Anda di halaman 1dari 12

REAKSI MASYARAKAT JEPUN TERHADAP KEDATANGAN

AMERIKA SYARIKAT
Oleh: Henry B. Rudy Armady al-Manhar
UPSI

1.0. Pengenalan

Pemodenan Meiji yang berlangsung pada 1868 dilihat sebagai permulaaan bagi
negara Jepun keluar daripada dunia klasik dan melibatkan diri dengan aktiviti pemodenan
bersama-sama dengan dunia luar1. Semasa era Meiji, kuasa pentadbiran terletak di bawah
beberapa orang pemimpin samurai muda yang sebelum ini telah menjalankan inisiatif
menjatuhkan rejim Tokugawa2. Mereka berasal dari kawasan-kawasan penguasaan feudal
atau Han, suku kaum Satsuma, Choshu, Tosa dan Hizen. Antara mereka yang seringkali
disebut-sebut dalam sejarah pemodenan Jepun ini termasuklah Okubo, Saigo, Matsukata
Masayoshi dan Kuroda (dari Satsuma), Kido, Ito, Inone, Yamagata Aritomo dan Katsura
(dari Choshu); Okuma (dari Hizen) dan Itagaki Taisuke (dari Toza). Bermula dari 1868,
iaitu tarikh penting tentang pemulihan Meiji, kuasa politik Jepun didominasikan oleh
samurai muda dari suku kaum Satsuma dan Choshu atau Oligarki Sat-cho.

Meskipun era pemodenan yang berlangsung pada era Meiji ini sering dikaitkan
dengan pengembalian sistem Maharaja kepada kedudukannya yang sebenar sebagai ketua
masyarakat Jepun yang tertinggi dan pemindahan ibu negara diraja dari Kyoto ke Edo,
tetapi lebih jauh dari itu ialah berkaitan kesan pemodenan tersebut terhadap kesedaran
para pemimpin baru mereka tentang kekuatan yang ada pada negara-negara kuasa Barat
yang telah membuka mata para pemimpin Jepun untuk berkuasa seperti mereka. Mereka
mula sedar bahawa bukan mudah untuk menandingi kuasa imperialisme Barat. Kuasa-
kuasa besar imperialis ini menjadi ancaman kepada mereka terutamanya dalam aspek
ekonomi dan ketenteraan yang menyebabkan mereka diperkotak-katik oleh negara Barat
melalui perjanjian-perjanjian secara paksa antara negara itu dengan kuasa Barat.

1
Abu Talib Ahmad. 2005. Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Hal 177.
2
M. Rajendran. 1998. Sejarah Jepun, Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd, Hal. 60.

1
Pada masa yang sama, pemimpin-pemimpin muda ini menyedari akan satu-
satunya pendekatan terbaik bagi mengatasi ancaman kuasa imperialis ini. Pendekatan
yang dimaksudkan ialah dengan mewujudkan sebuah negara moden yang mempunyai
kuasa tentera yang kuat dan strategik. Oleh itu, muncul slogan “Fukoku Kyohei”yang
bermaksud “sebuah negara yang kaya dan tentera yang kuat ”. Hal inilah yang telah
mendorong pemimpin-pemimpin Meiji menggubal dasar yang berkaitan modenisasi
dengan memberi tumpuan kepada penyerapan teknologi dan pengetahuan dari Barat
secara besar-besaran. Fukuzawa Yukichi yang merupakan antara golongan intelek Jepun
adalah individu yang bertanggungjawab dalam proses penyerapan pengetahuan Barat
dalam sistem intelektual dan pengetahuan di Jepun.

Peta Negara Jepun

Aspek yang diambil kira dalam proses modenisasi ini termasuklah berkaitan
ekonomi, politik, dan sosial selain bidang ketenteraan. Usaha yang dilakukan secara
berperingkat-peringkat ini telah berjaya membawa Jepun ke arah perubahan yang
drastik. Secara tak langsung, berlaku revolusi pemikiran, teknologi, dan politik di Jepun.
Revolusi yang begitu pantas dan drastik terutamanya dalam aspek ketenteraan telah
mencetuskan satu fenomena agresif dalam politik Jepun. Modenisasi Angkatan Tentera
yang dimulakan pada sekitar 1870-an telah menyumbang ke arah tindakan agresif Jepun

2
ini. Tindakan Jepun yang begitu agresif ini juga menyebabkan Amerika Syarikat mula
campur tangan dalam politik Jepun.

2.0. Reaksi Penduduk Jepun Terhadap


Kedatangan Amerika Syarikat

Secara umum, pendudukan Amerika Syarikat di Jepun bermula pada 2 September


1945 setelah Jepun menyerah kalah secara rasmi ekoran serangan dua bom atom ke atas
Nagasaki dan Hiroshima3. Tetapi, sebenarnya Amerika sebelum itu telah terlibat dalam
politik Jepun terutamanya semasa peristiwa tuntutan 214 yang dikemukakan oleh Jepun
terhadap presiden Cina iaitu Yuan Shih Kai pada 18 Januari 1915 5. Amerika Syarikat
kemudiannya bertindak balas melalui Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Bryan pada
Mac 1915 dengan mengutuk tuntutan-tuntutan Jepun itu.

Reaksi masyarakat Jepun terhadap kedatangan Amerika Syarikat sebenarnya


adalah pelbagai. Ada yang menerima dan tidak kurang juga yang mengecam kewujudan
mereka di bumi matahari terbit itu. Dalam aspek penerimaan, terdapat banyak sebab
mengapa penduduk Jepun menerima kehadiran mereka di situ. Pertamanya adalah
disebabkan penduduk Jepun yang merasakan bahawa Amerika Syarikat perlu
bertanggungjawab atas pengeboman oleh tentera mereka di Hiroshima dan Nagasaki.
Pengeboman tersebut telah menyebabkan Jepun hampir lumpuh sepenuhnya terutama
dalam aspek insfrastruktur yang menyukarkan aktiviti harian dijalankan. Keadaan itu

3
Andrew Gordon. 2003. A Modern History of Japan: From Tokugawa Times To The Present, New
York: Oxford University Press, Hal. 229.
4
Tuntutan 21 ialah satu senarai yang mengandungi 21 tuntutan yang telah dikemukakan oleh Jepun kepada
Cina pada bulan Januari 1915. Tuntutan tersebut merupakan sebahagian daripada strategi Jepun untuk
meluaskan pengaruhnya di Cina.
5
M. Rajendran. 1998. Sejarah Jepun, Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd, Hal. 121.

3
juga bolehlah dianggap seperti “bayi yang baru dilahirkan semula” kerana Jepun perlu
memulakan semua yang telah dibangunkan sebelum ini.

Dalam peristiwa pengeboman yang berlaku pada 6 Ogos 1945 itu, lima puluh
peratus daripada mereka yang tinggal dalam lingkungan 1.2 kilometer dari pusat
pengeboman, mati pada hari yang sama, manakala, 80 - 100 peratus daripada mereka
yang terdedah dalam lingkungan ini akhirnya mati akibat kecederaan atau radiasi6. Dalam
masa lebih kurang lima bulan kemudiannya, kesan pengeboman ini telah meragut nyawa
lebih kurang 140 000 orang daripada jumlah 350 000 orang penduduk Hiroshima.
Manakala di Nagasaki, seramai 70 000 orang daripada 270 000 penduduk Nagasaki telah
meninggal dunia bagi tempah yang sama7. Malah, kedahsyatan kesan pengeboman ini
diakui sendiri oleh Brigadier-General Thomas Farrell, penolong pengarah Projek
Manhattan yang melawat Hiroshima setelah beberapa lama peristiwa itu berlaku.
Menurut Beliau:

“I fairly well understood from various mid-air photographs that


the damage in Hiroshima was enormous, but after coming here
and inspecting the scene.I have learned that the damage is
enormous and beyond description. I think something so horrible
should never be used again.” 8

Sedangkan bagi pihak tentera Amerika Syarikat, hanya seramai 292 000 anggota
tentera yang mati. Ini adalah sesuatu yang tidak adil bagi penduduk Jepun sekiranya
Amerika Syarikat hanya lepas tangan terhadap kekejaman yang telah dilakukan ke atas
Jepun. Oleh itu, penduduk Jepun menuntut supaya Amerika Syarikat berada di Jepun
untuk bersama-sama membangunkan semula negara tersebut. Apa yang diharapkan oleh
penduduk Jepun daripada Amerika Syarikat pada waktu ialah pemulihan dalam aspek
ekonomi, politik, dan sosial.

2.1. Ekonomi- “Amerika Dianggap Sebagai Pemulih Ekonomi”


6
M. Rajendran. 1998. Sejarah Jepun, Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd, Hal. 194.
7
Mikiso Hane. 2001. Modern Japan: A History Survey (Third Edition), Boulder: Westview Press, Hal.
364.
8
______. Perang Dunia Kedua,
<http://www.geocities.com/Athens/Academy/2577/Hiroshima.html > (22 sept 2008).

4
Dalam aspek ekonomi, penduduk Jepun memberikan reaksi yang baik terhadap
pendekatan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat iaitu menerapkan unsur demokratik
dalam sistem ekonomi di Jepun. Masyarakat Jepun yang sebelum ini terbeban dengan
corak ekonomi yang bersifat monopoli terutamanya oleh golongan Zaibatsu
mengharapkan sesuatu daripada Amerika Syarikat iaitu kebebasan berekonomi.
Mendemokratikkan sistem ekonomi bermaksud usaha untuk membendung monopoli
ekonomi yang sebelum ini menjadi amalan dalam aktiviti ekonomi di Jepun hingga
menyukarkan peniaga kecil bersaing di zon perdagangan terbuka. Laungan demokratik
ini asalnya adalah untuk pemulihan politik Jepun yang dianggap oleh Amerika Syarikat
sebagai politik yang tidak demokratik9. Tetapi, menyedari bahawa kepentingan ekonomi
lebih diperlukan oleh penduduk Jepun kerana negara tersebut baru sahaja menempuh
kemusnahan yang dahsyat, maka laungan demokratik itu turut dimuatkan dalam sistem
ekonomi Jepun.

Dalam aspek ekonomi juga, kerajaan Jepun memberikan respon yang baik iaitu
memberi kerjasama terhadap pembaharuan yang dianjurkan oleh Amerika Syarikat
berkaitan reformasi tanah. Kerajaan Jepun bersetuju dengan cadangan Amerika Syarikat
untuk membahagikan semula sejumlah empat juta ekar tanah kepada tiga juta petani-
petani yang sebelum ini telah menyewa tanah-tanah tersebut daripada tuan-tuan tanah.
Para petani, penyewa, dan pengusaha-pengusaha tanah juga boleh membeli tanah yang
telah diusahakan oleh mereka melalui bayaran ansuran dan kadar bunga yang rendah.
Langkah Amerika Syarikat ini tidak memberikan sebarang kerugian kepada masyarakat
Jepun khususnya bagi golongan bawahan. Justeru, tidak ada sebab mereka menolak
kehadiran Amerika Syarikat di Negara mereka.

Masyarakat Jepun terutamanya yang hidup miskin semasa era sebelum


pendudukan Amerika Syarikat juga berasa gembira dengan tindakan Amerika Syarikat
yang menjadikan para petani daripada petani yang menyewa tanah kepada pemilik tanah.
Mereka tidak perlu lagi terikat dengan tuan tanah selagi tidak menjelaskan sewa.
Penubuhan koperasi-koperasi pertanian yang dibina pada 1949 juga menunjukkan

9
W.G. Beasley. 2003. Pengalaman Jepang: Sejarah Singkat Jepang, Jakarta: Yayasan Obor Indonesia,
Hal. 329.

5
bahawa pendekatan Amerika Syarikat ini diterima oleh kebanyakan penduduk Jepun.
Buktinya, seramai kira-kira lapan juta rakyat Jepun menjadi ahli kepada kira-kira 32,000
koperasi yang ditubuhkan oleh Amerika Syarikat keranana mereka mendapat banyak
manfaat daripadanya. Bantuan demi bantuan yang diberikan oleh Amerika Syarikat
dilihat antara penyebab masyarakat Jepun dapat menerima kehadiran Amerika Syarikat di
Jepun. Sehingga Julai 1950, Amerika telah membelanjakan sebanyak AS$1.7 bilion untuk
memulihkan semula Jepun yang rosak akibat tangan mereka sendiri.

2.2. Politik dan Pentadbiran - “Amerika Dianggap Sebagai Penyelamat”

Apabila jeneral Douglas MacArthur iaitu Panglima Tertinggi yang mewakili


Amerika Syarikat dalam Supreme Commander for The Allied Powers (SCAP) diberi
tanggungjawab untuk memulihkan Jepun, beliau telah memperkenalkan sistem demokrasi
dalam politik dan pentadbiran Jepun. Demokrasi pentadbiran di sini bukan sahaja
demokrasi dalam erti kata ketelusan dalam pemilihan pemimpin-pemimpin. Sebaliknya
mencakupi demokrasi dalam menjalankan pemerintahan terhadap rakyat. Hal ini telah
menarik minat penduduk Jepun terhadap Amerika Syarikat kerana menganggap mereka
sebagai penyelamat kepada rakyat Jepun yang selama ini sentiasa berada di bawah
tekanan pemerintah yang tidak demokrasi.

Jeneral Mac Arthur

6
Jeneral Mac Arthur telah menghapuskan konsep Maharaja sebagai dewa dalam
pemerintahan supaya status itu tidak disalahgunakan oleh mereka untuk menindas
rakyat10. Sebelum ini, tidak ada mana-mana pihak yang berani melakukan demikian
terhadap Maharaja Jepun. Meskipun ada pihak-pihak tertentu terutamanya raja dan
golongan-golongan bangsawan tidak suka akan tindakan Amerika Syarikat ini, tetapi itu
tidak penting. Yang penting ialah bagaimana majoriti boleh menerima pendekatan mereka
ini.

Selain itu, reaksi positif Jepun terhadap Amerika Syarikat juga boleh dilihat
melalui persetujuan-persetujuan Jepun untuk melakukan beberapa perjanjian dengan
Amerika Syarikat. Antara perjanjian yang melibatkan Jepun dengan Amerika Syarikat
ialah Perjanjian San Francisco yang ditandatangani pada 8 September tahun 1951.
Meskipun perjanjian ini bukan hanya melibatkan dua pihak, sebaliknya melibatkan 48
negara lain, tetapi ini membuktikan bahawa kehadiran Amerika Syarikat di Jepun tidak
menimbulkan kebencian negara itu kepada Amerika Syarikat11. Malah, di dalam
perjanjian itu, segala isinya dipatuhi oleh Jepun misalnya bersetuju untuk menyertai
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu selain berjanji menghormati hak-hak manusia seperti
yang termaktub di dalam perlembagaan baru Jepun yang berkuatkuasa pada tahun 194712.
Semua persetujuan ini adalah atas cadangan daripada Amerika Syarikat dan Jepun
menerima segala cadangan tersebut.

Selain Perjanjian San Francisco yang dilihat dapat mengukur penerimaan Jepun
terhadap Amerika Syarikat, satu lagi perjanjian damai antara kedua-dua pihak dapat
menjelaskan reaksi Jepun terhadap Amerika Syarikat. Perjanjian yang dikenali sabagai
Perjanjian Keselamatan Amerika Syarikat-Jepun ini ditandatangani pata 8 September
1951 iaitu pada tarikh yang sama dengan Perjanjian Francisco di San Francisco. Dalam

10
W.G. Beasley. 2003. Pengalaman Jepang: Sejarah Singkat Jepang, Jakarta: Yayasan Obor Indonesia,
Hal. 326-327.
11
M. Rajendran. Op. Cit., Hal. 202-203.
12
Hanneman. M.L. 2001. Japan Faces The World 1925-1952, England: Pearson Education Limited, Hal.
91.

7
perjanjian tersebut, Jepun bersetuju untuk membenarkan pasukan-pasukan tentera
Amerika Syarikat terus berada di Jepun untuk satu jangka masa yang ditetapkan.

Jepun dan Amerika Syarikat sekali lagi membuat perjanjian yang dikenali sebagai
Perjanjian Keselamatan pada tahun1960. Perjanjian ini asalnya ialah gantian daripada
Perjanjian Keselamatan Amerika Syarikat-Jepun. Isi perjanjian ini menyebut bahawa
askar-askar Amerika Syarikat yang berada di Jepun tidak akan terlibat dengan sebarang
kekacauan dalam negeri. Perjanjian ini adalah untuk jangka masa selama sepuluh tahun.
Dan selepas itu, kedua-dua pihak boleh menamatkan perjanjian tersebut. Berdasarkan
perjanjian-perjanjian dan penerimaan-penerimaan langkah pemulihan politik dan
pentadbiran yang dibawa oleh Amerika Syarikat, terbukti di sini bahawa kehadiran
Amerika Syarikat untuk memulihkan Jepun dalam aspek politik dan pemerintahan
diterima oleh Jepun dengan positif.

2.3. Pertahanan

Sementara itu, dalam bidang pertahanan, reaksi masyarakat Jepun terhadap


Amerika Syarikat yang merupakan sebahagian daripada tentera Bersekutu atau Supreme
Commander for The Allied Powers (SCAP) adalah baik. Selepas sahaja mereka menyerah
kalah dan berlaku peralihan kuasa kepada Tentera Bersekutu pada Ogos 194513, Jepun
bersetuju untuk melucutkan senjatanya. Malah, Jepun bersetuju mematuhi perlembagaan
yang menyatakan bahawa “peperangan dan ancaman bukan sebagai hak kedaulatan”.
Jepun juga menerima dominasi oleh tentera Amerika dan sekutunya dalam aspek
penjagaan keselamatan negara tersebut sama ada di luar mahupun dalam negeri. Ini
bermaksud, tugas-tugas menjaga keselamatan Jepun adalah di bawah pihak Berikat yang
turut disertai oleh Amerika Syarikat. Tempoh tersebut adalah selama lima tahun. Selama
lima tahun itu juga, Jepun langsung tidak mempunyai senjata kerana bersetuju dengan
perlembagaan yang dibentuk oleh Amerika Syarikat dan sekutunya (SCAP)14.

13
Gaimusho Joho Bunkakyoku. 1964. Jepun Hari Ini, Tokyo: Biro Penerangan Umum dan Urusan
Kebudayaan Kementerian Luar Negeri, Hal. 33.
14
Yutaka Kawashima. 2003. Japanese Foreign Policy At The Crossroads, Washington: Brookings
Institution Press, Hal. 24-26.

8
Pada Julai 1950, Panglima Tertinggi SCAP mahu pemerintah Jepun menubuhkan
pasukan Polis Nasional yang dianggotai oleh seramai 75,000 orang. Jepun bersetuju
bahawa tugas-tugas menjaga keselamatan negara diletakkan di bawah tanggungjawab
bersama antara pihak Jepun dan Amerika Syarikat15. Jepun juga melakukan Perjanjian
Keselamatan dengan Amerika Syarikat berkaitan dengan bantuan-bantuan yang akan
diberikan oleh tentera Bersekutu terhadap Jepun. Ini adalah sebahagian daripada bukti
bahawa Jepun menerima kehadiran Amerika di Bumi Jepun.

2.4. Pendidikan

Selepas pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki, apa yang diinginkan oleh


masyarakat Jepun selain pemulihan ekonomi dan politik ialah pemulihan terhadap bidang
pendidikan. Pendidikan sebelum ini lebih bersifat ketenteraan dan semangat
ultranasionalis. Masyarakat Jepun pada hakikatnya tidak menerima sepenuhnya sistem
yang sangat ketat ini. Oleh itu, pemulihan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat ini
sangat dialu-alukan oleh masyarakat Jepun. Hal ini kerana, Amerika Syarikat telah
menggubal pendidikan yang bersifat ketenteraan ini kepada pendidikan yang
memfokuskan ke arah kemajuan intelektual dan cara berfikir yang kritis16. Hal ini sangat
disukai oleh masyarakat Jepun kerana mereka juga sedar bahawa sudah tiba masanya
untuk masyarakat Jepun mengubah cara berfikir yang lebih sistematik berbanding
sebelum ini17.

Falsafah pendidikan baru yang dibina oleh Amerika Syarikat juga diterima baik
oleh penduduk Jepun. Falsafah pendidikan baru berusaha ke arah menyemai sifat-sifat
demokrasi, bertanggungjawab dan individualisme. Amerika Syarikat giat menyediakan
kemudahan-kemudahan kepada pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat
tinggi selama tiga tahun diikuti oleh empat tahun lagi di kolej atau universiti. Dari segi
pentadbiran pendidikan, kuasa pentadbiran telah diagih-agihkan. Misalnya, kuasa
15
Ibid., Hal. 33.
16
Andrew Gordon. Op. Cit., Hal. 231.
17
Edwin O. Reischauer. 1970. Jepun Dahulu dan Sekarang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
Hal. 217.

9
Kementerian Pendidikan telah dibataskan supaya kuasa pentadbiran di sekolah-sekolah
rendah dan sekolah menengah diletakkan di bawah lembaga-lembaga sekolah tempatan
yang dipilih dalam wilayah-wilayah, Bandar-bandar, dan pekan-pekan di mana sekolah
itu didirikan.

3.0. Reaksi Golongan Berkepentingan

Meskipun kebanyakkan masyarakat Jepun memberi respon positif terhadap


kedatangan Amerika Syarikat di Jepun, tetapi ada juga golongan-golongan atau pihak-
pihak tertentu yang tidak suka kepada mereka. Perasaan tidak suka ini berpunca daripada
beberapa sebab antaranya ialah kerana kedatangan Amerika Syarikat telah menjejaskan
kedudukan mereka yang sebelum ini mempunyai kuasa. Sebagai contoh, tindakan Jeneral
Mac Arthur menolak konsep maharaja sebagai dewa dalam pemerintahan telah
menyebabkan Maharaja yang ada pada ketika itu iaitu Maharaja Showa atau Hirohito
tidak berpuas hati dengan Amerika Syarikat18. Hirohoto hanya dapat menerima
pendudukan Amerika Syarikat dalam jangka masa yang agak lama. Itu pun setelah
Amerika dan pihak berikat telah memberikan beberapa keistimewaan kepadanya. Kaum
konservatif juga adalah antara yang menentang tindakan Amerika Syarikat ini. Menurut
mereka, raja ialah lambang negara dan kedudukannya di dalam pemerintahan adalah atas
kehendak rakyat19.

Selain itu, pihak yang tidak berpuas hati dengan kedatangan Amerika Syarikat
juga ialah golongan zaibatsu. Golongan ini sebelumnya memonopoli kegiatan ekonomi.
Tetapi, Amerika Syarikat telah membubarkan lima zaibatsu iaitu Mitsui, Mitsubishi,

18
W.G. Beasley. 2003. Pengalaman Jepang: Sejarah Singkat Jepang, Jakarta: Yayasan Obor Indonesia,
Hal. 328.
19
Ibid., Hal. 328.

10
Sumitomo, dan sebagainya kerana dianggap bertanggungjawab membiayai pencerobohan
Jepun di seberang laut. Pembubaran ini menyebabkan mereka tidak berpuas hati dengan
Amerika Syarikat kerana aktiviti ekonomi mereka telah terjejas.

4.0. Kesimpulan

Kehadiran Amerika Syarikat di Jepun untuk memulihkan semula kemusnahan


yang telah dilakukan oleh mereka sememangnya wajar. Tidak kira sama ada kedatangan
mereka itu disambut dengan positif atau tidak, tetapi mereka harus bertanggungjawab
atas tindakan mengebom Horoshima dan Nagasaki yang melumpuhkan Jepun. Secara
umum, masyarakat Jepun menerima secara positif kedatangan Amerika Syarikat atas
alasan mahu kuasa imperealis itu bertanggungjawab atas dosa-dosanya kepada Jepun.
Tetapi, pada masa yang sama penerimaan itu juga adalah disebabkan oleh ‘umpan-
umpan’ Amerika Syarikat yang memberikan pelbagai bantuan kepada Jepun. Kita hanya
dapat melihat penerimaan positif itu dari sudut pandangan di luar diri masyarakat Jepun.
Secara logiknya, kita tidak tahu apakah benar penerimaan mereka terhadap Amerika
Syarikat adalah atas dasar hati mereka yang benar-benar jujur menerima mereka. Apa
yang pasti, kehadiran Amerika Syarikat bersama pihak Berikat yang berakhir pada tahun
1952 telah mentransformasikan Jepun daripada sebuah negara yang musnah kepada
sebuah negara yang maju.

11
12