Anda di halaman 1dari 4

Semangat nasionalisme Semangat nasionalisme dalam kalangan orang melayu telah ada sejak campur tangan British pada

tahun 1874.Dengan adanya semangat nasionalisme, maka penguasaan penjajahan ke atas negeri-negeri Melayu tidak berlaku secara aman tetapi sebaliknya ditentang oleh masyarakat tempatan. Penentangan ini dilakukan oleh pejuang-pejuang Tanah Air seperti Dato Maharaja Lela, Dato Bahaman, Tok Janggut,Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Salleh, dan sebagainya mencerminkan penentangan rakyat tempatan terhadap kuasa asing di negara ini. Pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, masyarakat Melayu terutamanya yang tinggal Di bandar-bandar berasa tidak puas hati dengan keadaan ekonomi, sosial dan politik mereka. Mereka mulai sedar bahawa kedudukan ekonomi dan sosial terancam disebabkan oleh kaum imigran seperti Cina dan India. Oleh yang demikian, orang Melayu sedar bahawa mereka perlu bertindak bagi membawa perkembangan ekonomi dan sosial ke atas masyarakat mereka supaya tidak lagi mundur dalam bidang tersebut. Kesedaran ini telah melahirkan kumpulan-kumpulan kecil yang berpengaruh dalam masyarakat Melayu untuk memperjuangkan kemajuan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan sosial. Dalam bidang pendidikan pula, orang Melayu tertinggal jauh kerana system pendidikan melayu tidak mempunyai nilai untuk meningkatkan taraf dan kedudukan orang melayu dalam bidang ekonomi. Orang melayu mula sedar bahawa mereka perlu mempertahankan hak mereka di Tanah Air sendiri apabila orang cina Peranakan di Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu mendesak supaya diberi hak yang sama dengan Melayu daripada kerajaan British. Orang Melayu sedar permintaan orang Cina tersebut akan menggugat kedudukan mereka sebagai penduduk pribumi. Situasi ini telah menyemarakkan semangat nasionalisme orang melayu untuk mempertahankan kedudukan mereka di Tanah Melayu. Selain itu, rakyat juga menderita di negara sendiri akibat dijajah bangsa asing. Kesengsaraan yang dialami oleh orang-orang Melayu dalam kehidupan seharian dan penipuan yang dilakukan Jepun telah mendorong orang-orang Melayu bangun dan mewujudkan organisasi anti-Jepun. Maka wujudlah askar askar wataniah dan Force 136. Mereka akhirnya menjadi tulang belakang kepada askar Melayu setelah negara mencapai kemerdekaan.

Kesan Kemasukan imigran dari sei sosio-ekonomi Kesan sosio-ekonomi kemasukan imigran Sebelum tahun 1800, penduduk di negara kita hanya terdiri daripada penduduk tempatan. Walau bagaimanapun, pada akhir abad ke-19 berlaku kemasukan orang Cina dan India secara beramairamai ke negara kita. Kemasukan orang Cina dan India disebabkan oleh banyaknya peluang ekonomi yang terdapat di Tanah Melayu. Mereka mencari kehidupan yang lebih selesa di Tanah Melayu kerana keperitan hidup di negara asal mereka. Malahan British telah membawa masuk orang Cina dan India ke Tanah Melayu sebagai tenaga kerja di sektor perlombongan dan perladangan. Kehidupan yang selesa di Tanah Melayu menyebabkan golongan ini telah menetap secara terus. Situasi ini memberikan kesan terhadap kehidupan sosioekonomi di Tanah Melayu.

Kesan sosial kemasukan orang Cina dan orang India pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 ialah pertambahan bilangan penduduk Tanah Melayu yang begitu pesat. Pada tahun 1870, bilangan penduduk Tanah Melayu kira-kira 500 000 orang. Setelah kedatangan orang Cina dan orang India ke Tanah Melayu, jumlah penduduk bertambah menjadi 3 300 000 orang pada tahun 1921. Pada tahun 1931, jumlah penduduk bukan Melayu lebih ramai berbanding dengan masyarakat tempatan di Tanah Melayu. Situasi tersebut telah melahirkan situasi masyarakat majmuk di negara kita. Kehidupan mereka bercorak berasingan dan mengamalkan kebudayaan masing-masing. Orang Cina yang datang ke Tanah Melayu terdiri daripada pelbagai kelompok. Mereka berbeza dari segi dialek, adat dan pengkhususan ekonomi. Malahan terdapat permusuhan antara mereka. Orang India pula tinggal di kawasan ladang-ladang getah. Sedangkan penduduk tempatan, iaitu orang Melayu tinggal di kawasan kampung luar bandar dan pesisir pantai.

Di samping itu, kesan kemasukan orang Cina dan orang India ialah kewujudan sistem persekolahan yang tidak seragam dan menyulitkan pemerintahan British menguruskan persekolahan di Tanah Melayu. Sistem pendidikan vernakular telah berkembang dengan pesat. Orang Cina dan orang India membuka sekolah masingmasing. Mereka menggunakan sistem pendidikan yang dibawa dari negara asal mereka. Situasi ini mewujudkan jurang antara kaum kerana semangat perpaduan melalui pendidikan tidak wujud sama sekali.

Selain itu, kesan sosial kemasukan orang Cina dan orang India ialah masalah jenayah yang

berleluasa, khasnya di negeri-negeri kawasan lombong bijih timah seperti di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Kumpulan orang Cina yang berbeza telah mewujudkan kongsi gelap untuk menjaga kepentingan masing-masing. Kumpulan kongsi gelap Cina sering bermusuhan untuk mengukuhkan kedudukan dan mempertahankan kawasan lombong bijih timah mereka. Antara kumpulan kongsi gelap ialah Hai San dan Ghee Hin.

Selain itu, kesan sosial kemasukan orang Cina dan orang India ialah aktiviti pelacuran yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Terdapat aktiviti membawa wanita-wanita Cina dari negara China untuk dijadikan pelacur. Walaupun aktiviti tersebut hanya melibatkan orang Cina, tetapi sering menimbulkan keadaan tidak tenteram kerana berlaku pergaduhan. Hal ini telah menyebabkan kemantapan politik terganggu. British telah mengambil tindakan untuk mengatasi masalah pelacuran dan pergaduhan tersebut.

Kesan ekonomi kemasukan orang Cina dan India ialah perekonomian semakin meningkat, khususnya dalam bidang perlombongan bijih timah dan perladangan getah. Orang Cina dibawa ke Tanah Melayu sebagai buruh di lombong bijih timah kerana kemahiran dalam aktiviti tersebut. Manakala orang India merupakan buruh yang mahir dalam perladangan getah. Selain itu, aktiviti perniagaan turut berkembang dengan pesat. Contohnya, orang Teochew dan Hakka merupakan peniaga yang telah membuka banyak kedai di kawasan bandar dan lombong bijih timah. Hal ini telah meningkatkan ekonomi di Tanah Melayu.

Kesan seterusnya ialah pembentukan bandar-bandar baru. Orang Cina dan orang India membuat petempatan berkelompok di kawasan lombong dan ladang getah seperti di Ipoh, Kinta, Taiping, Kuala Lumpur, Seremban dan Johor Bahru. Seiring dengan kewujudan bandar-bandar baru tersebut, kerajaan British telah membina jaringan jalan perhubungan dan pengangkutan seperti jalan kereta api dan jalan raya. Sistem jalan pengangkutan tersebut menghubungkan antara ladang getah dan lombong bijih timah dengan kilang mahupun pelabuhan.

Di samping itu, kesan ekonomi kemasukan orang Cina dan India ialah meningkatkan kemajuan Tanah Melayu secara keseluruhannya. Orang Cina dan orang India banyak menetap di kawasan

pantai barat Tanah Melayu. Malahan orang Cina dan India lebih banyak menetap di Pulau Pinang dan Singapura. Hal ini telah menyebabkan kedua-dua buah negeri tersebut berkembang dengan pesat. Contohnya, Singapura telah berkembang sebagai sebuah pelabuhan entrepot.

Kesimpulannya, kemasukan orang Cina dan orang India telah memberikan kesan terhadap kehidupan sosioekonomi di Tanah Melayu. Orang Cina dan India yang datang untuk memperbaik kehidupan mereka telah tinggal secara tetap di Tanah Melayu. Tidak dapat dinafi kan bahawa orang Cina dan orang India telah memainkan peranan yang penting dalam pembentukan masyarakat majmuk. Mereka terlibat secara langsung dalam kehidupan sosial dan ekonomi di Tanah Melayu. Kehidupan secara bersama antara kaum di Tanah Melayu telah mewujudkan keharmonian kaum.

Kesan sosioekonomi yang pertama dapat dilihat menerusi perkembangan sistem pendidikan. Wujudnya sistem pendidikan Inggeris dan sekolah vernakular Melayu. Dari sinilah lahirnya lebih ramai intelek Melayu dan menggunakan idea baru bagi memajukan bangsa Melayu yang menolak sebarang bentuk penjajahan Barat.

Kesan seterusnya dapat dilihat melalui dasar British yang menggalakkan sesiapa sahaja datang melabur, berniaga, berdagang, bekerja serta menetap di Tanah Melayu . Kesannya kemasukan beramai-ramai imigran dan menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan. Kemasukan mereka yang telah menguasai ekonomi Tanah Melayu dalam bidang perlombongan bijih timah, getah dan perniagaan menyebabkan orang Melayu seperti melukut di tepi gantang. Orang Melayu kekal dengan pertanian padi yang tidak dimajukan oleh British dan terus kekal dalam ekonomi tradisional.

Tanpa kita sedari, pembukaan bandar baru telah memberikan kemudahan seperti elektrik, pos,telefon, sekolah dan hospital bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.