Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
: Sains dan Teknologi : Prasekolah Arif : 11 APRIL 2013 : 30 minit : 20 orang : ST 7.1 Memahami nombor 1-10
Standard Pembelajaran : ST7.1.1Menyebut nombor 1-10 ST7.1.5Memadankan angka 1-10 dengan bilangan objek Tema Subtema Bahan kecil. Pengetahuan sedia ada pelajar : Murid sudah dapat membilang angka 1-10 Objektif : Di akhir pengajaran murid dapat : Kenderaan : Kenderaan di darat : Kad gambar, kad nombor, pensel warna, manila kad, gam, kad gambar
1. Menamakan nombor 5-10 bagi setiap kumpulan objek 2. Memadankan kumpulan objek dengan nombor 5-10 3. Menampal kad berdasarkan nombor yang disebut atau dikehendaki Kesepaduan Nilai Kemahiran : Bahasa Melayu, Fizikal dan Estetika,Sosioemosi dan Moral : Mendengar arahan guru : Menampal kad, mewarna kad
Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Aktiviti Guru Guru meminta murid menyanyikan lagu Satu Jari Bersoaljawab mengenai lagu yang dinyanyikan. Guru meminta murid membilang nombor 1-10 bersama-sama. Aktiviti Murid -Murid menyanyi lagu Satu Jari dengan bersemangat. - murid member respons terhadap soalan guru. Murid membilang nombor 1-10.
Bahan/catatan
Membilang objek
-Guru tunjukkan kad gambar -Guru minta murid nyatakan bilangan pelangi Langkah 1 (5 minit) Memadankan nombor 5-10 dengan objek yang terdapat di dalam kad gambar -Guru minta murid nyatakan nilai kad nombor yang ditunjukkan -guru mengulang langkah yang sama sehingga kad bernilai 10
- Murid melihat kad gambar yang ditunjukkan -Murid menyatakan bilangan mickey mouse yang terdapat dalam kad -Murid menyatakan nilai kad nombor yang dilihat -Murid padankan kad gambar mickey mouse dengan kad nombor dengan betul
-Murid nyatakan nilai nombor yang ditunjukkan Langkah 2 (5 minit) Memadankan objek dengan nombor 5-10 oleh guru -Guru minta murid yang lain mengambil pensel yang diletakkan di atas meja dengan bilangan yang dikehendaki oleh
- Murid melihat kad nombor -Murid menyatakan nilai nombor yang ditunjukkan oleh guru -Murid mengambil pensel warna yang sama dengan nombor yang
Bahan :Kad gambar mickey mouse, kad nombor Nilai : mendengar arahan, sabar
guru.
betul.
-Guru pecahkan murid kepada 5 kumpulan -Guru minta murid menampal gambar di Langkah 3 (10 minit) Menampal gambar dan memadankan dengan nombor dalam kotak yang disediakan. -murid mengira jumlah kenderaan di dalam kotak dan memilih nombor yang betul. -murid menampal nombor. - Murid tampal gambar kenderaan mengikut kotak yang disediakan. -murid mengira kenderaan yang ditampal, memilih nombor yang betul mengikut bilangan kenderaan dan memadankannya.
Bahan: kad nombor, gam, manila kad, Kad kecil gambar kenderaan.
-guru mengumpulkan Penutup (5minit) Pengukuhan semua hasil kerja kumpulan. -guru dan murid samasama menilai hasil kerja. -Guru minta murid membilang nombor 1-10
-kumpulan yang sudah siap menyerahkan hasik kerja kepada guru. Murid. -murid menilai hasil kerja. -murid membilang nombor 1-10
Pada 11 Aril 2013 saya telah menjalankan pengajaran makro untuk tunjang Sains dan Teknologi bagi Prasekolah. Masa yang diambil untuk pengajaran makro ini ialah selama 30 minit iaitu dari jam 9.00 pagi hingga 9.30 pagi. Tajuk yang saya pilih ialah mengenal nombor 5-10 dan memadankan objek dengan nombor 5-10. Saya telah menggunakan bahan maujud yang ada di sekeliling murid, kad gambar, kad nombor dan lego sebagai bahan bantu mengajar saya dalam pelaksanaan pengajaran makro ini. Rakaman pengajaran makro saya ini telah dirakam oleh rakan sekerja saya iaitu En. Hasni. Daripada hasil
rakaman yang telah diambil dan maklum balas dari rakan sekerja saya iaitu En. Hasni saya
telah mendapati bahawa terdapat kelemahan dan kekuatan dalam pengajaran makro saya tadi.
Menurut Jay dan Johson (2002), proses membuat fefleksi boleh berlaku secara sendirian atau kolaboratif seperti apabila guru berbincang dengan rakan sejawat yang lain bagi mendapatkan maklumat dan pandangan bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah atau isu dan melaksanakan tindakan penambahbaikan yang dirancang. Jadi, di sini saya telah membuat refleksi tentang makro pengajaran yang telah saya jalankan iaitu mengenalpasti masalah yang dihadapi, mengenalpasti kekuatan dan kelemahan saya dan merangka tindakan penambaikan.
MASALAH YANG DIKENALPASTI Masalah yang dapat saya kenalpasti sepanjang pengajaran makro saya ialah pertama masalah kelas yang kurang kondusif. Murid kurang selesa dengan keadaan kelas yang sempit. Kedua adalah masalah tumpuan murid terhadap pengajaran guru. Terdapat seorang pelajar iaitu Muhammad Khairul Hakim kelihatan tidak dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Hakim kelihatan resah dan gelisah sepanjang pengajaran makro yang dijalankan. Beliau hanya akan memberi tumpuan jika saya menyebut namanya untuk ke hadapan menyelesaikan aktiviti di papan putih. Hakim juga tidak memberi komitmen terhadap aktiviti kumpulan. Selain itu, masih terdapat beberapa orang murid yang masih beluam menguasai kemahiran mengenal nombor dan memadankan nombor dengan objek dengan betul.
KEKUATAN Set induksi yang telah saya jalankan dapat menarik minat murid dan merangsang minda murid untuk berfikir. Selain itu, secara tidak langsung set induksi yang dijalankan oleh guru dapat membantu murid bersedia dari sudut kognitif dan afektif. Secara tidak lansung juga ia dapat memperkenalkan objektif pembelajaran. Dalam set induksi, murid telah didedahkan dengan konsep nombor. Murid dapat menjawab setiap soalan yang diajukan oleh guru. Ini menunjukkan murid sudah dapat memahami isi kandungan yang ingin disampaikan.
Pengajaran yang saya gunakan dalam pengajaran makro ini ialah berpusatkan murid. Murid kelihatan cergas mengambil bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan melibatkan semua murid. Murid juga diminta memberi pendapat dan cadangan dalam aktiviti tersebut. Contohnya, murid mengambil sendiri pensel
dan membilang mengikut bilangan yang dikehendaki oleh guru. Ini telah memberi peluang kepada murid untuk meneroka sendiri bahan dan menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh guru. Pengajaran seperti ini bukan sahaja lebih afektif tetapi lebih bermakna dan menyeronokkan kerana murid memperolehi jawapan dengan pemerhatian dan sentuhan sendiri.
Apabila murid dapat menonjolkan tingkah laku yang positif di dalam bilik darjah dan dapat menjawab soalan yang ditujukan dengan betul maka saya akan member pujian yang membina. Pujian yang digunakan dapat mendorong murid untuk berusaha dengan lebih tekun lagi. Murid yang lain juga akan lebih bermotivasi untuk menjawab dengan betul agar turut diberi pujian yang sama oleh guru. Selain pujian, guru juga akan meminta murid yang lain memberi tepukan kepada murid yang berjaya menjawab soalan guru dengan betul. Dengan ini, murid akan lebih bersemangat untuk mengikuti proses pengajaran dan permbelajaran seterusnya. Kesannya, murid berasa selesa, tidak tertekan dan merangsang pemikiran murid untuk melahirkan idea yang lebih bernas.
Perkembangan konsep-konsep berlaku secara berperingkat iaitu dari senang ke susah, dari konkrit ke abstrak dan dari yang sudah diketahui kepada yang belum diketahui. Contohnya, murid diminta membilang dahulu bahan yang ada di persekitaran mereka, guru perkenalkan nombor, murid gunakan bahan maujud untuk menunjukkan bilangan dengan nombor yang dinyatakan oleh guru dan murid diberikan aktiviti pengukuhan dengan memadankan bilangan kad dengan nombor yang betul. Ini dapat memberi peluang kepada murid untuk memahami isi kandungan yang ingin disampaikan oleh guru.
Guru juga dapat menujukkan ekspresi muka yang bersungguh-sungguh semasa menyampaikan pelajaran atau semasa menggambarkan sesuatu situasi. Kontak mata yang baik walaupun masih memberi tumpuan utama kepada murid yang hanya di bahagian hadapan kelas. Komunikasi bukan lisan yang diutarakan oleh Egan (1994) merujuk kepada tingkah laku badan ekspresi wajah dan kualiti suara. Berkomunikasi secara lisan atau bukan lisan dengan berkesan amat penting untuk memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, guru akan menggelengkan kepala kepada murid yang berbual dengan rakan ketika guru sedang menerang di hadapan. Secara tidak lansung, disiplin murid dapat dikawal melalui isyarat bukan lisan.
KELEMAHAN
Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan pengajaran makro ialah pengurusan masa guru atau ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan terdapat gangguan-gangguan dan halhal lain yang menyebabkan masa yang lebih lama diambil untuk melakukan sesuatu langkah yang telah dirancang. Terdapat beberapa orang murid bermain semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Mereka tidak mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut dan biarkan ketua dan ahli kumpulan lain yang menyiapkan tugasan. Mereka adalah terdiri daripada murid yang lemah dalam pelajaran matematik. Aktiviti tersebut tidak menarik minat mereka untuk mengikutinya kerana mereka tidak memahami konsep tersebut.
Dalam aspek kawalan kelas, saya dapati agak tidak terkawal, iaitu ketika saya mengarahkan mereka untuk menyiapkan tugasan secara berkumpulan. Terdapat beberapa orang murid bermain di tepi pintu dan meja guru sedangkan murid lain menjalankan aktiviti yang disuruh oleh saya. Kaalan kelas adalah penting walaupun hanya beberapa orang murid yang berbuat bising namun ia akan mengganggu rakan lain yang sedang mengikuti pembelajaran.
PENAMBAHBAIKAN Hasil dari kelemahan yang dapat saya kesan dari pengejaran saya tadi, saya telah mengambil beberapa langkah untuk menambahbaik pengajaran saya akan datang. Gangguan akan timbul jika guru tidak mahir dan murid akan jadi tidak terkawal dan proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi tidak menarik serta objektif pembelajaran tidaka akan tercapai. Menurut Harry K. Wong (1998), kebanyakan masalah tingkah laku murid adalah disebabkan oleh guru itu sendiri. Maka guru harus sentiasa menambah ilmu dan bersedia untuk setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya akan mewujudkan semula kumpulan mengikut tahap kebolehan mereka. Murid yang tidak menunjukkan kerjasama dalam aktiviti kumpulan akan dibentuk dalam satu kumpulan. Aktiviti yang diberikan juga adalah lebih mudah agar murid dapat melaksanakan tugasan tersebut. Berdasarkan prosedur yang dinyatakan dalam Carlifornia Standards For The Teaching Profession masa yang digunakan dalam kelas perlu berkesan dan dioptimumkan sepenuhnya. Apabila masa pengajaran dirancang sesuai untuk memenuhi keperluan pelajar, maka masa pembelajaran dapat menghabiskan isi kandungan yang ingin
disampaikan. Masalah kebisingan kelas adalah disebabkan oleh ketidakselarasan masa pengajaran dengan isi kandungan yang ingin disampaikan. Dengan ini pelajar akan hilang minat belajar. Oleh itu, saya akan mengurus masa dengan lebih baik dengan membuat persediaan perancangan dan mengenalpasti bahan bantu mengajar dalam keadaan baik.
Di samping itu, saya akan menangani masalah yang dihadapi oleh saya berasaskan Canter model of Assertive Discipline (2002). Model ini adalah suatu pendekatan yang positif yang membenarkan guru mengajar dan murid belajar. Daripada pengalaman menggunakan model Canter model of Assertive Discipline, guru yang asertif adalah lebih berkesan daripada seorang guru yang tidak asertif atau garang. Kegarangan dan tidak konsisten arahan guru yang menyebabkan kekeliruan dan trauma psikologi. Seorang guru asertif dapat mewujudkan iklim bilik darjah yang positif, penyayang dan produktif. Perhatian dan bimbingan guru yang prihatin dan berterusan dapat membantu murid menjadi lebih yakin untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan.