Anda di halaman 1dari 16

BED 1333 MATEMATIK DAN SAINS AWAL KANAK-KANAK

PENGENALAN Matematik atau dahulunya dikenali sebagai ilmu hisab, ialah satu bidang ilmu yang mengkaji kuantiti, struktur, ruang dan perubahan.Terdapat percanggahan pendapat samada objek matematik seperti nombor wujud secara semula jadi, ataupun hasil ciptaan manusia. Ahli matematik Benjamin Peirce menggelar matematik sebagai "sains yang memberi kesimpulan yang sewajarnya". Albert Einstein sebaliknya menyatakan "selagi hukum matematik itu merujuk kepada realiti, maka ia tidak pasti, dan selagi ia pasti, ia tidak merujuk kepada realiti". Dengan penggunaan pengabstrakan dan penaakulan logik, matematik berevolusi dari pembilangan, pengiraan, pengukuran, dan kajian sistematik terhadap bentuk dan pergerakan objek fizikal. Matematik gunaan telah wujud dalam aktiviti seharian manusia sejak kewujudan rekod bertulis. Matematik digunakan di seluruh dunia sebagai alat penting di dalam pelbagai bidang, termasuklah sains semula jadi, kejuruteraan, perubatan dan sains sosial. PENDAHULUAN Penguasaan matematik awal oleh murid prasekolah penting kerana ianya merupakanasas untuk membantu murid memahami konsep matematik yang lebih tinggi.Pembelajaran matematik awal yang diperoleh melalui pengalaman langsung danbermakna dalam suasana menggembirakan akan dapat memupuk minat murid untukmempelajari matematik.Konsep Pranombor, Nombor Awal, Operasi Nombor, Pengukuran, Masa danRuang perlulah diajar bersesuaian dengan peringkat perkembangan murid danmerupakan komponen penting dalam pengajaran Matematik Awal di peringkat prasekolah.Terdapat pelbagai kaedah, strategi dan pendapat dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik Awal di peringkat prasekolah. Asas perkembangan matematik bermula daripada pengalaman berkaitan benda-benda konkrit atau objek yang mengandungi kuantiti dan kualiti seperti warna, saiz dan bentuk sebelum peringkatbergambar (pictorial ) dan simbolik. KURIKULUM MATEMATIK Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dibangunkan dengan matlamat untuk memperkembang dan menyuburkan potensi kanak-kanak yang secara menyeluruh dan seimbang meliputi segenap aspek perkembangan sama ada fizikal, emosi, rohani, intelek dan sosial. Proses
1

BED 1333 MATEMATIK DAN SAINS AWAL KANAK-KANAK

ini berupaya dicapai melalui persekitaran pembelajaran yang kondusif, selamat dan ceria serta disokong oleh pelaksanaan aktiviti yang kreatif, menyeronokkan dan bermakna. Dalam konteks ini, peluang yang sama rata akan diberikan kepada semua kanak-kanak untuk

memperkembangkan potensi diri melalui penglibatan aktif dalam aktiviti yang dirancangkan. Prinsip utama yang diguna pakai dalam KSPK adalah berdasarkan kepada pendekatan dan kandungan pembelajaran yang relevan dengan peringkat perkembangan kanak-kanak serta turut mengambil kira perbezaan potensi antara individu. Adalah diharapkan melalui pelaksaaan KSPK akan memberi kesempatan kepada kanak-kanak memperoleh konsep dan kemahiran asas secara holistik yang berupaya menjana asas yang kukuh dalam proses kesinambungan pembelajaran di sekolah rendah kelak. Awal Matematik membekalkan pengalaman awal matematik kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Pengalaman matematik awal adalah penting kerana ia merupakan asas untuk membantu murid menjalani kehidupan seharian dengan lebih sistematik dan memudahkan murid memahami konsep matematik yang lebih tinggi. Pengalaman yang diberikan adalah merangkumi pengetahuan tentang konsep pra nombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang. Guru hendaklah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara tersusun bagi mencapai standard pembelajaran yang dihasratkan dan memastikan pengalaman pembelajaran yang bermakna, menggembirakan, berkesan serta memberi motivasi kepada murid untuk belajar. OBJEKTIF KURIKULUM MATEMATIK Pusat Perkembangan Kurikulum juga telah menggariskan objektif bagi kurikulum matematik. Antara objektif yang dirangka adalah untuk membolehkan murid engetahui serta memahami konsep, hukum, dan prinsip yang. berkaitan dengan nombor, operasi, ruang, ukuran, perwakilan data. Selain itu, murid juga dapat menguasai kemahiran operasi asas matematik iaitu tambah, tolak, darab, bahagi. Tambahan lagi, mereka juga menguasai kemahiran operasi bergabung dan kemahiran asas matematik iaitu membuat anggaran dan penghampiran, mengukur, mengendali data, mewakilkan maklumat dalam bentuk graf dan carta. Disamping itu, mereka juga dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik bagi. merancang strategi menyelesaikan masalah secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.Malahan juga, mereka dapat menggunakan laras bahasa matematik yang betul dan perkakasan dan perisian
2

BED 1333 MATEMATIK DAN SAINS AWAL KANAK-KANAK

teknologi yang bersesuaian. untuk membina pemahaman konsep, menguasai kemahiran matematik dan menyelesaikan masalah. Seterusnya, meeka dapat mengamalkan ilmu matematik secara bersistem, heuristik, tepat . teliti. Akhir sekali , mereka dapat berpeluang melibatkan diri dalam perkembangan dunia pendidikan matematik.Menghargai kepentingan dan keindahan matematik. PERKEMBANGAN MATEMATIK Perkembangan Matematik sentiasa selari dengan perkembangan tamadun manusia itu sendiri. Matematik bukan sahaja penting dalam kehidupan seharian, malah ia sering dihayati sebagai satu kesenian dan keindahan serta sebagai alat komunikasi. Dalam Matematik, perhubungan idea-idea menggunakan bahasa istemewa dan khusus. Kebanyakan orang beranggapan bahawa Matematik itu terdiri daripada nombor, tanda dan simbol sahaja, yang disususun dalam bentuk persamaan. Mereka juga beranggapan bahawa Matematik bersifat kuantitatif yang tiada unsur-unsur kualitatif dan bahasa dalamnya (Sufean, 1992). Bidang Matematik mempunyai bahasanya tersendiri yang perlu dikembangkan dan diberi perhatian, khususnya oleh pendidik matematik. Suatu sifat istimewa yang terdapat dalam matematik ialah dari segi asspek bahasa yang unik dan tersendiri. Bahasa matematik yang dicipta oleh pakar-pakar matematik (BODMAS) dari zaman ke zaman menjadi lambang dan hukum yang universal dengannya ilmu matematik terus berkembang dan dikenali oleh hampir setiap manusia. Simbol dan istilah matematik yang dicipta menjadikan operassi matematik menjadi lebih mudah. Bahasa menjadi simbol-simbol dan sistem yang menghubunginya. Asas sistem bahasa ini ialah tatabahasa. Dalam bahasa matematik, tatabahasa terdiri daripada hukum-hukum, teorem-teorem dan rumus-rumus matematik yang menghubungi simbol-simbolnya. Tidak dapat dinafikan bahawa matematik memainkan peranan penting dalam pembelajaran matematik kerana semua fakta, konsep, operasi dan hukum matematik diwakili oleh bahasa matematik. Kefahaman konsep dan penyelesaian masalah matematik dipermudahkan dengan pengguanaan bahasa matematik. KONSEP MATEMATIK Matematik selalunya didefinisikan sebagai pembelajaran / kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang, atau dengan kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar
3

BED 1333 MATEMATIK DAN SAINS AWAL KANAK-KANAK

rajah.Matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran.Berdasarkan NAEYC pula, matematik bermula dengan penerokaan bahan seperti membuat binaan blok-blok, pasir dan air. Pembelajaran matematik dapat disepadukan dengan sains, sains sosial, kesihatan dan bidang-bidang lain. Disamping itu, program matematik seharusnya membolehkan kanakkanak menggunakan matematik sebagai alat untuk meneroka, mencari penemuan baru dan menyelesaikan masalah.Menurut Nor Azlan 1987 ,kebolehan matematik adalah asas kemahiran yang diperlukan bagi menjalani kehidupan seharian . Asas perkembangan matematik kanakkanak bermula daripada pengalaman kanak-kanak berkaitan benda-benda konkrit atau objek yang mengandungi kuantiti dan kualiti objek seperti warna, saiz dan bentuk yang berbeza-beza serta memanipulasi nombor-nombor yang ada di sekeliling mereka.Menurut Jean Piaget, setiap kanak-kanak normal berupaya memahami matematik dengan baik apabila aktiviti dan kaedah yang diberikan dapat menarik perhatian mereka. Matematik adalah contoh pemikiran logik yang membentuk konsep nombor kanak-kanak yang memerlukan pengalaman, interaksi sosial, masa, bahasa dan kefahaman berkenaan pemikiran kanak-kanak.KONSEP PRANOMBOR Kemahiran pranombor merupakan kemahiran yang paling awal yang perlu diperkenalkan kepada kanak- kanak sebelum memperkenalkan murid dengan konsep nombor. Pendedahan awal konsep pra nombor pada seawal usia kanak-kanak adalah penting bagi membina sikap positif terhadap Matematik. Pendekatan yang dirancang rapi sesuai untuk membantu kanak-kanak untuk membina kemahiran numerasi. Kanak- kanak memerlukan banyak pengalaman hands-on dan menyebut sebelum kemahiran menulis nombor. Seawal umur 2 tahun, kanak-kanak telah mula mengajuk patah-patah kata yang didengar di sekelilingnya. Contohnya satu, dua, tiga dan seterusnya. Konsep pranombor dalam pendidikan prasekolah terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu :a) Pengelasan b) Perbandingan c) Seriasi d) Padanan satu dengan satu e) PolaKeabadian
4

BED 1333 MATEMATIK DAN SAINS AWAL KANAK-KANAK

ASAS NOMBOR DAN KEMAHIRAN MENGIRA Apabila seorang anak kecil praformal berjaya menguasai asas nombor dan juga kemahiran mengira lebih awal dari rakan sebayanya, si kecil itu akan lebih bersedia untuk memahami subjek matematik di sekolah rendah kelak. Dalam erti kata lain, kanak-kanak praformal yang sudah mula berjinak dengan nombor dan kemahiran mengira seawal usia dua atau tiga tahun akan memiliki kelebihan yang jelas apabila mereka mula mempelajari subjek matematik secara lebih formal dan teratur di tadika dan kemudiannya di sekolah rendah. Ini kerana subjek matematik harus dikuasai secara bertahap yakni sebelum kanak-kanak boleh melakukan operasi tambah, tolak, darab, bahagi serta menggunakan formula matematik yang lebih kompleks - mereka perlu menguasai tahap yang lebih asas dahulu seperti konsep nombor dan juga kemahiran mengira. Seperti yang sudah kita kupas bulan lepas, jika tahap asas ini tidak dapat dikuasai dengan elok maka ada kemungkinan si kecil anda akan sedikit lambat dalam proses pembelajaran matematik kelak. Hal ini pastinya merisaukan ibu serta bapa yang prihatin dengan kemajuan akademik anak mereka yang berusia di antara 0-6 tahun. Pendidikan praformal yang sememangnya bersifat pendidikan persediaan atau pendidikan awalmula (headstart education) boleh membantu anak anda di taska atau tadika untuk mula mengenal serta menyukai konsep nombor serta kemahiran mengira, apatah lagi jika si kecil itu mendapat dorongan dan sokongan secara terus-menerus daripada ahli keluarga mereka pula di dalam situasi rumah tangga. Berikut ialah beberapa cara praktikal untuk mengajar asas nombor dan mengira. a) Bermain Dengan Nombor Memberi ruang kepada kanak-kanak yang berusia di antara 0-6 tahun untuk bermain dengan nombor agar mereka berasa selesa dan lebih bersedia untuk belajar mengira. Misalnya apabila anda ingin membuat panggilan telefon, minta si kecil untuk menekan butang di papan kekunci telefon bimbit anda. Anda hanya perlu menunjukkan sahaja nombor yang perlu ditekan sambil membaca nombor berkenaan dengan jelas. Kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan dua tahun khasnya akan
5

BED 1333 MATEMATIK DAN SAINS AWAL KANAK-KANAK

mengajuk percakapan anda dan mereka juga boleh menekan butang yang betul jika diberi peluang. Jika usaha mudah ini dilakukan setiap hari, tentu anak anda akan cepat menangkap asas nombor dan dia sudah boleh mengenal nombor-nombor bermula dari angka 0 hingga 9. Tambahan pula cara ini mengambil pendekatan belajar melalui aktiviti bermain, maka sudah pasti kanak-kanak akan menyukainya dan pada waktu yang sama mereka akan didedahkan kepada konsep asas nombor dan kemahiran mengira. Jika anda berasa risau atau takut jikalau si kecil anda merosakkan telefon bimbit atau telefon rumah anda, usaha praktikal yang sama boleh dilakukan dengan menggunakan alat kawalan jauh televisyen yang lebih besar dan juga agak lebih tahan jika dijatuhkan atau dilempar oleh kanakkanak yang nakal. Sambil anda menekan nombor pada alat kawalan jauh, sebutkan nombor yang ditekan dengan jelas agar si kecil akan berasa tertarik untuk membantu anda sambil mempelajari tentang nombor. Untuk kanak-kanak yang sudah berumur lewat praformal pula (sekitar 5-6 tahun), mereka boleh dihadiahkan dengan mesin kira atau kalkulator yang boleh membantu mereka mengenal nombor dengan lebih cekap. Untuk pasangan ibu bapa yang berkemampuan pula, sebuah komputer dengan papan kekunci bukan hanya akan dapat mengajar anak mereka tentang asas nombor tetapi ia juga akan mengukuhkan asas membaca dan menulis si kecil. Yang paling penting adalah kesedaran di pihak ibu bapa bahawa semua usaha ini walaupun kelihatan kecil dan tidak signifikan sebenarnya banyak membantu dalam proses pendidikan 3M anak mereka. b) Bahan Permainan Berkonsep Untuk ibu bapa yang mempunyai pendapatan lebih pula, terdapat banyak bahan permainan kanak-kanak yang berasaskan konsep nombor yang boleh mereka beli untuk anak mereka yang berusia di antara 0-6 tahun. Yang menjadi kesukaran kelak bukanlah untuk mencari permainan berasaskan nombor yang boleh dibeli untuk anak kecil anda, tetapi anda pasti akan pening kepala dalam membuat pilihan kerana ada terlalu banyak permainan sedemikian di pasaran dewasa ini! Banyak pasangan ibu
6

BED 1333 MATEMATIK DAN SAINS AWAL KANAK-KANAK

bapa hari ini yang mahukan permainan berasaskan nombor untuk anak mereka dan banyak pula syarikat permainan yang sedia memberi bantuan dengan produk mereka dengan ciri-ciri yang unik. Walau bagaimanapun, jangan kita lupa bahawa yang perlu menguasai konsep nombor dan kemahiran mengira adalah kanak-kanak dan bukan pula ibu bapa mereka! Oleh itu, ibu bapa wajar mencari permainan yang mempunyai nilai pendidikan matematik yang baik sambil memastikan anak kecil mereka tertarik untuk bermain dengan produk berkenaan. Ini kerana dalam memilih produk permainan yang mempunyai nilai pendidikan agak sukar untuk kita mencari sesuatu yang penuh dengan keseronokan di samping dalam mendidik kanak-kanak dengan baik. Lazimnya permainan yang menyeronokkan tidak mempunyai nilai pendidikan yang tinggi dan begitulah sebaliknya jika permainan itu mempunyai nilai pendidikan yang tinggi, besar kemungkinan ia tidak menyeronokkan langsung atau terlalu cepat membosankan si kecil. c) Kemahiran Geometrik Melatih kemahiran melakar bentuk geometrik serta menulis nombor dengan aktiviti yang lebih berciri seni kreatif agar kanak-kanak tidak setakat menghafal nombor secara lisan tetapi tidak mampu menulisnya dengan cepat dan tepat. Biar apa pun langkah yang diambil untuk melatih kemahiran si kecil untuk mengira, ibu bapa serta para pendidik prasekolah tidak boleh lupa bahawa pengenalan kepada nombor boleh berlaku melalui aktiviti seni dan kreatif. Malah, adalah tidak masuk akal jika seorang anak kecil cekap mengira nombor satu hingga sepuluh secara lisan tetapi dia langsung tidak tahu menulis nombor-nombor berkenaan di atas kertas. Oleh sebab itu, kanak-kanak pada usia prafromal tetap perlu diberi ruang untuk melatih diri menulis nombor atau paling tidak, untuk meniru lakaran nombor yang telah dibuat oleh guru tadika mereka di atas papan putih. Hanya cara ini yang dapat memastikan kanak-kanak dapat mengenal asas nombor dan mereka boleh menulis nombor-nombor berkenaan dengan cepat dan tepat di atas kertas di dalam buka sekolah mereka.

BED 1333 MATEMATIK DAN SAINS AWAL KANAK-KANAK

Tidak cukup jika seorang anak kecil hanya setakat menghafal nombor secara lisan kerana operasi matematik yang lebih kompleks seperti tambah, tolak, darab dan bahagi lazimnya perlu dilakukan di atas kertas. Ini adalah realiti pendidikan berbentuk formal yang perlu kita terima terutama sekali apabila kanak-kanak mula melangkah ke alam sekolah rendah. PENDEDAHAN AWAL KEPADA ASAS NOMBOR DAN JUGA KEMAHIRAN MENGIRA Nombor adalah suatu konsep yang wujud di sekeliling kita dan kanak-kanak sedari usia bayi sudah didedahkan kepada konsep nombor. Yang perlu kita lakukan adalah membantu mereka menguasai konsep nombor secepat mungkin sebelum mereka mula belajar asas nombor dan operasi pengiraan mudah. Setiap aktiviti yang dilakukan oleh bayi seawal usia setahun hingga usia di sekitar dua tahun lebih boleh dijadikan bahan dan rangsangan untuk konsep nombor. Malah, kita juga sebenarnya boleh mula mengajar kanak-kanak mengira pada usia itu! Usia 1-2 tahun adalah tahun-tahun awal yang penuh dengan penjelajahan dan pengalaman baru dalam dunia kanak-kanak. Sambil mereka menjelajah dan cuba menimba pengalaman baru, ada waktunya mereka akan bertembung dengan konsep nombor dan asas pengiraan. Inilah waktu di mana kita perlu memainkan peranan sebagai tutor kepada mereka dengan memperkenalkan sejauh mungkin asas nombor, mengikut kemampuan kanak-kanak berkenaan dan sejajar dengan tahap perkembangan kognitif mereka. Penyelidikan oleh pakar-pakar di Amerika Syarikat mendapati bahawa kanak-kanak yang menerima pendedahan awal dalam asas nombor dan kemahiran mengira lebih cekap menangkap konsep matematik tahap tinggi yang lain. Mereka diibaratkan sebagai kanak-kanak yang sudah mampu memanjat tangga-tangga ilmu matematik iaitu kemahiran mengira asas, operasi tambah, operasi tolak, operasi darab, dan sebagainya. Dengan asas yang kukuh dari awal usia praformal, kanak-kanak yang boleh mengenal nombor dengan betul dan cekap dipercayai akan cepat memahami topik matematik kompleks seperti algebra kerana pengalaman positif yang telah mereka terima pada usia 0-6 tahun.

BED 1333 MATEMATIK DAN SAINS AWAL KANAK-KANAK

Tambahan pula jika difikirkan secara logik, untuk memahami algebra dan rumusan matematik yang lebih kompleks seorang individu perlu memahami konsep-konsep asas yang lebih mudah terlebih dahulu. Kegagalan dalam topik matematik yang lebih mudah hampir pasti menjadi resipi kegagalan dalam topik yang lebih rumit pada masa hadapan. DEFINISI NOMBOR Nombor ialah satu entiti abstrak yang mewakili hitungan atau ukuran. Simbol untuk nombor dipanggil angka. Dalam penggunaan biasa, angka sering digunakan sebagai label, penunjuk susunan, dan kod . Dalam bidang matematik, takrif nombor telah diperluas untuk merangkumi keabstrakan seperti pecahan, nisbah, serta nombor-nombor negatif, transenden, dan kompleks. Operasi-operasi aritmetik untuk nombor, seperti penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian, dibuat lebih umum dalam cabang matematik yang dikenali sebagai algebra niskala. Algebra niskala ialah kajian tentang sistem-sistem nombor abstrak, seperti kumpulan, gelanggang dan medan. NOMBOR Nombor memainkan peranan penting dalam pembelajaran matematik. Nombor adalah sesuatu yang dikaitkan dengan kuantiti, kesedaran yang melibatkan konsep dari mudah ke kompleks. Nombor boleh dipecahkan kepada membilang, konsep nombor dan operasi nombor. MEMBILANG Membilang adalah satu proses yang rumit dan memerlukan ketelitian yang mana murid-murid memberikan nama bagi sesuatu nilai nombor. Terdapat empat prinsip membilang yang perlu dikuasai oleh murid sebelum mereka dapat membilang secara rasional dan bukan secara hafalan. Empat prinsip ini adalah prinsip padanan satu dengan satu, di mana murid dapat memadankan satu objek dengan satu nama nombor, prinsip susunan nombor yang mengikut urutan (stable order) iaitu bermula dari 1,2, 3,... dan seterusnya, prinsip cardinal iaitu nama dan nombor yang terakhir adalah jumlah objek yang dibilang, dan order irrelevance (ketakberkaitan) iaitu boleh memulakan pengiraan dari mana-mana kedudukan. Untuk menjadi pembilang yang rasional, murid harus menguasai keempat-empat prinsip tersebut.
9

BED 1333 MATEMATIK DAN SAINS AWAL KANAK-KANAK

KONSEP NOMBOR Konsep nombor ialah pemikiran seseorang daripada kumpulan atau kumpulan benda yang dilihat. Konsep nombor menggambarkan bilangan atau banyaknya benda bagi sesuatu kumpulan iaitu sifat kuantiti benda tersebut manakala angka adalah simbol atau tanda yang mewakili serta menggambarkan konsep nombor. Sistem nombor yang digunakan hari ini mempunyai empat ciri penting iaitu; CIRI-CIRI Nilai tempat Asas sepuluh PENERANGAN Kedudukan digit mewakili nilai tertentu. Bermaksud koleksi sepuluh yang mempunyai10 digit dari sifar ke Sembilan. Penggunaan sifar Simbol untuk sifar yang menyatakan sesuatu yang tidak wujud. Mempunyai nilai tambah Nombor boleh ditambah berdasarkan nilaitempat.

OPERASI NOMBOR Pembelajaran operasi nombor melibatkan konsep tambah (+) dan tolak (-). Konsep asas bagi operasi tambah ialah proses dua himpunan yang disatukan dan menjadi jumlah tertentu. Manakala konsep tolak adalah apabila satu himpunan objek dikeluarkan sebahagian daripadanya. Prasyarat sebelum mengajar operasi nombor adalah; PRASYARAT Membilang Pengalaman konkrit PENERANGAN Berdasarkan empat prinsip membilang secara rasional. Operasi dimulakan dengan bahan maujud secara bergambar atau simbol. Konteks penyelesaian masalah Penggunaan bahasa yang betul Satu situasi penyelesaian yang telah diberikan. Bahasa yang betul dan tepat perlu digunakan agar operasi itu lebih bermakna dan mudah difahami.

10

BED 1333 MATEMATIK DAN SAINS AWAL KANAK-KANAK

OPERASI TAMBAH Operasi tambah merupakan gabungan antara dua set objek. Guru boleh menggunakan pendekatan ELPS (Experience, Language, Picture, Symbol) ketika mengajar operasi tambah. Pengalaman konkrit diberikan di samping penggunaan yang betul bagi mewakili operasi dalam bentuk bergambar serta bentuk symbol. Contoh : Menggunakan objek konkrit atau bahan maujud. Menggunakan bahasa yang betul (lima tambah empat sama dengan sembilan). Menggunakan gambar untuk mewakili nombor-nombor tersebut. Menggunakan simbol untuk mewakili operasi tersebut ( 5 + 4 = 9 )

OPERASI TOLAK Operasi tolak mempunyai beberapa makna atau pengertian. Antaranya makna operasi tolak ialah memisahkan atau mengurangkan kuantiti daripada satu kuantiti keseluruhan dan melihatkan baki yang tinggal. Makna operasi tolak yang berikutnya ialah membandingkan dan mencari perbezaan. Ini melibatkan dua kuantiti dan melibatkan perbezaan. Yang terakhirnya ialah berapa lagi yang diperlukan. Ini melibatkan satu kuantiti keseluruhan yang mana satu bahagian telah diketahui dan kita perlu ketahui bahagian yang tinggal. AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Konsep nombor merupakan salah satu kemahiran yang perlu dipelajari oleh kanak-kanak prasekolah. Nombor memainkan peranan yang penting dalam menguasai pembelajaran Matematik prasekolah. Namun begitu, didapati segelintir guru tidak memahami perkembangan kanak-kanak dan asas dalam perkembangan Matematik dengan terus mengajar kanak-kanak simbol nombor 1, 2, 3 dan seterusnya tanpa mengaitkan nombor-nombor ini dengan objek di sekeliling (Rohani et. al, 2004). Ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat mengaitkan nombor dengan keadaan sebenar. Aktiviti bermain adalah asas dalam proses pembelajaran kanak-kanak. Frobel (1805) percaya proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu yang berlaku dalam keadaan yang
11

BED 1333 MATEMATIK DAN SAINS AWAL KANAK-KANAK

menggembirakan. Bermain adalah suatu aktiviti pilihan bagi kanak-kanak. Pembelajaran berbantukan komputer dapat meningkat keyakinan dan semangat ingin tahu yang tinggi kepada kanak-kanak (Van Horn et. al., 2007). Ini mendorong kanak-kanak mencari penyelesaian tanpa merasa takut. Selaras dengan itu suatu system pembelajaran bagi tajuk konsep nombor dibangunkan berasaskan pendekatan permainan bagi kanak-kanak prasekolah. Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Ada beberapa aktiviti yang membantu kanak-kanak memperolehi konsepkonsep awal matematik iaitu aktiviti padanan, penjenisan, dan susunan atur. Padanan ialah kegiatan memilih sifat tertentu dan membuat perbandingan. Penjenisan pula adalah kegiatan memilih sifat umum di kalangan bentuk-bentuk. Manakala susunan aturan adalah kegiatan meletakkan perkara sepanjang satu barisan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teori daripada pakar-pakar pembelajaran bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik dan jenis matematik yang boleh dipelajari pada peringkat yang berbeza dalam perkembangan kognitifnya. Dalam memahami konsep nombor pula, kanak-kanak perlu menguasai kemahiran serasi dan padanan satu dengan satu secara logik. Konsep nombor melibatkan tujuh aspek pembelajaran iaitu mengetahui konsep nombor 1 hingga 5, mengetahui konsep nombor 1 hingga 10, mengetahui konsep dan nilai sifar, mengetahui konsep nombor 10 hingga 20, mengetahui konsep siri 20, 30, 40, dan 50, operasi tambah dan akhir sekali ialah operasi tolak. Contohnya, guru menjalankan aktiviti dalam mengetahui konsep dan nilai sifar, di mana guru tersebut meletakkan 6 keping biskut ke dalam bekas dan menyuruh mereka mengeluarkan kesemua biskut tersebut, setelah kesemua biskut tersebut dikeluarkan maka guru memberikan penerangan bahawa baki yang tinggal di dalam bakul tersebut adalah sifar. Konsep pra nombor perlu dipelajari oleh kanak-kanak sebelum mereka boleh menggunakan konsep nombor keseluruhannya dengan betul. Konsep ini penting untuk membolehkan kanakkanak memperoleh sebahagian gambaran yang berkesan tentang nombor keseluruhannya. Kebolehan mengelaskan objek atau benda mengikut warna , bentuk dan saiz. Kebolehan mengenal kuantiti melaluiperbandingan, banyak atau sedikit, sama banyak atau tidak sama banyak dan lebih atau kurang.

12

BED 1333 MATEMATIK DAN SAINS AWAL KANAK-KANAK

Pada peringkat ini, instruksi yang boleh digunakan oleh guru ialah menunjukkan mereka bendabenda maujud. Guru boleh membawa bahan seperti buah-buahan dan benda-benda yang menarik ke dalam kelas agar kanak-kanak mengenali bahan tersebut dengan lebih dekat. Mereka boleh memegang, mengenali bentuk dan merasa bahan-bahan tersebut serta mengingatinya. Melalui kaedah ini para pelajar akan dapat mengetahui bahawa kuantiti objek adalah berbeza. Hal ini boleh digunakan oleh guru kerana pada tahap ini pelajar sudah boleh mengingati sesuatu dengan lebih lama dan suka bertanya serta cuba memahami konsep.Mereka mula menggun akan bahasa secara sedikit demi sedikit dan berfikir menggunakan bentuk-bentuk simbol. Permainan adalah satu kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkan daya kreativiti dan memupuk minat terhadap Matematik . Ianya juga akan dapat mengurangkan rasa bosan dan jemu, khusus semasa menyelesaikan pelbagai masalah Matematik. Penggunaan aktiviti permainan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik darjah adalah berlandaskan prinsip bermain sambil belajar. Penyelesaian bagi beberapa masalah dalam matematik boleh ditunjukkan melalui aktiviti permainan dan simulasi, khususnya masalah yang melibatkan aplikasi kehidupan seharian. Simulasi juga sering digunakan untuk menerangkan jawapan atau penyelesaian dalam rekreasi Matematik. Flansburg (1994) telah menyatakan bahawa pembelajaran Matematik bukanlah dengan mengingat tetapi merupakan aktiviti yang kreatif seperti melukis, menulis atau bermain. Berlainan pula dengan Bruner, beliau juga tidak menafikan mungkin satu lagi jenis kecerdasan wujud iaitu kecerdasan naturalis dan menjadikan jumlah keseluruhan kecerdasan yang ada ialah lapan. Setiap murid di dalam kelas bukan hanya tertakluk kepada satu jenis kecerdasan sahaja. Seseorang itu mungkin memiliki dua atau lebih kecerdasan dan ini adalah tugas guru untuk mencari cara pembelajaran yang sesuai dengan seseorang pelajar itu berdasarkan jenis kecerdasan mereka. Pengetahuan Matematik tidak wujud dalam objek atau realiti luaran, tetapi ia adalah perkaitan (Kamii, 1982). Sebaliknya proses mengira sebenar hanya berlaku sekiranya kanak-kanak faham maksud satu dengan satu benda, dua dengan dua benda dan seterusnya (Fuson, 1988). Selain itu, guru juga perlu sedar bahawa pada peringkat awal kanak-kanak di prasekolah perlu didedahkan kepada bahan-bahan pelajaran yang terdiri daripada objek-objek besar iaitu yang senang dilihat dan disentuh. Pelbagai jenis alat bantu mengajar diperlukan untuk mengajar
13

BED 1333 MATEMATIK DAN SAINS AWAL KANAK-KANAK

kanak-kanak disebabkan perkembangan kognitifnya yang terhad. Murid-murid di peringkat ini juga masih belum bersedia menyelesaikan masalah abstrak atau dalam bentuk hipotesis. Oleh itu, banyak contoh konkrit dan analogi diperlukan untuk memudahkan pemahaman murid-murid. ASAS NOMBOR DAN KEMAHIRAN MENGIRA KANAK-KANAK PRAFORMAL Hampir kesemua kanak-kanak berjaya menguasai asas nombor sebelum meninggalkan alam prasekolah. Lazimnya kanak-kanak yang telah ke taska dan kemudiannya ke tadika akan berjaya mengenal dan mengira nombor 1 hingga ke 20 dengan cekap. Di samping itu mereka juga selalunya mampu melakukan perkiraan mudah seperti tolak dan tambah dan juga darab serta bahagi bergantung kepada pendedahan yang telah mereka terima daripada ibu bapa dan guru prasekolah mereka. Ujian persediaan prasekolah yang digunakan di beberapa buah negara maju meletakkan beberapa tahap perkembangan yang perlu dicapai oleh kanak-kanak praformal dalam asas nombor dan kemahiran mengira pada akhir tahun pertama mereka di tadika. Tahap perkembangan ini bolehlah diambil sebagai penanda aras kemajuan matematik oleh ibu bapa dan juga golongan pendidik prasekolah. Tanda Aras Tinggi: a) Mampu mengenal dan memahami secara asas turutan nombor 1 hingga 20 serta boleh menyebut nombor-nombor berkenaan secara lisan dengan betul dan cekap (semakin banyak nombor yang boleh dikira semakin tinggi kemajuan kanak-kanak berkenaan). b) .Sudah dapat mengenal hubung kait di antara nombor dan boleh melakukan operasi pengiraan yang mudah dengan betul dan cekap. Tanda Aras Kritikal : a) Sekurang-kurangnya dapat mengenal dan memahami secara asas turutan nombor 1 hingga 10 serta boleh menyebut nombor-nombor berkenaan secara lisan (semakin sedikit nombor yang dapat dikenal pasti, semakin rendah tahap kemajuan kanak-kanak itu). b) Masih tidak dapat mengenal hubung kait di antara nombor dan tidak dapat melakukan operasi pengiraan mudah atau hanya sekadar meneka jawapan kepada operasi pengiraan.

14

BED 1333 MATEMATIK DAN SAINS AWAL KANAK-KANAK

Perlu ditekankan di sini bahawa tahun pertama prasekolah membawa pengertian yang berbeza. Ada pendapat yang mengatakan bahawa ukuran tahap perkembangan di atas perlu dilakukan apabila kanak-kanak mencecah usia lima tahun dan ada pula pandangan yang mengatakan ukuran ini perlu dibuat sebelum mereka mencecah usia enam tahun. Tahap Satu sekolah rendah (darjah satu, dua dan tiga) sebenarnya akan memberi pengukuhan yang diperlukan dalam kemahiran mengira. Akan tetapi, anak kecil anda pasti akan meraih faedah yang lebih besar jika dia sudah mendapat pendedahan dan sudah mahir tentang asas nombor sejak dari tadika lagi. PENTINGNYA ASAS NOMBOR DAN KEMAHIRAN MENGIRA Kemahiran mengira atau matematik bermula dari detik pertama apabila si kecil praformal mula mengenal nombor. Kemahiran ini yang digelar asas nombor kelak akan membantu kanak-kanak memahami hubung kait di antara nombor yang menjadi asas kepada kemahiran mengira lebih kompleks seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Asas nombor bermula dari rumah dan kemudiannya ia berkembang sejajar dengan usia kanakkanak di institusi prasekolah seperti di taska dan kemudiannya di tadika. Walaupun asas nombor sebenarnya dapat dikuasai secara bersendirian oleh seorang anak kecil pada usia praformal namun ia masih perlu didorong dan disokong oleh ibu bapa dan pendidik prasekolah. Asas nombor yang kukuh sudah tentu akan menjadi aset kepada kanak-kanak yang perlu memahami konsep mengira yang lebih kompleks seperti pecahan, nombor perpuluhan, nilai negatif dan sebagainya. Rata-rata mereka yang menjadi pakar matematik mengakui bahawa pengalaman positif yang mereka timba sedari kecil banyak membantu hingga timbulnya rasa cinta mereka kepada bidang ini. Pada masa yang sama, kegagalan menguasai asas nombor dengan baik atau mengambil masa terlalu lama untuk menguasainya mungkin akan menimbulkan benci dalam diri kanak-kanak terhadap kemahiran mengira. Hal ini tentunya akan merugikan mereka oleh kerana kemahiran mengira adalah salah satu kemahiran teras yang perlu dikuasai di sekolah rendah kelak.

15

BED 1333 MATEMATIK DAN SAINS AWAL KANAK-KANAK

16

Anda mungkin juga menyukai