Anda di halaman 1dari 5

E B A H A N

T
B A C A A N

A Z K I R A H

TAZKIRAH DUAT
‫بسم ال الرحمن الرحيم‬
‫الحمد ل رب العالمين والصلة والسلم على أشرف النبياء والمرسلين وعلى آله وآصحابه ومن تبعه إلى‬
‫…يوم الدين أما بعد‬..

PENDAHULUAN:

Penyelesaian secara Islam seperti yang dikehendaki dengan wujudnya


masyarakat dan pemerintahan islam,mengembalikan semula cara hidup islam
mestilah didahului oleh wujudnya gerakan islam yang sedar dan insaf,yang
menyediakan suasana perjuangan dan menyeru orang ramai agar menerima konsep
perjuangan disamping mengeluarkan para penyokong dan pendokong harakah.

A. PERKARA-PERKARA YANG MESTI DIATASI DALAM AMAL JAMAI’E.

Ini adalah satu penyakit yang berlaku di kalangan anggota-anggota jamaah


islam sendiri.Perkara ini tidak seharusnya berlaku kepda mereka yang
menggabungkan diri dalam jamaah islam.Hasil dari sikap ini lahirlah sifat-sifat
berikut:
i : Mengutamakan masalah peribadi melebihi jamaah .
ii : Hanya melakukan kerja-kerja yang boleh memberi keuntungan
peribadi.
iii : Hilangnya sifat At-Ta’awun .
iv : Tidak sanggup berkorban.

2.0 Masalah pergaulan.

Fenomena ini begitu ketara sekali berlaku di kalangan anggota jamaah dan
seharusnya di beri perhatian yang sungguh-sungguh untuk mengatasinya.Termasuk
di dalam perkara ini ialah :
i : Kurangnya ukhuwwah di kalangan anggota jamaah.
ii : Mu’amalat yang tidak baik.

3.0 Ananiah.

Yang dikehendaki dengan ananiah di sini ialah keinginan seseorang anggota


jamaah untuk menunjuk-nunjuk diri rajin bekerja apabila berada di hadapan
masyarakat bertujuan untuk mengejar gelaran semata-mata dan apabila mendapat
TAZKIRAH DUAT__________________________________________________

status yang baik,maka berusahalah terus untuk mengekalkan kedudukan tersebut


dengan menolak setiap individu yang cuba menandingi dan menghancurkan setiap
peribadi yang boleh mengancam dan merebut tempatnya.Ianya berpunca dari sifat
kasihkan dunia dan akan melahirkan sifat hasad dan dengki.

4.0 Mengikut hawa nafsu,mementingkan dunia dan tertarik hanya dengan


pendapat
sendiri.

Sifat-sifat ini perlu dihapuskan dari diri mereka yang berada dalam jamaah
islam.Adapun cara untuk membebaskan anggota jamaah dari sifat yang disebutkan
tadi,insya-allah akan kita bincangkan di halaman yang seterusnya.

5.0 Syakhsiah yang lemah.

Anggota jamaah seharusnya menyedari bahawa mereka adalah da’ie Ilallah

yang menyeru masyarakat kembali kepada islam.Jadi,sebelum menerjunkan diri ke

arena perjuangan,maka mereka perlulah memperbaiki diri sendiri sebelum

memperbaiki diri orang lain.Akibat dari kelemahan syakhsiah ini,maka timbulnya

anggota-anggota yang mempunyai sifat-sifat berikut:

i : Tidak beramal dengan apa yang diperkatakan.


ii : Tidak mempraktikkan ajaran islam dalam kehidupan seharian.
iii : Kurangnya kesedaran dan malas serta cuai dalam melaksanakan
kewajipan yang dituntut.

6.0 Tidak dapat menjadi qudwah hasanah.

Pendokong harakah perlu menjadi qudwah dan uswah kepada mad’u kerana
ianya amat mempengaruhi mereka.Tanpanya akan menyebabkan mad’u menjauhi
dakwah yang dibawanya dan adakalanya boleh memberi fitnah kepada harakah
yang didokonginya.

7.0 Kurangnya kepatuhan kepada qiadah.

Perkara ini berlaku kerana beberapa faktor.Kadangkala ianya berpunca dari


jundiyyah(ahli) ataupun mungkin juga qiadah itu sendiri.
TAZKIRAH DUAT__________________________________________________

B. CARA PENYELESAIAN

1.0 Bagi mengatasi penyakit ini,para anggota perlulah diingatkan betapa buruknya
sifat ini kepada seorang da’ie kerana diantara syarat awal kejayaan seorang da’ie itu
ialah sifatnya yang suka memberi khidmat dan menolong orang lain serta bekerja
untuk menyempurnakan keperluan mereka dengan mengenepikan kepentingan diri
sendiri.Islam sendiri menganjurkan kepada At-Ta’awun dan menjauhi sifat-sifat
yang telah di-nyatakan.Kalau kita perhatikan kisah para sahabat,disana terdapat
banyak kisah yang menggambarkan bagaimana beratnya pengorbanan yang mereka
telah lakukan.Segala pengorbanan itu berbentuk tenaga,harta benda,waktu dan juga
jiwa dan raga.

Para pendokong harakah mestilah menyedari bahawa mengenepikan diri


sendiri,sanggup berkorban harta benda,tenaga,waktu dan jiwa adalah merupakan
pendahuluan yang membantu kepada kejayaan kerja-kerja amal jamai’e.Umat islam
adalah umat yang memerlukan pengorbanan yang sedemikan rupa sehingga mereka
berjaya mewujudkan kerja-kerja amal jama’ie yang berupaya menghasilkan cita-
citanya.

2.0 Untuk mengatasi masalah ini,maka perlulah dilakukan beberapa perkara.


Diantaranya ialah:
i : Mengadakan program ziarah yang berterusan.
ii : Menggalakkan anggota untuk membiasakan diri bagi
menghadiri program-
program dan tempat-tempat umum.
iii : Perlunya tazkirah,nasihat yang berterusan dan tunjuk ajar
dengan cara yang
sewajarnya.

3.0 Oleh kerana penyakit ini berhubung kait dengan permasalahan hati,maka
cara untuk mengatasinya adalah sebagaimana yang disebut oleh Hujjatul Islam Al-
Imam Ghazali r.a.m dalam kitabnya Ihya Ulumiddin di dalam bab merawat
penyakit hati.Ianya boleh diatasi dengan tiga perkara:
i : Guru yang mursyid.
ii : Sahabat yang sholeh.
iii : Serangan dan kritikan dari musuh.

TAZKIRAH DUAT__________________________________________________
4.0 Untuk mengatasi penyakit mengikut hawa nafsu,anggota jamaah haruslah
di bekalkan dan di ingatkan dengan firman Allah s.w.t :
"‫"وأما من خاف مقام ربه ونهى النفس عن الهوى وإن الجنة هى المأوى‬
(41 -40 )
Sementara bagi mengatasi perasaan sayang dan cintakan dunia yang fana’
ini,maka para anggota jamaah perlulah diingatkan dengan hari kemudian(qiamat).
Allah s.w.t berfirman :
"‫"وللخرة خير لك من الولى‬
(4 )
Manakala bagi mereka yang tertarik dengan pendapat sendiri,mereka
patutlah diingatkan kepada betapa pentingnya pendapat jamaah kerana Allah
s.w.t. telah berfirman :
"‫"وأمرهم شورى بينهم‬
(38 )
Tambahan pula nabi Muhammad pernah bersabda:
"‫"ل تجتمع أمتى على ضللة‬

5.0 Ianya dapat diatasi denga cara memperbanyakkan program-program


pentarbiyyahan kepada anggota jamaah.Mengenai tarbiyyah ini,Syeikh Said
Hawwa r.a.m telah menulis dalam bukunya Tarbiyyatuna Ar-Ruhiyyah,bahawa
tarbiyyah yang sebenarnya mestilah bermula dengan penanaman iman yang
berasaskan aqidah yang soheh.Seterusnya beliau mencadangkan bahawa tarbiyyah
itu mestilah mengambil kira perkara-perkara berikut:
i : Murabbi.
ii : Manhaj.
iii : Biah.

6.0 Sirah nabawiyyah telah menggesa proses pembentukan mestilah dilakukan


melalui
qudwah kerana kesannya lebih kuat dari kata-kata.Oleh kerana itulah para anggota
jamaah hendaklah sentiasa bermuhasabah mengenai perkara ini kerana kitalah
golongan Azhari yang diharapkan untuk menjadi qiadah dimasa
hadapan.Sesungguhnya Al-Qiadah As-Sholehah tidak mungkin wujud tanpa
qudwah hasanah.Saidina Ali k.r.m menyatakan “Siapa yang melantik dirinya
sebagai imam kepada orang ramai ,beliau hendaklah memulakan dengan
membetulkan dirinya sebelum membetulkan orang lain.Orang yang mengajar dan
membetulkan dirinya lebih utama untuk dimuliakan dari orang yang mengajar dan
membetulkan orang lain”.

7.0 Jika sekiranya perkara ini melibatkan anggota jamaah,maka cara


mengatasinya ialah
mengingatkannya bahawa ketaatan kepada pimpinan jamaah islam itu sendiri
menggambarkan keimanan mereka kepada Allah s.w.t :

TAZKIRAH DUAT__________________________________________________
"‫"يا أيها الذين آمنوا أطيعوا ال وأطيعوا الرسول وأولى المر منكم‬
(59 )
Sejarah Rasulullah menunjukkan kepada kita bagaimana contoh ketaatan
para sahabat kepada baginda dalam peperangan Hunain.Begitu juga dengan kisah
peperangan Tabuk.
Dalam masa yang sama pimpinan juga hendaklah sentiasa muhasabah dan
memperbaiki kecacatan yang ada supaya dapat menimbulkan thiqah yang tinggi di
kalangan ahli.Apabila ini berlaku,maka mereka akan memberikan kepatuhan dan
ketaatan yang sepenuhnya terhadap apa jua arahan yang diberikan.Ini adalah kerana
kepatuhan dan ketaatan itu tidak akan wujud tanpa thiqah.

PENUTUP

Demikianlah secara ringkas yang dapat disediakan dalam waktu yang cukup
terbatas ini.Di harap dapat membuat teguran jika sekiranya disana terdapat
kesilapan dan kesalahan.

Semoga hasil perbincangan ini dapat memberikan manfaat kepada kita dalam
rangka usaha untuk membentuk para anggota yang bersifat dengan jundullah
kearah melahirkan syakhsiyyah muslim yang mampu untuk menangani
permasalahan ummah dan seterusnya mempertahankan syakhsiyyah ummah.

RUJUKAN:

1. Jundullah Thaqafatan Wa Akhlaqan


Syeikh Said Hawwa r.a.m.
2. Durus Fil Amal Islami
Syeikh Said Hawwa r.a.m.
3. Tarbiyyatuna Ar-Ruhiyyah
Syeikh Said Hawwa r.a.m.
4. Ihya ‘Ulumiddin
Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali r.a.m.
5. Tazkirah Du’at
Al-Bahi Khuli
6. Tazkirah Du’atul Islam
Maulana Abu A’la Al-Maududi
7. Al-Isti’ab Fi Hayat Ad-Dakwah Wa-Da’iyyah
Ustaz Fathi Yakan
8. Muslimat Pembangun Ummah
Al-Fadhil Ustaz Doktor Harun Bin Taib.