Anda di halaman 1dari 22

Satu latihan keguruan yang menitikberatkan pengalaman dan kemahiran yang hamper-hampir sama dengan yang diperlukan dalam

situasi sebenar bilik darjah. Situasi-situasi pengajaran telah banyak dipermudahkan dan teknik simulasi digunakan secara besar-besaran. Biasanya rakaman video ada dibuat untuk menjalankan perbincangan dan membuat analisis terhadap sesi pengajaran mikro yang dilaksanakan. PELOPOR Pelopor pengajaran mikra ialah Robert Bush dan D.Wight Allen, seorang pensyarah yang bertugas di Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Pengajaran, Universiti Stanford Amerika Syarikat pada tahun 1961. Selepas iti teknik pengajaran mikro telah digunakan dengan meluasnya di maktab-maktab perguruan seluruh Negara. PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN MIKRO 1. Seorang guru pelatih akan menjadi guru dan beberapa orang lagi , antara 5 ke 10 orang

menjadi murid. 2. 3. 4. 5. 6. Melaksanakan satu simulasi pengajaran seperti satu sesi pengajaran sebenar. Tempoh masa pengajaran berlaku antara 5 ke 15 minit. Mengaplikasikan kemahiran-kemahiran pengajaran mikro Aspek penilaian akan me;libatkan pemerhatian, komen dan maklumbalas. Menjalankan sesi pengajaran, diikuti sesi perbincangan dan akhirnya pengajaran semula.

KEPENTINGAN PENGAJARAN MIKRO v Menjalankan satu sesi latihan amali dalam keadaan yang terkawal dan kurang menekan. v Menumpukan perhatian atas latihan untuk mencapai kemahiran-kemahiran tertentu secara beransur-ansur dan berperingkat-peringkat v Memberi maklumbalas dengan serta merta tentang prestasi guru pelatih. v Memerhati kekuatan dan kelemahan guru untuk menjalankan aktiviti susulan yang sesuai.

v Meningkatkan aras keyakinan diri supaya guru pelatih lebih bersedia menghadapi situasi sebenar bilik darjah KEMAHIRAN-KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO Kemahiran set induksi Kemahiran penggunaan papan tulis Kemahiran variasi rangsangan Kemahiran penyoalan Kemahiran pengukuhan Kemahiran penerangan Kemahiran menggunakan contoh/ilustrasi Kemahiran menggunakan bahan bantu mengajar. Kemahiran penutup. Sesi Pengajaran Mikro

Artikel - Artikel Pendidikan Satu latihan keguruan yang menitikberatkan pengalaman dan kemahiran yang hamperhampir sama dengan yang diperlukan dalam situasi sebenar bilik darjah. Situasi-situasi pengajaran telah banyak dipermudahkan dan teknik simulasi digunakan secara besarbesaran. Biasanya rakaman video ada dibuat untuk menjalankan perbincangan dan membuat analisis terhadap sesi pengajaran mikro yang dilaksanakan.

PELOPOR

Pelopor pengajaran mikra ialah Robert Bush dan D.Wight Allen, seorang pensyarah yang

bertugas di Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Pengajaran, Universiti Stanford Amerika Syarikat pada tahun 1961. Selepas iti teknik pengajaran mikro telah digunakan dengan meluasnya di maktab-maktab perguruan seluruh Negara.

PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN MIKRO

1.

Seorang guru pelatih akan menjadi guru dan beberapa orang lagi , antara 5 ke 10

orang menjadi murid.

2.

Melaksanakan satu simulasi pengajaran seperti satu sesi pengajaran sebenar.

3.

Tempoh masa pengajaran berlaku antara 5 ke 15 minit.

4.

Mengaplikasikan kemahiran-kemahiran pengajaran mikro

5.

Aspek penilaian akan me;libatkan pemerhatian, komen dan maklumbalas.

6.

Menjalankan sesi pengajaran, diikuti sesi perbincangan dan akhirnya pengajaran

semula.

KEPENTINGAN PENGAJARAN MIKRO 1. Menjalankan satu sesi latihan amali dalam keadaan yang terkawal dan kurang

menekan. 2. Menumpukan perhatian atas latihan untuk mencapai kemahiran-kemahiran tertentu

secara beransur-ansur dan berperingkat-peringkat 3. 4. Memberi maklumbalas dengan serta merta tentang prestasi guru pelatih. Memerhati kekuatan dan kelemahan guru untuk menjalankan aktiviti susulan yang

sesuai.

5.

Meningkatkan aras keyakinan diri supaya guru pelatih lebih bersedia menghadapi

situasi sebenar bilik darjah

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO

1.

Kemahiran set induksi

2.

Kemahiran penggunaan papan tulis

3.

Kemahiran variasi rangsangan

4.

Kemahiran penyoalan

5.

Kemahiran pengukuhan

6.

Kemahiran penerangan

7.

Kemahiran menggunakan contoh/ilustrasi

8. 9.

Kemahiran menggunakan bahan bantu mengajar. Kemahiran penutup.

PENGAJARAN MIKRO* Pengajaran mikro diasaskan di Universiti Stanford pada tahun 1963. Pada tahun 1969, Allen dan Ryan memantapkan konsep dan menjadikannya satu teknik latihan. Pengajaran mikro bermaksud latihan pengajaran praktik yang dipermudah dari segi skop dan organisasinya. Istilah mikro menggambarkan sesuatu yang kecil seperti microscope dan microwave. Dalam pengajaran mikro tiga aspek diperkecil iaitu saiz kelas, masa mengajar, dan kemahiran mengajar. Kesimpulannya, pengajaran mikro adalah satu peristiwa mengajar yang kecil. Lawannya ialah pengajaran makro iaitu proses

mengajar dalam kelas biasa. Perbezaan antara pengajaran mikro dan makro:

Situasi Mikro Kelas kecil (5 - 8 orang murid) Guru pelatih berperanan sebagai murid Waktu mengajar diringkaskan (5 - 10 minit) Tumpuan kepada satu kemahiran sahaja Tidak perlu ke sekolah Keadaan luar biasa kerana dilaksanakan di dalam makmal Situasi Makro Kelas sebenar (40 orang atau lebih Perlu murid sebenar di sekolah Waktu mengajar sebenar (30 minit atau lebih) Pelbagai kemahiran digunakan Dilaksanakan di sekolah sebenar Keadaan lebih biasa kerana dalam keadaan sebenar Organisasi Ringkas Pengajaran Mikro

Taklimat Penyelia memperkenal kemahiran yang hendak dicuba dan memberi peluang kepada guru pelatih membuat persediaan. Mengajar Guru pelatih mengajar selama kira-kira 5 8 minit dengan memberi

tumpuan rapi kepada kemahiran yang telah dikenal pasti. Sesi Kritik Perbincangan diadakan tentang kemahiran yang dicuba antara guru pelatih berkenaan, rakan sebaya dan penyelia. Mengajar Semula Jika sesi kritik kurang memuaskan, guru pelatih akan mengajar semula, tetapi kepada kumpulan pelajar yang berlainan. Jika masa tidak mengizinkan, sesi mengajar semula boleh ditiadakan. Rasional Pengajaran Mikro Proses mengajar adalah kompleks dan memerlukan pengetahuan dan kemahirankemahiran tertentu dalam berbagai-bagai bidang. Proses kompleks itu boleh dianalisis dan dipecahkan kepada pendekatan-pendekatan dan kemahiran-kemahiran spesifik. Sebahagian besar kemahiran tersebut boleh dipelajari satu persatu dalam situasi simulasi. Guru-guru pelatih perlu diberi latihan yang bersistematik supaya mereka menguasai kemahiran-kemahiran itu. Mereka yang menguasai kemahiran-kemahiran itu akan menjadi guru yang lebih yakin dan efektif dalam situasi sebenar nanti. Ciri-ciri Penting Guru pelatih mencuba kemahiran mengajar. Lazimnya setiap sesi tertumpu kepada satu kemahiran. Sesi mengajar semula hendaklah diadakan sehinggalah kemahiran itu dikuasai. Oleh sebab pengajaran berfokus kepada kemahiran, topik atau mata pelajaran tidaklah sebegitu penting. Seseorang guru pelatih itu boleh mengajar sebarang topik asalkan tumpuannya adalah terhadap kemahiran yang telah dikenal pasti. Semangat collegiality amatlah penting dalam pengajaran mikro. Penyelia dan guru pelatih hendaklah

menganggap setiap ahli sebagai rakan sejawatan yang mempunyai semangat bantumembantu dan kerjasama yang tinggi. Dalam situasi seperti (c) di atas, setiap peserta akan sanggup mengkritik dan menerima kritikan secara membina. Sesi ini bukanlah sesi menghentam atau membalas dendam. Sesi pengajaran mikro bertujuan untuk mencuba kemahiran. Oleh yang demikian, tidaklah sesuai jika ianya digunakan sebagai sesi penilaian kebolehan mengajar. Objektif Pengajaran Mikro Melalui aktiviti ini, guru-guru pelatih dapat mencuba pelbagai teknik mengajar secara berkesan dan menjadikannya sebagai aktiviti tambahan dan aktiviti persediaan bagi latihan mengajar sebenar di sekolah. Tujuannya ialah untuk memberi peluang kepada guru-guru pelatih menjalani latihan amali dalam situasi mikro yang lebih mudah diawasi; menguasai kemahiran-kemahiran mengajar satu persatu; memerhati prestasi mereka sebagai guru dalam situasi-situasi mengajar tertentu; mengkritik diri sendiri, mengenal pasti kelemahan-kelemahan mengajar dan berusaha mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut; meningkatkan kepekaan dan meninggikan keyakinan diri supaya mereka boleh mengajar dengan lebih efektif dalam situasi bilik darjah sebenar. Peranan Pensyarah/Penyelia Pensyarah sepatutnya memainkan peranan aktif pada peringkat permulaan dan kemudian menjadi fasilitator sahaja apabila guru pelatih sudah tahu cara-cara melaksanakan aktiviti ini. Aspek-aspek yang perlu diberi perhatian ialah seperti yang berikut:

(a) Pendedahan sistematis tentang kemahiran yang hendak dikuasai:

konsep asas, definisi dan sebagainya contohan dalam model visual: penyelia sendiri atau bahan filem/video yang sesuai ciri-ciri kemahiran dan borang bimbingan yang akan digunakan (b) Peluang bagi guru pelatih mencuba kemahiran dalam situasi yang kurang mencabar: masa yang cukup untuk persediaan mengajar menentukan peranan ahli-ahli kumpulan lain persediaan yang rapi tentang sumber-sumber dan media yang akan digunakan mengajar dalam situasi mikro dari segi masa, kemahiran dan saiz kelas (c) Maklum balas spesifik tentang kemahiran yang digunakan *Risalah Kurus Peningkatan Profesionalisme Pensyarah-pensyarah Baru Institut/Maktab Perguruan 1996 anjuran Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO INDUKSI SET Tujuan Mendapatkan perhatian murid Memudahkan murid memahami pelajaran yang akan diikuti nanti kerana maklumat awal yang berkaitan dengan pelajaran yang diajar telah diketahui mereka Cuba melibatkan murid dan menambahkan minat untuk mengetahui /mempelajari pelajaran tersebut Menimbulkan rasa ingin tahu yang tinggi. Bila Induksi Set Digunakan?

Memulakan pelajaran baharu Mengenalkan sesuatu konsep/prinsip Memulakan aktiviti untuk memperoleh kemahiran seperti kemahiran bahasa Memulakan satu sesi soal jawab Mengubah cara penyampaian apabila murid kurang/ tidak faham Memulakan kerja amali Bagaimanakah caranya? Guru bercerita Menjalankan aktiviti yang menarik seperti nyanyian, lakonan, simulasi dan lain-lain Menggunakan alat bantu mengajar Bersoal-jawab-yakni menyoal pengalaman harian murid atau murid bercerita Menggunakan teknik memeranjatkan seperti menjatuhkan sesuatu, mengeluarkan bunyi ganjil dan sebagainya Menggunakan isu-isu yang mencabar murid misalnya Purdah perlu ditegah di sekolah Tunjuk cara contoh mengajar satu proses baru dalam matematik. PENYAMPAIAN Amalkan strategi-strategi yang berikut Segera mulakan pengajaran agar murid tidak ternanti-nanti sedangkan mereka telah bersedia. Induksi set perlu menarik minat murid dan dapat memberi kesan. Kembangkan pelajaran langkah demi langkah tanpa gangguan.

Mulakan daripada prinsip mudah kepada susah dan sebagainya Percakapan guru (jelas, tidak terlalu cepat, boleh diikuti oleh semua murid). Elakkan gangguan menerima (contoh: terlalu banyak berjalan, melambung kapur atau penerangan tidak licin). Bahasa tertib, terang, sesuai dengan keadaan pencapaian bahasa daerah. Penyoalan baik taburannya, dan berkaitan dengan objektif atau isi pelajaran. Teknik menyoal dilakukan dengan betul. Memberikan bimbingan kepada murid-murid secara beransur-ansur hingga akhirnya mereka boleh berdikari. Berikan peneguhan seperti ganjaran (pujian, galakan dll) Berikan latihan-latihan supaya kemahiran-kemahiran yang diberikan itu teguh dalam ingatan murid. Awasi segala latihan dengan teliti. Adakan variasi (mengubah-ubah) dalam cara penyampaian: guru bergerak bebas tetapi tidak terlalu pantas dan mengganggu pusatkan perhatian murid secara lisan (beri arahan tertentu) atau bukan lisan (senyum, angguk kepala dsb) pelbagaikan interaksi; guru-kumpulan, guru-murid (individu), murid-murid adakan hentian sebentar untuk murid berfikir selepas penerangan pelbagaikan pengalaman (penerimaan) deria seperti mendengar, melaihat dan merasa STRATEGI PENGAJARAN

PEMILIHAN ALAT BANTU MENGAJAR (MEDIA PENGAJARAN) Pertimbangkan alat-alat itu dengan jumlah murid yang akan melihat (menggunakan)-pastikan cukup atau tidak. Pilih alat-alat yang sesuai dengan umur murid. Misalnya, murid-murid yang lebih muda mungkin memerlukan pengalaman sebenar melalui benda-benda maujud yang boleh dipegang atau diteliti atau dilihat dengan lebih jelas seperti gambar-gambar warna, kad imbasan, pita rakaman dan sebagainya. Manakala murid-murid yang lebih dewasa memerlukan alat-alat berbentuk simbol, carta, rajah, peta dan lain-lain. Alat-alat yang dipilih itu hendaklah sesuai dan berkaitan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Alat-alat yang digunakan hendaklah dipilih daipada alat-alat yang sesuai dengan objektif nanti. Alat-alat itu praktis di dalam bilik darjah, yakni bergantung pada saiz bilik darjah, sesuai dengan keadaan fizikal bilik darjah atau ada sumber elektrik, plug dan sebagainya. Alat yang dipilih itu mudah dibawa, mudah digunakan pada masa yang dikehendaki yakni penggunaannya tidak begitu rumit sehingga mengganggu kelancaran penyampaian pelajaran. Pilih alat-alat yang dikira paling berkesan atau cepat memberi kesan ke atas pembelajaran murid. Alat-alat yang dipilih itu hendaklah menarik, jelas gambarannya, tidak terlalu kusut hingga sukar difahami. Warnanya juga tidak terlalu garang atau gelap hingga memeningkan kepala atau terlalu gelap. Pilihlah alat-alat yang tidak memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi untuk mengadakannya dan seelok-eloknya ialah alat-alat yang mudah dibuat sendiri dengan menggunakan sumber-sumber yang terdapat di sekeliling dan murah pula harganya.

PENGUKUHAN MURID Isyarat lisan yang positif: Gunakan perkataan bagus, baik, syabas apabila memberi jawapan yang baik. Isyarat tambahan lisan yang positif: Contoh: bersuara seperti uh, um, ya, ya untuk galakkan murid mengambil bahagian atau meneruskan jawapan. Isyarat bukan lisan yang positif: Senyuman, angguk kepala, menulis jawapan murid di papan tulis, melihat dan memandang mereka dengan wajah berminat dan mesra. Isyarat lisan yang negatif: Elakkan kata-kata tidak berasas, salah sama sekali jawapan itu dan sebagainya. Isyarat tambahan lisan yang negatif: Elakkan daripada merungut, mengganggu murid ketika mereka sedang memberi pendapat. Isyarat bukan lisan yang negatif: Elakkan daripada masam muka, menghina, menunjukkan sikap tidak sabar dan merungut-rungut. PENYERTAAN/PENGLIBATAN MURID Ada aktiviti murid yang selaras dengan objektif dan aras pencapaian. Ada aktiviti yang timbul secara sukarela / minat, ch. murid angkat tangan, beri pendapat dll. Murid-murid giat mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan. Guru mewujudkan pelbagai corak interaksi dengan murid. Contohnya: guru-kumpulan, kumpulan-guru, guru-murid, individu-guru, murid-murid. Guru menggalakkan murid yang pendiam memberi jawapan/ mengambil bahagian. Guru menggunakan teknik supaya murid cuba menjawab, mengulas, menambah jawapan rakan yang lain.

Guru menggunakan pelbagai pengukuhan lisan (memuji, menggalak) dan bukan lisan untuk menggalakkan penglibatan murid dalam pelajaran. Kepentingan Mikro Pengajaran

Kemahiran mikropengajaran ialah kemahiran mengajar yang diintegrasi dan dilaksanakan secara bersepadu dan harmoni bagi membantu pembelajaran berlaku secara berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsangkan minat murid untuk terus mengikuti perjalanan proses pembelajaran dari mula hingga akhir di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan murid. Sehubungan itu, guru harus mewujudkan aktiviti yang dapat mempengaruhi keseluruhan diri murid iaitu dari segi intelek, emosi dan minat murid secara berkesan. Dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran (pnp) yang menarik dan berkesan, guru boleh mengaplikasikan 10 kemahiran mikropengajaran iaitu memulakan pengajaran, menyoal, menerang, memperkukuh, mengilustrasi dengan contoh, membuat demonstrasi, mengendali perbincangan, mengendali kerja amali, menutup pengajaran dan membuat refleksi. Kemahiran mikropengajaran ini dapat membantu guru menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan murid. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi merangsangkan murid belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati murid serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Kemahiran menerang merupakan salah satu daripada komponen dalam kemahiran mikropengajaran. Kemahiran menerang ialah satu kemahiran untuk menceritakan, menjelaskan, menggambarkan, memindahkan sesuatu perkara yang diketahui kepada orang lain. Kemahiran ini tidak berasaskan kepada sesuatu teori dan teknik yang tertentu, sebaliknya bergantung kepada kebijaksanaan guru mengendalikannya dan mengenal pasti sejauhmana pencapaian murid. Kemahiran ini digunakan di peringkat perkembangan sama ada untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran kepada murid. Oleh itu, kemahiran menerang bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada murid dengan cara yang berkesan, membina pengetahuan dan kefahaman murid serta dapat mengikut arahan dengan jelas.

Objektif penggunaan kemahiran menerang ialah guru dapat menyampaikan maklumat atau menjelaskan isi pelajaran kepada murid dalam masa yang singkat. Kesannya, murid dapat memahami konsep atau isi pelajaran dengan lebih cepat, mudah dan tepat. Ia dapat memudahkan murid memahami konsep atau isi pelajaran dengan jelas serta ia mampu menghuraikan sesuatu proses seperti langkah-langkah menjalankan projek, ujikaji atau masalah. Malah, kemahiran menerang mampu menjelaskan sebab-sebab berlakunya sesuatu peristiwa atau meramalkan kemungkinan berlakunya peristiwa tertentu. Kemahiran menerang terbahagi kepada 3 jenis iaitu penaakulan, interpretatif dan deskriptif. Menerang secara penaakulan ialah menggunakan proses logik untuk menjawab soalan dan menstruktur semula konsep atau idea. Sebagai contoh, guru menunjukkan gambar salji. Murid memberitahu guru bahawa gambar tersebut ialah air salji. Guru bertanya di mana murid nampak air salji. Murid menjawab mereka nampak di televisyen. Guru bertanya lagi, adakah kamu pernah pegang air salji. Murid menjawab tidak pernah. Kemudian, guru menerangkan bahawa kita tidak pernah memegang air salji kerana salji tidak terdapat di negara kita. Oleh itu, contoh sumber mesti mencukupi supaya guru akan memberikan input dengan menyeluruh dan disertakan bahan bukti kepada murid. Manakala, menerang secara interpretatif ialah menghuraikan maksud sesuatu istilah atau penyataan, idea, konsep, prinsip, atau teori. Contohnya, guru menerangkan alat yang tidak boleh digunakan untuk bersuci. Guru menunjukkan plastik dan menerangkan kepada murid sebab plastik tidak boleh digunakan untuk bersuci kerana permukaannya licin. Penerangan yang disampaikan oleh guru haruslah berdasarkan pengetahuan sedia ada murid yang lepas supaya mereka dapat mengikutinya dengan mudah dan bermakna Menerang secara deskriptif pula ialah menghuraikan proses, struktur, dan prosedur. Sebagai contoh, guru menerangkan kepada murid bahawa kita boleh bersuci tanpa menggunakan air. Oleh itu, guru tersebut menerangkan kepada murid mengenai alat-alat yang boleh digunakan untuk bersuci iaitu daun-daun kering, tisu, batu dan air mutlak. Batu yang boleh digunakan untuk bersuci mempunyai struktur atau bentuk bersegi dan tidak berbentuk bulat. Penerangan ini membantu murid faham dengan jelas sesuatu maksud, konsep, fakta, isi pelajaran dan sebagainya dengan ringkas dan padat.

Dalam kemahiran menerang, terdapat empat prinsip utama yang harus ditonjolkan oleh guru. Pertama, gunakan kejelasan. Guru harus menumpukan kepada aspek yang spesifik seperti gunakan contoh, ilustrasi dan media yang relevan dan menarik, fokus semula dengan membuat ringkasan, gunakan bahasa mudah serta sesuai dengan murid, elak kekaburan dan penggunaan ayat tidak relevan. Sebagai contoh, guru menggunakan ilustrasi dengan menunjukkan kad bergambar pelbagai jenis air iaitu air laut, air embun, air sungai, air hujan dan air salji. Penggunaan ilustrasi kad bergambar dapat memberi penerangan yang sangat jelas kepada murid dalam memahami isi pembelajaran tersebut. Melalui contoh-contoh, ilustrasi dan alat bantu mengajar ia akan dapat membantu merangsang pelbagai jenis deria murid serta memudahkan kefahaman dan memperkukuhkannya dalam ingatan mereka. Oleh itu, contoh-contoh ilustrasi atau sumber pengajaran hendaklah ditentukan dan disediakan terlebih dahulu oleh guru sebelum sesi pembelajaran dilaksanakan. Kedua, gunakan penegasan. Penggunaan variasi intonasi guru semasa di bilik darjah amat penting. Hal ini dapat membezakan guru sedang marah, tegas dan bersikap lembut. Oleh itu, guru harus menunjukkan beza penunjuk atau penyerlah pergerakan dan gerak isyarat. Dalam video tersebut, variasi intonasi yang digunakan oleh guru berjaya menunjukkan murid tekun dan dapat memberikan seratus peratus perhatian terhadap sesi pembelajaran yang sedang dilaksanakan. Penegasan intonasi amat penting dalam satu proses pembelajaran kerana guru dapat memastikan proses pembelajaran berjalan dalam keadaan yang lancar dan kondusif. Ketiga, urutan atau kesinambungan. Urutan atau kesinambungan ialah menggunakan pendekatan induktif atau deduktif. Melalui prinsip ini, guru juga boleh membantu murid untuk mengingati sesuatu perkara (prompts). Oleh itu, guru harus menggunakan variasi atau kata penghubung dalam penyampaian di samping pelbagaikan kelajuan penyampaian. Keadaan ini dapat mengalakkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi kaku dan bosan. Kesannya, murid dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru semasa di dalam bilik darjah jika penerangan yang diberikan menarik dan bermakna. Keempat, dapatkan maklum balas. Dalam proses mendapatkan maklum balas, berlakunya interaksi dua hala antara guru dan murid. Guru mesti melibatkan murid dengan melihat reaksi dan tingkah laku murid. Sekiranya murid sterkawal dan menunjukkan perhatian kepada guru, ini menunjukkan murid seronok dan berminat untuk mengikuti sesi pembelajaran. Malah, guru perlu

mewujudkan peluang kepada murid untuk menunjukkan kefahaman, minat dan sikap mereka terhadap proses pembelajaran tersebut. Untuk menggunakan kemahiran menerang dengan berkesan, guru hendaklah memahami dan mematuhi beberapa prinsip iaitug uru hendaklah merancang aktiviti pengajaran dengan memilih cara dan bentuk penerangan yang sesuai. Masa untuk menggunakan kemahiran menerang hendaklah singkat. Murid mudah bosan jika mereka disuruh duduk diam untuk mendengar penerangan guru dalam tempoh masa yang lama tanpa sebarang aktiviti lain. Untuk mengekalkan minat pelajar terhadap penerangan guru, kemahiran variasi rangsangan hendaklah digunakan, terutama bagi penerangan yang memerlukan masa yang melebihi satu minit. Oleh itu, dalam video ini guru tersebut menerangkan sambil menggalakkan murid menulis isi penting di papan putih di hadapan kelas. Selepas aktiviti perancangan, guru hendaklah menggalakkan murid untuk bertanya kepada guru mengenai perkara yang kurang difahami oleh mereka sepanjang proses pembelajaran dilaksanakan. Impak penggunaan kemahiran menerang dalam proses pengajaran dan pembelajaran (pnp) ialah murid dapat memahami konsep fakta dan bahan pengajaran guru akan menjadi jelas iaitu isi pelajaran dapat difahami dengan lebih cepat, mudah, tepat dan bermakna. Murid juga dapat memahami sesuatu proses atau prosedur secara terperinci dan teratur. Pelajar dapat menaakul sebab musabab berlakunya sesuatu kejadian dengan lebih jelas. Malah murid dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru jika penerangannya menarik dan bermakna. Ini dapat meneguhkan lagi pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah. Contoh- contoh ilustrasi dan bahan pelajaran yang digunakan bukan sahaja dapat merangsangkan pelbagai deria pelajar, tetapi juga memudahkan kefahaman konsep dengan tepat serta mengukuhkan apa yang diterangkan dalam ingatan mereka. Penggunaan masa aktiviti pengajaran guru dapat dijimatkan kerana murid dapat memahami dengan cepat dan ini boleh digunakan untuk menambahkan aktiviti pembelajaran yang lain kepada murid. Jenis Kemahiran dalam Pengajaran Mikro Jenis Kemahiran Mikro n Kemahiran Set Induksi

n Kemahiran memberi penerangan n Kemahiran menggunakan contoh n Kemahiran Mengolah Isi pelajaran n Kemahiran Variasi Ransangan n Kemahiran Penyoalan. n Kemahiran Pengukuhan n Kemahiran Penutup

Kemahiran Set Induksi n Tumpuan dalam induksi set ialah:n Pelatih dapat memberikan fokus pelajar terhadap pelajaran yg akan dimulakan. n Membina kerangka rujukan sebelum dan selepas pelajaran n Berupaya memeberikan makna kpd konsep atau prinsip yg baru n Berupaya membangkitkan minat dan penglibatan pelajar

Prinsip Induksi Set n Bermakna:- memulakan pengajaran dgn memberikan bahan yg bermakna serta dapat menarik minat pelajar. Tarik perhatian pelajar kpd perkara yg berkaitan dhgn persekitaran pengetahuanya. n Berkaitan :- dikaitkan dgn isi kandungan yg selari dgn objektif pengajaran. Memastikan permulaan pengajaran yg perlu berkaitan dgn bahamn dan obj p&P n Pengetahuan Sedia Ada :- membantu pelajar agar dapat menjadikan pelajaran lebih menarik serta membantu meningkatkan sifat ingin meneroka pelajaran seterusnya.

Kemahiran Memberi Penerangan n Menerangkan pelajaran dengan lebih bermakna,sempurna,jelas dan tepat n Mengatahui langkah,prosedur @ peraturan yg terdapat dlm P&P n Membuat penaakulan sebab-musabab berlakunya sesuatu kejadian n Penerangan dgn menggunakan contoh @ ilustrasi yg sesuai akan membantu pemahaman

Kemahiran Menggunakan contoh n Penyampaian lebih menarik jika penerangan dilakukan disertai dgn contoh yg sesuai. Contoh dlm btk cerita,ilustrasi @ bahan lain. n Contoh bermula dgn berbentuk konkrit kpd abstrak

Kemahiran Mengolah Isi Pelajaran n Melibatkan kemahiran menyusun dan mengorganisasikan kandungan pelajaran agar dapat disampaikan dgn baik. n Isi perlu disampaikan secara berperingka-peringkat. n Guru perlu merancang penggunaan bahan pengajaran dgn teratur

Kemahiran Variasi ransangan n Tujuannya utk membangkitkan perhatian pelajar dan memberikan fokus terhadap fakta penting pelajaran. n Penggunaan ransangan yg pelbagai mengelakkan kebosanan pelajar.

n Aspek yg perlu dikuasaialah pergerakan,perubahan pertuturan,perubahan fokus deria,btk penglibatan lisan dan fizikal pelajar

Kemahiran Penyoalan n Penyoalan membantu pelajar berfikir n Guru perlu faham tentang cara merancang dan mengemukakan soalan dalam kelas n Memahami aspek domain soalan agar soalan yg dibina benar-benar menguji pelajar. n Pengetahuan,kefahaman,aplikasi,analisis,sintesis dan penilaian

Kemahiran Pengukuhan n Galakkan pelajar menjawab soalan,mengemukakan cadangan dan melibatkan diri dalam perbincangan n Berikan peneguhan melalui pujian dl btk lisan,gred baik senyuman anggukan kepala.

Kemahiran Penutup n Kemahiran merumus,megulang peneguhana dan membuat penilaian tentang sama ada objektif pengajaran yg disediakan tercapai atau tidak. n Penutup perlu sesuai dgn obj dan aktiviti pengajaran n Tujuan penutup menarik perhatian tentang perkara yg baru dipelajari,megukuhkan konsep dan kemahiran baru. n Terdapat dua penutup iaitu kognitif dan sosial n Kognitif bertujuan mengukuhkan pelajaran dgn memeberikan perhatian terhadap fakta yg dipelajari.

n Penutup sosial menekakan perasaan yg dialami semasa prosese P&P Kepentingan dan Faedah Pengajaran Mikro Pengajaran mikro merupakan satu komponen yang penting dalam Sukatan Pelajaran Ilmu Pendidikan Ikhtisas di Institut perguruan. Setiap guru pelatih yang sedang mengikuti kursus pendidikan di institut perguruan diwajibkan melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran mikro. Pengajaran mikro ini merupakan satu-satunya latihan yang paling berkesan untuk membantu guru-guru pelatih menguasai kemahiran-kemahiran mengajar. Ia akan mendatangkan beberapa faedah kepada guru-guru pelatih.

Mok Soon Sang (2008), menyatakan antara kepentingan dan faedah pengajaran mikro ialah:

i) Guru-guru pelatih mendapat peluang mempraktikkan kemahiran mengajar satu demi satu dalam situasi pelajaran yang terancang dan dipermudahkan. ii) Guru-guru pelatih boleh mempelajari teknik mengajar dalam keadaan yang tenang. Mudah dan kurang kompleks. iii) Pengajaran mikro ini membolehkan guru-guru pelatih mengamalkan teori pengajaran yang disampaikan oleh pensyarahnya di bilik kuliah. iv) Pengajaran mikro juga dapat membantu guru pelatih mengurangkan pelbagai masalah daripada pengajaran biasa di sekolah pada masa depan. v) Melalui rakaman video, guru-guru dapat mengkaji sendiri kelebihan dan kesilapan yang dilakukan dalam sesi pengajaran mikro. vi) Melalui perbincangan selepas sesi pengajaran, guru-guru pelatih dapat memahami kesilapan pengajaran mereka dan seterusnya berusaha membaiki kelemahan-kelemahan pengajaran yang berlaku, di samping mengukuhkan kelebihan-kelebihan kemahiran mengajar. vii) Pengajaran mikro juga dapat meningkatkan keyakinan guru-guru pelatih supaya mereka bersedia menghadapi situasi pengajaran yang sebenar, misalnya mengajar murid-murid di dalam bilik darjah semasa sesi praktikum di peringkat sekolah. Kepentingan Pengajaran Mikro Objektif Pengajaran Mikro

Guru-guru dapat dilatih mengenai kemahiran-kemahiran yg terdapat dalam menjalankan pengajaran. Memberi persediaan dan pendedahan awal kepada semua guru pelatih mengenai cara-cara menjalankan sesuatu kemahiran dalam pengajaran Memberi peluang kepada semua guru-guru pelatih menjalankan sesuatu kemahirab di dalam bilik kuliah dgn bimbingan pensyarah Kepentingan Pengajaran Mikro Guru pelatih mendfapat peluang mempraktikkan kemahiran mengajara satu demi satu dalam situasi pelajaran yang terancang dan dipermudahkan. Guru-guru pelatih boleh mempelajari teknik mengajar dalam keadaan yg tenan ,mudah dan lebih kompleks Membolehkan guru-guru pelatih mengamalkan teori yang disampaikan oleh pensyarah Matlamat Pengajaran Mikro Dapat membantu guru pelatih mengurangkan pelbagai masalah dlm pengajaran biasa di sekolah pada masa depan Meningkatkan keyakinan guru peltih supaya mereka bersedia menghadapi situasi pengajaran sebenar Menguji keberkesanan kurikulum dan kaedah baru kpd beberapa org pelajar. Melahirkan pelatih yang dapat mengkaji sendiri kelebihan dan kekurangan yang dilakukan dalam sesi mikro Memahami kesilapan pengajaran mereka dan membaikinya serta mengukuhkan kelebihan Membolehkan guru terlatih memeriksa kemahiran-kemahiran dgn memisahkan anatara satu sama lain. Ini akan membolehkan seseorang guru mengkaji secara berasingan tiap-taip kemahiran itu dgn jelas