Anda di halaman 1dari 50

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

(IPGM) KAMPUS PERLIS


BEHOR PULAI, PERLIS

KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH ( KPLI )


LPBS j-QAF ( Ambilan 2009 )

TUGASAN GERKO
(PERINGKAT 1)

NAMA : IRWAN BIN JAMALUDIN

SEKOLAH : SK PIDA TIGA, TUNJANG

NO. K/P : 840528-01-6011

NAMA TUTOR : EN. MAHAMAD BIN ABDULLAH

TARIKH SERAHAN : MEI 2009


TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008

4
Biodata Pelajar………………………………………………………………
5
1.0 Penerangan tentang Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO)
6
1.1 Konsep.............................................................................................
7
1.2 Matlamat..........................................................................................
8
1.3 Kepentingan.....................................................................................
10
1.4 Strategi Pelaksanaan.......................................................................
12
1.5 Piagam Pelanggan .........................................................................

2.0 Komponen / Bidang, Struktur dan Carta Organisasi GERKO di

sekolah anda.
13
2.1 Komponen bidang............................................................................
15
2.2 Struktur dan Carta Organisasi......................................................
16
2.3 Organisasi Kokurikulum SK Sungai Ara 2008.................................

3.0 LAMPIRAN
17
3.1 Akta Pelajaran................................................................................
23
3.2 Pekeliling Ikhtisas..........................................................................

3.2.1 Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah

3.2.2 Penubuhan sekolah sebagai institusi Masyarakat

3.2.3 Rekod Kedatangan dan Laporan Gerak Kerja Ko-

Kurikulum Pelajar

3.2.4 Keselamatan Diri Pelajar di Sekolah

2
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008


3.2.5 Penglibatan Guru dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan

PakaianSeragam Anjuran Agensi Kerajaan dan

Pertubuhan Bukan Kerajaan

3.2.6 Panduan Keselamatan Diri Pelajar semasa Pengajaran

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Serta kegiatan

Kokurikulum dan Sukan di dalam dan di Luar Kawasan

Sekolah

3.2.7 Lawatan Pendidikan Murid di Hari Persekolahan

3.2.8 Rekod Penglibatan Murid Dalam Aktiviti Kokurikulum

3.2.9 Perlaksanaan Bekerja Lima Hari Seminggu

3.2.10 Panduan Penglibatan murid-murid Sekolah dalam Program

atau Aktiviti Anjuran Agensi-agensi Selain daripada Agensi di

Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia

3.2.11 Penggalakan Aktiviti Fotografi di kalangan Murid Sekolah

3.2.12 Penubuhan Kelab Rukun Negara di Sekolah-sekolah


24
3.3 Peraturan-peraturan Gerko.....................................................................
37
4.0 Pentaksiran Gerak Kerja Kokurikulum...................................................

5.0 Refleksi
40
5.1 Huraian aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan di sekolah.................
42
5.2 Kelebihan………………………………………………………………
44
5.3 Kelemahan……………………………………………………………...
45
5.4 Cadangan untuk membaikinya……………………………………….
46
6.0 Penutup…………………………………………………………………………

3
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008

BIODATA PELAJAR

NAMA PELAJAR : IRWAN BIN JAMALUDIN

NO K/P : 840528-01-6011

TARIKH LAHIR : 28 MEI 1984

ALAMAT : NO. 116 TAMAN CAHAYA,

MK HUTAN KAMPONG,

05350, ALOR SETAR, KEDAH

NO TEL : 017-4993775

PUSAT KURSUS: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

(IPGM) KAMPUS PERLIS, PERLIS

OPSYEN : PENGAJIAN ISLAM

NAMA TUTOR : EN. MAHAMAD BIN ABDULLAH

KUMPULAN : PA 2

NAMA SEKOLAH : SK PIDA TIGA, TUNJANG

4
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008

SOALAN

Sediakan satu folio mengenai perkara-perkara berikut :-

1.0 PENERANGAN TENTANG GERAK KERJA KOKURIKULUM


(GERKO)

Menurut Kamus Dewan (Edisi Ketiga) Dewan Bahasa Dan Pustaka (2002),

kokurikulum adalah kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yang diajar dalam bilik

darjah tetapi yang dianggap sebagai sebahagian daripada kursus pendidikan pelajar

di sekolah (misalnya kegiatan dalam persatuan-persatuan, kegiatan sukan dan lain-

lain)

Definisi kokurikulum menurut Warta Kerajaan No.5652 Jld. 11/Bil. 27 bth.

28.12.1967 (Peraturan Kursus Pengajian sekolah 1956) pula ialah kegiatan kumpulan.

Manakala Peraturan 2 dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum

Kebangsaan) 1997 mentakrifkan kokurikulum adalah sebagai kegiatan yang

dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah

yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh, dan mengamalkan

pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.

5
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008


Kesimpulannya kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang

berasaskan gerak kerja yang terancang. Gerak kerja ini ini merupakan lanjutan

daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu, aktiviti-aktiviti

kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukuh

dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di bilik

darjah.

1.1 KONSEP
Pada asasnya, gerak kerja kokurikulum boleh menyediakan pengetahuan dan

pengalaman bagi perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan

pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif di luar bilik darjah. Untuk

menjayakan matlamat kokurikulum, semua murid dan ahli masyarakat perlu

bekerjasama berdasarkan andaian bahawa :-

• Semua murid harus mempunyai keseimbangan antara perkembangan mental

(akademik) dengan perkemmbangan sahsiah yang bersepadu (sosial, jasmani

dan rohani)

• Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dimajukan

• Semua murid boleh dididik dan boleh pula mendidik diri sendiri

• Sekolah bertanggungjawab bagi melahirkan murid-murid untuk keperluan

masyarakat dan Negara

• Masyarakat juga bertanggungjawab dan memainkan peranan mereka dalam

mendidik murid-murid termasuklah pendidikan kemasyarakatan.


6
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008

1.2 MATLAMAT
Matlamat utamanya adalah untuk menyemai kesedaran dan kepatuhan

terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan di kalangan murid-murid selaras

dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Antara matlamat lain adalah :-

• Memberi keseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan

sahsiah murid.

• Mengukuhkan interaksi dan integrasi di kalangan murid dalam gerak kerja

kokurikulum yang mereka ceburi.

• Memberi pengukuhan dan penggayaan sesuatu perkara yang dipelajari dalam

bilik darjah serta meluaskan pengetahuan dan pengalaman murid dalam

bidang tertentu.

• Meransang pengisian masa lapang murid dengan dengan cara yang

berfaedah, memberi kegembiraan serta menggalakkan pembinaan kesihatan

dan kesejahteraan diri.

• Meningkatkan tahap disiplin murid melalui penyemaian dan pemupukan nilai

dan sikap yang positif selaras dengan hasrat Rukun Negara.

7
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008


• Meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan

murid.

• Meningkatkan penglibatan dan kerjasama serta sumbangan dua hala antara

sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat.

Matlamat gerak kerja kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Sungai Ara ialah ;-

A. Unit Beruniform :-

• Melahirkan ahli-ahli yang boleh menguasai asas-asas kemahiran Unit

Beruniform, berdikari dan bersedia untuk memberi khidmat kepada sekolah

dan masyarakat.

B. Persatuan / Kelab :-

• Membentuk dan menyuburkan bakat kepimpinan yang sedia ada pada

murid-murid.

C. Sukan / Permainan :-

• Melahirkan atlit yang berbakat / berpotensi dan berdisiplin untuk mewakili

sekolah, daerah, negeri dan negara.

• Membentuk pasukan pelapis yang mantap dan bakal menerajui pasukan

sekolah pada masa yang akan datang.

• Membentuk semangat kerjasama dan toleransi antara kaum dalam usaha

menaikkan nama dan semangat cintakan sekolah.

8
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008

1.3 KEPENTINGAN
Pada masa kini, gerak kerja kokurikulum merupakan kegiatan yang sangat

penting kerana diandaikan bahawa murid-murid tidak mungkin dapat pengalaman

yang menyeluruh di sekolah. Justeru itu, kerajaan telah mewajibkan kepada semua

sekolah di Malaysia untuk melaksanakan kegiatan kokurikulum di sekolah. Ia adalah

merujuk kepada Seksyen 18 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

Gerak kerja kokurikulum juga boleh menyediakan pengalaman tersebut bagi

perkembangan mental, minat dan bakat, sosial, fizikal dan rohani murid-murid. Gerak

kerja ini juga dapat membantu menjadikan sekolah sebagai tempat yang menarik dan

menggembirakan murid-murid.

Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah untuk mewujudkan bangsa

Malaysia yang bersatu padu dan dihormati. Hasrat ini akan dapat dicapai jika generasi

muda sekarang dapat diberi pendidikan yang seimbang dan sempurna. Pendidikan

yang seimbang dan sempurna sentiasa memberi penekanan kepada kedua-dua

aspek iaitu akademik dan gerak kerja kokurikulum.

Menurut Yang Berbahagia Dato’ Abdul Rahman Hj. Arshad, akademik dan

kokurikulum seharusnya digabungkan, diberi penekanan baru, diberi penilaian dan

pengiktirafan yang sesuai supaya keseluruhan pelajar dan guru dapat memahami

konsep pendidikan yang berasaskan kepada penekanan yang sama kepada bidang

kokurikulum dan akademik.

9
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008

Gerak kerja kokurikulum adalah penting untuk menyemai, memupuk dan

menanam perasaan kekitaan ataupun ‘esprit de corps’ di antara pelajar-pelajar

pelbagai keturunan yang mempunyai latar belakang dan cara hidup yang berlainan. Ia

juga bertujuan untuk melatih pelajar-pelajar supaya bersikap bertanggungjawab.

Kegiatan ini juga boleh melatih mereka berdisiplin, berdikari dan berkemahiran di

dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat keputusan dan menetapkan

bahawa dasar dan syarat pemilihan pelajar ke Tingkatan satu di Sekolah Berasrama

Penuh (SBP) bermula kemasukan tahun 2000, memberi penekanan utama kepada

penglibatan dan pencapaian pelajar dalam aspek kepimpinan, sukan dan kokurikulum

di samping mengekalkan syarat kecemerlangan akademik. Hal ini adalah disahkan

oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Abdul Shukor bin Abdullah iaitu Ketua Pengarah

Pendidikan Malaysia dalam Surat KP(BS) 8575 – 196 Jld.IV(26) bertarikh 2 Jun 1996.

Kesimpulannya ialah gerak kerja kokurikulum amat penting untuk menjamin

masa depan yang cerah kepada murid-murid untuk masa kini, mendatang dan masa

hadapan disamping dapat membina ketahanan diri dan kesihatan yang baik.

1.4 STRATEGI PELAKSANAAN

10
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pelaksanaan aktiviti-aktiviti

kokurikulum di sekolah-sekolah semakin memberangsangkan. Namun begitu,

terdapat juga sebahagian aktiviti yang dilaksanakan tidak berlandaskan kepada

matlamat pendidikan yang jelas dan kurang berkesan untuk merealisasikan konsep

“pengetahuan dan kemahiran merentas kokurikulum” atau “pensejagatan ilmu,

pengetahuan, pengalaman dan kemahiran”.

Di antara strategi pelaksanaan yang boleh diambil ialah :-

• Menubuhkan jawatankuasa yang berkaitan serta merancang aktiviti / program

untuk mencungkil bakat murid.

• Menyediakan takwim sekolah dan jadual waktu kegiatan.

• Guru-guru yang berkaitan membincangkan kemudahan peralatan dan aktiviti

kokurikulum yang akan dilaksanakan.

• Mengenalpasti murid yang berpotensi mengikut acara yang bersesuaian

dengan bakat murid tersebut.

• Murid diberi latihan kemahiran mengikut sukan olahraga dan permainan yang

bersesuaian dengannya seperti yang dirancang dalam program tahunan.

• Memberi kesedaran kepada masyarakat setempat mengenai peranan mereka

dalam program sukan olahraga dan permainan.

• Menggalakkan guru menyertai kursus peningkatan pengetahuan dan

kemahiran.

Strategi pelaksanaan kokurikulum Sekolah Kebangsaan Sungai Ara ialah :-

11
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008


• Setiap murid Tahun 3 dan Tahap ‘2’ diwajibkan menyertai aktiviti kokurikulum

iaitu Unit Beruniform, Persatuan / Kelab dan Sukan / Permainan.

• Merekodkan jenis kegiatan murid dalam Buku Kegiatan Kokurikulum.

• Memberi penghargaan kepada murid-murid yang berjaya dalam kegiatannya.

• Mengadakan pelbagai aktiviti / program dan pertandingan yang melibatkan

semua kecuali yang mendapat pengecualian khas.

• Semua aktiviti kokurikulum akan diadakan pada setiap hari ‘Rabu’ pada masa

yang ditetapkan.

1.5 PIAGAM PELANGGAN


Kami warga Sekolah Kebangsaan Sungai Ara, dengan penuh tekad dan iltizam

berikrar dan berjanji akan :-

• Menganggap kerja adalah Ibadah, untuk itu kami akan berusaha dan

memastikan agar semua murid mendapat pendidikan yang sempurna dan terbaik.

• Memberi layanan yang mesra, adil dan saksama kepada semua murid, rakan-

rakan, ibubapa dan tetamu.

• Mengamalkan kerja secara bermesyuarat dan berpasukan untuk mencapai

hasil yang terbaik.

• Bekerjasama dengan Ibubapa dan masyarakat setempat bagi bermaufakat

bersama-sama membangunkan kecemerlangan sekolah demi kepentingan bersama.

• Sentiasa memelihara dan mempertingkatkan imej sekolah, Jabatan dan

Kementerian Pelajaran setiap masa.

12
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008

2.0 KOMPONEN / BIDANG, STRUKTUR DAN CARTA ORGANISASI


GERKO DI SEKOLAH ANDA.

2.1 KOMPONEN / BIDANG


Komponen atau bidang gerak kerja kokurikulum sekolah-sekolah telah

diperuntukkan di dalam Peraturan 4, Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan

Sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai Warta Kerajaan Jld. 42 / No 11 (Tambahan No

41), Perundangan (A), P.U.(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998.

Peraturan 4 tersebut memperuntukkan bahawa kegiatan kokurikulum di sekolah

kerajaan dan bantuan kerajaan meliputi kegiatan dalam persatuan yang ditubuhkan di

sekolah daripada kategori berikut :-

a) Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam

Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997.

b) Hobi dan rekreasi.

c) Sukan dan permainan.

13
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008


d) Badan beruniform ; atau

e) Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar.

Komponen atau bidang gerak kerja kokurikulum Sekolah Kebangsaan Sungai Ara

ialah :-

a) Unit Beruniform :-

• Pengakap

• Badan Bulan Sabit Merah

b) Persatuan / Kelab

• Persatuan Bahasa Melayu

• Persatuan Bahasa Inggeris

• Persatuan Agama Islam

• Persatuan Sains dan Matematik

• Kelab Komputer

c) Sukan / Permainan

• Bola Tampar

• Bola Jaring

• Sepak Takraw

• Badminton

• Bola Baling

14
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008

Pengerusi
En. Zamri B Yakin

2.2 STRUKTUR DAN CARTA


NaibOPengerusi
RGANISASI

En Rohaizad B Abdullah Fisol

Setiausaha Ko-Kurikulum
Pn Rojamalar

Setiausaha Sukan
En Sea Keng Kang

Penyelaras Persatuan Penyelaras Permainan


Setiausaha Ko-Kurikulum Guru Kanan Ko-Kurikulum

Penyelaras Unit Beruniform Penyelaras Pasukan Sekolah

En Mohd Fathi B Samsudin Guru Kanan Ko-Kurikulum

Penyelaras Rumah Sukan


15

Setiausaha Sukan
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008

16
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS


AMBILAN JANUARI 2008

Penyelaras Persatuan Penyelaras Permainan Penyelaras Unit Beruniform Penyelaras Pasukan Sekolah Penyelaras Rumah Sukan
Setiausaha Ko-Kurikulum Guru Kanan Ko-Kurikulum En Mohd Fathi B Samsudin Guru Kanan Ko-Kurikulum Setiausaha Sukan

Bahasa Melayu Bola Tampar Pengakap Bola Tampar Rumah Biru ( Gabenor )
Pn Normah Radzi En Sea Keng Kang Pn Norizan Mahamad Khalid En Sea Keng Kang Pn.Norizan M. Khalid
En Rosly Yahaya Pn Norihan Ahmad Pn Norihan Ahmad En Arshad Abdul Wahab Pn. Norlia Ismail
En Hafas Abdullah Pn. Rojamalar
En Rohaizad Abdullah Fisol Cik Zarina Saruddin
En. Bakar Hashim
Bahasa Inggeris Bola Baling Bola Baling Pn. Rogayah Bakar
Pn K Rojamalar Pn Norlia Ismail En Rosly Yahaya
En Hafas Abdullah En Rohaizad Abdullah Fisol
Pn Norlia Ismail

Bulan Sabit Merah Malaysia Rumah Kuning ( Agong )


En Sea Keng Kang En Arshad Wahab
Mate / Sains Bola Jaring
Bola Jaring En Rosly Yahaya Pn Nor Fazrina
Pn Normaizura Pn Sarmila Ibrahim
Pn Sarmila Ibrahim Pn Wan Normah Mohd Radzi Pn Wan Normah
Pn Norlia Ismail Pn Norizan Mahamad Khalid
Pn Nor Fazrina Md Zain En Zaman Zahari
Pn Norfazrina Md Zain
Cik Zarina Saruddin Pn Sahara Che May

Agama Islam
Pn Sarmila Ibrahim
Badminton
Badminton En Rosly Yahaya Rumah Hijau ( Menteri )
Pn Norfazrina
En Rosly Yahaya En Hafas Abdullah
Pn Wan Normah Mohd Radzi Pn Sarmila Ibrahim
En Rohaizad
Pn Norazlina
Komputer Sepak Takraw
En Mohd Fathi Samsudin En Mohd Zulkifli
En K.K. Sea
En Mohd Fathi En Hafas Abdullah

Rumah Merah ( Sultan )


En Rosly Yahaya
Pn Normaizura
Catur Pn Norihan Ahmad
En Hafas Abdullah En Mohd Zul Wahab
Cik Rozi Abu Karim

Olahraga
Pn Norizan M. Khalid
En Rosly Yahaya
En Hafas Abdullah
Pn Norlia Ismail
17
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008

18
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008

BAB I
PENGUATKUASAAN AKTA PENDIDIKAN 1996
Dalam Warta Kerajaan Bertarikh 21hb Mei 1998, Jilid 42. No.
11 Tambahan No.41, Perundangan (A), P.U (A) 196. AKTA
PENDIDIKAN 1996 ada dinyatakan;
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH)
1998
Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 130 Akta Pendidikan 1996, Menteri
membuat peraturan yang berikut:
1. Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Persatuan Sekolah) 1998 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 21 Mei 1998.
2. Peraturan-peraturan ini adalah terpakai bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan
kerajaan.
3. Dalam Peraturan-Peraturan ini:-
“guru besar” atau “pengetua” ertinya pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan yang
dilantik oleh Ketua Pengarah Pendidikan untuk mengurus sekolah;
“jawatankuasa“ ertinya sekumpulan orang yang dilantik atau dipilih untuk
menjalankan tugas persatuan sekolah;
“penasihat” ertinya guru yang dilantik oleh guru besar atau pengetua untuk memberi
nasihat kepada persatuan sekolah;
“persatuan sekolah” ertinya apa-apa kelab atau persatuan murid dan guru sekolah;
4. Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis,
hendaklah menubuhkan persatuan sekolah daripada kategori yang berikut:-
(a) mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997;
(b) hobi dan rekreasi;
(c) sukan dan permainan;
(d) badan beruniform; atau
(e) apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar.
5. (1) Jawatankuasa tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah mengemukakan secara
bertulis kepada Guru Besar atau Pengetua, laporan yang lengkap mengenai perkara-
perkara berikut:-
(a) perlembagaan persatuan;
(b) senarai ahli jawatankuasa;
(c) senarai aktiviti utama persatuan.

19
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008


(2) Laporan itu hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas hari mula
berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini atau dalam hal persatuan yang
ditubuhkan selepas Peraturan-Peraturan ini berkuatkuasa, dalam tempoh
empat belas hari selepas mesyuarat pertama persatuan tersebut.
(3) Perlembagaan dan peraturan persatuan sekolah hendaklah diluluskan oleh
Guru Besar atau Pengetua.
6. (1) Jawatankuasa tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah mengemukakan
secara bertulis kepada Guru Besar atau Pengetua, laporan yang lengkap
mengenai apa-apa perubahan dalam perlembagaan, peraturan, jawatankuasa
atau ahli persatuan.
(2) Laporan itu hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas hari dari tarikh
yang laporan tentang perubahan itu dibuat, dan hendaklah disahkan dengan
tandatangan pengerusi dan setiausaha persatuan berkenaan.
(3) Guru Besar atau Pengetua boleh, menerima atau enggan untuk menerima
perubahan yang dinyatakan dalam subperaturan (1).
7. Guru Besar atau Pengetua hendaklah menyimpan atau menyebabkan disimpan
suatu rekod tentang ahli-ahli persatuan sekolah dalam tempoh tiga puluh hari selepas
berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini dan hendaklah sedia ada bagi pemeriksaan
oleh Pendaftar.
8. Guru Besar atau Pengetua hendaklah melantik seorang atau beberapa orang guru
untuk bertindak sebagai penasihat atau penasihat-penasihat bagi setiap persatuan
sekolah dan Guru Besar atau Pengetua itu hendaklah menyimpan atau
menyebabkan disimpan suatu rekod bertulis tentang maklumat itu dan hendaklah
sedia ada bagi pemeriksaan oleh Pendaftar.
9. (1) Akaun bagi tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah di bawah kawalan
Guru Besar atau Pengetua atau Guru Penasihat.
(2) Guru Besar atau Pengetua hendaklah menyimpan atau menyebabkan supaya
disimpan suatu akaun yang sewajarnya dan hendaklah menyimpannya
dibawah jagaannya bagi tempoh tidak kurang dari enam bulan setelah berakhir
tiap-tiap tahun kewangan dan hendaklah sedia ada bagi pemeriksan oleh
Pendaftar.
10. Pendaftar, Guru Besar atau Pengetua boleh, mengarahkan mana-mana persatuan
sekolah mematuhi peraturan tentang pengurusan, aktiviti, keahlian atau yang
selainnya berkenaan dengan persatuan itu.
12. (1) Pendaftar, Guru Besar atau Pengetua boleh, secara bertulis mengarah mana-
mana persatuan sekolah dibubarkan jika dia berpuas hati bahawa persatuan itu mungkin
digunakan bagi maksud:-
a. Yang tidak memberi manfaat kepada murid dan guru;
b. Propaganda politik yang memudaratkan kepentingan Malaysia atau awam;
c. Yang memudaratkan kepentingan murid; atau
d. Yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-peraturan ini.

20
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008


(2) Tiap-tiap arahan yang dibuat di bawah subperaturan (1) atau peraturan 10
hendaklah disiarkan dengan menampalkan suatu salinan mengenainya di
papan kenyataan sekolah atau mana-mana tempat yang boleh dilihat di
premis sekolah.
13. Peraturan-peraturan Di Bawah Seksyen 92 Ordinan Pelajaran 1952 Dibatalkan.
Dibuat 8 April 1998
[KP (PUU) S 10075/07/1/Jld. IV (25): PN. (PU²) 569.]

DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK


Menteri Pendidikan

LAPORAN JAWATANKUASA KABINET MENGKAJI PELAKSANAAN


DASAR PELAJARAN 7hb NOVEMBER 1979 TELAH
MEMPERAKUKAN
Perkara 50. Semua murid hendaklah digalakkan supaya mengambil bahagian secara
lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum. Guru-guru hendaklah
didedahkan kepada pendekatan yang menarik dalam pengendalian
kegiatan-kegiatan kokurikulum apabila mereka menjalani kursus latihan
perguruan. Guru-guru yang telah banyak berjasa dalam kegiatan
kokurikulum hendaklah diberi pengiktirafan yang sewajarnya.
Perkara 51. Untuk meninggikan lagi mutu kegiatan pasukan pakaian seragam di sekolah-
sekolah, maka adalah diperakukan supaya guru-guru yang memimpin pasukan
tersebut hendaklah terdiri dari mereka yang telah menerima latihan kepimpinan
dan pengendalian dalam pergerakan-pergerakan tersebut.
Perkara 52. Memandangkan latihan Pasukan Kadet Tentera dan Pasukan Kadet Polis
adalah sangat berfaedah untuk menyemai semangat disiplin dan berdikari,
maka adalah diperakukan supaya pasukan-pasukan tersebut hendaklah
diperluaskan keseberapa banyak yang boleh.
Perkara 53. Untuk menjamin supaya persatuan-persatuan atau kelab-kelab di sekolah-
sekolah dapat memainkan peranan dalam pembentukan perpaduan di
kalangan murid-murid, adalah diperakukan bahawa:
1. Sekolah-sekolah digalakkan menubuhkan persatuan/kelab yang boleh
mendatangkan faedah kepada murid-murid. Pemilihan persatuan/kelab
yang hendak ditubuhkan itu hendaklah berasaskan kepada kemudahan
yang ada dengan suasana dan persekitaran serta keperluan tempatan.
2. Persatuan Bahasa seperti Persatuan Bahasa Malaysia, Persatuan
Bahasa Inggeris, Persatuan Bahasa Cina, Persatuan Bahasa Tamil dan
sebagainya hendaklah ditubuhkan dengan tujuan untuk menyemai,
memupuk dan menanam minat murid-murid dan meningkatkan
kemajuan mereka dalam penggunaan sesuatu bahasa. Murid-murid
dari berbagai kaum hendaklah juga digalakkan menyertai persatuan
bahasa selain daripada persatuan bahasa ibunda mereka sendiri.

21
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008


Perkara 54. Untuk memastikan kegiatan sukan dan olahraga dapat mencapai matlamat
yang ditentukan adalah diperakukan:
1. Sekolah-sekolah hendaklah mengadakan senaman beramai-ramai yang
melibatkan penyertaan semua murid. Pertandingan senaman beramai-
ramai diantara pasukan-pasukan di sesebuah sekolah dan diantara
sekolah-sekolah hendaklah dijalankan.
2. Permainan-permainan di sekolah seberapa yang boleh hendaklah
melibatkan penyertaan murid yang ramai seperti dalam perlumbaan
merentas desa, jalan kaki dan sebagainya. Di samping itu mereka yang
hendak diberikan latihan atau kemahiran peringkat tinggi hendaklah
dilayani juga.
3. Kegiatan sukan dan olahraga di peringkat sekolah, daerah, negeri dan
kebangsaan hendaklah terus dipergiatkan supaya matlamat perpaduan di
antara murid-murid berbilang kaum dan lapisan masyarakat dapat dicapai.

Perkara 55. Adalah diperakukan bahawa semua sekolah memperkemaskan lagi


program-
program kokurikulum dan dalam pelaksanaan program-program ini keutamaan
hendaklah diberikan kepada kegiatan-kegiatan yang boleh memupuk disiplin
dikalangan murid-murid. Di samping itu guru-guru yang mengendalikan
kegiatan kokurikulum hendaklah diberi pengiktirafan yang sewajarnya supaya
mereka lebih bergiat lagi terutama dari segi penyeliaan

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN 1996


BAHAWASANYA mengakui bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan negara
dan penyelamat bangsa;
DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia
menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan
dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan
daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat;
DAN BAHAWASANYA pendidikan mempunyai peranan penting dalam sepenuhnya dari
segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani,
moral dan etika, ke arah mewujudkan sesuatu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik;
DAN BAHAWASANYA adalah menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan
yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai
aspirasi Negara Malaysia;
DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan
Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti berikut:

22
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008


“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warga negara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga dan negara.”
DAN BAHAWASANYA dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui suatu
sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum
Kebangsaan dan peperiksaan yang sama; pendidikan yang
diberikan adalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan yang
akan memenuhi keperluan negara, serta memupuk perpaduan
negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik
selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara;
DAN BAHAWASANYA adalah dianggap sesuatu yang perlu, selagi ia selaras dengan dasar
itu, dengan menyediakan pengajaran yang cekap dan selagi ia tidak
melibatkan perbelanjaan awam yang tidak munasabah, untuk
mengambil kira akan prinsip am bahawa murid harus dididik
mengikut hasrat ibu bapa masing-masing.

23
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008

24
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008

25
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008

PERATURAN-PERATURAN GERKO

Dengan berpandukan kepada BUKU PANDUAN PENGURUSAN GERAK KERJA


KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH yang telah dikeluarkan oleh pihak KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA 1985, adalalah dimaklumkan bahawa :
PIHAK SEKOLAH BOLEH MENYEDIAKAN GARIS PANDUAN DAN PERATURAN GERAK
KERJA KOKURIKULUM

A 1. Keahlian/Penyertaan
1.1 Tiap-tiap seorang murid dikehendaki mengambil bahagian dalam gerak
kerja kokurikulum sekolah iaitu :-

Komponen A....................Persatuan Akademik


Komponen B.....................Kelab Permaianan
Komponen C.....................Pasuakan Pakaian Seragam

1.2 Setiap murid Tahap 2: (Tahun 4,5 dan 6) dikehendaki melibatkan diri
dengan ketiga-tiga komponen kegiatan kokurikulum tersebut.

2. Kedatangan
2.1 Kedatangan adalah WAJIB, setiap murid adalah dikehendaki hadir dan
menyertai kegiatan yang dirancangkan.

3. Pakaian
Semasa menghadiri setiapa kegiatan, setiap orang murid hendaklah memakai pakaian
seragam sekolah ATAU pakaian yang sesuai untuk krgiatan bersukan ATAU pakaian seragam
bagi unit pakaian seragam.

4. Keselamatan dan Disiplin


Setiap oarang murid hendaklan mematuhi segala peraturan sekolah, peraturan gerakkerja
kokurikulum sekolah.

5. Kad Pelaporan Kokurikulum


Kad Pelaporan ini hendaklah dibawa pada setiap kali murid menghadiri gerakkerja
kokurikulum yang dilibati dan hendaklah diserahkan kepada uru penasihat untuk
ditandatanganinya.

6. Penggunaan Kemudahan dan Alatan


6.1 Setiap murid adalah tanggungjawab bagi menjaga dan manjamin
kemudahan dan peralatan sekolah yang digunakan itu dalam keadaan baik.

7. Perjalanan Gerakerja Kokurikulum

26
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008


7.1 Setiap persatuan/ kelab HENDAKLAH MEMPUNYAI PERLEMBAGAAN
sendiri yang diluluskan oleh Guru Besar.

B. KEGIATAN KOKURIKULUM YANG DIRANCANG DI PERINGKAT SEKOLAH


RENDAH.

1. Komponen A
- Persatuan Agama Islam
- Persatuan Bahasa Melayu
- Persatuan Bahasa Inggeris
- Persatuan Sains dan Matematik

2. Komponen B
- Sofbol
- Bola Baling
- Bola Sepak
- Bola Jaring

3. Komponen C
- Pengakap
- Bulan Sabit Merah

C PELAPORAN

1. Pelaporan ialah penyampaian rekod maklumat tentang penglibatan


murid.
dalam gerakerja kokurikulum sekolah.
2. Tujuan Pelaporan ialah untuk :
2.1 merekod maklumat berkenaan dengan peyertaan murid dalam bidang
gerakerja kokurikulum.
2.2 mengadakan laporan yang seragam untuk ibubapa dan penjaga
mengenai kegiatan murid dalam gerakerja kokurikulumnya.
3. Pihak sekolah adalah bertanggungjawab bagi menyediakan Kad Pelaporan
Gerakerja Kokurikulum.

D MESYUARAT

Mesyuarat Gerakerja KOKURIKULUM hendakalah diadakan sekurang-kurangnya dua


kali setahun (awal tahun dan akhir tahun) dimana laporan perkembangan tiap-tiap
gerakerja dinilai dan dikaji untuk tindakan selanjutnya. Mesyuarat ini hendaklah
diadakan bersama Guru Besar dan Penyelaras Kokurikulum.

PERLEMBAGAAN : UNIT BERUNIFORM, PERMAINAN, PERSATUAN/ KELAB

1. NAMA
1.1 Persatuan ini dinamakan (Unit Beruniform, Permaianan, Persatuan/Kelab)

27
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008


………………………………………………………………………………..

2. ALAMAT
2.1 Alamat sekolah

3. TUJUAN
Tujuan persatuan ini antara lain adalah untuk :
3.1 ……………………………………………………………………………......
3.2 ………………………………………………………………………………..
3.3 ………………………………………………………………………………..
3.4 ………………………………………………………………………………..
3.5 ………………………………………………………………………………..

4. KEAHLIAN
4.1 Keahlian bagi persatuan ini terbuka kepada semua pelajar ini yang belajar di
Tahap 2 : Tahun 4,5 dan 6.

4.2 Tanggungjawab Ahli :


a. Setiap ahli mematuhi hak bersara dalam menentukan sesuatu
keputusan
b. Ahli-ahli bertanggungjawab dalm memerhati dan mengambl tindakan
yang berlunaskan perlembagaan supaya Persatuan ini bergerak
dengan giat mengikut Perlembagaan.
c. Ahli-ahli berhak menyemak hal-hal kewangan Persatuan untuk
memastikan tidak berlaku penyelewengan
d. Setiap ahli Persatuan DIWAJIBKAN hadir atau mengambil bahagian
dalam segala bentuk aktiviti yang dianjurkan.
e. Mereka yang tidak dapat berbuat demikian hendakalah memberitahu
Guru .
f. Penasihat dengan memberi sebab-sebab yang munasabah.

5. PENTADBIRAN
5.1 PENAUNG : Guru Besar
5.2 PENASIHAT : Beberapa orang guru dilantik oleh Guru Besar
sebagai Guru Penasihat. Seorang daripadanya sebagai
ketua, manakala yang lainnya membantu.
Guru Penasihat berperanan mengendalikan perjalanan
persatuan.
5.3 AJK : Persatuan ini ditadbirkan oleh AJK Persatuan
yang
dipilih dalam Mesyuarat Agong Tahunan yang diadakan
pada awal sesi persekolahan setiap tahun.
Jawatankuasa tersebut terdiri daripada
i Pengerusi :
ii Naib Pengerusi :
iii Setiausaha :
iv AJK :

6. YURAN

28
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008


Setiap ahli dikenakan yuran sebanyak RM ____setahun dan wang itu dikutip melalui
Bendahari Persatuan.

7. KUMPULAN WANG
Kumpulan atau yuran hanya boleh digunakan untuk aktiviti Persatuan. Persatuan
berhak menerima sumbangan dalam bentuk wang atau lain-lain dari mana-mana pihak
.

8. MESYUARAT
8.1 Mesyuarat Agong Tahunan diadakan pada ____________persekolahan atau
pada satu tarikh yang sesuai yang diputuskan oleh AJK dan Guru Penasihat
8.2 Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan diadakan sekurang-kurangnya dua bulan
sekali atau bile-bile masa diperlukan.
8.3 Mesyuarat Agong Tahunan hanya sah apabila dua pertiga dari ahli-ahli hadir

8.4 Menghadiri mesyuarat pada masa-masa yang ditentukan adalah wajib


kepada ahli-ahli kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
8.5 Pengumuman setiap mesyuarat hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sehari
sebelum mesyuarat diadakan.

9. PINDAAN PERLEMBAGAAN
9.1 Pindaan kepada Perlembagaan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa yang
diperlukan atas nasihat Guru Besar atau Guru Penasihat Persatuan.

29
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008

Contoh: LAMPIRAN
PERGERAKAN PENGAKAP
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA TUN UDA
NO. PENDAFTARAN 18/2002/SMKRTU
PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN
Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan
Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11,
Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini
dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Pergerakan Pengakap Sekolah
Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda yang selepas ini disebut sebagai ”persatuan” sahaja.

PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT


a. Nama Persatuan: Pergerakan Pengakap
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun
Uda,
b. Alamat: Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun
Uda,
Jalan Tengah
11950 Pulau Pinang.

PERATURAN 2 MATLAMAT
Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara
seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
PERATURAN 3 OBJEKTIF

3.1 Supaya ahli dapat menganggotai Pasukan Pakaian Seragam (Pergerakan


Pengakap) dengan lebih terpimpin dalam menimba Ilmu Berpengakap dan
memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri.

30
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008


3.2 Ahli-ahli Pergerakan Pengakap akan seberapa daya berusaha untuk mencapai
tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui ujian-
ujian kecekapan yang diikutiinya.
PERATURAN 4 KEAHLIAN
4.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.
4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan
4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan
dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan
persatuan ini.
PERATURAN 5 GURU PENASIHAT
5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
5.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan
pelaksanaan sesuatu aktiviti.
5.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti
dijalankan.

PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA


6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli
yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak
dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.
6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa
mengadakan mesyuarat.
6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah
menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-
6.6.1 Pengerusi
6.6.2 Naib Pengerusi
6.6.3 Setiausaha
6.6.4 Penolong Setiausaha
6.6.5 Bendahari
6.6.6 Penolong Bendahari

31
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008


6.6.7 Ahli Jawatankuasa(bilangan bergantung keperluan)
6.6.8 Pemeriksa Kira-Kira(2 orang)

PERATURAN 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

7.1 Pengerusi
7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat
7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan
yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
7.2 Naib Pengerusi
7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab
yang diberi.
7.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.

7.3 Setiausaha
7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.
7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-
kegiatan.
7.3.3 Mencatat kehadiran ahli
7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.

7.4 Penolong Setiausaha

7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan


tanggungjawabnya.

7.4.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.


7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari masa ke semasa.
7.5 Bendahari

32
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008


7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan
7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara
kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.

7.5.3 Menyebdiakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta


menandatanganinya.
7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam
mesyuarat ahli jawatankuasa.
7.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan
dalam Mesyuarat Agung.
7.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari masa ke semasa.
7.6 Penolong Bendahari

7.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.


7.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari masa ke semasa.
7.7 Ahli Jawatankuasa
7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.
7.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
7.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari masa ke semasa

7.8 Pemeriksa Kira-Kira

7.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan


tahunan dan bertangungjawab keatasnya.

7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

PERATURAN 8 KEWANGAN
8.1 Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan
semasa Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM 1.00 seorang
sebulan.
8.2 Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.
8.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan
perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti
tersebut.

33
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008


8.4 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun
SUWA sekolah, sekiranya mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar.

PERATURAN 9 KEHADIRAN/PENYERTAAN
9.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan
oleh persatuan sepanjang tahun.
9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki
menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam
penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.
PERATURAN 10 AKTIVITI
10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli
jawatankuasa.
10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan
kepada pengetahuan ahli.
PERATURAN 11 PERATURAN-PERATURAN
11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.
PERATURAN 12 TINDAKAN DISIPLIN
12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan
tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
12.2.1 Amaran lisan
12.2.2 Amaran bertulis
12.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat
rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan
Guru Penasihat adalah muktamad.
PERATURAN 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN
13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia
dipinda.
13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli
jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli
Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya
jika perlu.

34
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008


13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh
Pengetua/Guru Besar.
PERATURAN 14 PEMBUBARAN PERSATUAN

14.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati


melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
14.2Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat
Agung Tergempar.
PERATURAN 15 HAL-HAL LAIN
15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti
yang dijalankan.
15.2
Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh
minat.
………………………. ……………………. …….……………….
(HALIZABIN AHMAD) (HALIM BIN HASBULLAH) (RAMLI BIN PUTIH)
Setiausaha Pengerusi Guru Pemimpin
Pergerakan Pengakap Pergerakan Pengakap Pergerakan Pengakap

Tarikh: ................. Tarikh: .................... Tarikh: ..............

Skema Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah.


1.2.1 Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelarasan
Kokurikulum Sekolah.

1.2.2 Menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah. {Rujuk Surat


Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 bertarikh 2hb. Januari 1985}

1.2.3 Merumus dan menetapkan visi dan misi kegiatan kokurikulum sekolah
dan menghebahkannya kepada guru-guru dan pelajar-pelajar. (Visi dan
misi sekolah dalam bidang kokurikulum ditetapkan dalam mesyuarat
bersama di antara Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelarasan
Kokurikulum Sekolah dengan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar
Sekolah).
1.2.4 Menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pengurusan dan Penyelarasan
Kegiatan Kokurikulum yang terdiri daripada guru-guru penasihat
persatuan/kelab, pasukan pakaian seragam, dan sukan/permainan.
1.2.5 Mengkaji dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam
pelaksanaan kegiatan kokurikulum pada tahun-tahun sebelumnya dan
merumuskan dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan.
1.2.6 Memberi taklimat kepada guru-guru tentang dasar, pendekatan dan
kaedah baru pelaksanaan kokurikulum yang telah dirumuskan.

35
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008


1.2.7 Menyediakan keperluan asas pentadbiran (termasuklah fail; dokumen-
dokumen rujukan berkaitan prosedur, undang-undang atau peraturan
dan tatacara pelaksanaan; kurikulum kegiatan; borang-borang
penilaian; dan sijil-sijil).
1.2.8 Menyediakan atau memperolehi keperluan prasarana dan kemudahan-
kemudahan asas.
1.2.9 Mengenalpasti keupayaan sekolah dari aspek pelaksanaan, seperti
sumber tenaga dan kepakaran, kesesuaian persekitaran, sumber
bantuan dan kewangan, dan kecendorongan pelajar.
1.2.10 Memperolehi dan mengemaskini inventori , bekalan pejabat, dan harta
modal bidang kokurikulum.
1.2.11 Menyediakan perancangan dan jadual tahunan (takwim) kegiatan
kokurikulum sekolah.

1.2.12 Menubuhkan persatuan/kelab/badan beruniform dan melantik guru-guru


penasihat. {Rujuk Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah)
1998 seperti dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Hb. Mei 1998 Jil.
42/No. 11 : PU (A) 196}
1.2.13 Menyediakan kurikulum kegiatan setiap persatuan/kelab.
1.2.14 Melaksanakan kursus-kursus pengurusan kokurikulum kepadas guru-
guru.
1.2.15 Menyelaraskan kegiatan atau aktiviti persatuan/kelab/badan beruniform
berdasarkan objektif/matlamat setiap persatuan/kelab/badan beruniform
berkenaan, rangka perancangan kokurikulum sekolah, dan jadual
aktiviti kokurikulum peringkat daerah dan negeri.
1.2.16 Memantau dan menyelia pelaksanaan kegiatan kokurikulum.
1.2.17 Menyedia, mengumpul dan menyemak dokumentasi pelaksanaan oleh
setiap persatuan/kelab, badan beruniform dan persatuan/kelab sukan
dan permainan.
1.2.18 Melaksanakan Skema Penilian Aktiviti Kokurikulum untuk setiap pelajar.
1.2.19 Merancang dan melaksanakan kursus-kursus kejurulatihan.
1.2.20 Meneroka dan mewujudkan peluang-peluang penyertaan dan
penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum di peringkat daerah,
negeri, kebangsaan dan antara bangsa.

1.2.21 Menyediakan laporan Tahunan Kokurikulum.(Lampiran Laporan)


1.3 Prinsip Pelaksanaan Kokurikulum.
1.3.1 Menyediakan ruang, peluang, kesempatan, dan kemudahan
pembelajaran yang menarik, menyeronokkan, dan merentasi kurikulum,
bagi membantu murid/pelajar mengikuti, melalui, dan mengalami alam
36
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008


persekolahan dalam keadaan selesa, selamat, dan sejahtera dengan
pewujudan iklim, budaya, dan persekitaran sekolah yang kondusif, ceria
dan bersih;
1.3.2 Merancang, menganjur, dan mengelolakan kegiatan kokurikulum yang
berbentuk aktiviti bagi tujuan mempelbagaikan pengalaman
pembelajaran dan persekolahan murid/pelajar dalam usaha untuk
melengkapkan dan memantapkan lagi pelaksanaan program akademik
dan menjadikannya lebih berkaitan dan relevan dengan alam dan
kehidupan di luar sekolah.
1.3.3 Dalam semua program kokurikulum penekanan diberi kepada
pemerolehan dan peningkatan ilmu dan kemahiran baru, dan
pemupukan sikap positif dan nilai-nilai murni kemanusiaan dan
keinsanan demi meningkatkan kualiti sahsiah, disiplin, ketahanan diri,
daya saing, dan kesejahteraan diri murid/pelajar dan masyarakat.
1.3.4 Dalam semua program kokurikulum penekanan diberi secara sedar
kepada usaha bersepadu ke arah memperkukuhkan semangat
patriotisme, dan semangat perpaduan antara kaum dan wilayah bagi
kesejahteraan masyarakat, bangsa, dan negara.
1.3.5 Menyediakan peluang, ruang, dan kemudahan yang mencukupi dengan
mempelbagaikan program dan aktiviti kokurikulum bagi membolehkan
penyertaan murid/pelajar secara beramai-ramai; penyertaan seramai
mungkin murid-murid terpilih; dan peragaan murid kepada khalayak
yang lebih ramai dan terbuka.
1.3.6 Menyediakan skema peningkatan pengetahuan, kemahiran,
pencapaian, dan kepemimpinan dalam setiap bidang kokurikulum
supaya murid/pelajar dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan
masing-masing dalam bidang-bidang yang mereka sertai, dan
berpeluang mengatasi atau mempertingkatkannya secara berterusan.
1.3.7 Semua program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang, dianjur, dan
dikelolakan memberi peluang dan kesempatan kepada murid/pelajar
mengembangkan minat, bakat kreatif dan inovatif masing-masing; dan
menatarkan idea, pendapat, buah fikiran, ilham, dan cita rasa secara
berhemah dan bijaksana melalui pelbagai genre dan budaya warisan
bangsa.
1.3.8 Menyediakan peluang dan kesempatan kepada pelajar-pelajar
memperagakan kepada khalayak bakat dan kebolehan masing-masing
dalam bidang-bidang yang mereka minati.
1.3.9 Menerapkan elemen-elemen kerjaya dalam program dan kegiatan
kokurikulum yang dirancang, dianjur dan dikelolakan.
1.3.10 Seberapa boleh mewujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi-
agensi kerajaan, syarikat-syarikat swasta, pertubuhan-pertubuhan
bukan kerajaan, dan institusi-institusi pengajina tinggi, untuk

37
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008


memperluas, mempelbagai, dan mempertingkatkan penglibatan
murid/pelajar dalam kegiatan-kegiatan kokurikulum.
1.3.11 Mewujudkan peluang kepada pelajar-pelajar mempertingkatkan daya
saing dan daya tahan masing-masing, di samping memperteguh
semangat kesukarelawanan dan kekendirian.
1.3.12 Merealisasikan unsur-unsur penghargaan dalam setiap aktiviti/kegiatan
kokurikulum yang dianjur dan dikelolakan.

4.0 PENTAKSIRAN GERAK KERJA KOKURIKULUM.


Penilaian kegiatan kokurikulum boleh meransang murid-murid untuk bergiat

lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum. Semua murid mempunyai peluang yang sama

untuk memperolehi markah kerana penilaian yang dibuat adalah setara. Bagi murid

yang bercita-cita untuk memasuki sekolah berasrama penuh, penglibatan yang

cemerlang dalam kegiatan kokurikulum boleh dijadikan sandaran untuk mencapai

cita-cita tersebut.

38
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008


Penilaian aktiviti kokurikulum seseorang murid dalam setiap jenis aktiviti yang

disertainya adalah berdasarkan kepada beberapa aspek iaitu :-

BIL ASPEK PENILAIAN % MARKAH


1 Kehadiran 50
2 Pencapaian 20
3 Penglibatan 20
4 Jawatan yang disandang 10
JUMLAH 100

Markah untuk aspek kehadiran adalah yang tertinggi bertujuan untuk

menggalakkan murid hadir pada setiap aktiviti yang dijalankan. Markah aspek

pencapaian diukur melalui pencapaian murid dalam pertandingan di peringkat

Sekolah / Zon / Daerah / Negeri / kebangsaan dan antarabangsa. Markah aspek

penglibatan pula diberikan kepada semua ahli berdasarkan sumbangan dan

komitmen mereka di dalam semua aktiviti yang dijalankan dan tahap penglibatan yang

disertai. Manakala markah bagi aspek jawatan yang disandang pula diberikan kepada

individu yang memegang sesuatu jawatan yang tertinggi dalam kegiatan kokurikulum.

Semua murid tahun 3 dan tahap 2 diwajibkan menganggotai pasukan pakaian

seragam, persatuan / kelab serta sukan dan permainan. Dalam hal ini, setiap murid

akan memilih salah satu daripada aktiviti yang terdapat dalam kegiatan kokurikulum

tersebut. Penilaian kegiatan adalah berdasarkan kepada :-

a. Aktiviti pasukan pakaian seragam seperti Pengakap, Puteri Islam, Tunas Kadet

Remaja dan Persatuan Bulan Sabit Merah.

b. Aktiviti persatuan / kelab seperti Persatuan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,

Agama Islam, Sains Dan Matematik dan Kelab Keselamatan dan Sivik.

39
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008


c. Aktiviti sukan dan permainan seperti Bola Sepak, Bola Jaring, Sepak Takraw

dan Badminton.

Markah bonus akan diberi berdasarkan sesuatu jawatan kepimpinan yang

disandang oleh murid dan jawatan tersebut bertujuan membantu pengurusan dan

pentadbiran sekolah. Markah bonus yang ditetapkan adalah seperti jadual berikut :-

BIL JAWATAN MARKAH BONUS


1 Ketua Murid 10
2 Timbalan / Penolong Ketua Murid 8
3 Pengawas Sekolah 7
4 Pengawas Perpustakaan 6
5 Badan-badan Tertentu 5
6 Ahli jawatankuasa termasuk penolng ketua / 3

pengerusi / setiausaha / bendahari bagi badan-

badan dalam komponen aktiviti kokurikulum.


7 Ketua Kelas 2
8 Penolong ketua kelas 1

Gred keseluruhan boleh diperolehi dengan mencampurkan jumlah markah

ketiga-tiga kegiatan kokurikulum yang diperolehi dan mendapatkan purata bagi ketiga-

tiga markah tersebut. Setelah mendapat nilai tersebut, ia hendaklah ditambah pula

dengan markah bonus yang diperolehi.

40
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008

5.0 REFLEKSI

5.1 HURAIAN AKTIVITI KO-KURIKULUM YANG DIJALANKAN DI

SEKOLAH
Aktiviti kokurikulum yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Sungai Ara adalah

mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dan juga

unit kokurikulum sekolah. Sekolah ini juga merupakan sekolah yang aktif di dalam

kegiatan kokurikulum di Daerah Larut Matang Dan Selama. Hal ini adalah kerana

sekolah ini menyertai pelbagai pertandingan di peringkat zon Batu Kurau dan Daerah

Larut Matang dan Selama.

Aktiviti kokurikulum di sekolah ini merangkumi unit beruniform, persatuan /

kelab dan sukan / permainan. Komponen unit beruniform terdiri daripada Pengakap

dan Badan Bulan Sabit Merah Malaysia. Persatuan / Kelab pula terdiri daripada

Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Bahasa Inggeris, Persatuan Agama Islam,

Persatuan Sains dan Matematik serta Kelab Komputer. Manakala sukan / permainan

41
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008


pula terdiri daripada Bola Sepak, Bola Jaring, Bola Baling, Bola Tampar dan

Badminton. Kesemua aktiviti kokurikulum ini dilaksanakan pada setiap hari Rabu pagi

sebelum waktu pembelajaran dimulakan dan selepas waktu persekolahan mengikut

jadual yang telah ditetapkan oleh Unit Kokurikulum sekolah Kebangsaan Sungai Ara.

Sekolah ini juga banyak menyertai permainan dalam Majlis Sukan Sekolah-

sekolah Daerah (MSSD) peringkat Larut Matang dan Selama. Antara sukan yang

disertai ialah Bola Jaring, Badminton, Sepak Takraw, Bola Baling, Olahraga, Catur,

Bola Sepak dan Bola Tampar. Banyak kejayaan yang telah dikecapi dalam

pertandingan yang disertai. Contohnya seperti Sepak Takraw, pasukan sekolah telah

menjadi Johan di peringkat zon. Bagi kejohanan Olahraga pula, ada di antara murid

sekolah ini terpilih untuk mewakili zon ke peringkat daerah. SK Sungai Ara juag telah

menjadi johan dalam pertandingan Bola Tampar di peringkat Zon Batu Kurau. Begitu

juga dengan Badminton, pasukan murid lelaki SK Sungai Ara juga turut menjadi

johan di peringkat Zon Batu Kurau.

Selain aktiviti kokurikulum, Sekolah Kebangsaan Sungai Ara juga banyak

menyertai pertandingan ko-akademik seperti Tilawah Al-quran, Hafazan, Nasyid,

Berzanji, Tulisan Jawi dan Bercerita. Sekolah ini telah berjaya menjadi johan peringkat

zon dalam tulisan jawi dan mendapat tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan

tilawah al-Quran.

42
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008


Kejayaan demi kejayaan yang dikecapi oleh Sekolah Kebangsaan Sungai Ara

adalah hasil daripada guru dan murid yang begitu komited dan bersungguh-sungguh

dalam setiap aktiviti yang disertai. Latihan yang kerap diadakan ke atas murid yang

akan memasuki pertandingan giat dijalankan. Kesimpulannya ialah, Sekolah

Kebangsaan Sungai Ara mempunyai potensi yang cerah untuk mencapai tahap

sekolah yang cemerlang dan gemilang dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum

kerana mempunyai guru-guru dan murid-murid yang berbakat dan bersungguh-

sungguh. Jika usaha ini dapat dilipatgandakan, matlamat tersebut akan dapat

direalisasikan suatu hari nanti.

5.2 KELEBIHAN
Kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting demi membangunkan

potensi pelajar secara menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia

ada telah berjaya membina disiplin pelajar serta meningkatkan minat mereka

terhadap pembelajaran. Oleh yang demikian, setiap sekolah harus menitikberatkan

aktiviti kokurikulum ini tanpa mengabaikan kurikulum.

Sekolah Kebangsaan Sungai Ara adalah sebuah sekolah yang amat

menitikberatkan aktiviti kokurikulum ini. Hal ini dapat dibuktikan melalui kesungguhan

dan minat yang mendalam oleh guru dan murid-murid dalam semua aktiviti yang

dijalankan.

43
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008


Murid-murid akan diberi latihan oleh guru untuk menyertai pertandingan di

pelbagai peringkat iaitu di peringkat kelompok, zon, daerah dan negeri. Misalnya

kejayaan Sekolah Kebangsaan Sungai Ara dalam pertandingan sepak takraw, bola

tampar, dan badminton di peringkat zon dan melayakkan ke peringkat daerah sudah

cukup membuktikan hasil usaha gigih guru-guru dan murid-murid dalam aktiviti

kokurikulum.

Sekolah ini juga mempunyai guru dan kakitangan sokongan yang berdedikasi.

Hal ini adalah kerana mereka bersedia dan sanggup berkorban tidak kira masa untuk

melatih dan menghantar murid-murid jika ada pertandingan yang dijalankan di

sekolah lain. Mereka juga amat bertanggungjawab dalam memastikan murid-murid

selamat dan terurus semasa berada di dalam jagaan mereka di luar sekolah.

Dari segi waktu perlaksanaan aktiviti kokurikulum di Sekolah Kebangsaan

Sungai Ara, waktu yang dipilih untuk perlaksanaan kokurikulum ini adalah waktu yang

paling sesuai dan baik. Sekolah ini telah menetapkan aktiviti ini dijalankan pada setiap

pagi Rabu bermula jam 7.45 pagi hingga 8.45 pagi bagi aktiviti permainan, dan

disambung semula pada jam 2.05 hingga 3.05 petang bagi aktiviti unit beruniform dan

diselang-selikan dengan aktivti persatuan.

Di sini kita dapat lihat banyak kelebihan dari sudut waktu perlaksanaannya.

Dengan menjalankan aktiviti ini dalam waktu persekolahan, semua murid dan guru

akan dapat melibatkan diri. Jadi, semua aktiviti kokurikulum dapat dijalankan dengan

baik.

44
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008

Selain daripada itu, perlaksanaan aktiviti kokurukulum ini pada waktu pagi dan

tengahari dapat mengelakkan masalah cuaca dari menjadi halangan dalam

menjalankan aktiviti yang telah dirancang. Ini kerana setiap petang biasanya kawasan

Batu Kurau dan Taiping sering hujan. Jadi, aktiviti kokurikulum akan ditangguhkan.

Kesimpulannya, waktu perlaksanaan aktiviti kokurikulum Sekolah Kebangsaan Sungai

Ara adalah waktu yang amat sesuai dan baik dan harus dicontohi oleh sekolah lain.

Sekolah Kebangsaan Sungai Ara juga memberi peluang kepada murid-murid

untuk menceburkan diri dalam sukan sekolah-sekolah jemputan. Dengan ini, murid

akan dapat membiasakan diri dengan pertandingan-pertandingan sukan dan dapat

menjadikan murid agar sentiasa bersedia untuk sebarang pertandingan yang akan

dijalankan.

Kesimpulannya ialah aktiviti kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Sungai Ara

berjaya melahirkan insan yang serba boleh serta seimbang dari segi jasmani, rohani,

emosi, sosial serta intelek agar dapat mengharungi cabaran dan wawasan negara.

5.3 KELEMAHAN
Kementerian Pendidikan sentiasa menggalakkan penyertaan murid-murid

dalam apa jua aktiviti sukan dan memperakukan bahawa sukan sememangnya

penting untuk membina ketahanan diri dan kesihatan disamping memupuk

45
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008


perkembangan jasmani, rohani dan emosi murid-murid. Sukan juga merupakan satu-

satunya saluran yang berkesan bagi memupuk persefahaman dan perpaduan di

kalangan murid.

Namun begitu, terdapat beberapa kekangan atau kelemahan yang dapat saya

lihat daripada aktiviti yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Sungai Ara. Antaranya

ialah kemudahan padang yang tidak selesa iaitu padang terlalu kecil dan

menyukarkan guru dan murid untuk menjalankan aktiviti dengan jayanya. Justeru itu,

ia akan menyukarkan murid-murid yang memasuki pertandingan yang memerlukan

padang yang besar untuk latihan olahraga dan sebagainya.

Selain itu, bilangan murid yang kecil atau kurang menyebabkan aktiviti

kokurikulum sukar untuk dilaksanakan. Sesuatu aktiviti yang dijalankan atau sukan

untuk pertandingan akan melibatkan murid yang sama. Ini akan menyukarkan guru

untuk melatih murid membuat persediaan awal bagi sesuatu pertandingan kerana

jarak di antara sesuatu pertandingan adalah rapat. Ia akan menjadi lebih teruk apabila

berlaku pertindihan program atau perlawanan yang melibatkan penyertaan murid

yang sama kerana ia akan menyebabkan murid terbabit terpaksa menarik diri bagi

salah satu program yang disertai.

Kesimpulannya kelemahan ini dapat ditangani agar kecemerlangan murid di

dalam bidang kokurikulum boleh bergerak seiring dengan kecemerlangan di dalam

bidang kurikulum.

46
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008

5.4 CADANGAN UNTUK MEMBAIKINYA.


Cadangan saya untuk meningkatkan pelaksanaan dan keberkesanan program

kokurikulum di sekolah antaranya ialah pihak sekolah perlu prihatin dengan

kelemahan yang wujud di sekolah ini. Langkah proaktif perlu dilakukan untuk

menyelamat suasana dan keadaan. Setiap pelaksanaan gerak kerja kokurikulum

perlulah dibuat analisa dan penilaian terlebih dahulu agar segala kegiatan dapat

dijalankan dengan sempurna. Selain itu, guru-guru juga perlu sentiasa diperingatkan

tentang tugasan masing-masing. Guru-guru perlu bersifat aktif, bersemangat dan

prihatin dalam menjalankan tugas yang telah diberikan. Mencari jurulatih atau

pembimbing yang berkebolehan dalam sesuatu kegiatan amatlah diperlukan agar

tujuan dan matlamat sebenar gerak kerja kokurikulum dapat dicapai.

Program motivasi, kem dan seminar juga perlu dianjurkan oleh pihak sekolah

untuk memberi pendedahan dan pengetahuan terhadap murid-murid tentang

kepentingan gerak kerja kokurikulum dalam kehidupan mereka sebagai pelajar di

samping meningkatkan semangat dan kesungguhan bagi murid-murid dalam

mencapai kemajuan dalam bidang kokurikulum mahupun kurikulum. Ini kerana dunia

hari ini tidak lagi memandang kecemerlangan dalam bidang kurikulum sahaja yang

membolehkan mereka melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi bahkan

ianya merangkumi penglibatan dan keaktifan murid dalam kokurikulum di sekolah.

47
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008


Selain itu, pihak sekolah perlu mencari inisiatif bagaimana gerak kerja

kokurikulum di sekolah dapat menarik minat murid. Antaranya, acara atau majlis yang

berbentuk penghargaan dan ucapan perlu diadakan bagi meraikan murid-murid yang

telah berjaya mengharumkan nama sekolah dan penglibatan diri dalam bidang yang

diceburi.

Kesimpulannya ialah semua pihak harus bekerjasama dan bertanggungjawab

dalam memastikan kecemerlangan murid-murid di dalam bidang kokurikulum. Jika ini

berlaku, seruan negara untuk melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan

terbilang akan dapat direalisasikan dengan jayanya.

6.0 PENUTUP
Konklusi yang dapat dibuat hasil daripada kajian ini ialah kecemerlangan murid

pada hari ini tidak hanya diukur berdasarkan kejayaan cemerlang dalam bidang

akademik semata-mata sebaliknya penglibatan murid dan kejayaan dalam bidang

kokurikulum banyak membantu seseorang dalam menjamin kehidupan yang lebih

baik pada masa hadapan.

Bidang kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum formal yang

merangkumi aktiviti yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan peluang kepada murid

48
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008


menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai

murni di bilik darjah.

Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi pernah menyatakan bahawa,

“hasrat kerajaan bukan sahaja untuk melahirkan belia yang cemerlang tetapi mereka

yang memiliki semangat yang tinggi dan mempunyai daya kepimpinan yang unggul

serta berkualiti. Sekiranya para belia memiliki nilai-nilai tersebut, mereka mampu

menghadapi apa jua cabaran dan pengaruh negatif yang bakal dilalui.”

Kegiatan kokurikulum dilaksanakan melalui penubuhan persatuan mata

pelajaran dan persatuan-persatuan lain yang diluluskan, kelab dan unit beruniform.

Aktiviti kokurikulum perlu di sekolah perlu dipertingkatkan agar nilai-nilai murni seperti

kerjasama, berdikari, dedikasi, komited, kejujuran, taat setia, semangat patriotik,

perpaduan, keberanian dan semangat berkomuniti dapat diperkukuh. Nilai-nilai murni

merupakan teras dalam pembentukan sikap kenegaraan dan iklim persekolahan yang

kondusif untuk segala kegiatan pendidikan.

Justeru itu, bagi merealisasikan matlamat kokurikulum dengan jayanya, semua

pihak termasuklah murid-murid, guru-guru, PIBG dan juga masyarakat haruslah

berganding bahu dalam setiap aktiviti yang dijalankan di sekolah. Sumbangan dalam

bentuk wang ringgit, buah fikiran, penyertaan dan sokongan amat perlu dalam

menjayakan sesuatu aktiviti kokurikulum di sekolah.

49
TUGASAN GERKO

KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS

AMBILAN JANUARI 2008


Untuk mempertingkatkan lagi prestasi pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum

di sekolah, beberapa perubahan dan tindakan strategik perlu diambil, dilaksana dan

direalisasikan. Kejayaan sesuatu aktiviti kokurikulum sangat penting untuk mencapai

matlamat pendidikan negara yang dilaungkan dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan untuk melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani, emosi,

rohani dan intelek.

50

Anda mungkin juga menyukai