Anda di halaman 1dari 21

Konsep Pemerolehan Bahasa.

Bahasa merupakan anugerah istimewa yang ada pada setiap individu. Bahasa ialah sistem undang-undang tatabahasa dan semantik yang membuatkan pertuturan menjadi bermakna. Pertuturan pula ialah perlakuan membentuk dan penyambungan bunyi-bunyi bahasa. Bahasa adalah suatu saluran yang membolehkan kanak-kanak menyusun dan

mengutarakan idea serta pengalamannya. Perkembangan dan penggunaan bahasa sangat penting bagi membolehkan kanak-kanak berhubung antara satu sama lain.

1.4.1.1 Perolehan Bahasa.


Melalui bahasa, kanak-kanak berkemahiran untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain secara berkesan. Penguasaan bahasa bermula dengan memahami percakapan yang didengar dan diikuti oleh kebolehan bertutur. Kebolehan bertutur dan menggunakan bahasa ini bukan sahaja dapat merapatkan perhubungan kanak-kanak dengan orang lain, malah ia membolehkan kanak-kanak membina konsep berkenaan alam dan manusia di persekitarannya. Bayi membentuk konsep tentang objek dalam persekitarannya sebelum tanda pertama bahasa muncul. Kanak-kanak yang berumur dua tahun sudah dapat memahami maksud sesuatu perkataan(Dollaghan, 1985). Semasa membesar kanak-kanak mempelajari perkataan baru dengan membandingkan pekataan yang sudah diketahui oleh mereka (Bloom, 1998; Menyuk, Liebergott & Schultz, 1995)

1.4.2 Perkembangan Bahasa


Perkembangan bahasa yang baik memerlukan suasana sosioemosi yang selamat dan pengalaman yang menggembirakan. Bagi mengalakkan perkembangan bahasanya kanakkanak perlu berhubung. Apabila kanak-kanak dapat berfikir dan berkomunikasi dengan menggunakan perkataan yang mewakili objek dan peristiwa di persekitaran mereka, kemampuan mereka berfikir dan menggambarkan dengan perkataan meningkat dan mengatasi batasan masa dan ruang.

Melalui perkembangan bahasa ini, kanak-kanak mula mengenali dunia secara simbolik dengan perantaraan bahasa yang mudah seperti tanda-tanda, objek dan perkataan. Adalah jelas, kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan dan daya perhubungan mengikut peringkat umur serta daya kefahaman mereka. Kita tidak boleh mengharapkan kanak-kanak bertutur dengan berkesan jika mereka tidak memahami apa yang disebutkan. Pengalaman menggunakan bahasa secara lisan amat penting bagi mengembangkan bahasa kanak-

kanak. Kemahiran berkomunikasi berkait rapat dengan menggunakan bahasa (kemahiran linguistik) dan kemahiran berinteraksi. Menerusi penerokaan dan berinteraksi, kanak-kanak dapat membina dan mengaplikasikan konsep baru.

1.4.3 Pembelajaran Bahasa

Kanak-kanak belajar bahasa melalui berbagai-bagai cara. Antaranya dengan meniru bunyi yang pernah didengari. Mereka belajar dengan meniru orang dewasa dan rakannya

bercakap. Mereka mendengar pertuturan daripada orang lain dan meluahkannya dengan cara tertentu. Bunyi perkataan adalah magic kepada kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak pada peringkat prasekolah tertarik degan permainan lagu berantai. Perkataan magic ini mula diperolehi apabila kanak-kanak mula bermain dengan bahan. Selepas menghafal dan menghasilkan semula perkataan tersebut, mereka akan mempelbagaikan dan

memanipulasikannya dengan pelbagai keadaan, membina perkataan yang lucu, mudah, mereka cerita khayalan daripada pengalaman sendiri.

1.4.4 Kaitan dengan teori-teori pemerolehan dan perkembangan bahasa: 1.4.4.1 Model Behavioris

Model dan teori behavioris cuba menghuraikan pertalian antara psikologi dengan bahasa melalui pendekatan yang dapat dialami dan diamati secara langsung atau fi zikal. Mereka yang sealiran dengan teori ini terdiri daripada ahli-ahli bahasa seperti Bloomfield, Sapir, Fries dan Brooks. Manakala, sarjana-sarjana psikologi yang menyertainya ialah B. Watson, Thorndike, Pavlov dan B.F. Skinner. Golongan ini beranggapan bahawa pemerolehan sesuatu tingkah laku terjadi melalui ulangan perlakuan. Menurut teori ini, tidak ada struktur linguistik yang dibawa sejak lahir. Mereka berpendapat bahawa anak yang lahir tidak membawa sebarang kapasiti atau potensi berbahasa. Bahkan Brown (1980) dalam Principles of Language Learning and Teaching menyatakan bahawa kanak-kanak lahir ke dunia ini ibarat seperti sehelai kain putih tanpa ada apa-apa calitan. Persekitarannya yang akan membentuknya secara perlahan-lahan bagi membuat pengukuhan terhadap tingkah lakunya. Pengetahuan dan keterampilan berbahasa akan diperoleh melalui pengalaman dan proses pembelajaran.Dengan demikian, bahasa yang didengari akan dipindahkan melalui pewarisan kebudayaan, sama halnya seperti orang yang belajar memandu kenderaan. Menurut model behavioris pembelajaran bahasa merupakan proses yang berdasarkan kepada peraturan pelaziman operan, iaitu yang menjurus kepada model rangsangan gerak

balas. Dalam erti kata lain, kanak-kanak itu akan diberikan satu perkataan, dia meniru bahasa itu dan dia akan meniru lagi apabila dia menjumpai perkataan itu. Dengan erti kata lain, ibu bapa merangsang bahasa peringkat awal kanak-kanak dengan adanya tindak balas seperti senyuman, bertutur dan mengagah kanak-kanak menggunakan perkataan khusus seperti mama atau papa dan perkataan ini diulang berkali-kali dan dengan

pengulangan ini kanak-kanak itu akan dapat mengikut. 1.4.4.2 Model Nativis Chomsky (1969-1980)

Beliau telah memperkenalkan Teori Nativisma. Chomsky mengatakan bahawa otak manusia telah diprogramkan secara semulajadi untuk membolehkan ia bertutur dan memahami bahasa sama seperti keupayaan berjalan. Beliau mengenalpasti sistem ini sebagai LAD ( Language Acquisition Device ) yang bergantung kepada sel-sel dalam serebrum korteks. LAD inilah yang akan membolehkan kanak-kanak menganalisis bahasa yang mereka dengar dan membolehkan mereka membentuk tatabahasa yang betul. Pandangan Nativis tentang teori pemerolehan bahasa adalah berdasarkan Model Innatis. Teori ini kerap dinyatakan dengan teori pemerolehan bahasa yang behavioristik. Contoh pandangan teori ini, anak yang lahir ke dunia sudah membawa kapasiti atau potensi bahasa. Kapasiti atau potensi bahasa ini akan menentukan struktur bahasa yang akan digunakan selanjutnya. Untuk itu kanak-kanak mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur yang berada di persekitarannya seperti keluarga, rakan dan masyarakat di sekelilingnya. Ini bermakna persekitaran ini akan membantu serta mempengaruhi kebolehan berbahasa kanak-kanak. Secara hipotesisnya, kanak-kanak ini apabila dilahirkan telah mempunyai struktur berbahasa yang baik dan mudah menerima bahasa semasa memasuki alam prasekolah. Berdasarkan pandangan ini, ianya mempercayai apabila dilahirkan, setiap manusia mula mengenali dan memahami peraturan berbahasa secara umum sahaja dari segi tatabahasa dan erti perkataan. Berdasarkan itu, kanak-kanak itu akan diajar cara berkomunikasi yang baik supaya ia menjadi lebih mudah untuk memberi arahan, menyoal dan bertutur dengan lebih teratur. Untuk itu, kanak-kanak ini perlulah menambah lagi perbendaharaan kata dan penguasaan tatabahasanya.

S Pada pendapat anda, apakah perbezaan antara pandangan nativis dengan pandangan behavioris. EMAK KENDIRI 1.1

1.4.4.3

Model Konstruktivis

Mengikut pandangan ahli konstruktivis ianya terbahagi kepada enam teori pembelajaran penting yang perlu kita ketahui, iaitu: (i) Teori pembelajaran pembentukan kebiasaan. (ii) Teori pembelajaran kod kognitif. (iii) Teori pembelajaran interaksionalis. (iii) Teori pembelajaran fungsionalis. (iv) Teori pembelajaran situasionalis. (v) Teori pembelajaran anggapan.

Teori Pembelajaran Pembentukan Kebiasaan


Teori ini berpendapat bahawa pembelajaran bahasa sebagai satu kegiatan mekanis, iaitu sebagai aktiviti fizikal semata-mata. Teori ini menganggap faktor persekitaran menjadi rangsangan dan tindak tanduk organisme pada rangsangan sebagai gerak balas. Ia juga menunjukkan bahawa faktor luaran seperti ganjaran menguatkan gerak balas. Contoh: Dalam konteks pembelajaran bahasa, teori ini menegaskan latihan dan latih tubi. Ini bertujuan untuk membentuk kebiasaan kepada kanak-kanak.

Teori Pembelajaran Kod Kognitif


Teori ini menegaskan bahawa pembelajaran bahasa sebagai satu proses pemikiran, iaitu satu aktiviti mental yang merupakan kebolehan manusia secara semula jadi. Teori ini mementingkan kefahaman struktur bahasa kerana pemahaman memudahkan pembelajaran dan penguasaan bahasa. Pengetahuan tatabahasa juga dititik beratkan kerana ini membantu kanak-kanak menguasai bahasa secara berkesan. Teori ini juga mementingkan pengetahuan mengenai pola-pola sintaksis dan leksikal. Di samping itu, peraturan tatabahasa juga perlu dihafal dan ia menganggap bahasa adalah fenomena pemikiran dan bukan mekanikal.

Teori Pembelajaran Interaksionalis

Menurut teori ini, kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka boleh menggambarkan makna kognitif dalam bentuk-bentuk linguistik yang jelas dan tepat. Teori ini berpendapat pembelajaran bahasa sebagai alat berinteraksi dan ia merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistik. Oleh itu, kanak-kanak perlu memahami dan menggunakan tatabahasa dengan betul. Ini membantu mereka berkomunikasi dalam masyarakat. Selain itu aktiviti bahasa yang bermakna dan menarik membantu kanak-kanak menguasai dan memperbaiki penggunaan sistem bahasa dan seterusnya dapat menggunakannya dengan fasih dan lancar.

Teori Pembelajaran Fungsionalis


Teori ini menekankan kepentingan struktur dan memberi perhatian terhadap fungsi bahasa. Secara tidak langsung teori ini menegaskan bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi. Menurut teori ini, bahasa mempunyai tiga fungsi, iaitu: a. Bahasa sebagai alat penyampai idea Bahasa digunakan untuk berhubung, berkongsi pendapat dan pandangan. b. Bahasa untuk menyampaikan maklumat Bahasa berkeupayaan untuk menyampaikan maklumat oleh penutur. c. Bahasa sebagai alat komunikasi Bahasa digunakan untuk tujuan berinteraksi.

Untuk itu, teori pembelajaran ini mengutarakan beberapa ciri penting. Antaranya ialah: Sistem bahasa yang digunakan oleh ahli-ahli masyarakat itu bertenaga dan terbuka. Perkara dasar yang ditekankan dalam struktur bahasa ialah semantik. Bahasa ditutur mengikut keadaan dan sistem sosial. Bahasa merupakan alat untuk berhubung, melahirkan pendapat dan menyatakan perasaan. Ia juga menggambarkan watak dan peribadi penuturnya.

Teori Pembelajaran Situasionalis


Teori ini menganggap bahasa adalah sebagai kod komunikasi. Bahasa digunakan untuk menyatakan aksi, untuk menerangkan, untuk menyatakan lokasi, nama, aras dan peringkat dan sebagainya. Mengikut teori ini, bahasa dipelajari dengan cara menggalakkan

pembentukan kebiasaan. Item-item linguistik harus dipelajari dan diamalkan penggunaannya. Untuk itu guru perlulah menggunakan ayat-ayat yang gramatis. Bentuk-bentuk ayat yang gramatis perlu diperkenalkan kepada kanak-kanak. Teori ini juga mementingkan pengalaman sedia ada murid menangani isi pelajaran. Teknik pembelajaran seperti main peranan, simulasi atau lakonan sesuai digunakan di dalam kelas.

Teori Pembelajaran Anggapan


Teori ini menekankan fungsi bahasa, makna dan mengutamakan tatabahasa yang bersistem. Teori ini juga percaya bahawa bahasa adalah satu sistem yang bermakna dan ia juga beranggapan bahawa pembelajaran bahasa adalah mempelajari cara memberi makna. Selain itu, teori ini menerangkan keperluan berkomunikasi kanak-kanak dan kemudian mempamerkan cara-cara setiap komunikasi itu dilakukan.

Mari kita mulakan perbincangan ini dengan menghayati secara ringkas konsep asas perkembangan bahasa kanak-kanak mengikut peringkatperingkat umur bermula sejak lahir sehingga berumur 4 tahun.

Tajuk 2

Perkembangan Bahasa Kanak-kanak Prasekolah

2.1

Sinopsis

Tajuk ini berfokus kepada perkembangan bahasa kanak-kanak. Ia merangkumi matlamat pembelajaran bahasa, perkembangan bahasa mengikut umur dan peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak.

2.2 Hasil Pembelajaran


1. mengetahui matlamat pembelajaran bahasa. 2. mengenal pasti ciri-ciri kebolehan berbahasa kanak-kanak mengikut peringkat umur 3. merancang aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk memupuk kebolehan berbahasa. 4. mengetahui peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak serta ciri-ciri berkenaan.

2.3

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak Prasekolah

Subtajuk 1 Matlamat Pembelajaran Bahasa

Subtajuk 2 Perkembangan Bahasa Mengikut Umur

Subtajuk 3 Peringkat Perkembangan Bahasa Mengikut Sistem Bahasa

2.4

Matlamat Pembelajaran Bahasa

Bahasa adalah suatu saluran yang membolehkan kanak-kanak menyusun dan mengutarakan idea serta pengalamannya. Perkembangan dan penggunaan bahasa sangat penting bagi membolehkan kanak-kanak berhubung antara satu sama lain. Dengan bahasa manusia dapat berhubung dan berinteraksi. Melalui bahasa juga setiap individu dapat menyatakan perasaannya, memberi pendapat atau pandangannya. Kebolehan bertutur dan menggunakan bahasa ini bukan sahaja dapat merapatkan perhubungan kanak-kanak dengan orang lain, malah ia membolehkan kanak-kanak membina konsep mengenai alam dan manusia di persekitarannya. Selain itu,

pembelajaran bahasa juga membolehkan kanak-kanak mendengar dan menyatakan apa yang didengar dengan sebutan yang betul. Kanak- kanak juga dapat menggunakan bahasa yang bertatasusila. Melalui pembelajaran bahasa, kanak-kanak dapat membaca dan menceritakan isi bacaan sesuai dengan peringkat perkembangan mereka. Kanak-kanak dapat menulis dan membina ayat atau perkataan dengan betul. Tambahan lagi, pembelajaran bahasa membantu kanak-kanak membentuk idea bahasa dan menjadi alat kepada

perkembangan kendiri dan sosial.

Amat mengkagumkan bahawa kanak-kanak dapat belajar berkomunikasi dengan orang lain dengan begitu pesat sekali seolah-olah seperti suatu keajaiban.

2.4

Perkembangan Bahasa Mengikut Umur

Perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dilihat daripada segi kemampuan menerima, memahami dan melahirkan semula. Dengan perkembangan bahasa yang semakin meningkat ini, kanak-kanak lebih cekap dalam perbualan.

Jadual 2.1: Perkembangan Bahasa Kanak-kanak Dari Umur Lahir Hingga Enam Tahun

Umur
Lahir

Kebolehan
Menangis atau senyum untuk menyatakan sesuatu. Bayi lebih suka kepada suara manusia berbanding bunyi lain

Aktiviti

1 tahun

Meniru bunyi antara umur 9 ke 18 bulan kanak-kanak mula menggunakan bahasa untuk berkomunikasi. Tindak balas kepada beberapa perkataan yang biasa didengari boleh menyebut perkataan ( mengenal nama benda ataupun orang )

Bertutur dengan kanak-kanak iaitu dengan memandang ke arah mata kanak-kanak (eye contact)

2 tahun

Mencantum beberapa perkataan mudah untuk menjadi ayat yang pendek. Boleh menyebut dan mengenal perkataan yang mudah dari objek atau gambar menguasai hampir 30 perbendaharaan kata

Perbualan dan bertutur dengan kanak-kanak

3 tahun

Menggunakan perkataan untuk mendapatkan sesuatu menggunakan perkataan nama dan perbuatan di dalam percakapan. Mengenal pasti perlakuan atau pergerakan di dalam gambar

Perbualan bersama kanak-kanak

4 tahun

Gemar bercakap, boleh berbual dengan ayat yang lebih

Perbualan

panjang. Boleh membaca pantun, rhymes dan bercerita menggunakan perkataan untuk menyebut warna, huruf dan bentuk. Suka menyebut perkataan-perkataan yang baru dan suka menyanyi

dengan kanak-kanak

5 tahun

Mula bertanya berbagai soalan Boleh menjelaskan maksud sesuatu perkataan/ayat. Boleh membina ayat yang lebih panjang Mula membaca dengan sendiri Bercakap seperti dewasa Suka kepada perkataan baru

Perbualan antara guru dengan kanak-kanak dan rakanrakan sebaya.

6 tahun

Menghadapi masalah dalam mengelaskan tentang sesuatu hal atau keperluan Berbual menggunakan ayat yang lebih panjang Bercerita tentang pengalaman seharian Suka kepada perkataan yang pelik-pelik

Perbualan pagi dan mengadakan aktiviti-aktiviti berinteraksi

FIKIRKAN ??? Cuba baca bahan-bahan mengenai cara kanak-kanak belajar berbahasa .

2.5

Sistem Bahasa

Untuk memperoleh kemahiran berbahasa yang baik, kanak-kanak perlu didedahkan dengan pelbagai program pembelajaran dan pengajaran. Untuk itu guru perlulah mengetahui sistem bahasa seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1.

Rajah 2.1: Sistem Bahasa

Setiap jenis bahasa merupakan satu set sistem yang merangkumi fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik.

Cuba membaca bahan-bahan mengenai sistem bahasa. 2.6 Peringkat Perkembangan Bahasa Mengikut Sistem Bahasa
Perkembangan bahasa mengikut suatu urutan. Perkembangan bahasa

kebanyakan kanak-kanak bermula dari tangisan yang berbeza ( tangisan yang berbeza sebagai gerak balas terhadap rangsangan yang berbeza, contohnya berasa sejuk atau panas, dicucuk oleh benda yang tajam dan sebagainya ) kepada luahan perasaan dengan menggunakan satu perkataan. Nelson (1973) mengklasifikasikan bahasa

kanak-kanak sebagai rujukan atau luahan perasaan. Nama umum adalah secara rujukan manakala bahasa sosial adalah secara luahan perasaan. Seterusnya kanak-kanak akan menggunakan ayat yang lebih panjang dan belajar membentuk ayat negatif dan soalan. Tambahan lagi, bahasa kanak-kanak merangkumi bentuk ayat yang matang dan kurang matang. Sehingga masa kanak-kanak berumur lapan hingga sepuluh tahun, kebanyakan bahasa yang digunakan oleh mereka adalah matang. Pada masa yang sama, Perkembangan bahasa

kefahaman bahasa kanak-kanak berkembang dengan cepat. berterusan sepanjang hayat.

Berikut adalah penyataan perkembangan bahasa kanak-kanak mengikut sistem bahasa.

(a) Fonologi
Dalam perkembangan fonologi, kanak-kanak menghasilkan bunyi secara rambang. Ini berlaku di peringkat agahan. Mula-mula ia memperoleh fonem-fonem yang kasar dan ketara perbezaan fiturnya, tetapi kemudian ia maju kepada fonem-fonem yang halus dan berbeza fiturnya. Peringkat perkembangan fonologi adalah: Peringkat menangis Peringkat rengekan (cooing) Peringkat ajukkan satu suku kata yang bermakna (ma, cu, bum) Peringkat ajukkan dua suku kata (mama, baba, tata, dedi, susu)

(b) Morfologi
Apabila kanak-kanak mula menyedari gabungan bunyi membawa makna tertentu, mereka mula mempelajari perkataan baru pada umur 18 bulan. Perbendaharaan kata kanak-kanak sudah menjangkau 20 hingga 50 patah perkataan dan apabila menjangkau umur empat tahun, mereka boleh mengujarkan atau menguasai lebih 2000 patah perkataan. Ada juga yang telah boleh memahami konsep majmuk dan perkara lepas (past tense).

(c) Sintaksis
Dalam perkembangan sintaksis, kanak-kanak menguasai ujaran yang terdiri daripada satu perkataan ketika berumur satu tahun dan maju kepada ujaran dua perkataan ketika menjangkau umur dua tahun. Setiap ujaran dapat merujuk beberapa makna mengikut susunan kata atau konteks untuk menggambarkan penafian pertanyaan dan sebagainya. Ayat-ayat padat dan ringkas, banyak menggunakan kata inti dan kurang atau tiada langsung menggunakan kata tugas. Setelah meningkat umur lima tahun, barulah bahasa kanak-kanak itu menyamai bahasa orang dewasa. Setelah umur lima tahun kanak-kanak akan berupaya menghasilkan ayatayat pasif atau ayat-ayat yang lebih kompleks dan dapat mengenal struktur dalaman dan hubungannya dengan struktur luar. (i) Kanak-kanak berumur satu setengah tahun boleh melakukan dengan tepat arahan mudah seperti ambilkan selipar ayah, Mana botol sayang dan sebagainya. (ii) Kanak-kanak pada umur awal 12 hingga 18 bulan sudah boleh menggunakan perkataan dengan intonasi yang berbeza. (iii) Pada umur 18 bulan, ayat dengan dua perkataan mula digunakan seperti :

Ayat Penyata: My toy, Daddys car, adik punya. Ayat negatif: Ayah belum balik, Adik tak buat. Ayat perintah seru: Jangan kacau adik.

(d) Semantik
Dalam perkembangan semantik, kanak-kanak mula berupaya menguasai beberapa patah perkataan dan kemudian memperluaskan perbendaharaan katanya dengan agak cepat. Mula-mula sepatah mungkin merujuk beberapa benda atau makna. Ketika inilah kanakkanak sering membuat kesalahan,terutama semasa memberi makna perkataan itu. Hasil daripada interaksi dengan persekitarannya dalam pelbagai konteks, kanak-kanak akan mempelajari konsep-konsep daripada yang konkrit kepada yang lebih abstrak dan mula dapat menyusun perkataan mengikut tatabahasa. Perkembangan semantik kanak-kanak berkait rapat dengan peringkat perkembangan intelek Piaget: Sensori motor, praoperasi dan operasi konkrit:

(i) Sensori motor


Pada peringkat ini, kanak-kanak sering menggunakan ayat dengan satu perkataan, contohnya: Jika ia sedang mencari ayahnya di sekeliling rumah ia akan sebut: Ayah? yang bermaksud Di manakah ayah? Jika ia tengok dalam bilik air dan gelengkan kepalanya sambil sebut: Ayah, ini bermaksud, Ayah tidak ada dalam bilik air. Jika ia pergi ke muka pintu dan memanggil Ayah sambil cekak pinggang, ini bermaksud, Ayah, mari sini.

(ii) Praoperasi
Di peringkat praoperasi, kanak-kanak yang berumur 2-7 tahun mula cuba memahami bahawa ada perkataan yang mempunyai lebih dari satu makna. Walaubagaimana pun mereka masih pada peringkat konkrit dan belum begitu memahami perkataan yang abstrak.

(iii) Operasi konkrit


Ini adalah peringkat umur kanak-kanak berfi kir dan membezakan. Antara umur 7 11 tahun, kebolehan kanak-kanak berkembang bagi mengecam dan membezakan makna. Namun mereka masih terikat dengan proses pengalaman sedia ada dan pengalaman terus mereka.

Contohnya: Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah faham fungsi rumah, sebagai tempat untuk tidur, tempat makan, tempat tinggal keluarga, tempat kawan datang dan lain-lain.

(e) Peringkat Pragmatik


Peringkat pragmatik ialah peringkat penggunaan bahasa yang peka terhadap konteks iaitu bagaimana seseorang menyesuaikan bentuk ucapan/perkataan mengikut konteks sosial yang berbeza.

Dalam peringkat pragmatik ini juga kanak-kanak belajar peraturan bercakap daripada komuniti di sekitar tempat tinggalnya. Peraturan ini berbeza mengikut sosio-budaya dan bangsa.

LATIHAN 1: LATIHAN : Cadangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru prasekolah untuk memupuk perkembangan bahasa kanakkanak prasekolah. Email jawapan kepada pensyarah dan simpan satu salinan dalam folder anda. LATIHAN 2: Apakah yang dimaksudkan dengan (a) fonologi (b) morfologi (c) sintaksis (d) semantik (e) pragmatik Binalah satu jadual perkembangan bahasa mengikut sistem bahasa kanak-kanak dari sejak lahir sehingga umur enam tahun. Email jawapan kepada pensyarah dan simpan satu salinan dalam folder anda.

Tajuk 3

Kurikulum Perkembangan Bahasa dan Komunikasi Prasekolah

3.1

Sinopsis

Unit ini akan membincangkan tentang faktor yang mempengaruhi pelaksanaan pengajaran Bahasa Melayu dan Pengajaran Bahasa Inggeris Prasekolah. Pemahaman tentang faktorfaktor yang dihuraikan diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan kualiti

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Secara tidak langsung dapat mendorong anda menjadi seorang guru yang mempunyai peranan sebagai pelaksana kurikulum yang efektif.

3.2

Hasil Pembelajaran

1. mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan


pengajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di prasekolah.

2. mengaplikasi peranan guru sebagai pelaksana kurikulum di dalam bilik darjah.

3.3

Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini

Kurikulum Perkembangan Bahasa dan Komunikasi Prasekolah

Subtajuk 1 Pengajaran Bahasa Melayu Prasekolah

Subtajuk 2 Pengajaran Bahasa Inggeris

3.4

Pengajaran Bahasa Melayu Prasekolah

Kemahiran bahasa dan komunikasi merupakan nadi kepada pembelajaran murid. Seseorang murid sudah menguasai kemahiran asas bahasa apabila mereka mempunyai kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta boleh berinteraksi dengan orang lain. Kebolehan berbahasa dan berkomunikasi dengan baik meningkatkan keyakinan murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Ini akan menjadi asas kepada pembelajaran sepanjang hayat.

Komponen bahasa dan komunikasi merangkumi bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, bahasa Cina sebagai bahasa pengantar di sekolah Cina, bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah Tamil dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

Prinsip utama pengajaran bahasa ialah menyepadukan empat kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa yang mereka pelajari.

Kemahiran mendengar - kanak-kanak boleh membezakan bunyi dan boleh memahami apa yang didengar. Kemahiran bertutur - murid dapat menyebut bunyi dan perkataan dengan betul serta dapat menyatakan pemikiran dan perasaan mereka secara berkesan dan bertatasusila. Kemahiran membaca - murid boleh mengucapkan apa yang tertulis dan bercetak dan memahami makna perkataan atau ayat yang dibaca. Kemahiran menulis - murid dilatih untuk menguasai motor halus sehingga boleh menulis huruf dan perkataan dan seterusnya menulis ayat mudah.

OBJEKTIF KOMPONEN BAHASA DAN KOMUNIKASI

i. ii. iii.

mendengar dan menyatakan apa yang didengar; bertutur dengan sebutan yang betul dan bahasa yang bertatasusila; membaca dan menceritakan isi bacaan sesuai dengan peringkat

perkembangan murid; iv. menulis perkataan dan ayat mudah dengan betul. (Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003)

KOMPONEN BAHASA DAN KOMUNIKASI KEMAHIRAN MENDENGAR KEMAHIRAN BERTUTUR KEMAHIRAN MEMBACA KEMAHIRAN MENULIS

Rajah 1: Aspek aspek dalam perkembangan bahasa dan komunikasi

KANDUNGAN DAN HASIL PEMBELAJARAN DALAM KOMPONEN BAHASA DAN KOMUNIKASI 1. Kemahiran mendengar

1.1 . Mendengar dengan penuh perhatian Mengenal pasti apa yang didengar Mengecam dan membeza pelbagai jenis bunyi Mengecam dan membeza intonasi suara Menceritakan apa yang didengar Mendengar dan memberi gerak balas terhadap: a. arahan b. cerita c. puisi, ritma atau rentak d. perbualan

1.2 . Mendengar dan mengecam kesamaan bunyi perkataan Mengecam perkataan dengan bunyi awal yang sama Mengecam perkataan dengan bunyi akhiran yang sama

1.3 . Mendengar dan mengecam bunyi perkataan yang berbeza Mengecam perkataan dengan bunyi awal yang berbeza Mengecam perkataan dengan bunyi akhir yang berbeza

2. Kemahiran Bertutur

2.1 . Berinteraksi dengan mesra Berbual mengguna bahasa mudah dengan sebutan yang betul Berinteraksi secara spontan dan bertatasusila: a. mengikut giliran b. mengikut situasi c. mengikut peringkat umur Menyatakan permintaan dan arahan secara bertatasusila

2.2 . Merangsang pertuturan melalui soal jawab Mengemukakan soalan dengan menggunakan intonasi yang betul Menjawab soalan dengan tepat Menjawab soalan secara kreatif Bersoal jawab secara spontan

2.3 . Melafazkan puisi dengan intonasi yang betul Melafazkan pelbagai bentuk puisi seperti pantun, sajak dan syair Menceritakan semula pelbagai bentuk puisi dalam bahasa yang mudah

2.4 . Melakonkan watak-watak mengikut situasi Melakonkan watak-watak menggunakan bahasa yang sesuai untuk

menghidupkan watak tersebut

3. Kemahiran Membaca

3.1 . Mengecam dan memadankan gambar dengan perkataan Memadankan gambar suatu objek dengan lakarannya Memadankan gambar dengan perkataan

3.2 . Mengenal bentuk huruf Menyebut huruf mengikut urutan dan secara rawak Mengaitkan huruf dengan bentuk objek di persekitaran Mengenal bentuk huruf kecil dan huruf besar

3.3 . Mengenal huruf vokal Mengecam huruf vokal yang terdapat dalam perkataan Membunyikan huruf vokal

3.4 . Mengenal huruf konsonan Mengecam dan membunyikan huruf konsonan Mengecam bunyi huruf konsonan di awal dan di akhir perkataan yang diperdengarkan

3.5 . Memperkenal dan menambah perbendaharaan kata Mengecam dan mengaitkan label pada pelbagai objek dan tempat

Bercerita tentang gambar yang dilihat atau hasil kerja Mengecam perkataan melalui nyanyian atau puisi

3.6 . Membina suku kata dan perkataan Menyebut suku kata hasil gabungan huruf konsonan dan huruf vokal (kv) Mencantum dua suku kata konsonan dan vokal (kv+kv) dalam satu perkataan Membaca suku kata terbuka (vkv) Membaca suku kata tertutup (kvk) Membaca dua suku kata terdiri daripada (kv+kvk), (kvk+kv) dan (kvk+kvk) Membaca perkataan gabungan dua suku kata vokal berganding dan konsonan berganding (kv+vk)

3.7 . Membaca perkataan dan rangkai kata Membaca perkataan dan rangkai kata yang bermakna

3.8 . Membaca ayat dalam konteks Membaca ayat dari cantuman perkataan dan rangkai kata Membaca ayat dalam perenggan pendek dengan intonasi yang sesuai Mengenal tanda bacaan di dalam ayat atau perenggan

3.9 . Memahami bahan yang dibaca Menjawab soalan berdasarkan bahan yang dibaca Menceritakan semula bahan yang dibaca melalui lisan, tulisan atau lukisan

3.10. Membimbing cara membaca 3.11. Memupuk minat membaca Membaca pelbagai bahan bacaan Bercerita tentang bahan yang dibaca Menceritakan semula kandungan cerita yang dibaca Kemahiran Menulis Membaca nama pengarang, judul buku dan penerbit Membaca mengikut arah dan cara yang betul Memegang buku dengan cara dan jarak yang betul Menyatakan cara menjaga buku dengan betul

4. Kemahiran Menulis

. Membina kemahiran menulis Melakukan koordinasi mata tangan Melakukan pergerakan tangan dan jari untuk membentuk corak mengikut arah yang betul Memegang alat tulis dengan cara yang betul untuk menulis Menulis huruf mengikut cara yang betul Menulis nombor mengikut cara yang betul

. Menguasai kemahiran menulis Menulis perkataan Menulis rangkai kata dan ayat yang bermakna Menulis cerita

Anda mungkin juga menyukai