Anda di halaman 1dari 36

PENGENALAN

Pada awalnya Perancis tidak berminat untuk mendapatkan Indo-China. Namun begitu sifat berlumba-lumba orang Eropah untuk mendapatkan tanah jajahan untuk menjadi masyhur di mata negara Eropah lain seperti British dan Sepanyol yang berjaya meluaskan empayarnya di pelusuk dunia mendorong Perancis melakukan hal yang sama. Pada pertengahan abad ke-19, Perancis telah meluaskan kuasa imperialisme mereka di kawasan Indo-China iaitu Kemboja, Vietnam dan Laos. Dasar penjajahan Perancis ke atas negara-negara Indo-China adalah satu dasar yang paling imperialis sekali di mana mereka didorongkan oleh perasaan keagungan kebudayaan mereka. Keangkuhan pegawai pentadbiran Perancis dan kelemahan pendudukpenduduk di Indo-China adalah faktor penting yang memudahkan perkembangan penguasaan Perancis di sini. Penaklukan Perancis di Vietnam yang bermula pada 1958 di Kochinchina disebabkan oleh sikap angkuh pemerintah Vietnam terhadap orang-orang Perancis yang telah menyebarkan agama Katolik di situ. 1 Maharaja-maharaja Vietnam berusaha mengekalkan sistem tempatan dan nilai kebangsaan mereka dan menentang pengaruh Katolik Perancis. Hal ini adalah kerana untuk mengelak dasar-dasar Confucius yang diamalkan dimusnahkan oleh prinsip-prinsip Katolik. Tindakan maharaja Vietnam Gia Long melemparkan kata-kata nista dan ancaman kepda paderi-paderi Perancis seolah-olah berlaku penindasan dan dianggap salah satu cara untuk mengusir orang Barat dari Vietnam. Tindakan ini telah menyebabkan mubaligh Perancis mencadangkan kerajaan Perancis mengambil alih seluruh negara tersebut. Cadangan ini disokong sepenuhnya oleh Perancis dan saudagar-saudagar Barat lain. 2 Penaklukan telah dilakukan ke atas Vietnam dengan melancarkan serangan di Tourene yang merupakan pelabuhan penting di Vietnam sebagai alasan supaya Vietnam mengakhiri penyeksaan ke atas mubaligh Perancis. Penaklukan ke atas Vietnam telah melalui beberapa tahap dan mengambil masa selama 30 tahun.3 Di Kemboja/Kampuchea, Perancis tidak menghadapi begitu banyak masalah dalam meluaskan penguasaannya ke atas negeri itu apabila Raja Norodom telah menerima perlindungan yang ditawarkan Perancis.
1

Perlindungan yang diberikan adalah untuk

Sikap sombong pemerintah Vietnam adalah berasaskan kepada corak kebudayaan dan politik Chinan di mana Vietnam menganggap dirinya sebagai Negara yamg paling bertamadun selepas negeri China. Gilbert Khoo dan Dorothy Lo. 1978. Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia . Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd. Hlm. 316-317. 2 Ibid. 3 Devillers. P. 1988. Sejarah Indo-China Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 207.

menghalang kuasa Siam ke atas Kemboja. Penerimaan Raja Norodom terhadap perlindungan yang diberikan oleh Perancis bukanlah kerana beliau seorang anti-Siam akan tetapi mahu negaranya bebas dari ancaman Siam dan Vietnam.4 Raja Norodom juga tidak pernah berniat untuk meletakkan negaranya di bawah naungan Perancis namun begitu, kedudukannya sebagai pemerintah hanyalah boneka sahaja memandangkan Perancis telah menjalankan pentadbiran Kemboja terletak di bawah penguasaan mereka bermula pada tahun 1863.5 Raja Norodom menerima segala pembaharuan yang dijalankan Perancis adalah kerana ingin memodenkan Kemboja seperti mana yang dijalankan oleh Siam semasa pemerintah Mongkut dan Chulalongkorn yang dianggap berjaya. Pemodenan yang dilakukan Perancis di Kemboja memang berlaku namun, segala pentadbiran adalah di bawah kuasa Perancis. Sebelum penguasaan Perancis, Siam telah menaungi Laos, namun Siam terpaksa melepaskan kuasanya ke atas Laos memandangkan negeri-negeri yang berhampiran seperti Burma dan Kemboja telah dikuasai oleh Barat. Oleh itu, bagi menjaga kedaulatan Siam, Raja Siam telah menggunakan sifat tolak ansur dengan Barat. Hal ini bagi mengelak tercetusnya kemarahan Barat yang boleh menggugat kedaulatan Siam yang dikelilingi oleh negara-negara yang dikuasai oleh Barat. Perancis telah berjaya menguasai Laos pada tahun 1895.

1.0

PENDAHULUAN

Perancis mula menempatkan pentadbirannya di Asia Tenggara pada lewat abad ke-19 dan berjaya menjajah tiga kerajaan Indo-China. Indo-China merupakan gabungan tiga negeri iaitu Vietnam, Kampuchea dan Laos meletakkan negeri-negeri ini di bawah pentadbiran kolonial Perancis. Kekayaan sumber pertanian di kawasan ini menarik perhatian Perancis untuk

menaungi Indo-China bagi memenuhi keperluan sumber bahan makanan dan sumber bahan mentah lain untuk dieksport mahupun untuk kegunaan di Eropah itu sendiri. Kesuburan tanah di Indo-China disebabkan oleh faktor-faktor geografi di mana negeri-negeri ini berhampiran dengan sumber air utama iaitu Sungai Mekong dan Sungai Merah.6

Raja Norodom bukanlah seorang anti-Siam kerana beliau gemar bertutur dalam bahasa Siam dan sangat terhutang budi dengan Bangkok kerana sering kali memberi pertolongan apabila diperlukan. Ibid. Hlm. 23-27. 5 Ibid. 6 Gilbert Khoo. 1978. Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia . Hlm. 451-462.

Pentadbiran Perancis di Indo-China mempunyai persamaan dan juga perbezaan disebabkan oleh faktor bentuk muka bumi, politik pemerintahan zaman sebelumnya dan corak pentadbiran Perancis dan keadaan sosial di Indo-China. Di dalam penulisan ini kita akan membandingkan pentadbiran Perancis di Indo-China. Dari segi politik Perancis terpaksa mengharungi halangan sebelum mendapatkan Vietnam. Berbeza di Kampuchea di mana Raja Norodom menerima tawaran taraf naungan dengan rela hati apabila Perancis menawarkannya disebakan oleh perebutan kuasa Siam dan Vietnam untuk mendapatkan Kampuchea. 7 Manakala di Laos kehadiran Perancis juga disambut baik masyarakatnya. Hal ini demikian kerana masyarakat Laos berpendapat kehadiran Perancis di situ memberi kesejahteraan memandangkan Laos dikatakan terpisah jauh dengan negara luar dan tidak mempunyai kerajaan memerintah yang jelas disebabkan oleh kurangnya kajian sarjana Barat zaman kolonial mengkaji perihal ini.8 Dalam sektor ekonomi pula, pada tahun 1887, Persekutuan Indochina telah ditubuhkan bagi menyelaras segala kegiatan Gabenor Residen tempatan. Gabenor Jeneral Paul Doumier (1887-1902) 9 telah memperkenalkan sistem cukai-cukai baru ke atas garam, alkohol dan candu seta meningkatkan cukai kastam. Langkah kenaikan cukai ini adalah bertujuan

membiayai pentadbiran dan rancangan Perancis di wilayah-wilayah jajahannya terutama Indochina. Di Vietnam pelbagai cukai dikenakan dan penindasan berlaku di antara golongan pertengahan dengan golongan bawahan disebabkan oleh keuntungan yang dikecapi oleh golongan pertengahan semasa menguruskan pentadbiran tanah untuk pertanian di mana berlaku penindasan dalam kalangan petani sehingga mewujudkan kadar penghutang yang tinggi dalam kalangan petani di Vietnam. Berbeza di Kampuchea, Perancis menyifatkan negara ini tidak akan memberi keuntungan yang tinggi. Oleh itu, Perancis tidak begitu fokus dalam membangunkan ekonomi Kampuchea di mana petaninya masih lagi menggunakan alatan tradisional dalam pengeluaran pertanian. Manakala, Laos menerima kehadiran

Perancis dengan seadanya kerana pelbagai perubahan dilakukan Perancis di Laos. Seiring dengan kemajuan penghasilan sumber ekonomi di sini yang semakin meningkat maka terdapat juga perubahan dalam sosial di Indo-China terutama dalam sistem perhubungan di mana pihak Perancis telah membinan jalan raya bagi memudahkan pengeluaran sumber ekonomi untuk tujuan eksport di mana seperti di Laos dan Kampuchea
7 8

Ibid. Hlm 444. Ibid. 9 Gabenor Jeneral Paul Doumier ini merupakan ketua bagi kawasan jajahan Perancis di Indochina. Ibid. Hlm. 79-80.

umpamanya negeri ini mempunyai darjah ketersampaian yang rendah. Selain itu, perubahan juga berlau dalam struktur sosial masyarakat Indo-China yang mula mengadaptasikan budaya orang Perancis disebabkan oleh prinsip Perancis untuk mengasimilasikan masyarakat IndoChina yang mendakwa Perancis perlu mentamadunkan melalui pendedahan sistem pendidikan dan pentadbiran Perancis yang dilaksanakan secara berbeza di Indo-China.10

2.0

PENAKLUKAN PERANCIS DI INDOCHINA


Disediakan Oleh Mohamad Hanafi Bin Husin (D20111048280)

Di Vietnam, penaklukan dan kejatuhan empayar lama Vietnam mengambil masa selama tiga puluh tahun dan melalui beberapa tahap. Penaklukan ini bermula di selatan, iaitu di Cochin China. Dalam tahun 1858, Perancis dan Sepanyol melancarkan serangan ke atas Da Nang, iaitu pelabuhan penting bagi ibu negeri Vietnam. Dari Da Nang, tentera Perancis mara ke selatan dan menawan Saigon pada 18 Februari 1859, iaitu pusat wilayah Namky (Vietnam Selatan). Melalui perjanjian 5 Jun 1862, kerajaan Hue terpaksa menyerahkan semua wilayah timur Nam Ky yang dijadikan jajahan Perancis dua tahun selepas itu. Dalam tahun 1867, tentera Perancis berjaya pula mengambil wilayah barat Nam Ky. Wilayah-wilayah ini kemudiannya digabungkan dengan bahagian Timur Nam Ky yang telah dijadikan jajahan Perancis. Mulai tahun 1872, Perancis memulakan gerakan penaklukan di bahagian utara Vietnam. Pada 15 Mac 1874 Vietnam terpaksa menerima Perjanjian Philastre yang memberikan kepada Perancis beberapa kemudahan dari segi ekonomi, hak penentuan dasar luar Vietnam dan pengiktirafan oleh Vietnam terhadap pengambilan Cochin China oleh Perancis. Perancis masih tidak berpuas hati dengan perjanjian ini, pada tahun 1882, mereka menyerang Tonkin namun Perancis tidak mendapat sokongan daripada rakyat Vietnam, tetapi pada 25 April 1882 Perancis berjaya menawan Hanoi. Perancis meneruskan kegiatannya sehinggalah satu perjanjian baru yang lebih lengkap iaitu Perjanjian Patenotre ditandatangani oleh Pengganti Raja Tu Duc iaitu Raja Hiep Hoa pada 6 Jun 1884. Perjanjian ini menjadikan Vietnam sebagai negeri naungan Perancis.11

10 11

Ibid. Hlm. 468. Ruhanas Harun. 1988. Sejarah Indo-china Moden: Perkembangan Sosiopolitik Hingga Abad ke-20. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka. Hlm. 208.

Berbeza penaklukan berlaku di Kemboja di mana pihak Perancis dialu-alukan oleh pemerintah tempatan. Bermula dengan Raja Ang-Duong (1845-1860) yang bimbang Kemboja akan dipecah-perintahkan di antara dua kuasa iaitu Siam dan Vietnam dengan Sungai Mekong sebagai sempadan bersama selepas kematiannya. Atas nasihat Mgr. Miche, paderi Katolik di Kemboja, Ang Duong merancang untuk meminta supaya Perancis campur tangan. Dalam bulan November 1853, beliau menghantar perutusan kepada Napoleon III melalui konsul Perancis di Singapura. Dalam tahun 1855 , Napoleon III telah mengarahkan seorang diplomat, M. de Montigny untuk pergi ke Siam dan China dan mengadakan satu perjanjian pakatan bersama namun gagal. Kedatangan Perancis ke Cochin China telah menimbulkan keadaan baru. Tidak lama menaiki takhta Norodom (Voddey) iaitu pengganti Ang Duong telah menerima perutusan Laksamana Charnier dari Perancis (yang baru menawan Saigon) yang berhasrat untuk mengadakan hubungan baik dengan Kemboja. 12 Melalui perjanjian yang ditandatangani oleh Vietnam pada 5 Jun 1862 telah terpaksa menyerahkan wilayah Saigon, Bien Hoa, Mytho, Vinh Long serta Ulan Condore kepada Perancis. Perjanjian ini juga telah memberikan hak naungan ke atas Kemboja kepada Perancis yang selama ini diberikan kepada Raja Annam. Namun perkembangan pengaruh Perancis ini tidak disenangi oleh Raja Mongkut di Siam yang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas Norodom iaitu Raja Kemboja ini. Doudart de Lagree telah mengarahkan Laksamana de La Grandiere, gabenor Cochin China untuk menemui Norodom dalam bulan julai 1863. Melalui Mgr. Miche beliau menerangkan kepada Norodom mampu mengelak daripada ancaman Siam dengan menerima perlindungan daripada Perancis, dan pada 11 Ogos 1863 termeterai perjanjian antara Perancis dan Norodom. 13 Selepas itu pada 15 Julai 1867 Siam juga membuat perjanjian dengan Perancis dalam persetujuan Siam menggugurkan tuntutannya ke atas Kemboja dan mengiktiraf naungan Perancis di Kemboja.14 Perbezaan yang ketara turut berlaku di Laos semasa penaklukan Perancis, Laos pada asalnya merupakan sebuah kuasa yang kecil dan bernaung di dibawah kerajaan Siam. Oleh itu untuk mendapatkan Laos Perancis perlu mendapatkan persetujuan daripada Siam untuk mendapatkan kerajaan kecil ini. Untuk mendapatkan persetujuan ini bukanlah sesuatu yang mudah, pada julai 1893 Perancis terpaksa menunjukkan kekuatan tentera lautnya untuk memaksa Siam supaya melepaskan cengkamannya ke atas Laos. Perjanjian pada 7 Oktober 1902 dan 13 Februari 1904 yang dipersetujui oleh Perancis dan Siam telah menyebabkan
12 13

Ibid. Hlm. 20. Ibid. Hlm. 21. 14 Ibid. Hlm. 23.

Siam mendapat semula kebebasan bertindak di kawasan tebing kanan Sungai Mekong, tetapi terpaksa menyerahkan wilayah Bassac dan Paklay kepada Perancis dan menggugurkan semua kuasanya ke atas dua wilayah ini. Dengan ini Laos diselamatkan daripada pencerobohan Siam selama empat puluh tahun. Penentuan sempadan dengan China juga dikenal melalui konvensyen Perancis-China mengenai sempadan yang ditandatangani di Peking pada 20 Jun 1895 yang memberikan Muong Sing dan seluruh wilayah Lai Chau kepada Perancis. Satu perjanjian-Inggeris 15 Januari 1895 telah menentukan sempadan Laos-Burma di Sungai Mekong. Raja Oun Kham mangkat pada 15 Disember 1895 ketika berumur 84 tahun. Puteranya Zakarine yang telah menjalankan pemerintahan sejak 1894 mengambil sepupunya BounKhong anak kepada Souvanna Phouma sebagai Oupahat. Pada 19 April 1895, Zakarine menerima pengesahan kuasa dari Perancis melalui wakil-wakil Pavie dan menandatangani satu perjanjian dengan Perancis pada 3 Disember 1895. Dengan ini bermulalah zaman naungan Perancis.15

3.0

PENTADBIRAN SISTEM POLITIK

Perancis juga telah melaksanakan perubahan dari segi politik dengan membahagikan wilayah yang di takluk di Indochina iaitu Vietnam, Kemboja dan Laos 16 . Pentadbiran di wilayah naungan seperti Annam, Tongking, Kemboja dan Laos tidak merosakkan pemerintahan kerajaan tempatan. Namun selepas tahun 1897, dasar Perancis berubah, pegawai yang paling tinggi pangkatnya di dalam tiap-tiap negeri naungan itu ialah Residen Kanan yang bertanggungjawab kepada Gabenor-Jeneral di Saigon. Namun begitu, raja dan istana serta mandarin-mandarinnya dikekalkan jawatan mereka. Pembahagian pentadbiran di wilayahwilayah Perancis begitu berbeza dengan memperkenalkan sistem pentadbiran yang berbeza di setiap tanah jajahan yang mereka takluki di Indochina.17 Selain itu, perubahan yang berlaku dalam pentadbiran juga tidak menyeluruh dan lebih kepada pembahagian di wilayah Vietnam. Misalnya wilayah Binh-thuan yang telah disatukan dengan Kochin-China, dikembalikan kepada Annam. Annam sendiri tetap menjadi negeri naungan, tetapi Perancis sendiri diberi hak menempatkan tenteranya pada sebarang tempat di dalam negeri itu. Semua wilayah-wilayah taklukan Perancis diletakkan di bawah sistem
15 16

Ibid. Hlm. 139. St. Munadjat Danusaputro. 1983. Vietnam Dalam Perkembangan Astra-jaya. Bandung: Binacipta. Hlm. 71. 17 Edward W. Said. 2008. Budaya dan Imperialisme. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Hlm. 260.

Residen yang melaksanakan segala urusan berkenaan dengan wilayah yang diberikan. Perkhidmatan Kastam diletakkan di bawah pentadbiran Perancis dan semua kubu-kubu di Sungai Hue akan dikendalikan oleh Perancis.18 Perubahan yang berlaku di Indochina juga telah dibuat oleh Perancis di bahagian wilayah utara Indochina. Kemboja dibahagikan dengan memasukkan wilayah Cochin-China dan Saigon manakala Laos lebih kepada wilayah Annam.19 Tetapi wilayah-wilayah Annam Utara yang telah disatukan dengan Tongking di bawah Perjanjian Harmand, dikembalikan kepada Annam. Perancis menempatkan Annam dan Tongking yang dilindungi itu ke dalam tangan Menteri Angkatan Laut dan tanah jajahan di Paris serta menggabungkan Kemboja, Kochin-China,
20

Annam dan Tongking sebagai Kesatuan Indo-China. Jadi secara

keseluruhannya walaupun pembahagian tidak jelas tapi pembahagian wilayah di Indochina iaitu Vietnam dibahagikan kepada wilayah Saigon dan Tourane manakala Kemboja dimasukkan dalam wilayah Kochin-China serta Laos ke dalam wilayah Luang Prabang.21

Sistem Pentadbiran Di Asia Tenggara sekitar abad ke-19, raja dianggap sebagai penaung kehidupan rakyat. 22 Begitulah yang berlaku di dalam kerajaan Vietnam, segala urusan kehidupan golongan bawahan bergantung pada pemerintah. Demi menjaga sensitiviti dan kesetiaan rakyat kepada raja, pihak Perancis cuba mengekalkan sistem ini dalam memastikan hubungan pemerintah feudal dan pihak penjajah berada dalam keadaan baik. Pengekalan hubungan baik tersebut dilakukan bertujuan mengelakkan penentangan dan ancaman dalam kalangan masyarakat tempatan. Justeru, kolonial Perancis turut menggunakan pendekatan ini dalam memastikan masyarakat di Indochina tidak bangkit menentang kolonial. Perancis telah menguasai Indochina yang meliputi Vietnam, Laos dan Kampuchea. Kemaraan Perancis telah merubah corak pentadbiran Indochina. Perancis telah memberi kesan terhadap kuasa maharaja di Indochina. Keadaan ini dapat dilihat dari segi perbandingan antara negara Vietnam dengan Laos dan Kampuchea.
18

Abu Talib Ahmad. 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 81. 19 Ibid. Hlm. 83. 20 Ibid. Hlm. 84. 21 Ibid. Hlm. 85. 22 David P.Chandler & David Joel Steinberg. 1987. In Search of Southeast Asia. A Modern: History. Amerika Syarikat: University of Hawaii Press. Hlm. 79-80.

Vietnam Jika dilihat di Vietnam, Perancis mula meresap masuk ke Vietnam dan sedikit demi sedikit mengurangkan kuasa maharaja yang telah wujud sejak dua abad sebelum itu. 23 Bermula dari tahun 1817 hingga tahun 1831, Perancis telah menggunakan pelbagai cara diplomatik bagi mendapatkan kemudahan-kemudahan perdagangan dari Vietnam. Sebelum kehadiran Perancis, kekuasaan maharaja Vietnam meliputi hampir keseluruhan aspek politik, sosial dan ekonomi. Agama Buddha turut meletakkan maharaja Vietnam sebagai suci. Unsur agama ini telah memperkuatkan lagi kuasa pemerintahannya. Namun begitu, selepas penjajahan Perancis ke atas Vietnam, sistem feudal yang diamalkan sebelum itu dihapuskan secara berperingkat-peringkat. Kolonialisme Perancis turut memberi kesan terhadap pentadbiran tradisional Vietnam yang dahulunya dikuasai oleh golongan mandarin. Hal ini dilihat apabila sistem tradisional ini digantikan dengan sistem residen. Perubahan sistem tersebut menyebabkan pihak Perancis membahagikan Vietnam kepada tiga bahagian iaitu Cochin China, Annam dan Tonkin. 24 Pembahagian tersebut memberi kelebihan kepada Perancis dalam mengawal hal pentadbiran dan ekonomi setiap bahagian. Setiap bahagian akan diwakili oleh seorang residen. Sekali gus, ia dapat mengurangkan kos perbelanjaan pengurusan. Berdasarkan kepada pembahagian tersebut, Annam dan Tonkin diletakkan di bawah sistem residen dengan menjadikan Gabenor Jeneral yang berpusat di Hanoi sebagai kuasa tertinggi di Vietnam. Walau bagaimanapun, Perancis masih mengekalkan raja dan golongan mandarin di Tonkin dan Annam berasaskan sistem dualisme. Melalui sistem ini, raja dan golongan mandarin akan melaksanakan segala urusan pentadbiran berdasarkan nasihat residen. Impaknya, kuasa raja dan golongan mandarin dihapuskan secara berperingkat-peringkat. Hal ini terbukti apabila kuasa pentadbiran wakil raja di Tonkin iaitu Kuai Luoc (Wizurai) dan Majlis Co-mat Vien di Annam telah diambil alih oleh kuasa residen. 25 Hal ini menyebabkan, segala keputusan yang dibuat oleh raja dan golongan mandarin perlu mendapat keizinan daripada residen. Pengenalan sistem residen ini berjaya mengurangkan kuasa sistem tradisional. Buktinya, wujud perpecahan dalam kalangan golongan mandarin kepada dua. Dua golongan ini adalah mereka yang menyokong kepada Perancis dan anti-Perancis.
23 24

Peter N. Steams. 2006. Gender in World History. London: Routledge Tylor & Francis Group. Hlm 1. M.C Ricklefs, Bruce Lockhart, Albert Lau, Portia Reyes, Maitrii Aung-Thwin. 2010. A New History of Southeast Asia. New York: Palgrave Macmillan. Hlm. 184. 25 Abu Talib Ahmad. 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 80

Walaupun begitu Perancis mempunyai masalah dari segi pertuturan, hal ini kerana tidak seorang pun Residen Perancis yang mampu bertutur dalam bahasa Vietnam. Perancis terpaksa menggunakan penterjemah yang kebanyakannya datang dari sekolah-sekolah Kristian. Pentadbir Perancis berusaha membentuk sekumpulan pentadbir berkulit putih yang dipilih daripada kalangan pegawai tentera. Mereka perlulah mampu bertutur dalam bahasa Vietnam dan mengetahui dengan mendalam adat resam orang Vietnam. Walau bagaimanapun syarat pertama telah digugurkan pada tahun 1880 menyebabkan Perancis terpaksa bergantung pada penterjemah-penterjemah dan pembesar tempatan. Dalam tahun ini juga Perancis telah memperkenalkan satu Majlis Kolonial (Conseil Colonial). Kebanyakan ahlinya terdiri daripada orang Perancis yang dipilih oleh pegawai dan orang Perancis. Perancis telah memperkenalkan dasar asimilasi di Cochin China. Masyarakat Vietnam tradisional di Cochin China telah hancur dan golongan cendekiawannya juga telah hilang, kampung dan daerah tidak lagi mempunyai kuasa politik, maka Perancis memikirkan untuk memperkenalkan sistem politik dan kebudayaan seperti yang dipraktikkan di tanah jajahannya di Afrika dan di Antilles. Di kawasan tengah dan di utara (di Annam dan Tonkin) keadaannya berbeza. Walaupun kawasan ini dikuasai oleh Perancis, pemerintahan Vietnam masih mengekalkan jentera pentadbiran dan politiknya. Tetapi Vietnam mesti disatukan ke dalam Empayar Jajahan Perancis, dan untuk menubuhkan pentadbiran yang cekap serta membangun di tanah jajahan yang baru ini, Perancis memperkenalkan beberapa langkah yang penting dari segi politik.26 Raja Vietnam diletakkan di bawah kuasa Perancis dan kuasanya dihapuskan. Dong Khanh yang lemah, terasing dan tidak mempunyai pengalaman politik dijadikan alat oleh penasihat Perancis serta beberapa orang cendekiawan yang bekerjasama dengan Perancis. Beliau dipaksa bersetuju memberikan konsesi-konsesi yang penting sebagai balasan kepada bantuan tentera dan pentadbiran Perancis yang diterimanya. Pada 30 Julai 1885, satu perjanjian ditandatangani, di mana Perancis dibenarkan menempatkan Residennya di semua wilayah di Annam. Seperti juga di Cochin China, Perancis menubuhkan sebuah pentadbiran peribumi yang dibantu sebahagian besarnya oleh penterjemah daripada misi Katolik serta individu yang dilatih mengikut keperluan. Orang mandarin dan penterjemah ini merupakan orang perantaraan antara Perancis dengan penduduk Vietnam dan mereka juga turut membantu dalam urusan pentadbiran Perancis. Pentadbiran Tonkin diletak secara rasminya

26

Ruhanas Harun. 1988. Sejarah Indo-china Moden: Perkembangan Sosiopolitik Hingga Abad ke-20. Hlm. 210.

dibawah kawalan Perancis melalui perjanjian 1884. Di Annam pula, Menteri Dalam Negeri Vietnam masih memegang jawatannya, tetapi beliau begitu kecewa apabila didapati tugas ketua wilayah diambil alih oleh pentadbir Perancis. Dalam tahun 1887, Paris mengambil keputusan untuk membentuk Persekutuan IndoChina (Union Indochinoise). Keputusan ini menjadi kenyataan dalam tahun 1887, dengan terbentuknya Pejabat gabenor-gabenor Indo-china. Pada mulanya ia merupakan satu badan yang menyelaraskan kegiatan gabenor-gabenor atau residen-residen tempatan, tetapi kemudiannya ia meningkat menjadi kuasa yang tertinggi di Indo-China. Satu Akta dikeluarkan pada 27 Januari 1886 meletakkan Annam dan Tonkin dibawah Kementerian Luar Negeri Perancis. Dalam tahun 1887, satu lagi akta dikeluarkan yang meletakkan semua wilayah Indo-China dibawah kuasa Jeneral yang merupakan wakil tertinggi Perancis di seluruh kawasan yang ditakluk atau dinaunginya dan beliau hanya bertanggungjawab kepada Menteri Tanah Jajahan.27 Selepas kematian Dong Khanh, dalam bulan Januari 1889, Perancis meletakkan seorang putera yang berusaha 10 tahun, Thanh Thai sebagai pengganti. Dibawah pemerintahan baginda Perancis menguatkan lagi cengkaman mereka ke atas Vietnam. Atas sebab penentangan oleh Cendekiawan, Perancis telah mengenakan kawalan yang ketat dan mengambil alih semua tugas penting dalam negeri. Sebelum tahun 1897, Tonkin masih mempunyai hubungan politik secara langsung dengan raja melalui kinh luoc. Tetapi selepas tahun 1897 ini, tugas-tugas kinh luoc ini telah diambil alih oleh Ketua Residen Perancis yang menggelarkan dirinya sebagai wakil Raja Annam.28 Di Annam juga Ketua Residen di Hue mengambil alih tugas sebagai Pengerusi Menteri-Menteri (Co-Mat) dan semua keputusan yang dibuat perlu dipersetujui daripada pihak Perancis. Pemerintahan naungan telah telah ditukarkan menjadi pemerintahan secara langsung. Kerajaan Hue bukan sahaja tidak mempunyai kuasa terhadap hal-hal diplomasi dan ketenteraan, malah kuasa pentadbiran yang ada padanya juga terhad.29 Laos Namun begitu, kesan yang berbeza dapat dilihat antara Vietnam dengan Laos dan Kampuchea. Laos dan Kampuchea mempunyai kisah yang berbeza berbanding dengan

27 28

Ibid.Hlm. 211. Ibid.Hlm. 212. 29 Ibid. Hlm.213.

10

Vietnam. Jika di lihat di Laos, penguasaan Perancis berlaku melalui peperangan dan terlibat dengan kuasa Siam. Peperangan ini telah mengurangkan kekuasaan pemerintah Laos. Namun begitu, peperangan yang berlaku bukanlah antara Laos dengan Perancis tetapi antara Siam dengan Perancis. Hal ini kerana Loas merupakan negara naungan Siam yang perlu menghantar ufti kepada Siam tetapi Perancis tidak senang hati dengan tindakan Loas itu kerana perancis mahukan ufti daripada Loas. Laos terdiri daripada negeri Vientiana, Luang Prabang, Chien Kuang, Champassah, Sip Song Panna. Laos mengakui pertuanan Thai dan menghantar ufti ke Siam. Ini jelas bahawa, pentadbiran di Loas telah diketuai oleh pegawai Perancis, pegawai Vietnam dan golongan elit Loas. Golongan bangsawan dan raja dikekalkan taraf mereka iaitu sebagai simbol keagamaan. 30 Perancis mengekalkan keadaan yang sedia wujud di Laos, khususnya kuasa dan struktur pentadbiran keluarga pemerintah di Luang Prabang. Corak penguasaan yang lebih bersifat tidak langsung itu berpunca daripada kemiskinan Laos. Laos mempunyai jumlah penduduk yang sedikit, tiada sumber ekonomi dan tidak ada kemudahan infrastruktur. Bagi Perancis, Laos hanya menjadi benteng keselamatan penduduknya di Vietnam serta Kemboja dan sebagai kebanggaan imperialistik. Oleh itu, Perancis mendakwa bahawa penguasaannya di Laos adalah bertujuan mewujudkan kelompok elit yang memadai jumlah dan kesedarannya bagi membentuk kesedaran kebangsaan Laos. 31 Dalam tahun 1893, Laos bukanlah merupakan satu entiti politik. Hanya kerajaan Luang Prabang yang merupakan warisan terakhir Empayar Lan Xang, yang masih mempunyai beberapa ciri sebuah negara. Kerajaan-kerajaan lain semua luput dan kawasankawasan yang diperintah oleh kerajaan-kerajaan ini sudah pun dibebaskan daripada Siam dan Vietnam. Gabenor-gabenor atau Chaomuong, masih lagi mempunyai kuasa tertentu. Kawasan pentadbiran mereka (Muong) yang asalnya sebahagian daripada fief (tanah Feudal) dibahagikan kepada kanton (tasseng) dan kampung (ban). Oleh itu kerana kekurangan pengetahuan tentang negara baru yang ditemui ini, Kementerian Luar Perancis menganggap kawasan-kawasan ini sebagai daerah biasa yang menjadi rebutan antara Siam dan Vietnam dan Perancis bertanggungjawab mengembalikan keamanan, peraturan dan undang-undang. Dalam tahun 1887, Pavie memberitahu Raja Oun Kham yang Perancis mengakui kuasanya, hak serta keistimewaan yang diwarisinya. Seperti sebelumnya, raja tetap sebagai ketua agung bagi segala kehidupan(Somdet Phra Chao), sementara raja muda merupakan

30 31

D.G.E Hall. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 813. Wan Abdul Rahman Latif et al. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 380.

11

ketua agung yang menjaga semua kehidupan (Chao Maha Oupahat). Mereka dibantu oleh Dewan Negara (Hosanam Luong), menteri-menteri yang berketurunan raja, Ratsavong (Putera Sulung), Ratsabout (Putera Kedua), dan Komakhoune (Putera ketiga dan keempat). Seterusnya terdapat tiga orang mandarin yang bergelar Phaya yang mengetuai hierarki mandarin (pentadbir peringkat atasan dan menengah). Akhir sekali terdapat seorang mandarin besar dan empat penasihat yang menganggotai Badan Penasihat Negara(Senam). Pavie telah menempatkan seorang pesuruhjaya Perancis untuk menasihati Raja Zakarine pada 5 Jun 1894. Seterusnya Pavie menyusun wilayah-wilayah baru, ke mana sahaja beliau pergi, dari utara ke selatan, beliau mengesahkan kuasa orang-orang tempatan dalam kedudukan mereka dan mendapat kepercayaan daripada mereka. Dalam bulan Julai 1894, beliau menubuhkan wilayah baru bagi Vientiane yang terdiri daripada beberapa Muong dan Pavie juga telah melantik Chao Kham Ngon, iaitu waris terakhir Chao Noi sebagai Chau muong bagi kawasan-kawasan Xieng Khouang. Beliau juga menyusun semula bagi kawasankawasan Cammon, Savannakhet dan Khong.32 Pada ketika itu, semua muong di Laos merupakan satu organisasi yang banyak persamaan, disusun seperti kerajaan Luang Prabang, tetapi susunan ini lebih mudah. Seperti raja juga, gabenor dibantu oleh Oupahat, Ratsavong dan Ratsabout yang menyampaikan segala peraturan kepada ketua-ketua kanton yang mempunyai ketua-ketua kampung di bawah pentadbiran mereka. Selepas peninggalan Pavie dalam tahun 1895, susunan pentadbiran di Laos telah dijalankan semula. Laos dibahagikan kepada dua kawasan: 1. Hulu Laos, pusatnya di Luang Prabang, mengandungi semua Muong dibahagian kiri di sebelah utara Cammon, kanton-kanton Sungai Hitam dan sebahagian dari Houa Phans, kedua-duanya dicantumkan kepada Tonkin dan wilayah ThanhHoa. Kwasan ini yang daripada segi Logistik dicantumkan kepada Tonkin, dibahagikan kepada enam wilayah (khoueng) yang terdiri daripada beberapa Muong seperti yang terdapat di Vientiane. 2. Kawasan Lembah Laos, pusatnya di Khong. Kawasan ini terdiri daripada semua negeri yang sebelumnya adalah sebahagian daripada kerajaan lama Vientiane ataupun wilayah Bassac, iaitu kawasan di antara Mekong dan banjaran Annam, bermula dari Cammon sehinggalah ke sempadan Kemboja. Bahagian ini terdiri

32

RuhanasHarun. 1988. Sejarah Indo-china Moden: Perkembangan Sosiopolitik Hingga Abad ke-20. Hlm. 141.

12

daripada tujuh wilayah. Ia bergantung pada Cochin China untuk bekalan dan perhubungan.33 Kedua-dua kawasan ini telah di satukan oleh gabenor jeneral Paul Doumer dan diletakkan di bawah kuasa seorang Residen Superieur di Savannakhet atas arahan kerajaan pada 6 Februari 1899 dan 19 April 1899. Dengan ini negara Laos disatukan dengan Persekutuan Indo-China (Federation Indochinoise). Dalam tahun 1899, Paul Doumer telah memilih bandar Vientiane sebagai ibu kota Laos kerana ibu negeri sebelum ini di Sungai Mekong merupakan bandar yang kecil. Pada 3 Disember 1895 Dewan Negara (Hosanam Luong) disusun semula di mana dewan dianggotai oleh 3 orang pembesar yang mempunyai tugas tertentu, termasuklah berbagai-bagai perkhidmatan pentadbiran negara tersebut. Pentadbiran di peringkat wilayah dijalankan melalui kuasa raja secara langsung. Walaupun masih diawasi oleh Pesuruhjaya Perancis di Luang Prabang yang mewakili Ketua Residen di Vientiane. Pada keseluruhannya Laos dibahagikan kepada wilayah. Salah satu daripadanya dijadikan Kerajaan Luang Prabang yang dijadikan sebuah negeri Naungan. Di sembilan kawasan lain, wakil Perancis menjadi pemerintahan yang sebenar, ini menunjukkan pada tahun 1895 ini kuasa ketua-ketua Laos (chaomuong) mula diambil alih sedikit demi sedikit.34 Kemboja Berbeza pula yang berlaku di Kemboja kerana pada masa itu serentak dengan campur tangan di Vietnam, Kampuchea pernah membayar ufti kepada Siam dan Vietnam. Pada tahun 1860, Putera Norodom menggantikan ayahnya, Ang-Duong sebagai Raja Kemboja. Raja Norodom juga terpaksa serahkan ufti kepada Perancis sebenarnya perlu diserahkan kepada Vietnam dan Siam. Hal ini kerana Vietnam telah dijajah oleh Perancis maka ufti perlu diserahkan kepada penjajah. 35 Namun begitu setelah Perancis berjaya menguasai Kemboja iaitu semasa Perancis memaksa raja Kemboja dan Raja Norodom menerima naungannya pada tahun 1864. Penaung Kemboja sebelum itu iaitu Thailand tidak dapat menghalang perkembangan Perancis itu. Malah melalui Persetiaan antara Thailand dan Perancis pada tahun 1867, Thailand memansuhkan semua tuntutannya ke atas Kemboja. Sejak itu, Perancis secara beransur-ansur memperkukuhkan dan memperluaskan penguasaannya di Kemboja.

33 34

Ibid. Hlm.142. Ibid.Hlm. 143. 35 YusoffIskandar dan Khalil Yusoff. 1997. Diskusi Sejarah. Hlm. 260

13

Pada tahun 1884, Perancis memaksa Raja Norodom menandatangani satu persetiaan yang menyebabkan kuasa baginda dalam hal ehwal hasil awam, cukai kastam dan kerja raya diambil alih oleh Perancis. Kemboja diletakkan di bawah pentadbiran seorang Ketua Residen Perancis dan beberapa orang Residen. Setiap Residen mentadbir sebuah wilayah bagi pihak Ketua Residen. Raja Norodom menjadi pemerintah boneka Perancis kerana kuasa baginda hanyalah dalam hal ehwal agama Buddha.36 Kemboja menjadi sebuah negeri naungan Perancis dengan sistem pemerintahan beraja yang masih mutlak. Penguasaan Perancis ke atas Kemboja ini bererti negara itu kembali kepada sistem yang pernah dialami olehnya semasa pendudukan Vietnam dan Siam. Namun kuasa-kuasa yang dipegang oleh Raja ini hanya tinggal sebagai nama sahaja kerana Raja telah berjanji akan menerima segala pembaharuan yang difikirkan sesuai bagi Kemboja oleh pihak Perancis. Oleh sebab itu Residen Perancis yang ditempatkan melalui perjanjian 1863 mempunyai beberapa orang residen di bawah perintahnya yang dilantik sendiri oleh kerajaan Perancis dan di tempatkan di tiap-tiap pusat wilayah. Segala pentadbiran tempatan dijalankan oleh Kemboja di bawah pengawasan mereka. Tetapi hal-hal ketenteraman awam dan perkhidmatan bercorak teknikal dan kewangan semuanya diletak dibawah pentadbiran pegawai Perancis. Segala perbelanjaan bagi pentadbiran Kemboja dan hal-hal yang berkaitan dengan naungan dibiayai oleh Kemboja. Perhambaan dihapuskan, pemilikan harta persendirian dan pindah milik tanah dibenarkan. Ibu negeri iaitu Phnom Penh akan ditadbirkan oleh satu majlis tempatan campuran yang mempunyai sebahagian besar ahliahlinya yang terdiri daripada orang Perancis. Raja tidak lagi berkuasa untuk membuat undang-undang ataupun keputusan tanpa persetujuan rasmi daripada residen Perancis.37 Dalam bulan Januari 1887, setelah pemberontakan yang berlaku selama 26 bulan kesan daripada ketidakpuasan pemerintah dan rakyatnya, kerajaan Perancis sedar kesalahannya dan mengambil langkah-langkah baru bagi mengatasi masalah ini. Perancis telah memberitahu raja Norodom yang kerajaan Perancis akan melaksanakan sebahagian sahaja konvensyen tahun 1884 dan dengan cara yang lebih sesuai jika sekiranya beliau dapat menghapuskan pemberontakan ini dengan cara yang difikirkan sesuai olehnya. Perancis telah berjanji tidak akan menakluk Kemboja. Kuasa raja akan dipulihkan dan Ketua Residen akan

36 37

Wan Abdul Rahman Latif et al. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Hlm.382. RuhanasHarun. 1988. Sejarah Indo-china Moden: Perkembangan Sosiopolitik Hingga Abad ke-20. Hlm. 27.

14

hanya ditempatkan sebagai penasihat sahaja dan menteri-menteri Kemboja akan kembali kepada jawatan masing-masing.38 Seperti yang diketahui kini Raja bukanlah sebagai boneka lagi kerana kuasa raja secara rasminya dikembalikan dan semua perubahan yang dilakukan oleh Ketua Residen perlu dipersetujui oleh raja dan semua ordinan mesti ditandatangani sendiri oleh raja bersama dengan cap mohornya. Selain daripada Phnom Penh, Perancis hanya menempatkan empat orang Residen di kawasan tertentu (Kampot, Kratie, Pursat dan Kompong Thom). Mereka menerima arahan supaya tidak mencampuri urusan hal-hal anak negeri dan mesti menghormati adat resam dan agama penduduknya. Hubungan di antara Norodom dan pegawai Perancis masih tidak memuaskan. Norodom masih berkuasa mutlak kerana tiada sebarang dean perwakilan atau badan-badan yang dilantik yang boleh mengehadkan kuasanya atau mengawasi serta mengkritik sebarang keputusan atau tindakannya. Sudah tentu ini tidak menyenangkan Perancis yang radikal itu. Istana dan raja sendiri memperuntukkan sebahagian besar daripada kewangan negara untuk pembaziran. Mengikut konvensyen 1884 Perancis bertanggungjawab ke atas perjalanan

kewangan negara Kemboja, tetapi terpulang kepada raja mengendalikan perbelanjaan bagi pentadbiran dan untuk raja dan istana.39 Kehidupan di istana Kemboja berterusan dalam keadaan ini. Seorang Ketua Residen percaya bahawa masalah ini mampu diubah melalui dalam. Sejak tahun 1889 (peraturan 3 Oktober 1889 yang dikeluarkan oleh kerajaan Gabenor Jeneral Indo-China) pengerusi majlis menteri-menteri Kemboja diserahkan kepada Ketua Residen yang mewakili Perancis. Dengan bijaknya Ketua Residen berjaya mempengaruhi menteri-menteri Kemboja, termasuk Perdana Menteri Kemboja. Beliau campur tangan dalam pertikaian di istana sehingga menyebabkan orang Kemboja pecah belah. Pada awal tahun 1897, melalui persetujuan menteri-menteri, Residen berjaya mengambil semua kuasa dan Hak kehakiman daripada Raja Norodom atas sebab-sebab raja itu tidak mempunyai keupayaan untuk menjalankan tugasnya. Dengan ini Residenlah yang menjadi raja yang sebenar akhirnya di Laos.40

38 39

Ibid. Hlm. 28. Ibid. Hlm. 29. 40 Ibid. Hlm. 30.

15

4.0

PENTADBIRAN SISTEM EKONOMI


Disediakan Oleh Nor Azira Binti Awang (D20111048619)

Pentadbiran Perancis begitu kecewa di Kochinchina semasa perjalanan di Mekong pada tahun 1866-1868. Di Saigon, La Grandire berharap kawasan tersebut dapat menjadi sebuah perlabuhan entreport di bahagian barat China. Ohier pula enggan memberi

perlindungan kepada syarikat perdagangan Perancis yang kecil dan hanya menyokong perniagaan yang menguntungkan sahaja serta tidak mengizinkan perniagaan yang memberikan subsidi yang sedikit kepada masyarakat. Pentadbiran kolonial Perancis telah banyak membina saliran atau terusan bagi mempergiatkan lagi aktiviti pertanian di IndoChina di mana dapat memberi pulangan yang menguntungkan hasil daripada eksport beras yang mendapat permintaan tinggi di China dan negara Asia lain. Di Vietnam misalnya Perancis telah mendapat keuntungan yang besar hasil daripada eksport beras iaitu sebanyak 4 juta picul untuk 600 000 hektar kawasan padi. Pada tahun 1894, 9 juta picul telah dieksport hasil daripada berjuta hektar tanah pertanian. Manakala di Laos pula, pembinaan sistem perhubungan ini adalah bertujuan untuk memudahkan darjah ketersampaian hasil perlombongan dan pertanian untuk didagangkan dipelabuhan berdekatan. Pembinaan yang menelan belanja yang tinggi ini menyebabkan Perancis telah menaikkan cukai yang amat tinggi bertujuan membayar balik perbelanjaan yang ditanggung Perancis untuk pembinaan di Laos. Namun begitu, bajet di Laos masih lagi memerlukan subsidi daripada bajet kawasan Indo-China yang lain di mana Kampuchea penyumbang kepada keuntungan ini. Kesatuan Indo-China 1887 telah melaksanakan langkahlangkah yang efektif dalam memberi pulangan yang menguntungkan kepada Perancis iaitu menggabungkan Laos dengan Kampuchea dan Vietnam tidak digabungkan. Penstrukturan semula kewangan Doumer pada tahun 1898, Perancis telah menentukan pembayaran cukai langsung kepada pekerja tempatan dan cukai tidak langsung kepada Pertubuhan.41 Penubuhan Kesatuan berada di bawah pemerintahan seorang Gabenor Jeneral Perancis yang bertempat di

41

Nicholas Tarling. 2004. Imperialism in Southeast Asia: A Fleeting, Passing Pha se. RoutledgeCurzon. Hlm. 220-223.

London:

16

Hanoi. Kesatuan ini pada dasarnya tidak membangun mengikut aliran yang sama di mana pembangunan pentadbiran Perancis tidak sama.42

Dasar yang diperkenalkan Vietnam Perancis telah berjaya mengubah corak ekonomi Vietnam daripada siatem ekonomi terpencil kepada perdagangan antarabangsa. Perancis telah membahagikan kawasan Vietnam kepada dua bahagian iaitu Annam dan Tonkin di mana pentadbirannya berbeza. Dibahagian utara iaitu Tonkin dijadikan sebagai tempat untuk mengahsilkan produk manakala bahagian selatan iaitu Annam dijadikan tempat pengeluaran. Namun begitu matlamatnya adalah sama iaitu mengeksploitasi ekonomi Vietnam sekaligus dapat memberi jaminan kepada kedudukan pengusaha, ahli perniagaan dan ahli kewangan Perancis dengan menyatakan peluang dan keuntungan mereka dianggap sebagai hak mereka apabila Perancis mengawal ekonomi Vietnam. Penentangan oleh Can Voung yang dipelopori oleh mandarin selepas tahun 1884 memberi peluang kepada Perancis untuk menghapuskan sistem mandarin secara berperingkatperingkat. 43 Pada tahun 1887, Persekutuan Indochina telah ditubuhkan bagi menyelaras segala kegiatan Gabenor Residen tempatan. Vietnam juga telah mengalami kemasukan orang-orang Cina yang dianggap penting kepada pertumbuhan ekonomi kapitalis terutamanya dibahagian selatan Vietnam. Kemasukan imigran Cina ini membolehkan mereka menguasai perniagaan padi, ikan, kulit haiwan dan hasil hutan. Di Saigon kedudukan mereka sangat kukuh di mana indsutri perusahaan tangan, penanaman sayuran serta peminjaman modal kecil telah dimonopoli oleh orang Cina. Kerajaan Perancis sendiri mengakui kepentingan kemasukan orang Cina dalam menyumbang kepada sektor perlombongan dan perdagangan. Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Perancis seperti memberi pinjaman kepada petani sebenarnya tidak menggalakkan petani Vietnam mempertingkatkan produktiviti pertanian sebaliknya mereka membebankan petani dengan hutang yang tidak putus-putus.
42

D. J. M. Tate. 1980. Sejarah Pembentukan Asia Tenggara. Jilid Kedua: Perubahan Ekonomi dan Hlm. 361. 43 Ibid. Hlm 78.

Sosial.

17

Hal ini demikian kerana, petani terpaksa menanggung pelbagai perbelanjaan seperti beban cukai, sewa binatang ternakan untuk tujuan membajak dan pinjaman untuk bertani. Hal ini jelas menunjukkan dasar Perancis dalam mentadbir urusan penghasilan dan kebajikan petani membebankan golongan petani itu sendiri sekaligus menyebabkan meraka malas untuk mengerjakan sektor pertanian bukannya mereka bersikap dingin dan mundur tidak menerima pembaharuan teknologi yang diperkenalkan oleh Perancis dalam sektor pertanian. Tambahan lagi, petani menghadapi masalah kekurangan tanah awam ekoran tanah tersebut dibolot oleh pemimpin-pemimpin desa sehingga bilangan petani yang menyewa tanah semakin meningkat. Perancis juga cuba menggalakkan perusahaan di rumah seperti pertukangan, menganyam tikat, menenun dan pembuatan kain sutera. Bengkel-bengkel pertukangan telah didirikan dan peralatan disewakan kepada pengusaha meskipun usaha menggalakn perusahaan pertukangan tangan tidak berjaya bagi membasmi kemiskinan di luar negara.44 Kampuchea Kampuchea pula merupakan negara yang sangat gah pada zaman klasik di mana menjadi sebuah kerajaan yang gemilang seperti Angkor. Kerajaan-kerajaan Kampuchea pada zaman klasik juga menjadikan sumber pertanian iaitu padi sebagai sumber ekonomi utama mereka dalam membangunkan kerajaan. Kesuburan tanaman padi di Kampuchea adalah disebabkan oleh sistem pengairan yang berhampiran dengan sungai Mekong. Namun kesan pemerintahan Perancis terhadap perkembangan ekonomi Kampuchea memberi kesan yang berbeza sekali dibandingkan dengan Vietnam. Setelah mengetahui Sungai Mekong tidak akan menjadi sebuah laluan perdagangan yang baru ke China, secara nyata pemerintah Perancis menganggap Kampuchea sebagai sebuah negeri yang tidak mempunyai peluang ekonomi yang besar. Hal ini jelas berbeza dengan Vietnam di mana Perancis menganggap Vietnam sumber ekonomi utama mereka. Rakyat Kampuchea masih lagi kekal sebagai pekebun-pekebun kecil dan kaum tani serta sebarang pembangunan yang berlaku di bawah pemerintahan Perancis adalah disebabkan lanjutan dari perkembangan perubahan ekonomi baru Perancis yang tertumpu di Saigon. Oleh hal yang demikian,

Kampuchea cuma memberikan sumbangan yang sederhana sahaja kepada pasaran dunia

44

Ibid. Hlm. 414.

18

sebagai pengeluar beras, getah, jagung dan lada hitam di mana barangan ini hampir semua dikuasai oleh orang asing.45 Perancis mengabaikan pembangunan ekonomi Kampuchea di mana masyarakat Kampuchea semakin mundur. Hal ini demikian kerana, petani Kampuchea telah

meninggalkan amalan pertanian pindah untuk penanaman padi yang tidak cekap. Menurut C. A. Fisher, orang Kemboja (Kampuchea) yang kebanyakan hidupnya sangat sederhana dan kurang insiatif adalah jauh ketinggalan dari kemajuan kehidupan nenek moyang mereka. 46 Namun pemerintah Perancis, Paul Doumer telah merancang pembinaan infrastruktur sebagai langkah pembangunan dengan membina laluan kereta api pada tahun 1898 untuk memudahkan hasil-hasil pertanian diangkut ke pelabuhan untuk dieksport.47 Manakala sistem perhubungan kereta api telah menghubungkan Phnom Penh dengan Saigon bagi melicinkan urusan pentadbiran kewangan. Manakala, Battambang yang merupakan kawasan pertanian terpenting di Kampuchea dihubungkan dengan Kampot kawasan pelabuhan di Kampuchea. Sistem perhubungan yang dibina Perancis jelas menunjukkan memberi kemudahan kepada pihak kolonial memasarkan hasil ekonomi Kampuchea.48 Walaupun Perancis tidak terlalu giat menjalankan aktiviti ekonomi di Kampuchea namun pentadbiran pusat yang dikuasai oleh Ketua Residen turut membuat pembaharuan dalam pentadbiran kewangan di sini walaupun mendapat tentangan hebat daripada raja dan kalangan istana. Perhambaan kerana hutang piutang secara rasminya telah dihapuskan

berbeza dengan pentadbiran di Vietnam di mana pentadbiran Perancis di sana meningkatkan jumlah pehutang walaupun sistem kerah dihapuskan. Eksploitasi bahan-bahan asli diawasi dan dijalankan mengikut peraturan. Sebelumnya, aktiviti perikanan di Tasik Besar disewakan oleh raja kepada mereka yang kaya, terutama orang Cina yang kemudiannya menyewakannya kepada orang lain. Kemunculan orang tengah ini menimbulkan pelbagai masalah spekulasi dan penindasan. Pertanian masih lagi menjadi sumber ekomomi utama Kampuchea. Pusat-pusat

penyelidikan ditubuhkan di Takeo pada Jun 1914, Val d Emeraude berhampiran dengan Bokor bagi tujuan pembiakan ternakan dalam bulan Julai 1918, di Battambang untuk
45

D. J. M. Tate. 1980. Sejarah Pembentukan Asia Tenggara, Jilid Kedua: Perubahan Ekonomi dan Sosial. Hlm. 433. 46 Gilbert Khoo. 1978. Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia . Hlm. 445. 47 Philippe Devillers. 1988. Sejarah Indo-China Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 3233. 48 Abu Talib. 1989. Sejarah Tanah Besar asia Tenggara. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.Hlm 108.

19

penanaman padi dalam tahun 1919.

Penanaman padi sangat maju terutama di wilayah

Battambang kerana terdapat konsesi besar yang diberikan kepada orang Eropah. Dalam tahun 1927, kawasan tanaman padi di Kemboja meliputi seluas 900 000 hektar jika dibandingkan dengan 300 000 hektar pada tahun 1904. Kesuburan tanah dibahagian timur Kemboja sesuai untuk tanaman getah seperti terdapat di Kochinchina. Kemboja di bawah naungan Perancis juga juga kaya dengan hasil ternakan lembu sehingga mampu mengeksport daging dan kulit. Orang Eropah pula menunjukkan minat terhadap Kampuchea dalam tahun 1926 dan permintaan untuk konsesi semakin bertambah. Namun begitu, kadar pertumbuhan dan kemajuan di Kampuchea dapat dilihat pada tahun 1934. Perkara jelas berbeza dengan Vietnam yang mana memperolehi peningkatan dalam ekonomi yang lebih awal. Getah mula menjadi barang eksport utama Kemboja yang menyumbang sebanyak 12 000 tan dan padi pula menyumbang eksport lebih banyak iaitu 00 00 tan padi disusuli jagung dan lada hitam yang dimiliki oleh kabanyakan ladang orang Eropah dan Cina. Berbeza dengan negeri Indochina lain Kemboja memiliki penanaman lada hitam sebelum kedatangan Perancis lagi namun perusahaan lada hitam ini tidak begitu maju. Setelah penguasaan Perancis ke atas Kemboja, perusahaan lada hitan semakin maju sehingga menjadi pengeluar lada hitam terbesar dunia pada akhir abad ke-19. Peningkatan perusahaan lada hitam ini adalah kerana dasar Perancis yang telah memberi perangsang kepada perusahaan ini dengan menurunkan kadar tarif import Perancis dalam tahun 1891-1892 seterusnya membuka pasaran baru bagi lada hitam selain China.49 Masalah perhubungan pula telah menjejaskan aktiviti perlombongan seperti bijih timah, kuartza dan fosfat. Selain itu, Perancis juga memperkenalkan tanaman getah dan menjadi sumber ekonomi utama selepas beras. Namungebitu, orang-orang Khmer tidak menjalankan

perusahaan ini. Keadaan ini mungkin disengajakan oelh Perancis atau sebaliknya di mana ladang-ladang getah diletakkan di kawasan pendalaman terpencil dan kurang penduduk. Tambahan pula pentadbir Perancis lebih suka mengambil buruh dari Vietnam.50 Laos Di Laos pula, asas ekonomi bagi kerajaan klasik Laos juga pertanian sama seperti kerajaan awal Indochina yang lain. Faktor utama bagi kegiatan pertanian dilakukan di

49

D. J. M. Tate. 1980. Sejarah Pembentukan Asia Tenggara, Jilid Kedua: Perubahan Ekonomi dan Hlm. 436. 50 Ibid.

Sosial.

20

Indochina adalah kerana sistem pengairan yang baik di mana berdekatan dengan sumber air utama. Namun begitu, Laos tidak dipentingkan dalam rangka ekonomi dan politik Perancis berbanding dengan Vietnam dan Kampuchea. Hal ini dapat dilihat melalui gambaran kajian yang kurang dilakukan oleh para sarjana pentadbir semasa pemerintahan zaman kolonia. Walau bagaimanapun, berbeza dengan Vietnam dan Kampuchea pemerintahan oleh Perancis dikatakan zaman aman sentosa Laos jika dibandingkan dengan zaman klasik atau selepasnya.51 Paul Doumer mempunyai matlamat membuka Laos yang berada pada kedudukan asing kepada dunia luar. 52 Sungai Mekong tetap menjadi sumber utama bagi masyarakat Laos, maka usaha mendalamkan dan penyaluran anak-anak sungai dijalankan untuk pertanian dan sumber protein. Berbeza di Vietnam dan Kampuchea, Laos mempunyai hasil galian yang mula dikesan di Cammon dan menimbulkan banyak birokrasi dan ketidakadilan. Pada tahun 1896, satu sindiket galian Laos (Syndicat minier du Laos) telah diberikan konsesi bijih di Lembah Nan Patene di mana peralatan perlombongan perlu dibawa sendiri seterusnya dieksport. Hal berkaitan dengan pemberian konsesi berbeza di Kampuchea dan Vietnam di mana kebanyakan konsesi diberikan kepada orang Cina. Selain perusahaan untuk perlombongan terdapat juga perusahaan kecil bagi tenunan disebabkan hampir seluruh Laos menjalankan penanaman kapas, sutera dan kekabu. Manakala pada awal abad ke-20, tahun 1914 pendapatan keseluruhan dari Douaner et Rgies adalah daripada jualan candu. Hanya satu langkah yang jelas telah diambil bagi dasar

ekonomi yang positif iaitu mengukuhkan pertalian negara itu dengan negara-negara lain di Indo-China. Langkah ini juga diambil sebagai langkah menyekat pengaliran keluar perkembangan perdagangan dan ekonomi ke negara Siam.53 Pertumbuhan ekonomi begitu hebat di Laos selepas perang dunia Pertama (1914-1948) dalam sektor perlombongan. Sebanyak 4000 permit melombong dikeluarkan dan banyak syarikat melombong muncul. Namun begitu industri ini menimbulkan banyak masalah

ekoran daipada kekurangan tenaga buruh untuk untuk mengerjakan sektor perlombongan. Hal ini demikian kerana kawasan ini mengalami masalah kekurangan penduduk disebabkan oleh dasar Siam yang pernah menghalau penduduk di kawasan ini. Tambahan pula, penduduk
51 52

Abu Talib. 1989. Sejarah Tanah Besar asia Tenggara. Hlm. 111 Kawasan selatan Laos perlulah melalui Sungai Mekong. Kawasan tengah Laos hanya boleh dihubungi dengan laluan sahaja iaitu melalui Khone, jalan dari Vinh ke Mekong berhampiran Outhene. Manakala untuk sampai ke utara Laos pula, perlu melalui Hanoi menaiki sampan menyusuri Sungai Hitam. Ibid. Hlm.3. 53 Ibid. Hlm.465.

21

Laos tidak berminat untuk menjalankan aktiviti perlombongan. Pekerja-pekerja terpaksa di bawa masuk dari Annam dari wilayah miskin dan ramai penduduk seperti Nghe An dan Thanh Hoa yang berhampiran dengan Cammon. Keadaan ini menyebabkan munculnya

kawasan penumpuan orang-orang Vietnam yang bercorak proletariat dan perindustrian di Lembah Nam Patene dan Tahkhek yang juga mewujudkan peniaga Cina dan Vietnam. Pada keseluruhannya, perkembangan ekonomi di Laos adalah lembap walaupun mempunyai bahan makanan yang mencukupi untuk keperluan negara. Manakala aktiviti mengeksport barangan tidak dijalankan jika dibandingkan dengan Vietnam di mana hasil pertanian di eksport. Dalam sektor perhutanan pula, pihak Perancis tidak begitu bersungguh-sungguh untuk mengeksploitasi sumber alam yang banyak di Laos untuk kegunaan bahan binaan. Sistem cukai Vietnam Perancis yang memberi kuasa kepada pemimpin desa dan golongan mandarin dalam mengawal masyarakat desa di Vietnam hanya menimbulkan masalah rasuah dan penyalahgunaan kuasa sahaja sehingga menindas golongan petani dan memberi kekayaan kepada mereka. Cukai-cukai yang dikenakan oleh kerajaan Perancis seperti arak, candu, cukai kepala dan sistem kerah terus membebankan lagi kehidupan petani di Vietnam. Tambahan lagi, beban-beban ini turut dirasai oleh ketua-ketua desa yang terpaksa menggadai atau menjual harta-harta mereka semata-mata untuk memenuhi kuota jualan arak kepada rakyat biasa. Menurut Abu Talib Ahmad, 1989 sebelum campur tangan Perancis, Vietnam yang menerima pengaruh dari Cina di mana sistem pentadbiran Cina diadaptasikan ke dalam sistem pentadbiran Vietnam. Hal ini secara tidak langsung telah mempengaruhi sistem pentadbiran ekonomi Vietnam. Peranan pembesar begitu penting dalam sistem ekonomi Vietnam.
54

Ekonomi Vietnam yang berasaskan pertanian di mana sektor-sektor pertanian ini banyak terdapat di kawasan desa. Pembesar desa yang diwakili oleh Iy Xuan yang

bertangungjawab memungut hasil cukai di peringkat desa. Selain itu Iy Xuan juga berperanan

54

Iy Xuan merupakan pembesar tertinggi diperingkat desa akan tetapi pembesar ini seringkali mengutamakan kepentingan peribadi. Abu Talib Ahmad. 1989. Sejarah Tanah Besar asia Tenggara. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Hlm. 39.

22

dalam membahagikan tanah dan air kepada petani di mana sumber ini merupakan sumber ekonomi utama Vietnam sebelum campur tangan Perancis.55 Setelah kedatangan Perancis, semasa pemberontakan berlaku di kawasan desa, pembesar Iy Xuan ini sering kali menjadi sasaran utama petani di mana pembesar ini akan dibunuh disebabkan oleh golongan petani yang sering kali ditindas dan mereka bertindak membalas dendam. Hal ini jelas menunjukkan pembesar Iy Xuan menjadi simbol utama pemerasan pusat ke atas rakyat sama ada pentadbiran sebelum atau semasa kedatangan Perancis yang menjadikan pembesar ini sasaran utama rakyat melepaskan kemarahan mereka kepada kerajaan.56 Sejak tahun 1884 pentadbiran Perancis mengenakan kawalan aktiviti ke atas pemajakan. Sistem bayaran pendahuluan bagi kegunaan bersama diperkenalkan dan

perkhidmatan perhutanan diperkenalkan pada tahun 1890. Sebelumnya sesiapa sahaja boleh mengambil hasil hutan, membakar dan memusnahkan hutan tanpa dikenakan sebarang tindakan dengan syarat membayar wang pendahuluan. Terdapat banyak konsesi untuk pertanian, perhutanan dan perlombongan namun ianya tidak disusuli dengan pelaburan di mana tidak membawa keuntungan kepada Perancis.57 Kampuchea Manakala di Laos dan Kampuchea pula, sistem cukai mula diperkenalkan pada abad ke-20. Di Kampuchea masalah cukai merupakan masalah utama kepada rakyat sehingga menimbulkan kebencian rakyat terhadap Perancis. Berbeza dengan Vietnam cukai dikenakan pada tahun 1920-an petani Khmer telah membayar cukai bagi membiayai pembinaan sebuah hotel mewah di Teluk Siam bagi kegunaan pegawai Perancis yang bercuti. Pada tahun 1925 cukai ke atas hasil padi pula diperkenalkan dan bantahan daripada petani langsung tidak dihiraukan oleh Perancis.58 Laos Di Laos pula, misalnya cukai meningkat tinggi apabila Perancis memerlukan sumber kewangan bagi menampung perbelanjaan pembangunan di Laos. Beberapa dekad Perancis di Laos selepas tahun 1894 dalam membuat pembaharuan dari segi pembangunan perhubungan,
55 56

Ibid. Ibid. 57 Philippe Devillers, Hlm. 34 58 Abdul Talib Ahmad. 1989. Sejarah Tanah Besar asia Tenggara. Hlm 110.

23

matlamat pentadbir Perancis adalah menginginkan Laos membayar semula kos tanggung Perancis dalam membuat pembaharuan tersebut. Cukai meningkat begitu tinggi pada awal abad ke-20, tahun 1901. Tiada sebarang usaha yang dibuat Perancis untuk menjadikan Laos sebagai sebuah negeri yang teguh ekonominya. Pentadbiran Perancis berpuas hati

membenarkan kurangan hasil dibiayai oleh hasil dari negara-negara lain dalam Kesatuan.

Teknologi baru dalam sumber ekonomi Vietnam Perancis juga telah memperkenalkan teknik baru dalam kegiatan pertanian bagi mempercepatkan hasil pengeluaran sekaligus dapat menampung permintaan yang tinggi terhadap hasil tanaman padi Vietnam. Perancis telah menubuhkan agensi-agensi awam dan swasta bagi mengkaji teknik-teknik penanaman yang lebih saintifik. Teknik-teknik yang diperkenalkan jauh lebih baik berbanding semasa pemerinthan raja-raja Nguyen. Di

Konchichina tanah bendang telah bertambah dari 1300 hektar pada tahun kepada 2 juta hektar pada tahun 1930. Di Tonkin pula, empangan telah diperkukuhkan dan kawasan-kawasan yang tidak produktif seperti Than Hoa dan Thua Thien kini bertukar menjadi pengeluar beras terpenting di Vietnam. Perancis juga telah memperkenalkan penanaman padi dua kali

setahun. Selain itu, penanaman secara tradisonal juga berkesan seperti penanaman padi terapung. Bagaimanapun, Perancis juga telah memperkenalkan peralatan moden dan penggunaan jentera yang lebih cepat mengeluarkan hasil. Namun begitu, disebalik peningkatan

pengeluaran sektor pertanian golongan petani masih lagi ditindas. Hal ini demikian kerana, dasar kolonial ini banyak memberi manfaat kepada tuan tanah di mana petani hanya mendapat upah yang sedikit daripada tuan tanah. Walaupun wujud pelbagai agensi seperti Institut Penyelidikan Agronomi dan Bank Indochina yang ditubuhkan awal abad 20. Penubuhan ini juga masih lagi menindas golongan petani apabila pinjaman kredit yang diberikan mempunyai bunga yang terlalu tinggi dengan kadar 8 peratus. 59 Selain itu, Perancis juga telah

memperkembangkan sektor perlombongan iaitu arang batu di mana sektor ini hanya menguntungkan pihak Perancis sahaja.
59

Ibid. Hlm. 88.

24

Selain itu, pihak Perancis secara rasminya telah mengambil alih kerja-kerja penyulingan arak pada awal tahun 1902. Syarikat Perancis Societe francaise des Distilleris de IIndichine membolot pasaran ark dari beras ini dengan menggunakan teknologi penyulingan yang moden. Hal ini menyebabkan ramai penyuling tempatan menjalankan perusahaan

mereka secara haram menyebabkan pihak berkuasa telah merampas serta memusnahkan perusahaan mereka.60 Akibat daripada kepincangan-kepincangan yang dialami oleh golongan petani dan buruh yang menjadi mangsa eksploitasi yang keterlaluan, timbul kegelisahan yang membimbangkan dalam kalangan pemerintah kolonial terutamanya ketua desa yang banyak menindas petani. Kegelisahan ini mula timbul apabila para buruh dan petani mula

memberontak dan merusuh. Kampuchea Berbeza di Kampuchea orang-orang Perancis yang melombong bijih timah menggunakan kaedah lombong dedah kerana longgokan timah adalah dalam bentuk lanar dan tidak jauh dari permukaan tanah. Alat-alat perlombongan yang mahal diimport dan dipasang untuk mengasingkan bijih timah ini. Walaubagaimanapun, kurangnya bahan api di

Kampuchea usaha untuk melebur bijih timah tidak dapat dilakukan dan terpaksa di hantar ke Singapura untuk dilebur. 61 Disamping itu, teknologi jentera digunakan dalam penanaman padi. Laos Berbeza di Laos, pihak Perancis telah memperkenalkan teknologi dalam sektor perlombongan memandangkan Laos kaya dengan hasil sumber galian bijih timah. Cara melombong moden telah dimulakan oleh syarikat Societe dEtudes et dExploitation Miniers de IIndochina dalam tahun 1923. Kegiatan mencari gali ini bertambah rancak pada tahun 1926 dan 1929 yang menyebabkan penubuhan beberapa buah syarikat Perancis yang lain. Perlombongan bijih timah ini memberi keuntungan besar kepada Perancis melalui syarat-syarat Perjanjian Timah Antarabangsa. Perjanjian ini memberi kuota yang minimum iaitu melebihi

pengeluaran maksimum mereka dan jumlah ini dilipatgandakan apabila perjanjian ini diperbaharui pada tahun 1937. 62 Berbeza dengan Vietnam, Laos masih lagi menjalankan kegiatan penanaman padi secara tradisional iaitu penanaman padi huma secara berpindah-

60 61

D. J. M. Tate. 1980. Sejarah Perkembangan Asia Tenggara. Hlm. 373. Ibid. 62 Ibid. Hlm. 469.

25

randah.63 Pihak Perancis tidak memperbaiki teknik atau cara penanaman seperti dilakukan di Vietnam.

5.0

SISTEM PENTADBIRAN SOSIAL


Disediakan Oleh Sumarni Binti Madening (D20111048297)

Menurut kamus dewan pelajar edisi yang kedua, sosial adalah segala yang berkaitan dengan masyarakat; kemasyarakatan ataupun perkara yang di sukai untuk mengambil berat tentang hal-hal yang bercampur dengan masyarakat. 64 Pendudukan Perancis ke atas negara-negara Indo-China telah memberikan sedikit sebanyak kesan di dalam sistem pentadbiran yang mana termasuklah kesan ke dalam bentuk sistem sosial. Perubahan yang di lakukan oleh Perancis terhadap kerajaan Indo-China telah bermula sejak awal kedatangannya ke negara tersebut pada abad yang ke 19 yang terdiri daripada kerajaan Vietnam, Kemboja dan Laos . Jika dilihat di dalam sudut sosial, perubahan yang di bawah terhadap ketiga-tiga kerajaan ini dapat di lihat daripada aspek pendidikan, keagamaan, dan infrastukur serta masyarakat. Pendidikan Menurut kamus dewan bahasa melayu pendidikan dapat diberi maksud dengan perihal

mendidik. Ketika kedatangan Perancis ke negara Indo- China, pendidikan menjadi salah satu aspek perubahan yang di bawah di dalam ketiga tiga negara tersebut. Dalam pemerintahan kerajaan Vietnam, sebelum kedatangan Perancis ke Vietnam, pendidikan di kalangan masyarakat setempat telah wujud. Pendidikan yang di amalkan adalah pendidikan yang berteraskan kebebasan untuk berkarya. Pendidikan yang di amalkan juga adalah pendidikan yang berasaskan kepada pendidikan tidak formal. Kewujudan pelbagai jenis bahasa di dalam kerajaan Vietnam menyebabkan berlakunya perbezaanya bahasa di dalam kalangan
63

Ibid. Hlm.472.

26

masyarakatnya di tambah dengan kekurangan tenaga pengajar dan kewangan menyebabkan kurangnya pendidikan di kalangan masyarakat Vietnam itu sendiri. Kedatangan Perancis ke Vietnam telah mengubah sedikit sistem pendidikan di negara tersebut. Perancis telah memperkenalkan sistem pendidikan barat yang mana sistem ini telah diperkenalkan oleh pemerintah kolonial Perancis. Penggunaan bahasa Perancis di dalam sistem pendidikan Vietnam telah mengurangkan sedikit sebanyak perbezaan bahasa pada masa itu. Teras pendidikan yang berlandaskan kepada penggunaan bahasa Perancis ini dapat dilihat apabila pusat pembelajaran Perancis telah didirikan di daerah-daerah kerajaan Vietnam. Pada tahun 1869 terdapat 126 sekolah dasar Vietnam telah didirikan dengan jumlah pelajar seramai 4,700 orang. Pada tahun 1874, terdapat juga pendidikan persendirian didirikan di bawah pentadbiran pemerintah.65. Sistem pendidikan yang di lakukan dapat di

lihat memberikan keuntungan kepada pihak perancis kerana melalui hal ini, sistem pentadbiran yang dijalankan akan dapat dilakukan dengan mudah. Namun demikian, keadaan ini juga telah melahirkan golongan cendekiawan yang mana terdiri daripada golongan

perempuan di Vietnam. Keadaaan sistem pendidikan berbeza bagi kerajaan Kemboja. Sistem pendidikan yang di gubal oleh pihak Perancis tidak terlalu ketara jika di lihat daripada sudut sejarahnya dalam aspek pendidikan. Dalam bidang pendidikan Kemboja, pendidikan yang di sediakan hanyalah kepada pendidikan yang memberikan kepentingan kepada pihak Perancis sahaja yang mana terdapat sebuah College du Protectorat ditubuhkan pada bulan April 1893 bagi memberikan asas pendidikan kepada pentadbiran tempatan.
66

Kolej ini merupakan sebuah kolej

penterjemahan yang mana telah di tubuhkan oleh Pavie pada tahun 1885. Namun demikian, sebuah sekolah Perancis telah diwujudkan sejak tahun 1973 di Phnom Penh bagi pelajar di kalangan kanak-kanak yang mana golongan ini terdiri daripada elit Khmer. Laos merupakan sebuah kerajaan yang kecil. Sistem pendidikan di Laos masih di dalam pekembangan yang lembap. Hal ini kerana, kesukaran yang di hadapi yang mana sememangnya dapat di lihat daripada sudut struktur negaranya dan bangsa yang mendiami kerajaan ini mendapat tentangan yang hebat. Pada tahun 1937. Terdapat hanya 440 buah sekolah di Laos yang mana penuntutnya adalah seramai 12 351 orang. Daripada jumlah ini hanya terdapat 49 orang Perancis dan selebihnya dengan jumlah seramai 12 302 adalah

65 66

Virgina Thompson. 1937. French Indo-China. Landon : George Allen & Unwin LTD. Hlm 284-285. Ruhanas harun .1998. Sejarah Indo-China Moden: Perkembangan Sosiopolitik hingga abad 20. Hlm. 31.

27

daripada (golongan Ind0-China).

Sistem pendidikan di Laos tidak hanya menempatkan

masyarakat tempatan sahaja malahan melibatkan negara Indo-China yang lain iaitu Kemboja dan Vietnam. Dariapada jumlah 347 sekolah kuil yang mempunyai seramai 6 000 penuntut dan 93 buah sekolah moden yang terdiri penuntut yang seramai 6300 (sebahagian besar terdiri daripada penuntut Vietnam). Terdapat satu sahaja sekolah menengah di negara tersebut iaitu Kolej Pavie di Vientiane yang mempunyai 110 penuntut dalam tahun 1937 (44 penuntut Laos dan 61 Vietnam)67. Ini dapat menunjukkan di dalam sistem pendidikan di Laos, bukan sahaja penuntut dalam kalangan masyarkat tempatan malahan melibatkan masyarakat luar.

Di Laos, golongan minoriti yang terpisah dan kepelbagaian kaum menyebakan sukar bagi membina sekolah untuk mereka. Latihan-latihan untuk juru teknik adalah sangat

berkurangan yang mana sekolah latihan perusahan hanyalah mengeluarkan pemandupemandu dan pengawal sahaja. Ini dapat di lihat bahawa sistem pendidikan di Laos ketika kedatangan Perancis masih lagi tidak maju meskipun setelah kedatangannya ke Laos. Keseluruhannya dapat di lihat bahawa, dalam aspek pendidikan, pihak Perancis hanya membangunkan sistem pendidikan di negara Indo-China adalah atas kepentingan yang tertentu yang mana memastikan bahawa pentadbiran yang di lakukan ke atas kerajaan taklukannya berjalan dengan lancar. Hanya 8.5% sahaja yang di peruntukkan dalam

perbelanjaan negara Indo- China dalam aspek pendidikan.

Keagamaan (Penyebaran Agama Kristian) Asia tenggara pada awalnya merupakan kawasan yang mengamalkan kepercayaan pengaruh agama Hindu-Budhha. Kedatangan Perancis ke dalam kerajaan Indo- china salah satunya adalah untuk menyebarkan pengaruh agama kristian. Sebelum kedatangan Perancis ke

Vietnam penduduk negara Vietnam majoritinya adalah beragama Buddha yang mana terdiri beberapa aliran yang berbeza seperti Mahayana, agama Taoisme, Konfusianisme. Hal ini di sebabkan oleh penduduknya yang sebahagian besarnya menerima pengaruh daripada kerajaan China. Buddhisme datangnya daripada Tibet manakala bagi kepercayaan Taoisme adalah kurang dikalangan masyarakat tempatan. Hal ini mungkin di sebabkan oleh kepercayaan ini datang daripda prinsip kerajaan China sahaja. Kepercayaan Konfusinisme tidak di gemari
67

Ibid. Hlm. 148.

28

oleh masyarakat tempatan di sebabkan terlalu banyak prinsip yang harus di pegang. Pada awal Konfusianisme tidak disukai oleh masyarakat kerana terlalu banyak doktrin yang di kemukan oleh pengamalnya namun perubahan telah berlaku sedikit semi sedkit mengikut arus perubahan masa.68

Kedatangan Perancis membawa pengaruh agama kristian. Di Vietnam, masyarakat telah didedahkan dengan agama Katolik Roma yang mana agama ini di bawa oleh misionaris Perancis yang mana mengamalkan hukum Katolik Roma. Gerakan misionaris tersebut telah dipelopori oleh seorang Rmo Jesuit dari Perancis yang bernama Father Alexander de Rhodes. 69 Kedatangan agama ini tidak mendapat perhatian rakyat secara kesluruhannya, malahan menimbulkan sifat Nasionalisme di kalangan massyarakat Vietnam. Di kemboja, peranan mubaligh di dalam menyebarkan agama dapat dilihat apabila ramai penduduk kemboja telah menganuti agama kristian. Penguasaan Perancis terhadap Sungai Mekong telah memudahkan lagi aktiviti penyebaran agama kristian . Hal ini di sebabkan Sungai Mekong merupakan jalan perhubungan yang mana secara tidak langsung memudahkan penyebaran agama kristian di samping kawasan ini merupakan tumpuan penduduk setempat. Kesannya telah mengancam tradisi orang Kemboja yang mana telah meninggalkan tradisi yang lam dengan menganuti agama kristian. Contohnya bangsa Mon yang mana telah mendiami kawasan rendah Sungai Mekong. Masyarakat ini merupakan masayarakat yang mengamalkan kepercayaan terhadap ular dan juga kumpulan penduduk yang mengamalkan kepercayaan animism.70. Kedatangan agama kriatian memberikan kesan terhadap kepercayaan penduduk setempat sebelum ini. Berlainan dengan kerajaan Laos, penyebarab agama kristian ini dapat di lihat di mana Perancis telah melancarkan misinya melalui penyebaran merentasi gunung dan ganang dan
68

Virgina Thompson.1937. French Indo-China. Landon: George Allen & Unwin LTD. Hlm. 54-55. Frank N.Tegar. 1966. Why Vietnam. New York: Fredrick A. Preager Publisher. Hlm 24-25. David Handler. 1998 . A History of Combodia. Thailand: Silkworm Books. Hlm 5.

69 70

29

hutan yang mana dari hutan Vietnam dan bermula dari tebing timur Sungai Mekong. Pada tahun 1998, Holy See telah membina kawasan baru di Laos yang mana kawasan ini melinkungi seluruh kawasan di Lembah Mekong. Kedudukan ini adalah berdekatan dengan Kemboja Utara. Pada abad yang ke 20, Katholik Protestan telah menjadi Mazhab yang utama di bahagian utara Laos yang mana termasuk di kawasan Yunnan dan barat (kawasan Shan Burma) Infrastruktur Kedatangan kuasa-kuasa barat ke Asia Tenggara adalah untuk memenuhi kepentingan diri sendiri. Kemudahan-kemudahan seperti pembinaan infrastuktur di kawasan tanah jajahanya akan memudahkan lagi sistem pentadbirannya untuk mendapatkan hasil-hasil di kawasan tanah jajahannya yang di taklukinya. Di Kemboja, Perancis telah membuat satu kajian yang untuk memperbaiki jalan-jalan dan perjalanan ke Sungai Mekong. Hal ini kerana, kajian

menunjukkan bahawa perladangan dapat di jalankan di kemboja dan wujudnya bahan galian yang kaya.71 Meskipun kajian ini di jalankan, tetapi kajian yang dijalankan gagal menarik ramai orang Eropah untuk datang ke Kemboja. Satu dasar telah di perkenalkan oleh Paul Doumer yang mana merasakan bahawa ketegangan di Phnom Penh. KatannyaKita tidak

boleh mewujudkan satu organisasi yang membolehkan kita dapat menjalankan dasar yang berkesan tanpa membuat satu perjanjian yang baru dengan Raja. 72 Kesan dasar ini, satu pembinaan infrastuktur telah di lakukan kearah pembangunan Kemboja. Terdapat

perkhidmatan kerja raya telah di wujudkan yang mana aktiviti ini tertumpu di dalam memajukan pelayaran di Sungai Mekong, ,membaiki pelabuhan Phnom Penh, membina bangunan awam, dan jalan kereta api. Kesan dasar ini telah menunujukkan hasil yang cepat yang mana menyebabkan sebuah perkampungan dasar pada sekitar tahun 1897 telah bertukar menjadi sebuah bandar yang memiliki pelabuhan, bangunan awam moden, kawasan perniagaan dan jalan raya . Penggunaan lampu elektrik juga telah di perkenalkan buat pertama kalinya dalam tahun 1902.73 Seperti Kemboja, pembinaan kemudahan infraastuktur turut dijalankan di Laos. Pada pemulaan pembukaan Laos ini, tujuan utamannya kerana kedudukan Laos yang terasing kedudukannya. Pembinaan infrasruktur di Loas di lakukan setelah di kenalpasti terdapat hasil galian yang di kenalpasti di Cammon dan menimbulkan spekulasi. Kesan daripada spekulasi
71 72

Ruhanas harun. 1998. Sejarah Indo-China Moden: Permebangan Sosiopolitik hingga abad 20. Hlm. 31. Ibid. hlm. 32. 73 Ibid . Hlm. 34.

30

ini Poul doumer telah menjalankan kajian untuk membina jalan kereta api QuangtriSavannaket dan seterusnya melalui Prabang dan Vientiane. Namun demikian, projek ini gagal di laksanakan kerana peruntukan kewangan yang banyak. Pihak Perancis telah menumpukan hanya untuk membina jalan raya serta jalan jalan yang kecil. Tambahan pula, pihak Perancis turut mewujudkan sebuah syarikat pengangkutan air yang bernama Compagnie Saigonaise de navigation yang memberikan perkhimatan sepanjang 1600 km. Dua batang jalan raya turut di bina yang mana bermula pada selatan Saigon ke Thakhek. Jalan ini di sifatkan jalan yang dapat di lalui ketika musim kemarau. Jalan yanh kedua merupakan jalan yang perhubungan Laos dengan dunia luar yang paling cepat dan maksimum. Jalan ini adalah jalan Dougha- Savanna-khet dengan kepanjanganjalan sejauh 330 km. Bagi kawasan utara pula, jalan raya di mulakan dengan pembinaan jalan raya di Vinh ke Vinh Xieng Khoung dan di panjangkan ke Luang Prabang yang malalui satu jalan. Jalan ini telah diberikan nama sebagai Jalan raya ratu Astrid. Hal ini kerana, jalan ini pernah di lalui oleh ratu Belgium. Kesemua usaha pembinaan infrastruktur ini hanyalah di sebabkan kekayaan hasil galian yang telah di kenalpasti di Laos. Berlainan dengan kerajaan di Vietnam, perkembangan mengenai pembinaan infrastuktur tidak banyak di lakukan seperti yang di laksanakan di Laos dan Kemboja. Hal ini kerana dalam kerajaan Vietnam, aspek pemberontakan dan penentangan rakyat Vietnam terhadap Perancis lebih banyak di dedahkan berbanding pembangunan yang di jalankan. Masyarakat Masyarakat merupakan golongan yang penting di dalam sistem sosial. Dalam aspek ini, Kemboja telah menerima satu perlembagaan yang baru yang mana dibuat melalui Ordian di raja 11 Julai 1897 sebagai pampasan pengembalian hak hak istimewa raja dan bidang kehakiam. Ini menunjukkan bahawa raja dikembalikan haknya namun perlembagaan ini dilhamkan atas dasar Raja Boneka. Melalui perlembagaan ini juga, sistem perhambaan kerana hutang pemiutang telah di hapuskan melalui Ordianan II Julai 1895. Ordinan ini telah berkuatkuasa di seluruh kawasan di Kemboja namun keadaan ini terpulang kepada raja untuk menentukan masa di dalam membebaskan hamba-hambanya. Ini menunjukkan rakyat mampu untuk hidup tanpa bergantung kepada sesiapa termasuklah raja. Selain daripada itu, pada tahun 1899 kerajaan turut mengharamkan perjudian.

31

Berlainan bagi kerajaan Laos. Aspek sosial masyarakat dapat di lihat dalam sudut megurangkan masalah pengurangan penduduk di dalam kalangan masyarakatnya. Pada awal penguasaan Perancis di Laos terdapat masalah di dalam pentadbiran kerajaan Laos. Keadaan ini berlaku pada tahun 1893 di mana terdapat kadar kematian yang tinggi di kawasan tengah Laos. Mereka di halau keluar oleh siam dan menjadi mangsa kebakaran. Mereka ini hidup berkelompok di sana sini dalam teratak sementara, sentiasa bersiapa sedia untuk lari mencari perlindungan sebaik sahaja mendapat amaran. Melalui kenyataan ini dapat di lihat, penyebab kepada pengurangan rakyat Laos adalah di sebabkan oleh ancaman daripada luar. Apabila kedatangan Perancis ke Laos, keadaan menjadi aman. Kesan kedatangan Perancis adalah mengurangkan masalah kekurangan penduduk di Laos. Pemberiaan perubatan membantu di dalam mengurangkan wabak penyakit. Pada tahun 1936, bancian penduduk Laos

menunjukkan peningkatann jumlah penduduk dengan mencapai angka sehingga 1 012 000 berbanding 944 000 pada 1931. Kemudahan hospital dan nasihat pakar juga di berikan kepada masyarakat Loas. Penaklukan dan kejatuhan empayar Vietnam mengambil masa tiga puluh lima tahun dan melalui beberapa tahap. Permulaan penaklukan ini telah berlaku pada tahun 1858 di mana penyerangan terhadap sebuah pelabuhan yang penting bagi ibu negeri Vietnam iaitu Da Naang (Tourane). Penaklukan yang di lakukan oleh Perancis ke atas Vietnam menyebabkan lebih banyak penentangan di lakukan oleh masyarakat Vietnam ke atas Perancis. Pada tahun 1884 satu perjanjian telah di lakukan pada bulan jun 1884 yang menyebabkan Vietnam menjadi negera naungan Perancis dan telah menyebabkan pentadbiran terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama berpendapat bahawa mereka perlu bekerjasama dengan

Perancis untuk menjaga kepentingan mereka dalam keadaaan yang seperti ini sementara golongan kedua pula berpendapat mereka mesti menunggu masa yang sesuai untuk mengangkat senjata bagi menghalau Perancis keluar dari Vietnam. 74 Ini menunujukkan

terdapat sesetengah masyarakat Vietnam yang ingin keluar daripada penjajahan luar. Bagi golongan penentangan telah diketuai oleh Pemangku Raja, Ton That Thuyet. Sifat istana Hue yang meneruskan penentangan terhadap pihak Perancis telah menyebakan mereka menghadapi tekanan daripada Perancis, Sebuah serangan telah di Pihak perancis telah

lakukan pada 5 julai 1885 namun serangan ini ternyata gagal.

mengambil tindakan dengan menduduki seluruh Bandar Hue. Raja Ham Nghi dan Ton That

74

Ibid. Hlm. 209.

32

Thuyet telah melarikan. Peristiwa ini telah menimbulkan kemarahan orang Vietnam dan telah meyebabkan pemberontakan berlaku di Vietnam. Pemberontakan ini di kenali dengan Pemberontakan Cendikiawan. Golongan ini telah bangkit menentng dan membunug orang kristian dan golongan yang di katakana bersubahat dengan Perancis. Raja Ham Nghi telah di buang negeri ke Algeria dan Thuyet melarikan diri ke China. menghapuskan pemberontakan pada tahun 1896. Kedatangan dan penentangan terhadap Perancis juga telah menyebabkan penentangan corak baru wujud di Vietnam. Golongan ini menyebarkan semangat banggakan tradisi di kalangan masyarakat Vietnam dan perjuangan untuk menentang penjajah. Kebanyakan Perancis hanya Berjaya

cendekiawan yang menyertai perjuangan gerila dan bersenjata menentang penjajah telah mati di dalam medan pertempuran ataupun telah dibunuh semasa di dalam tahanan, hilah daripada penjara dan mati akibat daripada penyakit. Walaupun terdapat golongan yang kalah di dalam peperangan, namun terdapat segelintir lagi yang terselamat yang mana golongan ini telah melarikan diri ke Siam dan China. Kesimpulan yang dapat di lihat daripada aspek sosial kesan daripada pentadbiran Perancis adalah berbeza dari satu negeri dan negara yang lain yang mana keadaan pentadbiran ini adalah bergantung dengan keadaan dan suasana sesuatu kerajaan itu. Kedatangan Perancis ini sememangnya membawa kepada pemberontakan pada awal pentadbirannya kerana rakyat tidak merasa selesa dengan corak pentadbiran yang di lakukan oleh pihak Perancis. Namun demikian, kedatangan Perancis ke negara-negara Indo china ini juga membawa kepada sedikit sudut yang positif yang mana mengubah beberapa perkara dalam aspek termasuklah di dalam bidang sosial sendiri.

33

6.0

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Perancis telah mengubah banyak sistem-sistem pentadbiran di tiga buah negara di Indo-China iaitu Vietnam, Laos dan Kemboja. Walaupun jika dilihat Perancis masih mengekalkan beberapa ciri-ciri sistem politik, sistem ekonomi dan sistem sosial di IndoChina, namun pastinya terdapat beberapa aspek yang ditambah mahupun di buang untuk kemudahan dan kepentingan pihak Perancis sebagai contohnya di dalam sistem politik di Vietnam, Perancis mengekalkan Majlis Menteri-Menteri iaitu Co-Mat, namun majlis ini dipenuhi oleh pihak Perancis sendiri, selain Perancis juga telah mewujudkan Majlis Kolonial dan Persekutuan Indo-China. Perubahan-perubahan inilah yang menjadikan sistem di ketigatiga buah negara ini kelihatan unik dan mempunyai kelebihan dan kekurangan masingmasing. Sistem-sistem yang digunakan oleh Perancis juga berbeza-beza di setiap negara yang dijajah dan dinaunginya. Hal ini kerana sistem yang diguna pakai oleh Perancis bergantung pada kesesuaian kawasan dan sistem pentadbiran tradisional sedia ada. Jika dilihat di Kemboja, Perancis telah mewujudkan jabatan kerja raya bagi menguruskan infrastruktur seperti jalan raya berada dalam keadaan baik, ini kerana jalan raya menjadi penghubung untuk ke pelabuhan seperti di Sungai Mekong, perjalanan dari kawasan pedalaman menyukarkan penghantaran barang-barang ke pelabuhan. Berbeza infrastruktur di Vietnam adalah lebih sedikit walaupun pemerintah kedua-dua buah negara ini adalah Perancis, ini disebabkan pemberontakan yang sering berlaku di Vietnam. Jelaslah bahawa walau apa pun sistem yang diwujudkan oleh pihak Perancis ia pasti adalah untuk kepentingan pihak mereka sendiri,

34

walaupun tidak dapat dinafikan terdapat banyak perubahan dan kemudahan yang dilakukan dinikmati oleh semua rakyat di Indo-China.

BIBLIOGRAFI

Abu Talib Ahmad. 1989. Sejarah Tanah Besar asia Tenggara. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Abu Talib Ahmad. 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. D. J. M. Tate. 1980. Sejarah Pembentukan Asia Tenggara, Jilid Kedua: Perubahan Ekonomi dan Sosial. Kuala Lumpur: Fajar Bakti D.G.E Hall. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. David Handler. 1998. A History of Combodia. Thailand: Silkworm Books Westviews Press publisher . David P.Chandler & David Joel Steinberg. 1987. In Search of Southeast Asia A Modern: History. Amerika Syarikat: University of Hawaii Press. Edward W. Said. 2008. Budaya dan Imperialisme. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Frank N.Tegar. 1966. Why Vietnam. New York: Fredrick A. Preage publisher.

35

Gilbert khoo dan Dorothy Lo. 1978. Asia dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan AsiaTimur. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books. M. Pete, J. Paul dan S. Stan. 2001. Economic History of Vietnam. Diperoleh pada September 24, 2013

daripadahttp://www.ser.tcu.edu/2001Pro/SEP2001%20Mavrokordatos%20et%20al% 2039-48.pdf M.C Ricklefs, Bruce Lockhart, Albert Lau, Portia Reyes, Maitrii Aung-Thwin. 2010. A New History of Southeast Asia. New York: Palgrave Macmillan. Nicholas Tarling. 2004. Imperialism in Southeast Asia: A Fleeting, Passing Phase. London: RoutledgeCurzon. Peter N. Steams. 2006. Gender in World History. London: Routledge Tylor & Francis Group. Philippe Devillers. 1988. Sejarah Indo-China Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. St. Munadjat Danusaputro. 1983. Vietnam Dalam Perkembangan Astra-jaya. Bandung: Binacipta. Virgina Thompson. 1937. French Indo-China. Landon: George Allen & Unwin LTD. Wan Abdul Rahman Latif et al. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Yusoff Iskandar dan Khalil Yusoff. 1997. Diskusi Sejarah. Pulau Pinang. Teks Publishing Sdn. Bhd. Hlm. 258.

36