Anda di halaman 1dari 15

BAB 4

KERJA CERUCUK

4.1 PENGENALAN

Kebanyakan projek pembinaan bangunan,cerucuk akan di gunakan sebagai asas bagi menambah kekuatan dan kekukuhan bangunan. Cerucuk

di gunakan adalah kerana ia merupakan asas dalam yang paling sesuai. Cerucuk merupakan elemen struktur yang berbentuk tiang di mana ia berfungsi untuk mengagihkan beban superstruktur melalui strata yang kurang mampat atau lapisan berair pada strata yang lebih mampat dan lebih kuat. Beban yang di agihkan melalui 2 cara iaitu samaada dengan cara geseran atau tanggung hujung.Asas cerucuk merupakan satu anggota yang memindahkan bebanbeban yang dipikul ke lapisan yang keras,beban-beban ini dipindah memlalui geseran, tanggung hujung atau gabungan kedua-keduanya.

43

4.2 FAKTOR FAKTOR ASAS CERUCUK

i)

Apabila asas rakit tidak sesuai digunakan kerana tekanan bagi beban yang dikenakan tidak sekata dengan keupayaan tanah yang terlalu rendah,

menyebabkan asas cerucuk paling sesuai di gunakan. ii) Apabila keupayaan tanggung beban tanah hanya pada aras kedalaman 3m ke bawah di mana asas jalur atau asas pad tidak ekonomi jika ia di gunakan. iii) Apabila tapak bangunan yang di bina sentiasa di takungi air sepanjang tahun atau pada musim-musim tertentu seperti di kawasan tanah paya, tanah di tepi laut dan lain-lain. iv) Apabila bangunan yang bina terlalu besar dan tinggi di mana daya tolakan angin akan memberi kesan negatif terhadap bangunan tersebut.

4.3 JENIS JENIS CERUCUK

Cerucuk terbahagi kepada dua kategori iaitu : I. Cerucuk geseran ( friction pile) II. Cerucuk tanggung hujung (End bearing)

4.3.1 Cerucuk Geseran (Friction pile)

Cerucuk jenis ini dapat membawa beban superstruktur yang dikenakan oleh bangunan dan menyebarkanya kepada permukaan cerucuk denag permukaan tanah. Asas jenis ini biasanya digunakan di kawasan yang bertanah liat dan berkrlodak. Ia juga merupakan satu alternatif terhadap penggunaan asas rakit.

44

Cerucuk geseran mempunyai kesan yang boleh membawa bilangan tekanan (pressure buib) ke paras tanah yang keras dan padat dan dapat menampung teanan bebanan yang dikenakan daripada superstruktur bangunan. Ini adalah kerana tekana pada bahagian atas tanah adalah lemah dan tidak dapat menahan beban yang dikenakan dengan berkesan.

4.3.2 Cerucuk Tanggung Hujung (End bearing pile)

Cerucuk jenis ini dapat membawa beban superstruktur melalui tanah lembut dan memindahkan beban tersebut kepada aras tanah yang keras atau melalui hujung cerucuk yang dihentam sehingga bacaan setting dicapai pad lapisan tanah keras tersebut.

45

4.4 CERUCUK KONKRIT

Dalam pembinaan bangunan, cerucuk yang biasa digunakan terbahagi kepada dua jenis iaitu :

I. Cerucuk konkrit tuang di tapak II. Cerucuk konkrit tuang dulu

4.4.1 Cerucuk Konkrit Tuang Di Situ

Cerucuk jenis ini merupakan cerucuk konkrit bertetulang yang di bina terus ditapak bina di mana konkrit akan di bancuh di tapak dan dituang terus ke dalam lubang cerucuk. Proses pembinaan cerucuk jenis ini dapat mengurangkan kesan gegaran terhadap binaan di kawasan sekeliling. Selain itu, ia juga dapat memberikan daya geseran yang lebih baik kerana permukaannya kasar. Bahagian dasarnya yang besar dapat membantu memindahkan beban yang dikenakan dengan lebih berkesan.

4.4.1 Cerucuk Konkrit Tuang Dulu

Cerucuk jenis ini berbentuk 4 segi, 6 segi dan bulat sama ada yang berongga (hollow) atau yang padat iaitu yang diperbuat daripada konkrit tetulang biasa atau tetulang tegas dahulu (prestressed) dengan panjang mengikut saiz yang dikehendaki. Cerucuk jenis ini di buat di kilang-kilang. Fungsi tetulang yang digunakan adalah bagi

46

menahan tegangan yang dikenakan semasa kerja-kerja penanaman cerucuk dijalankan.

Rajah 4.1 Cerucuk jenis bulat (berongga)

Rajah 4.2 Cerucuk jenis 4 segi

47

4.5 PERALATAN UNTUK CERUCUK PACAK (CERUCUK KONKRIT TUANG DULU).

i)

Terdiri daripada cerucuk (piling frame )dan penukul (hammer). Kerangka cerucuk ada yang besar dan ada yang kecil bergantung pada kegunaanya.

ii)

Penukul cerucuk (piling hammer yang paling sederhana sekali adalah antara 2-4 tan dan tinggi terjun tidak lebih dari 5-6 kaki. CP 2004 mengesorkan untuk mendapatkan kecekapan tukul pelantak dengan menggunakan penukul terjun ini, maka berat penukul hendaklah tidak lebih kurang dari setengah berat cerucuk ( berat penukul berat cerucuk)

iii)

Penukul cerucuk yang lain adalah penukul dieselkan (dieselkan hammer).Jenis yang biasa digunakan adalah kobe series K13 (1.3 tanne ram weight) K28 dan K35 dengan terjun tinggi maksimum adalah 3 meter.

iv)

Sewaktu melantak cerucuk samaada kayu, konkrit mahupun keluli,kepala cerucuk hendaklah disarungkan dengan topi cerucuk (Helmet) bersamasama dengan lapisan kusye kayu untuk menahan hertaman, dan diatas topi yang akan menerima penukul adalah lapik (dolly) yang terdiri daripada kepingan besi dan kayu keras.

48

4.6 DATA PELANTAK CERUCUK

i)

Sebelum cerucuk diangkat ke kerangka cerucuk,cerucuk hendakalah ditandakan dengan ukuran kaki meter.

ii)

Setelah cerucuk diangkat ke kerangka cerucuk, pastikan cerucuk berada pada keduduksn yang betul sebelum dipacu.

iii)

Apabila cerucuk sudah siap untuk dipukul,jumpa pukulan untuk setiap kaki hendaklah dicatit di dalam borang data yang disediakan.

iv)

Pukulan hendaklah diberhentikan apabila jumpa pukulan/kaki sudah sampai kepada anggaran yang dibuat oleh jurutera projek dan bersedia mengambil set

Rajah4.3 kerja melantakkan cerucuk dijalankan

49

4.7 KERJA-KERJA PENGGALIAN LUBANG.

i)

Selepas kerja ujian selesai dijalankan,kerja seterusnya yang akan dijalankan ialah kerja penggalian lubang.

ii)

Lubang akan dikorek untuk melakukan kerja pemotongan cerucuk dan untuk pembinaan pilecap.

iii) iv)

Kerja pengorekkan ini dilakukan dengan bantuan jentolak(case). Kerja pengorekkan ini mesti dilakukan dengan penuh berhati-hati untuk mengelakkan kerosakkan pada cerucuk.

Rajah 4.4 Jentolak sedang mengali lubang untuk membuat pemotongan cerucuk

50

Rajah 4.5 Keadaan tanah setelah dikorek.

4.8 KERJA PEMOTONGAN CERUCUK.

Secara lazimnya terdapat dua jenis cerucuk yang biasa digunakan dalam bidang pembinaan iaitu:

i)

Cerucuk spun (berbentuk bulat)

Biasanya cerucuk spun dipotong menggunakan Diomand Cutter.Ini kerana pemotongan dengan cara ini lebih selamat dan kurang risiko jika dibandingkan dengan pemotong Hacker.Ia juga boleh mengelakkan kerosakan pada cerucuk Spun yang sememangnya mudah rosak jika disalah potong.

51

b)Cerucuk R.CC (berbentuk segi empat)

Cerucuk R.C dipotong dengan mengunakan Hacker.Ini kerana cerucuk R.C tidak mudah rosak.

Rajah 4.6 Perkerja sedang memotong cerucuk.

Rajah 4.7 Perkerja sedang memotong cerucuk mengunakan cara lain.

52

Rajah 4.8 Cerucuk yang telah dipotong.

4.9 KERJA PEMBINAAN TETOPI CERUCUK.

Selepas kerja pemotongan cerucuk,kerja pembinaan yang seterusnya ialah kerja pembinaan pilecap.Pilecap dibina sebelum pembinaan rasuk tanah.Pilecap ini dibina dari konkrit bertetulang.Jenis gred konkrit yang digunakan dalam pembinaan pilecap ialah G25 nisbah bancuhan yang digunakan ialah 1:1/2:3 dan jenis simen yang digunakan ialah simen Portland biasa.

Kerja penimbusan tanah untuk menutupi pilecap dijalankan selepas kerja pemotongan cerucuk selesai.Kerja penimbusan tanah ini dilakukan dengan mengunakan jentolak.Kerja pilecap dilakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan kerosakkan pilecap.

53

4.10 SEPATU CERUCUK

Sepatu cerucuk merupakan struktur atau bahagian yang menjadi asas kepada cerucuk di samping dapat melindungi struktur cerucuk yang di gunakan. Jenis sepatu cerucuk yang digunakan perlu mematuhi perkara-perkara berikut :

I. Sepatu besi tuangan yang dikeraskan melalui proses penyejukan segera seperti yang digunakan untuk membuat tuangan besi kelabu yang mematuhi B.S.1452, Gred 10, atau II. Keluli sederhana mematuhi B.S.4360, Gred 50B, atau III. Keluli tuangan yang mematuhi B.S.3100, Gred A

Sepatu cerucuk bagi kawasan berbatu adalah terdiri daripada besi tempa dan pencekak keluli sederhan dari blok besi tuangan ynag di keraskan melalui proses penyejukan segera.Sepatu jenis ini di sambung secara kimpalan dan kemudian ia akan di sapu dengan gris sebagai perlindungan anti karat, walaupun ia akan hilang semasa kerja-kerja penanaman cerucuk di buat. Kimpalan yang tidak efektif akan

mengakibatkan air yanah masuk kedalam cerucuk.

Jenis sepatu cerucuk yang biasa digunakan adalah seperti :

I. Flat Ended Pile Shoe : untuk tanah yang lembut II. Pointed Cast Iron Shoe : untuk tanah yang keras sederhana III. Rock Shoe : untuk tanah yang keras dan berbatu

54

Apabila penanaman di buat di kawasan yang keras dan berbatu seperti batu kapur , maka penanaman yang terlalu kaut atau overdriving perlu dielakkan. Oslo point sesuai digunakan kerana ia dapat memberi sifat stand-off kepada cerucuk dimana lapisan batu tersebut dapat di rasa sebelum cerucuk sampai kepadanya.

Tujuan sepatu digunakan adalah untuk :

I. Memudahkan cerucuk diletak pada tanda yang di buat. II. Memudahkan cerucuk masuk ke dalam tanah semasa dilantak. III. Memecahkan batuan atau bahan yang terdapat di dalam tanah semasa kerja melantak di buat serta memudahkan pergerakan pada bahagian yang lebih keras

55

4.11

JENTERA CERUCUK YANG DI GUNAKAN DALAM PROJEK

Jentera cerucuk yang dalam projek ini adalah dari jenis Hydraulic Jacking Di mana beratnya adalah 60 Tan 30 Tan. Mesin ini menggunakan kuasa Mesin ini sesuai di

hidraulik untuk membenamkan cerucuk ke dalam tanah.

gunakan untuk projek di kawasan hospital kerana ia tidak mengeluarkan bunyi bising dan tiada gegaran yang kuat seperti jentera cerucuk lain. Jentera cerucuk ini hanya sesuai digunakan di kawasan yang rata. Ia juga di kendalikan tetapi memerlukan tenaga mahir. Jentera cerucuk ini mempunyai cara set yang berbeza dengan jentera cerucuk yang lain di mana setelah mencapai kedalaman yang maksimum, meter pada jentera tersebut akan naik dan ia akan berhenti pada takat tertentu.

Rajah 4.9 Jentera yang di gunakan untuk menanam cerucuk ( Hydraulic Jacking)

56

4.12

KOMEN DAN CADANGAN

4.12.1 Komen

Daripada pandangan saya kerja-kerja cerucuk merupakan salah satu kerja yang sukar dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana setiap pembinaan cerucuk kita perlu berhati-hati kerana jika bangunan yang dibina terlalu besar dan terlalu tinggi di man daya tolakkan angin akan memberi kesan negatif terhadap bangunan tersebut dan kemungkinan berlaku

keruntuhan,keretakan atau bangunan itu tidak akan selamat untuk jangka masa panjang.

4.12.2 Cadangan.

Bagi cadangan saya ialah kerja cerucuk ini harus dipertingkatkan mutu perkerjaannya dan cara-cara pengunaannya alatan harus dititik beratkan oleh kontraktor agar setiap pembinaan atau penanaman cerucuk dapat dijalankan tanpa berlaku permasaalahan dan bangunan yang hendak dibina tidakakan mendapat kesan negatif pada masa akan datang.

57