Anda di halaman 1dari 24

Kajian menunjukkan agama Hindu dan Buddha bertapak di istana tetapi mereka tidak mengamalkannya.

Falsafah Hindu dianut untuk kepentingan politik dengan menganuti fahaman animism iaitu menghubungkan manusia dengan alam contohnya ada roh di gunung, laut dan matahari. Upacara-upacara banyak dilakukan contoh puja pantai. Di istana raja di anggap utusan kepada alam. Konsep dewaraja diadaptasi contoh nya asal usul Raja Kedah, Raja Pasai. Perkembangan sastera Melayu tradisional tidak dapat dipisahkan daripada peranan istana, raja-raja dan kaum elit masa itu. Mereka bukan sahaja member peluang, selain menyediakan pelbagai kemudahan kepada pujangga untuk mengarang, tetapi juga merupakan sumber ilham dan bahan karangan para pujangga. Akibatnya karya yang lahir di istana itu ekslusif untuk raja mempertahankan kedudukan mereka sebagai golongan pemerintah, selain menjadi santapan rohani mereka. Ada sesetengah manuskrip dipercayai berasal daripada tradisi sastera lisan. Menurut Mohd taib Osman, tradisi sastera bertulis itu merupakan great tradition. Menurut teori, sebuah karya asli hanya boleh berasal dari satu tempat dan masa. Tetapi setelah cerita itu tersebar, mungkin melalui mulut atau disalin dan diperbaiki, jalan dan isi cerita itu sudah berubah. Itulah salah satu punca datangnya banyak versi cerita dan manuskrip yang berlainan. Menurut Mulyadi, Hikayat Indraputra bukan sahaja wujud dalam versi bahasa Melayu, tetapi juga versi Acheh seperti yang dikaji oleh Snouck Hurgronje, versi bahasa Makasar dan Bugis yang telah dikaji oleh Mattes, versi bahasa Cham. Semakin popular, semakin banyak disalin, maka bertambah popularlah manuskrip yang berkenaan di pusat-pusat budaya Melayu sepanjang kurun ke-19. Kini manuskrip Melayu telah tersebar luas di seluruh dunia. Semakin lama semakin banyak teks atau versi dijumpai, sama ada dari tempat yang memang sudah terkenal menyimpan manuskrip Melayu atau dari tempat yang selama ini didapati tidak ada kaitan langsung dengan penyimpanan bahan-bahan itu. Anggaran jumlah manuskrip yang diberi oleh sarjana berdasarkan kiraan mereka sendiri. Misalnya Wan Ali telah menemui 2079 buah manuskrip Melayu dari enam buah institusi yang pernah beliau lawati di negeri Belanda. Sebelum itu Ismail Hussein telah menganggarkan ada kira-kira 3000 buah manuskrip Melayu Di Eropah, 1800 di Indonesia, 50 di Singapura dan 150 lagi di Malaysia. Jumlah manuskrip sekarang di dunia ialah 10 000 buah. Selain yang dijumpai di institusi awam, banyak lagi manuskrip lain diketahui disimpan sebagai harta pusaka orang individu. Adanya manuskrip di Sri Lanka, Madagaskar, dan Cape Town, Afrika, serta tempat-tempat lain. Usaha orang Barat dalam mengumpul, menyalin serta membawa manuskrip Melayu ke Eropah dan cara-cara
1

institusi yang tertentu di Eropah memperoleh manuskrip itu dari tangan individu Melayu itu boleh dikatakan sebagai penghubung antara kita dengan koleksi manuskrip di Eropah. Setiap manuskrip Melayu di Eropah itu mempunyai sejarah masing-masing. Menurut Ras, Stamford Raffles pernah meminta manuskrip Hikayat Banjar daripada baginda Sultan Pontianak pada tahun 1815. Baginda Sultan mendapatkan manuskrip itu dengan menyalin daripada naskhah kepunyaan baginda sendiri di Kota Waringin. Tetapi oleh sebab Stamford Raffles telah balik ke England ketika itu, maka manuskrip yang berkenaan telah dihantar kepada John Crawfurd, yang kemudian menjualnya bersama-sama dengan manuskripnya yang lain kepada British Muzeum pada 1845. Berdasarkan penyelidikan yang telah dilakukan sehingga kini, ternyata bahawa setiap manuskrip Melayu dan versinya yang diwarisi itu penuh dengan sejarah pahit maung dalam perjalanannya yang berliku-liku di banyak tempat dari masa lampau. Ada banyak motif yang mendorong orang Eropah mengumpul manuskrip. Ada yang didorong oleh kepentingan politik dan yang lain kerana kasih sayang dan minat si pengumpul manuskrip itu walaupun Cuma pengumpul amatur. Pendek kata, para pengumpul manuskrip itu berasal daripada latar belakang yang berlainan. Roorda Van Eysinga (1796-1856), misalnya, mula-mula datang ke Indonesia pada 1819 sebagai leftenan dalam tentera. Orang Inggeris, misalnya melibatkan diri secara langsung dalam pengumpulan manuskrip Melayu, kenalah tempatnya di sini diceritakan serba ringkas sejarah perkembangan itu. Pada 1600, Syarikat Hindia Timur ditubuhkan di United Kingdom untuk menghantar kapal-kapal ke Indonesia. Kejayaan perdagangan British dan Belanda ketika itu terjalin erat dengan penerbitan kamus-kamus bahasa Melayu di Netherlands dan United Kingdom. Kamus-kamus itu penting dalam mengasuh minat mereka yang berkenaan dalam pembelajaran sastera Melayu. Persatuan Sejarah dan Institusi penyelidikan lain tumbuh bagai cendawan. Pegawai-pegawai tadbir kaum penjajah diberi galakan untuk mengumpul manuskrip yang ada kaitan dengan sejarah dan politik tentang kepulauan Melayu.setelah memegang jawatan penting di jabatan kerajaan penjajahan, terbukalah peluang keemasan kepada mereka untuk mengumpul manuskripmanuskrip sebagai hadiah daripada kaum bangsawan Melayu dan kerabat diraja Melayu. Mereka juga mengupah dan menyuruh kakitangan bawahan menyalin jika tidak peroleh hadiah atau dibeli. Versi pendek manuskrip Tuhfat al-Nafis (sekarang di Koninklijk Institut voor Taal-, Land-en Volkenkunde) telah diberi hadiah kepada A.L. van Hasselt sempena persaraannya. Manuskrip-manuskrip melayu yang tersimpan di Royal Asiatic Society, London itu sebenarnya berasal daripada salinan-salinan yang dibuat untuk Stamford Raffles.
2

Wujudnya koleksi manuskrip Melayu di perpustakaan istana raja-raja Melayu zaman feudal menunjukkan wujudnya scriptorium. Di situlah terdapat pujangga, jurutulis, pengarang, alim ulama, cendekiawan lain yang pandai menulis dan membaca. Karya manuskrip yang lahir di istana itu mulai tersebar melalui penyalinan, penterjemahan dan sebagainya. Namun, penyalinan manuskrip Melayu untuk tujuan perdagangan hanya wujud berikutan orang Eropah menawarkan wang untuk mendapatkannya. Artikel Voorhoeve tentang Malay Scriptorium di General Secretariat di Betawi dan sumbangannya dalam menyebarkan manuskrip Melayu pada suatu masa dahulu itu sangat menarik. Sebahagian daripada salinan manuskrip dihantar ke Royal Academy di Delft; manakala yang lain-lain telah dihantar ke Perpustakaan Negara di Paris, Brussels, The Hague dan Berlin. Tetapi sekarang banyak manuskrip Melayu terpendam sebagai pusaka peribadi di rumah dan masjid. Semoga dengan lebih banyak lagi warisan khazanah lama itu dapat diselamatkan dan kemudian didaftar, didokumentasi dan diketengahkan untuk kajian seterusnya.
2.0 Objektif kajian Kajian ini dilakukan untuk meninjau sebanyak mungkin manuskrip Melayu yang telah dikaji. Usaha tersebut dijalankan dengan tujuan supaya dapat difahami latar belakang penulisan manuskrip Melayu serta perkembangan dari masa ke masa dan dari tempat ke tempat. Tidak dapat dinafikan bahawa kedatangan orang Eropah ke Nusantara ini sudah dipandang sebagai titik permulaan penulisan sejarah rantau ini. Setelah pelaut Feringgi, mubaligh Sepanyol, saudagar Belanda dan Inggeris, dan pengembara Perancis sampai di rantau ini sejak abad ke- 14 hingga abad ke -19, banyak kisah pelayaran, catatan harian serta dokumen bertulis lain mengenai rantau ini telah mereka tinggalkan. Walaupun, kaum peribumi di Asia Tenggara banyak juga meninggalkan dokumen bertulis, tetapi, karya- karya sejarah mereka dari masa lamapau rata- ratanya diragui kesahihan fakta sejarahnya menurut penegrtian sejarah seperti yang diajar, malah sudah dijadikan pegangan umum. Walau bagaimanapun, orang Belanda dan Inggeris diakui telah meletakkan batua asas pengajian Melayu di dunia sehingga institut alam dan Tamadun Melayu (UKM) mengajurkan kolokium kesarjanaan Perancis, Jerman, Nordik, dan Cina pada tahun 2001 dan 2002, misalnya, tradisi pengajian itu dimulakan dengan sumbangan pentadbir- sarjana Eropah masa lalu membuat ringkasan cerita teks- teks manuskrip selain banyak lagi kerja dokumentasi. Daripada pusat- pusat pengajian tinggi yang merupakan tumpuan para sarjana, penyelidik dan pelajar yang serius itulah banyak tesis ijazah tinggi yang berdasarkan manuskrip Melayu telah lahir. Banyak manuskrip Melayu telah dikaji dari sudut luaran dan dalaman. Teks asal dalam skrip Jawi telah ditrankripsi ke dalam skrip Latin. Isi teks diringkaskan dan diterjemahkan ke dalam bahas Inggeris, Belanda dan lain- lain

dengan disertai analisis, nota, peta, rajah,glosari dan rujukan bibliografi.Demikian juga kalau manuskrip asal yang tersimpan dalam perpustakaan yang tertentu itu susah didapati kerana peraturan perpustakaan dan kawalan keselamatan, maka tidak dibenarkan dipinjamkan, lebih- lebih lagi tulisan tangan skrip Jawi itu susah dibaca, maka hasil penyelidikan yang diterbitkan dalam buku sepatutnya mudah dibaca didapati dan lebih mudah dibaca. Semoga semua manuskrip yang diwarisi kini akan terus dikaji secara ilmiah. Semoga hasil penyelidikan dapat diteruskan dan digabung untuk kembali bagi mendapatkan sejarah perkembangan yang wajar. Sastera Melayu tidak berkembang menurut garisan yang lurus, lebih- lebih lagi secara mendadak tanpa sebab dan akibatnya. Pembahagiannya kepada zaman Hindu, Islam dan sebagainya merupakan satu pendekatan kajian. Setiap manuskrip yang lahir itu berkembang selaras dengan tradisi kepengarangan Melayu tradisional dan sebilangan besar dalam munuksrip yang diwarisi kini telah diperbaiki dari masa ke masa. Dalam manuskrip seumpama itu terdapat sifat a web of dynanism and tensions. Justeru ia lahir dari suatu warisan tradisi, kebanyakan manuskrip itu mempunyai sifat, ciri dan corak similarity in variety,unity in diversity dan sebagainya. Johns menerangkan the distribution and variety is not constant.it has been shifting and changing with the political and cultural history of the Indies since first sultanates were established at the end of the thirteenth century in a region of a variety of peoples, social structures, a means of livelihood,culture Sebaliknya, persamaannya itu disebabkan bahasa Melayu yang dipakai. Latar sosial, politik dan budaya seperti itulah telah turut diselitkan dalam kajian ini. Adalah tidak mungkin untuk memahami sastera, lebih- lebih lagi mengetahui sejarah perkembangannya sekadar dengan membaca dan menghafal ringkasan cerita seperti yang terkandung dalam kebanyakan buku sejarah perkembangan sastera Melayu tradisional yang ada tanpa mengetahui latar belakang sosial,politik dan budayanya. Itulah juga motif yang mendorong kajian ini dibuat.

3.0 Hikayat Seri Rama Antara karya-karya besar di dunia, Ramayana termasuk sebagai sebuah karya klasik yang amat luas pengaruh dan penyebarannya. Sejak berabad-abad lamanya ia meresapi budaya masyarakat India dan tenggara Asia, dan diabadikan di dalam hasil-hasil sastera, drama, seni, dan seni bina di Selatan Asia dan seluruh kawasan Asia Tenggara. Karya epik India yang agung ini dipercayai muncul di sebuah kerajaan purba di Kosala yang terletak di sebelah timur laut Sungai Ganges. Hari ini kawasan ini mungkin meliputi kawasan yang disebut sebagai Qudh di India ( V. Shankar, 1971). Kajian-kajian mengenainya menunjukkan bahawa epik ini dicipta berdasarkan fakta-fakta sejarah kerajaan Hindu silam. Karya ini bertitik tolak dari satu peristiwa sejarah tentang kekecohan yang berlaku di istana atau court intrigue
4

yang berlaku pada zaman kerajaan Raja Dasaratha, raja kerajaan Ayodhya di Kosala. Peristiwa tersebut dikatakan telah menyebabkan Rama, iaitu putera sulung Raja Dasaratha dibuang negeri (Dandekar, 1956). Dalam bentuknya yang terawal, cerita mengenai Rama ini wujud pada zaman India silam dalam bentuk cerita-cerita rakyat. Kemudiannya, lebih kurang pada penghujung kurun yang ke-2 SM, cerita-cerita tersebut dijalin, diperkembang, dan dipertingkaatkan menjadi bentuk epik oleh Valmiki, seorang penyair agung India. Beliau dianggap sebagai pengarang pertama yang menjelmakan cerita-cerita rakyat mengenai Rama ini ke dalam bentuk epik yang dikenali hari ini sebagai Ramayana. Kemudian epik ini, yang merupakan epik kedua terbesar di India (selepas Mahabrata), terus-menerus menakluk minat generasi demi generasi sehingga akhirnya ia muncul dalam berbagai-bagai versi. Di Tanah Melayu, sama seperti di tempat-tempat lain yang didatangi epik ini, Ramayana muncul dalam bentuk-bentuk sastera bertulis dan bukan bertulis. Dalam bentuk bertulisnya epik ini muncul dalam sekurang-kurangnya empat versi utama yang tersalin dalam lapan manuskrip, di bawah judul Hikayat Seri Rama atau Cerita Maharaja Rawana. Bentuk tidak bertulis muncul dalam cerita-cerita rakyat dan cerita-cerita Wayang Siam. Wayang Siam ialah wayang kulit yang dipersembahkan di kawasan utara Semenanjung dan selatan Siam. Dalam Wayang Siam, epik Ramayana dikenali dengan judul Cerita Maharaja Wana. Antara unsur Hindu yang terdapat dalam Hikayat Seri Rama ini ialah dari segi nama watak. Nama watak memainkan peranan yang penting untuk menentukan sesuatu hikayat itu mempunyai unsur Hindu ataupun tidak. Dalam Hikayat Seri Rama, nama-nama tokoh adalah berbeza dengan manuskrip asal untuk disesuaikan dengan nama-nama konvensional dan popular dalam cerita-cerita lipur lara Melayu. Nama Hanuman ditukar kepada Kera Kecil Imam Tergangga, Sita Dewi menjadi Tuan Puteri Sekuntum Bunga Setangkai, dan Rawana pula ditukar kepada Maharaja Dewana (nama dalam wayang Siam). Nama-nama tersebut merupakan nama-nama dewa dewi kayangan. Seterusnya unsur Hindu dari segi latar tempat. Latar tempat merupakan tempat berlakunya sesuatu peristiwa. Latar alam terbahagi kepada dua iaitu latar alam primer dan latar alam sekunder. Latar alam primer merujuk kepada dunia nyata yang konkrit, yang dapat diperikan secara geografis. Latar sebegini terdapat dalam karya-karya sastera natural dan realistik. Latar alam sekunder pula ialah merujuk kepada alam tanpa lokasi, dunia asing (istilah Suvin, 1979, estranged world), latar yang tidak dapat dikenal pasti dan dirujuk secara
5

geografi. Contoh latar yang terdapat dalam Hikayat Seri Rama banyak menggunakan latar dunia lipur lara di alam kayangan dan fantastic serta tempat tinggal dewa dewi dan hantu. Antarnya ialah Negeri Tanjung Bunga, Kuala Bandar Tahwil, Pulau Kaca Puri, Padang Khusyrik, Padang Anta Beranta, dan Gunung Enggil Beringgil. Banyak unsur Hindu dalam latar contohnya latar sebuah pulau yang jauh ke tengah laut dan mempunyai dua kolam sakti, Gunung Enggil Berenggil tempat kediaman para jin yang diketuai oleh Jin Kepala Tujuh dan di atas gunung itu pula terletaknya matahari buah merah ranum yang ingin dipetik oleh Kera Kecil. Seterusnya, dari segi latar masa. Terdapat empat jenis masa dalam naratif iaitu masa fantasi (fantasy time), masa mitos (mythical time), masa legendaries (legendrical time), dan masa historis (historical time) atau masa empirikal. Dalam Hikayat Seri Rama, latar masanya adalah masa fantasi iaitu masa yang bersifat timeless, non-temporal, yakni masa di luar masa sebenar atau di luar masa objektif atau historis. Masa sebegini boleh berlaku di manamana, pada bila-bila masa (frasa yang popular: pada suatu masa atau once upon a time). Unsur Hindu banyak diperikan dalam Hikayat Seri Rama iaitu menggunakan frasa dahulu kala yang mungkin boleh dijadikan penanda masa, merujuk satu ketika yang amat silam, tetapi tidak terdapat petunjuk realiti yang dapat mengesahkan kesejarahannya, atau meletakkannya dalam satu titik masa di zaman lampau. 4.0 Sejarah Melayu Gambaran ringkas tentang kegiatan kesusasteraan awal di Alam Melayu menjadi latar belakang bagi memperlihatkan hubungan antara unsur mitos dengan legenda dalam Sejarah Melayu dan tradisi India. Kebanyakan inskripsi awal yang ditemui di Alam Melayu (abad keempat dan kelima Masihi) tertulis dalam bahasa Sanskrit. Sebahagian besar unsur mitos dan legenda yang terkandung dalam karya Sejarah Melayu menunjukkan hubungan yang erat dengan unsur mitos dan legenda dalam tradisi India. Unsur mitos dan legenda dalam tradisi India telah tersebar luas di Alam Melayu dan menjadi warisan budaya Melayu kerana ia sudah pun dicampuradukkan dengan unsur tempatan. Ia dianggap sebagai sesuatu yang benar-benar berlaku oleh masyarakat Melayu purba. Ini jelas digambarkan oleh karya Sejarah Melayu yang menggunakan unsur mitos dan legenda untuk memperlihatkan kebesaran martabat bangsa Melayu, khasnya golongan raja. Sebagai contoh unsur Hindu dapat dilihat dalam mitos pengembaraan Raja Suran ke kerajaan dalam laut. Mitos pengembaraan ini perlu diteliti dengan lebih terperinci, kerana
6

unsur mitos ini dijadikan asas keturunan raja Melayu yang dihubungkan dengan keturunan Sultan Zulkarnain. Unsur mitos ini menunjukkan adanya kaitan dengan legenda puteri naga yang amat popular di India. Perkaitan antara unsur mitos pengembaraan Raja Suran dengan legenda puteri naga dalam tradisi mitos India dapat diperjelas dengan meneliti kisah legenda puteri naga di negeri India. Ia menunjukkan kepentingan motif ini yang dikaitkan dengan asal usul sesuatu keturunan diraja di Asia Tenggara. Kisah kemunculan Raja Suran dari dalam laut menaiki kuda semberani seperti diceritakan dalam Sejarah Melayu menampakkan kaitan dengan peristiwa Dewa Siva (satu aspek ketuhanan) muncul di laut dengan menaiki kuda. Kisah ini terdapat dalam karya Tiruvacakam. Motif ini juga menunjukkan hubungan yang erat dengan peristiwa mengaduk Lautan Susu yang terdapat dalam tradisi mitos India. Mitos kemunculan Raja Suran dari dalam laut dengan menunggang kuda semberani dapat ditafsirkan dengan meneliti peri pentingnya perlambangan kuda dalam tradisi mitos India. Apabila matahari terbit, ia kelihatan seolah-olah muncul dari dalam laut. Dalam tradisi mitos India, fenomena semula jadi ini digambarkan sebagai kemunculan salah satu aspek ketuhanan yang ditandai dengan nama Surya, iaitu seolah-olah tujuh ekor kuda kemerah-merahan menarik kenderaan Surya dari dalam laut lalu menderap di langit. Seterusnya unsur lembu putih yang menjadi kenderaan tiga orang putera Raja Suran dalam karya Sejarah Melayu mempunyai kaitan dengan tradisi tentang lembu dalam budaya dan agama orang India. Lembu merupakan binatang suci bagi orang India, lebih-lebih lagi jika lembu itu berwarna putih. Lembu putih perlambangan suci dalam tradisi mitos dan kepercayaan orang India. Status yang paling tinggi diberi kepada lembu berbanding dengan binatang lain berkait rapat dengan aspek ketuhanan (Dewa Siva) yang mempunyai lembu jantan sebagai kenderaannya. Dalam Sejarah Melayu, lembu ditunggang ataupun dikawal oleh tiga orang putera Raja Suran khususnya Sang Sapurba dapatlah diidentifikasi dengan aspek ketuhanan sebagai pelindung, ketua kebenaran dan keadilan, serta yang mengatasi atau mengawal kekuatan kelakian dengan sempurna. Seterusnya unsur kemunculan manusia daripada muntah lembu yang terdapat dalam karya Sejarah Melayu ternyata ada kaitannya dengan tradisi mitos India. Lambang lembu dalam tradisi mitos India telah pun diterangkan sebelum ini. Lembu juga memainkan peranan penting dalam penciptaan manusia pertama, Brahman yang dikatakan membahagikan diri kepada dua bahagian. Sebahagiannya membentuk prinsip lelaki dan sebahagian lagi
7

membentuk prinsip perempuan. Hasil penyatuan kedua-dua prinsip ini lahirlah viraj. Viraj merupakan prinsip perempuan yang dianggap sebagai lembu. Menerusi viraj, lahirlah manusia pertama, iaitu Manu. Manu merupakan punca kelahiran umat manusia. Seterusnya gelaran Sang Sapurba dan Taramberi Teribuana juga mempunyai unsur Hindu. Dalam karya Sejarah Melayu, Nila Utama, salah seorang daripada tiga orang putera Raja Suran yang turun di Bukit Siguntang Mahameru, digelar oleh Bat (manusia yang lahir dari muntah lembu) sebagai Sang Sapurba. Gelaran itu adalah berdasarkan tradisi mitos India iaitu dari istilah sang yang membawa maksud dewa atau pahlawan dan hyang yang membawa maksud kedewaan dan digabungkan maka lahirlah istilah sanyang (sebutan sang). Istilah sang berasal dari perkataan Sanskrit, iaitu terbitan dari perkataan purva yang bermaksud mula-mula atau asal (Maxwell, W.E. 1881). Menurut pandangan Maxwell, Sang Sapurba boleh diterjemah sebagai dewa pertama ataupun raja pertama (ibid). Sang Sapurba juga diberi gelaran Taramberi Teribuana oleh Bat yang dikaitkan dengan nama lain Dewa Siva iaitu Tryambaka (yang bermata tiga) dan Tripurari (yang memusnahkan tiga kota). Nama Tryambaka dan Tripurari mungkin dicantum menjadi Teramberi untuk memudahkan pengucapan dan selaras dengan lidah pertuturan orang Melayu. Perkataan Teribuana pula berasal dari perkataan Sanskrit Tribhuvana (Triloka), yang bermaksud tiga dunia. Ini kerana menurut tradisi mitos India, alam semesta dibahagikan kepada tiga dunia, iaitu dunia bawahan, pertengahan dan atas. Dewa Siva adalah pemilik ketiga-tiga dunia tersebut jadi dia dikenali sebagai Tribhuvanesvara. Seterusnya unsur Hindu dapat kita lihat dalam peristiwa penemuan bayi di dalam buih. Unsur penemuan bayi di dalam buih dalam karya Sejarah Melayu dan kesusasteraan Melayu klasik lain sebenarnya boleh dihubungkan dengan peristiwa mengaduk lautan susu yang berkaitan dengan Dewi Sri (salah satu manifestasi tuhan) dalam tradisi mitos India. Dalam Sejarah Melayu, peristiwa penemuan bayi di dalam buih didapati selepas Sang Sapurba menjadi raja di Palembang dan selepas Demang Lebar Daun menyerahkan hak warisan sebagai raja kepada Sang Sapurba. Bayi tersebut dinamakan Puteri Tanjung Buih dan penemuan itu menyebabkan Palembang menjadi mahsyur sehingga raja China mengutus rombongan meminang puteri tersebut. Dalam tradisi mitos India pula, peristiwa mengaduk lautan susu berlaku apabila Dewa Indra dan dewa lain kehilangan tenaga masing-masing disebabkan sumpahan Durvasa. Dewa Visynu mencadangkan supaya lautan susu diaduk untuk mendapatkan amrta (yang dapat membawa kekebalan). Dewi Sri muncul dari ombak

sewaktu lautan susu diaduk. Oleh itu, Dewi Sri atau dikenali juga dengan nama Dewi Lakshmi dan Padma menjadi symbol kemewahan, kekayaan, kebaikan, dan keikhlasan. Seterusnya terdapat juga unsur Hindu dalam peristiwa pembunuhan ular Saktimuna. Sejarah Melayu menerangkan bahawa Sang Sapurba diakui sebagai raja oleh orang Minangkabau setelah panglima beliau membunuh ular Saktimuna dengan pedang Corak Si Manja Kini. Peristiwa ini berkait rapat dengan tradisi mitos India tentang pembunuhan ular. Dalam Sejarah Melayu, Sang Sapurba menyeru hulubalang Permasku Mambang supaya membunuh ular Saktimuna dengan pedang Corak Si Manja Kini yang dikurniakan olehnya. Dalam tradisi mitos India pula, Dewa Siva menyerahkan senjata kepada Dewa Indra untuk membunuh Naga Vrtra. Persamaan dapat dilihat di sini apabila Sang Sapurba dan Dewa Siva masing-masing hanya memberikan senjata mereka bagi tujuan membunuh ular terbabit. 5.0 Syair Ken Tambuhan Ketampanan Raden Inu membuatkan ramai anak gadis tergila-gilakannya. Sewaktu Raden Inu keluar berjalan-jalan, semua yang memandangnya akan hairan melihat ketampanannya itu. Setelah lama berjalan sampailah Raden Inu pada satu taman iaitu taman Angsoka. Setibanya di situ hatinya berasa gembira lantas mengambil sumpitan untuk menangkap burung. Seekor burung serindit telah terkena sumpitan Raden Inu lalu jatuh hinggap pada tenunan Ken Tambuhan. Apabila ianya hendak ditangkap burung Serindit itu telah melompat lalu hinggap di sisi Ken Tambuhan. Wira Dani diarahkan untuk mencari burung tersebut dan semasa sedang mencari, dia ternampak burung itu berada pada seorang perempuan yang sangat cantik parasnya. Hal ini diberitahu pada Raden Inu. Raden Inu tertanya-tanya siapakah gerangannya lalu dipanggil pengawal pintu untuk bertanya sendiri. Setelah dibuka pintu , Raden Inu segera masuk ke dalam taman. Semua puteri yang ada di situ lari kecuali Ken Tambuhan. Apabila Ken Tambuhan cuba melarikan diri, tangannya segera dipegang oleh Raden Inu. Raden Inu terpegun melihat wajah Ken Tambuhan yang tiada tolok bandingnya itu. Ken Tambuhan merasa cemas apabila tangannya dipegang oleh Raden Inu kerana takut diketahui oleh Sang Nata akan kelakuannya itu. Kematian Ken Tambuhan diratapi seisi alam. Selepas menjalankan tugasnya, Pelebaya segera pulang mengadap permaisuri untuk menceritakan apa yang telah berlaku. Mendengarkan berita daripada Pelebaya, permaisuri berasa amat gembira kerana hasratnya untuk membunuh Ken Tambuhan sudah tercapai. Pelebaya dikurniakan cincin, subang,
9

gelang dan kain geringsing wayang. Pemberian ini menjadi tanda tanya kepada isteri Pelebaya setelah melihat barang-barang perhiasan yang cantik-cantik itu. Pelebaya menceritakan apa yang telah berlaku. Isterinya sangat terkejut dan merasa amat bimbang sekiranya peristiwa ini akan diketahui oleh Raden Inu. Semasa dalam perburuan, Raden Inu amat hairan kerana tidak mendapat walau seekorpun binatang perburuan. Apabila masingmasing sudah penat, Raden Inu lalu mengambil keputusan untuk berehat di bawah pohon nagasari. Fikiran baginda pada masa ini hanyalah mengingati isterinya Ken Tambuhan. Semasa Raden Inu dan kedayannya sedang mandi, tiba-tiba mereka terlihat sebuah rakit bunga sena yang diselang bersama bunga angsana. Masing-masing memandangnya dengan perasaan yang amat pilu lalu disuruh oleh Raden Inu untuk mengambil rakit tersebut. Walau bagaimanapun rakit tersebut tidak dapat diambil oleh kedayan-kedayan Raden Inu. Semakin dihampiri semakin menjauh rakit tersebut. Raden Inu sendiri telah pergi untuk mengambil rakit tersebut. Pengikut-pengikutnya merasa hairan apabila rakit itu datang mendekati dengan sendirinya kepada Raden Inu. Setelah mendapat rakit tersebut, berebut-rebutlah pengikut Raden Inu mengambil bunga sena dan bunga angsana. Mereka amat terkejut apabila melihat mayat Ken Tambuhan berada di rakit tersebut lalu diberitahu kepada Raden Inu. Raden Inu bagaikan hendak pengsan melihat mayat isteri yang dikasihi berada di atas rakit tersebut lalu mengambil dan meribanya. Dipeluk cium akan Ken Tambuhan. Raden Inu pengsan kerana tidak dapat menerima kematian isterinya dan amat kesal di atas perbuatan yang tidak

berperikemanusiaan. Setelah sedar daripada pengsan Raden Inu terus meratapi kematian isterinya lantas mengambil keris menikam dadanya sendiri. Wira Dani amat terkejut tetapi tidak dapat diselamatkan lalu Raden rebah di sisi Ken Tambuhan. Wira Dani menyuruh Wira Karta pulang untuk memberitahu berita sedih kepada Sang Nata. Apabila sampai di dalam kota semua orang terkejut melihat Wira Karta yang berlari-lari sambil menangis dan tidak memperdulikan pertanyaan orang. Setelah sampai di istana Wira Karta segera memberitahu kepada Sang Nata lalu baginda tidak sedarkan diri akibat terlalu terkejut dengan kematian anakandanya. Begitu juga dengan permaisuri yang jatuh pengsan apabila mendengar berita ini. Suasana di dalam kota menjadi pilu kerana rakyat mengetahui perbuatan ini adalah atas kehendak bondanya sendiri. Setelah sedar daripada pengsan, Sang Nata segera berlari untuk melihat anakandanya Raden Inu diikuti permaisuri serta seisi negeri. Permaisuri berpura-pura menyesal dengan apa yang terjadi tanpa memikirkan apa yang akan terjadi pada masa hadapan.
10

Raden Menteri dan Ken Tambuhan dihidupkan kembali oleh Dewa dari Keinderaan Genap empat puluh hari Sang Nata di dalam puri, hasratnya untuk menghidupkan Raden Menteri kembali belum terlaksana. Baginda tidak makan dan minum hanya meratapi anakandanya sahaja. Semua dewa sangat kasihan melihatnya lalu Betara Guru menyuruh Betara Kala turun ke bumi untuk menghidupkan kembali kedua-duanya seperti dahulu. Untuk menghidupkan kembali Ken Tambuhan dan Raden Inu Betara Kala terpaksa mencari Kembang Gandapura Wangi di Taman Banjaran Sari. Betara Kala bertemu dengan Dewi Sugarba yang menyimpan kembang kononnya dikatakan sebagai air susunya. Mengingatkan kisah Raden Puspa Kencana dan Raden Inu, Dewi Sugarba berasa amat sedih, lalu diambil cembul Raden Baiduri dan diletakkan di atas dadanya. Dewi Sugarba tidak sedarkan diri dan pada masa itu dia merayu kepada Maharaja Dewana supaya menghidupkan Puspa Kencana. Setelah sedarkan diri, air susunya keluar sendiri dan menjadi kembang Gandapura Wangi lalu diserahkan kepada Betara Kala. Gandapura Wangi sangatlah sakti sehinggakan apa sahaja yang diingini pasti akan menjadi bahkan boleh menghidupkan semula orang yang telah mati. Betara keinderaan lalu turun ke dunia menuju negeri Kuripan. Kehidupan Sang Nata tidak berubah iaitu meratapi kematian Raden Inu dan Ken Tambuhan. Keadaan di dalam negeri juga sama semuanya menjadi suram. Pada suatu malam ketika Sang Nata berangkat keluar dari puri, baginda terdengar satu suara yang ingin menghidupkan Raden Inu. Sang Nata segera menyembah pada suara tersebut dan merayu supaya menghidupkan segera puteranya itu. Betara Kala dengan segera memasuki candi diikuti dengan Sang Nata lalu dikeluarkan kembang Gandapuri yang harum baunya. Lalu diseru supaya Raden Inu hidup kembali. Tiba-tiba Raden Inu membukakan mata dan menggerakkan badannya. Begitu juga dengan Ken Tambuhan serta kedua pengikutnya iaitu Ken Tadahan dan Ken Penglipur. Setelah selamat menghidupkan kembali kedua-dua suami isteri itu Betara Kala ghaib seperti kilat. Kehidupan di dalam negeri kembali ceria dengan kembalinya kedua suami isteri tersebut. Permaisuri telah kembali ke istana semula dan menceritakan apa yang telah terjadi pada dirinya sewaktu puteranya meninggal. Bagi menunjukkan rasa kesukaan, Baginda Sang Nata telah mengadakan keramaian di dalam negeri. Rakyat jelata sangat gembira mengadap Raden Menteri. Sang Nata menyuruh membuat pancapersada untuk puteranya dan Ken Tambuhan. Kedua suami isteri ini amat gembira dapat hidup bersama kembali. Kemudian suami isteri ini menjalani upacara mandi bersiram. Selepas itu keduanya diarak mengelilingi negeri.
11

Pada masa yang sama Ken Tambuhan rupa-rupanya berdendam dengan permaisuri di atas apa yang telah dibuat oleh permaisuri ke atas dirinya. Setelah mengelilingi negeri, keduanya ini dihidangkan dengan santapan serta sirih pinang. Setelah semuanya dimakan, Sang Nata menyatakan untuk menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Raden Menteri kerana itulah satu-satunya putera baginda. Berita ini diterima oleh Raden Menteri dengan hati yang terbuka. Walaupun begitu, dengan sedih Ken Tambuhan mengatakan dirinya tidak patut disembah kerana dia merupakan orang tawanan. Raden Menteri sangat kasihan melihat isterinya yang sangat merendah diri. Sang Nata memujuk Ken Tambuhan dengan kata-kata manis sehinggakan Ken Tambuhan kasihan mendengarnya. Manakala Raden Menteri telah pengsan setelah mendegar rintihan isterinya itu. Raden Inu teramat kasihkan Ken Tambuhan apabila dia tersedar dari pengsan kepalanya diriba oleh Ken Tambuhan. Setelah berpisah selama 13 tahun dengan puteri Raden Puspa Kencana, kehidupan baginda suami isteri sentiasa diseliputi kedukaan. Fikiran baginda hanyalah untuk mencari anakandanya untuk melepaskan rindu. Siang dan malam perasaannya gundah gulana bila teringatkan anakandanya. Semasa baginda duduk termenung mengenangkan puteri baginda, tiba-tiba patih membawa berita bahawa puterinya masih hidup dan telah dikahwinkan dengan Raden Menteri di negeri Kuripan. Betapa gembiranya baginda mendengar berita tersebut dan menitahkan membuat persiapan dengan segera untuk berangkat ke negeri Kuripan. Setelah persiapan dibuat, baginda bersama permaisuri serta menteri berangkat ke negeri Kuripan dengan segala bunyi-bunyian. Apabila sampai di negeri Kuripan baginda bersama pengikut telah berhenti di luar hutan. Kedatangan Ratu Banjar Kulon diketahui oleh Raden Menteri lalu diperintahkan untuk melihat raja dari negeri mana yang datang. Setelah dilihat, tahulah Raden Menteri bahawa ayah dan bonda puteri Ken Tambuhan yang datang untuk mencari anaknya. Raden Menteri telah memberitahu kepada Ken Tambuhan tentang kedatangan ayah dan bondanya. Ken Tambuhan berasa sangat sedih kerana sudah lama dia tidak berjumpa dengan ayah dan bondanya. Bagi Raden Menteri pula kedatangan Ratu Banjar Kulon adalah untuk memisahkan dirinya dengan Ken Tambuhan. Di sini berlakulah episod sedih menggambarkan kesedihan Raden Menteri. Setelah menyatakan kesedihan hatinya kepada Ken Tambuhan, Raden Menteri segera berangkat untuk berjumpa dengan Ratu Banjar Kulon. Setibanya Raden Menteri, ayahandanya merasa hairan dengan ketampanan rupa paras Raden Menteri. Disangkanya dewa dari kayangan. Dipeluk cium Raden Menteri oleh ayahandanya sehinggakan menteri yang berada di situ berasa sedih melihat perlakuan kedua-dua beranak
12

itu. Kemudiannya Raden Menteri dibawa untuk berjumpa dengan bondanya. Permaisuri juga merasa hairan apabila melihat wajah Raden Inu. Dilihatnya sekeliling tetapi bayang Ken Tambuhan tidak kelihatan. Permaisuri ingin sekali berjumpa dengan anakandanya lalu berangkat ke istana. Di istana permaisuri telah berjumpa dengan Ken Tambuhan lalu dipeluk ciumnya anakandanya yang sudah lama tidak berjumpa. Kedua-dua beranak ini saling berpelukan sambil menangis sehinggakan permaisuri jatuh pengsan. Ken Penglipur dan Ken Tadahan menyiram air mawar lalu tersedar kembali. Semua isi istana merasa kasihan melihat kelakuan dua beranak ini. Sesudah masing-masing meratapi kesedihan, baginda Sang Nata telah mengajak semua yang ada untuk berbincang tentang negerinya. Baginda telah melantik Raden Menteri menggantikannya dan Ken Tambuhan menjadi permaisuri. Berita ini amat disukai oleh seisi istana. Setelah dipersetujui, keramaian telah diadakan. Pelbagai acara seperti tari menari, makan dan minum serta segala menteri antara kedua negeri iaitu negeri Daha dan Kuripan mengadu kepandaian masing-masing. Setelah mengadakan keramaian selama 40 hari, disuruh pula oleh baginda supaya menghiasi Raden Menteri dan Ken Tambuhan untuk diarak ke sekeliling negeri. Kedua-duanya dihiasi penuh dengan hiasan dari atas hinggalah ke bawah. Keduaduanya sama cantik dan sama padan. Setelah kedua-duanya selesai berhias, masing-masing diiirngi oleh anak perdana menteri keliling negeri. Setelah sampai di paseban, kedua laki isteri dijemput naik ke takhta bagi menjawat jawatan sebagai pemerintah. Rakyat jelata sangat gembira dengan pelantikan tersebut. Setelah semuanya selesai, Ratu Banjar Kulon menyatakan hasratnya untuk kembali ke negerinya. Mendengarkan berita itu, Ken Tambuhan berasa sangat sedih kerana hendak ditinggalkan sekali lagi oleh ayah dan bondanya. Sebelum meninggalkan negeri Kuripan, Ratu Banjar Kulon telah memberi sedekah kepada rakayat jelata. Keesokan harinya, berangkatlah Ratu Banjar Kulon pulang ke negerinya dengan bunyi-bunyian serta diadakan keramaian untuk meraikan kepulangannya. Sewaktu hendak berpisah dengan Ken Tambuhan, permaisuri tidak dapat menahan kesedihan sehinggakan dirinya pengsan. Lalu disirami dengan air mawar. Kedua-dua beranak ini saling berpelukan seperti tidak mahu berpisah lagi. Begitu juga dengan Ken Tambuhan yang pengsan di ribaan suaminya. Setelah semuanya selesai, Ken Tambuhan dan Raden Menteri dipanggil untuk mengadap ayahanda dan bondanya. Pada waktu inilah semua rakyat jelata dan penggawa diserahkan kepada Raden Menteri. Setelah perjalanan mereka sampai di Kuripan, Raden Menteri telah memegang jawatan yang sah sebagai pemerintah dan tinggallah kedua suami isteri ini dengan penuh kasih sayang. Puteri Ken Tambuhan sudah pun hamil. Permaisuri
13

telah mengidam untuk makan buah pauh janggi. Segala menteri diperintahkan untuk mencari pauh tersebut tapi tidak berhasil. Segenap negeri telah dikunjungi semata-mata untuk mencari pauh tersebut. Baginda sangat bimbang akan kesihatan permaisuri yang tidak mahu makan . Setelah semua yang dicari oleh menteri serta penggawa tidak berhasil, Raden ingin mencari sendiri pauh janggi tersebut. Pada masa yang sama, patih telah membawa khabar bahawa pauh janggi terdapat di sebuah tasik tetapi terlalu sukat untuk diambil. Mendengarkan berita itu, Raden sangat susah hati lalu menceritakan kepada Ken Tambuhan. Pada keesokan harinya, Raden Menteri telah berangkat untk pergi mencari buah pauh janggi buat isterinya. Dipujuk isterinya supaya jangan bersedih ketika ketiadaan baginda dan berjanji untuk pulang segera setelah memperoleh apa yang dicari. Semasa dalam perjalanan, Raden Menteri singgah di peseban ayah dan bondanya lalu berpesan kepada keduanya supaya menjaga Ken Tambuhan sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini. Ayah dan bondanya tidak mahu Raden Menteri pergi tetapi baginda berkeras untuk mendapatkan apa yang dihajati oleh Ken Tambuhan. Raden Menteri telah meneruskan perjalanannya dan setelah sampai di pertengahan jalan, baginda telah berhenti untuk menghilangkan penat. Sedang berehat-rehat, terdengarlah Raden Menteri ayam di hutan berkokok bersahutan seperti orang menegur Seri Pangeran. Raden menteri berasa gundah di hati. Dengan tiba-tiba sahaja Raden Inu teringatkan Ken Tambuhan dan ingin segera mendapat buah pauh janggi supaya dapat kembali secapat mungkin. Sebenarnya pohon pauh janggi susah untuk mendapatkannya kerana telah dijaga oleh raksasa geroda pahlawan. Raksasa ini adalah dewa dewana yang telah disumpah oleh Seri Keinderaan. Naga-naga yang terdapat di sini sangat kuat sehinggakan binatang-binatang lain tidak berani mendekatinya. Pada suatu malam Pengeran telah bermimpi disirami air geliga. Hari menjadi gelap-gelita dengan tiba-tiba, datang dewata bersama dengan raksasa dan geroda. Apabila rakyat jelata mendengar akan kisah Pangeran tersebut, semuanya amat terkejut kerana kemungkinan benda yang tidak elok akan berlaku. Suasana menjadi pilu disertai dengan tangisan penggawa menteri, manakala rakyat menteri penggawa semuanya telah binasa dimakan bota raksasa. Semua mereka ini dimasukkan di kandang besi dan diserahkan kunci kepada Puteri yang ketujuh iaitu Puteri Kesuma Seri. Puteri ketujuh amat berminat untuk mengetahui apa yang terdapat di dalam kandang besi itu sehinggakan ia menjadi terlalu rahsia. Mereka telah mencari akal untuk keluar dari penjara tersebut.

14

Sementara itu, Raden telah pun sampai ke sebelah wetan lalu berhenti di bawah pokok rambutan. Sedang berehat-rehat, Raden telah terpandang pohon laksana bota yang sangat indah dengan bunyi-bunyian. Kemudian dia terpandang pula puteri Rajaksa. Wajahnya berseri gilang-gemilang lebih dari Sugarba Kesuma. Raden melihat pula ke kiri dan dilihatnya terdapat banyak bangkai yang tidak diketahui sama ada bangkai ratu, dewa atau peri. Raden teringatkan kata-kata dewata supaya menjaga pemandangan mata lalu meneruskan perjalanan dan terlepaslah dia daripada puteri Rajaksa. Semasa dalam perjalanan Raden telah sampai ke padang saujana yang sangat indah tempatnya. Tiba-tiba ular yang amat besar datang menyerang. Disuruh kedayannya pulang untuk menyelamatkan diri tetapi kedayannya enggan pulang kerana ingin hidup dan mati bersama Raden. Melihatkan ular yang sebesar gunung, Raden berasa hidup akan berakhir di situ sahaja. Mengenangkan itu, Raden meratapi nasibnya yang mencari ayahanda. Raden serta kedayannya segera bermuafakat untuk menentang binatang-binatang tersebut. Ular datang sambil menggigit dengan gajah yang datang menghimpit. Setelah melihat Raden berada dalam bahaya, kedayan segera melompat dan menghunuskan keris menikam binatang tersebut. Kedayan dan ta wira perwari membantu Raden dengan amukannya yang menggila. Melihatkan keadaan itu, Raden menjadi murka lalu mengamuk sehinggakan habis ular dan kala dicincangnya. Kala pulang untuk memberitahu raksasa yang menjaga pintu bahawa ada musuh yang gagah berani di luar pintu. Geroda sangat marah mendengarkan berita itu lalu mengumpulkan tentera binatangnya untuk menentang Raden. Walaupun beribu jenis binatang yang datang menyerang, Raden tetap dapat menewaskannya dengan sehari-hari memarang binatang-binatang tersebut tanpa memandang kiri dan kanan. Pencarian Raden Cahaya Negara diteruskan oleh Raden Cahaya Kemala. Setibanya di suatu tempat didengarnya bunyi yang amat riuh .Segera dihampirinya dan melihat terdapat satu pedang tetapi orang dan musuh tidak kelihatan. Setelah diamati Raden melihat ada orang berdiri di sana lalu menghampirinya. Setelah ditanyai asal usul dan tujuan Raden Cahaya Negeri berada di situ, diketahui oleh Raden Cahaya Kemala bahawa itulah putera Kuripan yang hilang lalu diperkenalkan dirinya Putera di benua Daha. Kedua-duanya saling bertangisan dan berpeluk-pelukan. Belum habis kedua-duanya melepaskan rindu, kedayan datang memberitahu bahawa banyak raksasa datang untuk menyerang mereka. Kedua-dua Raden tersebut telah melawan raksasa tersebut bersama-sama kedayannya. Banyak raksasa yang mati dengan amukan kedayan-kedayannya. Sesudah berperang selama 7 bulan, Keduadua Raden merasa hairan apabila binatang-binatang di hutan semakin bertambah seperti kera,
15

tikus, babi dan lipan. Raden Cahaya Negeri telah bermimpi sebutir bintang telah jatuh dan cahayanya sangat cemerlang. Lalu dia bertanyakan kepada kedayannya. Dengan tersenyum kedayan mengatakan sekiranya Raden ingin mencari isteri, puterinya anak geroda Syah Peri. Raden Cahaya Negeri telah mengajak kedayannya untuk melihat kembang kuntum kerana dia juga sememangnya telah berkenan. Raden telah pergi bermain ke Taman Bajaran Sari dengan menyamar sebagai lalat dan kumbang untuk mengambil kembang pauh janggi. Sesampainya di Banjaran Sari dilihatnya tujuh orang puteri geroda Syah Peri berada di situ. Raden mendengar Puteri Ken Mawi menceritakan tentang dirinya yang sedang mencari ayahandanya. Puteri Ken Mawi menceritakan kepada puteri yang lain tentang kebaikan rupa parasnya seperti Sang Rajuna. Raden Cahaya Negeri berasa sedih mendengar rintihan puteri-puteri itu yang meratapi nasibnya sebagai orang tawanan. Puteri merasa hairan melihat seekor lalat yang hinggap di tangannya lalu ditepis lalu hinggap pula ia di pinggang. Kelakuannya seperti orang. Warnanya sangat berseri membuatkan puteri menjadi hairan. Setelah hari gelap, semua puteri masuk ke peraduan untuk tidur. Lalat itu menukarkan dirinya kembali menjadi Raden Cahaya Negeri lalu masuk ke bilik puteri Kencana Seri. Puteri terkejut lalu membuka matanya dan melihat Raden telah berada di sebelahnya. Dengan perasaan marah puteri bertanya siapakah gerangannya. Setelah pulang lalu berjumpa dengan Seri Kembang dan segeralah mereka terbang ke istana. Di padang saujana Raden menjatuhkan sebentuk cincin dari jarinya lalu menjadi sebuah negeri lengkap dengan balairung seri serta rakyat jelata. Setelah lengkap dengan alatan negeri, Raden berhasrat untuk meneruskan pencarian ayahandanya. Raden mengerling tiga orang lalu menjadikan dirinya kumbang lalu masuk membuka pintu kota batu. Setelah dibuka Raden merasa hairan kerana yang ada hanyalah ayahandanya lalu hendak dibawa keluar. Suasana di dalam menjadi riuh rendah lalu didengar oleh penunggu pintu. Setelah mengetahui Raden yang berada di dalam, penunggu pintu memanggil raksasa serta hulubalang untuk menyerang Raden. Raden Cahaya Negeri gagal untuk ditangkap lalu ratu dan menteri yang berada dalam penjara besi itu semuanya dikeluarkan. Ratu Anom Bestari mengamuk untuk menangkap Raden namun tidak berjaya. Walaupun Raden seorang diri namun dia berjaya memarang beribu-ribu raksasa sehinggakan darah mengalir dengan banyaknya. Setelah petang baharulah peperangan tamat. Segeralah Raden pulang untuk melihat ayahandanya. Dilihatnya ayahandanya masih lagi tidak sedarkan diri lalu menangis dan terus pengsan. Semua orang merasa kasihan melihatkan kelakuan Cahaya Negeri lalu
16

disirami air mawar. Setelah sedar dari pengsan, didengarnya sorak yang tidak terhingga oleh geroda Syah Peri lalu diambilnya pedang dan segala kelengkapan untuk bertarung dengan geroda Syah Peri. Kedua-dua Raden telah menentang habis-habisan musuh yang datang menyerang. Raden teringat akan pesan tuan puteri di mana tempatnya kematian geroda Syah Peri. Lalu Raden seperti mendapat kudrat yang baru dan akhirnya dapat memancung kepala geroda Syah Peri. Semua orang kehairanan melihat kejadian itu. Setelah selesai peperangan geroda Syah Peri telah pulang menjadi dewa. Dimintanya Seri Keinderaan menghidupkan Raden Menteri supaya hilang rawan di hati. Raden Menteri dihidupkan kembali dan selamat berada dalam kerajaan. Sementara Raden dengan gembiranya pergi menemui isterinya yang lama ditinggalkan. Melihatkan kedatangan Raden Cahaya Negeri, isterinya berasa sangat gembira. Setelah bertemu, diajaknya puteri berjumpa dengan ayahandanya di luar kota. Raden Menteri sangat sedih mengenangkan nasib anakandanya yang membesar dalam hutan semata-mata untuk mencari baginda.
6.0 Hikayat Indera Putera

Pengaruh yang utama bertapak di alam Melayu ialah kebudayaan Hindu, iaitu sejak abad pertama masihi. Tetapi apabila Islam mula bertapak, sedikit demi sedikit menghakis pengaruh Hindu dalam budaya masyarakat Melayu. Walaupun masyarakat Melayu terpengaruh dengan Islam tetapi pengaruh Hindu itu masih lagi di amal oleh orang Melayu hingga pada masa ini.Berdasarkan urutan sejarah ,hikayat-hikayat Melayu adalah berunsur Hindu. Sastera hikayat berpengaruh hindu memperlihatkan perbezaan tema dan isi cerita yang amat ketara sifatnya. Hasil sastera berpengaruh hindu mengetengahkan unsur-unsur penjelmaan, reinkarsi atau penglahiran semula setelah mati, hidup semula setelah mati dengan renjisan air atmajiwa, peranan dewa-dewa sebagai penentu arah alur cerita dan perkembangan hidup watak-watak dalam cerita lain-lain. Kewujudan hikayat-hikayat daripada genre ini menguatkan kepercayaan sarjana kesusasteraan tradisional untuk membuat kesimpulan bahawa terdapat satu jangka masa yang menyaksikan perentapan pengaruh dan kedudukan antara pengaruh hindu yang terlebih dahulu mendapat tempat di hati masyarakat Nusantara berbanding pengaruh islam yang telah tiba kemudian. Faktor pertama pengaruh hindu mula bertapak dahulu ialah cerita-cerita tersebut telah dicipta atau dikarang semasa pengaruh hindu berkembang. Faktor kedua yang mendorong pengarang meletakkan unsur ini ialah pengarang hanya melihat unsur-unsur hindu dari sudut romantik dan estetik penceritaan

17

dan bukan dari sudut keagamaan. Unsur-unsur hindu seperti penjelmaan dan penglahiran semula digunakan untuk memanjang cerita dan meninggikan unsur romantik cerita. Dalam hikayat Putera Jayapati, terdapat unsur-unsur hindu yang dapat dilihat. Hikayat Putera Jayapati ini merupakan hikayat yang tergolong dalam genre sastera hikayat. Hikayat Jayapati ini mengisahkan tentang seorang anak raja yang bernama Putera Jayapati yang dilarikan oleh seekor kuda emas, kemudian berguru dengan Bagawan Narada dan mempelajari pelbagai ilmu sakti. Putera Jayapati ini telah berperang dan menewaskan jin, dewa dan raksasa. Putera Jayapati telah jatuh cinta dengan Puteri Cendera Nurlaila yang telah bertunang dengan anak raja peri. Walau bagaimanapun, tunang tuan puteri berjaya dikalahkan oleh Putera Jayapati dan kemudiannya telah mengahwini puteri tersebut. Hikayat ini berakhir dengan Putera Jayapati diangkat menjadi raja setelah kembali bertemu ayah bondanya. Dalam hikayat ini terdapat unsur-unsur hindu antaranya dari segi nama watak. Nama-nama watak berunsur hindu dalam hikayat ini seperti Maharaja Kala Wandu, Bagawan, Narada, Raja Gangga Wijaya, Putera Jayapati, dan gelaran-gelarannya setelah menjadi raja-Maharaja Pikrama Indera Dewa, Raja Peri, Raja Indera Wiruna, dan lain-lain. Manakala nama kuda Raja Wiruna ialah Tandi Birama. Seterusnya pengaruh hindu yang ada dalam manuskrip ini ialah nama negeri. Antara nama negeri yang terdapat dalam manuskrip ini ialah Negeri Langgam Jaya, Bukit Maha Biru, Negeri Gangga Wijaya dan Negeri Beranta Pura Nilam Dewata. Nama-nama negeri ini jelas menunjukkan bahawa manuskrip ini telah dipengaruhi oleh unsur Hindu. Hikayat ini juga penuh dengan makhluk lain seperti jin, peri, indera, dewa dan mambang. Dalam manuskrip ini, bukti yang dapat dilihat ialah apabila jin boleh menukarkan dirinya menjadi seekor kuda emas yang boleh terbang. Contohnya ialah apabila ada seorang jin terbang ke udara dan telah turun ke bumi apabila melihat Putera Jayapati yang sedang bermain-main dengan budak-budak yang lain di padang. Maka jin itu pun telah turun ke bumi serta telah menjadikan dirinya seekor kuda emas. Putera Jayapati telah melihat kuda itu lalu telah berlari-lari untuk mendapatkan kuda tersebut. Setelah ditangkap maka Putera Jayapati telah melompat naik ke atas belakang kuda itu, lalu kuda itu pun berjalan perlahan-lahan lalu telah melarikannya ke dalam hutan menuju ke Bukit Maha Biru. Seterusnya, pengaruh Hindu yang dapat dilihat dalam hikayat ini ialah peranan yang dimainkan oleh orang-orang pertapaan, ahli nujum, dan sasterawan. Ahli nujum dan sasterawan ini tinggal di istana dan selalu mendapat anugerah Raja. Peranan ahli nujum ini dapat dilihat ketika Raja Kala Wandu hendak menyuruh ahli nujum melihat sama ada
18

baginda akan memperoleh anak ataupun tidak. Contohnya dalam hikayat ini ialah apabila baginda telah memanggil semua ahli nujum datang ke istana untuk melihat di dalam nujumnya itu, adakah baginda akan dianugerahkan seorang anak kerana baginda amat berkehendakkan seorang putera lelaki. Maka ahli nujum dan sasterawan itu pun telah

membuka nujumnya serta membilang-bilang rimanya sambil tersenyum serta mengerakkan kepalanya. Ahli nujum memberitahu baginda jika baginda berkehendakkan anak maka baginda haruslah menderma kepada fakir miskin. Selain itu dalam hikayat ini juga menunjukkan perlakuan-perlakuan pemujaan watak yang melakukan pemujaan. Contoh yang dapat dilihat ialah apabila Putera Jayapati telah menuntut segala ilmu kesaktian dengan Bakawan Narada,maka pada suatu hari,Putera Jayapati telah memuja lalang menjadi seekor kuda hijau yang lengkap dengan kang pelananya serta pakaian kerajaan. Maka Putera Jayapati pun telah naiklah ke atas kuda itu. Setelah itu, Putera Jayapati telah menukarkan kuda itu kepada lalang semula. Pengaruh Hindu dalam manuskrip ini yang seterusnya ialah terdapatnya penjelmaan wira kepada bentuk lain contohnya seperti rupa geroda. Penjelmaan ini dapat dilihat apabila Bakawan Narada telah bertukar menjadi raksasa yang besar serta dasyat. Contohnya Bakawan Narada telah berlawan dengan Putera Jayapati tujuh hari tujuh malam tiada berhenti. Berbagai senjata telah digunakan oleh Bakawan Narada untuk menguji keberanian Putera Jayapati dan pelbagai rupa telah dilakukan oleh Bakawan Narada seperti rupa garoda. Selain itu juga Putera Jayapati juga mempunyai ilmu sakti dan hikmat. Contohnya Putera Jayapati telah mempunyai ilmu menurunkan hujan api, panah angin, dan hujan senjata yang dipelajarinya daripada Bagawan Narada. Ketika berperang dengan Bagawan Narada, Putera Jayapati telah menggunakan senjata ini untuk melawan Bagawan Narada. Selain itu, dalam hikayat ini juga berlaku peristiwa yang aneh atau ajaib seperti ikan yang timbul dari tasik dan ketawa mengilai-ngilai dan berkata-kata, kulit kerang yang dicampak oleh Putera Jayapati setelah dimakannya isi juga ketawa, kulit buah delima yang dicampak ke dalam tasik dan kulitnya timbul serta berbunga dan berbuah. Seterusnya, pengaruh Hindu ini juga dapat dilihat dalam Hikayat Inderaputera. Karya ini merupakan karya lama. Pengaruh hindu tidak dapat dielakkan lagi dalam setiap hikayat. Hal ini kerana, pengaruh hindu ini terlebih dahulu masuk ke dalam hikayat sebelum pengaruh Islam. Di pandang dari sudut sejarahnya ia dapat dianggap sebagai sebuah hasil yang telah disesuaikan dari hikayat Hindu. Hikayat ini mengisahkan perihal seorang Putera Raja Bikrama Buspa negeri Samanta Puri yang telah diterbangkan oleh merak emas. Inderaputera telah dijatuhkan di dalam sebuah
19

taman bunga yang dipunyai oleh nenek kebayan. Di sinilah tempat Inderaputera membesar di bawah jagaan Perdana Menteri sehingga dewasa. Beliau memperhambakan diri kepada Maharaja Syahian untuk menemui Berma Sakti bagi mendapatkan penawar beranak bagi baginda. Perjalanan Inderaputera penuh dengan peristiwa-peristiwa ajaib dan menakutkan. Akhirnya Inderaputera bertemu juga dengan Berma Sakti. Kejayaan Inderaputera disambut oleh Maharaja Syahian tetapi tidak menteri muda dan anak-anak raja yang menaungkan diri kepada baginda. Tetapi ternyata seluruh menteri-menteri dan raja-raja yang dengki itu akhirnya tunduk kepada Inderaputera. Hikayat ini ditamatkan dengan Inderaputera kembali menemui ayahandanya dan ditabalkan sebagai raja bergelar Paduka Sultan Mengindera di sisi empat orang isterinya. Ciri-ciri untuk menunjukkan ia berasal daripada Hindu amatlah banyak. Yang nyata ialah suatu upacara di dalam agama Hindu tambang yang merupakan suatu pemujaan kepada dewa-dewa. Perkara ini dipercayai bahawa dapat memperoleh kuasa ghaib dan rahmat daripada tuhan. Contohnya di dalam teks ini dapat dilihat di beberapa tempat di mana Inderaputera melakukan pemujaan tambang ini untuk memperoleh

pertolongan. Inderaputera telah mendapat Geliga Mayan Bedi daripada peri semasa Inderaputera memegang rambutnya. Lalu untuk peri melepaskan dirinya maka peri itu pun telah memberikan Geliga Mayan Bedi kepadanya. Geliga Mayan Bedi berguna untuk apa sahaja contohnya untuk mengeluarkan angin dan ombak atau kilat mahupun petir halilintar .Maka jika Inderaputera mahukan sesuatu, disuruhnya Inderaputera itu memanggil namanya dan menambangkan geliga itu dan nescaya segala kehendak Inderaputera akan ditunaikan. Contohnya, Inderaputera ingin melihat Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Neran di tepi tasik lalu Inderaputera telah menyeru peri dan peri itu menasihatkan supaya Inderaputera duduk bersembunyi di tepi tasik supaya tidak dilihat oleh Puteri itu. Maka Inderaputera pun telah duduk di tepi tasik itu dan menambangkan Geliga Mayan Bedi dan di serunya nama peri itu lalu Inderaputera dapatlah berlindung di dalam lubang yang telah dikorek oleh peri itu. Seterusnya pengaruh Hindu dalam hikayat ini juga dapat dilihat dari segi nama watak dan perwatakan. Watak terbahagi kepada dua golongan iaitu watak baik dan watak jahat. Watak baik adalah daripada kalangan anak raja, mempunyai sifat keistimewaan dan kelebihan yang tertentu. Memiliki alat senjata sakti dan lain-lain kesaktian bagi membolehkan watak utama berjaya dalam mencapai hajat dalam masa pengembaraan. Dari segi peranan watak tidak berubah. Contohnya dalam hikayat ini nama Inderaputera sendiri sebagai hero. Nama Inderaputera di dalam hikayat ini adalah nama dewa(demi- god) Indera. Inderaputera merupakan seorang anak Putera Raja Bikrama Buspa
20

yang berada di negeri Samanta Puri. Inderaputera ini merupakan watak utama dalam hikayat ini. Selain itu, selain dari watak utama dalam hikayat ini juga tutut memaparkan tentang kesaktian watak lain. Kesaktian dan kekuasaan ini dapat dilihat apabila orang tua bertapa yang telah menolong Inderaputera memperolehi ubat beranak bagi Raja Syahian iaitu Berma Sakti . Orang tua bertapa ini telah menolong Inderputera. Seterusnya ialah dalam hikayat ini,binatang juga menjadi lambang kebesaran. Dalam hikayat ini, burung merak yang menculik Inderaputera menjadi lambang kebesaran di dalam hikayat-hikayat Hindu. Selain itu,ialah wujud makhluk-makhluk seperti raksasa yang mempunyai kuasa. Contohnya dalam hikayat ini ketika Inderaputera hendak tidur, dia teringat akan pesanan Raja Dewa Lela Mengerna lalu dia tidak jadi untuk tidur. Maka raksasa yang ada di dalam lubang kayu itupun keluar hendak makan Inderaputera, maka Inderaputera itupun segera menghunus pedangnya hendak memarang raksasa itu.Walaubagaimanapun, raksasa itu telah merayu supaya dirinya tidak dibunuh dan telah menawarkan suatu hikmat iaitu bedi namanya. Dengan bedi itu, segala kemahuan Inderaputera akan dilaksanakan. Contohnya permintaan Inderaputera untuk bertemu dengan tuanku. Selain itu juga,pengaruh Hindu juga dapat diketahui apabila wujudnya makhluk lain seperti jin. Jin merupakan makhluk ghaib yang kadang kala boleh dilihat dan kadang kala boleh bertukar kepada bentuk apa sahaja serta mempunyai kekuasaanya tersendiri. Jin ini dapat bertukar apa sahaja bentuk yang dia mahukan. Contohnya dalam hikayat ini, Inderaputera telah diterbangkan oleh jin Tamar Buga. Tamar Buga ingin membalas dendam terhadap kematian anaknya yang telah dibunuh oleh Inderaputera,maka jin itupun pergi mencari Inderaputera. Apabila menjumpai Inderaputera lalu jin itupun menerbangkannya ke udara dan akan dibuang ke dalam laut Khalzum.Walaubagaimanapun jin tersebut telah mati kerana diparang oleh

Inderaputera.Selain itu, terdapatnya ahli nujum dalam hikayat ini juga melambangkan bahawa pengaruh Hindu juga diselitkan. Peranan ahli nujum memang tidak dapat dipisahkan lagi dengan hikayat. Ahli nujum ini bertanggungjawab menilik apa sahaja yang diperintahkan oleh raja. Contoh dalam hikayat ini, ahli nujum telah diperintahkan oleh Baginda untuk melihat betapa besarnya kebesaran anak yang dilahirkan oleh isterinya. Maka ahli nujum pun menilik lah dan ahli nujum telah menasihatkan raja supaya tidak membiarkan anaknya itu bermain dengan binatang kerana disebabkan binatang itulah anaknya di larikan. Walau bagaimanapun disebabkan oleh kelekaan Maharaja Bikrama Buspa ,maka Inderaputera telah ghaib. Ketika Inderaputera mendekati untuk melihat merak emas itu, tibatiba merak emas itu pun telah menyambar Inderaputera maka ghaiblah Inderaputera
21

diterbangkan oleh merak emas itu. Maka sedih lah kesemua ahli keluarga

baginda.

Seterusnya ialah kesaktiaan dan kekuasaan anak raja. Dalam hikayat, kesaktian seseorang itu memang tidak dapat lari dalam hikayat. Hal ini kerana, dengan kesaktian lah yang akan melambangkan kekuasaan seseorang itu. Contohnya dalam hikayat ini kekuasaan anak raja ini dapat dilihat apabila Nobat Rom Syah telah berperang dengan Tamar Jalis. Semasa berperang segala kekuasaan digunakan untuk menguasai peperangan itu. Dalam hikayat ini, mereka berdua ini saling berbalas serangan untuk mempertahankan diri masing-masing agar tidak kalah semasa peperangan. Contohnya Nobat Rom Syah dapat melompat ke udara lalu ghaib. Pelbagai kuasa yang telah digunakan oleh mereka untuk mempertahankan diri. 7.0 Rumusan Secara keseluruhannya, kajian yang dibuat mengatakan bahawa agama Hindu dan Buddha ini mempengaruhi manuskrip Melayu. Kajian juga membuktikan bahawa manuskrip berasal daripada tradisi sastera lisan. Manuskrip ini dijumpai diseluruh dunia yang disimpan di pelbagai tempat. Sebagai contohnya, dijumpai di istana, rumah, perpustakaan dan lain-lain tempat lagi. Tujuan manuskrip ini dicari adalah kerana untuk mengetahui semula sejarah lama Negara dan bukti-bukti kesahihannya mengenai segala kisah atau peristiwa yang berlaku pada zaman lepas. Antara kajian manuskrip yang dibuat ialah mengenai Hikayat Seri Rama. Hikayat ini adalah antara karya-karya yang besar didunia. Kajian-kajian mengenainya bahawa epik ini dicipta berdasarkan fakta-fakta sejarah Kerajaan Hindu silam. Karya ini bertitik tolak dari satu peristiwa sejarah tentang kekecohan yang berlaku di istanayang berlaku pada zaman kerajaan Raja Dasaratha. Cerita mengenai Rama ini wujud pada zaman India silam dalam bentuk cerita-cerita rakyat. Epik ini merupakan epic kedua terbesar di India selepas Mahabrata. Mengenai Sejarah Melayu turut dikaji yang menjadi latar belakang. Kewujudan Raja Suran yang turun ke laut dan membuka negeri disana. Manakala dalam Hikayat Jayapati, diceritakan bahawa terdapat unsur-unsur Hindu yang dapat dilihat. Hikayat ini merupakan hikayat yang tergolong dalam genre sastera hikayat. Hikayat ini menceritakan mengenai seorang anak raja yang bernama Putera Jayapati yang dilarikan oleh seekor kuda emas. Pengaruh Hindu dalam hikayat ini peranannya dimainkan oleh orang-orang pertapaan, ahli nujum, dan sasterawan. Contoh lain pengaruh Hindu dalam manuskrip yang dijumpai ialah terdapat penjelmaan wira kepada bentuk lain. Kisah-kisah yang diceritakan dalam hikayat ini banyak yang berunsurkan pengaruh Hindu. Watak dalam cerita ini mempunyai kekuasaan, kesaktiaan yang menjadi lambang kebesaran di dalam hikayat-hikayat Hindu. Selain itu, manuskrip juga dijumpai dalam bentuk Syair. Syair yang dikaji ialah Syair Ken
22

tambuhan. Syair ini mengisahkan mengenai kecantikan Ken Tambuhan yang menjadi kegilaan lelaki. Kisah-kisahnya banyak dari unsur pengaruh Hindu. Hal ini demikian kerana, terdapat juga unsur-unsur kekuasaan, kesaktiaan yang digunakan dalam syair ini bagi menunjukkan peristiwa yang berlaku itu menarik dan mempunyai unsur-unsur Hindu. Secara praktiknya, pengaruh Hindu ini dalam hikayat-hikayat dan syair yang dikaji ini sangat besar pengaruhnya. Pendek kata terdapat banyak manuskrip yang dijumpai di seluruh dunia. Hal ini demikian kerana, bukti-bukti yang ada menunjukkan manuskrip itu sememangnya wujud dan masih boleh diguna pakai sebagai tujuan rujukan dan bahan ilmiah untu melakukan sebarang kerja terutama tesis yang dilakukan oleh pelajar-pelajar universiti. Manuskrip ini sangat penting kepada masyarakat kerana membawa kita kepada peristiwa dahulu.

23

8.0 Bibliografi Noriah Taslim (2004)Sejarah Melayu, kesan hubungan kebudayaan Melayu dan India.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka M. Rajantheran (1999) Sejarah Melayu, kesan hubungan kebudayaan Melayu dan India. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Ding Choo Ming (2003) Kajian Manuskrip Melayu Masalah, Kritikan dan Cadangan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Syedmahadzirsyedibrahmin.blogsport.com/

24

Anda mungkin juga menyukai