Anda di halaman 1dari 5

TAJUK 13 PERKAMUSAN Konsep dan Definisi Kata kamus diserap daripada bahasa Arab qamus, dengan bentuk jamaknya

a qawamis. Kata Arab itu sendiri berasal daripada kata Yunani okeanos yang bererti 'lautan'. Kamus ialah daftar bentukbentuk linguistik yang telah disosialisasikan yang tersusun secara bersistem, yang dihimpun daripada kebiasaankebiasaan bahasa suatu masyarakat bahasa tertentu dan yang didokumentasikan oleh penyusun dengan cara yang sedemikian rupa sehingga pembaca memenuhi syarat memahami makna setiap bentuk terpisah, dan diberi maklumat tentang fakta-fakta yang relevan yang ada kaitannya dengan jenis-jenis utama kamus, iaitu yang terutama sekali berhubungan dengan makna kamus atau lexical meaning. (Zgusta, 1977 dipetik daripada Arbak Othman (2000)).

kamus. Apa yang berlaku dalam perkamusan ialah pandangan tertentu yang digunakan oleh seorang penyusun kamus sebagai panduan supaya kamus yang disusunnya mencapai mutu yang baik dan termuat di dalamnya nilai-nilai kebahasaan, semantik dan semiotik, lengkap dan dapat dipertanggungjawabkan. Maksud teori untuk perkamusan ialah kecenderungan aplikasi ilmu linguistik, semantik, dan pragmatik selengkap mungkin dalam sesebuah kamus. Tugas kamus adalah untuk memberi makna atau takrif kepada kata dan pemberian ini juga menggunakan kata-kata. Prinsip Perkamusan Beberapa prinsip perlu dijadikan pegangan dalam penyusunan kamus, iaitu: Keaslian Kamus haruslah memuatkan bahasa yang ada bukti bahawa bentuk tersebut benarbenar digunakan oleh penutur jati. Keperwakilan Bergantung kepada format kamus yang ditentukan oleh pengguna yakni khalayak, kamus perlu memuatkan bahan yang benarbenar mewakili

Teori Perkamusan Menurut Arbak Othman (2000), tidak ada teori tertentu yang dikhususkan bagi maksud penyusunan

ruang lingkup khalayak misalnya bahasa untuk kanak-kanak. Kelayakan Penyusun harus pasti bahawa hasil kerjanya sesuai dengan tujuan pekerjaannya. Keperluan bagi kamus ekabahasa tidak sama dengan kamus dwibahasa. Selain daripada itu, kelayakan sosial juga perlu diambil kira misalnya bahasa, agama, dan adat istiadat pengguna kamus. Sumber Sumber bagi kata masukan atau entri perlulah sumber yang layak diterima pakai berdasarkan penelitian lapangan, iaitu sumber primer atau sumber sekunder berdasarkan rujukan ke pustakaan.

sebutan menurut dialek Riau-Johor. Menurut Awang Sariyan (1988:6), ahli- ahli bahasa telah bersependapat tentang dasar sebutan baku Bahasa Melayu iaitu sebutan bagi kata bahasa Melayu hendaklah berdasarkan sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan. Perkara ini adalah bertepatan dengan keterangan K.L pike dalam bukunya Phonemics (1943:57) iaitu Kata-kata dieja sebagaimana diucapkan dan diucapkan sebagaimana dieja, dan tidak ada huruf yang senyap.

SEBUTAN DAN ETIMOLOGI Sebutan Menurut Awang Sariyan (2004), sebutan baku di Malaysia telah ditetapkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kali Ke3 (1956) yang memutuskan bahawa sebutan baku ialah sebutan fonemik (berdasarkan ejaan) bukan berdasarkan kelaziman

Garis panduan dasar umum tentang sebutan baku bahasa Melayu adalah seperti berikut : Sebutan Huruf: Pada umumnya, setiap huruf dalam ejaan Rumi atau Jawi perlulah dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkan. Sebutan Kata: Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata (pola pada suku kata) sama ada kata dasar atau kata terbitan. Intonasi: Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan hendaklah

berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam Bahasa Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan.

Etimologi Kata etimologi berasal daripada bahasa Yunani yang bererti ilmu yang mencari kebenaran. Menurut Bynon (1977:62) yang paling lengkap. Menurutnya, etimologi ditakrifkan sebagai usaha menyusun sejarah bentuk dan makna kata. Nahu yang dicapai itu mesti mencakupi rumusrumus yang dapat menerbitkan bentuk dan makna kata yang dikesan itu. Prinsip Etimologi Melibatkan masalah bentuk dan makna. Bentuk fonetik dan semantik selalu diimbangi unsur semantik. Melingkungi asal-usul semua kata dalam sesuatu bahasa. Sama ada kata asli atau pinjaman data dibahas melalui ilu ini.

Jadi, ilmu ini tidak terbatas pada kajian kata pinjaman sahaja. Etimologi tidak menghasilkan sebuah senarai kata asalnya masing-masing jika ia sebuah satu usaha sejarah. Ilmu etimologi menjelaskan perkembangan kata tersebut.

Kesimpulan tiga prinsip etimologi, iaitu keseimbangan bentuk dan makna, terjalinnya sejarah bahasa dan sejarah sosial serta bidang yang meliputi etimologi yang merangkumi bacaan kata warisan dan kata pinjaman.

Membentuk 3 prinsip lain


Prinsip Kata Kembar Etimologi Prinsip Etimologi Rakyat Prinsip Hiperkoreks i

Prinsip Kata Kembar Etimologi. Ditakrifkan sebagai pasangan kata dalam satu bahasa yang berasal daripada sumber yang sama. Bahasa sumber merupakan bahasa yang digolongkan dalam rumpun atau keluarga bahasa lain. Terdapat kata pinjaman antara dialek yang menghasilkan kata kembar etimologi. Contoh: kerja : karya kerja kegiatan melakukan sesuatu. Karya buatan atau ciptaan seni.

Prinsip Etimologi Rakyat a) Suatu usaha memberi peringatan baru pada sesuatu kata dengan merujuk kepada kata atau morfem yang sudah lazim. b) Kadangkala seseorang individu menciptakan etimologi untuk sesuatu kata dengan mereka-reka sejarah atau mempercayai persamaan palsu. Contoh: Kinabalu (Ada yang berpendapat kata itu berasal frasa balu Cina kerana kononnya dahulu ada orang Cina yang meninggal di sana).

Beberapa aspek dalam penggunaan tanda baca adalah stilistik dan oleh itu, bergantung kepada pilihan penulis. Kependekan Dalam bahasa Melayu, kependekan digunakan secara meluas, bukan sahaja dalam media cetak, seperti akhbar dan majalah, tetapi juga dalam media elektronik, seperti internet. Kependekan ialah keduaduanya terbentuk daripada gabungan huruf pertama. Contohnya, DEB dan BSN merupakan kependekan untuk Dasar Ekonomi Baru dan Bank Simpanan Nasional. Singkatan disebut huruf demi huruf, misalnya [D.E.B] dan [B.S.N]. Ada juga antara kependekan yang biasa digunakan sememangnya berasal daripada kependekan bahasa Inggeris seperti e.g., dan

Prinsip Hiperkoreksi Kecenderungan membetulkan atau meningkatkan sesuatu kata sehinggakan pembetulan itu merupakan kesalahan. Sasaran pembetulan dilampaui iaitu pola pembetulan ditetapkan dalam lingkungan yang salah. Contoh: petai : petal (kata asalnya ialah petai, namun setelah vokal /i/ ditukarkan kepada /l/ maka bunyi bertukar menjadi petal. Berkemungkinan kata petal disebut oleh individu yang berasal dari Kedah)

TANDA DAN KEPENDEKAN Tanda Baca Tanda baca ialah simbol yang bertindak untuk menunjukkan struktur serta penyusunan penulisan dan biasa juga, untuk intonasi (turun naik nada suara) dan penghentian sebenar ketika membaca dengan suara yang lantang.

etc.

Punca Penggunaan Bahasa Melayu Singkatan Ingin cepat untuk menghantar pesanan / mesej Ruang pesanan yang terhad (SMS) Budaya atau "trend" pada satu-satu masa tertentu Menjimatkan masa mengeja sesuatu perkataaan Malas untuk mengikut kaedah tatabahasa Teknologi semasa yang canggih - Telefon bimbit dan internet Langkah-langkah Mengatasi Pengawasan ibu bapa dalam penggunaan Bahasa Melayu di rumah Guru mesti memberi penekanan kepada pelajar supaya tahu membezakan bahasa rasmi atau tidak rasmi

Individu itu sendiri perlu menanam sifat cintakan Bahasa Melayu Masyarakat perlu berganding bahu dalam memartabatkan Bahasa Melayu Pihak berwajib melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu mengambil berat dan mengambil tindakan terhadap situasi Bahasa Melayu yang semakin serius.

Anda mungkin juga menyukai