Anda di halaman 1dari 16

AHLI KUMPULAN

1.MOHD SHUKRI BIN ROSLI JM10341/08


2. AHMAD MURIZMAN BIN MD NASIR JM10382 /09
3. WAN SHUHAILA BINTI WAN ABDULLAH JM10351/08

JMS 213
Sejarah Politik Malaysia Moden

SOALAN 3
The attitudes on both sides on many issues were
diametrically opposed,the clashes of interest impossible to
eradicate,the antipathies too strong,the will to change and of cause
change too weak.-Mohamed Noordin Sopiee,2005,From Malayan
Union to Singapore Separation,hal. 218.
Berdasarkan petikan di atas, bincangkan peristiwa perpisahan
Singapura daripada Malaysia 1965.

KANDUNGAN
Penghargaan

Pengenalan

Faktor Penubuhan Malaysia

Faktor-Faktor Penyebab Pemisahan Singapura

Faktor Pertikaian Politik

Faktor Ketegangan Kaum

Faktor Peribadi

12

Kesimpulan

14

Bibliografi

15

SEKALUNG PENGHARGAAN.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah hirrabbilalamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi
dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan
penuh jayanya. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, kami telah memperoleh pelbagai
pengalaman serta pengetahuan baharu yang amat berharga dan bermakna sebagai seorang
pelajar PJJ di USM ini. Justeru, kami telah memperoleh maklumat yang lebih terperinci lagi
berkaitan dengan peristiwa serta factor perpisahan Malaysia dan Singapura.
Di kesempatan ini juga, kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Dr Azmah
Binti Abdul Manaf di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga
banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Tunjuk ajar
beliau banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan yang diamanahkan ini.
Kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak
membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan
ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.
Tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga kami yang banyak member
sokongan serta memahami situasi kami sebagai pelajar jarak jauh ini.
Akhir sekali, ucapan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang membantu sama
ada secara langsung atau tidak langsung bagi merealisasikan usaha kami menyiapkan tugasan
ini. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai dan tanpa bantuan dan
sokongan, tugasan ini tidak dapat disiapkan dengan sempurna.
Sebelum kami mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari kami sebagai
renung-renungan
Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya
racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus

SOALAN 3
The attitudes on both sides on many issues were diametrically opposed,the
clashes of interest impossible to eradicate,the antipathies too strong,the will to change
and of cause change too weak.-Mohamed Noordin Sopiee,2005,From Malayan Union to
Singapore Separation,hal. 218.
Berdasarkan petikan di atas, bincangkan peristiwa perpisahan Singapura daripada
Malaysia 1965.

PENGENALAN
Faktor Penubuhan Malaysia
Kerajaan Inggeris telah memberi syarat yang jelas kepada Tanah Melayu bahawa
kuasa pemerintahan sendiri hanya akan diberi jika parti yang mengambil alih teraju
pemerintahan mendapat sokongan seluruh rakyat negara ini.Inggeris menolak sebarang
parti yang berhaluan kiri, samada cenderung kepada ideologi komunis atau radikal Islam
memerintah Tanah Melayu. Rakyat negara ini juga haruslah boleh berkongsi kuasa dan
bekerjasama serta hidup dalam aman dan harmoni. Inggeris sedar terdapat perbezaan
ketara kerana Tanah Melayu dihuni tiga bangsa berbeza yang mendominasi
penempatan,ekonomi dan politik. Justeru itu penggabungan tiga parti utama iaitu
UMNO,MCA dan MIC bagi menghadapi pilihan raya umum 1955 dalam Perikatan
merupakan faktor penyumbang ke arah perpaduan dan kemerdekaan Tanah Melayu.
Hasrat memperolehi kemerdekaan melalui rundingan tercapai pada 31 Ogos 1957 setelah
Raja-raja Melayu bersama wakil kerajaan Inggeris menandatangani Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957. Prinsip tolak ansur dan berkongsi kuasa
antara kaum dalam hal-hal kerakyatan,bahasa dan lain-lain menjadi penyumbang utama
kepada kemerdekaan negara.

Idea pembentukan Malaysia sebenarnya diutarakan seawal 1883 oleh Lord


Brassey iaitu salah seorang pengarah Syarikat Borneo Utara British bagi menyatukan
Tanah Melayu dengan Borneo dan telah dibincangkan oleh kabinet British pada tahun
1888,namun tiada tindakan. Malcom Macdonald, Pesuruhjaya Tinggi British di Asia
Tenggara juga mencadangkan pencantuman selepas Perang Dunia Kedua sekitar 1947.
Pada tahun 1955, David Marshall iaitu seorang menteri Singapura dan Tan Sri Ghazali
Shafei

turut menyuarakan cadangan pencantuman.

Lee Kuan Yew yang menjadi

pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura juga menyuarakan pencantuman


tetapi ditolak oleh Tunku Abdul Rahman atas aspek ketidakseimbangan kaum antara
Melayu dan Cina.
Namun pada 27 Mei 1961,Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri Persekutuan
Tanah Melayu, dalam ucapannya membayangkan pencantuman yang tidak dapat
dielakkan bagi membendung ideologi komunis yang tersebar oleh golongan kiri yang
bertambah kuat pengaruhnya di Singapura.1 Antara kandungan ucapan Tunku kepada
Persatuan Wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara semasa di Singapura ialah;
Persekutuan Tanah Melayu sedar yang ia tidak boleh hidup bersendirian dan
berasingan.Oleh itu adalah penting bagi Persekutuan Tanah Melayu bergabung
dengan Singapura,Brunei,Sabah dan Sarawak untuk membentuk Malaysia bagi
merapatkan hubungan politik dan ekonomi. Lambat laun Tanah Melayu harus
bersefahaman dengan Britian dan rakyat Singapura,Borneo Utara,Brunei dan
Serawak. Adalah terlalu awal untuk dicapai,namun tidak dapat dielakkan bahawa kita
perlu mencapai objektif ini dan memikirkan satu rancangan bagaimana wilayah ini
dapat dibawa ke satu kesatuan politik dan ekonomi yang rapat.

Mohamad Idris Saleh,Che Su Mustafa,Fuziah Shaffie.1994.Sejarah Pembangunan Bangsa


Dan Negara,Utusan Publications &Distributors Sdn.Bhd. hal. 109.

Tunku Abdul Rahman sedar bahawa membiarkan Singapura bersendirian dalam


keadaan politik yang mungkin dikuasai golongan bersayap kiri setelah Parti Tindakan
Rakyat (PAP) merosot kedudukannya akan mengugat keselamatan Persekutuan Tanah
Melayu. Tambahan pula Tanah Melayu baru sahaja selesai mempertahankan negara dari
ancaman komunis menerusi Parti Komunis Malaya dengan mengistiharkan darurat sejak
1948 sehingga 1960. Malah Singapura juga akan mendapat faedah dari pencantuman
ini,begitu juga negeri-negeri lain seperti Borneo,Brunei dan Sarawak. Pemimpin
Singapura sedar mereka tidak boleh berdiri sendiri jika kemerdekaan diberikan oleh
British. Singapura juga akan dapat meluaskan industrinya di Tanah Melayu dan amat
memerlukan bekalan bahan mentah. Tanah Melayu mempunyai ekonomi yang stabil dan
sumber bahan mentah yang banyak dan ini bersesuaian dengan masalah ekonomi yang
dihadapi Singapura akibat peningkatan populasi dan perdagangan entrepotnya pula
memerlukan modal dan pasaran.2 Tanah Melayu pula tidak perlu bersaing dengan
Singapura dalam perkembangan industri jika berlaku pencantuman. Pencantuman juga
akan membolehkan Singapura mendapat sumber bekalan air dari Johor dan kemudahan
keluar masuk menerusi Tambak Johor. Pencantuman ini juga akan mempercepatkan
Singapura,Sabah dan Sarawak mendapat kemerdekaan daripada British tanpa perlu
berusaha bersendirian.3 Peningkatan jumlah orang Cina berbanding orang Melayu setelah
pencantuman ialah sebanyak 71.5% berbanding 13.6% pada tahun 1975,tetapi ini akan
dapat diimbangi oleh jumlah penduduk bumiputera Sabah dan Sarawak yang turut sama
bergabung.
Rundingan antara Singapura dan Tanah Melayu telah mencapai jalan persetujuan di
mana Singapura berhak mengawal beberapa bidang termasuk pelajaran dan tenaga.
2

Zulhilmi Paidi,Rohani Abdul Ghani,2003, Pendidikan Negara Bangsa,PTS Publications &


Distributors Sdn.Bhd.
3
Mohd.Noor Abdullah,1979.Kemasukan Sabah dan Sarawak Ke Dalam Persekutuan
Malaysia.Kuala Lumpur.DBP

Manakala kerajaan persekutuan akan bertanggungjawab soal pertahanan, perhubungan


luar dan keselamatan. Dari segi kuasa kerajaan Singapura pula,jumlah perwakilan dalam
Dewan Rakyat Persekutuan dikurangkan bagi mengurangkan kuasa pemerintahan
Singapura.4
Setelah dipersetujui oleh ketiga-tiga negeri,maka tertubuhlah negara Malaysia pada 16
September 1963.

Faktor faktor Penyebab Pemisahan Singapura


Singapura berada dalam Malaysia dari September 1963 dan hanya dapat bertahan
hingga Ogos 1965 sahaja. Pemisahan Singapura tidak boleh dibendung lagi.Telah wujud
banyak perselisihan pendapat antara Kerajaan Persekutuan di Kuala Lumpur dengan
Singapura. Perselisihan yang berlaku telah menjadi rumit yang menutup ruang bagi Singapura
terus berada dalam Malaysia. Bagi mengekalkan perpaduan kaum,Singapura harus
meninggalkan Malaysia sebelum tercetusnya keganasan akibat rasa tidak puas hati dan
konflik yang tidak mungkin dapat diselesaikan oleh kedua pemimpin utama iaitu Lee Kuan
Yew dan Tunku Abdul Rahman.Pertikaian yang berlaku bukan sahaja disebabkan faktor
politik,tetapi juga faktor perkauman dan peribadi.Pada 9 Ogos 1965,Tunku Abdul Rahman
mengumumkan di Parlimen tentang keputusan kerajaan untuk memisahkan Singapura dari
Persekutuan Malaysia dengan menyatakan sebab-sebabnya.

a) Faktor Pertikaian Politik


Pada dasarnya,hubungan antara Kuala Lumpur dengan Singapura tidaklah baik sejak ia
menyertai Malaysia pada 16 September 1963. Terdapat pergeseran pendapat sejak awal
4

Mohamad Idris Saleh,Che Su Mustafa,Fuziah Shaffie.1994. Sejarah Pembangunan


Bangsa Dan Negara,Utusan
Publications &Distributors Sdn.Bhd.hal. 113

penggubalan Perlembagaan Malaysia antara pemimpin Singapura dan Malaysia. Malah Tunku
pernah mengugut untuk membentuk Malaysia tanpa Singapura. Pergeseran antara kedua
pemimpin memuncak apabila semua calon UMNO-PERIKATAN tewas di tangan parti PAP.
Tunku merasakan partinya telah dihancurkan sama sekali. UMNO Singapura menerima
kekalahan dengan emosional di mana pada 27 September 1963,ahli UMNO Singapura
membakar patung Lee Kuan Yew.5
Pergeseran juga tercetus apabila parti PAP meletakkan 9 orang calon untuk bertanding
kerusi Parlimen menentang MCA dalam pilihanraya Parlimen di Semenanjung pada bulan
April 1964. Ini bercanggah dengan ikrar Lee sebelum penubuhan Malaysia bahawa PAP tidak
akan bertanding dalam pilihanraya di Semenanjung untuk lima tahun selepas penyatuan.
Namun Lee memendekkan tempoh itu kepada tujuh bulan.Tujuan meletakkan calon ini ialah
bagi menjatuhkan parti MCA dan mengantikannya dengan PAP bagi mewakili semua orang
cina di Malaysia dalam Perikatan. PAP hanya menang satu daripada sembilan kerusi yang
dipertandingkan. Lee Kuan Yew gagal mencapai cita-cita politiknya dan hanya menimbulkan
kemarahan masyarakat Melayu.
Pemimpin politik Singapura cuba menarik minat rakyat dengan memperjuangkan konsep
Malaysian Malaysia sebagai satu persaingan kepada Malay Malaysia yang diperjuangkan
oleh kerajaan Persekutuan. Konsep Malaysian Malaysia dilihat seolah-olah menafikan
institusi Kesultanan Melayu serta mencabar hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.
Tambah mengeruhkan lagi keadaan,Lee Kuan Yew menubuhkan Konvensi Perpaduan
Malaysia (Malaysia Solidarity Convention atau singkatannya MSC ) dengan slogan a
democratic Malaysian Malaysia sebagai satu pakatan di kalangan parti pembangkang untuk
menandingi parti Perikatan. Konsep ini bagi mewujudkan persamaan hak bagi semua rakyat
tanpa mengira ideologi politik, sosial dan juga ekonomi. Lee juga mempunyai hasrat untuk
5

Nik Anuar Nik Mahmud,2000,Konfrontasi Malaysia Indonesia,UKM Bangi,Kuala Lumpur.

menjadi Perdana Menteri dengan tertubuhnya MSC. Akibatnya rusuhan kaum telah berlaku
pada bulan Julai 1964 yang mengorbankan dan mencederakan beratus orang di Singapura.
Sir Alec Douglas-Home, Perdana Menteri British telah mengadakan perbincangan dengan
Tunku tentang situasi di Malaysia pada 6 Ogos 1964. Lord Home mencadangkan agar
Sabah,Sarawak dan Singapura ditambah bilangan kerusi wakil rakyat bagi mengatasi masalah
politiknya berdasarkan cadangan Lee Kuan Yew. Namun Tunku hanya berjanji
menimbangkan perkara itu sambil menyifatkan Lee adalah seorang yang tidak berpegang
kepada janjinya. Beliau hanya bersetuju menambah bilangan kerusi perwakilan dari negerinegeri tersebut dalam Majlis Pertahanan.

b.)

Faktor Ketegangan Kaum

Pilihanraya Singapura telah dijalankan pada bulan September 1963. Pada pilihanraya
ini, Tunku amat kecewa apabila semua calon Perikatan telah kalah di tangan PAP. Hasrat
Tunku untuk membantu golongan minoriti Melayu di sana telah terhapus. Tunku pada
mulanya berharap kemasukan Singapura ke dalam Malaysia dapat menguatkan sentimen
Melayu Singapura terhadap UMNO, tetapi keadaan sebaliknya berlaku. Ekoran daripada
kekalahan itu, dikalangan ahli UMNO Singapura ada yang tidak dapat menerima hakikat itu
dan bertindak membakar patung Lee Kuan Yew. Daripada insiden itu, sedikit sebanyak telah
membibitkan rasa sintemen perkauman.
Insiden itu tidak bernoktah di situ sahaja. Pada pilihanraya Palimen Malaysia 1964,
Lee Kuan yew telah melanggar perjanjian yang dibuat pada 9 September 1963 dimana Parti
PAP tidak dibenarkan bertanding dalam pilihanraya bagi merebut kerusi di Semenanjung.
Tindakan Lee itu sedikit sebanyak telah menaikkan kemarahan serta sentimen berbaur
perkauman khususnya terhadap penduduk Melayu di semenanjung. Ini ditambah lagi apabila
2

Lee Kuan Yew telah ,menubuhkan cawangan PAP di Malaya. Dalam pilihanraya tersebut,
PAP telah meletakkan sembilan calon bagi merebut kerusi parlimen di semenanjung.
Tindakan ini dilihat seolah-olah cuba melawan serta mengkhianati MCA dan Perikatan.
Walaubagaimanapun, pemimpin Perikatan pada masa itu dapat meyakinkan rakyat
terutamanya bangsa Cina dimana matlamat PAP ketika itu adalah untuk memecahbelahkan
perpaduan rakyat. Akhirnya, PAP hanya memenangi satu kerusi iaitu di kawasan Bangsar
yang diwakili oleh Devan Nair.
Sejak campurtangan PAP dalam pilihanraya Semenanjung 1964, Lee Kuan Yew mula
dipandang serong oleh penduduk di Malaya khususnya masyarakat Melayu. Natijah daripada
kedua-dua pilihanraya ini telah membuatkan ketidakpuashatian daripada dua kaum terbesar
ketika itu iaitu antara Melayu dan Cina. Pada ketika itu, UMNO Singapura telah mula
menyusun strategi dan telah dibantu oleh Dato Syed Jaafar Albar yang ketika itu adalah
Setiausaha Agung UMNO. Protes ini bertambah memuncak apabila berlakunya rusuhan kaum
di Singapura pada bulan Julai 1964. Rusuhan kaum ini berlaku apabila perarakan sambutan
Maulidur Rasul dijalankan. Rusuhan berlaku antara orang Melayu dan ahli-ahli PAP. Akibat
daripada rusuhan kaum ini telah mencederakan dan mengorbankan beratus-ratus orang. Desas
desus mengatakan 12,000 orang Melayu terbabit dengan perarakan itu di jalan raya
Singapura. Cetusan rusuhan kaum itu telah mengakibatkan 22 orang terbunuh, 200 cedera dan
1130 ditangkap. Akibat daripada peristiwa besar itu, terjadi rusuhan-rusuhan kecil tanda
ketidakpuashatian orang-orang Melayu terhadap pentadbiran PAP. Antaranya, dalam
pelaksanaan projek perumahan di Singapura, perkampungan Melayu telah dirobohkan serta
dihapuskan. Akibatnya, beberapa insiden pergaduhan berlaku dan memaksa kira-kira 114
persatuan orang Melayu bertemu dengan Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura, Othman Wok
bagi membincangkan masalah kepincangan orang Melayu Singapura.

Ekoran daripada kejadian itu, Lee Kuan Yew telah menuduh puak pelampau UMNO
yang diketuai oleh Dato Syed Jaafar Albar mencetuskan rusuhan itu. Beliau berpendapat,
Dato Syed sepatutnya tidak perlu campur tangan dalam isu dalaman Singapura. Sebaliknya,
di pihak UMNO ketika itu pula menuduh Lee Kuan Yew adalah dalang bagi rusuhan tersebut.
Kemelut yang melanda ketika itu berlaku apabila Tunku berada di London. Tun Abdul Razak
telah pergi ke Singapura bagi menyelesaikan konflik ini dan berjumpa dengan Goh Keng
Swee (TPM Singapura). Beliau telah meminta agar Singapura menubuhkan kerajaan
campuran dan menguruskan hal ehwal orang Melayu dengan sebaik-baiknya. PAP juga
diingatkan agar tidak mempengaruhi atau mendesak orang Melayu untuk menyokong PAP.
Namun, kesemua cadangan itu telah ditolak oleh PAP.
Konflik ketegangan kaum semakin membuak apabila PAP yang diketuai oleh Lee
Kuan Yew sengaja menjaja cerita tentang hak keistimewaan orang-orang Melayu di
semenanjung. Beliau berpendapat, hak keistimewaan yang diberikan kepada masyarakat
Melayu tidak menjamin isu kemiskinan dapat dikurangkan. Konsep ini telah ditentang hebat
oleh PAP. Isu kedudukan istimewa orang Melayu telah dikecam hebat oleh barisan pemimpin
PAP. Analogi yang dibawa oleh PAP telah menimbulkan ketegangan antara orang Melayu
dan bukan Melayu ketika itu. Dalam pada itu, belum reda dengan isu keistimewaan Melayu,
kepimpinan PAP telah melaungkan dan memperjuangkan slogan Malaysian Malaysia. Ini
bercanggah dengan sistem pentadbiran kerajaan Persekutuan dan menafikan serta menidakkan
institusi Kesultanan Melayu. Konsep Malaysian Malaysia ini telah dikuatkan lagi dengan
membentuk Malaysian Solidarity Convention (MSC) atau Perhimpunan Setiakawan Malaysia
yang terdiri daripada parti-parti Cina di Sarawak, MACHINDA (sebuah kelompok berbilang
kaum yang kecil di Sarawak) serta United Democratic Party & Peoples Progressive Party di
semenanjung. Pakatan ini bertujuan untuk mewujudkan satu persamaan hak bagi semua kaum
melalui satu edologi politik, sosial dan ekonomi. Penubuhan serta konsep ini telah melanggar

syarat Perjanjian Malaysia dimana kedudukan keistimewaan orang Melayu dah hak peribumi
Sabah dan Sarawak tidak boleh dipersoalkan. Isu tersebut semakin memuncak apabila pada 12
Mei 1965, sekumpulan pemuda UMNO telah berhimpun di luar Dewan Masyarakat Kampung
Datuk Keramat dengan membakar patung Lee Kuan Yew. Empat hari kemudian, orang-orang
Melayu berpiket di perkarangan bangunan DBP mendesak penggantungan perlembagaan
Singapura dan menangkap Lee Kuan Yew.
Oleh yang demikian, kita dapat lihat disini bagaimana cara serta pendekatan yang
berbeza diamalkan oleh Perikatan dan PAP terhadap masalah perkauman. PAP percaya
bahawa semua kaum perlu diberi hak yang sama tanpa keistimewaan bercanggah dengan
sistem yang diamalkan oleh pentadbiran di semenanjung. Namun begitu, segala yang
direncanakan oleh PAP lebih menjurus kepada penggeseran dan faktor ini memainkan
peranan dalam pemisahan Singapura dan Malaysia

c) Faktor Peribadi
Perbezaan pucuk pimpinan kedua-dua negara ini dapat dilihat secara kasar. Tunku lebih
bersifat terbuka dan lembut dalam mengendalikan sesuatu masalah atau menguruskan sesuatu
perkara terutamanya isu yang berkaitan dengan hubungan Malaysia-Singapura. Dalam
penentuan sesuatu perkara dilihat Tunku lebih banyak mengalah dan setiap langkah serta
keputusan diambil dibincangkan bersama ahli dalam Perikatan. Selain itu, beliau juga
menerapkan nilai perpaduan serta keharmonian dalam bermasyarakat berbilang kaum di
Malaysia. Sambil isu-isu sensitif antara kaum dijaga dan berusaha untuk memajukan serta
menyeimbangkan hak semua kaum di Malaysia. Berbeza dengan keperibadian Lee Kuan Yew
sebagai pentadbir bagi PAP. Beliau dilihat lebih tegas dan keras dalam pentadbiran serta
bersikap legastik. Beliau lebih suka mendapat manfaat yang lebih terhadap sesuatu rundingan.
Kurang kerjasama dan tolak ansur dilakukan oleh pemimpin ini serta jelas sekali gemar

memainkan isu sensiviti kaum seperti mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu dan
institusi Kesultanan. Gambaran yang diberi ini menjelaskan keperibadian yang berbeza antara
Tunku dan Lee. Ini antara faktor yang mengundang perpisahan Malaysia dan Singapura.
Kedudukan antara Malaysia dan Singapura yang terlalu rapat dari aspek geografi juga
memainkan peranan dalam perpisahan ini. Dapat dilihat peranan Singapura dalam bidang
pelabuhan bebas terbesar di Asia Tenggara sebelum bercantum dengan Malaysia. Pada
mulanya, Singapura menganggap pencantuman dengan Malaysia akan lebih menggalakkan
industri pelabuhannya ketika itu. Walhal, Tanah Melayu ketika itu tidak banyak mencapai
kemajuan yang diharapkan. Ini amat mengecewakan Singapura, serta ditakuti sumber
keuntungan yang dijana oleh pelabuhan tersebut akan dibawa ke Kuala Lumpur. Akibatnya,
akan merugikan Singapura serta rakyatnya. Pada pertengahan penubuhan Malaysia, didapati
kemajuan semenanjung semakin baik. Pertumbuhan kilang yang menggalakkan serta
pengeluaran hasil komoditi yang banyak telah melahirkan beberapa pelabuhan di
Semenanjung. Ini sedikit sebanyak telah memberi impak kepada Singapura dan ditakuti
industri pelabuhannya akan terjejas. Ini ditambah lagi dengan dengan kewujudan kilang di
Semenanjung dan Singapura yang menghasilkan barang yang sama. Oleh yang demikian,
persaingan ini perlu dibendung dengan perpisahan.
Dalam pada itu, pergolakan tentang isu cukai juga hangat diperkatakan. Dalam
Perjanjian Malaysia, Singapura diberi hak untuk memungut beberapa cukai di Singapura
seperti cukai eksais, cukai kastam dan cukai pendapatan. Kesemua hasil yang dikutip perlu
dibahagikan atas kadar 60 peratus untuk Singapura dan 40 peratus untuk Persekutuan.
Walaubagaimanapun, Tun Tan Siew Sin, menteri kewangan ketika itu, mendapati
pertambahan perbelanjaan di Malaysia terutamanya aspek pertahanan. Beliau mencadangkan
bahawa polisi itu dikaji semula dengan Singapura harus menyerahkan 60 peratus hasil cukai
yang dikutipnya. Ini mengundang kemarahan PAP terutamanya Lee Kuan Yew.

Kerunsingan serta kerisauan Lee bertambah memuncak apabila beliau menuduh


Malaysia campur tangan dalam hal berkaitan dengan urusan pentadbiran Singapura. Sebelum
memasuki Malaysia, telah terdapat beberapa garis panduan yang menjelaskan bahawa
Singapura mempunyai kebebasan dalam beberapa dasar seperti pelajaran, tenaga serta
sebahagian daripada hasil Negara. Beliau telah menyatakan kerajaan pusat telah campur
tangan dalam hal-hal tersebut. Ini mengakibatkan hubungan semakin renggang dan tiada
kesepakatan dapat dicapai jika pencantuman diteruskan.

Kesimpulan
Daripada faktor-faktor, perbincangan serta analisis yang diberikan dapat disimpulkan
di sini perpisahan antara Malaysia dan Singapura lebih tertumpu kepada perbezaan pendapat
serta ideologi kedua-dua buah negara ini. Berbalik kita pada penyataan yang diberikan oleh
Mohamed Noordin Sopiee, jelaslah pencantuman Malaysia-Singapura memperlihatkan
banyak isu bertentangan serta perbezaan pendapat dan kepentingan. Jika diteruskan dengan
mandat pencantuman ini ditakuti kebinasaan dan pertempuran yang lebih hebat bakal terjadi
dan merugikan kedua-dua belah pihak terutama sekali rakyat akan menjadi mangsa.
Walaupun peristiwa pembentukkan Malaysia tidak panjang seperti perjuangan
mencapai kemerdekaan, natijahnya isu yang dipaparkan dalam lingkungan tiga tahun itu
memberi kesan juga

impak serta implikasi dan pengajaran terhadap kita. Isu sebelum

penggabungan, semasa penggabungan serta perpisahan banyak mendewasakan Malaysia


dalam mengambil beberapa keputusan. Ditambah lagi dengan konflik dalaman serta
penentangan dari negara-negara luar atas penubuhan Malaysia khususnya dari Indonesia dan
Filiphina, memerlukan beberapa tindakan yang segera dan bijak dapat diambil. Justeru,
kebijaksanaan Tunku Abdul Rahman serta barisan kepimpinan ketika itu dalam menangani

konflik dan masalah ini harus dijadikan pengajaran dan iktibar dalam mentadbir negara
menuju satu wawasan yang lebih harmoni, berdaya maju dan merangkumi perpaduan harus
diterjemahkan oleh pemimpin masa kini. Pendekatan dasar diplomasi dan perundingan secara
terbuka diharap menjadi polisi serta jalan penyelesaian dalam sesuatu perkara.

Bibliografi
1.Mohamad Idris Saleh,Che Su Mustafa,Fuziah Shaffie.1994.Sejarah Pembangunan Bangsa
Dan Negara,Utusan Publications &Distributors Sdn.Bhd. hal. 109.

2.Zulhilmi Paidi,Rohani Abdul Ghani,2003, Pendidikan Negara Bangsa,PTS Publications &


Distributors Sdn.Bhd.
3.Mohd.Noor Abdullah,1979.Kemasukan Sabah dan Sarawak Ke Dalam Persekutuan
Malaysia.Kuala Lumpur.DBP
4.Nik Anuar Nik Mahmud,2000,Konfrontasi Malaysia Indonesia,Universiti Kebangsaan
Malaysia Bangi,Kuala Lumpur.

5.Barbara Watson Andaya, Leonard Y. Andaya.1983. Sejarah Malaysia, Macmillan


Publishers (M) Sdn Bhd.Kuala Lumpur.

6.Faridah Jaafar,2007,Perdana Menteri Dan Dasar Luar Malaysia.Penerbi Universiti Malaya


Kuala Lumpur.