Anda di halaman 1dari 13

1. BIOGRAFI 2. PERBEZAAN PANDANGAN MENGENAI PERIBADI SAIDINA ALI 2.1 Syiah 2.2 Sunni 2.3 Sufi 3.

3. MEMELUK ISLAM 4. KETIKA REMAJA 5. PERISTIWA HIJRAH 6. KELUARGA SAIDINA ALI 7. KEBERANIAN 8. TUGAS-TUGAS KHAS DARI RASULULLAH 9. KETIKA RASULULLAH WAFAT 10. KETIKA ABU BAKAR MENJADI KHALIFAH 11. KETIKA UMAR MENJADI KHALIFAH 12. KETIKA UTHMAN MENJADI KHALIFAH 13. MENJADI KHALIFAH

BIOGRAFI
Saidina Ali Abi Thalib KaramaAllahu Wajhah (KRW) (Arab: ) ialah khalifah terakhir Islam daripada Khulafa al-Rasyidin. Beliau juga ialah sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w. selepas mengahwini anak perempuan Rasulullah s.a.w. iaitu Fatimah. Saidina Ali KRW dilahirkan di Makkah pada tahun 598M. Bapa Saidina Ali KRW, Abu Talib ialah pembesar puak Quraisy dan juga ialah bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w.. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu daripada Allah s.w.t., beliau merupakan kanak-kanak pertama memeluk Islam. Ali dilahirkan dari ibu yang bernama Fatimah binti Asad, dimana Asad merupakan anak dari Hasyim, sehingga menjadikan Ali, merupakan keturunan Hasyim dari sisi bapa dan ibu. Kelahiran Ali bin Abi Thalib banyak memberi hiburan kepada Nabi SAW kerana beliau tidak punya anak laki-laki. Uzur dan faqirnya keluarga Abu Thalib memberi kesempatan bagi Nabi SAW bersama isteri beliau Khadijah untuk mengasuh Ali dan menjadikannya putra angkat. Ini secara

tidak langsung, membalas jasa Abu Thalib yang telah mengasuh Nabi sejak beliau kecil hingga dewasa, Sejak kecil lagi, Ali sudah bersama dengan Nabi Muhammad s.a.w.

PERBEZAAN PANDANGAN MENGENAI PERIBADI SAIDINA ALI


Syiah
Syiah berpendapat bahwa Ali adalah khalifah yang berhak menggantikan Nabi Muhammad, dan sudah ditunjuk oleh Beliau atas perintah Allah di Ghadir Khum. Syiah meninggikan kedudukan Ali atas Sahabat Nabi yang lain, seperti Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Syiah selalu menambahkan nama Ali bin Abi Thalib dengan Alayhi Salam (AS) atau

semoga Allah melimpahkan keselamatan dan kesejahteraan.

Sunni
Sebagian Sunni yaitu mereka yang menjadi anggota Bani Umayyah dan para pendukungnya memandang Ali sama dengan Sahabat Nabi yang lain. Sunni menambahkan nama Ali dengan Radhiyallahu Anhu (RA) atau semoga Allah melimpahkan Ridha (ke-suka-an)nya. Tambahan ini sama sebagaimana yang juga diberikan kepada Sahabat Nabi yang lain.

Sufi
Sufi menambahkan nama Ali bin Abi Thalib dengan Karramallahu

Wajhah (KRW)

atau semoga Allah me-mulia-kan wajahnya. Doa kaum Sufi ini sangat unik, berdasar riwayat bahwa beliau tidak suka menggunakan wajahnya untuk melihat hal-hal buruk bahkan yang kurang sopan sekalipun. Dibuktikan dalam sebagian riwayat bahwa beliau tidak suka memandang ke bawah bila sedang berhubungan intim dengan istri. Sedangkan riwayat-riwayat lain menyebutkan dalam banyak pertempuran (duel-tanding), bila pakaian musuh terbuka bagian bawah terkena sobekan pedang beliau, maka Ali enggan meneruskan duel hingga musuhnya lebih dulu memperbaiki pakaiannya. Ali bin Abi Thalib dianggap oleh kaum Sufi sebagai Imam dalam ilmu al-hikmah (divine

wisdom) dan futuwwah (spiritual warriorship). Dari beliau munculah cabang-cabang tarekat
(thoriqoh) atau spiritual-brotherhood. Hampir seluruh pendiri tarekat Sufi, adalah keturunan beliau sesuai dengan catatan nasab yang resmi mereka miliki. Seperti pada tarekat Qadiriyah dengan pendirinya Syekh Abdul Qadir Jaelani, yang merupakan keturunan langsung dari Ali melalui anaknya Hasan bin Ali seperti yang tercantum dalam kitab manaqib Syekh Abdul Qadir Jilani (karya Syekh Jafar Barzanji) dan banyak kitab-kitab lainnya.

MEMELUK ISLAM
Beliau telah memeluk Islam ketika berumur 8 tahun dan merupakan kanak-kanak yang mula-mula sekali memeluk Islam. Setengah riwayat menyatakan bahawa beliaulah yang paling dahulu Islam dari Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. Saiyidina Ali Bin Abu Talib termasuk ahli keluarga Rasulullah S.A.W. sendiri kerana beliau adalah anak saudara baginda yang membesar

dalam asuhan dan pemeliharaan Nabi S.A.W. Saiyidina Ali R.A. dilahirkan dalam Kaabah, kiblat yang menjadi kerinduan ummat Islam. Mula-mula yang dilihatnya ialah Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah sedang sembahyang. Ketika beliau ditanyakan kenapa memeluk Islam tanpa lebih dahulu mendapat izin ayahnya, Ali R.A. menjawab, Apa perlunya aku bermesyuarah dengan ayah demi untuk mengabdi kepada Allah?

KETIKA REMAJA
Abu Talib, bapa saudara Rasul adalah seorang yang miskin lagi susah hidupnya serta mempunyai ramai anak. Maka dengan maksud untuk meringankan beban Abu Talib itulah atas fikiran. Nabi S.A.W., Saiyidina Abbas Bin Abu Muttalib telah mengambil Jaafar menja di tanggungannya sedang Rasul sendiri mengambil Ali. Dengan hal demikian tumbuhlah Ali Bin Abu Talib sebagai seorang pemuda di tengah-tengah keluarga Rasulullah dan langsung memperoleh asuhan dan baginda. Saiyidina Ali R.A. banyak mengambil tabiat Nabi S. A.W. dan beliaulah yang terdekat sekali hubungannya dengan Rasulullah serta yang paling dicintainya. Demikian akrabnya Saiyidina Ali R.A. dengan Rasulullah S.A.W. hinggakan beliau hampirhampir tidak pernah berpisah sejengkal pun dari Rasulullah S.A.W. baik di waktu suka mahupun di waktu susah. Pengorbanannya terhadap Islam dan Rasulnya adalah demikian besar sekali dan akan selamanya menjadi contoh keutamaan yang tiada bandingannya dalam sejarah ummat Islam.

PERISTIWA HIJRAH
Tatkala Rasulullah S.A.W. melakukan hijrah ke Madinah di atas penintah Allah S.W.T. bagi menyelamatkan dirinya dari rencana pihak musyrikin Quraisy yang bertujuan hendak membunuhnya, maka kepada Saiyidina Ali R.A. ditugaskan oleh baginda untuk tidur di tempat tidurnya pada malam yang sangat genting itu. Walaupun tugas itu sangat berat dan merbahaya sekali namun Saiyidina Ali R.A. sebagai sifatnya seorang pejuang yang sejati, telah menyanggupi tugas tersebut dengan hati yang ikhlas dan gembira, kerana beliau mengerti bahawa berpeluang menyerahkan nyawanya demi untuk menebus seorang Rasul. Bahkan beliau juga mengerti bahawa tugas yang dilaksanakannya itu akan merupakan pengorbanan yang tidak ada tolok bandingannya di kemudian hari. Setelah Rasulullah S.A.W. selamat sampai ke Madinah, tidak lama kemudiannya tibalah pula rombongan Saiyidina Ali R.A. Apakala ramai kaum Muhajinin sampai di kota Madinah itu, Rasullullah S.A.W. telah mempersaudarakan antana golongan Muhajirin dengan golongan Ansar. Tetapi anihnya dalam hubungan ini Rasulullah tidak mempersaudarakan Saiyidina Ali R.A. dengan sesiapapun juga, hanya baginda berkata kepada Saiyidina Ali, demikian sabdanya, Wahai Ali, engkau adalah saudaraku di dunia dan saudaraku juga di Akhirat.

Demikian jelaslah bahawa baginda telah mempersaudarakan Saiyidina Ali dengan diri baginda sendiri. Kesayangan Rasulullah S.A.W. terbukti dengan menjodohkan Saiyidina Ali R.A. dengan puteri yang paling disayanginya iaitu Fatimah AzZahrah, seorang wanita yang paling utama di syurga, padahal sebelum itu Fatimah sudah pernah dilamar oleh Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Umar Al Khattab R.A. tetapi Rasul menolaknya dengan lemah lembut dan dengan cara yang bijaksana.

KELUARGA SAIDINA ALI


Isteri pertama yang dikahwini oleh Ali ra ialah Fatimah binti Rasulullah saw selepas Peperangan Badar. Hasil perkahwinan itu lahirlah Hasan dan Husin. Ada pendapat yang mengatakan bahawa seorang lagi iaitu Muhsin tetapi telah meninggal dunia sewaktu masih kecil. Fatimah turut melahirkan Zainab al-Kubra dan Ummu Kalthum. Ummu Kalthum inilah yang dikahwini oleh Omar ibn al-Khattab ra yang telah dijelaskan sebelum ini. Ali tidak berkahwin lain selepas Fatimah sehinggalah Fatimah meninggal dunia iaitu setelah enam bulan kewafatan Rasulullah saw. Selepas kewafatan Fatimah, beliau banyak berkahwin. Antaranya ada yang meninggal dunia sewaktu hidup dengan beliau dan ada juga yang diceraikannya. Empat orang daripadanya meninggal dunia. Ini akan dijelaskan kelak. Antara isteri-isteri beliau ialah Ummu al-Banin binti Haram. Haram ialah al-Mahl ibn Khalid ibn Rabiah ibn Kab ibn Amir ibn Kilab . Hasil perkahwinannya dengan Ali, beliau melahirkan al-Abbas, Jaafar, Abdullah dan Osman. Mereka semua terbunuh bersama saudarasaudara mereka iaitu al-Husin di Karbala. Mereka tidak dapat menandingi al-Husin dari segi ketokohan selain al-Abbas. Isteri beliau yang lain pula ialah Layla binti Masud ibn Khalid ibn Malik daripada Bani Tamim. Hasil perkahwinan ini lahirlah Ubaidillah dan Abu Bakr. Menurut Hisham ibn Kalbiy, Ubaidillah dan Abu Bakr turut terbunuh di Karbala. al-Waqidi pula menyangka bahawa Ubaidillah telah dibunuh oleh al-Mokhtar ibn Abu Ubaid pada Peperangan al-Dar. Isteri beliau yang seterusnya ialah Asma binti Umays al-Khathamiyah. Hasil perkahwinan ini lahirlah Yahya dan Muhammad al-Asghar. Ini menurut pendapat al-Kalabiy, tetapi al-Waqidi pula berpendapat bahawa beliau telah melahirkan Yahya dan Awn. al-Waqidi menjelaskan lagi bahawa Muhammad al-Asghar adalah daripada anak salah seorang hambanya . Isteri beliau yang lain pula ialah Ummu Habibah binti Zamah ibn Bahriy ibn Abd ibn Alqamah. Ummu Habibah adalah hamba yang telah ditawan oleh Khalid yang berbangsa Tughlub sewaktu Khalid menguasai Ayn al-Tamr. Dia telah melahirkan Omar dan Ruqayyah. Isteri beliau yang lain ialah Ummu Said binti Urwah ibn Masud ibn Mughith ibn Malik alThaqafiy. Beliau melahirkan Ummu al-Hasan dan Ramlah al-Kubra.

Isteri beliau yang lain pula ialah anak perempuan Amru al-Qays ibn Adiy ibn Jabir ibn Kab ibn Alim ibn Kalb al-Kalbiyah. Beliau melahirkan anak yang bernama Jariyah yang turut bersama-sama Ali ke masjid. Pada ketika itu dia masih kecil. Ada orang bertanyakan kepadanya, Siapakah saudara-saudaramu? Dia menjawab Wak! wak! iaitu Bani Kalb. Isteri beliau seterusnya ialah Amamah binti Abu al-As ibn al-Rabi ibn Abd Shams ibn Abd Manaf ibn Qusay dan ibunya Zainab binti Rasulullah saw. Dialah yang didukung oleh Rasulullah saw ketika baginda sedang bersembahyang. Apabila baginda berdiri, dia didokongnya dan apabila baginda sujud, diletakkannya. Amamah telah melahirkan Muhammad al-Awsat. Isteri Muhammad al-Awsat ialah Khawlah binti Jafar ibn Qays ibn Musalmah ibn Ubaid ibn Thalabah ibn Yarbu ibn Thalabah ibn al-Dualli ibn Hanifah ibn Lajim ibn Sab ibn Ali ibn Bakr ibn Wail y ang pernah ditawan oleh Khalid pada zaman al-Siddiq dalam Peperangan al-Riddah. Khawlah berasal dari Bani Hanifah. Selepas ditawan dia diberikan kepada Ali ibn Abi Talib ra. Dia melahirkan Muhammad al-Akbar. Selepas Khawlah dimerdekakan, dia berkahwin dengan Muhammad alAwsat. Puak Syiah telah mendakwa bahawa Muhammad al-Akbar memiliki sifat-sifat imam dan maksum. Walaubagaimanapun sebenarnya beliau adalah sebahagian daripada pemimpin kaum muslimin sahaja. Tetapi beliau tidak maksum dan begitu juga bapanya. Malah orang yang lebih baik daripada bapanya dari kalangan Khulafa al-Rasyidin juga tidak bersifat maksum. Begitulah sepertimana yang ditetapkan. Wallahualam. Ali mempunyai ramai anak daripada 4 orang isterinya dan 19 orang gundik. Oleh sebab itu, kebanyakan anak itu tidak dapat dipastikan nama ibu-ibu mereka. Antara anak ibu-ibu yang dikenali ialah Ummu Hani, Maimunah, Zainab al-Sughra, Ramlah al-Kubra, Ummu Kalthum alSughra, Fatimah, Amamah, Khadijah, Ummu al-Kiram, Ummu Jafar, Ummu Salmah dan Jamanah. Menurut ibn Jarir, semua anak Ali berjumlah 14 orang lelaki dan 17 orang perempuan. al-Waqidi berkata bahawa keturunan Ali dikira daripada lima orang iaitu al-Hasan, al-Husin, Muhammad (ibn al-Hanafiyah dan al-Abbas ibn) al-Kalabiyah dan Omar ibn al-Tughlubiyyah rah.

KEBERANIAN
Sebagai seorang yang gagah berani dan sahabat yang paling disayangi baginda Rasul, Saiyidina Ali R.A. tidak pernah ketinggalan dalam mana-mana peperangan baik besar mahupun kecil yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Beliau telah melakukan peranan yang penting dalam Peperangan Badar yang terkenal itu. Ketika itu beliau merupakan seorang pemuda yang gagah dan tampan masih dalam lingkungan 20an lagi. Dalam peperangan itulah buat pertama kalinya Rasulullah S.A.W. telah menyerahkan panji-panji peperangan kepada Saiyidina Ali R.A. dimana beliau telah menjalankan tugasnya dalam peperangan tersebut dengan cemerlang sekali.

Setelah peperangan tamat para sahabat tidak menemui Nabi S.A.W. di tengah-tengah mereka. Dalam keadaan mereka tertanya-tanya itu tiba-tiba muncul Rasulullah S.A.W. bersama Saiyidina Ali R.A. seraya baginda bersabda, Saya sebenarnya ada di belakang kalian sedikit kerana merawati perut Ali yang luka. Dari peristiwa ini dapatlah dilihat betapa besarnya kecintaan baginda terhadap Saiyidina Ali R.A. dan bagaimana pula besarnya pengorbanan Ali R.A. dalam menegakkan kemuliaan Agama Islam. Dalam apa jua peperangan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W., Saiyidina Ali R.A. tetap berada di samping baginda. Pada suatu ketika iaitu dalam Perang Tabuk, tiba-tiba Rasulullah S.A.W. tidak membenarkan Saiyidina Ali R.A. untuk menyertai baginda hingga sikap Rasulullah S.A.W. itu telah dijadikan modal fitnah oleh pihak musuh-musuh Islam serta kaum munafik konon baginda tidak senang hati terhadap Saiyidina Ali R.A. Jika tidak demikian masakan baginda menegahnya menyertai perang. Sebagai seorang yang benar dan mencintai kebenaran Saiyidina Ali R.A. kurang berasa senang mendengar desasdesus yang kurang menyenangkan itu lantas beliau terus menjumpai Rasul untuk meminta penjelasan. Sebagai menghilangkan keraguan beliau itu, Rasul lalu bersabda kepadanya, Tidakkah engkau rela hai Ali, kedudukanmu di sisiku seperti kedudukan Harun di sisi Musa ? Mendengarkan kata-kata Rasulullah s.a.w yang menyejukkan jiwanya itu maka barulah puas Saiyidina Ali R.A. Perkataan Rasul itu terang memperlihatkan betapa besarnya kecintaan dan penghormatan baginda terhadap dirinya. Dalam Perang Khaibar pula di mana sebuah ibu kota kaum Yahudi sukar dapat ditakluki oleh angkatan tentera Islam, Saiyidina Ali R.A. telah memainkan peranannya yang utama sekali. Pada mulanya pihak Islam gagal untuk menakluki kota tersebut sekalipun telah dilakukan pengepungan beberapa hari lamanya. Dalam detik-detik yang sukar itulah akhirnya Rasulullah S.A.W. bersabda Saya akan menyerahkan panji-panji peperangan esok pada seorang lelaki yang mencintai Allah dan RasulNya dan dicintai oleh Allah dan RasulNya. Sekelian panglima pasukan masing-masing mengharapkan agar dirinya akan diserahkan panji-panji tersebut kerana setiap mereka bercita-cita hendak mendapatkan kemuliaan yang begitu besar sebagai seorang yang mencintai Allah dan RasulNya dan dicintai pula oleh Allah dan RasulNya. Pada keesokan harinya, setelah selesai sembahyang subuh Rasulullah S.A.W. lantas mencari-cari Saiyidina Ali R.A. Nyatalah bahawa Saiyidina Ali R.A. tidak ada di situ kenana ketika itu Ali R.A. mengidap sakit mata. Kemudian bersabdalah Rasul Panggillah Ali ke mari menjumpai saya, Saiyidina Ali R.A. yang sedang sakit kedua matanya itu lalu datang mengadap Rasulullah S.A.W. seraya baginda pun meludah kepada mata beliau yang sakit itu. Maka dengan serta merta sahaja sembuhlah mata beliau. Kemudian Rasul pun menyerahkan panji-panji kepada Saiyidina All R.A. Maka benteng Khaibar yang sudah berhari-hari tidak dapat ditembus itu akhirnya dapat dikalahkan di bawah pimpinan panglima Ali Bin Abu Talib R.A.

Satu lagi peperangan di mana Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A. memperlihatkan kegagahan dan keberaniannya yang luarbiasa ialah tatkala berlakunya Perang Khandak atau Ahzab. Perang ini adalah antara pihak Islam dengan angkatan musyrik Mekah yang mendapat bantuan dari puak-puak Arab yang lain serta orang-orang Yahudi. Orang-orang Islam telah menggali paritparit yang digelarkan Khandak di sekeliling kota Madinah sebagai jalan untuk membendung kemaraan pihak musuh danipada memasukinya. Jumlah pihak musuh adalah kira-kira 10,000 orang tetapi mereka tidak dapat masuk kerana tenhalang oleh parit-parit. Namun begitu mereka terus mengepung kota itu selama 15 hari lamanya. Kemudian Allah S.W.T. turunkan angin ribut dari tentera Allah yang tak kelihatan memukul dan menerbangkan khemah-khemah serta alat perang musuh sehingga mereka pun mengundurkan diri dengan penuh kekecewaan. Semasa peperangan inilah diriwayatkan bahawa beberapa pahlawan musyrik Quraisy telah dapat menyeberangi parit dengan mengenderai kuda. Di antara mereka ialah Amru Bin Abdi Wid, Ikrimah Bin Abu Jahal dan Dhiraar Ibnul Khattab. Apakala mereka itu telah berada di seberang parit, tiba-tiba Amru Bin Wid telah bertempik meminta lawan untuk beradu kekuatan dengan pihak pahlawan-pahlawan Islam. Dia mencabar seraya berkata, Siapa di antara kalian yang berani berlawan denagan aku, silakan! Cabaran itu lantas disambut oleh Saiyidma Ali R.A. yang kemudiannya terus meminta izin dari Rasulullah S.A.W. untuk melawan pahlawan musyrik itu. Kata Ali R.A., Saya akan melawan dia, ya Nabi Allah, Izinkan lah saya. Tetapi Rasulullah S.A.W. telah menahannya dengan sabdanya, Duduklah engkau hai Ali! Tidakkah engkau tahu dia Amru. Amru kemudian minta lawan lagi berulang-ulang hingga dua kali. Setiap ia mencabar, Saiyidina Ali R.A. telah berdiri menyahutnya tetapi Rasulullah senantiasa menyuruhnya duduk sambil mengingatkan bahawa lawannya itu bukan padannya kenana Amru itu memang terkenal gagah lagi perkasa. Namun begitu Saiyidina Ali R.A. tetap juga mengatakan, Sekalipun dia itu Amru, hai Nabi Allah, saya tidak takut melawannya. Izinkanlah saya menemuinya. Akhirnya Rasulullah S.A.W. mengizinkannya untuk melawan musuh yang keadaan orangnya lebih tua, lebih besar lagi lebih berpengalaman dari dirinya itu. Sebelum Saiyidina Ali R.A. pergi mendapatkan musuhnya yang menanti itu, Rasulullah S.A.W. telah membekalnya dengan pedangnya lalu kemudian berdoa ke hadrat Allah S.W.T. untuk keselamatan Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A. Tidak lama kemudian besi lalu ditanyainya: Siapa engkau, hai pahlawan? Jawabnya, Ali! Tanya Amru lagi, Ali, anak Abdul Manaf? Jawab Ali R.A. Ali, anak Abu Talib tampillah Saiyidina Ali R.A. ke hadapan. Manakala Amru

melihatnya dia tidak dapat mengenalinya kerana muka dan kepala Saiyidina Ali R.A. bertopeng

Mendengar

nama

itu

Amru

enggan

hendak

melawannya

seraya

katanya

untuk

memperkecilkan kehandalan Ali R.A. Wahai anak saudaraku! Lebih baik orang lain sahaja engkau suruh melawan aku. Panggillah paman-pamanmu yang lebih kuat danipadamu. Aku benci menumpahkan darahmu, kerana aku memandang ayahmu seorang sahabat baikku. Saiyidina Ali R.A. lalu menjawab, Tetapi aku, demi Allah, tak benci menumpahkan darahmu. Demi mendengarkan jawapan itu maka menjadi marahlah Amru dan mulalah ia hendak menyerangnya. Tetapi Saiyidina Ali R.A. lalu benkata, Macamana aku hendak bertempur denganmu padahal engkau di atas kuda. Turunlah ke mari sama-sama aku di bawah. Mendengar itu Amru telah menghambur dari kudanya, dihunusnya pedangnya itu dan untuk menunjukkan garangnya ditetak kudanya dicencangnya mukanya supaya tak boleh lari. Kemudian a mara ke hadapan mendapatkan Saiyidina Ali R.A. yang disambut pula olehnya dengan mengacukan perisainya yang dibuat daripada kulit. Amru telah menetaknya, perisainya tersiat sedang pedangnya pula melekat di situ dan mengenai kepala Saiyidina Ali R.A.

Maka Saiyidina Ali R.A. pun membalas menetak bahu Amru. Ia lalu tersungkur rebah serta mati di situ juga. Saiyidina Ali R.A. lantas memekikkan takbir, Allahu Akbar yang disambut pula dengan pekikan takbir yang bengemuruh di angkasa oleh kaum Muslimin yang menyasikannya, sebagai tanda kesyukunan di atas kemenangannya. Dan dengan kematian Amru itu kawankawannya yang lain bertempiaran lari mengundurkan diri.

TUGAS-TUGAS KHAS DARI RASULULLAH


Rasulullah S.A.W. selalu memilih Saiyidina Ali R.A. untuk diberikan tugas dalam pekerjaanpekerjaan yang amat berat, yang memerlukan keberanian yang luarbiasa serta ketabahan yang besar. Pada suatu masa, Rasulullah S.A.W. telah mengutus pahlawan Islam Khalid Bin Walid ke negeri Yaman untuk melaksanakan tugas sebagai pemenintah dan mubaligh Islam di negeri itu. Setelah bekerja selama enam bulan ternyata Khalid tidak berjaya memperoleh hasil yang diharapkan walaupun setelah bekerja bertungkus lumus. Kemudian Rasulullah S.A.W. pun mengutus pula Saiyidina Ali R.A. untuk menggantikan tempat Khalid Bin Walid sebagai mubaligh dan pemenintah di sana. Demi apakala penduduk Yaman mendengar bahawa Saiyidina Ali R.A. yang telah mereka kenal Sebagai Harimau Padang Pasir itu ditugaskan sebagai pemerintah yang baru maka bersegeralah mereka berkumpul hingga akhirnya Saiyidina Ali R.A. dapat melakukan sembahyang subuh bersama-sama mereka itu. Setelah selesai sembahyang subuh, Saiyidina Ali R.A. pun membacakan surat dakwah di hadapan para hadirin. Maka seluruh penduduk dan kaum Hamdan sekeliannya memeluk Islam pada hari itu. Dalam laporan yang dikirimkan oleh beliau kepada Rasulullah S.A.W. Saiyidina Ali R.A. telah mengisahkan peristiwa yang telah terjadi itu. Setelah Rasul S.A.W. membaca laporan

tersebut segeralah baginda sujud menyembah Allah sebagai tanda syukur atas kejadian itu senaya bersabda, Sejahteralah penduduk Hamdan. Selaku pemerintah dan mubaligh di Yaman, Saiyidina Ali R.A. juga telah diperintahkan untuk menjadi hakim dalam bidang pengadilan. Oleh kenana beliau berasa dirinya kurang ahli dalam bidang pengadilan itu maka dengan terus-terang dan ikhlas beliau berkata kepada Rasul S.A.W., Ya Rasul Allah, saya tidak mengerti dan tidak mempunyai keahlian yang cukup mengenai hal pengadilan ini. Mendengar perkataan Saiyidina Ali R.A. itu segeralah Rasulullah S.A.W. menyapu dada beliau dengan tangan Rasulullah S.A.W. sendiri sambil bersabda, Ya Allah, bukalah dada Ali untuk menerima ilmu dan lapangkanlah ucapannya dalam soal pengadilan. Adalah diriwayatkan bahawa berkat doa Nabi Muhammad S.A.W. itu Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A. kemudiannya menjadi seorang hakim yang bijak lagi adil hukumannya. Baik di zaman Saiyidina Abu Bakar AlSiddiq R.A. mahupun di zaman Saiyidina Umar Al Khattab R.A. selalulah Saiyidina Ali R.A. diajak bermesyuarah dalam memutuskan sesuatu masalah yang dihadapi oleh Khalifah-Khalifah itu. Bahkan Saiyidina Umar Al Khattab R.A. biasanya enggan memutuskan sesuatu keputusan sebelum lebih dahulu Saiyidina Ali R.A. diajaknya berunding.

KETIKA RASULULLAH WAFAT


Demikianlah beberapa kisah riwayat tentang peranan yang pernah dilakukan oleh Saiyidina Ali Bin Abu Talib di zaman hidupnya Rasulullah S.A.W. Ketika Rasulullah S.A.W. wafat, Saiyidina Ali R.A. tidak mempunyai kesempatan untuk menyertai pertemuan para sahabat dan golongan Muhajirin dan Ansar di Balai Bani Saidah hingga terpilihnya Saiyidina Abu Bakar AlSiddiq sebagai Khalifah. Sebabnya ialah ketika itu beliau sibuk menguruskan jenazah Rasulullah S.A.W. Pada hari yang penuh dukacita itu, beliau sama sekali tidak menghiraukan permesyuaratan yang berlangsung di Balai Bani Saidah itu kerana beliau sibuk dengan tugas-tugas pengkebumian jenazah Rasulullah S.A.W. serta mententeramkan sekelian keluarga Rasul S.A.W.

KETIKA ABU BAKAR MENJADI KHALIFAH


Permesyuaratan di Balai Bani Saidah hampir-hampir sahaja menimbulkan keadaan yang kacau tetapi akhirnya dapat ditenteramkan dengan terpilihnya Saiyidina Abu Bakar R.A. sebagai Khalifah pertama sesudah Rasulullah S.A.W. Pada mulanya Saiyidina Ali R.A. enggan memberikan persetujuannya terhadap pemilihan Abu Bakar Al-Siddiq R.A. sebagai Khalifah, bukan kerana benci atau kurang senang terhadap Saiyidina Abu Bakar R.A. bahkan kerana rasa hati beliau yang sedang remuk redam disebabkan hilangnya Rasulullah S.A.W. Enam bulan kemudian setelah isteri beliau iaitu Siti Fatimah meninggal dunia, maka baharulah Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A. memberikan persetujuannya secara rasmi terhadap pengangkatan Saiyidina Abu Bakar R.A. sebagai Khalifah. Saiyidina Abu Bakar R.A. pun selaku pemerintah ummat yang agung, tidak pernah meninggalkan Saiyidina Ali R.A. di dalam permesyuaratan penting.

KETIKA UMAR MENJADI KHALIFAH


Apabila Saiyidina Umar Al Khattab menjadi Khalifah yang kedua, Saiyidina Ali R.A. tetap memperoleh kemuliaan dan penghormatan dan Saiyidina Umar R.A. sepertimana yang dinikmatinya semasa pemenintah Abu Bakar R.A. Walaupun diketahui bahawa Umar Al Khattab terkenal sebagai sahabat yang sangat ahli dan bijak dalam bidang hukum, namun baginda sering minta bantuan kepada Saiyidina Ali R.A. di dalam menyelesaikan beberapa hal yang sulit-sulit bahkan pernah diriwayatkan orang bahawa Saiyidina Umar Al Khattab R.A. tidak suka merundingkan soal-soal yang sulit tanpa dihadiri oleh Saiyidina Ali Bin Abu Talib.

KETIKA UTHMAN MENJADI KHALIFAH


Setelah wafat Saiyidina Umar Al Khattab jawatan Khalifah akhirnya jatuh pula ke tangan Saiyidina Uthman Bin Affan R.A. Namun begitu Saiyidina Ali R.A. tetap memberikan persetujuannya serta ketaatannya kepada Khalifah Uthman R.A. sekalipun dirinya juga bercitacita agar terpilih sebagai Khalifah. Sungguhpun demikian, kesayangan Khalifah Uthman yang berlebih-lebihan terhadap kaum kerabatnya sendiri menyebabkan pandangan Saiyidina Ali R.A. dalam beberapa hal berubah terhadap Khalifah. Bahkan sebahagian danipada penduduk melihat seolah-olah terdapat keretakan dalam hubungan antara dua tokoh besar itu. Keadaan inilah yang menyebabkan setengah-setengah pihak yang memusuhi Saiyidina Ali R.A. menuduh Saiyidina Ali R.A. terlibat dalam pembunuhan Saiyidina Uthman Bin Affan R.A. Padahal yang sebenarnya Saiyidina Ali R.A. sama sekali tidak bertanggungjawab dalam perkara yang terjadi ke atas Khalifah Uthman R.A. Bahkan beliaulah sahabat yang paling mengambil berat terhadap keselamatan Khalifah. Ketika rumah Khalifah Uthman R.A. dikepung oleh puak pemberontak, Saiyidina Ali R.A. segera mengirim puteranya Saiyidina Hasan R.A. supaya menjaga keselamatan Khalifah. Tetapi ketika Saiyidina Hasan Bin Ali R.A. datang ke rumahnya untuk menawarkan bantuan, Khalifah Uthman R.A. menolak bantuannya serta menyuruhnya pulang. Lebih dari itu, apakala Saiyidina Ali R.A. mendengar khabar tentang pembunuhan Khalifah Uthman R.A. beliau telah memukul anaknya Hasan R.A. serta mengancam Muhammad Bin Talhah kerana dianggapnya kurang rapi menjalankan tugas menjaga keselamatan Saiyidina Uthman R.A.

MENJADI KHALIFAH
Saiyidina Ali R.A. akhinnya telah dipilih kemudiannya sebagai Khalifah selepas kewafatan Khalifah Uthman R.A. sedang ketika itu sebahagian besar para sahabat Rasulullah S.A.W. sudah berselerak di pelusok kota-kota di seluruh wilayah Islam. Yang masih tinggal di Madinah hanya sebahagian kecil sahaja.

Perkara pertama beliau lakukan selepas dilantik menjadi khalifah ialah mencari pembunuh saidina Uthman mengikut saluran undang-undang Islam. dengan menghapuskan pemberontakan yang hendak dibuat oleh golongan Rafidhah yang menghasut para sahabat. Isteri Rasulullah iaitu Ummul Mukminin Saidatina Aisyah, dan dua orang sahabat Nabi iaitu Talhah ibn Ubaidillah dan Zubair ibn Awwam telah terlibat sama. Pemberontakan itu berjaya ditumpaskan oleh Saidina Ali dalam Perang Jamal (juga

dikenali sebagai Perang Unta). Dalam peperangan ini, Talhah dan Zubair terkorban akibat
dibunuh oleh golongan Rafidhah yang mengaku sebagai pengikut Saidina Ali. Manakala Saidatina Aisyah dikembalikan ke Madinah oleh Saidina Ali. Beliau menjalankan satu misi dengan mengarahkan 100 orang wanita menyamar lelaki dan menutup muka, lalu menarik unta Ummul Mukminin Aisyah kembali ke Madinah. Setelah jawatan Khalifah jatuh kepadanya maka baharulah Saiyidina Ali R.A. cuba bemtindak untuk membawa garis politik seperti yang pernah dijalankan oleh Rasulullah S.A.W., Khalifah Abu Bakar R.A. dan Khalifah Umar Al Khattab R.A. Tetapi keadaan masyarakat dan ummat sudah jauh berubah disebabkan perkembangan ekonomi dan pembangunan yang diakibatkan oleh perluasan takluk Islam. Cita-cita Saiyidina Ali R.A. untuk membawa kembali dasar pemerintahan ummat sebagaimana zaman Rasulullah dan Saiyidina Abu Bakan R.A. dan Umar R.A. telah menghadapi rintangan dari pihak-pihak yang bersimpati dengan Saiyidina Uthman R.A. yang menuduhnya bentanggungjawab dalam penistiwa pembunuhan itu. Namun ada juga yang mengatakan: Keluarnya Aisyah bersama Thalhah dan Az Zubair bin Al Awwam ke Bashrah dalam rangka mempersatukan kekuatan mereka bersama Ali bin Abi Thalib untuk menegakkan hukum qishash terhadap para pembunuh Utsman bin Affan. Hanya saja Ali bin Abi Thalib meminta penundaan untuk menunaikan permintaan qishash tersebut. Ini semua mereka lakukan berdasarkan ijtihad walaupun Ali bin Abi Thalib lebih mendekati kebenaran daripada mereka. (Daful Kadzib 216-217) Disebabkan adanya golongan yang keras menentang sikapnya itu seperti Muawiyah Bin Abu Sufyan dan pembantunya Amru Bin Al As maka tenjadilah satu penbalahan yang sengit antara dua golongan itu. Satu pertelingkahan yang panjang yang mengakibatkan pertumpahan darah di antana sesama ummat Islam. Muawiyah berkeras enggan mengakui Saiyidina Ali Bin Abu Talib sebagai Khalifah serta menuntut baginda mengenakan hukuman tenhadap orang-orang yang bertanggungjawab dalam pembunuhan Saiyidina Uthman R.A. Sedang Saiyidina Ali R.A. pula terlebih dahulu telah memecat Muawiyah sebagai gabenor Syam dan juga tokoh-tokoh yang pernah dilantik oleh Khalifah Uthman R.A. atas dasar kekeluargaan. Akibatnya maka berlakulah peperangan yang berpanjangan antara pihak Khalifah Ali R.A. dengan pihak penyokong Muawiyah Bin Abu Sufyan yang terdiri dari penduduk negeri Syam. Kesudahan dari perbalahan yang panjang itu Saiyidina Ali Bin Abu Talib akhirnya telah mati terbunuh oleh pengikut golongan Khawarij.

KEISTIMEWAAN SAIYIDINA ALI


Mempunyai hubungan rapat dgn baginda : Sepupu & menantu Rasulullah Sejak kecil beliau tinggal bersama Rasulullah & dididik oleh baginda, kerana itulah beliau banyak mewarisi keperibadian & akhlah Rasulullah. Beliau amat cinta kpd Baginda , sentiasa disisi baginda sewaktu susah & senang, masa perang & damai & semasa Rasulullah sakit hingga akhir hayat . Beliau memeluk Islam ketika berusia 10 tahun & merupakan kanak-kanak pertama memeluk Islam Terkenal dgn panggilan " Karamallahu wajhah" yg bermaksud Allah memuliakan wajahnya kerana beliau tidak pernah menyembah berhala sejak kecil & tidak pernah dikotori oleh keburukan jahiliah. Sangat mentaati baginda & tidak pernah membantah baginda. Merupakan salah seorang dari sahabat yg dijamin syurga Terkenal dengan ilmu pengetahuan dlm pelbagai bidang seperti sastera, ilmu Hisab & kehakiman sehingga beliau digelar Gedung Ilmu oleh Baginda Rasulullah melantiknya sebagai jurutulis wahyu dan perjanjian Hudaibiyah. Beliau Sanggup tidur di tempat tidur Rasulullah pada malam hijrah Menyertai hampir kesemua peperangan kecuali perang Tabuk & berada dibarisan hadapan bersama pedangnya ' zul faqar' Menyahut cabaran satu lawan satu dgn pahlawan Quraisy dlm perang Khandak Dilantik oleh Rasulullah sebagai hakim di Yaman Kretiviti Ali dlm pentadbiran / pemerintahannya antarannya : o Menubuhkan pasukan polis yang diberi nama " as-Syurtah ". o Beliau melengkapkan angkatan berkuda Islam o Menubuhkan pasukan tentera berjalan kaki o Menubuhkan badan perisik

1. Keluarga Rasulullah

2. Kanak-kanak pertama memeluk Islam

3. Cendikiawan Ulung

4. Pemuda yang berani

5. Pemerintah yg adil & kreatif

PENGORBANAN & JASA SAIYIDINA ALI


Penulis wahyu Rasulllah Jurutulis isi perjanjian Hudaibiah Mengetuai misi dakwah ke Iraq ( Hamadan) Mengembangkan ilmu Islam Penasihat dalam bidang kehakiman kpd ketiga-tiga khalifah sebelumnya Menjadi hakim di Yaman Menerima jawatan khalifah dalam suasana Negara huruhara demi keamanan negara Berusaha menyatupadukan umat Islam yang sedang berpecah & bermusuhan

SEBAB BERLAKU PEPERANGAN PADA ZAMAN PEMERINTAHAN SAIYIDINA ALI

Peperangan pada zaman saiyidina Ali berpunca dari perancangan jahat kaum munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Saba' Kaum munafik berusaha mengagalkan setiap usaha damai yang diaturkan oleh saiyidina Ali. Contohnya di dalam Peperangan Jamal - Tentera Saiyidina Ali mencapai kata sepakat dengan kumpulan saiyidina Talhah & saiyidina Zubair bin Awwam untuk berdamai. Tetapi kaum munafik telah membuat perancangan jahat untuk mencetuskan peperangan antara kedua-dua belah pihak. Akhirnya tercetis Peperangan Jamal yg turut disertai oleh Ummul Mukminin Sayidatina Aisyah Berlaku juga Peperangan Siffin antara Ali dengan Muawiyah bin Abu Sufian

Peperangan di zmn pemerintahan Ali : 1.Perang Jamal : ( antara Ali dgn Aisyah) 2. Perang Siffin : ( antara Ali dgn Muawiyah bin Abu Sufian

Anda mungkin juga menyukai