Anda di halaman 1dari 6

Pemikiran Islam Semasa dan Modenisme.

Pendahuluan

Persoalan permodenan, modenisasi, dan kehidupan moden merupakan


fenomena global yanag berlaku apabila berkembangnya kemajuan di
kalangan penduduk dunia. Beberapa terminologi muncul merujuk kepada
perkataan moden seperti modeniti, medenisasi, modenis, dan modenisme.
Modenisme menurut sesetengah ilmuwan lebih mudah difahami dengan
membuat pertentangan maksudnya. Secara umumnya modenisme bukanlah
lawan kepada fundamentalisme tetapi lebih hampir kepada berlawanan
dengan klasik, antik, tradisionalisme, dan medievalisme. Yang jelasnya,
terma modenisme adalah banyak pengertiannya dan ketepatan makna yang
ingin dipakai bergantung kepada fokus seseorang pengkaji. (Jaffary Awang,
2007 : 70 )

Pertamanya, modenisme adalah lawan kepada tradisionalisme.


Keduanya, modenisme adalah kontradiksi kepada terma medievalisme, di
mana modenisme mempunyai kekuasaan akal ( reason ) dan menolak semua
perkara yang gagal dipertahankan oleh akal. Berlainan dengan pegangan
medieval yang dikatakan tunduk atau akur dengan kenyataan autoriti.
Manusia moden pula sifatnya sentiasa berhujah atau inginkan alasan serta
penerangan sekalipun dari autoriti terbesar seperti autoriti politik atau
agama. Mereka tidak akan patuh tanpa bertanya. Ini bukanlah bermakna
orang medieval tidak menggunakan akal, tetapi tahap penggunaan akalnya
lebih terbatas. Ketiganya modenisme berlawanan dengan classicism dan
ada hubungan dengan antiquity ( dengan makana seni lama atau klasik yang
melibatkan pengecatan, skulptur, arkitek, kesusasteraan, muzik dan lain-
lain ); menekankan eksperimen dan bertujuan memperolehi dapatan
kebenaran dalaman. Ini bererti modenisme mempunyai ciri-ciri yang
bermacam-macam dan berlainan, justeru lebih mudah perkataan modenisme
didefinisikan dengan lawannya. (Jaffary Awang, 2007 : 70 )
Pentakrifan Modenisme

Modenisme berasal daripada perkataan moden. Dari segi bahasanya bererti


mutakhir, sekarang, yang terbaru, sesuatu yang berhubungan dengan masa
kini dan akan datang. Sesuatu yang moden adalah yang ‘baru’ dan ‘terkini’.
Merujuk kepada Kamus Inggeris-Arab, modern ialah ‫ عصصصري‬,‫ حديصصث‬,‫جديصصد‬.
Modernity ‫التمدن‬,‫ العصصرية‬dan modernism ‫مجصا زة العصصري الحديصث والفكار العصصرية‬.
Secara lebih lanjut lagi perkataan muhdath bermakna new, novel, recent,
late, modern, upstart, nouveau riche;‫ ; المحدثون‬the moderns ‫ حدثاء‬,‫ حداث‬,‫;حديث‬
new, novel, recent, late, dan modern. Rumusannya moden itu menyentuh hal
ehwal masa sekarang atau berkaitan dengan masa kini, yang terbaru, cara
( kaedah ) baru dan mutakhir. Namun wajar ditegaskan bahawa, sarjana
kotemporari telahpun menggunakan satu terma lain bagi menunjukkan dunia
hari ini telah melewati masa atau zaman moden iaitu terma pasca-
modenisme ( post-modernisme atau pasca/selepas moden di mana
kemunculan dan kedatangan zaman ini menandakan berakhirnya zaman
moden ). Istilah moden sendiri, sekiranya berdasarkan tarikh, muncul
selepas Zaman Kebangkitan ( Reinassanace ) dan Zaman Pencahayaan ( the
Age of Enlightenment ) dari abad ke-18 dan 19 Masehi. (Jaffary Awang, 2007
: 71 )

Sementara manusia, individu atau kumpulan yang menggelarkan


mereka sebagai modenis adalah orang yang menyokong fahaman
modenisme. Modenisme dan modenisasi mewakili setiap satunya sikap
kultural dan sosial atau program yang didedikasikan untuk menyokong apa
yang ditanggapi sebagai moden atau perihal proses atau perbuatan
memodenkan, permodenan dengan komitmen kesedaran sendiri untuk
berubah dalam banyak aspek termasuklah intelektual. Modenisme –
pemikiran cara moden, fahaman dan pendekatan seni yang menekankan
seni lukis moden. ( Jaffary Awang, 2007 : 72 )

Perkataan moden atau hadith menurut Mu’jam al-Fasafi adalah lawan


kepada qadim atau lama dan seerti dengan baru. Ia diitlakkan di atas dua
sifat sama ada mengandungi makna pujian atau celaan. Diperincikan dengan
pemahaman moden yang mengandungi makna pujian ialah sifat seseorang
yang terbuka pemikirannya, menguasai tahap tertinggi ilmu dari hakikat,
memahami sesuatu selari dengan ruh semasa dari kaedah-kaedahnya,
pemikiran dan aliran. Manakala moden yang mengandungi makna celaan
ialah sifat seseorang yang cetek pengalaman, cepat terpengaruh, menerima
matlamat yang remeh tanpa memahami hakikat atau jauhar sesuatu.
Penjelasan di atas diukur dari sudut nilai dan sikap yang diambil oleh
seseorang terhadap modenisasi. Dengan itu perkataan moden itu sendiri dari
sudut nilai bukanlah baik kesemuanya sebagaimana qadim itu juga bukanlah
buruk kesemuanya. Yang terbaiknya ialah menghimpunkan di antara
kebaikan-kebaikan qadim dan hadith serentak untuk diterima pakai oleh
seorang modenis. ( Jaffary Awang, 2007 : 72 )

Istilah modenisasi yang biasa didengar dan ditanggapi oleh


masyarakat barat dan sebilangan masyarakat dunia hari ini boleh
diringkaskan secara keseluruhannya dalam beberapa makna berikut : (i)
proses perubahan dalam struktur sosial dan sistem sosial dan sistem sosial
menerusi peningkatan ilmu dalam sains dan teknologi; (ii) pergerakan dan
peralihan dari masyarakat tradisional beragama, magik dan percaya kepada
karut-marut ( superstision ) kepada moden dan pasca moden, masyarakat
yang bebas dari matrik agama dan nilai-nilai tradisi; (iii) proses perubahan
perhubungan di antara individu dan masyarakat; (iv) proses pergerakan
(mobilisasi), perbezaan, perindustrialisasi dan stabil dan ekonomi kapitalis;
(vi) proses menguasi nature ( tabii ) dan bebas dari kawalannya; ( vii )
pergerakan kea rah konstruksi hidup sihat, aman, terkawal, dan masyarakat
mewah dan akhirnya; (viii) pengeropahan, pengamerikanan dan
pembaratan. ( Jaffary Awang, 2007 : 72 )

Takrif dan makna yang berbagai-bagai di atas menunjukkan persepsi


dan tafsiran berbeza di kalangan pemikir mengenai konsep pemodenan itu
sendiri. Dalam konteks Islam dan masyrakatnyabebrapa takrif di atas tidak
sesuai dengan norma-norma agama Islam seperti pembebasan diri dari
tradisi beragama, sekularisi dan pembaratan atau ‘pengamerikanan’. Namun
takrif yang berkaitan proses kemajuan ekonomi tidak ada halangan dalam
agama Islam. Sarjan Muslim seperti Nurcholish Madjid mendakwa “
modernization is an imperative”- indeed, an absolute obligation”. Justeru itu
pemodenan ditafsirkan oleh beliau sebagai selari dengan perintah dan ajaran
Allah. ( Jaffary Awang, 2007 : 72,73 )

Pentakrifan Modenisme Islam

Berpindah dari konsep umum modenisme, tokoh-tokoh modenis Islam cuba


memberikan skop-skop tertentu dan pandangan khusus mengenai
modenisme yang meliputi pandangan-panadangan intelektual, politik,
ekonomi, sosial dan pendidikan. Faktor intirinsik kepada gerakan yang
dinamakan modenisme ialah disebabkan ramai sarjana moden Islam
merasakan bahawa tafsiran-tafsiran tradisional Islam ridak dapat memberi
kepuasan hati kalangan pelajar yang menerima pendidikan moden.
Sebahagian dari pemikir moden yang ekstrem mahu mengeluarkan semua
urusan keduniaan dari bidang Islam. Sekiranya ini dilakukan Islam akan
kehilangan semua kelebihan dan keunggulannya. Sebahagian lainnya pula
tidak begitu ekstrem tetapi mereka tidak percaya bahawa fiqh Abad
Pertengahan akan dapat memenuhi semua keperluan moden. Semua mereka
dipengaruhi dalam tahap yang berbeza dengan penemuan-penemuan sains
sosial dan pembangunan moden dalam bidang politik dan ekonomi. Orang
Islam pada setiap zaman mempunyai hak untuk memahami Islam menerusi
kemempuan ilmu pada masa mereka dan ilmu itu berkembang pada setiap
zaman. ( Jaffary Awang, 2007 : 73 )

Di sini perlunya sikap kritikal dan analitikal sama ada ke atas warisan
Islam dan teori moden barat. Jadi, modenis tidaklah menolak secara
keseluruhan sumbangan Barat dan tidak pila menerimanya secara membabi-
buta. Diperhatikan tokoh-tokoh modenis ini tidaklah mendefinisikan
modenisasi secara jelas atau khusus dari perpektif Islam seperti pandangan
Mohammad Mumtaz Ali. Walau bagaimanapun definisi dirangka dan dibentuk
dari analisis kritikal mereka terhadap asas espitemologi konsep permodenan
Barat. Lantaran itu, modenisasi Islam mestilah berasaskan espitemologi
Islam :

Islamic modernization may be redefined as the process of increasing


technological skills and knowledge in the physical and social sciences in
order to harness the bounties and resources of the natural world on the basic
of an Islamic epistemology and toward and regeneration of a new Islamic
civilization and its sustainable development. Logically, advancement in
science, technology and the human sciences based on a western
epistemological foundation is necessarily denied or rejected in Islamic
modernization. ( Jaffary Awang, 2007 : 74 )

C.C Adams dalm bukunya Islam and Modernism in Egypt telah


membincangkan modernisme Islam dengan mendefinisikan terma ini kepada
beberapa karakteristik iaitu reformisme agama yang didominasi oleh
pertimbangan-pertimbangan teologi yang bertujuan untuk membebaskan
Islam dan menunjukkan Islam sebagai agama yang dapat diselaraskan
dengan tuntutan kehidupan moden. ( Jaffary Awang, 2007 : 74 )
Ciri utama kebangkitan ialah pembaharuan keagamaan yang
menekankan pertimbangan-pertimbangan teologi. Hakikatnya, revivalisme
yang bercirikan demikian telah berlaku di masa lalu, hinggakan ditambah
perkataan neo ( baru ) kepada revivalis ( kebangkitan kembali )
mengisyaratkan bahawa revivalisme tersebut bersifat pengulangan semula.
Fazlur Rahman, misalnya memberikan dua tipologi revivalisme Islam:
pramodenis dan pasca modenis. Walau bagaimanapun persoalan yang
dikemukakan oleh Fazlur Rahman tidak akan dibincang terperinci.
Pembentangan takrif ini hanyalah bersifat mendatar tanpa diperhalusi
huraiannya kerana akan dibangkitkan semula persoalan ini nanti dan
dibahaskan secara lebih mendalam karateristik, factor dan bidang-
bidangnya. ( Jaffary Awang, 2007 : 74 )

Pentakrifan Modenisme Islam

Berpindah dari konsep umum modenisme, tokoh-tokoh Islam