Anda di halaman 1dari 11

ISI KANDUNGAN

TUGASAN 1 PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DAN JUSTIFIKASI

M/S 3 - 7

TUGASAN 2 PENULISAN REFLEKSI

M/S 8 - 9

TUGASAN 3 LAPORAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN

M/S 10 - 11

RUJUKAN

M/S 12

PEDAGOGI ( EDM 2104 )

Tugasan 1 : Penulisan Rancangan Pengajaran Harian dan Justifikasi

Mata pelajaran : Pendidikan Islam Tarikh / Masa : 9 Ogos 2013 / 3 Zulkaedah 1434H Kelas : 2 Arif Masa : 11.20 12.20 tengah hari Bilangan murid : Lelaki 10 orang, Perempuan 7 orang ( jumlah 17) Bidang : Pelajaran Jawi Tajuk : Mengenal , membaca dan menulis suku kata tertutup Kemahiran sedia ada : Murid murid pernah belajar perkataan suku kata tertutup dalam pelajaran Bahasa Melayu Standard Kandungan : Membaca, membina dan menulis perkataan yang terdiri daripada suku kata tertutup Standard Pembelajaran : Murid dapat membaca, membina dan menulis perkataan yang terdiri daripada suku kata tertutup Aktiviti : Gerak kerja, menulis Nilai murni : Menghayati tulisan jawi Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat : 1. Mengeja 4 dua suku kata tertutup dengan bimbingan guru 2. Menulis 4 dua suku kata tertutup dengan betul selepas mendengar penerangan guru 3. Memberi tunjuk ajar ( mencantum huruf menjadi dua suku kata tertutup berdasarkan gambar ) Gabung jalin : Bahasa Melayu ( suku kata tertutup ) Kemahiran berfikir : Menyusun puzzle menjadi gambar yang mengandungi dua suku kata tertutup 2

PEDAGOGI ( EDM 2104 ) Bahan bantu mengajar : kad huruf, kad perkataan, gambar dan lembaran kerja Elemen merentas kurikulum : Belajar daripada kesalahan

KOMPONEN Pendahuluan ( 3 minit )

ISI KANDUNGAN Doa belajar

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Murid - murid membaca doa bersama sama di dalam kelas Murid - murid melihat wang kertas yang di pamerkan oleh guru Murid menjawab soalan yang di ajukan oleh guru Guru mengaitkan pelajaran hari ini iaitu dua suku kata tertutup Murid melihat gambar dan kad perkataan yang di pamerkan oleh guru Murid diminta mengeja dua suku kata tertutup secara berkumpulan dan individu Murid mengeja perkataan dengan betul selepas mendapat bimbingan daripada guru Murid mengeja suku kata tertutup selepas guru mengeja Guru menunjukkan cara untuk menulis dua suku kata tertutup 2 orang murid di minta untuk menulis dua suku kata tertutup

Set induksi ( 5 minit )

Menunjukkan wang kertas RM2

CATATAN / JUSTIFIKASI Pastikan murid murid bersedia sebelum membaca doa Menggunakan pendekatan induktif

Langkah 1 ( 15 minit )

Menggunakan strategi direktif Menggunakan pendekatan integrasi

Langkah 2 ( 15 minit )

= + = + = + = + = +

PEDAGOGI ( EDM 2104 ) Langkah 3 ( 13 minit ) Lembaran kerja ( puzzle ) Murid diberikan lembaran kerja untuk dibuat di dalam kumpulan Murid berbincang secara kumpulan untuk menyusun gambar Setiap kumpulan perlu menulis gambar apakah yang mereka dapat Wakil daripada setiap kumpulan tampil ke depan untuk menampal hasil kerja kumpulan mereka di papan putih Menggunakann kaedah sumbangsaran Menggunakan strategi memusatkan murid

Penutup ( 10 minit )

Soalan : Apakah yang telah kita pelajari pada hari ini? Sebut semula dua suku kata tertutup

Murid menjawab soalan dan menyebut dua suku kata tertutup Murid diminta membuat kerja lanjutan iaitu buku aktiviti di rumah

HURAIAN PELAKSANAAN PENGAJARAN RPH

Mata pelajaran yang diajar oleh saya ialah Pendidikan Islam Tahun 2 Arif. RPH ini digunakan untuk murid murid yang mempunyai latar belakang akademik dan sahsiah yang baik dan sebahagiannya sederhana. Sub tajuk yang diajar ialah Jawi iaitu dua suku kata tertutup.

Saya memulakan sesi pembelajaran dan pengajaran dengan set induksi. Pada peringkat ini saya menunjukkan wang kertas yang berjumlah RM2. Semua murid memberi perhatian kepada saya. Pendedahan awal ini untuk menarik perhatian murid murid , menimbulkan rasa ingin tahu dan menggalakkan penyertaan murid murid dalam pembelajaran jawi yang akan 4

PEDAGOGI ( EDM 2104 ) dipelajari mereka. Ia merupakan salah satu ciri pendekatan induktif. Menurut Teori Ausubel, advance organizer bertindak sebagai subsiming bridge yang menghubungkan pengetahuan sedia ada murid dengan pelajaran yang bakal dipelajari. Saya merangsang minda murid murid tentang pelajaran hari ini. Kemudian, murid murid diminta meneka tajuk pelajaran. Teori psikologi yang dapat dikaitkan dengan aktiviti ini ialah Teori Pembelajaran Gestalt. Apabila saya meminta murid murid meneka tajuk pelajaran, murid murid akan menggunakan pengalaman dan pembelajaran sedia ada untuk menjawab persoalan saya. Dalam teori ini, adakalanya penyelesaian masalah itu diperoleh secara tiba tiba dengan wujudnya golongan celik akal. Maka, tidak hairanlah jika tiba tiba terdapat murid yang dapat meneka tajuk pelajaran tersebut. Ini adalah kerana semakin cerdas dan banyak pengalaman seseorang itu maka kemungkinan yang lebih besar untuk mendapatkan celik akal dan kemampuan untuk menguasai pembelajaran. Berdasarkan jawapan yang diberi, saya akan memberi respon dan mengaitkannya dengan tajuk yang akan diajar.

Seterusnya, saya memaklumkan hasil pembelajaran iaitu mengeja dan menulis dua suku kata tertutup dengan bimbingan guru. Hasil pembelajaran aras ini adalah aras yang asas dan perlu dikuasai oleh murid. Pada aras ini, murid murid perlu menguasai ( mengeja / menulis ) dua suku kata tertutup dan mengingat kembali apabila ditanya oleh guru pada akhir pembelajaran. Pada peringkat ini, saya menggunakan strategi direktif iaitu memberikan penerangan dan arahan secara langsung sementara murid murid mendengar dan menyerap apa yang diajar. Selain itu, pendekatan integrasi juga diterapkan dalam pembelajaran ini kerana murid murid telah mempelajari tajuk suku kata tertutup ini dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Seterusnya, saya menggunakan strategi memusatkan murid. Dalam strategi ini, peranan murid murid diutamakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Murid murid digalakkan untuk mengambil bahagian aktif dalam tugasan tugasan kumpulan, perbincangan, inkuiri penemuan, penyoalan, peyelesaian masalah, permainan dan sebagainya. Saya menggunakan kaedah dalam kumpulan perbincangan. Dalam kaedah ini, murid murid membentuk kumpulan masing masing. Kemahiran yang dapat diterapkan semasa aktiviti ini ialah kemahiran membentuk kumpulan.

PEDAGOGI ( EDM 2104 ) Saya mengedarkan lembaran kerja berkaitan tajuk dua suku kata tertutup iaitu gambar gambar kepada setiap kumpulan. Setiap kumpulan di berikan gambar dan mereka hendaklah menyusun gambar tersebut supaya dapat menulis dan menerangkan gambar apakah yang mereka peroleh. Wakil dari setiap kumpulan tampil ke depan untuk menampal gambar tersebut setelah mendapat persetujuan semua ahli kumpulan. Di sini terdapat kaedah sumbangsaran dimana aktiviti perbicangan yang dijalankan melalui aktiviti kumpulan. Kaedah ini menggalakkan pemikiran kreatif di kalangan murid murid. Saya sentiasa peka terhadap murid murid dan memantau aktiviti murid murid dengan pergi meja ke meja dan memberi panduan agar tidak tersasar. Kemahiran dan nilai yang dapat dikaitkan dengan aktiviti ini ialah kemahiran mendengar dengan minda yang cerdas dan nilai keberanian. Murid murid mengaplikasikan semua pengetahuan dan kemahiran untuk menyiapkan tugasan. Jadi , pembelajaran koperatif adalah antara pendekatan mutakhir yang berpusat pada murid yang meneroka dan menjana ilmu pengetahuan melalui pembelajaran berpasukan dan memberi kerjasama. Sebagai penutup, saya merumuskan isi pelajaran dan menekankan sekali lagi kepada murid murid berkaitan isi pelajaran yang perlu dikuasai oleh mereka.

PEDAGOGI ( EDM 2104 )

Tugasan 2 : Penulisan Refleksi

Proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung dengan baik. Walaubagaimanapun, didapati sebilangan kecil murid murid yang keliru diantara suku kata tertutup dan suku kata terbuka. Walaupun begitu, saya dapat memberikan contoh yang boleh membezakan diantara suku kata tertutup dan suku kata terbuka. Murid murid juga dapat memberi sumbang saran suku kata tertutup.

Seramai 14 orang murid dapat mengeja dan menulis suku kata tertutup dengan baik tetapi dibimbing dari saya. Manakala seramai 4 orang murid tidak dapat mencantum huruf menjadi dua suku kata tertutup berdasarkan gambar. Walaubagaimanapun, saya memberi bimbingan dengan memberi banyak contoh perkataan yang mengandungi suku kata tertutup.

Kekuatan proses pembelajaran dan pengajaran yang saya dapati ialah saya dapat melakukan aktiviti yang menarik dan dapat menarik minat murid murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan. Dalam aktiviti berkumpulan, murid murid mempunyai kecerdasan interpersonal dan mereka dapat berbincang dan bekerjasama. Kebanyakan murid begitu tertarik dan berminat untuk menyelesaikan soalan secara berkumpulan. Perhatian serta tunjuk ajar yang diberikan oleh saya membuatkan mereka bersemangat untuk selesaikan soalan soalan yang diberi. Selain itu, murid murid dapat meningkatkan keyakinan diri untuk mengemukakan idea. Saya pula dapat mengenal pasti murid murid yang masih belum menguasai dan memberi penerangan agar mereka lebih memahami tajuk dengan lebih baik.

Dari aspek kelemahan pula, saya dapati masih terdapat murid yang tidak dapat menguasai pembelajaran ini. Mereka masih keliru dengan suku kata terbuka. Namun begitu, rancangan mengajar yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri tidak menjamin bahawa murid dapat menguasai kemahiran pembelajaran yang sepatutunya. Jadi. Sebagai guru perlu optimis dan mengambil langkah langkah pengajaran yang sistematik dan berkesan.

PEDAGOGI ( EDM 2104 ) Justeru itu, pengurusan bilik darjah juga amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelan dan susunan perabot yang teratur, suasana bilik darjah yang mesra telah mewujudkan satu persekitaran yang kondusif pada sesi pengajaran saya pada hari tersebut. Selain itu, perhiasan di dalam bilik darjah dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria dan mesra bagi murid murid.

Komunikasi dan interaksi adalah dua aspek yang menyempurnakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Saya menggunakan gerakan positif dalam bilik darjah seperti menggangguk kepala dan senyum. Sesekali, saya menggerakkan kepala untuk memaklumkan kepada murid apa yang dilakukan mereka tidak dipersetujui oleh saya. Sebagai seorang guru, saya menggunakan gaya komunikasi asertif kerana saya dapat mengawal bilik darjah dengan baik. Selain itu, menggunakan bahasa yang mudah difahami dapat mewujudkan proses pembelajaran yang lancar. Saya memanggil nama murid murid ketika berinteraksi. Secara tidak langsung dapat menggalakkan murid murid untuk memberi idea mereka. Saya sentiasa memberi peneguhan positif , ganjaran dan bantuan kepada murid murid supaya mereka dapat meningkatkan interaksi mereka di dalam proses pembelajaran.

Cadangan bagi penambahbaikan aktiviti pembelajaran dan pengajaran saya diantaranya ialah murid murid yang lemah akan diberi bimbingan khas kepada mereka supaya dapat menguasai pembelajaran seperti murid yang cemerlang. Selain itu, saya akan memberikan lebih banyak soalan latih tubi agar murid ini biasakan diri mereka dengan kaedah yang diajar oleh guru. Kaedah penerangan yang berkesan dan langkah langkah pengajaran yang sistematik perlu digunakan oleh saya dan semua guru. Selain itu juga, teknik penyampaian isi pengajaran secara tersusun dan sistematik, penggunaan bahasa yang jelas dan mudah, penerangan yang lebih jelas serta memberi contoh contoh yang berkaitan. Oleh itu, saya perlu menerapkan semua elemen elemen tersebut di dalam rancangan pengajaran harian untuk dilaksanakan semasa sesi pembelajaran dan pengajaran. Kesimpulannya, mendidiklah dengan penuh kesabaran dan keyakinan yang tinggi bagi membentuk modal insan yang berjaya di dunia dan di akhirat.

PEDAGOGI ( EDM 2104 )

Tugasan 3 : Laporan Pelaksanaan Pentaksiran

Pelaksanaan pentaksiran ialah komponen utama dalam proses pembelajaran dan pengajaran kerana pentaksiran ini berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu satu proses pengajaran . Pentaksiran terbahagi kepada dua iaitu pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses pembelajaran dan pengajaran. Contohnya, lembaran kerja, pemerhatian, kuiz,senarai semak, laporan tugasan dan tugasan rumah. Manakala pentaksiran sumatif dijalankan di akhir suatu unit pembelajaran. Contohnya, ujian bulanan dan ujian semester. Berdasarkan aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang telah dilaksanakan dalam tugasan 1, saya menggunakan pentaksiran formatif iaitu memberi lembaran kerja kepada murid. Apabila selesai sesi pangajaran, murid diberi lembaran kerja berkaitan dengan tajuk yang dipelajari. Saya menilai hasil kerja murid merujuk kepada deskriptor dan evidens dalam standard prestasi untuk menentukan tahap penguasaan murid. Saya menggunakan pentaksiran formatif ini kerana dapat memberi maklum balas kepada murid tentang prestasi mereka berdasarkan kelemahan dan kekuatan mereka serta membolehkan untuk merancang dan melaksanakan langkah penambahbaikan murid. Selain itu, dapat merekod prestasi dalam portfolio untuk rujukan guru, penyelaras dan ibubapa. Jadual di bawah menunjukkan contoh senarai semak bagi matapelajaran jawi.

PEDAGOGI ( EDM 2104 )

Contoh pentaksiran: PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN DAMANSARA DAMAI 1 NAMA : NABIL HAKIM BIN BADARUDIN KELAS : 2 ARIF MATA PELAJARAN : JAWI BAND B1D24E1
Membaca perkataan yang terdiri daripada perkataan dua suku kata terbuka dan tertutup dengan betul

MENGUASAI

TIDAK MENGUASAI

B1D24E2
Membina perkataan yang terdiri daripada dua suku kata

B2D24E3
Menulis perkataan yang terdiri daripada Membina perkataan yang terdiri daripada dua suku kata

B2 D18 E1
Membina perkataan yang terdiri daripada dua suku kata

10

PEDAGOGI ( EDM 2104 )

RUJUKAN

Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI Pedagogi Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh (phd) Terbitan Kedua 2013

Mok Soon Sang ( 2010 ), Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran ; Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd, Puchong.

Mybooks.com sdn. Bhd ( my instrument PBS ), Cetakan Pertama: Abu Amir, Umi Uswah

11