Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA (AKTIVITI PILIHAN : EKONOMI/KEUSAHAWANAN) MINGGU KEUSAHAWANAN DAN HARI TERBUKA SMK BBSS SAMBUTAN HARI KOPERASI

SEKOLAH (HKS) 2013 TEMA : BERSATU UNTUK PERSEKITARAN SEJAGAT

1.0 PENGENALAN Sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) telah mula diperkenalkan sejak tahun 1995 dengan aktiviti pertandingan seperti kuiz koperasi, pidato, penulisan esei dan berpantun di peringkat zon, negeri dan kebangsaan. Pada tahun 2006, HKS telah diubah format penganjuran apabila sambutan HKS dianjurkan sendiri oleh koperasi sekolah dengan pelbagai aktiviti berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak ANGKASA. Sambutan HKS di peringkat sekolah ini diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jatidiri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi. 2.0 RASIONAL Aktiviti Pilihan di bawah kategori Ekonomi/Keusahawanan akan dilaksanakan bagi membudayakan amalan kepimpinan, kreatif , jujur dan jatidiri yang kental di kalangan masyarakat dalam menghadapi globalisasi. 3.0 OBJEKTIF Menambahkan dana Koperasi Sekolah bagi menjalankan aktiviti dengan lebih baik Memupuk minat berniaga di kalangan para murid dan masyarakat setempat Membantu setiap unit persatuan mendapat dana untuk mengerakkan aktiviti Memupuk semangat kerjasama di kalangan murid Memupuk pemikiran yang kreatif di kalangan murid

4.0 SASARAN Penjaja/ Peniaga setempat Pengusaha restoran Kelab/Persatuan Unit Uniform Masyarakat setempat Sekolah berhampiran (feeder)

5.0 SASARAN KUTIPAN Bilangan Khemah 5 (Peniaga Makanan Berat) 7 8 Luas Tapak 18x18 9x18 9x9 Bilangan Peniaga 5 14 32 RM 330 RM 200 RM 120 RM 1650 RM 2800 RM 3840 Kos Sewaan Jumlah

JUMLAH ANGGARAN KUTIPAN

RM 8290

6.0 TARIKH DAN MASA Tarikh : 17 22 Jun 2013 (Isnin-Sabtu) Masa : Jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang 6.0 TEMPAT Parkir kereta / Padang Sekolah (ikut kesesuaian) 7.0 PELAKSANAAN AKTIVITI 7.1 Karnival Jualan 7.1.1 Gerai-gerai Jualan dibuka kepada peniaga-peniaga luar,dijual mengikut keluasan tapak. 7.1.2 Sebahagian lagi dikendalikan oleh murid-murid yang berminat. 7.1.3 Transaksi jualan adalah tunai. 7.1.4 Keuntungan adalah 100% milik koperasi 9.0 TENTATIF PROGRAM 9.1 Lampiran 2 10.0 PENUTUP Adalah diharapkan program Karnival Sedekad bersama SMKBBSS ini akan dapat mencapai matlamatnya sebagai serampang dua mata iaitu mempromosi SMKBBSS dan juga mewujudkan ukhuwah dikalangan warga sekolah dan ibubapa serta bekas-bekas warga SMKBBSS.

~Disediakan oleh~

_______________________ Pn Norshella binti Khairi

~Disemak oleh~

_______________________ Pn Siti Aishah bt Omar Othman Pengerusi Koperasi SMKBBSS

LAMPIRAN 2 TENTATIF PROGRAM KARNIVAL SEDEKAD BERSAMA SMKBBSS Isnin , 10hb Jun 2013 hingga Rabu ,12hb Jun 2013 -Undian dan Penetapan Tapak Gerai -Proses Pembayaran Ahad, 16hb Jun 2013 5.00-7.00ptg Pemasangan Khemah Jualan Gerai Isnin, 17hb Jun 2013 8:00 pagi Pendaftaran dan vendor set-up tapak booth jualan mereka 10.00 pagi -Gerai Jualan, Pameran(sekiranya ada), bermula 5.00 ptg Gerai Jualan tamat dan disambung esok hari. Selasa- Jumaat, 18hb Jun-21hb Jun 2013 8:30 pagi Gerai Jualan bermula. 5.00 ptg - Gerai Jualan tamat dan disambung esok hari. Sabtu ,22hb Jun 2013 ( Jualan Kemuncak) 8.00 pagi Pendaftaran 8.30 pagi - Peraduan mewarna kanak-kanak dan jigsaw puzzle bermula(sekiranya ada) 9:00 pagi Ketibaan dif-dif Jemputan dan VIP(sekiranya ada) 9:10 pagi Ucapan Pengerusi(sekiranya ada) 9:15 pagi Kata-kata Aluan YDP(sekiranya ada) 9:30 pagi Ucapan Perasmian(sekiranya ada) 10:00 pagi VIP melawat gerai jualan / pameran 10:45 pagi Jamuan ringan 11:00 pagi Sukaneka bermula(sekiranya ada) Lari pundi kacang Lari ikat kaki Lari dalam guni Lumba batu bata Acara cari dan gantung Bowling kelapa (lelaki) Bowling kelapa (perempuan) 12:30 Penyampaian hadiah 1:00 petang Jamuan Makan Tengahari Guru, AJK dan Petugas sahaja dan Bersurai. 1:00-6:00 ptg Jualan Gerai diteruskan 7:00 ptg Jualan Gerai tamat