Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
meruncing dalam kalangan remaja. Acap kali kita dengar, slogan Membaca Jambatan Ilmu sering menghiasi dada-dada akhbar, internet dan televisyen. Hal ini jelas menunjukkan bahawa budaya membaca dapat memberikan banyak manfaat kepada masyarakat. Namun demikian, masyarakat Malaysia terutamanya remaja tidak gemar membaca sehingga menyebabkan mereka tidak menguasai ilmu pengetahuan dan bolehlah diibaratkan seperti katak di bawah tempurung. Siapakah yang harus dipersalahkan sekiranya fenomena ini berlaku sehingga remaja Malaysia banyak yang buta maklumat? Tepuk dada tanya selera. Apakah peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam memupuk semangat membaca dalam kalangan remaja? Hal ini kerana ibu bapalah orang yang paling hampir dengan anak-anak dan sudah tentulah ibu bapa tahu metode yang terbaik untuk mendepani permasalahan ini. Oleh yang demikian, ibu bapa sewajarnya mengeluarkan model dengan membeli bahan-bahan bacaan dan bahan-bahan ilmiah untuk anak-anak mereka. Dalam konteks ini, minat membaca dalam diri remaja dapat disemai sekali gus menambahkan ilmu pengetahuan kepada remaja. Bertitik tolak daripada itu, ibu bapa hendaklah kerap membawa anak-anak mereka ke kedai buku pada setiap hujung minggu. Berdasarkan manifestasi tersebut, remaja dapat memilih buku-buku yang hendak dibeli oleh mereka sekali gus menambahkan minat dalam diri mereka. Setelah dikaji hingga ke akar umbi, remaja dapat mengetahui jenis-jenis buku yang dibaca oleh mereka sekiranya remaja kerap ke kedai buku. Umum mengetahui, anak-anak ibaratkan kain putih, ibu bapa yang mencorakkannya sama ada kea rah kejayaan atau kegagalan. Pada masa yang sama, ibu bapa hendaklah menyediakan bilik khas untuk membaca di rumah seperti perpustakaan yang mempunyai banyak buku di dalamnya. Dalam konteks ini, remaja dapay membaca dalam keadaan yang senyap dan harmoni. Secara tidak langsung, remaja tidak akan terlibat dengan kegiatan yang tidak berfaedah seperti melepak di pusat-pusat beli-belah, merokok dan lumba haram. Hal ini kerana, remaja mengisi masa yang terluang dengan membaca bahan-bahan ilmiah di rumah mereka. Mereka menjadikan rumah sebagai pusat atau gedung ilmu yang boleh mencanai minda sihat. Oleh yang demikian, remaja akan memanfaatkan masa dengan berkesan kerana masa itu emas. Manakala ibu bapa pula akan berasa selamat kerana anak-anak berada di rumah. Jadi tidak timbullah fenomena sudah terantuk baru terngadah kerana kerana kegagalan ibu bapa memanfaatkan masa yang terluang anak-anak, maka mereka terlibat dengan dakyah songsang. Tambahan pula, ibu bapa hendaklah menyediakan banyak sudut bacaan di rumah. Secara tidak langsung, remaja tidak akan berasa bosan untuk membaca, malah semakin minat untuk membaca. Hal ini kerana mereka tidak tertakluk dalam satu-satu ruang bacaan sahaja sebaliknya mereka boleh memanfaatkan semua sudut rumah mereka sebagai tempat untuk membaca. Dalam pada masa yang sama, ibu bapa usah jemu-jemu memberi dorongan dan nasihat kepada remaja agar mereka terus mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan mereka. Secara tidak langsung, remaja akan menyedari kepentingan membaca dalam kehidupan mereka. Setelah dikaji hingga ke akar umbi, ibu bapa juga harus memupuk minat membaca dalam diri mereka sendiri agar dapat dicontohi remaja bak kata pepatah ke mana tumpahnya muah kalau tidak ke nasi. Oleh itu, sesuai dengan katakata mantan Perdana Menteri kita Tun Dr Mahathir Bin Muhammad iaitu Kepimpinan Melalui Teladan kerana bapa borek anak rintik. Umum mengetahui bahawa setiap tahun pihak kerajaan akan mengadakan Karnival Buku yang merangkumi pameran buku atau jualan buku di mana-mana sahaja di negara kita. Kesempatan sebegini harus digunakan oleh ibu bapa untuk membawa seisi keluarga mengunjungi karnival tersebut. Dalam konteks ini, remaja akan didedahkan secara terus tentang buku-buku terkini yang ada di pasaran. Kaedah ini secara tidak langsung mewujudkan keadaan dua dalam satu iaitu sambil mengunjungi karnival buku bersama-sama, secara konotasinya dapat memantapkan hubungan kekeluargaan. Sudah semestinya ibu bapa akan menggunakan peluang ini untuk membeli buku-buku yang banyak kerana ada potongan harga dengan kadar yang rendah diberikan. Penjimatan dapat dilakukan sambil melabur untuk kepentingan pendidikan anak-anak pada masa akan datang. Impaknya, ibu bapa mampu menyemai budaya membaca dalam kalangan remaja seawal usia muda. Meninjau kepentingan membaca dalam kalangan remaja ini, ibu bapa perlu memainkan peranan yang berterusan agar mempunyai kesimbungan dengan ilmu pengetahuan. Antara kaedah yang boleh dijalankan ialah dengan menampal keratin-keratan surat khabar, artikel ilmiah baik berkaitan pelajaran ataupun pengetahuan am. Dengan demikian, tanpa disedari remaja akan melihat dan membaca berulang-ulang kali tentang bahan yang ditampal tersebut. Pada realitinya, budaya membaca akan semakin ditekankan dalam lingkungan ahli keluarga amnya dan remaja khasnya. Oleh itu, penggunaan masa yang sebaik mungkin akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Sebagai kesimpulan, budaya membaca perlu dipupuk dalam kalangan remaja. Ibu bapa merupakan agen penting dalam memupuk kesedaran ini kerana budaya membaca mampu mencetuskan idea yang bernas dan penuh dengan visi dan misi dalam kehidupan mereka. Justeru, ibu bapa yang Berjaya memupuk minat membaca dalam kalangan remaja secara langsung dapat mengelakkan remaja daripada perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan dampak negatif kepada mereka. Biar kita menangis dahulu sebelum kita menangis kemudian kerana sesal dahulu pendapat, sesal kemudian tiada gunanya. Jelaslah bahawa Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya.
Dasar 1Murid 1Sukan yang telah diperkenalkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada tahun 2011 banyak mendatangkan manfaat kepada murid. Dasar ini memang penting untuk program pembangunan sukan di sekolah-sekolah. Dasar 1Murid 1Sukan menjadi serampang dua mata bagi melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dasar ini dikatakan berupaya untuk meningkatkan kadar penglibatan dan penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan atau permainan di sekolah. Oleh itu, pelbagai manfaat dasar tersebut akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam perbincangan seterusnya. Antara manfaat dasar 1Murid 1Sukan ini ialah murid-murid dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Hal ini demikian kerana murid-murid yang melibatkan diri dalam aktiviti sukan dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah dan terlibat dalam gejala negatif. Sebagai contohnya, murid-murid dapat menyertai aktiviti sukan atau permainan seperti bola sepak, badminton, sepak takraw, bola tampar, bola keranjang, dan sebagainya. Aktiviti yang dilakukan itu memang memberikan manfaat yang banyak kepada mereka. Jadi, dengan mengikuti program ini, murid-murid dapat menggunakan masa dengan berkesan dan dapat mengelakkan diri daripada aktiviti yang kurang sihat. Dasar ini membolehkan guru-guru mencungkil bakat murid dalam bidang sukan atau permainan. Melalui sukan yang disertai oleh murid, bakat mereka dapat disuburkan dengan bimbingan dan latihan daripada guru kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Murid yang telah dilatih itu boleh mewakili sekolah sebagai pemain bola sepak, hoki, badminton, squash, boling, olahraga, dan sebagainya. Murid-murid dapat membuktikan bakat dan potensi mereka itu dan berlatih dengan gigih untuk mencapai kemenangan. Perkara itu membuktikan bahawa dasar ini dapat mengembangkan bakat murid-murid dalam sukan atau permainan yang diminati oleh mereka. Selain itu, program ini dapat mewujudkan budaya yang mementingkan kesihatan dalam kalangan murid sekolah. Perkara ini penting kerana murid yang aktif dalam aktiviti sukan akan menyebabkan badan mereka sihat dan cergas. Apabila badan mereka sihat, otak mereka akan cerdas dan murid-murid akan mudah untuk menerima pelajaran dan seterusnya mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Dengan perkataan lain, murid-murid yang sihat dan cerdas ini akan dapat menjawab soalan dalam pelajaran dengan cemerlang. Hal ini membuktikan bahawa melalui program ini, murid akan sihat dan cergas serta mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Seterusnya, dasar ini berupaya untuk menggalakkan penyertaan setiap murid dalam aktiviti sukan atau permainan. Hal ini demikian kerana setiap murid berpeluang untuk melibatkan diri dalam bidang permainan atau sukan yang diminati oleh mereka. Selain itu, perkara ini menunjukkan bahawa tidak ada murid yang diabaikan atau dipinggirkan daripada melibatkan diri dalam permainan atau sukan yang diminatinya. Jadi, dengan cara itu pihak sekolah berupaya untuk melibatkan semua murid dalam aktiviti sukan atau permainan. Oleh itu, jelaslah bahawa dasar ini dapat menggalakkan penyertaan dan penglibatan murid-murid dalam aktiviti sukan atau permainan yang diminati oleh mereka. Melalui dasar ini, usaha untuk memupuk semangat kesukanan dan perpaduan kaum dalam kalangan murid akan menjadi realiti. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukan atau permainan tertentu, muridmurid akan menghayati semangat kesukanan ketika melibatkan diri dalam sesuatu permainan atau sukan. Sebagai contohnya, murid-murid turut berpeluang untuk bergaul dengan murid yang berbilang kaum seperti kaum Melayu, Cina, India, Iban, dan Kadazan dalam sesuatu permainan atau sukan. Perkara ini membolehkan murid-murid berinteraksi dengan lebih erat dengan rakan-rakan sepasukan yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum. Tegasnya, dasar tersebut dapat membentuk murid yang menghayati semangat kesukanan dan perpaduan kaum di negara ini. Jelaslah di sini bahawa dasar 1Murid 1Sukan ini merupakan satu tranformasi baharu yang banyak manfaatnya dalam sistem pendidikan di negara kita. Oleh itu, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat perlu memahami dan menyokong usaha murni ini. Sekiranya usaha ini tidak mendapat kerjasama daripada semua pihak, sudah tentu hasrat murni tersebut tidak akan tercapai. Jadi, semua pihak perlu bekerjasama untuk merealisasikan perkara ini, ibarat bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Dengan usaha yang bersepadu itu, kita berharap agar murid-murid lebih aktif dan bersemangat dalam bidang sukan demi kemajuan dan kecemerlangan sukan negara.
Sememangnya peranan ibu bapa dalam mendidik remaja lebih besar daripada tugas seorang guru itu. Ibu bapa yang bertanggungjawab pastinya menyedari bahawa merekalah yang harus memainkan peranan yang lebih besar dan tidak menyerahkan tugas mendidik anak mereka bulat-bulat kepada pihak sekolah sahaja. Selagi ibu bapa masih gagal untuk memahami konsep ini selagi itulah masalah remaja tidak akan berjaya diselesaikan. Jadi, mengapakah ibu bapa lebih besar peranannya berbanding pihak guru? Kalau kita kaji secara mendalam masa remaja berada di rumah lebih panjang daripada mereka belajar di sekolah. Masa yang panjang di rumah bersama-sama ibu bapa ini menjadikan ibu bapa lebih berpeluang untuk mendidik anak mereka akan kehidupan yang sejati. Ibu bapa boleh menggunakan masa yang panjang itu dengan pelbagai pendekatan yang dianggap berkesan untuk mendidik generasi muda negara itu. Remaja akan lebih mudah mematuhi arahan jika mereka berpeluang atau mempunyai masa untuk memahami sebab mereka melakukan sesuatu tindakan itu. Malahan, hubungan remaja dengan ibu bapa seharusnya menjadi lebih rapat kerana masa yang dihabiskan di rumah amat panjang. Tidak wujud protokol antara hubungan anak dengan ibubapanya berbanding hubungan atau interaksi remaja dengan gurunya. Perasaan segan dan tidak mesra timbul kerana guru dan pelajar tidak selalu bertemu berbanding dengan ibu bapa mereka. Hubungan yang rapat menjadi asas untuk memahami peribadi seseorang lalu mengambil cara pendekatan yang tepat untuk mengubah sikapnya. Peranan ibu bapa begitu besar dalam pendidikan remaja menjadi insan yang cemerlang kerana ibu bapa lebih memahami peribadi anak mereka. Akibat hidup serumah menyebabkan ibu bapa boleh mengenal hati budi anak mereka dengan lebih tepat berbanding dengan guru. Setiap tindakan remaja mampu difahami oleh ibu bapa yang bertanggungjawab. Kefahaman tentang peribadi anak merekalah yang menjadikan peranan ibu bapa begitu kritikal dalam memastikan remaja tidak terjebak ke dalam kancah sosial yang negatif. Tambahan pula, guru bolehlah dianggap sebagai orang luar dalam hal mendidik remaja. Ibu bapa lebih berperanan kerana mereka dianggap ahli keluarga sendiri yang boleh dipercayai oleh remaja. Kebanyakan guru akan berpindah dan keadaan ini pasti memberikan kesan terhadap aspek psikologi pelajar yang sudah terlalu bergantung kepada guru mereka. Keadaan ini berbeza dengan ibu bapa yang akan terus menunggu anaknya walaupun anak mereka itu sudah melakukan satu kesilapan yang besar dalam hidup mereka. Konklusinya, peranan ibu bapa jauh lebih besar berbanding dengan pihak guru. Semua pihak harus memberikan ibu bapa peluang untuk membuktikan kemampuan mereka dalam mendidik generasi zaman moden ini. Remaja pula perlulah bersikap terbuka dalam menerima nasihat dan teguran membina ibu bapa mereka. Kerjasama semua pihaklah yang bakal menyaksikan remaja kita berubah sikap. Remaja harapan negara ini.
KERTAS 2 -cerpen tngkatan 4 (israk , ibu Dan ceper) -prosa klasik (opu daeng menambun,Lang-Lang buana,pelayaran penuh peristiwa.) -puisi trdisional tngkatan 5 -ayat aktif & ayat pasif -cakap ajuk cakap Pindah -peribahasa NOVEL: perbandingan 1. Watak utama, sampingan 2. Latar tempat,masa, masyarakat 3. Nilai 4. Pengajaran