Anda di halaman 1dari 39

PEMARKAHAN 1 2 3 TUGASAN 1 TUGASAN 2 E FORUM JUMLAH

BML 3043

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

a. Fonetik dan fonologi bahasa Melayu. b. Bunyi vokal dan konsonan bahasa Melayu. KUMPULAN: c. Sistem ejaan Rumi bahasa Melayu

Kumpulan UPSI15(A122PJJ) DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. ID NO.TELEFON ALAMAT EMEL MOHD GHAZALI BIN HJ ANUAR D20111050046 017-6898958 baiworld65@gmail.com/ghazali7239@btpnsel.edu.my

NAMA TUTOR E-LEARNING :

En.Seri Lanang Jaya Bin Rohan

TARIKH SERAH: 05/05/13

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan hidayah-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan tidak banyak masalah yang dihadapi. Dengan berakhirnya tugasan saya ini, maka selesailah satu tugas yang dipikul di bahu saya. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang terlibat dalam membantu secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini terutamanya kepada rakan-rakan saya yang menyalurkan buah fikiran dan idea serta berkongsi maklumat dalam proses menyiapkan segera mungkin kerja kursus ini. Selain itu, jika tanpa bantuan dan tunjuk ajar daripada pensyarah, kemungkinan saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya. Walaupun terdapat pelbagai kekangan dalam menyiapkan tugasan ini, alhamdulillah saya mampu menghadapinya dengan baik. Di samping itu juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu saya dalam proses mencari maklumat yang berkaitan kerja kursus ini. Kerjasama dan nasihat mereka semasa saya menjalankan kerja ini sedikit sebanyak telah membantu memudahkan kerja saya. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sentiasa menceriakan saya sewaktu saya menghadapi tekanan dalam menyiapkan tugasan ini. Sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pertolongan yang telah diberikan. Moga dengan jasa baik yang telah mereka curahkan akan mendapat ganjaran dari Allah S.W.T kelak.

Sekian, terima kasih.

BML 3043

m/s: 2

KANDUNGAN

HALAMAN

PENGHARGAAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Definisi Fonetik dan Fonologi oleh tokoh-tokoh bahasa. 1.2.1 Definisi fonetik dan fonologi oleh Harimurti Kridalaksana. 1.2.2 Definisi fonetik dan fonologi oleh Abdul Hamid Mahmood. 1.2.3 Definisi fonetik dan fonologi oleh Abdullah Hassan. 1.2.4 Definisi fonetik dan fonologi oleh Nor Hashimah Jalaluddin. 1.2.5 Definisi fonetik dan fonologi oleh Indirawati. 1.2.6 Definisi fonetik dan fonologi oleh K.L. Pike. 1.2.7 Definisi fonetik dan fonologi oleh David Crystal. 1.2.8 Definisi fonetik dan fonologi oleh Gleason. 1.3 Jenis-jenis fonetik. 1.3.1 Fonetik artikulasi 1.3.2 Fonetik akustik 1.3.3 Fonetik auditori 1.4 Matlamat Akhir Ilmu Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu BUNYI VOKAL DAN KONSONAN BAHASA MELAYU. 2.1 Fonem vokal Bahasa Melayu. 2.2 Maksud bunyi vokal. 2.3 Proses bunyi-bunyi vokal. 2.4 Maksud bunyi konsonan. 2.5 Konsonan asli Bahasa Melayu. 2.6 Proses bunyi-bunyi konsonan. SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU. 3.1 Ejaan bersama Malaysia-Indonesia. 3.2 Fonem dalam ejaan bersama Malaysia-Indonesia. 3.2.1 Huruf Vokal Bahasa Melayu 3.2.2 Huruf Diftong 3.2.3 Huruf Konsonan 3.2.4 Huruf yang diperkenalkan 3.3 Sistem Keselarasan Huruf Vokal 3.3.1 Pola Keselarasan Huruf Vokal 3.3.2 Pola Kekecualian Kepada Keselarasan Huruf Vokal 3.4 Penyesuaian Huruf Ejaan Kata Pinjaman 3.4.1 Bentuk Ejaan Tampak 3.4.2 Kekecualian Bagi Ejaan Yang Sudah Lama 3.4.3 Gugus konsonan. 3.4.4 Penggunaan huruf g. PENUTUP 4.1 Kesimpulan

2 4 4 5 5 5 5 5 5 6 6 6 6 7 8 9 10 11 11 16 16 20 21 22 31 31 31 32 33 33 35 35 36 36 37 37 38 38 38 38 39

2.0

3.0

4.0

BIBLIOGRAFI

BML 3043

m/s: 3

1.0

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak adalah berbeza daripada individu dengan individu yang lain. Ahli psikologi perkembangan mengkaji aspek-aspek pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan cuba mencari kaitannya dengan faktor-faktor yang mempengaruhinya, iaitu baka dan persekitarannya. Mereka sering mempersoalkan tentang perkembangan dan pertumbuhan seseorang kanak-kanak contohnya, seorang bapa akan mendapati anaknya yang pertama berbeza daripada anaknya yang kedua. Ini adalah di sebabkan setiap individu adalah unik dan tidak ada individu lain yang seratus peratus sama dengannya, walaupun individu-individu itu adalah kembar seiras. Perkembangan bahasa pada manusia adalah perkembangan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal. Contohnya bayi yang baru lahir tidak dapat bertutur dan meminta apa yang dikehendaki. Apabila sudah berumur satu tahun dia mula berupaya menyebut satu atau dua patah perkataan seperti mama atau papa. Dari keadaan tidak boleh bertutur kepada boleh bertutur beberapa patah perkataan, ternyata kakak-kanak ni telah mengalami perkembangan dari segi bahasa dan pertuturan. Bahasa yang dihasilkan melalui alat artikulasi manusia disebut pertuturan, kalimat atau ujaran, iaitu satu sistem bunyi yang teratur atau percantuman bunyi yang hadir secara berulang-ulang atau berurutan. Bahasa berasal daripada bunyi-bunyi yang disebut bunyi-bunyi bahasa. Menurut Penalosa ( dalam buku Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, 2008: 87) bahasa bertindak melalui dua bentuk. Pertama, ia melibatkan bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan melalui alat ujaran manusia. Kedua, meransang pemikiran, situasi sosial dan makna. Kajian bunyi terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa yang berkaitan senarai bunyi bahasa dan ciri-ciri bunyi tersebut serta peraturan khusus yang menjelaskan cara bunyi-bunyi tersebut berhubung antara satu sama lain. Tugas bidang fonologi ialah merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara terperinci. Fonetik ialah kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi- bunyi itu dihasilkan, didengar dan diiterpretasikan. Bidang fonetik terbahagi kepada tiga cabang utama, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori. Fonetik artikulasi mengkaji cara bunyibunyi bahasa dihasilkan oleh manusia dengan menggunakan alat tutur. Fonetik akustik mengkaji gelombang bunyi dan cara gelombang tersebut mencapai pendengaran manusia. Fonetik auditori mengkaji cara otak memproses bunyi yang diterima melalui telinga dan cara bunyi- bunyi tersebut diinterprestasikan. Huraian mengenai vokal dan konsonan tergolong dalam bab fonetik dan fonologi. Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala mengikut Merriam Websters Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai the system of speech sounds of a language or group of languages.

BML 3043

m/s: 4

1.2

Definisi Fonetik dan Fonologi oleh tokoh-tokoh bahasa.

1.2.1 Definisi fonetik dan fonologi oleh Harimurti Kridalaksana. Menurut Harimurti Kridalaksana fonetik ialah ilmu yang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa; ilmu interdisipliner linguistik dengan fisika, anatomi dan psikologi,sistem bunyi suatu bahasa manakala Harimurti Kridalaksana juga memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya. 1.2.2 Definisi fonetik dan fonologi oleh Abdul Hamid Mahmood. Menurut Abdul Hamid Mahmood (2007: 16) mendefinisikan fonetik ialah kajian bunyibunyi bahasa yang dituturkan oleh manusia, iaitu mengkaji bunyi- bunyi bahasa daripada segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan alat-alat pengucapan yang terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Fonologi pula dapat disimpulkan sebagai kajian terhadap fungsi-fungsi bunyi bahasa. Maksudnya bidang fonologi menentukan sistem bunyi satu-satu bahasa dengan berdasarkan jenis-jenis bunyi sama ada bunyi itu distingtif (membezakan makna) atau tidak distingtif (tidak membezakan makna). Matlamat akhir bidang fonologi ialah menentukan sistem bunyi atau menentukan huruf-huruf atau fonem-fonem tertentu yang seterusnya mewujudkan system ejaan bagi sesuatu bahasa.

1.2.3 Definisi fonetik dan fonologi oleh Abdullah Hassan. Menurut Abdullah Hassan (1993: 40) berpendapat bahawa fonetik mengkaji bunyi bahasa daripada segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya ... Fonetik amnya ialah pengkajian terhadap unsur-unsur dalam bentuk bunyi. Manakala menurut Abdullah Hassan dalam bukunya, Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia (1993:40) menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu.

1.2.4 Definisi fonetik dan fonologi oleh Nor Hashimah Jalaluddin. Menurut Nor Hashimah Jalaluddin (2000: 2) berpendapat bahawa fonetik ialah ilmu yang mengkaji bagaimana bunyi bahasa dihasilkan. Jelasnya lagi bahawa ilmu ini juga memperlihatkan bagaimana organ manusia seperti paru-paru, larings, farings, rongga mulut dan hidung turut membantu menghasilkan bunyi bahasa. Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Pengkajian yang dilakukan menunjukkan dua bahasa bolehmempunyai dua inventori segmen fonetik yang sama tetapi mempunyai sistem fonologi yang berbeza. Selain mengkaji struktur segmen fonetik dalam bahasa , fonologi juga bersangkutan dengan fungsi segmen. Ini termasuk menentukan sama ada bunyi yang dikenal pasti ada digunakan dalam perkataan seharian atau hanya terhad kepada stilistik ucapan seperti ucapan puitis, lama (archaic) dan sebagainya. Fonologi juga berperanan untuk menganalisis pasangan minimal antara perkataan, untuk mengetahui kekangan urutan fonologi, untuk menemukan kesejagatan fonologi, mengkaji perubahan bunyi dan pemerolehan bahasa. 1.2.5 Definisi fonetik dan fonologi oleh Indirawati. Menurut Indirawati Zahid (2006: 1) berpendapat bahawa fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi. Umumnya, ilmu fonetik ini dibahagikan kepada fonetik artikulatori, fonetik auditori dan fonetik akustik. Seterusnya, fonetik artikulatori merujuk kepada kajian yang menunjukkan BML 3043 m/s: 5

cara-cara sesuatu bunyi dilafazkan. Fonetik auditori ialah kajian sebutan bunyi yangdidengar. Fonetik akustik pula ialah kajian transmisi signal bunyi dari penutur kepada pendengar semasa berkomunikasi. Selain daripada itu fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia.Bunyi bermakna ialah bunyi yang difahami oleh kedua-dua orang yang menuturkannya.dengan itu bunyi yang bermakna dikenali sebagai bunyi bahasa. Kesimpulannya, bidang fonologi sebenarnya menerangkan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa dengan teliti untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu.

1.2.6

Definisi fonetik dan fonologi oleh K.L. Pike.

K.L.Pike pula dalam bukunya Phonemics (1943:57) mendefinisikan fonetik dan fonologi sebagai sesuatu kata hendaklah dieja sebagaimana yang diucapkan oleh penutur dan diucapkan sebagaimana yang dieja dan tidak ada huruf yang senyap.Sebutan berdasarkan ejaan atau fonemik menegaskan bahawa pengucapan sesuatu bunyi hendaklah menurut nilai bunyi yang dilambangkan oleh setiap huruf. 1.2.7 Definisi fonetik dan fonologi oleh David Crystal. Seterusnya, David Crystal (1986) menjelaskan fonetik dan fonologi sebagai kajian bahasa secara saintifik. Ini bermakna bahawa bahasa-bahasa yang dikaji mesti dilihat sebagai satu disiplin ilmu yang tersusun serta mempunyai organisasi tersendiri. Selain itu, saintifik juga merujuk kepada sesuatu ilmu yang mempunyai ciri keesahan dan kebolehpercayaan dari segi mutu dan kesahihan fakta. 1.2.8 Definisi fonetik dan fonologi oleh Gleason.

Menurut Gleason (1955) , fonetik dan fonologi ialah bagaimana bunyi bahasa itu diucapkan dan dihasilkant, serta bagaimana bunyi bahasa dikalsifikasikan berdasarkan artikulasinya. Fonetik jenis ini banyak berkaitan dengan linguistik sehingga oleh para linguistik khususnya para ahli fonetik cenderung memasukkannya ke dalam bidang linguistik.

1.3

Jenis-jenis fonetik.

Berbicara tentang bidang fonetik ini, beberapa orang linguis mempunyai pendapat yang sama tentang aspek kajian yang boleh dilakukan oleh ahli fonetik. Ada tiga aspek kajian,iaitu: i. Fonetik artikulasi (cabang fonetik yang meneliti bunyi berasaskan alat-alat pertuturan dalam artikulasi) Fonetik akustik (cabang fonetik yang meneliti ciri-ciri fizikal atau sifat bunyi bahasa) Fonetik auditori (cabang fonetik yang meneliti bunyi berasaskan pendengaran sebagai persepsi bahasa)

ii. iii.

BML 3043

m/s: 6

1.3.1 Fonetik artikulasi Fonetik artikulasi ialah cabang fonetik yang meneliti cara dan pendeskripsian sesuatu bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia berasaskan alat-alat pertuturan dalam artikulasi. Pendeskripsian ini melibatkan alat artikulasi atau artikulator.Artikulator yang terlibat dalam proses penghasilan bunyi bahasa dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu artikulator bahagian dada, tekak dan kepala. Artikulator bahagian dada seperti paru-paru (lungs) dan batang tenggorak (trachea). Artikulator bahagian tekak seperti pangkal tenggorok (larynx), pita suara (vocal cords), krikoid (cricoid), tiroid (thyroid) atau halkum, aritenoid (arythenoids), farinks (pharynx) atau dinding rongga kerongkong, dan epiglotis (epiglottis). Artikulator bahagian kepala pula boleh bersifat statik dan sebaliknya kerana boleh bergerak dan sebaliknya. Malahan, artikulator ini juga dianggap sebagai alat artikulasi aktif dan pasif. Artikulator yang terlibat dalam proses penghasilan bunyi bahasa bahagian kepala ini dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaituartikulator aktif dan artikulator pasif/daerah artikulasi pasif. a) Artikulator aktif Artikulator aktif ialah artikulator yang digunakan bagi menghasilkan bunyi bahasa. Artikulator aktif tidak bersifat statik kerana boleh bergerak. Malahan, artikulator ini disifatkan sebagai alat artikulasi aktif.Antaranya adalah seperti anak tekak (uvula), akar lidah (root of the tongue-hump), belakang lidah (back of the tongue - dorsum), tengah lidah (middle of the tongue - medium), daun lidah (blade of the tongue - laminal), hujung lidah (tipof the tongue apex), gigi bawah (lower teeth - denta), dan bibir bawah (lower lip - labia). Manakala artikulator pasif ialah bahagian yang menjadi tempat sentuhan artikulator aktif yang digunakan tatkala menghasilkan sesuatu bunyi bahasa. b) Artikulator pasif Artikulator pasif atau daerah artikulasi pasif ini bersifat statik kerana tidak boleh bergerak.Malahan, artikulator pasif disifatkan sebagai alat artikulasi pasif. Antaranya adalah seperti gelungan (retroflex), lelangit keras (hard palate - palatum), lelangit lembut (soft palate velum), gusi lelangit keras (alveolar ridge), gigi atas (upper teeth - denia), bibir atas (upper lip labia), mulut (mouth), rongga mulut (mouth cavity / oral cavity), dan rongga hidung (nose cavity / nasal cavity). Fonetik artikulasi ialah bidang yang meneliti penghasilan bunyi pertuturan oleh alat pertuturan manusia, iaitu bagaimana seseorang penutur itu menghasilkan bunyi dengan menggunakan alat pertuturan dan cara bunyi itu diklasifikasikan dan dideskripsikan.Alat ujaran yang bergerak untuk menghasilkan bunyi bahasa disebut artikulator atau artikulator aktif. Antara contoh artikulator adalah seperti lidah, gigi bawah dan bibir bawah. Manakala daerah yang disentuh atau didekati oleh artikulator disebut daerah artikulasi. Antara contoh daerah artikulasi adalah seperti gigi atas, gusi atas, bibir atas, anak tekak, lelangit keras dan lelangit lembut. Oleh sebab adanya artikulator aktif dan pasif inilah yang menjadikan timbulnya penamaan bunyi-bunyi bahasa seperti bunyi letupan dua bibir bersuara, letupan dua bibir tidak bersuara, geseran lelangit keras bersuara, geseran lelangit keras tidak bersuara dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila dua bibir terkatup, daerah artikulasinya ialah bibir atas, sedangkan bibir bawah bertindak sebagai artikulator. BML 3043 m/s: 7

Dengan itu bunyi yang terhasil dinamakan sebagai bunyi bilabial (bi bermakna dua dan labial bermakna bibir). Bunyi [b], [p], [m] ialah bunyi bilabial. c) Pendapat Lain tentang Fonetik Artikulasi Setiap peneliti atau linguis mempunyai pendekatannya sendiri apabila menjelaskan perihal fonetik artikulasi. Antaranya yang telah mengemukakan pendapat mereka tentang fonetik artikulasi adalah seperti yang berikut: i) Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007: 17) menjelaskan bahawa fonetik artikulasi mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dikeluarkan oleh alat-alat artikulasi. Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006: 1) berpendapat bahawa fonetik artikulasi ialah satu bidang kajian mengenai cara kita menggunakan alat dan daerah artikulasi bagi bertutur. Nor Hashimah Jalaluddin (2000: 12) berpendapat bahawa fonetik artikulasi ialah bidang kajian mengenai pemerhatian ahli fonetik yang menggunakan x-ray untuk melihat bagaimana pergerakan udara yang digandingkan dengan pergerakan organ-organ pertuturan dan juga koordinasi kesemua pergerakan itu sehingga terhasilnya bunyi. Tegasnya, pemerhatian itu termasuklah bagaimana pergerakan lidah, rahang, bibir dan sebagainya, disamping cuba merakamkan posisi dan pergerakan lidah, lelangit lembut dan pita suara. Malahan tegasnya lagi bahawa bidang kajian itu juga mengenai pemerhatian dan mengambil gambar melalui cermin, contohnya bagi melihat pergerakan pita suara dengan menggunakan alat laryngoscopic, manakala alat electromyography pula digunakan untuk mengesan dan mengukur bilangan kecil potensi elektrik yang digabungkan dengan penekanan otot pada tahap yang relevan dalam terusan ujaran. (Contoh gambar tentang alat-alat itu yang boleh diperoleh daripada Colin Painter: An Introduction to Instrumental Phonetics,1979: 198& 208 ada dikemukakannya.)

ii)

iii)

1.3.2 Fonetik akustik Fonetik akustik ialah cabang fonetik yang meneliti ciri-ciri fizikal atau sifat bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia berasaskan alat-alat pertuturan itu sendiri, iaitu bagaimana gelombang udara dari paru-paru mengalami perubahan yang disebabkan oleh gangguan yangdibuat oleh artikulator atau alat artikulasi seperti pita suara, lidah, bibir dan sebagainya yangmembawa bunyi bahasa itu ke telinga pendengar. Penelitian terhadap ciri-ciri fizikal atau sifat bunyi bahasa yang menggunakan sejenis alat yang dikenali sebagai spektrogram itu melibatkan bunyi nada, kelantangan dan kepanjangan. Dengan menggunakan spektrogram bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia itu dapat ditentukan tahap frekuensi dantahap lebar gelombang dan getaran bunyi pada sesuatu masa. Hasil kajian melalui penggunaan spektrogram mendapati bahawa setiap orang mempunyai nada yang berbeza, lebih-lebih lagi jika dibandingkan antara jantina. Sebagai contoh nada suara seorang perempuan didapati tahap frekuensi dan tahap lebar gelombang dan getaran bunyinya jauh lebih tinggi berbanding dengan nada suara seorang lelaki. Hal ini kerana nada suara seorang perempuan mempunyai 240 pusingan bagi setiap saat, sedangkan nada suara seorang lelaki hanya 150 pusingan bagi setiap saat.

BML 3043

m/s: 8

Malahan, kajian yang dilaksanakan dengan menggunakan spektrogram juga mendapati bahawa bunyi vokal hadapan berbeza dengan bunyi vokal belakang. Bunyi vokal hadapan nadanya lebih tinggi, manakala bunyi vokal belakang nadanya lebih rendah. Contoh bunyi vokal hadapan dalam bahasa Melayu ialah bunyi [i] dan [e], dan bunyi vokal belakang dalam bahasa Melayu ialah bunyi [u] dan [o]. Demikianlah halnya dengan bunyi-bunyi bersuara yang disebabkan getaran pada pita suara berbanding dengan bunyi-bunyi tidak bersuara yang disebabkan oleh tiada getaran pada pitasuara didapati nada bunyi-bunyi bersuara lebih tinggi tahap frekuensi dan tahap lebar gelombang dan getaran bunyi berbanding dengan bunyi-bunyi tidak bersuara.Hasil kajian melalui penggunaan spektrogram juga mendapati bahawa bunyi konsonan dan suku kata dalam bahasa Melayu mempunyai tahap kelantangan yang berbeza. Hal ini kerana faktor yang mempengaruhi perbezaan itu berpunca daripada tekanan udara dari paruparu.Maknanya apabila bunyi konsonan atau suku kata itu ditekan, tekanan udara bertambah dan kesannya menghasilkan bunyi yang lebih lantang. Antara contoh tahap kelantangan bunyikonsonan dalam bahasa Melayu yang dipengaruhi oleh tekanan udara dari parulebih lantang berbanding dengan penghasilan bunyi konsonan [f] dan [v]. a) Pendapat Lain tentang Fonetik Akustik Setiap peneliti atau linguis mempunyai pendekatannya sendiri apabila menjelaskan perihal fonetik akustik.Antaranya yang telah mengemukakan pendapat mereka tentang fonetik akustik adalah seperti yang berikut: i) Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007: 17) menjelaskan bahawa fonetik akustik mengkaji sifat bunyi itu sendiri, iaitu bagaimana gelombang udara dari paru- paru mengalami perubahan yang disebabkan oleh gangguan yang dibuat oleh alat artikulasi seperti pita suara, lidah, bibir dan sebagainya (Contoh bentuk gelombang akustik bagi penghasilan perkataan see /si:/ dalam bahasa Inggeris berasaskan sumber, Roach, P. 2001:40 ada dikemukakannya). Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006: 1-2) berpendapat bahawa fonetik akustik ialah kajian fonetik yang ditakrifkan sebagai satu bidang kajian transmisi bunyi-bunyiyang dihasilkan oleh organ-organ sebutan kita. Nor Hashimah Jalaluddin (2000: 12) berpendapat bahawa fonetik akustik ialah bidang kajian mengenai bagaimana arus udara bergetar antara mulut penutur ke telinga si pendengar dengan menggunakan alat yang dikenali sebagai spetrogram.Alat ini digunakan bagi melihatkekerapan / frekuensi dan luas getaran bunyi dalam jangka masa tertentu.

ii)

iii)

1.3.3 Fonetik auditori Fonetik auditori ialah cabang fonetik yang meneliti bunyi berasaskan pendengaran terhadap bunyi bahasa yang dihasilkan, iaitu proses yang terjadi tatkala seseorang menerima bunyi dan bagaimana telinga dan otak bertindak terhadap gelombang bunyi itu didengar sebagai persepsi bahasa. Fonetik auditori juga meneliti penerima bunyi yang berasaskan nada,kelantangan dan kualiti bunyi.

BML 3043

m/s: 9

a) Pendapat Lain tentang Fonetik Auditori. Setiap peneliti atau linguis mempunyai pendekatannya sendiri apabila menjelaskan perihal fonetik auditori. Antaranya yang telah mengemukakan pendapat mereka tentang fonetik auditori adalah seperti yang berikut: i) Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007: 17) menjelaskan bahawa fonetik auditori merupakan kajian yang berkaitan dengan pendengaran terhadap bunyi-bunyi yang dihasilkan supaya bunyi-bunyi itu dapat diperturunkan ke dalam lambang-lambang yang tepat. Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006: 1) berpendapat bahawa fonetik auditori ialah kajian fonetik yang mendeskripsikan cara bagaimana kita memproses dan menginterpretasi bunyi-bunyi yang dihasilkan. Nor Hashimah Jalaluddin (2000: 83) berpendapat bahawa fonetik auditori ialah bidang kajian berkenaan pendengaran dan proses yang wujud apabila kita menerima bunyidan bagaimana bunyi itu dirasai. Tegasnya, fonetik auditori melibatkan otak dan telinga. Tambahnya lagi, gelombang bunyi yang sampai ke telinga sebenarnya ialah getaran mekanikal bagi partikel-partikel udara. Manakala bunyi yang boleh didengar dan dirasa itu tentunya mempunyai jurang frekuansi dan kepadatan tertentu.

ii)

iii)

1.4 Matlamat Akhir Ilmu Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu Matlamat akhir bidang fonologi ialah menentukan sistem bunyi atau menentukan hurufhuruf atau fonem-fonem tertentu yang seterusnya mewujudkan sistem ejaan bagi sesuatu bahasa. Ianya bermaksud pengajian yang melibatkan pengkajian terhadap bunyi-bunyi bahasa dan fungsi-fungsi bunyi bahasa dalam bahasa Melayu. Kajian fonetik dan fonologi Bahasa Melayu meliputi bidang bagaimana bunyi-bunyi bahasa Melayu itu dihasilkan atau dituturkan, misalnya bagaimana bunyi-bunyi vokal dan konsonan serta diftong dalam bahasa Melayu itu dihasilkan. Dalam pengkajian ini akan diteliti juga, iaitu alat-alat artikulasi yang terlibat dan daerah mana pada alat tersebut yang berperanan dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dalam Bahasa Melayu, misalnya bagaimanakah cara menghasilkan bunyi vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang.Tambahan lagi akan diteliti juga ialah perbagai bunyi konsonan dalam BM, misal konsonan letupan,letusan, geseran, sengau, separuh vokal dan sebagainya serta bunyi diftong (au, ai dan oi). Kajian Fonologi merupakan kajian ilmiah. Melalui kajian ini kita akan dapat memperluas ilmu kajian kita dengan lebih mendalam tentang ilmu fonetik. Kajian ilmu fonetik pula tidak akan lengkap jika kita mengkhusus secara terperinci kepada alatan artikulasi atau fonetik artikulasi. Kita juga perlu melihat bagaimana ketiga-tiga cabang fonologi ini berkait rapat antara satu dengan yang lain. Matlamat akhir kajian fonetik artikulasi adalah umpama melihat satu intepretasi dalam tiga siri yang mana fonetik artikulasi adalah siri pertama tersebut. Mengkaji satu siri sahaja akan meletakkan diri kita di dalam keadaan kabur tentang konsep dan pengkajian fonologi tersebut. Walaupun kajian berpusat kepada alatan artikulasi pembaca dan pengkaji perlu memahami juga fonetik akustik dan fonetik auditori sebagai siri kedua dan ketiga perlambangan cerita yang dimaksudkan.

BML 3043

m / s : 10

2.0

BUNYI VOKAL DAN KONSONAN BAHASA MELAYU. 2.1 Fonem vokal Bahasa Melayu.

Menurut Prof Dr. Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir: fonem vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga kelompok, iaitu: i) Vokal depan ii) Vokal tengah iii) Vokal belakang Daripada tiga kelompok tersebut, enam jenis sahaja disifatkan terdiri daripada fonem vokal bahasa Melayu, iaitu /i/. /e/, /a/. /u/, /o/ dan //. Jika dihalusi, fonem vokal depan terdiri daripada vokal /i/, /e/, /a/, fonem vokal tengah hanya vokal // dan fonem vokal belakang cuma dua, iaitu /u/ dan /o/ seperti dalam Rajah 1 berikut.

Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir (2012) mengatakan kriteria yang menentukan jenis-jenis vokal itu ialah lidah, sama ada bahagian depan lidah, tengah lidah atau belakang lidah. Sekiranya bahagian depan lidah yang berperanan, maka bunyi vokal yang dihasilkan itu ialah bunyi vokal depan; sekiranya bahagian tengah lidah yang berperanan, maka bunyi vokal yang dihasilkan itu ialah bunyi vokal tengah dan seterusnya, jika bahagian belakang lidah yang berperanan dalam penghasilan bunyi itu, maka bunyi vokal tersebut ialah vokal belakang. Kriteria yang menentukan jenis-jenis bunyi vokal itu dapat dirumuskan seperti yang berikut:Bahagian lidah yang berperanan, sama ada bahagian depan, tengah atau belakang lidah.Ketinggian lidah yang dinaikkan, sama ada tinggi, separuh tinggi, rendah dan separuh rendah.Keadaan bibir, sama ada bibir dihamparkan atau dibundarkan.Pembukaan rahang, sama ada luas atau sempit. Rajah 1 kedudukan vokal bahasa Melayu menunjukkan kedudukan lidah mengikut bahagian-bahagiannya. Bahagian di sebelah kiri merupakan bahagian hadapan lidah dan di bahagian kanan merupakan bahagian belakang lidah dan di bahagian tengah merupakan bahagian tengah lidah. Garis-garis yang melintang itu pula merupakan garis yang menunjukkan ketinggian lidah yang dinaikkan. Bagi membunyikan fonem vokal /i/ dan vokal BML 3043 m / s : 11

/u/ misalnya, lidah dinaikkan setinggi mungkin sementara bagi membunyikan fonem vokal /a/, kedudukan lidah letaknya rendah sekali. Rajah 2 menunjukkan keadaan turun-naik bunyi ketika fonem vokal /a/ dan /i/ disebutkan pada tonem yang sama.

Vokal tunggal dalam bahasa Inggeris dan Dialek Kelantan terdiri daripada lapan jenis, iaitu /i/, /e/, //, /a/, /u/. /o/, // dan //. Selain lapan jenis vokal biasa, terdapat juga monoftong jenis vokal sengau dalam Dialek Kelantan seperti yang berikut:

Vokal biasa [I] [e] [] [a] [u] [0] [] []

Vokal Sengau [] [] [ ] [] [] [] [] []

Yang berikut ialah huruf atau fonem yang mewakili vokal bahasa Melayu, iaitu : Ejaan Rumi Huruf i atau I e atau E e atau E (pepet) a u o Fonemik Fonem /i/ /e/ // /a/ /u/ / o/ Fonetik Fon [i] [e] [] [a] [u] [o]

BML 3043

m / s : 12

Berdasarkan Rajah 1, maka vokal depan dalam bahasa Melayu dapat dirumuskan seperti Rajah 3, 4 dan 5 yang berikut:

/ i / Vokal depan sempit Contoh dalam perkataan: [#?iwbu#], [#?ikan#], [#?ite?#], [#biwru#], [#sila#], [#kita#],

Rajah 3 Kedudukan bibir semasa menghasilkan bunyi [i] (Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:47)

/ e / Vokal depan separuh sempit Contoh dalam perkataan: [#?ewkor#], [#?ela#], [#?ewlo?#], [#bewlo?#], [#sewro#].

Rajah 4 :: Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [e] (Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:48)

/ a / Vokal depan luas Contoh dalam perkataan: [#?awyu#], [#?awku#], [#?aba#], [#bawtu#], [#lari#], [#wbola#].

Rajah 5 : Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [a] (Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:48)

BML 3043

m / s : 13

Berdasarkan Rajah 1, maka vokal tengah dalam bahasa Melayu dapat dirumuskan seperti Rajah 6 yang berikut: / / Vokal tengah pendek Contoh dalam perkataan: [#?m?#], [#?ms#], [#?ka#], [#lms#], [#lm?#], [#bsar#].

Rajah 6: Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [] (Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:48)

Berdasarkan Rajah 1, maka vokal belakang dalam bahasa Melayu dapat dirumuskan seperti Rajah 7 dan 8 yang berikut: / u / Vokal belakang sempit Contoh dalam perkataan: [#w?ular#], [#w?unta#], [#w?uwkor#], [#wkuda#], [#wbuwro#], [#whuan#], [#?awdu#],[#awm#], [#sawtu#].

Rajah 7: Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [u] (Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:49) / o / Vokal belakang separuh sempit Contoh dalam perkataan: [#w?oleh#], [#w?owbor#], [#w?olah#], [#wboleh#], [#wkota#], [#wtola?#], [#wsowlo#],[#wfowto#], [#wsowto#].

Rajah 8: Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [o] (Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:49)

BML 3043

m / s : 14

Terdapat dua lagi bunyi vokal, iaitu // dan // yang tidak digunakan dalam penulisan tetapi terdapat dalam dialek-dialek tempatan seperti dialek Kelantan (DK). Contohnya dalam perkataan berikut: Bahasa Melayu makan orang DK [#mk#] [#?r#] Bahasa Melayu malam kita DK [#ml#] [#kiwt#]

Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir (2012) bahawa dalam bahasa Melayu, bunyi / / dan /e/ dilambangkan dengan huruf e, manakala bunyi // dan /o/ dilambangkan dengan huruf o seperti Rajah 9 dan Rajah 10.

Rajah 9: Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [e] (Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006: 48)

Rajah 10: Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [] (Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006: 48) Alat artikulasi lidah merupakan kriteria penting dalam pembahagian jenis vokal. Bahagian hadapan lidah, misalnya berperanan menghasilkan bunyi vokal hadapan, iaitu vokal /i/, /e/ dan /a/. Bahagian tengah lidah berfungsi menghasilkan vokal tengah. Begitu juga dengan bahagian belakang lidah menghasilkan bunyi-bunyi vokal belakang, iaitu /u/, /o/ dan //. Perbezaan bunyi yang dihasilkan antara vokal tersebut terletak pada tinggi rendahnya bahagian lidah itu diangkat atau diturunkan. Bahagian lidah itu boleh diangkat setinggi mungkin untuk menghasilkan vokal tinggi /i/ dan /u/, kemudian jika diturunkan separuh tinggi terhasil pula bunyi vokal separuh tinggi, iaitu vokal /e/ dan /o/. Begitu juga sekiranya bahagian lidah itu diturunkan separuh rendah akan menghasilkan vokal separuh rendah // dan //.

BML 3043

m / s : 15

Vokal tengah pula dihasilkan apabila bahagian tengah lidah berperanan menghasilkan bunyi dengan cara tengah lidah dinaikkan separuh tinggi. Untuk lebih jelas lagi, yang berikut ialah Rajah 18 yang menunjukkan kedudukan tinggi rendah lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal.

Rajah 11: Kedudukan Lidah semasa Menghasilkan Bunyi-bunyi Vokal (sumber : Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo, 2007 : 48) 2.2 Maksud bunyi vokal.

Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara iaitu ketika menghasilkan bunyi tersebut, pita suara digetarkan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir. Bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan berpanjangan dalam erti kata bunyi itu dapat didengar dengan jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan. 2.3 Proses bunyi-bunyi vokal.

1. Vokal Depan Sempit (Tinggi) [i] Bagi menghasilkan bunyi vokal hadapan sempit [i], proses yang berikut turut berlaku: (i) Bibir dihamparkan. (ii) Depan lidah dinaikkan tinggi (setinggi mungkin) ke arah gusi. [i](iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. (iv) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [i] (lihat rajah disebelah). Berikut diberikan contoh kehadiran bunyi [i] dalam perkataan di awal perkataan: [ikan], [ikut], [ipar], [ibu], [itu]. di tengah perkataan: [biru], [bila], [kita], [sila], [silap]. di akhir perkataan: [tali], [bli], [bri], [bsi] [guli]. BML 3043

Penghasilan Vokal [i] m / s : 16

2. Vokal Depan Separuh Sempit (Separuh Tinggi) [e] Bagi menghasilkan bunyi vokal depan separuh sempit [e], perkara yang berikut turut berlaku: (i) Bibir dihamparkan separuh sempit. (ii) Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi. (iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. (iv) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [e] (lihat rajah). Contoh kehadiran bunyi vokal ini dalam perkataan adalah seperti yang berikut: di awal perkataan: [ekor], [ela] , [elo], [ edah], [ela]. di tengah perkataan: [katel], [bera], [heret], [sepet], [leper]. di akhir perkataan: [sate]. Penghasilan Vokal [e]

3. Vokal Depan Separuh Luas (Separuh Rendah) [] Untuk menghasilkan bunyi vokal depan separuh luas, proses yang berikut turut berlaku: (i) Bibir dihampar separuh luas. (ii) Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi. (iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. (iv) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal [] Berikut diberikan contoh perkataan yang dihadiri oleh bunyi vokal ini dalam dialek Kelantan: di awal perkataan: [so], [lo], [doh], [j ]. di tengah perkataan: [bso], [gte], [gl ], [pl]. di akhir perkataan: [god], [bul], [ud], [tul]. Penghasilan Vokal [ ]

BML 3043

m / s : 17

4. Vokal Depan Luas (Rendah) [a] Vokal depan luas [a] boleh dihasilkan melalui proses seperti yang berikut: (i) Bibir dalam keadaan hampar. (ii) Depan lidah diturunkan serendah mungkin. (iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari paru-paru tidak dapat keluar melalui rongga hidung. (iv) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas hampar seperti yang terdapat dalam perkataan yang berikut: di awal perkataan: [ara], [ajar], [alah], [amal], [asap]. di tengah perkataan: [dadu], [paku], [bukan], [lampu], [bahu]. di akhir perkataan: [pita], [rasa], [tiba], [kuda], [klapa]. Penghasilan Vokal [a]

5. Vokal Belakang Sempit (Tinggi) [u] Sewaktu penghasilan vokal belakang, alat artikulasi penting yang berperanan ialah bahagian belakang lidah. Keadaan bibir adalah bundar. Untuk menghasilkan bunyi vokal belakang sempit, proses yang berikut harus dilakukan: (i) Bibir dibundarkan. (ii) Belakang lidah dinaikkan tinggi (setinggi mungkin) ke arah lelangit lembut. (iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung. (iv) Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paruparu menggetarkan pita suara ke rongga mulut. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang bundar [u]. Kehadiran bunyi ini dalam perkataan adalah seperti yang berikut: di awal perkataan: [uli], [usap], [usu], [undur], [unto]. di tengah perkataan: [buka], [bubur], [subur], [gandum], [kabur]. di akhir perkataan: [baju], [labu], [pasu], [kelambu], [batu]. Penghasilan Vokal [u] m / s : 18

BML 3043

6. Vokal Belakang Separuh Sempit (Separuh Tinggi) [o] Vokal ini boleh dihasilkan melalui proses seperti yang berikut: (i) Bibir dibundarkan. (ii) Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut. (iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. (iv) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut menggetarkan pita suara. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o] Kehadiran bunyi vokal ini adalah seperti dalam contoh yang berikut: di awal perkataan: [oleh], [ota], [obor], [oren]. di tengah perkataan: [boleh], [soto], [koko], [tolo]. di akhir perkataan: [solo], [soto], [foto]

Pengasilan Vokal [o]

7. Vokal Belakang Separuh Luas (Separuh Rendah) [] Untuk menghasilkan bunyi vokal belakang separuh luas, proses berikut berlaku: (i) Bibir dibundarkan. (ii) Belakang lidah dinaikkan separuh rendah ke arah lelangit lembut. (iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. (iv) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal [] Bunyi ini terdapat dalam dialek Kelantan seperti yang berikut: di awal perkataan: [bat], [ta], [re], [peh]. di tengah perkataan: [pk], [sudh], [pch], [brh]. di akhir perkataan: [kit], [bil], [blak], [guan].

Penghasilan Vokal []

BML 3043

m / s : 19

8. Vokal Tengah [] Alat artikulasi yang berperanan dalam penghasilan vokal tengah ialah bahagian tengah lidah. Keadaan bibir adalah hampar.Untuk menghasilkan bunyi vokal tengah ini, proses yang berikut turut berlaku: (i) Keadaan bibir hampar. (ii) Tengah lidah dinaikkan sedikit ke arah lelangit keras. (iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. (iv) Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut menggetarkan pita suara. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [] Bunyi ini hadir dalam perkataan seperti dalam contoh yang berikut: di awal perkataan: [ma], [mbun], [mpat], di tengah perkataan: [pnat], [brat], [crgas],

[nam]. [kmas]. Penghasilan Vokal []

Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa jumlah vokal kardinal ialah lapan jenis, iaitu vokal [i,] [e], [e], [a], [a], [] , [o] dan [u]. Vokal asli dalam bahasa Melayu hanya enam jenis, iaitu vokal [i], [e], [a], [u], [o] dan []. Semua vokal A dalah bersuara. Kecuali vokal [] yang agak lemah bunyinya dan kurang lantang, vokal-vokal lain adalah nyaring dan lantang.

2.4

Maksud bunyi konsonan.

Konsonan ialah bunyi bahasa selain daripada bunyi vokal. Sekiranya bunyi vokal itu adalah bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi dengan udara keluar terus-menerus tanpa sekatan atau gangguan oleh alat artikulasi, maka bunyi konsonan ialah bunyi yang semasa menghasilkannya terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi. Konsonan boleh terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara ialah konsonan yang semasa penghasilannya, pita suara digetarkan oleh arus udara yang keluar dari paru-paru, contohnya [b], [d] dan [g]. Konsonan tidak bersuara pula adalah konsonan yang dihasilkan tanpa mengalami getaran pita suara oleh arus udara seperti [p], [t] dan [k]. Konsonan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua golongan, iaitu: i. konsonan asli dan ii. konsonan pinjaman

BML 3043

m / s : 20

2.5

Konsonan asli Bahasa Melayu.

Konsonan asli dalam bahasa Melayu adalah konsonan yang tersedia ada dalam bahasa Melayu dan telah digunakan oleh penutur bahasa Melayu tanpa perubahan. Menurut Yunus Maris, terdapat 19 konsonan asli dalam bahasa Melayu yang terdiri daripada: (i) (ii) (iii) (iv) (iv) (vi) (vii) (viii) (ix) (x) 2 konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara [p, b] 2 konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara [t, d] 2 letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara [k, g] 1 konsonan hentian glotis () 2 konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara [c, j] 2 konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara [s] dan geseran glotis bersuara [h] 1 konsonan getaran bersuara [r] 1 konsonan sisian bersuara [l] 4 konsonan sengau bersuara [m, n, , ] 2 konsonan separuh vokal bersuara, iaitu 1 separuh vokal dua bibir bersuara [w] dan 1 separuh vokal lelangit keras bersuara [j]

Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah artikulasi tertentu seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis, rongga hidung dan lain-lain. Berikut diberikan carta konsonan asli bahasa Melayu dan daerah artikulasi dan cara penyebutannya sekali. Rajah berikut menunjukkan bagaimana bunyi konsonan Melayu asli dihasilkan. Daerah sebutan Cara sebutan 1 Dua bibir p b 2 Gusi 3 Gusi Lelangit keras 4 Lelangit keras 5 Lelangit lembut k g m n s h r ll w y/j 6 Pita suara

Letupan tak bersuara Letupan bersuara Letusan tak bersuara Letusan bersuara Sengau Geseran tak bersuara Geseran bersuara Getaran Sisian Separuh vokal

t d

Carta Konsonan Asli Bahasa Melayu

BML 3043

m / s : 21

2.6

Proses bunyi-bunyi konsonan.

1. Letupan Dua Bibir Tidak Bersuara [p] Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dihasilkan melalui proses seperti yang berikut: (i) Dua bibir dirapatkan untuk menghalang sepenuhnya udara dari paru- paru yang keluar ke rongga mulut. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak bagi menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung. (iii) Pita suara dibuka (direnggangkan). (iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara tersekat sepenuhnya pada bibir, kemudian dilepaskan sertamerta. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] Kehadiran konsonan ini dalam perkataan adalah seperti yang berikut: di awal perkataan: [papan], [pasu], [pukul], [putri]. di tengah perkataan: [lpas], [sepa], [dapur], [dapat]. di akhir perkataan: [dakap], [atap], [sdap], [santap].

Penghasilan Konsonan [p]

2. Letupan Dua Bibir Bersuara [b] Konsonan ini dihasilkan melalui proses seperti yang berikut: (i) Dua bibir dirapatkan untuk menghalang sepenuhnya udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung. (iii) Pita suara dirapatkan. (iv) Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut dan tersekat sepenuhnya seketika pada bibir mulut, kemudian udara dilepaskan dengan serta-merta. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan dua bibir bersuara [b] Kehadiran konsonan ini dalam perkataan adalah seperti yang berikut: di awal perkataan: [buru], [buku], [buda], [batu]. di tengah perkataan: [tubuh], [subuh], [tabur], [tiba]. di akhir perkataan: [sbab], [karib], [kitab], [adab]. Penghasilan Konsonan [b]

BML 3043

m / s : 22

3. Letupan Gusi Tidak Bersuara [t] Konsonan letupan gusi tidak bersuara dihasilkan melalui proses seperti yang berikut: (i) Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. (iii) Pita suara dibuka (direnggangkan). (iv) Udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut keluar tanpa menggetarkan pita suara, kemudian tersekat pada bahagian gusi. Udara kemudiannya dilepaskan dengan serta-merta. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] Kehadiran konsonan ini dalam perkataan adalah seperti yang berikut: di awal perkataan: [taan], [tahu], [tolo], [tare]. di tengah perkataan: [pta], [putus], [satu], [bantu]. di akhir perkataan: [pnuntut], [patut], [sbut], [lmbut]. Penghasilan Konsonan [t]

4. Letupan Gusi Bersuara [d] Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini, proses yang berikut perlu berlaku: (i) Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. (iii) Pita suara dirapatkan. (iv) Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut dan tersekat sepenuhnya pada gusi, kemudian udara tersebut dilepaskan dengan serta-merta. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan dua bibir bersuara [d] Konsonan ini hadir dalam perkataan yang berikut: di awal perkataan: [dalam], [dahulu], [duka], [dapur]. di tengah perkataan: [pda], [pada], [sida], [padah]. di akhir perkataan: [abad], [tekad], [masud], [hasad]. Penghasilan Konsonan [d]

BML 3043

m / s : 23

5. Letupan Lelangit Lembut Tidak Bersuara [k] Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dihasilkan melalui prosesseperti yang berikut: (i) Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untukmembuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paruke rongga mulut. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak untukmenyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung. (iii) Pita suara dibuka (direnggangkan). (iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara tersekat pada bahagian lelangit lembut, kemudiandilepaskan dengan serta-merta. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan lelangit lembuttidak bersuara [k] Bunyi konsonan ini hadir dalamperkataan yang berikut: di awal perkataan: [kawan], [kuda], [kalau], [kita]. di tengah perkataan: [sukat], [bakat], [dkat], [pukat]. di akhir perkataan: [buda], [pka], [teo], [ma]. Penghasilan Konsonan [k] 6. Letupan Lelangit Lembut Bersuara [g] Bagi menghasilkan konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g], proses berikut perlu dilakukan: (i) Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paruparu. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan kepada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. (iii) Pita suara dirapatkan. (iv) Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut dan tersekat pada bahagian lelangit lembut. Udara tersebut kemudiannya dilepaskan dengan serta-merta. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g] Bunyi konsonan ini hadir dalam perkataan seperti yang berikut: di awal perkataan: [guru], [ganti], [gantu], [gambar]. di tengah perkataan: [aga], [agar], [juga], [ragu]. di akhir perkataaan: [beg], [dialog], [monolog]. Penghasilan Konsonan [g]

BML 3043

m / s : 24

7. Hentian Glotis [] Untuk menghasilkan bunyi hentian glotis, proses berikut turut berlaku: (i) Pita suara dirapatkan serapat-rapatnya. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. (iii) Udara dari paru-paru keluar dan tersekat dan terhenti pada bahagian glotis dan tidak dilepaskan. (iv) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan hentian glotis [] yang terdapat dalam bahasa Melayu . Contoh perkataan yang mengandungi bunyi konsonan ini ialah: di awal perkataan: [ibu], [ada], [ikan], [ora]. di tengah perkataan: [saat], [jumaat], [kadaan], [soal]. di akhir perkataan: [tida], [ana], [cka], [gala]. Penghasilan Konsonan [] 8. Letusan Lelangit Keras-Gusi Tidak Bersuara [] Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini, proses yang berikut turut berlaku: (i) Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. (iii) Pita suara dibuka (direnggangkan). (iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara tersebut tersekat seketika pada bahagian lelangit keras-gusi, kemudian udara tersebut dilepaskan dengan perlahan (bukan dengan cepat atau dengan serta-merta). Walau bagaimanapun, untuk bunyi konsonan [c] dalam bahasa Melayu, pelepasan udara adalah lebih cepat sedikit berbanding dengan pelepasan udara untuk bunyi konsonan letusan (afrikat) dalam bahasa Inggeris seperti dalam perkataan church. Bunyi konsonan [] yang hadir dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: di awal perkataan: [ari], [uti], [uri], [ontoh]. di tengah perkataan: [sui], [bani], [bni], [kuni]. di akhir perkataan: [ma], [ko].

Penghasilan Konsonan [] BML 3043 m / s : 25

9. Letusan Lelangit Keras-Gusi Bersuara [] Bunyi letusan lelangit keras-gusi dihasilkan melalui proses seperti yang berikut: (i) Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menyekat udara daripada memasuki rongga hidung. (iii) Pita suara dirapatkan. (iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara dan tersekat pada daerah lelangit keras-gusi. Udara dilepaskan perlahan (bukan dilepaskan dengan cepat atau sertamerta). Bagi bunyi kononan [j] dalam bahasa Melayu, pelepasan udara adalah lebih cepat daripada pelepasan udara untuk bunyi konsonan j dalam bahasa Inggeris seperti untuk perkataan judge. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [j] Bunyi konsonan ini hadir dalam perkataan seperti yang berikut: di awal perkataan: [jaan], [jolo], [jagut], [juga]. di tengah perkataan: [tajam], [trjun], [buja], [hujan]. di akhir perkataan: [imej], [kolej]. Penghasilan Konsonan [j]

10. Geseran Gusi Tidak Bersuara [s] Untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara [s], proses yang berikut turut berlaku: (i) Daun lidah dinaikkan ke arah gusi untuk membuat sempitan. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak bagi menyekat udara daripada keluar melalui rongga hidung. (iii) Pita suara dibuka (direnggangkan). (iv) Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah gusi. Pita suara tidak digetarkan. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi geseran gusi tidak bersuara [s] Bunyi konsonan ini hadir dalam perkataan seperti yang berikut: di awal perkataan: [saya], [sapu], [suguh], [sdap]. di tengah perkataan: [basuh], [kasar], [dasar], [pasar]. di akhir perkataan: [habis], [bilis], [hiris], [bras]. Penghasilan Konsonan [s]

BML 3043

m / s : 26

11.

Geseran Glotis Bersuara [h]

Untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran glotis [h], proses yang berikut turut berlaku: (i) Pita suara dibuka (direnggangkan) sedikit untuk membuat sempitan pada glotis. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak bagi menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung. (iii) Udara keluar dengan menggeser melalui sempitan glotis. Pita suara digetarkan. (iv) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan geseran glotis bersuara [h] Kehadiran bunyi ini adalah seperti yang berikut: di awal perkataan: [habis], [hulur], [hantu], [higap]. di tengah perkataan: [lihat], [tahap], [peha], [sehat]. di akhir perkataan: [brseh], [lteh], [kaseh], [lbeh]. Penghasilan Konsonan [h]

12. Getaran Gusi Bersuara [r] Bunyi getaran gusi bersuara [r] dihasilkan dengan cara yang berikut: (i) Hujung lidah dikenakan pada gusi. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. (iii) Pita suara dirapatkan. (iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan hujung lidah dan pita suara digetarkan. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi getaran gusi bersuara [r] Konsonan ini hadir dalam perkataan seperti yang berikut: di awal perkataan: [rasa], [rabun], [runtuh], [rusuh]. di tengah perkataan [bras], [kras], [laras], [karut]. di akhir perkataan: [bsar], [kasar], [lebar], [edar].

dinding tekak supaya

Penghasilan Konsonan [r]

BML 3043

m / s : 27

13.

Sisian Gusi Bersuara [l]

Konsonan sisian gusi bersuara [l] dihasilkan dengan cara: (i) Hujung lidah dikenakan pada bahagian tengah gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. (iii) Pita suara dirapatkan. (iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tetapi hanya dapat keluar melalui sisian atau tepian. Pita suara digetarkan. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan sisian gusi bersuara [l] Kehadiran konsonan seperti yang berikut: di awal perkataan: [lama], [lambat], di tengah perkataan: [slamat], [klat], di akhir perkataan: [tigal], [bkal], ini dalam perkataan adalah

[lampu], [kilat], [pegal],

[lupa]. [bulat]. [pukul] Penghasilan Konsonan [l]

14.

Sengau Dua Bibir Bersuara [m]

Konsonan sengau dua bibir bersuara [m] dihasilkan dengan cara: (i) Bibir bawah dirapatkan pada bibir atas untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan supaya suara dapat memasuki rongga hidung. (iii) Pita suara dirapatkan. (iv) Udara dari paru-paru memasuki rongga mulut dan keluar melalui rongga hidung. Bibir mulut dibuka semasa menyebut bunyi [m] dan pita suara digetarkan . Bunyi konsonan ini hadir dalam perkataan seperti yang berikut: di awal perkataan: [makan], [malam], [mula], [masin]. di tengah perkataan: [timun], [namun], [timur], [lima]. di akhir perkataan: [salam], [silam], [dalam], [tilam].

Penghasilan Konsonan [m]

BML 3043

m / s : 28

15.

Sengau Gusi Bersuara [n]

Bunyi sengau gusi bersuara [n] dihasilkan dengan cara: (i) Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga hidung supaya udara dapat keluar melalui rongga hidung. (iii) Pita suara dirapatkan. (iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada bahagian gusi, kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi sengau gusi bersuara [n] Kehadiran bunyi konsonan ini adalah seperti dalam contoh yang berikut: di awal perkataan: [nasi], [nuri], [naka], [naluri]. di tengah perkataan: [knari], [binasa], [panas], [lontar]. di akhir perkataan: [papan], [simpan], [lapan], [smbilan] Penghasilan Konsonan [n]

16.

Sengau Lelangit Keras-Gusi Bersuara []

Untuk menghasilkan bunyi ini, proses yang berikut turut berlaku: (i) Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untukmembuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka ruang rongga ke hidung supaya udara dari paru-paru dapat keluar melalui rongga hidung. (iii) Pita suara dirapatkan. (iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada daerah lelangit keras-gusi, kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan sengau lelangit kerasgusi bersuara [] . Kehadiran bunyi konsonan ini adalah seperti dalam contoh yang berikut: di awal perkataan: [ai], [ata], [amo], di tengah perkataan: [baa], [mia], [taa],

[ao].

[sui]. Penghasilan Konsonan []

BML 3043

m / s : 29

17.

Sengau Lelangit Lembut Bersuara []

Bunyi konsonan sengau lelangit lembut bersuara [] dihasilkan melalui proses yang berikut: (i) Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan kepada lelangit lembut untuk menyekat udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga hidung supaya udara dapat keluar melalui rongga hidung. (iii) Pita suara dirapatkan. (iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada daerah lelangit lembut, kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi sengau lelangit lembut bersuara [] Kehadiran konsonan ini dalam perkataan adalah seperti dalam contoh yang berikut: di awal perkataan: [aa], [iau]. di tengah perkataan: [bua], [sia], [baga], [taga]. di akhir perkataan: [tagu], [bara], [tanju], [gunu]. Penghasilan Konsonan []

18.

Separuh Vokal Dua Bibir Bersuara [w]

Bunyi separuh vokal dua bibir bersuara [w] ini dihasilkan dengan cara: (i) Bibir dibundarkan. (ii) Belakang lidah diangkat ke arah lelangit lembut tetapi tidak menyentuh lelangit lembut (sama seperti kedudukan lidah untuk membunyikan vokal belakang [u]). (iii) Pita suara dirapatkan. (iv) Udara keluar dari paru-paru ke rongga mulut menggetarkan pita suara. Semasa menghasilkan bunyi vokal [u], lidah dengan pantas berubah ke kedudukan (posisi) untuk menghasilkan vokal tengah [] Kehadiran konsonan ini adalah seperti dalam contoh yang berikut: di awal perkataan: [wau], [waris], [waja], [wa]. di tengah perkataan: [kawan], [lawan], [kawat], [lewat]. di akhir perkataan: [sepa takraw].

19.

Penghasilan Separuh Vokal [w] Separuh Vokal Lelangit Keras Bersuara [j] m / s : 30

BML 3043

Bagi menghasilkan bunyi konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [j], proses yang berikut turut berlaku: (i) Depan lidah dinaikkan ke arah gusi seperti hendak menghasilkan bunyi vokal [i], kemudian semasa menghasilkan bunyi itu, kedudukan lidah berubah dengan pantas ke kedudukan vokal tengah []. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. (iii) Pita suara dirapatkan. (iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan pita suara. Semasa menghasilkan bunyi vokal [i], kedudukan lidah berubah dengan pantas ke kedudukan vokal tengah []. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan separuh vokal [j] Kehadiran bunyi konsonan ini dalam perkataan adalah seperti dalam contoh yang berikut: di awal perkataan: [ja], [jakin], [jatim], [juran]. di tengah perkataan: [daja], [saja], [baja], [smbahja]. Penghasilan Separuh Vokal [j] 3.0 SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU. 3.1 Ejaan bersama Malaysia-Indonesia.

Perkembangan tulisan rumi bermula pada tahun 1902 apabila tulisan rumi pertama disusun oleh Jawatankuasa Ejaan R.J Wilkinson. Sistem ini kemudiannya telah dibaiki oleh Pendeta Zalba. Sistem Ejaan yang disusun oleh Zalba ini atau dikenali juga dengan nama Sistem Ejaan Sekolah telah dijadikan tulisan rasmi sehingga beberapa tahun. Pada tahun 1956 terbentuk suatu sistem ejaan dinamakan Ejaan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga di Singapura danJohor Bahru. Malangnya Ejaan Kongres ini tidak dapat dilaksanakan kerana terdapat beberapa huruf dalam sistem ini agak sukar untuk diikuti.Pada tahun 1966 Kerajaan Malaysia telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bahasa dan Ejaan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Syed Nasir Ismail. Jawatankuasa ini telah mengadakan beberapa perundingan dengan pihak Indonesia. Akhirnya tercapai persetujuan oleh kedua-dua buah negara untuk menggunakan ejaan baharu yang dikenali dengan nama Sistem Ejaan Bersama Malaysia / Indonesia yang ditandatangani di Kuala Lumpur pada 27 Jun 1967.Tetapi malangnya pelaksanaan Sistem Ejaan Bersama ini telah ditangguhkan. ada bulan Jun, 1972 satu rombongan Malaysia yang diketuai oleh Tuan Haji Sujak b. Rahiman telah pergi ke Indonesia untuk mengadakan rundingan dengan Pendeta Ejaan Bahasa Indonesia yang diketuai oleh Ibu Mulyadi. Hasilnya kedua-dua pihak bersetuju berdasarkan semangat keputusan 1967.

BML 3043

m / s : 31

Akhirnya pada tahun 1972, dengan persetujuan kedua-dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia, Sistem Ejaan Rumi bagi Bahasa Malaysia-Indonesia telah dilancarkan penggunaannya. Pada 16 Ogos 1972 Sistem Ejaan Baharu bagi Bahasa Malaysia-Indonesia telah dilancarkan penggunaannya oleh Perdana Menteri Pelajaran, Encik Hussein Onn dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Tuan Haji Sujak b. Rahiman dan Tan Sri Syed Nasir Ismail. Sistem ejaan rumi yang digunakan sekarang ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Badan yang ditugaskan menyusun pedoman ejaan rumi di Malaysia diletakkan di bawah pengurusan Dewan Bahasa dan Pustaka. 3.2 Fonem dalam ejaan bersama Malaysia-Indonesia.

Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu yang diselaraskan dengan sistem ejaan Bahasa Indonesia menggunakan sebanyak 26 huruf abjad tulisan Rumi. Huruf-huruf abjad tersebut adalah seperti yang berikut:\ Huruf Aa Bb Cc Dd Ee Ff Gg Hh li Jj Kk Li Mm Nn Oo Pp Qq Rr Ss Tt Uu Vv Ww Xx Yy Zz 3.2.1 sebutan e bi si di i ef ji ec ai je ke el em en o pi kiu ar es ti yu vi dabliu eks wai zek Huruf Vokal Bahasa Melayu perkataan anak burung cawan darah ekor filem gigi hati ibu jam kuda lari malam nasi orang pintu Quran rambut sikat tikus ular vokal wang xenon yuran zarah

BML 3043

m / s : 32

Menurut Nik Hassan Basri (2012) ,dalam bahasa Melayu terdapat enam fonem atau bunyi vokal standard dan huruf-huruf yang melambangkan fonem-fonem tersebutialah /a, e, i, o, , dan u. huruf e melambangkan dua fonem iaitu fonem /e/ dan // dalam system Zaba /e/ dan // diberi lambing yang berlainan iaitu e dan . Penggunaan inimenguntungkan dalam mengajar sebutan dan dapat menentukan penyelarasan vocal.Kekeliruan ejaan yang melibatkan e dan berlaku apabila tidak diberi lambing yangberlainan. Contohnya, kita sukar membezakan : sepak [sepak] dan sepak [spak].

System ejaan baharu tentu lebih sempurna apabila e dikekalkan atau vokal /e/ diberi lambing baharu // supaya kita dapat membezakan perkataan seperti spak tendang dan sepak tempeleng. Seterusnya adalah contoh penggunaannya adalah seperti rajah di bawahTerdapat sebanyak enam huruf vokal atau bunyi vokal standard dalam bahasa Melayu. Huruf-huruf yang melambangkan pemakaiannya adalah seperti yang berikut: Huruf a e(i) e pepet (ii) e taling i o u 3.2.2 di depan api emak ela itu oleh ular Huruf Diftong di tengah tali kena petak tidur kota kuda di belakang kita sosiolisme tauge padi pidato Saturday

Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis diftong, iaitu ai, au dan oi. Contoh pemakaiannya adalah seperti yang berikut: Diftong ai au oi 3.2.3 di depan aising aurat oidium Huruf Konsonan di tengah ghairah saudara boikot di belakang lambai surau amboi

Menurut Nik Hassan Basri (2012), dalam bahasa Melayu terdapat sebayak 26 huruf konsonan dan lima daripadanya merupakan gabungan huruf konsonan. Lima huruf konsonan gabungan itu ialah gh, kh, ng, ny dan sy. Yang berikut diberikan contoh pemakaian konsonan tersebut dalam perkataan: Huruf konsonan b c d di depan batu cakap dapur di tengah sabut baca budak di belakang adab mac abad

BML 3043

m / s : 33

f g gh h j k kh l m n ng ny p q r s sy t v w x y z

fikir guru ghaib hari jalan kami khusus langsat makan nama angin nyala payung Quran ratah sakit syarat tapis vitamin wanita xenon yakin zaman

tafsir tiga maghrib saham hajat paksa akhbar bila lama senak nganga banyak tempat wuquf perit pisah isytihar petir university bawa sayang lazat

maaf beg mubaligh buah kolej adik tarikh bilal kelam ikan pening lesap buraq biar tempis Quraisy pelat

lafaz

3.2.4

Huruf yang diperkenalkan

Daripada 26 huruf yang diperkenalkan dalam sistem ejaan bahasa Melayu terdapat tiga huruf yang diperkenalkan supaya digunakan secara tetap, iaitu q, v dan x.Huruf q digunakan sebagai padanan kepada huruf Jawi qaf ( )untuk mengeja kata istilah agama atau kata mengenai agama yang berasal daripada bahasa Arab. Contohnya: Quran, qadak dan qadar, wuquf. Huruf v digunakan untuk mengeja kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa asing yang lain di pangkal kata atau di pangkal suku kata. Contohnya: Vitamin, subversif, resolusi, novel, vokal, university Huruf ve yang hadir di akhir ditukar menjadi f. Contohnya: active jadi aktif passive jadi pasif negative jadi negatif

BML 3043

m / s : 34

Huruf x hanya ditukar pada pangkal kata istilah khusus yang tidak ditukar menjadi z. Contohnya: xeromorph jadi xeromorf xenon jadi xenon xanthate jadi xantat

3.3

Sistem Keselarasan Huruf Vokal

Keselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan di antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Keselarasan antara dua huruf vokal pada kata dasar. Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup. Bagi kata yang mengandungi suku kata lebih daripada dua, yang terlibat dengan sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata terakhir sahaja. Sistem keselerasan huruf vokal adalah untuk memantapkan sistem bahasa Melayu yanglama kerana dalam Sistem Ejaan Zaba, cara mengeja perkataan tidak diselaraskan padavokal. Vokal yang hadir pada suku kata pertama tidak di selaraskan dengan vokal yang hadir pada suku kata kedua. Contohnya ejaan bagi burong (du+rong), untok (un+tok), danbilik (bi+lek) yang menunjukan tiada kedelarasan vokal dalam suku kata pertama dengansuku kata kedua tertutup menjadi burung (bu+rung) seperti di dalam Sistem Ejaan Baharu

3.3.1

Pola Keselarasan Huruf Vokal

Dalam Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu, terdapat sebanyak 18 pola keselarasan huruf vokal (lihat Rajah mengikut sistem ejaan baru bahasa Melayu), iaitu: Suku Kata Pra akhir a a a e (pepet) e (pepet) e (pepet) (taling) e (taling) e (taling) i i i Suku Kata Akhir Tertutup a i u a i u a e (taling) o a i u Contoh Penggunaan asal alih asuh emas betik belut elak belek elok bilah intip pikul talak tarik datuk kelam ketil telur dewan gelek belok kilang pilih ribut halaman parit baruh selam lebih perut perang leceh telor selinap sisih tidur

BML 3043

m / s : 35

o o o u u u

a e (taling) o a i u

otak oleh obor ulat ulit untuk

borang boleh borong bulat kulit buluh

sekolah celoteh kelompok ketupat putih seluruh

3.3.2

Pola Kekecualian Kepada Keselarasan Huruf Vokal

Kekecualian keselarasan vokal berlaku pada kata-kata asing, khususnya bahasabahasa di Nusantara dan bahasa Inggeris. Prinsip kekecualian vokal sama dengan prinsip keselarasan huruf vokal. Pola-pola kekecualian yang dimaksudkan adalah seperti yang berikut:

Pola Vokal a-e taling a-o e pepet e e pepet o io u e taling u-o a-e pepet e taling i e taling u e pepet e pepet i-e pepet o-i o-u u-e pepet lumer aneh calon taling

Contoh Bahasa Nusantara kaget lapor gembleng jempol pilon ulet lelucon pamer perabot

Contoh Bahasa Inggeris cabaret atom gabenor diftong subjek kupon teater hipotesis petroleum objektif spectrum filem hipokrit forum panel faktor interkom transistor dokumen konduktor

bendok ijon tulen bunglon pakem

demdem iseng

pepet artikel fosil bonus skuter

3.4

Penyesuaian Huruf Ejaan Kata Pinjaman

Ejaan bagi kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain dibuat mengikut peraturan penyesuaian huruf-huruf yang terdapat dalam perkataan bahasa Inggeris atau bahasa asing disesuaikan ejaannya dengan huruf mengikut ejaan bahasa Melayu. Yang berikut diberikan contoh-contoh perkataan bahasa Inggeris dan bahasa asing yang disesuaikan ejaannya mengikut ejaan bahasa Melayu:

BML 3043

m / s : 36

Bahasa Inggeris

Bahasa Melayu

Perubahan huruf Bahasa Bahasa Inggeris Melayu a a

Abstract plate aerial aerograph aesthetics haematite 3.4.1

abstrak plat aerial aerograf estetika hematif Bentuk Ejaan Tampak

ae ae

ac e

Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu berlandaskan bentuk tampak atau bentuk visual. Maksudnya ejaan bagi perkataan asing yang dipinjam daripada bahasa asing itu dieja mengikut bentuk tampak, iaitu hampir sama dengan ejaan yang ditetapkan. Contohnya: Bahasa Inggeris atom block Bonus Carbon jadi jadi jadi jadi atom blok bonus karbon Bahasa Melayu bukan bukan bukan bukan atum belok bonos kaban

3.4.2

Kekecualian Bagi Ejaan Yang Sudah Lama

Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu membenarkan beberapa kekecualian daripada peraturan yang ditetapkan. Kekecualian ini diberikan kepada perkataan-perkataan Inggeris atau asing yang sudah lama digunakan dalam Bahasa Melayu, iaitu perkataan-perkataan yang sudah sebati pemakaiannya dalam bahasa Melayu. Contohnya: Bahasa Inggeris class club custom driver Bahasa Melayu kelas kelab kastam drebar bukan bukan bukan bukan klas kalb,klub kustom driver, driber

3.4.3

Gugus konsonan.

BML 3043

m / s : 37

Gugus konsonan yang ada pada bahasa Inggeris harus dikekalkan pengejaannya dalam bahasa Melayu. Bagaimanapun penyesuaian harus dilakukan. Antara gugus konsonan yang sering terdapat dalam bahasa Inggeris ialah: bl -blok, blazer, blaus, blender br -broker, brek, briged, brandi, brahman, braille dr- dresar, dril, drama, drebar, draf, dramatik fl -fluorin, flora, fluorida, fluokarbon, fleksibelgl -glukos, glu, glob, glasier, glotis, gladiator 3.4.4 Penggunaan huruf g.

Semua huruf g yang diucapkan /j/ dalam kata istilah Inggeris tetap diterima sebagai huruf g juga di dalam bahasa Melayu. Umpamanya: Bahasa Inggeris agenda psycology technology Bahasa Melayu agenda bukan ajenda psikologi bukan psikoloji teknologi bukan teknoloji

Sebagai kekecualian, huruf g yang diucapkan /j/menurut sebutan bahasa Inggeris dan sudah disesuaikan menjadi huruf j dalam bahasa Melayu terus dikekalkan.Umpamanya: Bahasa Inggeris agent engine ledger Bahasa Melayu ejen bukan ejen enjin bukan engine lejar bukan leger

4.0

PENUTUP 4.1 Kesimpulan Kesimpulannya, Perubahan dan penyusunan semula ini telah dapat membantu pengguna Bahasa Melayu mengeja atau menulis kata-kata dengan ejaan yang betul dan tepat. Apa yangjelas ialah pelaksaanaan sistem ejaan baru itu telah banyak membantu mempertingkatkan lagi martabat bahasa Melayu itu sendiri. Satu perkara yang menarik dalam sistem ejaan baharu bahasa Melayu ini ialah perubahan dari Sistem Ejaan Rumi Zaaba, atau ejaan lama kepada bentuk ejaan baru (1972).Walaupun begitu perubahan sistem ejaan ini tidaklah banyak atau jauh berbeza, kecuali beberapa perubahan dan penyelarasan yang telah dibuat .Salah satu perubahannya ialah huruf gabungan yang digunakan dalam sistem ejaan Rumi Zaba, iaitu ch, dh, dz, sh, dan th telah diubah menjadi "c, d, z, sy, dan s". Contoh:chinchin = cincin / dharab = darab / dzalim = zalim / sharat = syarat / mithal = missal contoh lain : ayer = air. Berdasarkan penjelasan diatas juga, maka jelaslah kepada kita bahawa perubahan yang nyata dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu ini adalah perubahan 8 pola keselarasan vokal daripada 18 pola kesemuanya. Demikian juga dengan sistem ejaan yang digunakan dalam konsonan dan beberapa kekecualian dalam ejaan bahasa Melayu. Ringkasnya, Sistem Ejaan Baharu Bahasa Malaysia adalah antara yang termudah di dunia kerana hampir seratus peratus bersifat fonemik.

BML 3043

m / s : 38

BIBLIOGRAFI Rujukan dari buku : Abdul Hamid Mahmood (1998). Menguasai ejaan baharu bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Syarikat Percetakan Bintang Baru. Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah ( 2007 ). Linguistik: Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu . Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd Abdullah Hassan (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Abdullah Hassan, 2005. Linguistik Am: PTS Professional Publising, Sdn Bhd Crystal, D. (1986). A Dictionary of Linguistics and Phonetics. Oxford: Basil Blackwell Ltd. Gleason, H.A. (1955). An introduction to descriptive linguistics. New York: Holt, Rinehart & Winston. Harimurti Kridalaksana (1983). Kamus linguistik. Jakarta: Penerbit P.T. Gramedia Jakarta. Indirawati Haji Zahid & Mardian Shah Omar, (2006). Fonetik Dan Fonologi. Kuala Lumpur: PTS Profesional & Distributors Sdn Bhd. Pike, K.L. (1947). Phonetics: A critical analysis of phonetic theory and a technique for the practical description of sounds University of Michigan Press. Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir (2012). Fonologi Melayu. Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd. Nor Hasimah Jalaludin, (2002). Asas Fonetik. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, (2008). Penalosa . Selangor : Oxford Fajar Sdn Bhd

Sumber dari internet : http://pjjmatematik.blogspot.com/2011/04/definasi-fonetik-dan-fonologi.html Tarikh muat turun : 15 Mac 2013 http://pjjmatematik.blogspot.com/2011/05/kajian-fonetik-dan-fonologi.html Tarikh muat turun : 16 Mac 2013 http://szemin86.blogspot.com/2009/03/pengenalan-fonetik-dan-fonologi.html Tarikh muat turun: 17 Mac 2013

BML 3043

m / s : 39