Anda di halaman 1dari 8

2.3.

SAINS DAN TEKNOLOGI Tamadun China merupakan salah satu tamadun yang kaya dengan penciptaan dan penemuan sains. Ianya banyak memberi sumbangan kepada perkembangan sains dan teknologi dunia. Hasil daripada interaksi antara tamadun maka muncul nya pinjam meminjam antara tamadun. China dalam situasi ini banyak memberi beberapa pengetahuan kepada dunia Barat mengenai sains dan teknologi. Namun demikian China juga tidak ketinggalan menerima pengaruh sains dari tamadun lain. Pada dasarnya sains dan teknologi China adalah hasil daripada kepercayaan magik dan kuasa ghaib. Dari asas ini orang Cina cuba untuk memberi jawapan tentang fenomena-fenomena alam. Keadaan-keadaan banjir, hujan , pergerakan matahari, bulan dan sebagainya merupakan perkara yang sukar difahami oleh masyarakat Cina. Oleh itu muncul nujum atau bomoh yang bertindak untuk memberi beberapa jawapan kepada persoalan alam. Daripada pengkajian orang Cina terhadap kulit kura-kura, tulang binatang dan daun pokok maka timbulnya pengetahuan mereka mengenai jawapan alam. Dengan erti kata lain, magis dan kuasa ghaib masyarakat Cina secara tidak langsung membantu orang Cina mempelajari atau menghasilkan pengetahuan mengenai bidang-bidang pengetahuan seperti sains, perubatan, matematik, astronomi dan sebagainya. Sebagai contoh usaha yang berterusan dilakukan oleh nujum mengenai pentafsiran fenomena siang dan malam telah membantu proses perkembangan sistem kalendar. Begitu juga dengan usaha mencari formula untuk hidup lebih lama membawa penemuan kajian kimia dan perubatan. Namun demikian penemuan sains mereka tidak dijelmakan sebagai satu perkembangan teknologi yang mampu meningkatkan lagi tamadun mereka. Keadaan ini ternyata benar apabila China gagal menangani kemaraan Barat pada abad ke-19. Usaha-usaha pemodenan mereka juga menemui kegagalan.

Keadaan ini merupakan satu pengajaran besar bagi China untuk maju ke hadapan bagi meningkatkan perkembangan tamadun mereka.1

2.3.1. Bidang Perubatan Perkembangan bidang perubatan Cina telah bermula sejak 10 000 tahun dahulu. Amalan perubatan Cina berkembang hasil daripada kaedah empirikal iaitu melalui pemerhatian terhadap badan manusia dan beberapa jenis penyakit. Manakala kaedah akupunktur pernah diamalkan oleh masyarakat Cina dengan menggunakan serpihan tulang yang ditajamkan sebelum peralatan dicipta. Amalan-amalan perubatan Cina juga diperoleh dari karya-karya tulisan oleh pengamal perubatan Cina. Antara karya-karya perubatan yang dihasilkan ialah Inner Cannon (Nei Ching) yang merupakan rekod menyeluruh mengenai rekod teori perubatan Cina. Namun Demikian karya teks klasik yang awal dan terpenting ialah Yellow Emperors Classic of Internal Medicine. Ia disiapkan pada tahun sekitar 200 S.M. Buku ini membincangkan mengenai teori dan falsafah perubatan Cina klasik. Selain itu juga ia menumpukan soal kelebihan terapeutik dari akupunktur, herba, diet dan senaman. Dalam Dinasti Han munculnya Treatis on Diseases Cause by Cold Factors yang ditulis oleh Chang Chung-ching. Salah satu lagi karya terbaik dalam perubatan ialah Metarial Medica (Pen Tsao Kang Mu) yang ditulis oleh Li shih-chen semasa Dinasti Ming. Karya ini merupakan sebuah ensiklopedia yang menjelaskan mengenai 1,892 jenis perubatan. Hasil karya ini juga telah diterjemahkan dalam bahasa asing dan cukup berpengaruh di negara-negara Asia Timur dan Eropah. Bidang perubatan Cina mempunyai perkaitan dengan konsep Yin dan Yang. Ini kerana ketidakseimbangan kedua-dua unsur itu membawa kepada penyakit.

Azhar Hj.Mad Arus, Azharudin Mohd Dali, Suffian Mansor, Zulkanain Abdul Rahman, TITAS (Kertas2), Edisi Kedua, Fajar Bakti, 2001, hal. 256-7.

Darah dikaitkan dengan Yin dan nafas dikaitkan dengan Yang. Selain itu anggota badan manusia dikaitkan kepada lima unsur iaitu hati dengan kayu, jantung dengan api, perut dengan tanah, paru-paru dengan logam dan buah pinggang dengan air. Oleh itu dalam menyediakan ubat, bahan-bahan yang diberi mesti sesuai dengan keunsuran anggota tadi. Secara ringkasnya penyakit boleh dirawat melalui tiga cara iaitu materia medica, moksibusi dan akupunktur. Kaedah pertama adalah menerusi rawatan secara pemberian bahan-bahan seperti herba dan bahan galian. Sehubungan dengan kaedah ini orang Cina telah membuat beberapa kajian mengenai beberapa aspek tumbuhan. Oleh itu mereka berjaya menemui alkaloid dalam efedia (sejenis sayuran) bagi mengubati penyakit asma atau lelah. Iodin dalam rumput laut bagi mengubati penyakit beguk dan sebagainya. Manakala cara kedua iaitu moksibusi merupakan cara perubatan yang menggunakan sumbu atau moksa yang dibuat dari herba tertentu untuk dilekatkan. Akupunktur pula merupakan rawatan dengan memasukkan jarum pada tempat tertentu.2

2.3.2. Bidang Matematik Dua buah karya matematik tertua Cina iaitu Chou Pei Suan King yang membicarakan mengenai kalender, pengiraan masa bayang-bayang dan mengandungi catatan matematik. Karya kedua ialah Chiu Chang Suan Shu yang mengandungi sembilan bab mengenai kira-kira, ukuran dan beberapa teori matematik. Semasa Dinasti Tang, matematik telah dimasukkan dalam

peperiksaan. Pengajiannya mengambil masa tujuh tahun di Guozijian (kolej putera-putera negara) dan berdasarkan teks klasik berjudul Suanjing shi shu (sepuluh risalah panduan matematik). Pada tahun 1084 teks ini telah dicetak.
2

Ibid., hal. 258

Namun demikian mata pelajaran matematik telah dikeluarkan dari peperiksaan awam kerajaan pada tahun 1230. Namun demikian, ini bukan bermakna matematik tidak penting dalam kehidupan masyarakat Cina. Ia tetap menjadi satu unsur penting kepada tamadun Cina. Ini kerana setiap dinasti di China cuba membentuk sebuah pemerintahan yang lengkap. Sebagai contohnya gerakan penyatuan China yang dilakukan oleh Shih Huang-ti menjelaskan bagaimana beliau ingin mengadakan satu sistem sukat, ukur dan timbang yang standard bagi China. Antara ahli matematik Cina yang terkenal ialah Liu Hui, Zhu Shijie (sekitar tahun 1300), Li Zhi (1192-1279) dan Li Shanlan (1811-1882). Liu Hui yang tidak diketahui riwayat hidupnya pernah menerangkan mengenai teorem matematik semasa meletusnya era Negeri-negeri Berperang (220-267 Masihi). Manakala Zhu Shijie merupakan sarjana pengembara yang pernah ke segenap pelusuk China bagi mengajar ilmu yang dibawa oleh beliau.

Gambar 2.7 Li Shanlan (1811-1882) antara ahli matematik yang terkenal

Dengan terjumpanya tulang-tulang binatang dan kulit kura-kura pada abad ke 14 S.M maka tulisan angka-angka yang mudah telah diketahui. Pada abad ke 3 Masihi muncul pula sistem tulisan yang stabil. Perbincangan awal mengenai matematik Cina adalah berkenaan dengan segi empat ajaib. Perkara yang menariknya mengenai segi empat ajaib ini ialah apabila angka-angka baris yang menegak, mendatar atau miring di campurkan ia akan mendapat jumlah yang sama iaitu 15. Orang Cina juga kewujudan angka positif dan negatif. Biasanya angka positif disukai kerana ia memberi makna keuntungan. Manakala angka negatif memberi keburukan iaitu mengenai hutang. Begitu juga dengan angka genap dan ganjil. Orang Cina menyukai angka genap yang membawa kebaikan, manakala angka ganjil memberi makna sial. Selain itu juga orang Cina juga telah pandai menggunakan angka perpuluhan berasaskan sepuluh dan aljabar.3

Ibid., hal. 258-259

Rujukan 1. Hj. Mad Aros, A., Mohd. Dali, A., Mansor, S., & Abdul Rahman, Z. (2001), Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (TITAS). Edisi Kedua. Shah Alam, Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

2. Darusalam, G. (2001), Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Terbitan Pertama. Cheras, Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Lampiran 1) Muka depan buku rujukan :

Anda mungkin juga menyukai