Anda di halaman 1dari 27

1

1.0 PENDAHULUAN

Kemunculan gerakan sosial dan politik di Malaysia bermula pada akhir abad ke-19. Di
mana pada mulanya ia bersifat sosial, kebudayaan, kebajikan dan pada ketika itu, belum
wujud lagi minat ke arah politik atau semangat kebangsaan. Persatuan, kesatuan dan
kelab memainkan peranan yang penting dalam usaha menxapai sesuatu tujuan bersama.
Gerakan sosial di Tanah Melayu menunjukkan kematangannya apabila ia mulai bergerak
ke arah politik yang mula memperjuangkan hak-hak serta kepentingan sesuatu kaum .

Selepas Perang Dunia Kedua, gerakan politik di Tanah melayu mencapai tahap
kemuncaknya. Semangat nasionalisme penduduk Tanah Melayu meluap-luap dan orang
Cina dan India yang sebelum ini lebih berkiblatkan negara China dan India mulai
memberi perhatian kepada perkembangan politik di Tanah Melayu. Mankala orang
Melayu pula, dilihat semakin lantang dalam mempertahankan hak serta kepentingan
mereka. Kerjasama politik mulai terjalin antara ketiga-tiga kaum utama di Tanah Melayu
dan semangat kekitaan inilah yang membawa ke arah kemerdekaan Tanah melayu oada
31 Ogos 1957.

2.0 KELAHIRAN GERAKAN ORANG MELAYU

Perubahan-perubahan sosial dan ekonomi akibat daripada perluasan kuasa British pada
abad ke-19 dan awal abad ke 20 telah mempengaruhi perkembangan gerakan sosial dan
politik orang Melayu di Tanah Melayu. Perkembngan ini berlaku secara berperingkat dan
ia melalui empat tahap iaitu tahap keagamaan ( 1906-1926 ), tahap sosio ekonomi ( 1926-
1938 ), tahap kesedaran politik ( 1938-1945 ) dan tahap selepas Perang Dunia Kedua
( 1945-1950 ).

Pada dasarnya terdapat beberapa faktor yang dikaitkan dengan bermulanya


gerakan sosial dan politik di kalangan orang Melayu. Peranan golongan agama
merupakan di antara faktor pendorong kepada perkembangan awal pergerakan di Tanah
Melayu. Golongan ini menggerakkan beberapa pembaharuan. Mereka pula dipengaruhi
2

oleh gerakan reformis Timur Tengah yang diketuai oleh Muhammad Abduh. Golongan
ini merupakan pelopor kepada ke arah tertubuhnya pergerakan sosial dan politik di Tanah
Melayu. Mereka mendirikan madrasah-madrasah sebagai tempat menyampaikan segala
penyebaran mereka di samping menggunakan pengaruh media. Mereka juga menjadikan
pendidikan agama sebagai teras dalam mencapai matlamat dan tujuan mereka.

Bidang kewartawanan dan akhbar turut memainkan peranan dalam mendorong


kepada perkembangan pertubuhan pergerakan politik dan sosial. Ianya menyaksikan
penubuhan syarikat-syarikat akhbar dalam menyebarkan apa jua matlamat dan tujuan
yang ingin disampaikan. Di antara syarikat akhbar yang ditubuhkan ialah seperti Jawi
Standard dan Cahaya Pulau Pinang di Pulau Pinang, Warta Melayu di Singapura, Seri
Perak di Perak dan sebagainya lagi. Dilihat juga kewujudan akhbar dan majalah sekitar
awal abad ke-20 seperti Majlis, Majalah Guru, Al-Imam, Warta Malaya, Al-Ikhwan dan
sebagainya lagi. Tulisan yang digunakan ialah tulisan jawi kecuali akhbar Bintang Timor
yang menggunakan tulisan rumi. Peranan akhbar dan majalah dilihat penting dalam
percubaan awal melapor dan mengulas keadaan yang berlaku masa kini. Ia juga sebagai
penyebar maklumat dengan memuatkan berita dalam dan luar negara, menolong
memajukan pelajaran anak negeri dengan menjadi alat pengajaran dan pembelajaran
kerana ketiadaan buku ketika itu. Namun, sumbangan dan peranan akhbar dan majalah
yang paling penting ialah sebagai alat propaganda dan pencetus minda yang lahir dari
rasa ketidak puasan hati.

Perkembangan sisem pendidikan juga turut memberi sumbangan kepada


penubuhan pergerakan sosial dan politik ini. Sistem pendidikan telah melahirkan tokoh-
tokoh pejuang yang berlatarkan belakangkan agama, sosial dan politik. Antaranya seperti
Raja Chulan, Sheikh Tahir Jalaluddin, Dato Onn Jaafar, Ibrahim Yaacob dan ramai lagi.
Tokoh-tokoh ini merupakan penyalur idea pembaharuan dan bertanggung jawab
mengenengahkan masyarakat Melayu kepada yang lebih peka kepada sensitiviti kaum
lain dan layanan Inggeris. Selain daripada itu sukatan dan dasar pendidikan yang tidak
selaras yang diperkenalkan oleh Inggeris telah membangkitkan rasa tidak puas hati orang
Melayu.
3

Pengaruh luar turut memainkan peranan dalam mendorong penubuhan


pergerakan-pergerakan sosial dan politik di Tanah Melayu ketika itu. Di antaranya seperti
kemenangan Jepun terhadap Russia 1905, kemenangan Jepun mengalahkan British dalam
perang dunia ke-2, perjuangan Mahatma Ghandi, Sukarno dan Hatta dalam membebaskan
diri dari penjajahan. Ini telah mencetuskan kesedaran bahawa bangsa Eropah bukanlah
kebal sebaliknya boleh dikalahkan. Pengaruh gerakan reformis Timur Tengah pula
menggalakkan pelajar berkiblatkan ke Timur Tengah serta menggunakan agama dalam
perjuangan mereka membebaskan diri daripada penjajahan.

2.1 GERAKAN KEAGAMAAN

Peringkat keagamaan telah dimulakan oleh penuntut-penuntut di Timur Tengah. Mereka


yang dipanggil Kaum Muda ini merupakan pencetus kepada kesedaran awal politik
masyarakat Melayu sekali gus pengasas kepada bermulanya gerakan-gerakan politik di
Tanah Melayu.1 Keadaan pendidikan di Tanah Melayu ketika itu ialah menggunakan
Sistem Sekolah-sekolah Pondok. Apabila tamat pengajian ramai yang telah meneruskan
pengajian ke Timur Tengah samaada ke Mekah ataupun Mesir. Iaitu tempat
berkumpulnya ulama-ulama terkenal seperti Sheikh Ahmad Khatib, Abdul Malik
Abdullah, Muhammad Arshad Al-Banjari, Daud Al-Fatani dan lain-lain lagi. Ulama-
ulama inilah yang membentuk pemikiran pelajar-pelajar ini dengan idea-idea kearah
semangat kesedaran. 2

Selain daripada itu Kaum Muda juga turut dipengaruhi oleh beberapa gerakan di
dunia seperti gerakan pembaharuan di Mesir oleh Sayyid Jamaluddin al-Afghani, gerakan
Wahabi oleh Muhammad Abdul Wahab di Mekah, pengaruh ajaran Waliullah di India dan
gerakan Turki Muda.3 Apabila pulang ke Tanah Air, Kaum Muda kemudiannya

1
Mohammad Redzuan Othman, Pengaruh Timur Tengah dakan perkembangan awal kesedaran
politik Melayu (Jendela masa:Kumpulan esei sempena persaraan Dato’ Khoo Kay Kim), 2001, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur, hlm. 248.
2
Ibid., hlm. 245.
3
Mohd Isa Othman, Gerakan protes dalam perspektif sejarah Malaysia pada abad ke-19 dan
awal abad ke-20, 1999, Utusan Publications Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, hlm. 197-198.
4

berperanan menyebarkan pemikiran baru mereka melalui penubuhan institusi-institusi


agama atau dipanggil madrasah dan juga melalui suara-suara media seperti melalui
majalah Al Imam, Neracha, Tunas Melayu, Seruan Azhar dan banyak lagi. Melalui
majalah-majalah dan madrasah ini diseru agar umat Islam terutama orang-orang Melayu
bangkit dari lena, lalai dan sesat. Antara yang diseru dan ditekankan ialah agar umat
Islam mementingkan ilmu agar tidak mudah dikuasai oleh orang lain, menyeru
masyarakat Melayu meningkatkan diri dengan mendalami ilmu dalam bidang teknologi
agar dapat meninggikan maruah bangsa terutama apabila bersaing dengan bangsa lain.4

Kritikan-kritikan juga ditujukan kepada pemerintah-pemerintah, para pembesar


dan raja-raja agar tidak lalai dengan tanggung jawab mereka. Terdapat juga artikel-artikel
yang menyentuh soal-soal penjajahan dan bagaimana masyarakat Melayu harus
membebaskan diri dan negara mereka dari belenggu “penjajah yang rakus” yang hanya
tahu mengeksploitasi hasil negara ini dan meninggalkan masyarakat Melayu ketinggalan
terutama dalam bidang ekonomi berbanding dengan bangsa lain.5

Namun kehadiran dan pemikiran Kaum Muda ini ternyata tidak disenangi oleh
Kaum Tua yang terdiri daripada golongan ulama konservatif. Mereka menganggap
Kaum Muda menyeleweng dari ajaran Islam, berfikiran kritis dan demokratik yang
dikatakan berasal dari barat.6 Walaupun gerakan kaum muda ini bukanlah merupakan
kemuncak kepada kesedaran gerakan politik di Tanah Melayu, namun ia berjaya
membentuk satu tenaga penggerak baru dalam masyarakat Melayu. Idea-idea
pembaharuan mereka bukan sahaja meliputi bidang agama tetapi juga hal ehwal
masyarakat, ekonomi dan politik yang kemudiannya menjadi pemangkin kepada gerakan-
gerakan politik di Tanah Melayu.7

4
Mohammad Redzuan Othman, Pengaruh Timur Tengah dalam perkembangan awal kesedaran
politik Melayu……, hlm. 248.
5
Ibid., hlm. 249.
6
Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, Fajar Bakti, Shah Alam hlm. 366-367.
7
Mohd. Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963), Utusan Publications, Kuala Lumpur, 2002,
hlm. 232.
5

2.2 TAHAP SOSIOEKONOMI 1926-1938

Di sekitar 1926, gerakan sosial orang Melayu telah menjadi lebih secular dan tumpuan
diberikan kepada kedudukan sosioekonomi orang Melayu. Tekanan ekonomi dari kaum-
kaum pendatang khususnya Cina dilihat mengancam kedudukan sosioekonomi orang
Melayu.

Justeru itu, pada tahun 1926, lahir satu gerakan sosio-politik Melayu yang dilihat
lebih tersusun organisasinya8. Sebilangan orang Melayu yang berpendidikan Inggeris
telah menubuhkan Kesatuan Melayu Singapura ( KMS ) pada 14 Mei 1926 di Singapura.
Ia diasaskan atas kesedaran betapa terancamnya nasib orang Melayu di Singapura
berbanding bangsa-bangsa lain9. Di antara yang diperjuangkan oleh KMS ialah
memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi orang Melayu Singapura, menggalakkan orang
Melayu Singapura melibatkan diri dalam lapangan politik, pentadbiran dan urusan
umum, menuntut ilmu ke peringkat tinggi, saling bekerjasama dan sebagainya lagi.
Kejayaan besar KMS ialah menuntut daripada British agar diperuntukan sebidang tanah
khas untuk orang Melayu Singapura. Dalam banyak hal KMS merupakan juru cakap
orang Melayu Singapura dan selalu berhubung dengan pemerintah British.

Lantaran itu, pembukaan KMS dilihat sebagai perintis kepada beberapa kesatuan-
kesatuan di negeri-negeri di Tanah Melayu. Antaranya ialah Kesatuan Melayu Melaka
( (1937 ), Kesatuan Melayu Perak ( 1937 ), Kesatuan Melayu Pahang ( 1938 ) dan
Kesatuan Melayu Negeri Sembilan (1938). Walau pun ada di antara persatuan Melayu ini
mempunyai pendekatan politik dan sosial namun semuanya masih mempunyai satu
tujuan dan satu matlamat iaitu memberi tumpuan kepada nasib orang Melayu terutama
dalam bidang sosial dan ekonomi, agar bangsa Melayu tidak menjadi satu bangsa yang
akan ketinggalan berbanding kaum lain selain memastikan bangsa Melayu tidak
diperkecilkan kebolehannya. Antara yang diperjuangkan oleh mereka ialah meninggikan
taraf pendidikan iaitu agar pembelajaran di peringkat menengah dapat diperluaskan lagi

8
Yusoff Iskandar dan Khalil Yusoff, Diskusi Sejarah, Teks Publishing, Kuala Lumpur, 1984,
hlm.15.
9
Ibid.
6

supaya orang Melayu dapat meningkat diri mereka terutama dalam bidang ekonomi.
Mereka juga mendesak pihak British agar orang Melayu diberi peluang dalam soal-soal
pentadbiran.

Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM) adalah satu lagi pertubuhan sosial yang
wujud di Tanah Melayu. PASPAM diasaskan oleh majalah saudara pada 7 April 1934.
Namun PASPAM lebih dikenali sebagai pertubuhan kesusasteraan Melayu. Melalui
PASPAM kepentingan bahasa ditekankan di kalangan orang Melayu. Perjuangan
PASPAM adalah sama seperti persatuan Melayu, Cuma PASPAM menyalurkan segala
idea dan kehendaknya melalui akhbar iaitu majalah saudara. Banyak diadakan
persidangan-persidangan di Singapura, Pulau Pinang Ipoh dan Seremban untuk
membincangkan masalah dan strategi-strategi untuk meningkatkan sosio-skonomi orang
Melayu.10

2.3 TAHAP KESEDARAN POLITIK 1938-1945

Perjuangan politik orang Melayu mulai jelas pada tahun 1930-an dengan terbentuknya
Kesatuan Melayu Muda ( KMM ) di Kuala Lumpur pada Mei 193711. Ia merupakan parti
politik Melayu radikal yang pertama di Tanah Melayu. KMM diasaskan oleh Ibrahim bin
Haji Yaakub seorang bekas penuntut di Maktab Perguruan Sultan Idris ( MPSI ) dan
pembentukkan KMM dilihat sebagai aspirasi sekumpulan bekas penuntut MPSI dalam
menyedarkan orang Melayu tentang pentingnya mempertahankan hak serta kepentingan
mereka.

Sebagai sebuah parti yang radikal, KMM mengamalkan prinsip anti British dan
tidak mengakui taat setia kepada sultan yang dianggap gagal mempertahankan hak orang
Melayu dan merupakan punca kepada kemunduran orang Melayu. KMM turut
mempunyai perasasn anti bangsa lain yang dianggap memonopoli ekonomi serta
menindas orang Melayu di Tanah Melayu. Lantaran itu, KMM memperjuangkan
kemerdekaan Tanah Melayu untuk orang Melayu sahaja dan bercadang untuk
10
Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia,., hlm. 379.
11
Ibid.
7

menggabungkan semua orang Melayu dalam usaha mempertahankan, melindungi dan


meperjuangkan kepentingan bangsa Melayu agar ia tidak mudah diperkotak-katik oleh
bangsa lain. Kmm juga bergabung dan Indonesia untuk mewujudkan Indonesia Raya dan Melayu Raya
di Asia Tenggara. KMM pimpinan Ibrahim Yaakob dan Ishak Haji Muhammad ini tersebar
luas dan berjaya dikembangkan ke negeri-negeri lain. Namun KMM tidak begitu
mendapat sambutan daripada orang Melayu kerana ia diangggap terlalu radikal dan gagal
mendapat sokongan dari golongan birokrat yang menguasai pemikiran umum ketika itu.
Menjelang Perang Dunia Kedua, pemimpin-pemimpin KMM telah ditahan British dan
mengakibatkan pergerakkan terhenti seketika. Sehingga Perang Dunia Kedua, KMM
masih tidak menunjukkan sebarang bentuk kegiatan yang aktif.12

Namun begitu, kejayaan Jepun menawan Tanah Melayu dan Singapura telah
membolehkan KMM dihidupkan semula setelah para pemimpin yang ditahan dibebaskan.
KMM yang bekerjasama dengan Jepun menyedari harapan bagi memerdekakan Tanah
Melayu adalah tipis dan ia telah mengadakan hubungan dengan PKM melalui MPAJA13.
Kegiatan KMM ini telah dikesan oleh Jepun lalu KMM diharamkan dan satu organisasi
tentera yang bergelat Pembela Tanahair ( PETA ) dan diketuai oleh Ibrahim Yaakob
sebagai Leftenan Kolonel14. Tujuan utamanya ialah untuk mengumpul sukarelawan yang
akan diberi latihan ketenteraan sebagai persiapan menentang British sekiranya mereka
datang semula ke Tanah Melayu15.

Menjelang kekalahan Jepun, Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjang ( KRIS )


ditubuhkan pada Julai 1945. Ia merupakan satu langkah persediaan bagi penggabungan
Tanah Melayu dengan Indonesia bagi pembentukkan Melayu Raya16. Malangnya usaha
itu tidak kesampaian apabila Jepun menyerah kalah secara mengejut setelah Hiroshima
dan Nagasaki dibom.

2.4 SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

12
Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, hlm. 381-383.
13
Yusoff Iskandar dan Khalil Yusoff, Diskusi Sejarah, hlm.26.
14
Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, hlm.383.
15
Ibid.
16
Ibid, hlm.384.
8

Selepas Perang Dunia Kedua, kesedaran baru dan semangat kebangsaan merebak dengan
begitu cepat. Hasil dari pertubuhan yang sebelum ini telah mempengaruhi pertubuhan
parti politik yang baru. Semuanya mempunyai tujuan yang sama iaitu menyingkirkan
pemerintahan British dan mendirikan sebuah negara yang merdeka.

Pada peringkat awal wujud semangat kebangsaan dikalangan pelajar-pelajar


Melayu lalu menubuhkan kesatuan mereka sendiri seperti Persatuan Penuntut Melayu
Selangor, Pelajar Melayu Insaf, Persatuan Pelajar Islam dan Gabungan Pelajar Melayu
Semenanjung. Namun kegiatan mereka hanyalah setakat melaung-laungkan semangat
kemerdekaan.17

Dalam masa yang sama terdapat parti-parti politik sayap kiri dan berfahaman
sosialis. Di antaranya ialah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang telah
ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di bawah pimpinan Mokhtaruddin Lasso yang
berfaham komunis dan Ahmad Boestamam yang berfahaman kebangsaan. Mereka
mempunyai matlamat yang sama iaitu membebaskan negara dari cengkaman penjajahan
dan menubuhkan sebuah negara yang merdeka. Di antara tujuan PKMM ialah ingin
menyatupadukan bangsa Melayu, mencapai hak kemerdekaan, memajukan penghidupan
sosio-ekonomi orang Melayu, memberi kebebasan kepada orang Melayu untuk
memperbaiki hidup mereka, bergabung dengan Indonesia mewujudkan Melayu Raya dan
sebagainya lagi. PKMM pernah bergabung dengan UMNO dan AMCJA pada 1949
namun terdapat perselisihan antara mereka. Usaha PKMM menanam fahaman komunis
di kalangan orang Melayu tidak berjaya. PKMM akhirnya semakin lemah dan ramai
pemimpinnya telah di tangkap.18

Terdapat dua lagi parti politik berfahaman kiri lanjutan dari PKMM iaitu Angkatan
Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS). API dan AWAS seperti
PKMM inginkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu dan menyingkirkan penjajah dengan

17
Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, hlm. 387.
18
Ibid., hlm. 388.
9

segera, Namun perjuangan mereka yang terlalu radikal menyebabkan kedua parti ini
diharamkan pada tahun 194819.

UMNO atau United Malays National Organization merupakan parti untuk orang
Melayu yang ditubuhkan dan kekal hingga kini. UMNO ditubuhkan pada bulan 12 Mei
1946. UMNO pada asalnya ditubuhkan untuk menentang gagasan Malayan Union yang
diperkenalkan oleh British. Di antara matlamat utama penubuhan UMNO ialah ingin
menyatupadukan orang Melayu, memelihara kepentingan orang Melayu, memperbaiki
taraf hidup mereka dan sebagainya. UMNO terus- menerus mengadakan rapat umum di
seluruh negara untuk menentang Malayan Union. UMNO ternyata mendapat banyak
sokongan. Keahliannya semakin bertambah dari sultan hinggalah kepada golongan
petani. Menjelang 1947 UMNO melahirkan benderanya sendiri dan menukar slogannya
dari Hidup Melayu kepada Merdeka. UMNO juga telah melahirkan pergerakan Wanita
UMNO. UMNO terus mendapat sambutan dari masa ke semasa. Keahliannya telah
meningkat seramai 100, 375 orang dan telah mempunyai 39 bahagian di akhir 1950.
UMNO telah muncul sebagai sebuah parti politik berhaluan kanan terbesar yang
memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.20

3.0 ORANG CINA DI TANAH MELAYU

Sejarah kedatangan imigran Cina ke Tanah Melayu telah bermula sebelum Zaman
Kesultanan Melaka lagi. Di mana pada abad ke 6, ada catatan yang menyatakan bahawa
orang Cina yang terdiri daripada golongan pedagang telah sampai ke Kerajaan Tun Sun
( Johor ) tetapi bilangannya adalah kecil21. Pada awal abad ke 15, hubungan perdagangan
dan diplomasi yang baik antara Kerajaan China dan Kesultanan Melaka telah membawa
kepada pembukaan penempatan orang Cina di Tanah Melayu. Nanum begitu, penempatan
ini hanya terhad di Melaka sahaja. Kewujudan penempatan-penempatan ini telah

19
Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia., hlm 388-389
20
Ibid., hlm. 391-392.
21
Lim Beng Lee, Sejarah Perkembangan Politik Komuniti Cian Di Ipoh ( 1948-1990 ), Tesis
Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 1990, hlm.1 dalam buku
The History of Chinese In Malaysia, Lim Chooi Kwa dan Loh Cheng Sun, Taiwan University Press,
Selangor, 1997.
10

menyaksikan kelahiran golongan Baba Melaka atau Cina Peranakan yang majoritinya
berasal dari wilayah Fukien, China22. Sebagai antara imigran Cina yang terawal,
golongan Cina Peranakan mendominasi perniagaan di Tanah Melayu khususunya di
Negeri-Negeri Selat seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Misalnya pada tahun
1819, pembukaan Singapura menyaksikan saudagar-saudagar Baba yang kaya telah
berpindah ke Singapura dan menguasai perniagaan lada hitam dan gambir di Singapura
dan Johor.

Pembukaan Pulau Pinang pada 1 Oktober 1786 dan Singapura pada 1819
merupakan titik tolak kedatangan imigran Cina ke Tanah Melayu dengan lebih ramai lagi.
Ia semakin jelas menjelang tahun 1820 di mana pada tahun 1820, terdapat 83000 orang
Cina di Pulau Pinang manakala pada tahun 1822 terdapat 1150 orang Cina di Singapura
dan menjelang 1824, pupulasi orang Cina di Singapura berjumlah 31% ( 3,317 orang )
dan ia terus meningkat kepada 46% pada tahun 1860 iaitu berjumlah kira-kira 28,018
orang23. Mulai pertengahan abad ke-19, orang Cina telah berhijrah secara beramai-ramai
ke Tanah Melayu akibat daripada pembukaan lombong bijih timah. Mereka bertumpu di
kawasan-kawasan yang kaya dengan hasil timah seperti Larut, Kinta dan Selangor. Pada
tahun 1850, hanya terdapat tiga orang Cina di Larut dan menjelang tahun 1872, ia
meningkat kepada 40,000 orang dalam tahun 1901. Manakala di Kinta pula, pada tahun
1882, hanya terdapat kira-kira 4,000 orang Cina sahaja tetapi menjelang tahun 1888 ia
menjangkau 38,000 dan pada 1889 orang Cina telah mendominasi Daerah Kinta dengan
seramai 44,790 orang berbanding hanya 10,291 oarng Melayu, 69 orang Eropah dan 847
lain-lain bangsa24. Menjelang tahun 1901, orang Cina membentuk 46% daripada populasi
di Perak dan 65% populasi di Selangor25.

Kebanjiran imigran Cina di Tanah Melayu dipengaruhi oleh sistem pentadbiran


British yang memperkenalkan pembangunan ekonomi kapitalis yang menggalakkan

22
Heng Pek Koon, Chinese Politics In Malaysia: A History Of The Malaysia Chinese Association,
Oxford, Singapore, 1988, hlm.9.
23
Ibid, hlm. 11.
24
Desmond Tate dan Chai Hon Chan, A Town That Grew Between two Rivers, dalam Ipoh: The
Town That Tin Built, L.H.C Jennings, The Straits Times Press, Malaya, 1962, hlm.15.
25
Gordon P. Means, Malaysia Politics, University Of London Press, London, 1970, hlm.26.
11

pertumbuhan penduduk dan buruh26. Menjelang tahun 1875, pihak British berjaya
memulihkan keamanan di Peark, Selangor dan Sungai Ujong yang kaya dengan bijih
timah. Pemerintahan Inggeris telah memberi jaminan keselamatan harta dan nyawa. Ini
mendorong orang Cina berhijrah ke Negeri Melayu tersebut. Di samping itu,
kesengsaraan sosial dan ekonomi turut memaksa para petani Cina untuk berhijrah keluar
untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Pertambahan penduduk yang tidak dapat
diseimbangi dengan tambahan kawasan pertanian mengakibatkan kemiskinan dan ia
diperburukkan lagi dengan bencana alam yang melanda27. Di samping itu, keadaan
politik yang tidak stabil pada abad kesembilan belas menyaksika tercetusnya beberapa
pemberontakan menentang Dinasti Manchu. Ia mengancam nyawa dan harta benda
penduduk yang terpaksa berhijrah. Lantaran itu, boleh disimpulkan bahawa dasar
Inggeris , pembukaan lombong bijih timah dan beberapa masalah dalaman Negara China
telah mendorong penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu.

Dalam memperlihatkan trend kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu sebelum


Perang Dunia kedua, boleh dikatakan bahawa tujuan mereka hanyalah semata-mata untuk
mencari rezeki dan tidak berhasrat untuk menetap dalam tempoh masa yang lama.
Malahan polisi Inggeris ketika itu turut mempunyai tanggapan yang sama, di mana
imigran Cina dianggap sebagai penduduk asing dan tidak mempunyai hak atau
keistimewaan seperti yang dinikmati masyarakat tempatan28.

3.1 PERKEMBANGAN GERAKAN SOSIAL

Kedatangan imigran Cina ke Tanah Melayu telah membawa bersama-sama mereka


warisan kebudayaan dan tradisi yang berbeza dengan masyarakat tempatan. Mereka lebih
bersikap menyendiri dan tidak menjalin hubungan yang rapat dengan masyarakat
tempatan. Imigran Cina juga dilihat agak keberatan untuk memberi kesetiaan kepada

26
Khoo Kay Kim, Latarbelakang Sejarah Masharakat India dan China di Tanah Melayu, di
dalam Jurnal Persatuan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Jabatan Sejarah UKM, Kuala Lumpur,
1971/72, hlm.19.
27
Negara Kita: Sejarah Pentadbiran Dan Dasar-Dasar Pembangunan, INTAN, Kuala Lumpur,
1982, hlm.2.
28
Gordon P. Means, Malaysian Politics, hlm.27.
12

institusi - institusi tempatan sebaliknya memperkuatkan ikatan dengan negara asal


mereka29. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi masalah kepada Inggeris dan
masyarakat tempatan. Ketiadaan polisi pemerintahan yang berkesan bagi mengawal
aktiviti dan kebajikan sosial golongan imigran ini telah membawa kepada kewujudan
persatuan-persatuan untuk menjaga kebajikan dan menyelaras kehidupan masyarakat
Cina yang rata-rata datang ke Tanah Melayu sehelai sepinggang tanpa kenalan mahupun
saudara. Dalam persekitaran yang asing ini, mereka berada dalam satu ‘kejutan budaya’
yang amat memerlukan mereka menyertai pertubuhan atau persatuan yang berfungsi
dalam membantu, melindungi serta mempertahankan kepentingan bersama.

Pada peringkat awal, konsep persatuan yang dibentuk bertujuan untuk menjaga
kebajikan anggotanya dan ia lebih menumpukan kepada usaha-usaha untuk memperbaiki
taraf sosial dan ekonomi ahlinya. Persatuan-persatuan ini kemudianya membentuk
kelompok-kelompok tertentu dan ia bergiat dalam bidang politik dan terus merosot
menjaga kumpulan yang cenderung ke arah jenayah seperti merompak, menganjurkan
pemogokan dan rusuhan30.

Sistem Kapitan Cina diperkenalkan oleh Portugis setelah menawan Melaka pada
151131. Kapitan Cina merupakan ketua masyarakat Cina yang dilantik bagi mengawal
aktiviti serta kepentingan masyarakat Cina. Mereka dilihat sebagai perantaraan di antara
kerajaan dengan orang Cina. Sistem ini diteruskan selepas pengambil alihan Melaka oleh
Belanda pada tahun 1940. Manakala Inggeris pula terus menggunakan sistem Kapitan
Cina di Negeri-negeri Selat sehingga tahun 182632. Ia diperlukan bagi menghadapi
perkembangan imigran Cina yang semakin pesat menjelang pertengahan abad yang ke
19. Di samping Negeri-negeri Selat, sistem Kapitan Cina turut digunakan di Negeri-
negeri Melayu yang masih dibawah kekuasaan Sultan Melayu. Di mana Kapitan Cina
akan dilantik oleh sultan bagi mengawal kegiatan, penempatan serta menyelesaikan
pertelingkahan antara imigran Cina dan ia berterusan sehingga tahun 190133. Antara

29
Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, hlm.362.
30
Ibid.
31
Heng Pek Koon, Chinese Politics In Malaysia, hlm,15.
32
Ibid, hlm.14.
33
Heng Peck Koon, Chinese Politics In Malaysia, hlm. 14..
13

Kapitan Cina yang terkenal dalam sejarah Tanah Melayu ialah Yap Ah Loy yang muncul
sebagai Kapitan Cina di Kuala Lumpur pada tahun 1868.

Kongsi gelap merupakan satu aspek sosial orang Cina. Ia adalah warisan daripada
perkembangan di China. Kongsi-kongsi gelap telah ditubuhkan untuk mengguling Dinasti
Manchu dan menghidupkan semula Dinasti Ming. Menurut V. Purcell, kongsi gelap di
Tanah Melayu berasal dari Tian Ti Hui yang digelar Triad Society34. Di Tanah Melayu
orang Cina telah menubuhkan kongsi-kongsi gelap selepas British menduduki Pulau
Pinang ( 1786 ) dan Singapura (1819). Sejak tahun 1799 lagi, kongsi-kongsi gelap Cina
telah mula menentang pentadbiran British di Pulau Pinang35. Kegiatan kongsi-kongsi
gelap ini dikatakan berusaha membentuk ‘empayar dalam empayar’ yang ingin
menikmati faedah pemerintahan British dan dalam masa yang sama, mengabaikan
undang-undang yang didapati tidak sesuai dengan mereka36. Menjelang 1875, terdapat 4
kongsi gelap di Tanah Melayu, iaitu kumpulan Ghee Hin , Ho Seng, Hai San dan Wah
Sang37.
L.A Mills dalam British Malaya !824-1867, menganggap kongsi-kogsi gelap di
Negeri-negeri Selat sebagai the Pirates and Robbers Co-operative Association38. Ini
kerana sebahagian besar anggota kongsi gelap terdiri daripada penjenayah yang terlibat
dalam rusuhan, pergaduhan, kegiatan perjudian, rompakan dan pelacuran. Mereka dilihat
sentiasa bermusuhan antara satu sama lain dan sering bersaing dalam menguasai sesuatu
kawasan khususnya kawasan bijih timah. Di Larut misalnya, pertelingkahan anatara Ghee
Hin dan Hai San telah mencetuskan Perang Larut sebanyak tiga kali iaitu Perang Larut I
( 1861 ), Perang Larut II ( 1865 ) dan Perang Larut III ( 1872 ).

Kajian-kajian yang dijalankan mendapati bahawa penubuhan kongsi-kongsi gelap


di Tanah Melayu khususnya di Negeri-negeri Selat diakibatkan oleh beberapa faktor.
Antaranya ialah kewujudan kegiatan kongsi gelap di China Selatan yang bertujuan untuk
menggulingkan Dinasti Manchu. Apabila imigran Cina yang terdiri daripada bekas

34
Victor Purcell, The Chinese In Malaya, Oxford University Press, 1967, hlm. 155-157.
35
Ibid, hlm. 156.
36
Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, hlm.362.
37
V. Purcell, The Chinese In Malaya, hlm.155-157.
38
L.A. Mills, British Malaya 1824-1867, Oxford University Press, London, 1966, hlm.209.
14

anggota kongsi gelap berhijrah ke Tanah Melayu, mereka telah membawa bersama
budaya tersebut ke sini. Orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu berasal dari
wilayah-wilayah yang berlainan dan terdiri daripada pelbagai suku yang berbeza dan
mewarisi bahasa serta budaya yang tidak sama. Faktor ini ditambah dengan persekitaran
yang baru menyebabkan golongan imigran ini menyertai kongsi-kongsi gelap yang
seketurunan bagi tujuan perlindungan dan bantuan bersama. Ia penting memandangkan
kegiatan kongsi gelap bukan sahaja terhad kepada aktiviti jenayah sahaja malah mereka
juga dilihat sebagai persatuan kebajikan dan sosial yang membantu ahli-ahlinya yang
berada dalam kesusahan, menguruskan pengkebumian ahli keluarga anggotanya dan turut
,membantu dalam mencari pekerjaan kepada ahlinya yang baru tiba dari Negara China.

Memandangkan masalah serta kekacauan yang sering ditimbulkan olah kongsi-


kongsi gelap, British mulai mengambil tindakan tegas dalam mengawal kegiatan tersebut
menjelang tahun 1867. Di mana Akta Pendaftaran Pertubuhan 1867 dikuatkuasakan yang
mewajibkan semua pertubuhan menyenaraikan semua nama anggotanya yang memegang
jawatan dalam pertubuhan tersebut dan menyatakan tujuan persatuan mereka beroperasi.
Ia telah diperkukuhkan lagi dengan Ordinan Pertubuhan 1889 yang dikuatkuasakan pada
tahun 1890 yang mengharamkan semua kongsi-kongsi gelap Cina39. Ia mewajbkan semua
persatuan Cina menbuat pendaftaran sebelum menjalankan kegiatan mereka dan ia dilihat
berkesan dalam mengawal kegiatan kongsi gelap dan yang terpaksa meneruskan kegiatan
mereka secara rahsia dan budaya tersebut dilihat masih wujud hingga ke hari ini.

Hua Tuan atau persatuan Cina telah mengambil alih peranan dan kepimpinan
kongsi gelap selepas tahun 186740. Ia dilihat berperanan dalam menjaga kepentingan
sosial dan rekreasi ahli-ahlinya. Antara aktiviti-aktiviti yang sering dianjurkan oleh Hua
Tuan adalah upacara penyembahan nenek moyang, penyelarasan kawasam perkuburan,
menyelesaikan pertelingkahan yang melibatkan komuniti Cina dan membantu ahlinya
yang ditimpa bencana. Hua Tuan yang terawal adalah berasaskan dialek dan wilayah, ia

39
Sia Keng Yek, Hua Tuan dan Perkembangan Politik Malaysia: Satu Kajian Tentang Asal Usul
Perkembangan Gagasan sistem Dua Barisan, Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1997, hlm. 6.
40
Ibid.
15

terbentuk di Negeri-negeri Selat seawall 1810 dan Negeri-negeri Melayu yang lain
disekitar 185041.

Persatuan dialek dan keluarga merupakan Hua Tuan yang paling popular. Di mana
wujudnya persatuan yang ditubuhkan khas untuk orang Cina daripada wilayah yang sama
dan mempunyai bahasa serta kebudayaan yang homogen. Misalnya Persatuan Kwangtung
yang dianggotai oleh orang Cina yang berasal dari wilayah Kwangtung dan bertutur
dialek Kantonis manakala Persatuan Hokien pula dianggotai oleh ahli dari wilayah
tersebut dan berkomunikasi dalam dialek Hokien42. Manakala Hua Tuan yang
berlandaskan nama keluarga ( surname ) hanya disertai oleh mereka yang mewarisi nama
keluarga yang sama seperti Kongsi Tan, Kongsi Lim dan Kongsi Wong43. Ia dipercayai
mereka yang mempunyai nama keluarga yang sama itu, mempunyai ikatan kekeluargaan.
Selain daripada itu, wujud juga persatuan-persatuan agama, kebajikan, pendidikan dan
hiburan yang terbuka kepada semua orang Cina tanpa mengira suku kaum, keturunan
mahupun status individu berkenaan.

Saudagar-saudagar Cina pula, membentuk Chinese Chambers Of Commerce


( CCC ) yang bertujuan untuk memperjuangkan serta menjaga kepentingan ekonomi
ahlinya. Ia diperkenalkan oleh para pegawai Manchu untuk mempromosikan dagangan
serta semangat nasionalisme di kalangan Orang Cina Seberang Laut yang dikenali
sebagai ‘ hua chiao’44. Pada tahun 1906, CCC Singapura terbentuk dan ia disusuli dengan
pembentukan CCC di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Ipoh dan Serembann45.
Antara CCC yang paling menonjol dan wujud sehingga ke hari ini ialah Dewan
Perniagaan Cina Selangor dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia.

Secara kesimpulannya Hua Tuan dilihat memainkan peranan penting dalam


memperjuangkan hak serta mempertahankan kepentingan masyarakat Cina dalam aspek

41
Sia Keng Yek, Hua Tuan dan Perkembangan Politik Malaysia, hlm. 7.
42
Khoo Kay Kim, Latar Belakang Masharakat India dan China di Tanah Melayu, hlm.21.
43
Ibid.
44
Heng Pek Koon, Chinese Politics In Malaysia, hlm. 19.
45
Ibid.
16

politik, ekonomi, sosial, bahasa, kebudayaan dan pendidikan masyarakat Cina di Tanah
Melayu.

3.2 PERKEMBANGAN GERAKAN POLITIK

Sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua, semangat nasionalisme yang mempunyai


pengaruh yang kuat di Tanah Melayu hadir daripada masyarakat Cina. Di mana terdapat
golongan saudagar yang telah menyumbang kepada revolusi 1911 di China. Lantaran itu,
kesedaran politik di Tanah Melayu dipelopori oleh komuniti Cina. Mereka juga dikatakan
terawal dalam pembentukan parti politik di Tanah Melayu46.

Secara umumnya perkembangan politik orang Cina di Tanah Melayu boleh


dibahagikan kepada tiga tahap yang utama iaitu perkembangan awal dari 1900-1941,
semasa Perang Dunia Kedua dari 1942-1945 dan era tamatnya Perang Dunia Kedua dari
1945-1950. Ia telah memperlihatkan perubahan drastik dalam matlamat perjuangan parti-
parti politik komuniti Cina di Tanah Melayu.

3.2.1 PERKEMBANGAN AWAL 1900-1941

Secara umumnya sebelum Perang Dunia Kedua, kesedaran politik orang Cina di Tanah
Melayu tertumpu kepada pergolakan politik di Negara China. Di mana majoriti daripada
mereka masih menganggap China sebagai tanah air mereka. Kedatangan mereka ke
Tanah Melayu adalah bermotifkan ekonomi semata-mata dan mereka tidak bercadang
untuk menetap di sini untuk selama-lamanya.

Namun begitu, terdapat satu golongan yang tidak tertarik dengan perkembangan
di China iaitu orang Cina Peranakan. Mereka merupakan golongan Cina yang dilahirkan
di Negeri-negeri Selat yang melibatkan Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Golongan
ini yang menjadi rakyat British telah melibatkan diri dalam perkembangan politik
tempatan. Mereka telah menubuhkan Straits Born Chinese British Association ( SCBA )

46
Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, hlm. 398.
17

di Singapura dan Melaka pada tahun 1900 dan dipimpin oleh Tan Jiak Kim, lim Boon
Keng, Song Ong Siang dan Seah Ling Seah47. Tujuan SCBA ialah untuk
memperkukuhkan kebudayaan Cina dan mengekalkan identiti Baba Peranakan. Antara
tokoh-tokoh SCBA yang berkaliber adalah seperti Tan Cheng Lok, Dr. Lim Boon Keng,
Song Ong Siang, Han Hoe Lim dan Lim Chong Ean yang telah dilantik oleh British bagi
berkhidmat di dalm Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat. Kesempatan ini telah
digunakan oleh tokoh-tokoh berkenaan dalam memperjuangkan hak politik dan
mendesak perubahan dalam sisitem pendidikan Cina48. Di samping itu, Tan Cheng Lok,
pemimpin SCBA Melaka turut memainkan peranan penting dalam penubuhan MCA dan
telah menerajui dari tahun 1949-195849. Namun begitu, pengaruh SCBA ke atas
masyarakat Cina agak terbatas di mana pada tahun 1931 ia hanya mempunyai keahlian
seramai 1,060 orang sahaja50.

Kekalahan Negara China dalam Perang China-Jepun 1894-1895 telah


menimbulkan perasaan marah orang Cina di Seberang Laut. Masyarakat Cina berasa
malu dan terhina lantaran daripada kekalahan itu. Di mana China terpaksa
menandatangani Perjanjian Shimonoseki pada tahun 1895 yang menyaksikan penyerahan
Farmosa kepada Jepun51. Kekalahan kepada Jepun yang sebelum ini dianggap ‘wojen’
(kerdil) menyedarkan masyarakat Cina tentang perlunya usaha-usaha bagi
menyelamatkan kegemilangan Negara China52. Pada tahun 1897, seramai lapan belas
orang Cina Melaka telah berkumpul di Johor dan menubuhkan Persatuan Lapan Belas
Kawan dan ia dipimpin Sim Hong Pak, seorang pedagang kaya dari Melaka53.

Perkembangan politik awal masyarakat Cina banyak dipengaruhi oleh Gerakan


Pembaharuan di China. Gerakan ini dipimpin oleh Kang Yu Wei telah memperkenalkan
Rancangan Pembaharuan 100 hari dengan persetujuan Maharaja Kuang-hsu54. Ia
47
Heng Peck Koon, Chinese Politics In Malaysia, hlm.26.
48
Ibid.
49
Ibid.
50
Ibid.
51
Oong Hak Ching, Chinese Politics In Malaya 1942-1955: The Dynamics Of British Policy,
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2000, hlm.26.
52
Ibid.
53
Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, hlm. 398.
54
Oong Hak Ching, Chinese Politics In Malaya 1942-1955, hlm.26.
18

menemui kegagalan dan berakhir apabila Maharaja Kuang-hsu mangkat pada 190855.
Pada abad kedua puluh, gerakan revolusioner di China turut mempengaruhi kegiatan
politik orang Cina di Tanah Melayu. Di mana pemimpinnya Sun Yat Sen, telah melihat
potensi orang Cina Seberang Laut sebagai pengerak kepada revolusi di China. Pada tahun
1905, Sun Yat Sen menubuhkan Tung Meng Hui yang merupakan gabungan Hsing Chung
Hui dengan golongan anti Manchu yang lain56. Sun Yat Sen telah melawat Singapura
pada tahun 1906 dan menubuhkan cawangan Tung Meng Hui di sana dan cawangan-
cawangan yang lain telah ditubuhkan di Kuala Lumpur, Seremban, Melaka, Kampar,
Kuantan, Taiping dan Ipoh57. Kaum Cina di Tanah Melayu telah memberi sokongan
kepada penubuhan itu dengan terlibat dalam penyediaan bantuan material, kewangan dan
menganjurkan aktiviti-aktiviti yang bersifat propaganda untuk memberansangkan
semangat nasionalisme orang Cina di Tanah Melayu.

Selepas pembentukan Republik China, Tung Meng Hui telah disusun semula
sebagai Parti Kuomintang ( KMT ) pada tahun 1912. Ia bertujuan untuk menyatukan
Negara China dan mengukuhkannya melalui perindustrian dan modenisasi. Orang Cina
Seberang Laut dilihat sebagai sumber kewangan utama dalam memodenisasikan China.
Oleh itu, cawangan-cawangan Kuomintang telah ditubuhkan di Tanah Melayu dan juga
Singapura. Pihak British yang menganggap parti ini bersifat sederhana telah bersetuju
untuk membenarkannya bergerak secara sah di Tanah Melayu58. Menjelang tahun 1913
sebanyak 30 cawangan ditubuhkan di Tanah Melayu dan ia dilihat membantu dalam
menggerakkan semangat nasionalisme di kalangan masyarakat Cina di Tanah Melayu.
Melalui Kuomintang, ia cuba memperjuangkan nasib masyarakat Cina melalui
pendidikan, di mana pada tahun 1920, sebuah sekolah Cina telah menggunakan bahasa
Mandarin sebagai bahasa penghantar bagi menggantikan penggunaan dialek di sekolah59.
Ia selaras dengan perkembangan di Negara China yang menjadikan bahasa Mandarin
sebagai bahasa rasmi negara. Penggunaan satu bahasa yang standard di kalangan

55
Ibid.
56
Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia ( 1800-1963), Utusan Publication, Kuala Lumpur, 2002,
hlm.238.
57
Ibid.
58
Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, hlm.399.
59
Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia 1800-1963, hlm. 239.
19

masyarakat Cina bukan sahaja mampu menyatukan padukan suku-suku Cina yang
berbeza tetapi juga berjaya melahirkan semangat kekitaan masyarakat Cian di Tanah
Melayu. Ini secara tidak langsung membantu dalam perkembangan semangat
nasionalisme orang Cina.

Pada tahun 1923, Sun Yat Sen telah menerima kemasukkan ahli-ahli komunis
China ( CCP ) sebagai ahli perseorangan dalam KMT sebagai syarat untuk mendapat
bantuan Soviet bagi menyatukan China yang berpecah-belah60. Mulai dari ketika itu,
ramai ahli-ahli komunis China telah menyertai KMT sebagai ahli perseorangan dan
mewujudkan golongan haluan kiri dalam KMT. Mereka yang ‘bertopengkan’ KMT telah
bergerak secara rahsia di dalam KMT Tanah Melayu. Pihak komunis China dalam KMT
telah melancarkan permogokan dan kegiatan anti British di Tanah Melayu. Lantaran itu,
KMT telah diharamkan pada tahun 1925. Pembubaran Perikatan KMT-PKC pada tahun
1927 mengakibatkan PKC bergerak bersendirian dalam kegiatan-kegiatan subversifnya.
Parti Komunis Nanyang telah ditubuhkan pada tahun 1928 namun ia gagal melaksanakan
misinya di Tanah Melayu. Akhirnya tugas Parti Komunis Nanyang dalam penyebaran
idelogi komunis telah diambil alih oleh Parti Komunis Malaya yang ditubuhkan pada
April 193061.

Parti Komunis Malaya ( PKM ) ditubuhkan pada 1930 dianggap sebagai


bermulanya kegiatan politik berparti di Semenanjung Malaysia. Ia berhasrat untuk
mengguling kerajaan British dan menubuhkan Republik Komunis Malaya. Fahaman
komunis telah menyusup ke dalam pertubuhan-pertubuhan buruh, kesatuan sekerja dan
sekolah malam.

PKM telah melancarkan mogok dan kegiatan anti British dalam usahanya
melumpuhkan kegiatan ekonomi Tanah Melayu. Pada tahun 1937-1938, mogok secara
berleluasa tercetus di negeri-negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, dan
Johor62. Peristiwa pemogokan yang paling hebat berlaku di Batu Arang, Selangor yang

60
Heng Peck Koon, Chinese Politics In Malaysia, hlm 21.
61
Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, hlm. 399.
62
Fuzah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, hlm.400.
20

melibatkan 6000 pekerja lombong. Peristiwa itu mengakibatkan ramai pemimpin


kesatuan dan komunis ditangkap dan dihantar balik ke China.

Serangan Jepun ke atas China pada 1937 telah meningkatkan lagi perasaan anti
Jepun di kalangan orang Cina di Tanah Melayu. PKM telah mengambil kesempatan ini
untuk memperkuatkan dirinya dengan meniup semangat kecinaan. Ia telah mengumpul
wang bagi membiayai peperangan di China di samping bekerjasama dengan British63.
Taktik PKM ternyata berjaya mendapat minat serta sokongan orang Cina dan menjelang
tahun 1939, PKM mempunyai keahlian seramai 37,000 di Singapura dan Tanah Melayu.

3.2.2 PERANG DUNIA KEDUA 1942-1945

Era kegemilangan PKM muncul disekitar tahun 1942-1945, di mana ia bekerjasama


dengan Inggeris bagi menentang Jepun. Kerajaan British telah menyediakan latihan yang
berbentuk gerila di samping membekalkan PKM dengan bantuan senjata, makanan,
perubatan serta kewangan.

PKM telah berundur ke hutan dan membentuk MPAJA bagi menentang Jepun
secara gerila. Melalui propandaganda yang berasaskan nasionalisme Cina, PKM berjaya
mendapat sokongan daripada masyarakat Cina yang menderita di bawah pemerintahan
Jepun. Ia merupakan satu kemenangan psikologi bagi perjuangan PKM.

3.2.3 SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

Pengorbanan PKM semasa Perang Dunia Kedua, dilihat berhasil apabila ia diiktiraf
sebagai parti yang sah oleh kerajaan Inggeris pada tahun 1945. Pada peringkat awal,
PKM cuba mengambil alih kuasa melalui perlembagaan dengan membentuk perikatan

63
Ibid.
21

dengan parti-parti politik yang berhaluan kiri. Di samping menyusup ke dalam persatuan
sekerja dan menguatkan cengkamannya ke atas sekolah persendirian64. Pada tahun 1947,
PKM telah melancarkan kira-kira 300 pemogokan untuk melumpuhkan ekonomi Tanah
Melayu dan Inggeris telah mengenalkan undang-undang baru bagi mengawal kegiatan
kesatuan sekerja bagi menangani ancaman PKM. Tindakan ini menyekat pergerakan
kegiatan PKM dan pertukaran pucuk pimpinan daripada Lai Teck ke Chin Peng pada Mac
1946, telah mengubah taktik perjuangan PKM yang melancarkan pemberontakan
bersenjata pada Jun 194865. Tindakan itu akhirnya membawa kepada pengharaman PKM
dan darurat diisytiharkan pada 18 Jun 1948 di seluruh Tanah Melayu.

Parti Malayan Chinese Association ( MCA ) diasaskan pada 27 Februari 194966. Ia


ditubuhkan bagi menghadapi ancaman komunis dan British mengalu-alukan penubuhan
MCA kerana ia dilihat mampu membantu British menentang PKM dengan lebih berkesan
lagi. MCA diasaskan oleh beberapa tokoh masyarakat Cina termasuklah H.S. Lee, Leong
Yew Koh, Yong Shook Lim, Khoo Teik Ee dan Tan Siew Sin67. Manakala presiden
pertama MCA ialah Tan Cheng Lock yang menerajui parti tersebut dari 1949-1958.

Objektif perjuangan MCA jelas iaitu melindungi kepentingan politik kaum Cina
di Tanah Melayu dan bekerjasama dengan British bagi menentang ancaman komunis.
Selain itu, MCA juga lantang dalam memperjuangkan taraf kerakyatan bagi orang Cina
di Tanah Melayu. Menjelang akhir tahun 1949, bilangan ahli MCA telah meningkat
kepada 100,000 ahli dan 180,000 ahli pada akhir tahun 195168.

MCA merupakan sebuah parti orang Cina yang berhaluan kanan dan bersedia
untuk bekerjasama dengan parti kaum lain bagi mencapai kemerdekaan di Tanah Melayu.
Ia terbukti pada 3 Februari 1953, di mana Parti Perikatan UMNO-MCA terbentuk bagi
menghadapi pilihanraya umum yang pertama pada tahun 1955.

64
Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, hlm.401.
65
Heng Peck Koon, Chinese Politics In Malaysia, hlm.50.
66
Ibid, hlm.54.
67
Ibid.
68
Fuzaih Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, hlm.402.
22

3.0 IMIGRAN INDIA DI TANAH MELAYU

Kehadiran imigran India ke Tanah Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat.
Peringkat pertama berlaku disekitar awal tahun masihi, di mana hubungan negeri Kedah
dan India yang akrab menyaksikan kedatangan pedagang dan tukang dari India 69.
Manakala peringkat kedua bermula pada abad 13 dan 14 apabila para pedagang India
yang beragama Islam khususunya dari Bengal, Coromandel dan Gujerat datang
berdagang menyebarkan ajaran Islam70.

Trend kemasukkan orang India berubah pada peringkat ketiga iaitu mulai abad ke
19. Ini kerana kedatangan orang India ketika itu, tidak lagi tertumpu kepada golongan
pedagang, tukang, brahim atau ulama sahaja. Ia merangkumi pelbagai lapisan masyarakat
India di mana pengunduran Inggeris dari Sumatera pada tahun 1820 telah mengakibatkan
kebanjiran tawanan India di Negeri-negeri Selat. Mereka telah digunakan untuk kerja-
kerja pembinaan bangunan dan jalan raya71. Menjelang 1840-1880, pembukaan ladang
tebu di Province Wellesley dan ladang getah menyaksikan kedatangan orang India secara
besar-besaran72. Menjelang tahun 1910-1921, bilangan kedatang orang India ke Tanah
Melayu adalah seramai 100,000 orang setiap tahun73.

3.1 GERAKAN SOSIAL

Sejak tahun 1800 lagi, orang India telah pun menubuhkan beberapa organisasi yang
bercorak sosial bagi tujuan menjaga kepentingan orang India di Tanah Melayu. Ia tidak
bersifat politik kerana kedatangan mereka dilihat semata-mata untuk mencari nafkah dan
kurang memberi perhatian kepada aspek nasionalisme.

Persatuan India yang bercorak sosial telah ditubuhkan di Tanah Melayu pada 1906
dengan munculnya Persatuan India Taiping dan kemudian diikuti oleh Persatuan India

69
Khoo Kay Kim, Latarbelakang Sejarah Masharakat India dan Cina di Tanah Melayu, hlm.14.
70
Ibid.
71
Ibid.
72
Ibid, hlm.14-15.
73
Ibid, hlm. 15.
23

Selangor pada tahun 190774. Kedua-dua ini telah menjadi pencetus kepada tertubuhnya
beberapa persatuan India yang lain seperti Persatuan India Kinta, persatuan India Melaka
dan Persatuan India Negeri Sembilan75. Persatuan-persatuan ini didokong oleh saugagar-
saudagar, golongan profesional, dan kakitangan kerajaan yang ‘celik’ dan menetap di
kawasan bandar. Melalui persatuan-persatuan ini, beberapa isu orang India telah
diperjuangkan dan ia termasuk masalah imigrasi, upah buruh, tempat kediaman dan
minuman todi.

3.2 GERAKAN POLITIK

Kesedaran politik di kalangan orang India di Tanah Melayu berkembang agak perlahan.
Ini memandangkan kebanyakkan imigran yang datang terdiri daripada golongan yang
buta huruf dan bekerja sebagai buruh dan pekerja estet.

Pengaruh kepada gerakan politik di kalangan masyarakat India Tanah Melayu


boleh dilihat daripada 2 sudut. Pertama melalui pengaruh dari agen kerajaan India yang
dilantik pada 1923 bagi tujuan menjaga kebajikan pekerja India di Tanah Melayu76. Agen
yang berkhidmat di bawah Jabatan Buruh Malaya ini, diberi kuasa untuk melawat estet-
estet untuk mengetahui keadaan tempat kerja, kemudahan yang disediakan dan
mendengar rungutan masalah-masalah yang dihadapi orang India di estet. Secara tidak
langsung, agen ini bertindak sebagai wakil kerajaan India dan memperjuangkan nasib
para pekerja estet yang majoritinya orang India. Peranannya sebagai pembela kepada
orang India secara tidak langsung menabur semangat nasionalisme di kalangan orang
India estet.

Penerbitan akhbar India di sekitar tahun 1952 telah membantu dalam penyebaran
semangat nasionalisme di kalangan masyarakat India. Ia memaparkan perkembangan
politik di India dan sedikit sebanyak menimbulkan minat orang India terhadap

74
Yusoff Iskandar dan Khalil Yusoff, Diskusi Sejarah, hlm.21.
75
Ibid.
76
William L. Holland, Asian Nationalism and The West, Octagon, New York, 1973, hlm.287.
24

perkembangan politik di India dan menyemai perasaan nasionalisme di kalanagan


masyarakat India di Tanah Melayu77.

3.2.1 SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA

Manifestasi kegiatan politik orang India sebelum akhir tahun 1920 dan 1930 adalah
melalui pergerakan Gadhar dan Kalifhat78. Gadhar merupakan satu gerakan politik di
kalangan orang Sikh dan ia bermula di Washington pada tahun 1913 dan mendapat
sambutan di India dan Tanah Melayu khususnya di Perlis dan Kedah79. Manakala gerakan
Kalifhat pula dipimpin oleh Mohammed dan Shaukat Ali dilihat sebagai gerakan anti
British80. Perasaan anti British ini telah membawa kepada tercetusnya Dahagi di
Singapura pada 1915 dan melibatkan askar India yang beragama Islam81.

Lawatan Nehru ke Tanah melayu pada 1937 membawa kepada pembentukan


Central India Association Of Malaya ( CIAM )82. Ia merupakan satu-satu parti politik
India di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua dan CIAM dianggotai oleh 12
persatuan negeri, 4 dewan perniagaan India83. Ia dilihat sebagai titik tolak kepada gerakan
politik orang India di Tanah Melayu dan telah giat memperjuangkan nasib golongan
buruh untuk perbaiki taraf hidup dan ekonomi orang India di Tanah melayu.

3.2.2 SEMASA PERANG DUNIA KEDUA

Semasa pendudukan Jepun, perjuangan kebangsaan Orang India tertumpu kepada negara
India. Pihak Jepun memberi semangat kepada orang India di Tanah Melayu untuk bersatu
dalam memperjuangkan kemerdekaan India dari Inggeris84.

77
William L. Holand, Asian Nationalism and The West, hlm.287.
78
Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, hlm. 395.
79
Khoo Kay Kim, Latarbelakang masharakat India dan Cina di Tanah Melayu, hlm.17,
80
Ibid.
81
Ibid.
82
Yusoff Iskandar dan Khalil Yusoff, Dikusi Sejarah, hlm.21.
83
Ibid.
84
Zainal Abidin b. Abdul Wahid, Khoo Kay Kim, Muhd Yusuf Ibrahin, Nik Hassan Suhaimi b. Nik
Abdul Rahman dan Mohd Amin b. Hassan, Malaysia: Warisan dan Perkembangan, Dewan Bahasa
Pustaka, Kuala Lumpur, 1992, hlm.183.
25

Ia menyaksikan penubuhan Liga kemerdekaan India ( IIL ) pada tahun 1934 manakala
Pasukan Tentera Nasional India ( INA ) pula ditubuhkan dengan kerjasama Jepun dan
Kolonel Mohan Singh dan ia mempunyai kekuatan 16,000 tentera menjelang akhit tahun
194285. Selain itu, Chandra Bose, seorang pelarian politik telah menubuhkan kerajaan
Azad ( India Bebas ) di Singapura pada Oktober 194386. Ia telah memberi nafas baru
kepada kemerdekaan India dan slogan ‘Chalo Delhi’ yang bermakna ‘ Mara ke Delhi’
digunakan bagi meniup semangat nasionalisme di kalangan orang India di Tanah Melayu
ke arah pembentukan negara India yang merdeka87.

Perang Dunia Kedua memperlihatkan semangat nasionalisme oaring India Tanah


Melayu yang tinggi. Kegiatan Liga Kemerdekaan India, Tentera Kebangsaan India dan
kerajaan Azad Hind berjaya menarik minat orang India Tanah Melayu terhadap
perkembangan politik yang berkiblatkan negara India.

3.2.3 SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

Perjuangan orang India Tanah Melayu mulai berorentasikan Tanah Melayu dengan
tertubuhnya Malayan Indian Congress ( MIC ). Ia ditubuhkan pada 8 Ogos 1946 dan
presiden pertamanya ialah John Thivy88. Tujuan utama MIC ialah memupuk dan
memelihara kepentingan politik, sosial dan ekonomi kaum India di Tanah Melayu89. Ia
turut memperjuangkan kemajuan politik bersama-sama kaum yang lain di Tanah Melayu.

MIC mulai memperlihatkan kematangan dalam politik pada tahun 1946 apabila ia
menyertai AMCJA bagi memperjuangkan sebuah negara yang merdeka. Pada tahun 1954
pula, ia menyertai Parti Perikatan UMNO-MCA dan telah bertanding dalam pilihanraya
1955 atas tiket Perikatan. Hari ini MIC, merupakan parti politik orang India yang utama
dan berjaya memelihara kepentingan masyarakat India di Tanah Melayu.

85
Ibid, hlm. 184.
86
Ibid.
87
Ibid.
88
Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, hlm. 397.
89
Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, hlm. 397.
26

KESIMPULAN

Kemunculan kuasa Barat khususnya British telah menyaksikan perubahan demografi di


Tanah Melayu. Ia menyaksikan kebanjiran imigran dari China dan India yang seterusnya
membawa kepada pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia. Namun begitu, ia telah
memperlihatkan tahap serta senario perkembangan di kalangan tiga kaum utama iaitu
Melayu, Cina dan India yang agak berbeza.

Kehadiran imigran Cina dan India telah dilihat sebagai ancaman kepada
kesinambungan masyarakat Melayu. Ini seterusnya membawa kepada gerakan
nasionalisme di kalangan orang Melayu. Ia bermula dengan gerakan sosial dan bertujuan
untuk melindungi kepentingan ekonomi orang Melayu di samping memupuk kesedaran
tentang perlunya pendidikan untuk memajukan bangsa. Perang Dunia Kedua yang
tercetus disekitar tahun 1940an telah menyaksikan kemunculan gerakan politik Melayu
seperti KRIS, Kesatuan Melayu Muda serta PETA yang berusaha untuk membawa orang
Melayu keluar dari kongkongan penjajah. Ia sememangnya satu pengalaman yang begitu
bernilai bagi orang Melayu dan ia terbukti dalam perjuangan masyarakat tersebut dalam
menentang Malayan Union serta perjuangan ke arah kemerdekaan Tanah Melayu.

Masyarakat Cina dan India yang berhijrah ke Tanah Melayu atas faktor ekonomi
pula dilihat kurang mengambil tahu perkembangan Tanah Melayu. Kehadiran mereka
untuk mencari nafkah dan masih setia kepada negara masing-masing dilihat sebagai
punca gerakan nasionalime di kalangan orang cina dan India yang agak perlahan
berbanding orang Melayu. Masyarakat pendatang berkenaan dilihat lebih berminat
dengan perkembangan di negara asal dan gerakan-gerakan awal dilihat lebih bersifat
sosial dan ekonomi semata-mata. Namun demikian, ia mula perlihatkan perbezaan yang
ketara selepas Perang Dunia Kedua, masyarakat Cina dan India mula memberi tumpuan
terhadap perkembangan di Tanah Melayu. Mereka turut terlibat dalam gerakan yang
bermotifkan politik lokal dalam usaha melindungi kepentingan masayarakat masing-
masing.
27

Perkembangan tersebut telah memulakan satu lembaran baru dalam sejarah


negara. Di mana telah memperlihatkan kerjasama antara kaum dalam usaha mendapatkan
kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Walaupun ia berjaya membuahkan hasil namun proses
ke arah itu bukanlah sesuatu yang mudah. Ia banyak melibatkan pengorbanan, tolak ansur
serta keyakinan yang tidak berbelah bagi antara kaum.

Anda mungkin juga menyukai