bahasa di dunia ini telah dicipta sewenang-wenangnya tanpa memperlihatkan perkaitan yang jelas di antara makna dan bunyi/lambang. Namun begitu, ini tidak bermakna bahawa semua bahasa tidak boleh dijangka atau diramal sepenuhnya dalam sistem masing-masing. Jika ini benar, unsur-unsur seperti kata nama, kata kerja, ganti nama, konsonan dan vokal tidak dapat dibincangkan oleh sesiapa pun. Walaupun sifat-sifat spesifik bagi tiap-tiap bahasa adalah arbitrari dan tidak terjangkakan, mereka mempunyai satu sistem undangundang bahasa yang tertentu. Yang penting, dengan wujudnya bahasa, manusia dapat berhubung dan bertukar-tukar maklumat antara satu sama lain dan memudahkan berbagai-bagai urusan.

Anda mungkin juga menyukai