Anda di halaman 1dari 21

NOR BAHIYAH

_______________________________________________________________________
_

Soalan
Sebagai seorang pelajar linguistik dan sosiolinguistik, anda sememangnya peka akan
perkara ini. Namun begitu, adakah masyarakat sedar atau peka dan memiliki
pengetahuan akan perkara ini? Sejauh manakah aspek sosiolinguistik ini benar-benar
wujud dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian masyarakat kita?

1.0 PENDAHULUAN

Sosiolinguistik adalah salah satu bidang utama dalam disiplin linguistik. Nama
sosiolinguistik terbentuk daripada dua istilah, iaitu sosio (singkatan daripada sisiologi-
disiplin yang meneliti masyarakat) dan linguistik-disiplin yang meneliti bahasa. Dengan
sifat penggabungan dua disiplin ini, sosiolinguistik memberi tumpuan kepada dua entiti,
iaitu bahasa dan masyarakat. Sosiolinguistik menganggap bahasa dan masyarakat sebagai
satu struktur yang mempunyai hubungan yang rapat antara kedua-duanya.

Bidang sosiolinguistik itu adalah merupakan satu bidang yang membabitkan


kajian bahasa dan masyarakat yang sangat luas cakupannya. Ia menumpukan kepada
bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan. Melalui bahasa, manusia dapat berhubung,
menyampaikan buah fikiran dan perasaan. Dengan bahasa juga mereka mengeratkan
hubungan antara satu sama lain sebagai anggota satu masyarakat.

Kajian ini merupakan satu percubaan untuk meninjau sejauh manakah aspek
sosiolinguistik ini benar-benar wujud dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian
masyarakat kita. Sosiolinguistik akan menunjukkan bagaimana kita harus berbicara
apabila kita berada dalam masjid, ruang perpustakaan atau di pasar, misalnya.

1
HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
NOR BAHIYAH
_______________________________________________________________________
_

2.0 ASPEK KAJIAN

Kita perlu akur, kualiti bahasa Melayu yang dituturkan kini semakin lama semakin
berkurang. Ini mungkin disebabkan oleh kurangnya peranan media terutamanya media
elektronik. Selain dari itu, bahasa Melayu kurang dituturkan oleh bangsa India dan Cina
untuk tujuan bersosialisasi.

Program realiti dan program siaran langsung tanpa suntingan awal, mendedahkan
penonton dan pengacara atau artis-artis pujaan kepada penggunaan bahasa rojak ini
sehingga bertembunglah bahasa pasar dengan bahasa rojak menjadikan ia satu kebiasaan
dan akhirnya satu ikutan yang gelombangnya susah disekat lagi.

Pada kalangan murid-murid Cina dan India juga kebanyakannya masih kurang
menguasai Bahasa Melayu. Ini ditambahlah jika mereka bersekolah di sekolah venakular
seperti SJK( C ) dan SJK ( T ).Apatah lagi soalan aras Bahasa Melayu UPSR lebih rendah
dari sekolah kebangsaan.

2.1 SAMPEL KAJIAN


Dalam kajian ini saya telah mengkaji 10 orang responden. Mereka terdiri dari
pelbagai latar belakang,latar belakang, umur, jantina, bangsa dan sebagainya

2.2 PEMEROLEHAN DATA

Data kajian sampel diperoleh hasil dari temu bual secara tidak formal berasaskan
soalan yang dikemukakan di 2.3 bertepatan dengan mengikut tugasan yang diberikan.
Selain dari itu, kaedah permerhatian juga dijalankan untuk memperkemaskan hasil
tugasan.

2
HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
NOR BAHIYAH
_______________________________________________________________________
_

2.3 SOALAN KAJI SELIDIK


KAJI SELIDIK LINGUISTIK DAN SISIOLINGUSTIK

Nama :___________________________________________
Umur :___________________________
Jantina :___________________________
Bangsa :___________________________
Agama :___________________________
Pekerjaan :___________________________
Kelulusan akademik :_____________________
Bilangan bahasa yang dikuasai :____________________________
Nyatakan :___________________________________________

Soalan-soalan
1. Apakah bahasa yang digunakan di rumah?
___________________________________________________________

2. Apakah bahasa lain yang digunakan selain daripada bahasa di atas?


___________________________________________________________
3. Bahasa yang digunakan di tempat kerja?
___________________________________________________________

4. Bahasa yang digunakan dalam aktiviti sosial. Contohnya bersama rakan- rakan.
___________________________________________________________

5. Bilakah anda menggunakan bahasa rasmi?

3
HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
NOR BAHIYAH
_______________________________________________________________________
_

___________________________________________________________

6. Persepsi / pandangan mengenai bahasa Melayu.


___________________________________________________________
___________________________________________________________

7. Persepsi / pandangan mengenai bahasa kedua?


___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________

8. Persepsi / pandangan mengenai masa depan Bahasa Melayu.


___________________________________________________________
___________________________________________________________
__________________________________________

3.0 DAPATAN KAJIAN


3.1 LAPORAN DAPATAN KAJIAN
Berikut adalah laporan gambaran sebenar sejauh mana ilmu linguistik dan sosiolinguistik
ini benar-benar dipraktikkan dalam kehidupan seharian berasaskan kaji selidik yang
dilakukan.
a) Responden 1.
Umur: 50 tahun
Jantina: Wanita
Bangsa : Melayu
Kelulusan: MCE (Malaysia Certificate Examination)
Jawatan : Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Pengalaman Kerja: 25 tahun

4
HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
NOR BAHIYAH
_______________________________________________________________________
_

Beliau merupakan seorang wanita berkerjaya yang mempunyai pengetahuan


linguistik yang tinggi. Tugas sebagai Penolong Kanan sekolah secara tidak langsung amat
memerlukan beliau berinteraksi dengan berkesan.. Kepakaran beliau sebagai guru bahasa
Melayu tidak dinafikan kerana beliau dapat memahami sedikit sebanyak ilmu linguistik
dan digunakan bagi menyesuaian diri semasa berinteraksi. Penggunaan laras bahasa dan
juga ragam bahasa akan ditukar mengikut situasi dan tempat. Dalam menghadiri
mesyuarat, bahasa yang digunakan oleh beliau adalah bahasa formal yang merujuk
kepada penggunaan bahasa yang lebih teratur, lengkap dan memerlukan segala strategi
pertuturan untuk memberi gambaran yang beradat dan hormat dalam konteks formal.
Selain dari itu beliau menggunakan dialek Perak kerana beliau adalah anak jati Kuala
Kangsar.

b) Responden 2:
Umur: 26 tahun
Jantina: Wanita
Bangsa : Melayu
Kelulusan : Sijil Pelajaran Malaysia (STPM)
Jawatan : Guru Bahasa Inggeris
Pengalaman Kerja: 1 tahun

Merupakan seorang wanita bekerjaya yang sering berhubungan dengan


masyarakat tempatan dan juga sebagai guru Bahasa Inggeris di sekolah. Mempunyai
pengetahuan linguistik dan berupaya menerap pengetahuan tersebut semasa berinteraksi.
Beliau juga mahir dalam berbahasa Inggeris. Tambahan pula bapanya berketurunan
Inggeris. Sesekali perbualan beliau dicampurkan dengan perkataan Inggeris seperti ‘so’,
‘whateverlah’, ‘dontlah’ dan sebagainya. Beliau baru sahaja menerima jawatan sebagai
seorang pendidik. Jadi, nampak pertuturan beliau agak terbatas dan tersekat-sekat kerana
beliau kurang bercampur dengan organisasi besar sebelum ini. Dialek Melaka seperti

5
HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
NOR BAHIYAH
_______________________________________________________________________
_

perkataan pagaw (pagar) juga sangat ketara apabila berbual-bual dengan rakan sekerja.
Beliau kelihatan cuba menyesuaikan diri dengan dialek Perak tempat beliau bekerja.

c) Responden 3
Umur: 27 tahun
Jantina: Lelaki
Bangsa : Temiar (orang asli)
Kelulusan : Bersekolah hingga darjah 3
Jawatan : Kerja sendiri
Pengalaman Kerja: Tiada

Merupakan seorang lelaki berketuruanan asli berbangsa Temiar. Latar belakang


pendidikan yang rendah menyebabkan beliau tidak memahami dan tidak mempunyai
pengetahuan linguistik. Bertutur dalam dialek ibundanya iaitu bahasa Temiar, butir
percakapan beliau agak bebas bergantung kepada topik dan penjelasan perbicaraan. Isi
kandungan ucapan tidak berdasarkan sesuatu yang ilmiah. Beliau lebih banyak
menggunakan bahasa kolokial bagi mewujudkan kemesraan. Beliau tidak mementingkan
struktur ayat serta sistem tatabahasa. Apa yang penting adalah unntuk mendapat makna
supaya dapat difahami maksud perbualan dengan segera. Memandangkan beliau tidak
menerapkan pengetahuan linguistik dalam penggunaan bahasa, beliau berkomunikasi
tanpa memikirkan status sosial pendengar, situasi atau pun keadaan semasa berinteraksi.
Beliau tidak pernah didedahkan dengan cara berkomunikasi yang betul dalam situasi-
situasi yang berlainan. Namun begitu, beliau tahu menghormati orang lain.

d) Responden 4
Umur: 29 tahun

6
HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
NOR BAHIYAH
_______________________________________________________________________
_

Jantina: Wanita
Bangsa : Melayu
Kelulusan : Ijazah Kesetiausahaan
Jawatan : Setiausaha syarikat
Pengalaman Kerja: 5 tahun

Merupakan seorang wanita berkerjaya dan mempunyai pengetahuan penggunaan


bahasa dalam konteks sosial. Beliau dapat menerapkan pengetahuan tersebut dalam
konteks sosial seperti apabila berinteraksi dengan pengarah, pelanggan orang awam dan
sebagainya. Beliau mempunyai latar belakang pendidikan yang baik dan mempunyai latar
pergaulan yang luas kerana beliau juga melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial yang
lain seperti BELIAWANIS, ahli jawatankuasa cawangan sebuah parti politik yang aktif
dan lain-lain lagi. Dalam perbualan seharian, beliau menggunakan dialek utara kerana
beliau berasal dari Parit Buntar. Pernah menetap di negeri Johor selama 8 tahun dan
bersuamikan seorang yang berasal dari Johor, Bahasa pertuturan beliau bercampur antara
dialek utara dan dialek Johor kerana dipengaruhi oleh pengalaman tinggal di Johor.
Beliau juga begitu mudah menukar kepada Bahasa Inggeris sekiranya penutur yang
bersamanya menggunakan tersebut memandangkan beliau juga mempunyai asas Bahasa
Inggeris yang baik. Berpendidikan Ijazah di Universiti Teknologi Mara. (UITM)

e) Responden 5
Umur: 47 tahun
Jantina: Lelaki
Bangsa : Cina
Kelulusan : Sijil Pelajaran Malaysia
Jawatan :
Pengalaman Kerja: 20 tahun

7
HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
NOR BAHIYAH
_______________________________________________________________________
_

Merupakan seorang lelaki yang mempunyai tahap pendidikan yang sederhana


tetapi mempunyai tahap pengalaman yang tinggi. Bermula sebagai seorang kerani, beliau
meniti satu-persatu anak tangga sehingga menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai
Perkhidmatan Pelanggan di tempat beliau bekerja sekarang. Berdasarkan latar belakang
beliau, beliau merupakan seorang pentadbir bagi sebuah organisasi. Beliau berinteraksi
dengan para pekerja, mempengerusikan mesyuarat, membentang kertas kerja dan
sebagainya. Sudah pasti beliau harus mahir dalam penggunaan bahasa dalam konteks
sosial dan menerapkan pengetahuan linguistik dalam berinteraksi dengan semua yang
berkaitan dengan beliau. Bahasa pertuturan beliau adalah Bahasa Inggeris tetapi mahir
berbahasa Melayu. Dalam perbualan seharian, beliau merupakan seorang yang banyak
menggunakan bahasa campur iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Walau pun begitu
beliau masih menuturkan dialek cina ‘Hokkien’ di rumahnya.

f) Responden 6
Umur: 18 tahun
Jantina: Lelaki
Bangsa : Melayu
Kelulusan : Sijil Pelajaran Malaysia
Jawatan : Pekerja Kedai Runcit
Pengalaman Kerja: 3 bulan

Merupakan seorang remaja yang yang mendapat keputusan SPM yang kurang
memberangsangkan. Oleh itu, beliau terus bekerja di kedai runcit milik bapa kawannya.
Beliau kurang mempunyai pengalaman bekerja . Beliau berinteraksi hanya di kalangan
rakan sebaya, guru-guru dan ibubapa secara tidak formal,Sedikit pengalaman berurusan
dengan orang awam mengurangkan keyakinan beliau untuk menggunakan penerapan
linguistik dalam konteks sosial beliau. Berasal dari negeri Kedah dan menggunakan
dialek utara bila berkomunikasi, bahasa pertuturan beliau dipengaruhi juga dengan
bahasa pertuturan bapanya yang berasal dari negeri Johor. Beliau dapat menerapkan

8
HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
NOR BAHIYAH
_______________________________________________________________________
_

pengetahuan linguistik beliau apabila berinteraksi dengan kawan-kawan, guru-guru dan


ibubapa tetapi belum dapat menggunakan bahasa yang bersesuaian apabila berinteraksi
dengan mereka yang mempunyai status tinggi di dalam masyarakat seperti pengarah
syarikat, pegawai pendidikan, menteri dan sebagainya..Ragam bahasa beliau adalah
bahasa tidak formal dan sedikit dialek seketika digunakan sesama rakan sebaya seperti
penggunaan perkataan ‘yo’ yang tidak mempunyai apa-apa maksud, ‘stailo’ yang
dipinjam dari perkataan Inggeris bermaksud ‘gaya’, menggunakan juga bahasa kolokial
yang agak kasar sebagai gurauan seperti ‘siot’ tetapi dapat diterima di kalangan mereka.

g) Responden 7
Umur: 28 tahun
Jantina: Lelaki
Bangsa : Melayu
Kelulusan : Ijazah
Jawatan : Guru JQAF sekolah
Pengalaman Kerja: 2 tahun
Responden merupakan seorang lelaki dewasa yang berkelulusan Ijazah (BA
HONS) Universiti Al-Azhar. Negeri kelahirannya ialah Kelantan dan kini menetap di
Perak. Bahasa pertuturan beliau dalam Bahasa Melayu banyak dipengaruhi dengan dialek
Kelantan seperti penggunaan perkataan ‘demo’ untuk ‘awak’ dan ‘ambo’ untuk ‘saya’.
Penggunaan perkataan ‘pitih’ untuk wang atau duit sering dituturkan apabila beliau
berinteraksi secara tidak formal.Beliau akan menggunakan dialek Kelantan apabila
berkomunikasi dengan orang yang berasal dari Negeri Kelantan seperti dengan keluarga
dan adik-beradik beliau sendiri. Dari aspek penerapan pengetahuan linguistik dalam
hubungan dengan organisasi masyarakat, tugas beliau memerlukan beliau berinteraksi
dengan pelajar-pelajar, guru-guru, guru besar, pengetua, kakitangan Jabatan Pelajaran
Daerah, kakitangan Jabatan Pelajaran Negeri, dan sebagainya. Sememangnya beliau
mempunyai pengetahuan linguistik yang tinggi dan dapat menerapkan pengetahuan
beliau dalam konteks sosial dengan mudah sekali berdasarkan pengalaman beliau

9
HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
NOR BAHIYAH
_______________________________________________________________________
_

berinteraksi dengan pelbagai golongan masyarakat.di Malaysia dan Mesiran .Beliau dapat
menyesuaikan ragam bahasa dan laras bahasa dengan status pengguna dalam konteks
sosial tersebut. Selain menggunakan bahasa Melayu, beliau juga fasih menggunakan
bahasa Arab ketika bersama-sama dengan rakan-rakan di Mesir dahulu.
h) Responden 8
Umur: 42 tahun
Jantina: Lelaki
Bangsa : India
Kelulusan : Sijil Pelajaran Malaysia
Jawatan : Pekerja Am
Pengalaman Kerja: 15 tahun

Merupakan seorang pekerja am , responden di bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang.


Responden berasal dari Sitiawan dan kini menetap di Taiping. Dialek bahasa Tamilnya
amat mempengaruhi percakapannya dalam bahasa Melayu. Responden sering
menuturkan ‘belakang’ bermaksud ‘kemudian’. Struktur ayatnya agak celaru IAgak sukar
beliau sesuatu maksud dan mudah untuk difahami. Belaiu sering menuturkan bahsa Tamil
di rumah malah anak-anaknya bersekolah di SJK(T) untuk mendalami bahasa Tamil.

i) Responden 9
Umur: 42 tahun
Jantina: Wanita
Bangsa : India
Kelulusan : Ijazah Perubatan
Jawatan : Doktor
Pengalaman Kerja: 15 tahun

Merupakan seorang yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan bahasa
Tamiildengan fasih. Walau bagaimanapun beliau kurang fasih bertutur Tamil.. Dalam

10
HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
NOR BAHIYAH
_______________________________________________________________________
_

konteks sosial, beliau mempunyai hubungan langsung dengan pesakit, rakan setugas,
jururawat dan juga masyakat sekitar amnya. Beliau mahir menyesuaikan laras bahasanya
mengikut situasi. Jika beliau berbicara dengan pesakit yang mempunyai kemahiran
linguistik yang agak kurang, beliau gemar menggunakan istilah yang memudahkan
pesakit untuk memahaminya. Apa yang menarik, beliau jarang menggunakan Bahasa
Tamil walaupun lahir di dalam keluarga India. Bagi masyarakat India, mereka lebih
mengkagumi seseorang yang boleh menggunakan Bahasa Inggeris dengan fasih. Lantaran
sikap ini menyebabkan Bahasa Tamil agak terpinggir terutamanya bagi mereka yang
mempunyai status sosial yang tinggi.

j) Responden 10
Umur: 42 tahun
Jantina: Wanita
Bangsa : Melayu
Kelulusan : Ijazah Sarjana Sastera
Jawatan : Suri rumah
Pengalaman Kerja: tiada

Merupakan seorang suri rumah sepenuh masa tetapi mempunyai latar belakang
pendidikan agak baik. Mungkin tiada rezeki beliau untuk mendapatkan pekerjaan yang
tetap menyebabkan beliau menjadi suri rumah sepenuhnya. Walaupun begitu, beliau tetap
tahu menggunakan pengetahuan linguistik kerana beliau rajin mengajar anak-anaknya di
rumah. Pergaulannya tidak terbatas di sekitar kawasannya sahaja malah di daerah-daerah
lain juga kerana suaminya yang bekerja sebagai pegawai perhubungan kadang kala
memaksa beliau berada di samping suami. Oleh itu, beliau amat mahir dan dapat
menyesuaikan penggunaan linguistik berdasarkan situasi, tempat dan kenalannya. Selain

11
HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
NOR BAHIYAH
_______________________________________________________________________
_

bahasa Melayu, beliau juga menggunakan bahasa Jawa ketika berbicara dengan keluarga
sebelah suaminya yang berketurunan Jawa. Beliau juga boleh berbahasa Inggeris tetapi
jarang digunakan kerana tidak berpeluang untuk berkomunikasi dengan orang lain yang
berbahasa Inggeris.

3.2 RUMUSAN HASIL TEMU BUAL


3.2 1 BERASASKAN KAJIAN LINGUISTIK DAN SISIOLINGUISTIK

a) Penggunaan bahasa dalam konteks sosial dengan penerapan pengetahuan


linguistik.

Mengapa manusia berbahasa? Bahasa amat penting dalam kehidupan manusia agar dapat
berinteraksi sesama manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Sekiranya keperluan
ini disekat, ini akan mendatangkan kemudaratan kepada jiwa dan rohani manusia.
Sebagai contoh, seorang yang diasingkan daripada masyarakat dan tidak dibenarkan
berinteraksi dengan orang lain, ini akan memberi tekanan yang besar kepada manusia
kerana tidak berkesempatan untuk berbahasa ataupun berbicara dengan orang lain.
Dengan adanya teman untuk berbicara, rohani seseorang akan menjadi lebih sihat
walaupun perkara yang dibicarakan tidak penting.

Keupayaan berbahasa seseorang individu akan dapat menghubungkannya dengan


individu lain. Hal ini juga akan membolehkan seseorang bertukar-tukar fikiran dan dapat
meluahkan perkara yang dihajati kepada teman yang lain. Kepentingan ini menjadikan
manusia lebih proaktif kerana adanya idea-idea yang tidak hanya datang daripada diri
sendiri sebaliknya idea-idea yang datang daripada individu lain yang lebih mempunyai
kepakaran dalam sesuatu perkara.

Penelitian bahasa dalam sosiolinguistik melibatkan percubaan mengaitkan viarasi


bahasa dengan konteks sosial seperti kelas, jantina, geografi dan sebagainya dalam

12
HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
NOR BAHIYAH
_______________________________________________________________________
_

masyarakat. Sosiolinguistik menjelaskan bagaimana menggunakan bahasa itu dalam


aspek atau segi sosial tertentu yang boleh dijadikan panduan dalam berkomunikasi dan
berinteraksi. Ia memberi pedoman kepada kita dengan menunjukkan bahasa, ragam
bahasa atau gaya bahasa apa yang harus kita gunakan semasa berbicara dengan orang
tertentu.

b) Interaksi antara bahasa dengan latar belakang penggunaan bahasa;

Kajian bagaimana norma dan nilai sosial mempengaruhi perilaku linguistik, seperti
penyelidikan yang dilakukan oleh Bernstein mengenai perbezaan gaya ujaran kelas
pertengehan dan kelas atasan masyarakat Inggeris. Tentulah penyelidikan mengenai
alasan-alasan masyarakat yang mewujudkan perilaku bahasa begitu tidak terbatas pada
perbezaan stail kelompok dalam suatu masyarakat, tetapi juga berkaitan dengan variasi
komunikasi antara kelompok-kelompok masyarakat bahasa dan mengutarakan konsep
yang termaktub dalam istilah sosiolinguistik, iaitu kecekapan berkomunikasi.

Salah satu hasil daripada konferens pertama sosiolinguistik yang dirumuskan oleh
Dittmar dalam tujuh dimensi dalam penyelidikan sosiolinguistik, iaitu seperti berikut:
- Identiti sosial penutur
- Identiti sosial pendengar yang terlibat dalam proses komunikasi
- Lingkungan sosial tempat peristiwa ujaran terjadi
- Analisis sinkronik dan diakronik terhadap dialek-dialek sosial
- Penilaian sosial yang berbeza oleh penutur akan bentuk-bentuk perilaku ujaran
- Tingkatan neka atau ragam linguistik
- Penerapan praktikal daripada penyelidikan sosiolinguistik

Dengan memberikan tumpuan kepada penggunaan bahasa, khususnya dari segi


kelainan bahasa iaitu penggunaan pelbagai bentuk bahasa bagi menyatakan atau
mengungkapkan perkara yang sama oleh ahli-ahli sesuatu masyarakat itu, adalah dengan

13
HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
NOR BAHIYAH
_______________________________________________________________________
_

menganjurkan suatu teori bahasa yang dapat menjelaskan cara bhasa digunakan dalam
sesebuah masyarakat itu serta pemilihan bentuk-bentuk bahasa tertentu oleh ahli-ahlinya
yang lain semasa mereka menggunakan bahasa berkenaan.

Banyak tempat di seluruh negara terdapat pertentangan kelas yang disebabkan


oleh perbezaan kelas yang berasaskan etnik, agama, bahasa dan lain-lain. Manakala
dalam masyarakat yang ada kelas tinggi dan rendah juga terdapat perbezaan bahasa
seperti yang digunakan oleh golongan atasan, menengah dan bawahan. Perbezaan dialek
berlaku pada sebutan, kosa kata, struktur ayat dan lain-lain.

Penggunaan bahasa tidak hanya dikawal dan ditentukan oleh atur rumus formal
tetapi juga oleh peraturan-peraturan bukan tatabahasa yang telah dipersetujui bersama
oleh masyarakat pengguna tersebut. Peraturan-peraturan dan tatasusila berbahasa telah
ditentukan oleh anggota sesuatu masyarakat harus dipatuhi oleh pengguna bahasa
tersebut. Keingkaran terhadap ketetapan atau kekangan ini akan menimbulkan reaksi
penolakan dan cemuhan atau boleh menimbulkan masalah. Contohnya, jika kita adalah
anak dalam satu keluarga, kita harus menggunakan ragam bahasa yang berbeza jika
bercakap dengan ayah, ibu, kakak atau adik.

c) Hubungan bahasa dengan organisasi masyarakat (contoh : hubungan bahasa


dengan kelas atau status pengguna, konteks sosial, dan sebagainya)

Bahasa mempunyai pelbagai fungsi, iaitu penggunaan bahasa untuk pelbagai tujuan
seperti untuk menggambarkan sesuatu suasana atau fungsi representasi; untuk
menyampaikan maklumat antara penutur dengan pendengar, untuk menjadikan pendengar
menyambut, untuk mempernyatakan atau mengujarkan perasaan dan untuk pentaakulan
intelektual. Ada empat golongan fungsi bahasa iaitu fungsi kebudayaan, fungsi
kemasyarakatan, fungsi perorangan dan fungsi pendidikan.

14
HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
NOR BAHIYAH
_______________________________________________________________________
_

Dalam fungsi kebudayaan, bahasa itu menjadi sarana untuk memperkembangkan


sesuatu kebudayaan yang dimiliki oleh sesuatu bangsa. Bahasa berfungsi sebagai jalur,
relung, atau laluan untuk meneruskan dan melestarikan sesuatu kebudayaan dari satu
tahap ke satu tahap dan dari satu generasi ke satu generasi.

Fungsi kemasyarakatan pula terbahagi kepada dua iaitu yang berdasarkan ruang
lingkup dan yang berdasarkan bidang pemakaian. Dalam ruang lingkup terdapat dua jenis
iaitu bahasa kebangsaan dan bahasa kelompok.

Fungsi perorangan pula terbahagi kepada beberapa fungsi seperti fungsi


instrumental, fungsi menyuruh, fungsi interaksi, fungsi keperibadian, fungsi khayalan dan
fungsi informasi.

Manakala fungsi pendidikan pula dikatakan sebagai tujuan penggunaan bahasa


dalam pendidikan dan pengajaran. Seterusnya fungsi pendidikan terbahagi kepada empat
iaitu fungsi integratif, fungsi instrumental, fungsi cultural dan fungsi penalaran.

Dengan keadaannya di atas, masyarakat juga mempunyai pelbagai ciri. Bahasa


yang digunakan dalam sesebuah masyarakat ditentukan oleh norma-norma sosial.
Masyarakat berubah dari semasa ke semasa yang disebabkan oleh pelbagai faktor. Ini
memberi kesan kepada bahasa yang mengemban masyarakat tersebut.

Dalam masyarakat melayu, pangkat dalampentadbiran atau dalam hubungan


kekeluargaan bahkan di kalangan adik beradik sangat dibezakan seperti Kak Long, Abang
Ngah, Pak Uda, Mak Alang dan sebagainya. Seseorang itu juga mestilah memastikan
sama ada kata-kata yang dipakai sesuai dengan kedudukannya. Misalnya antara rujukan
kehormat dengan pangkat atau gelaran peribadi yang disapa.

15
HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
NOR BAHIYAH
_______________________________________________________________________
_

d) Sikap terhadap bahasa dan perbezaan-perbezaan yang terdapat dalam bahasa


yang berkaitan dengan faktor-faktor kemasyarakatan.

Pertembungan budaya berlaku apabila seseorang atau kumpulan manusia dari satu
budaya bertemu atau bertembung dengan seseorang atau kumpulan manusia dari budaya
yang lain. Pertembungan budaya ini berlaku dalam pelbagai jenis peristiwa dan keadaan.
Serentak dengan pertembungan budaya maka berlakulah juga pertembungan bahasa.

Hasil daripada pertembungan ini, maka lahirlah beberapa bahasa baru, yang
moden, penuh intelektual dan juga bahasa campuran yang dianggap rosak dan tercemar.
Selain itu berlaku juga hal-hal yang positif, iaitu pemodenan dan pengintelektualan
bahasa seperti yang berlaku pada bahasa Melayu kini.

Sikap sesetengah individu kadangkala tidak menitikberatkan susunan bahasa yang


digunakan. Mungkin kerana sudah biasa dengan bahasa pasar yang digunakan dan ada
juga segelintir mereka yang tidak tahu menahu penggunaan bahasa mengikut situasi yang
sebenar. Contohnya remaja zaman sekarang lebih suka menggunakan bahasa ringkas
seperti pengaruh sistem khidmat pesanan ringkas (sms), penggunaan bahasa rock dan
metal dan macam-macam lagi. Selain itu, mereka juga menghadapi masalah gangguan
dialek dan bahasa ibunda. Masalah ini bukan sahaja boleh menjejaskan pengajaran dan
pembelajaran lisan malah akan terbawa-bawa dalam aktiviti penulisan.

Apabila bahasa-bahasa ini menjadi amalan mereka seharian, ia akan


mempengaruhi penggunaan bahasa mereka ketika di sekolah. Misalnya ketika menulis
karangan bahasa Melayu, mereka akan menggunakan bahasa yang tidak sesuai dengan
urusan rasmi seperti di sekolah atau urusan pejabat. Ini menunjukkan sikap yang tidak
mengambil berat terhadap penggunaan bahasa yang standard semasa berkomunikasi.

16
HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
NOR BAHIYAH
_______________________________________________________________________
_

3.2.2 PANDANGAN RESPONDEN TENTANG CARA MENINGKATKAN


PENGGUNAAN BAHASA DALAM KONTEKS LINGUISTIK

Dalam kajian ini, saya telah mengkaji 10 orang responden. Secara


keseluruhanya didapati bahawa semua responden menggunakan bahasa Melayu sama ada
di rumah mahupun ketika bersosial. Semua berpendapat bahawa bahasa Melayu ini patut
dijaga dan dipelihara supaya tidak hilang dek zaman. Mereka menunjukkan pandangan
yang positif terhadap bahasa Melayu walaupun berlainan bangsa dan agama. Tetapi
mereka beranggapan bahawa bahasa Melayu ini sering berlaku perubahan yang
menyebabkan mereka sendiri keliru tentang masalah penggunaan bahasa. Maka sebab
itulah penggunaan bahasa pasar, bahasa rojak dan dialek daerah lebih mudah digunakan
di mana sahaja sebab tidak ada masalah penggunaan bahasa di kalangan mereka yang
mengamalkannya.

Pendedahan tentang penggunaan bahasa Melayu terkini amatlah kurang


disebarkan sama ada melalui media massa atau pun media cetak. Hanya golongan-
golongan tertentu sahaja yang peka terhadap perubahan-perubahan bahasa Melayu ini.
Berbanding dengan bahasa Inggeris, dari semenjak dahulu lagi, penggunaan tatabahasa
dan nahunya tetap sama dan tidak berubah sehingga sekarang.

Walau bagaimanapun, bahasa Melayu mampu menyatakan pelbagai ilmu malah


memikul tanggungjawab yang besar sebagai bahasa persatuan dan kesatuan kaum di
Malaysia. Ini terbukti daripada dapatan kajian yang telah saya perolehi. Melalui
perpaduan yang kukuh dan persefahaman kaum yang kuat di kalangan masyarakat,
suasana politik dan sosial juga turut stabil. Ini adalah berkat bahasa Melayu menjadi
bahasa pengantar utama di dalam system pendidikan kebangsaan sejak awal tahun 70-an.

Oleh itu, untuk memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu di dalam bidang
ilmu atau ilmiah, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak kurang aktif di dalam hal ini. Peranan

17
HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
NOR BAHIYAH
_______________________________________________________________________
_

Dewan ini patut dipuji Cuma segelintir masyarakat sahaja yang tidak mengambil berat
tentang penggunaan bahasa dan perubahan-perubahan yang telah dilaksanakan.

4.0 KESIMPULAN

Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majmuk telah mewujudkan


masalah polarisasi kaum terutamanya di kalangan pelajar. Masalah polarisasi kaum di
kalangan pelajar jika tidak dibendung akan menimbulkan implikasi yang kurang sihat
terhadap Negara. Antara faktor yang menimbulkan situasi tersebut ialah perbezaan
kebudayaan dan corak hidup, di samping mengamalkan dan menganuti kepercayaan yang
berbeza dan bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan.

18
HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
NOR BAHIYAH
_______________________________________________________________________
_

Sesungguhnya gejala yang tidak sihat ini perlu dihapuskan demi perpaduan dan
masa depan Negara. Bermula dengan pelajar sekolah, perlu digalakkan berinteraksi
dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa dan kaum. Benih-benih perpaduan perlu
disemai di dalam jiwa pelajar semasa di bangku sekolah lagi supaya apabila mereka
bercampur dengan masyarakat, mereka dapat mengaplikasikan bahasa dengan sebaik-
baiknya.

Kesimpulannya, setiap bangsa ada sistem sosialnya yang tertentu yang berlapis-
lapis dan bertingkat-tingkat dari yang paling tinggi hingga ke yang paling rendah. Bahkan
ada yang dalam bentuk kasta – yang memisahkan antara kelompok atau tingkat sosial
dengan secara yang amat tegar. Namun begitu, dengan adanya bahasa, mereka dapat
berkomunikasi dan menyampaikan maklumat dengan cara yang lebih sesuai mengikut
kehendak masing-masing.

RUJUKAN

Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amat Juhari Moain. (1991). Sistem Panggilan Dalam Bahasa Melayu: Suatu Analisis
Sosiolinguistik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

19
HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
NOR BAHIYAH
_______________________________________________________________________
_

Asmah Hj Omar. (1978). Pengajaran Bahasa Malaysia dalam Konteks Pengajaran


Bahasa Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fishman, Joshua A. 1990 Language and Ethnicity in Minority Sociolinguistic


Perspectives. Cleveden: Multilingual Matters Ltd.

Hudson, R.A. 1996 Sociolinguistics (Second Edition). Cambridge: Cambridge


University Press.

Nik Safiah Karim. (1981). Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raja Mokhtaruddin Raja Mohd Dain. (1982). Pembinaan Bahasa Melayu: Perancangan
Bahasa di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

20
HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
NOR BAHIYAH
_______________________________________________________________________
_

LAMPIRAN

21
HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK