Anda di halaman 1dari 4

NAMA : NURUL AIMAN BINTI ABDUL KHALID

NO. MATRIK : 0901 2046


SUBJEK : TEORI KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI
PEPERIKSAAN MIDTERM SESI 1 (TAHUN AKADEMIK 2009)

SOALAN 1 – Pandangan Teori Pemusatan Perorangan Mengenai Sifat Tabii Manusia

1. Individu mempunyai harga diri dan penghormatan diri – Semua manusia mempunyai hak
untuk memiliki pendapat dan pemikiran, dapat mengawal hala tuju hidup, bebas mengejar
minat tanpa mengganggu hak orang lain. Individu boleh mengarah kendiri sekiranya dapat
melalui proses sosial dengan institusi sosial yang memberi galakan positif.

2. Tingkahlaku dilihat dari sudut persepsi – Cara individu bertingkahlaku dan menyesuaikan
diri dengan situasi biasanya konsisten dengan cara individu mempersepsi dirinya dan situasi di
persekitarannya. Kendiri yang terhasil dari pengalaman merupakan asas kepada persepsi.
Persepsi dan interaksi seseorang dengan persekitaran akan berubah jika konsep kendiri
berubah.

3. Kecenderungan ke arah kesempurnaan kendiri – Individu memiliki motivasi ke arah


perkembangan, penyesuaian, sosialisasi, kesedaran kendiri dan autonomi (hak peribadi). Cara
manusia mencari dan memenuhi keperluan khusus dan motif meningkatkan penghargaan
kendiri.

4. Manusia adalah baik dan boleh dipercayai – manusia mempunyai ciri-ciri boleh dipercayai,
boleh diharap,membina dan baik. Ciri-ciri negatif lahir kerana sikap mempertahankan diri yang
memesongkan individu dari sifat semulajadinya yang positif yang berpunca dari
ketidakselarasan di antara kendiri ideal dan kendiri sebenar.

SOALAN 2 – 3 Konsep Utama Teori Gestalt

1. Di sini dan masa kini (here and now) – kesedaran yang mana seseorang sedar tentang apa
yang dilakukan kini dan kekal di dalam kesedaran ini. Individu yang mengalami kebimbangan
adalah kerana mereka meninggalkan keselamatan masa kini dan terlalu memikirkan tentang
masa depan terutamanya menjangka perkara buruk akan terjadi. Sekiranya individu memfokus
kepada masa lalu dan menggunakan masa lalu sebagai tempat untuk disalahkan, individu itu
akan mengelakkan tanggungjawab masa kini hingga menghalang perubahan kreatif yang
membuatkan masa kini lebih memuaskan.

2. Urusan tidak selesai (unfinished business) – Urusan tidak selesai adalah seperti perasaan
yang tidak diluahkan, keperluan yang tidak dipenuhi dan situasi yang tidak dilengkapkan yang
terpendam daripada kesedaran tetapi berterusan memerlukan perhatian. Ini meletakkan
individu di dalam pusingan maklumbalas emosi yang tidak berkesudahan yang menyebabkan
masalah lampau berterusan timbul di dalam kehidupan semasa seseorang sehinggalah
perasaan negatif ini diselesaikan. Kesedaran individu secara intelektual tentang peristiwa-
peristiwa ini adalah tidak mencukupi sebaliknya perlu memproses perasaan yang terlibat
dengan sempurna.
3. Pengelakan (Avoidance) – Konsep pengelakan berkaitan dengan urusan tidak selesai yang
merujuk kepada cara yang digunakan seseorang untuk mengelakkan ia daripada mengalami
urusan tidak selesai atau mengalami emosi tidak selesa berkaitan dengan situasi tidak selesai.
Perls berpendapat seseorang cenderung membuat ekspektasi yang katastrofik(fantasi negatif
tentang kemungkinan yang terjadi jika sesuatu emosi dilepaskan) yang menyebabkan
psikologinya tersekat.

SOALAN 3 – Pandangan REBT Tentang Sifat Tabii Manusia

Didominasi oleh prinsip bahawa emosi,pemikiran dan perasaan terikat dengan kemas di dalam
psikik manusia. REBT menekankan semua manusia yang normal berfikir, berperasaan dan
bertindak dan mereka melakukannya secara bersilih ganti. Pemikiran membentuk perasaan dan
perasaan membentuk tingkah laku. Perasaan pula mempengaruhi pemikiran dan tingkahlaku,
manakala tingkahlaku juga memberi kesan terhadap pemikiran dan perasaan. Untuk menukar
salah satu aspek ini memerlukan modifikasi satu atau dua aspek untuk menukar aspek yang satu
lagi.

REBT menekankan bahawa manusia dilahirkan dengan potensi berfikir secara rasional dan tidak
rasional. Manusia berupaya mencapai kesempurnaan kendiri namun manusia juga cenderung
untuk merosakkan kendiri dan bertingkahlaku menghalang perkembangan dan pencapaian
kesempurnaan kendiri.

Manusia adalah unik kerana ia mencipta kepercayaan yang mengganggu dan mengulanginya
kepada diri sendiri hingga meneruskan gangguan kepada diri mereka. Individu juga berkeupayaan
menukar proses kognitif,emotif dan tingkahlaku dengan memilih untuk bertingkahlaku secara
berbeza dari corak sebelumnya. Seseorang itu perlu melatih diri untuk menolak daripada merasa
terganggu dan menepis pemikiran tidak rasional dengan mengulangi pemikiran rasional kepada
diri sendiri untuk mencapai kehidupan yang lebih bahagia.

SOALAN 4 – Pemikiran Tidak Rasional Yang Menyebabkan Manusia Bertingkahlaku


Menghalang Perkembangan Dan Kesempurnaan

1. Adalah sangat perlu seseorang itu dikasihi atau disayangi oleh setiap orang yang
signifikan. Ini adalah tidak rasional kerana matlamat ini tidak akan tercapai, malah akan
menyebabkan seseorang kehilangan arah kendiri, berasa tidak selamat serta merosakkan diri
sendiri dalam usaha untuk mencapainya.
2. Adalah perlu seseorang itu lengkap,cekap dan berjaya dalam semua bidang jika ia ingin
merasa ia berguna. Idea ini adalah mustahi dicapai kerana jika gagal seseorang boleh
berakhir dengan perasan rendah diri, tidak berkebolehan dan berasa takut gagal dan
cenderung menyalahkan orang lain.
3. Sesetengah orang adalah jahat dan kejam, dan orang sebegini patut disalahkan dan
dihukum. Idea ini tidak rasional kerana tiada piawaian jahat atau kejam secara mutlak. Setiap
orang melakukan kesalahan kerana bodoh,tidak tahu atau emosi tidak stabil. Menyalahkan
dan menghukum tidak semestinya boleh memperbaiki tingkahlaku malahan mungkin
menjadikan tingkahlaku dan keadaan emosi bertambah teruk.
4. Adalah teruk dan malang apabila sesuatu perkara terjadi tidak seperti yang diharapkan
atau diimpikan. Perasaan kecewa yang berpanjangan dan menganggap peristiwa sebagai
malang tidak dapat mengubah situasi bahkan memburukkannya.
5. Perasaan tidak bahagia adalah fungsi seseuatu peristiwa di luar kawalan individu.
Sebenarnya, kebanyakan peristiwa yang kita anggap sebagai merosakkan adalah tanggapan
psikologi. Kita tidak boleh disakiti melainkan kita membenarkan kita disakiti melalui sikap dan
reaksi yang negatif. Jika kita menyedari keadaan ini, kita boleh cuba mengawal atau
mengubah gangguan ini.
6. Jika sesuatu itu merbahaya dan merosakkan individu sepatutnya selalu mengambil
berat dan memikirkannya. Ini bukanlah idea yang rasional kerana dengan hanya
memikirkannya tidak dapat mengubah keadaan bahkan akan menyebabkan ia menjadi lebih
buruk dari yang sepatutnya.
7. Adalah lebih senang lari dari kesulitan dan tanggungjawab daripada menghadapinya. Ini
adalah tidak rasional kerana lari dari tanggungjawab dan masalah tidak akan
menyelesaikannya.
8. Individu perlu bergantung kepada orang lain yang lebih berkuasa dan kuat. Kita semua
bergantung pada orang lain pada satu tahap tetapi tidak seharusnya memaksimakan
penggantungan sehingga menyebabkan kehilangan kebebasan diri, keindividuan dan ekspresi
diri serta sentiasa memerlukan individu yang menjadi tempat penggantungan.
9. Peristiwa lalu di dalam kehidupan individu menentukan tingkahlaku manusia dan tidak
dapat diubah. Memang masa lalu mempengaruhi masa kini, tetapi bukanlah menentukan
masa kini sehingga individu menjadikannya alasan untuk mengubah sikap dan diri.
10.Seseorang individu sepatutnya sangat mengambil berat dan merasa susah hati dengan
masalah orang lain. Ini tidak rasional kerana ada kalanya masalah orang lain tidak ada kena
mengena dengan diri kita dan masalah itu tidak harus mengganggu hidup kita.
11.Selalunya akan nada jawapan yang betul dan tepat kepada sebarang masalah. Ini adalah
tidak rasional kerana tidak ada penyelesaian yang sempurna bahkan akan menyebabkan
kebimbangan.

SOALAN 5 – Prinsip Gangguan Emosi A,B,C,D & E Dalam REBT

Ellis mencipta formula tentang prinsip gangguan emosi bedasarkan konsep A-B-C. A ialah
perisitiwa (Activating Event). B adalah system kepercayaan (Belief system). C adalah kesan emosi
(Emotional Consequence).
Contohnya Farah dimarahi majikannya kerana terlupa menyiapkan kerja yang diarahkan. (A=
Peristiwa) Farah berasa sedih dan malu (C= kesan emosi). Ini menyebabkan Farah membenci
majikan dan menganggap semua majikan garang. (B= system kepercayaan)
Untuk mengatasinya, kaunselor perlu menggunakan teknik menambah D dan E. D ialah
mempertikaikan system kepercayaan yang salah (Dispute) dan hasilnya ialah E iaitu emosi yang
normal (Normal Emotion).

SOALAN 6 – Kedudukan Hidup Dalam Teori Analisis Salinghubung

1. I’m OK-You’re OK. Ini adalah kedudukan yang menunjukkan bagaimana kanak-kanak
memasuki dunia ini. Selagi emosi dan keeprluan kanak-kanak dipenuhi dengan kasih sayang
dan penerimaan ia akan mengambil kedudukan ini serta membina skrip pemenang.

2. I’m OK-You’re not OK. Jika kanak-kanak tidak dijaga dengan baik dia akan membuat
keputusan bahawa orang lain tidak OK kerana tidak melayannya seperti sepatutnya.
Seseorang yang berada di dalam kedudukan ini selalu akan menyalahkan atau tidak
mempercayai orang lain dan bertindak balas kepada dunia dengan kekecewaan atau marah
atau kadang-kadang dipanggil sebagai kedudukan paranoid.
3. I’m not OK, you’re not OK- Jika keperluan kanak-kanak tidak dipenuhi, kanak-kanak mungkin
membuat keputusan bahawa ini adalah kesilapannya kerana tidak mendapat apa yang
sepatutnya didapati. Kedudukan ini adalah paling biasa dan kadang-kala dipanggil kedudukan
depresif. Seseorang yang selalu berasa di dalam kedudukan ini biasanya akan mengalami
rasa bersalah, murung, rasa tidak lengkap dan takut.

4. I’m not OK-You’re not OK. Jika strokes kurang diperolehi atau mendapat strokes yang
tersangat negatif, kanak-kanak mungkin membuat keputusan saya tidak OK dan awak pun
tidak OK. Oleh kerana tiada sumber strokes positif, kanak-kanak mungkin berasa putus asa
dan tidak mempunyai harapan. Seseorang yang mengambil kedudukan ini mungkin akan
berakhir di institusi sakit jiwa, penjara atau hospital sakit mental.

SOALAN 7 – Punca Wujud Perasaan Rendah Diri Dalam Diri Seseorang Individu.

Semua orang dilahirkan dengan perasaan rendah diri. Ia bukanlah kelemahan dan abnormal
tetapi desakan kepada kreativiti dan kemajuan serta memotivasikan supaya menuju kejayaan dan
kesempurnaan. Tetapi perasaan rendah diri yang melampau boleh menyebabkan inferiority
complex yang mungkin berpunca daripada berikut:

1. Kelemahan zaman kanak-kanak. Ketidakadilan/pengabaian perhatian dan kasih sayang dari


ibu bapa dan keluarga sejak kecil sangat memberi pengaruh kepada konsep kendiri seseorang
individu. Sekiranya sejak kecil individu itu sering direndah-rendahkan dan dibanding-
bandingkan dengan orang lain, kemungkinan besar individu itu akan sering menafikan harga
kendiri dan mempersepsi kehidupannya secara negatif. Akibat rasa rendah diri juga mungkin
memberi masalah di dalam pergaulannya seperti mudah sensitif dan takut untuk bersaing.
Perasaan rendah diri akan semakin ketara apabila melihat kejayaan yang dicapai oleh orang
lain.

2. Konstelasi keluarga. Urutan kelahiran dalam keluarga juga memainkan peranan seperti yang
telah ditekankan oleh Adler di dalam teori individu. Anak pertama, anak kedua, anak tengah,
anak bongsu dan anak tunggal akan membentuk harga kendiri yang berbeza. Contohnya,
anak tengah lebih cenderung mengalami perasaan rendah diri disebabkan sering berasa
tersepit, kadangkala yakin tentang ketidakadilan kehidupan dan sentiasa berasa tertipu.
Interprestasi kedudukan seseorang di dalam keluarga banyak kaitannya dengan bagaimana
orang dewasa berinteraksi di dalam dunia ini. Ini kerana gambaran diri yang dibawa semasa
dewasa dipengaruhi gaya interaksi semasa kanak-kanak.

3. Jurang di antara kendiri ideal dengan kendiri sebenar. Kendiri sebenar adalah personaliti
sebenar yang dimiliki oleh seseorang itu manakala kendiri ideal merupakan personaliti yang
diidamkan oleh seseorang. Semakin besar jurang di antara kendiri ideal dan kendiri sebenar,
semakin rendah harga diri seseorang itu.

4. Kecacatan fizikal dan mental. Kecacatan fizikal merupakan salah satu punca seseorang
berasa rendah diri. Seseorang yang mengalami kecacatan sebegini sering menganggap orang
lain memandang rendah kekurangan yang dimiliki. Untuk mengatasi perasaan itu, dia harus
menonjolkan kelebihan lain yang dimiliki seperti kepandaian intelek atau seni. Bagi kecacatan
mental pula adalah lebih malang kerana tidak dapat menggunakan kreativiti dan tidak
berupaya mengatasi rendah diri.

Sekian, terima kasih.