TEORI SIFAT TEORI GELAGAT TEORI KONTIJENSI MODEL FIEDLER TEORI KEPIMPINAN SITUASI HERSEY DAN BIANCHARD MODEL PENGLIBATAN PEMIMPIN MODEL LALUAN MATLAMAT TEORI KONTEMPORARI TEORI ATRIBUSI PENGGANTIAN KEPIMPINAN KEPIMPINAN KARISMA KEPIMPINAN TRANSFORMASI KEPIMPINAN POSTHEROIC KEPIMPINAN KENDIRI KEPIMPINAN DAN KEPINTARAN EMOSI PERANAN PEMIMPIN KUASA KEDUDUKAN VS KUASA PERIBADI ISU-ISU SEMASA RUMUSAN RUJUKAN
1 1 2 4 5 7 9 9 9 10 10 11 11 11 12 12 12 12 13 13 13 14 14 15 16 17 18 19
Page |1
ABSTRAK Dokumen ini menjelaskan dengan terperinci tentang salah satu tajuk dari modul penghantar pengurusan iaitu Kuasa, Pengaruh, dan Kepimpinan. Selain itu, dokumen ini juga menglas dengan lebih lanjut perbezaan antara pengurus dan pemimpin selain daripada teori-teori kepimpinan yang ada. Secara amnya, dokumen ini memberi panduan dan hala tuju kepada bakal serta pemimpin untuk menjadi yang lebih baik. Kata kunci: pemimpin, pengurus, teori kepimpinan, modul kepimpinan. PENDAHULUAN Dalam era pasca globalisasi dan pasca industri masa kini di mana segalanya telah dipermudah oleh pelbagai teknologi-teknologi baru, manusia telah mula mengorak langkah setapak demi setapak dalam memajukan diri sendir, bangsa, dan Negara dalam pelbagai bidang. Setiap langkah yang diorak bukan sahaja melibatkan diri sendiri, walaupun langkah itu diambil bersendirian. Tindakan-tindakan dan solusi-solusi yang diambil untuk kemajuankemajuan ini selalunya adalah dalam bentuk berkumpulan. Kumpulan-kumpulan ini seterusnya membentuk organisasi-organisasi kecil dan besar yang bersama-sama berganding bahu dalam persaingan-persaingan sihat untuk memajukan Malaysia bersama-sama. Setiap organisasi ini pastinya mempunyai tunjang dan asas utama yang memimpin mereka dalam setiap keputusan yang diambil. Bagi memastikan kelancaran setiap tindakan yang diambil agar segalanya berada dalam keadaan selari dan teratur, setiap organisasi memerlukan seorang pemimpin yang mempunyai ciri-ciri positif. Tanggungjawab sebagai seorang pemimpin tidak boleh dipandang enteng kerana pemimpin adalah titik tolak utama bagi pencapaian sesebuah organisasi.
Page |2
DEFINISI KUASA Apabila istilah kuasa dibahaskan, pelbagai konteks ayat yang boleh diperkatakan dan dijelaskan. Kuasa atau hak boleh dibahaskan dari segi kuasa untuk memilih, kuasa sebagai pelanggan, pekerja mahupun seorang ketua. Setiap konteks mempengaruhi definisi kuasa itu sendiri. Kamus Collin mendefinisikan kuasa sebagai satu kebolehan dan tahap seseorang dalam melakukan sesuatu. Manakala kamus Oxford menjelaskan kuasa sebagai satu tahap atau kebolehan seseorang dalam mempengaruhi sesuatu tindakan orang lain atau kandungan sesuatu keadaan. Namun yang demikian, sekiranya topik yang ingin dibahaskan itu dikecilkan dalam konteks ketua atau pemimpin, kuasa bermaksud hak atau keutamaan yang diberikan kepada seseorang dalam membuat sesuatu keputusan. Kuasa diberikan kepada seorang pemimpin untuk menentukan setiap keputusan yang bakal dibuat. PENGARUH Sebagaimana definisi yang terkandung dalam kamus Oxford tentang kuasa sebagai satu tahap atau kebolehan seseorang dalam mempengaruhi sesuatu tindakan orang lain atau kandungan sesuatu keadaan, kuasa jelas tidak lari dari satu lagi perbendaharaan kata iaitu pengaruh. Menurut kamus Collin, pengaruh bermaksud suatu kesan atau impak seseorang atau sesuatu terhadap yang lain. Pengaruh dalam kamus Oxford juga bermaksud kuasa seseorang atau sesuatu untuk memberi impak terhadap watak dan tingkah laku seseorang atau sesuatu. Pengaruh dalam konteks kepimpinan adalah sesuatu yang dipunyai oleh pemimpin dalam setiap yang berlaku dalam sesebuah organisasi. Pemimpin mempunyai pengaruh dalam setiap keputusan atau tindakan yang diambil dalam sesebuah organisasi. Kejayaan dan kegagalan sesebuah organisasi itu juga turut mempengaruhi dan dipengaruhi oleh pemimpin.
Page |3
KEPIMPINAN Menurut Bruce Bagley, Pengarah Perubatan Peningkatan Kualiti untuk Akademi Perubatan Keluarga Amerika, kepimpinan adalah suatu kebolehan untuk membimbing dan memotivasikan sekumpulan manusia untuk satu tujuan yang sama. Manakala Heinz Weihrich, seorang Professor di Universiti California di Los Angeles mendefinisikan kepimpinan sebagai suatu seni dalam mempengaruhi manusia supaya mereka berusaha dengan rela dan bersemangat terhadap pencapaian matlamat kumpulan. Melalui kedua-dua definisi popular ini, dapatlah disimpulkan bahawa kepimpinan merupakan suatu kuasa yang diberikan kepada seorang pemimpin dalam mempengaruhi segala yang berkaitan dengan organisasi yang mereka pimpin. Kepimpinan dapat didefinisikan secara meluas dalam pelbagai aspek dan sudut. Kepimpinan juga dapat dilihat dalam sekecil-kecil kumpulan belajar atau pasukan sukan sehinggalah kepada sebuah organisasi antarabangsa. Setiap aktiviti atau proses yang melibatkan lebih dari seorang memerlukan nilai kepimpinan dalam meletakkan semua
ahlinya dalam satu garis panduan yang sama untuk mencapai matlamat serta objektif yang serupa. Kepimpinan perlu wujud dalam setiap tindakan berkumpulan. Kepimpinan mampu menggerakkan semua tugas dalam keadaan yang teratur. Md Zain (t.th) pernah menyatakan dalam nota induksi kepimpinannya bahawa kepimpinan adalah cara atau gaya seseorang pemimpin meneraju, merancang, menggerak, mempengaruhi, mengembang dan melaksnakan sesuatu dengan berlandaskan visi yang jelas dengan mempertimbangkan segala risiko untuk mencapai matlamat yang spesifik. Jelas di sini bahawa kepimpinan adalah satu aspek utama dalam tindakan berkumpulan.
Page |4
KEPIMPINAN DALAM ORGANISASI Parry dan Bryman (2006) menyebut bahawa kepimpinan telah menarik minat yang besar dalam kalangan para saintis, organisasi-organisasi, dan psikologi politik. Menurut mereka lagi, kepentingan kepimpinan dalam sesebuah organisasi telah menarik minat para penulis kerana masyarakat mula melihatnya dalam kehidupan seharian mereka.Kepimpinan dalam organisasi mempunyai skop yang meluas bergantung kepada bidang dan aspek. Definisi kepimpinan mempunyai tiga implikasi utama iaitu kepimpinan yang melibatkan orang lain, pengagihan kuasa, dan kemampuan (Mat, Ramli, Ahmad, & Ahmad, 2007). Kenyataan ini hampir serupa dengan kenyataan Parry dan Bryman (2006) yang turut menyenaraikan tiga elemen utama kepimpinan dalam organisasi iaitu pengaruh, kumpulan dan matlamat. Elemen pertama iaitu pengaruh melihat kepimpinan sebagai satu proses
mempengaruhi manakala seorang pemimpin pula mempunyai impak terhadap orang lain dengan mempengaruhi mereka untuk berkelakuan tertentu. Pengaruh yang dipunyai oleh pemimpin berkesan atas kuasa yang dipertanggungjawabkan kepada pemimpin oleh orang bawahannya. Kuasa dan pengaruh itu seharusnya digunakan dengan penuh rasa tanggungjawab. Seterusnya elemen kedua ialah kumpulan. Proses mempengaruhi ini berlaku dalam persekitaran berkumpulan. Ianya akan berlaku di antara ahli kumpulan dengan pemimpin atau ketua. Ahli kumpulan atau sub-koordinat perlu mengikut arahan yang
diberikan oleh pemimpin untuk mencapai matlamat bersama-sama. Fokus pemimpin adalah untuk memberikan garis panduan dan hala tuju untuk orang yang dipimpin agar matlamat utama dapat dicapai. Akhir sekali, Parry dan Bryman (2006) telah meletakkan matlamat sebagai elemen yang terakhir. Pengaruh yang diperolehi dari kuasa yang diberikan oleh subkoordinat atau ahli kumpulan digunakan untuk memantau serta menguruskan setiap tindakan yang diambil agar mereka tidak lari dari matlamat utama.
Page |5
SUMBER KUASA PEMIMPIN Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam definisi kepimpinan, kepimpinan mempunyai hubung kait yang rapat dengan kuasa. Pemimpin mempunyai kuasa yang diberi oleh orang bawahan untuk memimpin. Menurut Mohamed (t.th), French dan Raven (1962) telah mengenal pasti lima sumber kuasa dalam kepimpinan; kuasa ganjaran (rewarding power), kuasa paksaan (coercive power), kuasa sah (legitimate power), kuasa pakar (expert power) dan kuasa rujukan atau petunjuk (referent power). 1. Kuasa Ganjaran Ganjaran di sini bermaksud hadiah. Pemimpin diberi kuasa ganjaran yang boleh digunakan sewaktu memimpin. Ganjaran akan diberikan kepada orang bawahan yang mempunyai prestasi yang bagus dan cemerlang. Ganjaran adalah perkara utama yang digunakan oleh pemimpin dalam kuasa ini.kuasa ini adalah sesuatu yang positif dan mampu memberi dorongan kepada orang bawahan untuk bekerja dengan lebih keras. Walau bagaimanapun, kuasa ini terhad kerana penggunaan kuasa ini yang berlebihan boleh menjadikan orang bawahan malas dan menunjukkan penurunan prestasi. 2. Kuasa Paksaan Berbeza dengan kuasa ganjaran, kuasa paksaan mempunyai hukuman sebagai perkara utama. Kuasa paksaan memberikan pemimpin kebolehan untuk mengenakan hukuman terhadap orang bawahan yang melakukan kesilapan. Hukuman di sini boleh didefinisikan sebagai memberi hukuman ringan dan berat ataupun sekadar teguran berhikmah daripada pemimpin agar orang bawahan tidak melakukan kesilapan yang sama lagi. Walaupun kuasa ini kelihatan negatif, namun terdapat kebaikan yang dapat diperolehi daripada kuasa ini. Kuasa ini dapat mengubah sikap negatif orang bawahan. Walaupun perubahan itu bermula dengan rasa takut, namun ia tetap boleh mengubah sikap negatif itu perlahan-lahan.
Page |6
3. Kuasa Sah Kuasa sah adalah pengesahan atau akuan formal daripada orang bawahan tentang perlantikan pemimpin. Pemimpin diberi autoriti yang sah untuk memimpin orang bawahan dengan penuh tanggungjawab. Autoriti yang diberi terhad kepada orang bawahannya serta sesuatu yang berlaku dalam lingkungan kuasa yang dipegangnya sahaja. Kuasa sah seseorang itu bergantung kepada jawatan dan posisinya yang diberikan oleh pihak organisasi atau syarikat. Penyerahan kuasa ini daripada pihak yang lebih atas menimbulkan nila-nilai budaya atau kedudukan sebagai seorang ketua. Penyerahan kuasa ini bergantung pada pengalaman, kebolehan dan tempoh berkhidmat seseorang itu. 4. Kuasa Pakar Pakar di sini membawa maksud kebolehan dan pengetahuan khusus yang dimiliki oleh pemimpin. Pemimpin selalunya dipilih berdasarkan tahap intelek dan pengetahuan yang dimiliki olehnya. Oleh itu, pemimpin selalunya mempunyai pandangan yang lebih bernas berbanding yang lain. Orang bawahan perlu patuh dan menerima keputusan yang diambil oleh pemimpin. Hal ini demikian kerana, dengan kuasa pakar yang mereka perolehi daripada pengetahuan dan kemahiran yang mereka miliki, mampu memberi mereka jalan untuk menyelesaikan sesuatu keadaan. 5. Kuasa Pujukan atau Petunjuk Kuasa pujukan atau rujukan membawa maksud role model di mana orang bawahan cuba mengikut cara pemimpin. Pemimpin yang baik dan bermotivasi mempunyai kuasa rujukan yang tinggi. Ini berlaku apabila orang bawahan mula meniru cara pemimpin bekerja. Namun begitu. Kuasa rujukan tidak hanya terhad kepada pemimpin. Ia juga boleh berlaku diantara rakan sekerja. Namun begitu, kuasa ini masih bergantung kepada orang bawahan itu sendiri.
Page |7
Individu yang bertanggungjawab dalam memastikan perlaksanaan kerja dalam organisasi dengan merancang, mengawal serta mengorganisasikan kerja-kerja melalui cara-cara tertentu bagi mencapai matlamat organisasi. (Hasabulla, 2012) Pemimpin
Individu yang mampu mempengaruhi diri sendiri dan orang lain dalam melaksanakan sesuatu untuk mencapai matlamat yang sama di samping memberi orang lain inspirasi dan teladan untuk dicontohi. (Nataya Charoonsri R., 2011) PERBEZAAN PENGURUS Autoriti PEMIMPIN
Diperoleh daripada pihak atasan atas Diberi oleh orang bawahan atau kriteria yang telah ditetapkan. (Hasabulla, 2012) pengikutnya. (Hasabulla, 2012) semestinya mempunyai
Kedudukan
Kedudukan organisasi
formal dan
di
dalam Tidak
tanggungjawab dan autoriti tertentu. (Mohamed, Mohd. Shamsudin, Che Ismail, Lim, Saud, Zainudin, Mat, & Yaacob, 2005) Ciri-ciri
Page |8
kepimpinan
ciri kepimpinan yang baik dalam ciri kepimpinan yang baik dalam diri. diri. (Mohamed et.al, 2005) (Mohamed et.al, 2005)
Hubungan
Mempunyai hubungan dengan orang Mempunyai hubungan dan pengaruh lain berdasarkan kuasa kedudukan. (Prussakov, 2009) berdasarkan kuasa sendiri. (Prussakov, 2009) Bijak dan lincah Berkarisma tinggi Berani mengambil risiko Mempunyai imaginasi yang tinggi (www.diffen.com, t.th) (www.diffen.com, t.th)
Personaliti
Fokus
Menguruskan tanggungjawab.
kerja
(www.diffen.com, t.th) Perlaksanaan matlamat Mengawal proses Mengenalpasti masalah Menyelesaikan masalah Memerhatikan hasil Mengambil risiko yang rendah dalam penyelesaian masalah (Bohoris, 2007) Memotivasikan dan memberikan inspirasi Memberi orang bawahan semnagat untuk mengatasi masalah dan
Hasil kerja
Menyediakan
hasil
yang
telah
perubahan
(Bohoris, 2007)
Page |9
TEORI KEPIMPINAN TEORI TRADISIONAL Teori Sifat DEFINISI Menganggap seorang pemimpin itu berbeza daripada manusia biasa yang bukan pemimpin dari segi sifat-sifatnya seperti kepandaian, ketabahan dan cita-cita. ANDAIAN Manusia dilahirkan dengan sifat yang diwarisi. Ada sifat yang mendorong kea rah kepimpinan yang cemerlang. Manusia yang mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi mewarisi kombinasi sifat yang baik. PENJELASAN Menurut Saliman (t.th) sifat pemimpin boleh dikatogerikan kepada tiga iaitu kekuasaan, kewibawaan dan kemampuan. Dalam konteks kekuasaan, seorang pemimpin hendaklah mempunyai autoriti dari pihak atasan dan mampu memberi pengaruh terhadap orang bawahan. Kewibawaan pula mendefinisikan seorang pemimpin sebagai seorang yang mempunyai keunggulan, kelebihan, keutamaan dan keistimewaan sehingga dia boleh dan mampu untuk mengatur serta menguruskan orang lain. Akhir sekali kemampuan yang menjelaskan pemimpin yang mempunyai sumber daya kekuatan, kesanggupan dan kecekapan secara teknikal dan sosial lebih dari orang bawahan yang lain .Teori Gelagat DEFINISI Teori ini muncul sejurus selepas teori sifat apabila penyelidik membuat pemerhatian terhadap setiap tindakan yang diambil oleh seorang pemimpin dalam pelbagai situasi.
P a g e | 10
ANDAIAN
Pemimpin adalah satu watak yang boleh dicipta bukan dari warisan genetik sifat. Bakat menjari seorang pemimpin yang Berjaya boleh dipelajari.
PENJELASAN Teori ini tidak mengkaji sifat genetik sebaliknya apa tindakan dan keputusan yang diambil oleh seorang pemimpin. Kesimpulannya, kepimpinan itu boleh dipelajari dan dibentuk. Teori Kontijensi DEFINISI Mengambil pandangan yang jauh dan meluas terhadap faktor-faktor kontijen tentang kebolehan seorang pemimpin dalam pelbagai situsai yang dihadapinya. PENDEKATAN Menurut Parry dan Bryman (2006), teori ini meletakkan situasi yang dialami oleh pemimpin sebagai faktor utama. PENJELASAN Teori ini wujud apabila teori sifat dan teori gelagat mula tidak memenuhi keperluan organisasi seiring dengan kemajuan dunia. Kesimpulannya, pemimpin boleh berjaya dan gagal pada masa yang berbeza. Tiada pemimpin yang kekal berjaya atau kekal gagal. Model Fielder DEFINISI Kecemerlangan setiap organisasi yang dipimpin bergantung kepada keberkesanan dan kesesuaian kombinasi antara pimpinan pemimpin dengan hubungan antara pemimpin dengan orang bawahan FAKTOR 1. Hubungan pemimpin dengan orang bawahan. 2. Struktur tugas 3. Kuasa kedudukan
P a g e | 11
Teori Kepimpinan Situasi Hersey Dan Bianchard DEFINISI Kepimpinan situasi menyarankan pemimpin meneliti keseluruhan orang bawahan dengan bergaul mesra dan mendekati mereka dalam setiap tugas yang mereka perlu selesaikan. PENJELASAN Paul Hersey dan Ken Blanchard membangunkan teori ini berteraskan dua konsep iaitu gaya kepimpinan dan tahap perkembangan orang bawahan. Mereka menegaskan bahawa gaya kepimpinan seseorang itu hendaklah dikaitkan dengan tahap pembangunan orang yang dipimpin.pemimpin hendaklah menyesuaikan diri dan melakukan yang terbauk. HALANGAN Pengambilan risiko: Ini berlalu apabila pemimpin terlalu memberi kelonggaran atau terlalu mengongkong orang bawahannya. Model Penglibatan Pemimpin DEFINISI Dikenali sebagai model Vroom-Yetton-Jago(VYJ). Teori ini
mencadangkan pemilihan pemimpin melalui keputusan ahli kumpulan. PENJELASAN Cara membuat keputusan Autokratik 1:keputusan dibuat oleh pemimpin dengan info yang dimiliki. Autokratik 2: pemimpin terima info tambahan dari orang bawahan dan membuat keputusan sendiri. Konsultatif 1: pemimpin berkongsi masalah dengan salah seorang orang bawahan dan membuat keputusan sendiri. Konsultatif 2: pemimpin berkongsi masalah dengan orang-orang bawahan dan membuat keputusan sendiri. Kumpulan 2: pemimpin berbincang dengan orang bawahan dan keputusan dibuat oleh semua.
P a g e | 12
Model Laluan Matlamat DEFINISI Kejayaan pemimpin kerana bantuan dan komitmen yang diberikan kepada orang bawahan (Yahaya, t.th). PENJELASAN Apabila pemimpin memberi komitmen dan membantu orang bawahan sepanjang laluan mereka dengan mengurangkan halangan yang dihadapi orang bawahan, ini sedikit sebanyak membantu orang bawahan untuk menjadi lebih bermotivasi sekali gus menjadikan pemimpin itu sebagai role model.
TEORI KONTEMPORARI Teori Atribusi DEFINISI Teori ini mengaitkan pemimpin dengan setiap keputusan sesuatu tindakan dalam apa pun situasi yang berlaku. PENJELASAN Walaupun sesuatu itu berlaku diluar lingkungan kuasa pemimpin, pemimpin tetap diberikan kredit atas situasi tersebut tidak kira baik atau buruk. Penggantian Kepimpinan DEFINISI Teori ini berkenaan pandangan orang bawahan yang melampaui batas dan berlebihan terhadap gelagat pemimpin. PENJELASAN Untuk mengelakkan pandangan negatif dari orang bawahan, pemimpin perlulah menjadi contoh yang baik kepada orang bawahan.(Yahaya, t.th).
P a g e | 13
Kepimpinan Karisma DEFINISI Menunjukkan sikap peribadi dan personality positif pemimpin yang mampu menjadi contoh buat orang bawahan. PENJELASAN Pemimpin menpunyai kuasa yang tinggi. Oleh itu, orang bawahan memandang tinggi terhadap mereka. Atas sebab itu, seorang pemimpin perlulah mempunyai kesedaran untuk sentiasa memperbaiki diri kea rah yang lebih baik disamping menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin dengan betul. Kepimpinan Transformasi DEFINISI Dalam kepimpinan ini, berlaku pertukaran idea dan cadangan antara orang bawahan dengan pemimpin (Soliha & Hersugondo, 2008). PENJELASAN Menurut Soliha dan Hersugondo (2008), ada 4 unsur kepimpinan transformasional. Karisma Berinspirasi Daya ransangan intelektual Bertimbang rasa
PENJELASAN Pemimpin dalam teori ini sering menjadikan orang bawahan berfikir dan mempunyai rasa tanggungjawab atas prestasi mereka dengan memberi kondisi di mana orang bawahan mampu berfikir keputusan yang patut dilakukan. Mereka menggariskan jalan yang tepat untuk kejayaan orang
P a g e | 14
bawahan di samping memberikan mereka ganjaran. Kepimpinan Kendiri DEFINISI Teori ini menekankan tanggungjawab setiap warga organisasi bagi mengembangkan bakat masing-masing selari dengan matlamat organisasi. PENJELASAN Dalam teori ini, individu perlu bersikap berdikari dengan menjadi pemimpin ke atas diri sendiri. Kepimpinan Dan Kepintaran Emosi DEFINISI Kejayaan pemimpin turut berkait rapat dengan emosi.
PENJELASAN Kriteria dari segi emosi yang diperlukan oleh seorang pemimpin: 1. Kesedaran diri 2. Kawalan gerak hati dan emosi 3. Ketabahan dan keyakinan 4. Memotivasikan diri sendiri 5. Empati dan peka 6. Jujur dan amanah 7. Boleh menyesuaikan diri dan ingin bekerjasama
P a g e | 15
PERANAN PEMIMPIN Sekiranya pokok yang teguh berdiri itu adalah kerana disokong oleh akar yang kuat, sebuah organisasi pula utuh membangun kerana kepimpinan yang tepat dan berkarisma. Kepimpinan adalah asas utama yang menjadi tiang kepada sesebuah organisasi. Oleh yang demikian, pemimpin mempunyai peranan serta tanggungjawab penting dalam menguruskan pentadbiran organisasi tersebut. Pelbagai pendapat telah menyenaraikan pelbagai peranan seorang pemimpin. Hillary Ang (2009) telah menyenaraikan 10 peranan pemimpin yang dinyatakan oleh Zaharah Hassan. Lima peranan pemimpin telah dinyatakan oleh Ajeng Arjanti (2012) dalam
artikelnya; mencipta visi, membangunkan kumpulan, memberi tugas, meningkatkan prestasi dan memotivasikan anak buah. Namun begitu, kesemua senarai yang ada boleh dibahagikan kepada kumpulan yang sama. Berdasarkan penulisan Mat et.al (2007), Dr. Stephen R. Covay (1990) membahagikan peranan seorang pemimpin kepada tiga bahagian iaitu pencarian laluan, penjajaran dan pembahagian kuasa. Peranan pemimpin sebagai seorang pencari laluan sebenarnya telah merangkumi peranan pertama yang disenaraikan oleh Ajeng Arjanti. Pemimpin perlu mencari jalan dan membuka ruang untuk menjalankan tugasan melalui asas utama iaitu pembentukan visi. Pencarian laluan di sini bermaksud cara bagaimana seorang pemimpin bertindak dalam menyelesaikan tiap tugasan organisasi dan mengatasi semua halangan dan cabaran. Peranan kedua iaitu sebagai penjajaran bermaksud penglibatan pemimpin dalam memastikan setiap struktur dan proses yang berlaku dalam organisasi tersebut benyumbang kea rah perkembangan positif organisasi. Pemimpin tidaklah menerajui segala proses tersebut dengan mendominasi segalanya. Sebaliknya pemimpin hanya mendorong orang bawahan dan
P a g e | 16
apabila orang bawahan mula memahami dan berkongsi usaha, tenaga dan idea kearah perkembangan itu, bermulalah penjajaran. Akhir sekali ialah pembahagian kuasa. Kesan dari penjajaran yang betul tadi
memberi impak positif kepada organisasi. Pemimpin perlulah mengenal pasti setiap kebolehan, kelebihan serta kemhiran setiap orang bawahan supaya pembahagian tugas yang sempurna dapat dilakukan. Pergandingan antara pemimpin dengan orang bawahan mampu membawa organisasi ke arah pencapaian misi dan visi yang telah dibuat. KUASA KEDUDUKAN VS KUASA PERIBADI Dua bentuk kuasa ialah kuasa kedudukan dan kuasa peribadi (Mat et.al, 2007). KUASA KEDUDUKAN Definisi Autoriti atau kuasa sah KUASA PERIBADI yang Kuasa yang wujud daripada karakter
ditubuhkan dalam mana-mana hierarki atau sifat seseorang. organisasi. Individu Pengurus Pemimpin Pengaruh yang diperolehi untuk
Penerangan Menentukan jumlah kuasa individu. 1. Autoriti 2. Kawalan atas maklumat 3. Kawalan atas kerja, tempat dan individu yang bekerja 4. Kawalan hukuman Sumber Orang tertinggi dalam atas ganjaran dan
organisasi Pengaruh yang diperolehi oleh orang lain atas sifat diri sendiri.
P a g e | 17
ISU-ISU SEMASA Isu utama yang kerap dipertikaikan ialah kewibawaan suatu kepimpinan itu bergantung kepada jantina. Masyarakat sering membandingkan corak pimpinan seorang lelaki dan wanita. Mereka memandang wanita tidak mampu mencorak satu pimpinan yang baik dan bagus. Isu ini merupakan suatu yang tidak relevan. Hal ini demikian kerana, kita telah dibuktikan oleh kaum wanita sendiri bahawa wanita juga mampu memimpin. Menurut Islam, sememangnya lelaki yang perlu memegang tampuk pemerintahan dengan memimpin. Walau bagaimanapun, tiada larangan tentang idea dan usaha seorang pemimpin wanita. Jadi wanita juga boleh memimpin. Contoh yang jelas dapat dilihat ialah dengan berdirinya wanita-wanita dalam barisan parlimen Malaysia. Mereka giat memimpin dan berusaha untuk memajukan Negara. Corak pimpinan mereka mungkin berbeza sedikit daripada kaum lelaki. Itu tidak dinafikan. Namun demikian, hal ini tidak memberi maksud bahawa corak pimpinan mereka itu tidak bagus. Kecemerlangan corak pemerintahan itu bukanlah bergantung kepada jantina pemimpin, tetapi atas sikap, nilai dan karakter si pemimpin. Pemimpin yang mampu menonjolkan sikap yang positif dengan nilai-nilai murni serta karakter yang menyenangkan mampu mencorak satu pimpinan yang cemerlang. Hal ini menjelaskan mengapa jantina tidak mempunyai apa-apa kaitan tentang kecemerlangan sesuatu corak pemerintahan. Oleh yang demikian, tidak wajarlah sekiranya ada lagi desas-desus atau pertikaian tentang perbezaan corak pimpinan wanita dengan lelaki. Sebaliknya, statusdan tingkah laku si pemimpin itulah yang perlu dijadikan satu isu bertujuan untuk memastikan bahawa setiap pemimpin menjalankan tanggungjawab dan peranannya dengan rasa tanggungjawab.
P a g e | 18
RUMUSAN Seiring dengan perubahan yang bergerak sejajar dengan peredaran zaman, tugas dan tanggungjawab seorang pemimpin turut berubah. Cabaran dan halangan yang perlu dihadapi dan ditempuhi oleh pemimpin era modenisasi masa kini semakin tinggi tahapnya. Hal ini demikian kerana, pemimpin masa kini perlu berdepan dengan pelbagai situasi dan fenomena baru yang mungkin belum pernah tercatat dalam sejarah. Arus kemodenan banyak mengubah manusia. Kepelbagaian ragam manusia masa kini, menjadi salah satu cabaran besar pemimpin. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Kerenah anak buah dan pelanggan yang perlu diambil kira menyebabkan tanggungjawab seorang pemimpin masa kin menjadi lebih berat berbanding dahulu. Namun begitu, cabaran-cabaran ini perlulah disahut dengan penuh rasa
tanggungjawab oleh para pemimpin. Pemimpin masa kini perlu sedar, wujudnya mereka adalah untuk mencorak organisasi yang mereka pimpin untuk menjadi yang lebih baik. Sebagai pemimpin, pelbagai aspek perlu diambil kira. Sentiasa memperbaiki diri adalah antara caranya. Bertindak sebagai role model untuk anak buah menyumbang pelbagai kemajuan dalam sesebuah organisasi. Hal ini demikian kerana, pokok yang subur tumbuh dari akar yang kuat dan utuh. Mengambil kira semua faktor dan halangan dalam membuat keputusan, seorang pemimpin perlu menkaji teori-teori kepimpinan untuk membantu mereka dalam corak pimpinan mereka dalam mentadbir organisasi yang mereka pegang. Setiap yang dicorak oleh seorang pemimpin sedikit sebanyak memberi impak dan kesan terhadap apa yang ditadbirnya. Oleh yang demikian, setiap pemimpin perlu sedar tentang tanggungjawab yang mereka galas itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng.
P a g e | 19
RUJUKAN Ab. Wahab Mat, Azahari Ramli, Shahrol Aman Ahmad, & Abu Mansor Ahmad. (2007). Pengurusan. Malaysia, Selangor: McGraw Hill Ahmad Fauzi bin Mohamed. (t.th). Kuasa dalam kepimpinan. Diambil daripada http://sahc.kedah.edu.my/esei_karya/Microsoft%20Word%20%20kuasa%20dalam%20kepimpinan.pdf Aini Hayati Mohamed, Faridahwati Mohd. Shamsudin, Hasni Che Ismail, Lim Kong Teong, Mohammad Basir Saud, Nasruddin Zainudin, Norsiah Mat, dan Nurli Yaacob.(2005). Teks Pra-U Pengajian Perniagaan 1. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Euis Soliha & Hersugondo. (2008), Kepemimpinan yang efektif dan perubahan organisasi. Fokus Ekonomi, 7(2). 83-93 Geno Prussakov. (2009). 20 differences between management and leadership. Diambil daripada http://www.amnavigator.com/blog/2009/05/12/20-differences-betweenmanagement-leadership/ George A. Bohoris. (2007). Leadership vs management: A business excellence / Performance management view. 10th QMOD Conference. Quality Management and Organiqatinal Development. Our Dreams of Excellence, 18-20 June, 2007 in Helsingborg, Sweden. Sweden: Linkoping University Electronic Press, Linkopings universitet. Haji Adi Zuraini bin Md Zain. (t.th). Kepimpinan. Diambil daripada http://pendaftar.uitm.edu.my/latihan/images/stories/Nota_Induksi/Kump1/kepimpinan_ hj_adi.pdf
P a g e | 20
Hillar Ang. (2009). 10 peranan pemimpin-pengurus. Diambil daripada http://www.scribd.com/doc/19751640/10-PERANAN-PEMIMPINPENGURUS Ken Parry & Alan Bryman. (2006). Leadership in organizations. Nord. London: Sage Leadership vs management. (t.th). Diambil daripada http://www.diffen.com/difference/Leadership_vs_Management Nataya Charoonsri R. (2011). Kepimpinan. Diambil daripada http://blog.trisakti.ac.id/hmti/files/2011/06/M9-Kepemimpinan-small-11.pdf Nor Haliza Yahaya. (t.th). Kepimpinan Aminuddin Baki. Diambil daripada http://www.academia.edu/4070890/Kepimpinan_Aminuddin_Baki Olivia Madyusa Hasabulla. (2012). Perbezaan pengurus dan pemimpin (leadership vs manager). Diambil daripada http://oliy777.blogspot.com/2012/07/perbezaan-pengurusdan-pemimpin.html Restituta Ajeng Arjanti. (2012). Lima peranan penting pemimpin. Diambil daripada http://leadershipqb.com/index.php?option=com_content&task=view&id=6933&Itemid =30 Saliman. (t.th). Kepemimpinan, konflik dan strategi penanggulangannya. Diambil daripada http://eprints.uny.ac.id/2565/5/ARTIKEL_KEPEMIMPINAN.pdf